INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NUR ATIRAH BINTI AHMAD SALJI No. K/P : 040924080458 Angka Giliran : 2022242310073 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y3 Nama Pensyarah : Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 13 FEBRUARI 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ................................................................................................................. 2 1.0 Pengenalan............................................................................................................... 3 2.0 Konsep Puisi Melayu Tradisional................................................................................. 3 2.1 Fungsi Puisi Melayu Tradisional .............................................................................. 3 2.2 Jenis Puisi Melayu Tradisional................................................................................. 4 3.0 Analisis Puisi Melayu Tradisional Terpilih .................................................................. 4 3.1 Seloka......................................................................................................................... 4 3.1.1 Analisis Seloka Emak Si Randang..................................................................... 5 3.1.2 Analisis Seloka Si Luncai ................................................................................... 6 4.0 Kesimpulan.................................................................................................................... 7 5.0 RUJUKAN ...................................................................................................................... 8
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan alhamdulilah bersyukur ke hadrat illahi dengan izinnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dengan jayanya dalam jangka masa yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed selaku pensyarah bagi subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kerana telah memberi tunjuk ajar sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Beliau banyak membantu dan sering mengambil berat tentang perkembangan kerja kursus yang dilakukan. Seterusnya, tidak dilupakan kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan moral sepanjang saya melakukan tugasan ini. Mereka banyak memberikan katakata semangat agar saya berani dan mampu menempuhi cabaran yang diberikan. Akhir sekali kepada rakan – rakan saya juga yang banyak membantu dan berkongsi maklumat bersama – sama. Mereka banyak memberi peringatan kepada saya dari semasa ke semasa serta membantu saya ketika saya memerlukan
1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan, kesusasteraan Melayu dapat ditakrifkan sebagai hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang masing-masingnya mempunyai ciri keistimewaan tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat lain yang menyatakan konsep kesusasteraan Melayu contohnya daripada Siti Hajar Abdul Aziz menyatakan bahawa kesusasteraan merupakan satu bentuk ciptaan seni yang dapat disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu mempunyai perkataan lain yang seerti dalam bahasa Inggeris iaitu literature yang digunakan dalam tatabahasa dan puisi. 2.0 Konsep Puisi Melayu Tradisional Puisi tradisional ialah susunan perkataan yang berbentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan yang disusun secara istimewa. Setiap bait perkataan dalam puisi tradisional ini mengandungi maksud yang tersirat dan mendalam sehingga mampu menyentuh hati para pembaca. Puisi tradisional merupakan sebuah bentuk puisi lisan yang dikarang serta berkembang dalam kesenian rakyat. Ia merupakan cerminan terhadap kehidupan masyarakat Melayu lama dalam aspek adat, peraturan serta undang-undang yang perlu dipatuhi. Menurut Harun Mat Piah (1989), puisi tradisional meliputi pantun, syair, gurindam, seloka, mantera, talibun, adat perbilangan, teka-teki dan sebagainya. Namun begitu, dalam skop pembelajaran ini hanya difokuskan kepada empat jenis sahaja iaitu pantun, seloka, syair dan gurindam. 2.1 Fungsi Puisi Melayu Tradisional Meninjau dari perspektif fungsi pula, terdapat empat fungsi puisi Melayu tradisional iaitu hiburan, alat pendidikan, dakwah dan kritikan sosial. Fungsi puisi Melayu tradisional yang pertama ialah sebagai alat hiburan kepada masyarakat. Hal ini terhasil melalui setiap kata yang diungkapkan melalui irama dan rentak dapat mewujudkan unsur jenaka sekaligus mampu mempengaruhi emosi pembaca dan pendengar. Karya puisi Melayu tradisional yang bersifatkan jenaka dapat dibaca oleh masyarakat untuk mengisi masa lapang. Keperluan ini amat diperlukan bagi melahirkan sebuah karya sastera yang membawa keseronokan dan kegilaan kepada para pembaca. Seterusnya ialah dari segi alat pendidikan pula, puisi Melayu
tradisional mampu menghasilkan sebuah karya sastera yang dapat dijadikan sebagai rujukan seperti nasihat, pengajaran mahupun pesanan kepada masyarakat. Matlamat fungsi ini ialah ditujukan kepada golongan remaja yang perlu mempunyai nilai murni dari segi kebudayaan, kemasyarakatan serta kemanusiaan. Di samping itu bagi fungsi yang melibatkan dakwah pula karya sastera ini dijadikan sebagai medium dalam penyampaian nasihat yang melibatkan Islam. Ia dilabel sebagai sebuah karya yang dikarang sebagai suatu wadah agar dapat meningkatkan nilai ketakwaan masyarakat Melayu terhadap Allah dan Islam. Akhir sekali ialah kritikan sosial dimana menggambarkan bagaimana kehidupan masyarakat Melayu yang mempunyai taraf hidup berbeza-beza. Fungsi ini bertujuan untuk mengkritik, menegur atau menyampaikan mesej tentang kelakuan masyarakat Melayu. 2.2 Jenis Puisi Melayu Tradisional Terdapat empat jenis puisi Melayu tradisional iaitu pantun, syair, seloka dan gurindam. Melihat dari perspektif pantun, ia dicipta sebagai suatu alat dalam pengucapan yang menyampaikan perasaan serta fikiran terhadap seseorang secara berkias di samping tujuannya untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat. Pantun mempunyai pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Contohnya, bagi pantun dua kerat baris pertama merupakan pembayang manakala baris kedua adalah maksud. Selain itu, syair pula merupakan sebuah puisi lama dan penggunaannya pada era kini semakin berkurangan. Syair juga merupakan satu medium yang digunakan dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Seterusnya ialah seloka yang dapat ditakrifkan sebagai sejenis puisi berkaitan ajaran seperti sindiran, jenaka, olokan dan ejekan. Walau bagaimanapun setiap sindiran itu masih menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada pembaca mahupun pendengar. Akhir sekali, gurindam iaitu sejenis puisi yang mempunyai keistimewaan dari segi bentuk dan bahasa. Bahasa yang digunakan mempunyai makna bernas serta padat isinya. 3.0 Analisis Puisi Melayu Tradisional Terpilih 3.1 Seloka Meninjau dari perspektif puisi melayu tradisional terpilih iaitu seloka, bentuknya amat berbeza jika dibandingkan dengan pantun kerana walaupun ia mempunyai rangkap tetapi pada hujung perkataan terdapat pertentangan rima yang tidak tetap. Melalui seloka, dapat dilihat bahawa sifat masyarakat Melayu yang tidak menyindir secara terang-terangan tetapi
secara halus. Secara umumnya, seloka merupakan sebuah bentuk puisi yang mementingkan keharmonian dan tatasusila dengan tidak menyindir secara terang-terangan untuk mengelakkan perbalahan. 3.1.1 Analisis Seloka Emak Si Randang Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak berhutang Beras habis padi tak jadi (petikan daripada seloka Emak Si Randang) Seloka Emak Si Randang mengisahkan tentang kebaikan masyarakat Melayu dalam melayan tetamu yang datang ke rumah. Perwatakan Emak Si Randang mewakili bagi setiap tingkah laku tuan rumah apabila mereka menerima tetamu. Hal ini dapat dilihat melalui ayat “anak di pangku diletakkan” iaitu Emak si Randang sanggup mengabaikan anaknya demi melayan tetamu agar mereka selesa semasa bertandang ke rumah. Seterusnya, ayat “kera hutan disusui” menggunakan pemilihan diksi iaitu unsur alam di mana kera mewakili pihak tetamu. Ayat ini mempunyai kaitan dengan ayat sebelumya iaitu Emak Si Randang mengabaikan anaknya supaya dia dapat memberi layanan kepada tetamu. Sikap Emak si Randang yang terlampau bermurah hati kerana ingin memberi keselesaan kepada tetamu, menyebabkan dirinya dikelilingi hutang. Contoh ayat yang mewakili maksud ini ialah “dagang pergi awak berhutang”. Akhir sekali, nasib Emak Si Randang sama seperti peribahasa yang berbunyi bagai jatuh ditimpa tangga, kerana sudahlah beras habis dijamu orang lantas padi yang ditanam juga tidak menjadi. Keseluruhan isi seloka ini menggambarkan betapa baiknya sikap masyarakat Melayu dalam mengalu-alukan tetamu ke rumah. Dari sudut positifnya, mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan tetamu tidak melihat kesusahan hidup yang dilalui. Tetamu disambut dengan penuh keriangan dan kemewahan. Namun begitu melalui kisah ini, ia sebenarnya memberi
pengajaran kepada masyarakat iaitu apabila berbuat baik perlulah berpada-pada serta tidak mengabaikan ahli keluarga sendiri. Walaupun seronok melayan tetamu tetapi perlulah diingatkan bahawa batas-batasnya agar diri sendiri tidak terjerat dengan hutang. 3.1.2 Analisis Seloka Si Luncai Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak selidik (petikan daripada seloka Si Luncai) Seloka Si Luncai mengisahkan tentang perwatakannya yang malas serta tidak bertanggungjawab. Hal ini dapat dilihat melalui keseluruhan ayat yang terdapat dalam petikan seloka ini. “Ada rumah tidak dijaga” menunjukkan bahawa Si Luncai memiliki sebuah rumah namun ia tidak dijaga dengan baik. Ayat yang seterusnya mengisahkan tentang sikap Si Luncai yang langsung tidak mengambil berat tentang anaknya serta dia tidak mengasuh anaknya dengan baik. “Ada ternakan tidak dibela” menunjukkan bahawa Si Luncai mempunyai sumber pendapatan namun begitu disebabkan dirinya yang tidak bertanggungjawab dia hanya mensia-siakan sahaja ternakan yang ada. Sikap Si Luncai yang tidak memanfaatkan rezeki dapat dilihat melalui ayat “ada kebun tidak ditanam” iaitu dia mempunyai tanah kebun yang sepatutnya boleh diusahakan dengan menanam sayuran mahupun buah-buahan, namun sikap malasnya itu membuatkan dia langsung tidak mengusahakan tanah tersebut. Akhir sekali, “ada cerdik tidak selidik” membawa maksud Si Luncai mempunyai akal yang bijak namun dia tidak menggunakan kecerdikannya dengan baik. Dapat dirumuskan melalui penceritaan keseluruhan seloka Si Luncai, ia menyindir segelintir masyarakat yang bersikap malas serta tidak bertanggungjawab. Walaupun diberi kemudahan namun ia masih tidak digunakan dengan baik kerana kemalasan telah menguasai diri. Selain itu seloka ini juga memberi nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak. Anak merupakan pemberian tuhan yang indah, jadi sebagai ibu bapa perlulah mendidik serta mengambil berat tentang mereka agar suatu hari nanti mereka menjadi insan yang berguna.
Akhir sekali ialah akal fikiran yang cerdik itu perlulah digunakan dengan sebaik mugkin kerana di dunia ini semua manusia dilahirkan degan akal fikiran namun hanya mereka sahaja yang dapat mengawasi akal tersebut sama ada digunakan untuk kebaikan atau keburukkan. 4.0 Kesimpulan Sudah terang lagi bersuluh bahawa puisi Melayu tradisional merupakan sebuah medium penting dalam berkomunikasi antara masyarakat Melayu dahulu. Sifat orang Melayu yang mementingkan keharmonian iaitu menegur atau memberi nasihat secara berkias amat dikagumi kerana ia masih digunakan sehingga kini. Puisi Melayu tradisional melambangkan kesantunan orang Melayu tidak kira dalam memberi nasihat, menyebarkan dakwah mahupun bergurau senda. Walaupun peggunaanya saban hari makin ditinggalkan namun, ia masih dipelajari serta diaplikasi dalam pembelajaran agar tidak dilupakan. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mempertahankan karya sastera lama ini agar tidak ditelan zaman seperti pepatah melayu yang berbunyi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
5.0 RUJUKAN Abdullah, Q. A. (2008, September 21). wordpress. Didapatkan dari Puisi Melayu Tradisiona: https://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/puisi-melayu-tradisional/ Dr. Azman bin Rahmat, D. M. (2022). Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al Ehsan. Hadi, B. (2018). mukasurat. Didapatkan dari Pantun, Syair, Gurindam, Puisi, Sajak dan seloka apa bezanya?: https://mukasurat.my/www/my-app/puisi-tradisional-melayu/ Hidupku, I. (2015, 12 1). blogspot. Didapatkan dari Pengenalan,Ciri-Ciri Pantun, Fungsi Pantun, Jenis Pantun-Pantun: http://annyeongbahasakebangsaan.blogspot.com/2015/12/pengenalan.html Kamaruzaman, A. K. (2012, 2 16). slideshare. Didapatkan dari Kesusasteraan Melayu: https://www.slideshare.net/AbdulKarimKamaruzaman/kesusasteraan-melayu11610094 Kreatif, S. (2012, Ogos 2). blogspot. Didapatkan dari Ciri dan Jenis Puisi: http://skczo.blogspot.com/2012/08/ciri-ciri-dan-jenis-puisi.html Nanidefran. (t.t). Scribd. Didapatkan dari Konsep dan Fungsi Kesusasteraan Melayu: https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsi-kesusasteraan-Melayu# Noor, R. M. (2010, 10 25). blogspot. Retrieved from Bahasa Jiwa Bangsa: http://cikgurohanasmkkamil.blogspot.com/2010/10/puisi-tradisional-definisi-puisi.html Rengasamy, A. R. (2012, Julai 22). blogspot. Didapatkan dari Seloka Emak Si Randang: http://subrato403.blogspot.com/2012/07/kepada-anak-anak-4-sains-2-sila-baca.html Shah, A. A. (2020, 12 17). slideshare. Didapatkan dari Konsep Kesusasteraan Melayu: https://www.slideshare.net/ArifahAzlanShah1/konsep-kesusasteraan-melayu240193262