Dirasmikan oleh: Tarikh: Masa : Tempat:
Mesyuarat Agung Kata Alu-aluan Kali ke Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berbahagia En Saro b Gani, Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Gading, Yang dihormati Pn Nur ‘Uyun bt Azhar,Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bukit Gading Yang Dihormati Pn Noraini bt Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Zamiah bt Ab Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Noorin Azilah bt Mohamad Shazli, Penolong Kanan Petang Puan YM Puan Raja Radiah bt Raja Ismail, Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Rosnim bt Long , Penolong Kanan Tingkatan Enam, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Bukit Gading, Para ibu bapa dan hadirin yang saya hormati sekalian. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Gading kali ke-46 pada tahun 2023 ini. Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka kerana sejak saya mengemudi SMK Bukit Gading ini, saya belum berkesempatan bersua muka, beramah mesra dengan para waris di sekolah ini. Namun apakan daya, kalau tahun lalu kita berdepan dengan pandemik Covid-19 , kali ini kita berdepan dengan cuaca panas yang memaksa kita untuk melaksanakan mesyuarat PIBG sekali lagi secara atas talian. Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46 ini bertemakan di atas Talian Aspirasi Laman Web dan Studio Semegah melalui laman Youtube Pusat Sumber Sekolah PSS . 2
Mesyuarat Agung Kata Alu-aluan Kali ke Hadirin sekalian, Sebagai pentadbir, saya tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin justeru, atas sokongan ibu bapa dan guru-guru, saya telah menambah baik banyak prasarana di sekolah ini untuk kemudahan pembelajaran murid-murid serta menyantuni mereka atas keperluan yang diperlukan oleh anak-anak Gading atau Semegah ini bersesuaian dengan konsep Cakna dan Mesra Warga Gading kepada anak-anak Gading. Sepanjang saya berada di sini, saya bersama-sama pentadbir, guru, AKP dan PIBG sederap membaik pulih prasarana sekolah bagi kemudahan warga sekolah seperti telah menaiktaraf bilik guru serta tandas sekolah . Hadirin yang dimuliakan, Saya selaku pentadbir di sekolah ini turut memandang serius akan segala kerosakan yang telah berlaku dan memastikan segala kerosakan yang telah dilaporkan dibaiki dengan kadar segera. Hadirin yang dikasihi, Selain usaha membaik pulih, kami turut menaiktaraf persekitaran sekolah agar lebih ceria dan menjadi tarikan anak-anak gading untuk datang ke sekolah dan belajar dalam suasana yang menyegarkan. Usaha menaik taraf perpustakaan telah dilaksanakan, bilik tayang juga dinaik taraf dan diceriakan. Hadirin yang dihormati, Kami warga Semegah cakna akan keperluan warga Semegah terutamanya anak-anak di sekolah ini. Saya bersama-sama pentadbir 3
Mesyuarat Agung Kata Alu-aluan Kali ke dan guru-guru turun padang dan menyantuni warga B40, golongan asnaf serta anak-anak yatim Semegah dengan pelbagai sumbangan bagi menunjukkan keprihatinan dan empati kami kepada warga sekolah. Guru-guru yang sakit dan ditimpa musibah, turut kami santuni dengan sumbangan warga Semegah yang demawan. Anakanak gading yang ditimpa musibah dan kemalangan juga tidak terkecuali, sumbangan turut diberikan kepada mereka agar dapat meringankan bebanan mereka terutama sekali bagi memastikan mereka dapat meneruskan pdpc dengan baik. Terima kasih kepada para penyumbang. Bukan itu sahaja, usaha mengurus atur tatacara sistem fail, program-program akademik, mengatur urus prasarana dan keperluan sekolah turut diberi keutamaan demi kemenjadian murid dan kecemerlangan mereka. Hadirin yang dihormati sekalian, Saya pasti ibu bapa tertanya-tanya tentang keselamatan anakanak di sekolah. Keselamatan guru dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru dan anak-anak mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam keadaan selamat. Dalam hal ini, kami berharap ibu bapa atau penjaga dapat memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah. Dalam mendepani keadaan cuaca panas pada hari ini, arahanarahan daripada PPD dan KPM telah diterima oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa dan pelaksanannya telah dilaksanakan seperti aktiviti ‘outdoor’ dan aktiviti yang mendedahkan murid kepada strok haba telah dibatalkan. Begitu juga dari aspek pakaian, kelonggaran diberikan kepada murid untuk tidak memakai tali leher dan berpakaian sukan ke sekolah. 4
Mesyuarat Agung Kata Alu-aluan Kali ke Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita. Ibu bapa yang dihormati sekalian, Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anakanak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya datang lewat kepada sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta benda sekolah, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak. Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah seperti menjaga harta benda di rumah sendiri. 5
Mesyuarat Agung Kata Alu-aluan Kali ke Hadirin dan hadirat sekalian, Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anakanak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Nor Mariha Binti Bahauddin Penasihat PIBG SMK Bukit Gading 6
Kata Alu-aluan Mesyuarat Agung Kali ke Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Yang Berusaha, Puan Hajah Nor Mariha binti Bahauddin, Pengetua SMK Bukit Gading, Yang Dihormati, Puan Nur ‘Uyun bt Azhar, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Noraini bt Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zamiah bt Ab Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Noorin Azilah bt Mohammad Shazli, Penolong Kanan Petang, Yang Mulia Raja Radiah bt Raja Ismail, Penolong Kanan PPKI, Pn. Rosnim bt Long, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru SMK Bukit Gading, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, para ibu bapa, dan hadirin yang dihormati sekalian. Tuan-tuan dan hadirin sekalian, Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah sudi menjemput saya bagi menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Pibg . Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan inayah-nya kita dapat bersama-sama dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Gading kali ke – 46 bagi tahun 2023. Hari ini menjadi satu lagi catatan sejarah kerana buat kali kedua kita bermesyuarat secara maya ekoran fenomena cuaca panas yang melanda negara. 7
Kata Alu-aluan Mesyuarat Agung Kali ke Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua dan ahli jawatankuasa yang begitu komited untuk memastikan mesyuarat yang diadakan berlangsung dengan jayanya. Sesungguhnya mesyuarat seperti ini amatlah dialu-alukan kerana dapat merapatkan lagi silaturrahim dan bertukar tukar pendapat sesama kita. Secara peribadi, saya berasa amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat pada hari ini. Hal ini jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, idea - idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu melalui sekolah ini. Hadirin yang dihormati, Sebagaimana kita sedia maklum, Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Sehubungan itu, saya selaku YDP PIBG SMK Bukit Gading ingin menekankan tentang pentingnya peranan KSIB untuk memperkuatkan PIBG dalam menjalankan aktiviti yang dirancang dan melaksanakan dengan jayanya. Peribahasa, seikat bak sirih, serumpun bak serai, wajar dijadikan rujukan untuk ibu bapa dan masyarakat dalam membantu PIBG dengan menyumbang tenaga dan kemahiran melalui KSIB. Dalam kesempatan ini juga saya ingin merakamkam penghargaan yang tidak terhingga kepada kumpulan pertama KSIB yang sangat aktif membantu PIBG sejak dibuka pendaftaran sukarelawan ini pada tahun lepas. Harapan saya supaya dari semasa ke semasa kumpulan sokongan ibu bapa ini akan terus bertambah aktif walaupun kepimpinan PIBG silih berganti. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut. Sehubungan itu, saya mengajak semua Alumni sekolah ini untuk berbakti semula kepada sekolah dengan menyokong segala aktiviti yang dijalankan melalui kerjasama dengan . PIBG 8
Kata Alu-aluan Mesyuarat Agung Kali ke Kepada anggota masyarakat, para ibu bapa,mantan guru dan kaki tangan sekolah yang pernah belajar dan berkhidmat di sekolah ini tetapi belum menyertai Alumni diharap dapat segera mendaftar sebagai ahli biasa atau ahli bersekutu. Kesepakatan yang ramai,padu dan kukuh sudah pasti dapat melonjakkan nama SMK Bukit Gading dalam daerah Gombak, khususnya di Sg. Buloh ini. Hadirin dan hadirat sekalian, Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetus halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang dan ia bukanlah hanya angan-angan kosong semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang sama-sama kita inginkan. Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan bagi menghadapi perubahanperubahan semasa. PIBG boleh melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah. Program seperti kelas tambahan, kem motivasi untuk pelajar, gotong royong, kursus kredibiliti, seminar dan sebagainya adalah antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun. Apa yang penting adalah, pengurusan PIBG yang cekap dan berkesan akan mencerminkan kualiti kepimpinan yang berwibawa dan menjamin kejayaan matlamat serta objektif persatuan. Selain itu, saya juga berasa amat bangga atas kesungguhan dan kejayaan sekolah menempa nama dalam pelbagai program dan pertandingan sama ada pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Hadirin sekalian, Kita percaya bahawa pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teliti akan dapat dijayakan sekiranya kita mempunyai 9
Kata Alu-aluan Mesyuarat Agung Kali ke sumber kewangan yang mencukupi. Sumber-sumber kewangan perlu diperoleh dan diurus secara bijaksana agar program yang hendak dilaksanakan akan mendapat natijahnya ke arah kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Oleh itu, segala peluang yang boleh menambahkan dana persatuan ini harus dicari dan ditambah dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Sehubungan itu, dana daripada ibu bapa dalam bentuk sumbangan bayaran PIBG amatlah dialu- alukan. Pada majlis ini saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi menyeru agar PIBG di sekolah ini dapat bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudannya dapat memberi sumbangan bermakna lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang perlulah dipupuk dan disemai agar persatuan PIBG ini terus relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik yang telah berusaha gigih mendidik para pelajar sehingga menjadi insan yang berpendidikan dan cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pemantapan sahsiah. Saya akhiri ucapan saya dengan lafaz mulia, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. En Saro bin Gani YDP PIBG SMK Bukit Gdaing 10
Mesyuarat Agung Kali ke 1. KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG 2 2. KATA-KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 7 3. ATUR CARA MAJLIS 12 4. SENARAI AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2022/2023 13 5. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 TAHUN 2022 14-27 6. LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2022 28-30 7. LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 31-35 9. CADANGAN USUL MESYUARAT 37-40 AGUNG PIBG KALI KE-46 10.LAMPIRAN 41-56 10.1 UNIT KURIKULUM 10.2 UNIT HAL EHWAL MURID 10.3 UNIT KOKURIKULUM 10.4 UNIT TINGKATAN 6 10.5 UNIT PPKI 11
Mesyuarat Agung Kali ke 8.30 pagi : Ketibaan AJK ibu bapa : Pendaftaran ibu bapa secara atas talian : Tayangan Program Sekolah sepanjang proses Pendaftaran 9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor : Bacaan Doa 9.15 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Agenda • Ucapan alu-aluan YDP PIBG • Ucapan alu-aluan Penasihat PIBG • Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-45 • Laporan Setiausaha -Membentang aktiviti 2022/2023 • Laporan Bendahari -Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan berakhir 28 Februari 2023 • Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 • Pembentangan usul • Hal-hal lain • Ucapan Penangguhan • Cabutan Bertuah 12.00 tengah hari : Majlis bersurai 12
Mesyuarat Agung Kali ke AHLI JAWATANKUASA IBUBAPA 1) PN NOORWAHIDA UJANG 2) PN NOR SHAMSINAR BT ZAMURI 3) EN MUHAMAD SYAFIQ 4) PN ROHAYA RASIDI 5) PN SITI ROZIYAH ARIPIN 6) EN JAMALUDIN BIN WAHAB 7) TS MOHD FAIZAL BIN ZAINAL 8) MOHD HAZROLNIZAM BIN MOHD HASHIM 9) AHMAD ROSLI BIN MUDA AHLI JAWATANKUASA GURU 1) PN NOORHASLIZA BINTI AZHARI 2) PN KEERTIVANI A/P GAJABATHI 3) PN NORHASYIMAH BINTI SALLEH 4) PN WAN ZUHAIHA BINTI WAN MOHAMAD PEMERIKSA KIRA-KIRA 1) PN NORHAFIZAH BINTI MD NASIR 2) EN SHAHRUL IZWAN BIN SABDIN PENASIHAT : PN NOR MARIHA BINTI BAHAUDDIN YANG DIPERTUA : EN SARO BIN GHANI NAIB YANG DIPERTUA : EN MUHAMMAD FAIRUZ BIN KASIM SETIAUSAHA : PN NUR ZARINA BINTI ARIFIN TIMBALAN SETIAUSAHA : PN AIDA SHAZWANI BINTI SURKERY BENDAHARI : PN JAMALIAH BINTI JAAFAR TIMBALAN BENDAHARI : PN MUHAZLINI BINTI MAT NAWI 13
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke Bil Nama Bil Nama 1 Ahmad Khairul Azmin Bin Mohd Hamerin 25 Shamsul B Satar 2 Mohd Faizal Bin Zainal 26 Ganesh Kumar 3 Mohd Reza Bin Mohd Rokman 27 Mohamad Azri Bin Abdul Aziz 4 Mahbut Bin Yaacob 28 Afiq Waqiuddin Bin Zayinutden 5 Saro Bin Gani 29 Muhamad Syafiq Bin Suhaimi 6 Jaafar Bin Md Napis 30 Muhamad Radzi Bin Jarmin 7 Suhaime Bin Abdullah 31 Wafa Nurtahirah Binti Shahabudin 8 Shahrul Izwan Bin Sabdin 32 Hazwani Binti Ali Syam 9 Tazul Rahim Bin Ree 33 Norhidayati Bt Mohamed Bahran 10 Mohd Zaki Bin Abdul Wahab 34 Siti Rabiyatul Adawiyah Binti Saari 11 Hasnulhadi Bin Hamzah 35 Loga Lakxmi Murugan 12 Said Azehrin Bin Salim 36 Alfazlina Bte Ali Hussain Shah 13 Faridah Binti Mohd Khalil 37 Aminah Binti Syeed Ali 14 Daroan Bin Ismail 38 Anisah Binti Mat Deris 15 Amiruddin Bin Abd Rahman 39 Arizan Binti Yaacob 16 Billing Anak Esut 40 Armadeni Bt Arman 17 Muhammad Fairuz Bin Kasim 41 Azinorzila Ab Hamid 18 Mohd Aziz Bin Yahya 42 Azlin Binti Mohd Kassim 19 Mahadir Bin Muhamad 43 Darmahwatie 20 Shamsudin Bin Yeop 44 Dayang Supia 21 Jasni Bin Jamain 45 Fairuziana Binti Mohamad Rozali 22 Zulkifli Bin Mohammad 46 Farawahida Abd Razak 23 Mohamad Shahrulnizam Bin Tani 47 Faridah Binti Mohd Khalil 24 Mohd Amin Bin Amat 48 Hamidah Bt Mat Isa MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 45 SMK BUKIT GADING Tarikh : 9 April 2022 Masa : 9.00 Pagi Tempat : Google Meet Kehadiran : Ibu Bapa 141 orang dan guru-guru 124 orang Kehadiran Ibu Bapa 14
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke Bil Nama Bil Nama 49 Hasfarina Binti Mohamad 96 Norhaliza Binti Ismail 50 Hayattimah Binti Ibrahim 97 Norhidayah Binti Md Shariff 51 Ieda Rosnita Binti Majid 98 Norkhaiza Osman 52 Inderwati Bt Ibrahim 99 Norsaimah Binti Md Said 53 Intan Nurhafiza Binti Abdul Khalid 100 Norsuria 54 Irni Ismail 101 Norsuria Binti Mat Nordin 55 Iroh Rohati 102 Nur Aqilah Hannah Binti Md Sahrudin 56 Izni Umrah Binti Husin 103 Nur Zuriyani Bt Ahmad 57 Juliyati Binti Ahmad 104 Nur Zuriyani Bt Ahmad 58 Jullia Abu Hassan 105 Nur Zuriyati Binti Ahmad 59 Lee Siow Fong 106 Nuramalina Bt Ishak 60 Mahanom Binti Ismail 107 Nurhayati Binti Wahiyudin 61 Maizatul Akmam Binti Mansoruddin 108 Nurul Hafizah Binti Mohamad Azmi 62 Maryana Tohaiuye 109 Rabiah Binti Tugimin 63 Masnizah Marzukir 110 Rafizah Bt Mohd Sahid @ Shahid 64 Mila Hifzan Binti Mohamat Zaimy 111 Rahimah Binti Rosli 65 Mohanavalli A/ P Rajemanal 112 Rita A/P Bansman 66 Murniza Binti Ahmad Murad 113 Rohani Binti Mohamad 67 Musliha Binti Ahmad 114 Rohaya Rasdi 68 Nazatul Afida Binti Md Nor 115 Ros Sidawati Binti Arshad 69 Noor Aishah Abd Ghani 116 Roshidah Binti Nordin 70 Noorfarizan Binti Abdullah 117 Roslina Binti Jaafar Sekdek 71 Noorwahidah Bte Ujang 118 Rosnita Binti Samiun 72 Nor Azlina Binti Sampol 119 Ross Salmi Mila Hamzah 73 Nor Fadzilah Binti Hamzah 120 Rozanie Binti Othman 74 Nora Irdawaty Bt Mohamad 121 Rozita Md Salleh 75 Norafidah Md Nor 122 Salmah Binti Abdul Hayes 76 Norafizawati Bt Md Puat 123 Sapiah Ibrahim 77 Noraidah Binti Othman 124 Sarifah Binti Abdul Raman 78 Noraziah Bt Hashim 125 Shahera Binti Omar 79 Norazlina Binti Mohd Kamil 126 Shamsinar Binti Darwish 80 Norazlinda Harun 127 Sharifah Ilamdin 81 Noreen Binti Kamsani 128 Simah Mamat 82 Noreliza Bt Rosli 129 Siti Aisyah 83 Najiha Alisa 130 Suhaila Binti Mohamad Noor 84 Siti Fatimah Binti Omar 131 Sukmawati Bt Abd Wahab 85 Siti Mariam Bt Zainol 132 Sumathy Vadiappan 86 Siti Raisya Binti Amin 133 Sutri Nor Insani Binti Mohadin 87 Siti Rohaya Binti Osman 134 Tirthaaseni Mahendran 88 Siti Roziyah Binti Aripin 135 Ummi Nabilah Bt Zul Razali 89 Siti Rozninah Suman 136 Yusliza Bt Jali 90 Siti Shahrina Bintin Bashah 137 Zairina Binti Ahmad 91 Siti Zawani Binti Zulkifli 138 Zanaria Binti Jani 92 Sitinoridah Bt Idris 139 Zariza Binti Mohamed Nazri 93 Sri Subakti Faruk 140 Zasura Othman 94 Suana Binti Dauri 141 Zuraida Binti Zakarian 95 Suhaida Bte Abd Aani 15
Minit Mesyuarat Mesyuarat Agung Kali ke Bil Nama Bil Nama 1 Abdul Mubin Bin Abdul Rahman 27 Heng Hui Qi 2 Afizalina Binti Kadir 28 Isaac Jeyabalan A/L Victor Samuel 3 Ahmad Ramadhan B Mohamad 29 Izan Norahim 4 Ahmad Razid Bin Munawar 30 Jaafar Bin Md Napis 5 Aida Shazwani Binti Surkery 31 Jamaliah Bt Jafar 6 Anis Afi Wadhihah Bt Solahudin 32 Jamilah Binti Hassan 7 Anisah Binti Mat Deris 33 Jay Syuhaida Binti Jamari 8 Anne Norshahida 34 Juliana Binti Ismail 9 Arba'ayah Binti Abu Bakar 35 Juni Farhana Binti Hassan 10 Arunagiri Mathan A/L Mahalingam 36 Kamariah Binti Mamat 11 Azirah Binti Abdul Wahab 37 Kamarul Adli Bin Muhammad Ariffin 12 Azirahaton Binti Azuddin 38 Keertivaane A/P R.Gajabathi 13 Azmi Bin Ismail 39 Khadijah Binti Abdul Karim 14 Azny Nor Laily Binti Hamdan 40 Khadijah Binti Abdul Majid 15 Bahijah Bt Che Lat @ Abdul Majid 41 Khairul Bariah Bt Maarof 16 Che Mohd Zain Bin Dellah 42 Kristina Bt Waharp 17 Emi Azmalinda Binti Ab Manaf 43 Lutfi Khofiah Binti Pariman 18 Ermahijra Binti Mohamad Kalam 44 Manisah Binti Samsuri 19 Fauziah Awang 45 Mardiah Hayati Binti Sabri 20 Fazli Azma Bt Abu Bakar 46 Marzuliza Binti Dollah 21 Fazlinda Jaafar 47 Mas Azila Ahmat 22 Gos Hambali Bin Hj Ismail 48 Masreha Binti Hj Taib 23 Haryati Binti Mohd Rusdi 49 Maznah Binti Redzwan 24 Haslin Binti Kasim 50 Mazni @ Ida Rahana Binti Mohd Khir 25 Hasliza Binti Abdul Hamid 51 Meenachy A/P Marimuthu 26 Hasni Shazlina Binti Hamdan 52 Mohamad Jasmin Bin Ibrahim 53 Mohamad Norsal Salim 89 Nuraini Binti Mohd Mokhtar 54 Mohammad Bin Mat Noh 90 Nurul Idaya Binti Sapian 55 Mohammad Firdhaus Bin Aziz 91 Nurul Norazlin Binti Abd Halim 56 Mohd Musa Bin Salleh 92 Nurul Shahira Binti Ab Aziz 57 Muhamad Lutfi Bin Zainal Abidin 93 Nurul Ta'ayah Bt Zakaria 58 Muhazlini Binti Mat Nawi 94 Nurulhuda Binti Mohamad 59 Nawar Binti Nahar 95 Parimala A/P Rethnam 60 Nik Fazlirianti Bt Nik Hussein 96 Parimala Devi A/P Muthu @ Muthusamy 61 Nik Suriani Binti Nik Ismail 97 Rahimah Mohd Khalid 62 Noor Zarina Binti Mohamed Maksum 98 Raja Radiah Raja Ismail 63 Noorazilah Bt Ismail 99 Ramlah Binti Yusof 64 Noorhasliza Azhari 100 Rasidy Abd Rahman 65 Noorin Azilah Bt Mohamad Shazli 101 Rosadila Binti Che Nordeen @ Ramli 66 Nor Akmal Bt Sulong 102 Rosmewati Mesran 67 Nor Athirah Binti Zalbador 103 Rosnim Binti Long 68 Nor Azerah Binti Naim 104 Ruzana Che Awang 69 Nor Azliani Binti Razalli 105 Salasiah Binti Muhamad 70 Nor Azlina Binti Sampol 106 Salina Binti Ithnin 71 Nor Azlina Binti Sulaiman 107 Samsiah Binti Muda Kehadiran Guru 16
Minit Mesyuarat Mesyuarat Agung Kali ke 72 Nor Azura Binti Razli 108 Sarinah Binti Zainon 73 Nor Azuwah Mohd Nor 109 Siti Balkhis Binti Md Zainon 74 Nor Haida Binti Bakri 110 Siti Esah Binti A Razak 75 Nor Hasyimah Binti Salleh 111 Siti Kamariah Binti Haron 76 Nor Ikasyahira Binti Jamaludin 112 Siti Salasiah Binti Salleh 77 Nor Mariha Binti Bahauddin 113 Suhana Abdullah 78 Noraini Binti Mohamad 114 Syahidatul Amrah Binti Anuar 79 Norhafizah Binti Md Nasir 115 Thilagavathi A/P Muthusamy 80 Norhashimah Binti Ismail 116 Umi Mardhiah Binti Abu Bakar 81 Norhuda Bt Abdul 117 Vikneshwary Muniyandi 82 Norliza Binti Muharam 118 Wan Azida Bt Wan Kamaruddin 83 Norshahinaz Binti Mohammad Azinan 119 Wan Dzolidya Binti Hussain 84 Norsyafika Nazuwa Binti Mhd Ramli 120 Wan Zuhaiha Binti Wan Mohamad 85 Norzaliza Bt Jaini 121 Zamiah Binti Ab Ghani 86 Nozan Binti Yahaya 122 Zarimah Binti Mohd Khatib 87 Nur Umaimah Bt Abdul Razak 123 Zulkarnain Bin Mas Sanit@Mat Sood 88 Nur Zarina Bt Arifin 124 Zuneta Binti Mohamed Khairuddin Agenda 1. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG 1.1 Yang dipertua PIBG memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dapat bertemu dalam mesyuarat agung PIBG kali ke 45. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penasihat PIBG dan semua AJK pengelola majlis kerana telah merancang, mengelola serta melaksanakan mesyuarat dengan jayanya. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibubapa yang hadir dalam mesyuarat agung PIBG pada kali ini. 1.2 Beliau memaklumkan bahawa barisan ajk PIBG akan berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan, sentiasa memikirkan kebajikan dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak walaupun berdepan dengan kesukaran. Sokongan ibubapa adalah kunci kejayaan anak-anak. Sumbangan ibubapa akan digunakan sebaiknya untuk program sekolah bagi meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anakanak. 1.3 Beliau juga berharap agar sentiasa wujud pemuafakatan antara ibubapa dan guru. Pihak PIBG akan bergerak sederap dengan pihak sekolah untuk mewujudkan kecemerlangan anak-anak. Pemuafakatan ibubapa dan guru adalah kunci kepada kejayaan PIBG. 17
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 2. Ucapan alu-aluan penasihat PIBG 2.1 Puan pengetua mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah kerana dapat berkumpul secara maya sempena mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. 2.2 Beliau memaklumkan telah banyak prasarana sekolah telah ditambah baik atas sokongan ibubapa dan guru-guru demi untuk kemudahan pembelajaran muridmurid. Beliau juga turut memandang serius kerosakan yang berlaku dan memastikan segala kerosakan yang dilaporkan dibaiki dengan kadar segera. Persekitaran sekolah juga telah dinaiktaraf agar lebih ceria dan menjadi tarikan anak-anak gading untuk datang kesekolah. 2.3 Sumbangan turut diberi kepada anak-anak dan guru yang ditimpa sesusahan dan musibah banjir. Selain itu,program akademik, prasarana dan keperluan sekolah turut diberi keutamaan demi kecemerlangan anak-anak. Makmal Komputer juga akan dinaik taraf untuk memudahkan guru dan murid menjalani proses pdpc dan pdpr secara lebih berkesan. 3. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung PIBG Smk Bukit Gading sesi 2021/2022. 3.1 Yang dipertua PIBG membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke 44 sesi 2021/2022. 3.2 Pengesahan minit mesyuarat 3.2.1Pengesahan : Encik Ahmad Razid bin Munawar 3.2.2Sokongan : Encik Jaafar bin Md Napis Makluman 4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2021/2022 (SU PIBG) 4.1 Setiausaha Kehormat PIBG memperkenalkan pentadbir SMK Bukit Gading kepada ahliahli PIBG yang hadir sebelum sesi pembentangan laporan aktiviti PIBG. 4.2 Setiausaha Kehormat PIBG membentangkan Laporan Aktiviti PIBG tahun 2021/2022. Makluman 18
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 5. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit berakhir pada 28 Februari 2022 (Bendahari) 5.1 En Saro bin Gani memaklumkan penyata kewangan berakhir pada 28 Februari 2022 dan bukan berakhir pada bulan Disember seperti biasa kerana sesi persekolahan tahun 2021 yang baharu berakhir pada bulan Mac 2022. 5.2 YDP PIBG mencadangkan laporan kewangan yang berakhir 28 Februari 2022 yang belum disahkan pada tahun tersebut disahkan. 5.3 Puan Ieda Rosnita binti Majid mencadangkan laporan kewangan yang berakhir 28 Februari 2022 disahkan dan disokong oleh Puan Anis Afi Wadhihah binti Solahudin Makluman 6. Pengumuman Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 6.1 Encik Saro bin Gani sebagai YDP PIBG mengumumkan jawatankuasa PIBG 2021/2022 dikekalkan dan ditambah beberapa jawatankuasa baharu dikalangan para guru dan ibubapa . Ahli-ahli PIBG menerima pelantikan sebagai AJK PIBG Sesi 2022/2023 seperti berikut. Penasihat : Pn. Nor Mariha binti Bahauddin YDP PIBG : Encik Saro bin Gani Naib YDP PIBG : Encik Muhammad Fairuz bin Kasim Setiausaha Kehormat : Pn. Nur Zarina binti Ariffin Timbalan Setiausaha : Pn Aida Shazwani Binti Surkery Bendahari Kehormat : Pn. Jamaliah binti Jaafar Timbalan Bendahari : Pn Muhazlini Binti mat Nawi 19
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke AJK Ibu Bapa : Pn. Noor Wahida binti Ujang : Pn. Nor Shamsinar binti Zamuri : Encik Muhamad Shafiq bin Suhaimi : Pn. Rohaya binti Rosdi : Puan Siti Roziyah bt Aripin : En. Jamaluddin bin Wahab : TS Mohd Faizal bin Zainal : En.Mohd Hazrolnizam bin Mohd Hashim : En Ahmad Rosli bin Muda AJK Wakil Guru : Pn. Noor Hasliza binti Azhari : Pn. Keertivanee A/P Gajabathi : Pn. Norhasyimah binti Sallaeh : Pn. Wan Zuhaiha binti Wan Mohamad 6.2 Memilih dua orang Juru audit Juru Audit Guru : Pn. Norhafizah binti Nasir Juru Audit Ibu Bapa : En. Shahrul Izwan bin Sabdin 6.3 Pembentangan Usul 6.3.1 Pn. Nor Mariha (Pengetua) merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir secara atas talian. 6.3.2 Usul dari unit Kurikulum 6.3.2.1 Kutipan sumbangan tabung Peningkatan Prestasi Akademik Murid dan peperiksaan sebanyak RM10 setahun bagi setiap murid bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung pihak sekolah berikutan penghapusan peruntukan bagi membiayai kos pembelian kertas A4 untuk tujuan ujian dan peperiksaan pada tahun ini. 20
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 6.3.2.2 Kutipan sumbangan Program Kecemerlangan Akademik Sekolah (PKAS) bagi setiap seorang murid tingkatan 5 sebanyak RM50 setahun bertujuan meningkatkan prestasi keputusan SPM. 6.3.2.3 Pn. Pengetua memohon sumbangan PIBG sebanyak RM4000 untuk kos pengangkutan dan penginapan bagi program Perkampungan Ilmu (3H2M) 2022 iaitu Kem Kecemerlangan Bahasa Melayu dan Sejarah SPM 2022. 6.3.2.4 Pn. Pengetua memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM8000 untuk kelas bimbingan intervensi setiap subjek dari tingkatan kelas peralihan, dan tingkatan 1-4 dalam sumbangan tabung peningkatan prestasi. 6.3.2.5.Pn. Nor Mariha memohon sumbangan PIBG sebanyak RM2000 untuk Program Penghargaan iaitu Program Galakan Peningkatan Prestasi Akademik Murid, sebagai motivasi untuk murid berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. 6.3.2.6 Pn. Pengetua memohon RM6500 untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) yang akan diadakan pada bulan Oktober. 6.3.2.7 Pn. Pengetua memohon sumbangan PIBG sebanyak RM5000 untuk majlis graduasi tingkatan 5 dan 6 bagi menampung kos majlis seperti bayaran sewa jubah, makanan, tempat, dan sebagainya. Cadangan usul diterima sebulat suara. Makluman 21
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 6.3.3 Usul dari Unit Kurikulum Tingkatan 6 6.3.3.1 Pn. Nor Mariha wakil unit tingkatan 6 memohon untuk mengadakan kutipan sumbangan sebanyak RM50 setahun daripada setiap murid tingkatan 6 untuk mengadakan Program Kecemerlangan Akademik Sekolah (PKAS) Tingkatan 6 bagi membiayai program peningkatan prestasi akademik murid dalam STPM. 6.3.3.2 Pn. Pengetua memohon RM3000 untuk kos pengangkutan Kem Waja Diri Tingkatan 6 selama 2 hari 1 malam bagi meningkatkan jati diri pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. 6.3.3.3 Pn. Nor Mariha memohon sumbangan PIBG sebanyak RM1000 untuk Program Penghargaan iaitu Program Galakan Peningkatan Prestasi Akademik Murid, sebagai motivasi untuk murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. 6.3.3.4 Memohon pembiayaan internet Blok F untuk keperluan pelajar tingkatan 6 dalam melaksanakan kerja kursus dan PdPC daripada PIBG kerana capaian jaringan internet yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak meliputi blok F. Cadangan usul diterima sebulat suara. Makluman 22
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 6.3.4 Usul dari Unit HEM 6.3.4.1 Pn. Nor Mariha selaku pengetua wakil PK HEM memohon RM750 untuk membeli hamper kepada kelas yang memenangi pertandingan keceriaan kelas. 6.3.4.2.Memohon RM1000 untuk mengganti peralatan seperti rak, cadar, sarung bantal dan langsir di bilik rawatan bagi memberi keselesaan kepada murid yang sakit dan tidak dapat diambil dengan segera oleh ibu bapa. 6.3.4.3 Pn. Pengetua wakil daripada unit HEM memohon RM800 untuk program pertandingan kehadiran bagi meningkatkan % kehadiran murid ke sekolah terutama bagi murid-murid kelas peperiksaan. 6.3.4.4 Program warga emas yang akan menyediakan aktiviti melibatkan warga sekolah dan warga emas bagi merapatkan hubungan dan penghargaan kepada golongan tersebut. Program ini memohon peruntukan daripada PIBG sebanyak RM250. 6.3.4.5 Program SUKSes dan HIPERS iaitu program yang membantu meningkatkan pencapaian murid dari segi akademik melibatkan kelas tingkatan 5 Berlian, 5 Intan dan 5 Mutiara, maka peruntukan sebanyak RM1000 diperlukan dari PIBG 6.3.4.6 Program Guru Penyayang dan Pelajar Sayang T6 memohon sumbangan RM500 daripada PIBG bagi memberikan saguhati kepada kelas yang mencapai 90% kehadiran penuh setiap bulan. 6.3.4.7 Unit HEM memohon sumbangan RM250 bagi vest PRS supaya dapat memantapkan fungsi dan peranan PRS dalam menjayakan program-program di sekolah dan lebih dikenali. 6.3.4.8 Pn. Pengetua selaku wakil PK HEM memohon sumbangan sebanyak RM1500 untuk pentauliahan dan kursus motivasi pengawas dan MPTE dalam membantu meningkatkan kecekapan pengurusan murid. 6.3.4.9 Memohon sumbangan RM500 bagi keceriaan dan skuad bilik segar supaya bilik segar yang ceria dan selamat dapat disediakan untuk kegunaan murid. 6.3.4.10 Memohon sumbangan RM2000 bagi pembelian buah tangan untuk program ziarah cakna bagi menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Cadangan usul diterima sebulat suara. Makluman 23
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 6.3.5 Usul dari unit Kokurikulum 6.3.5.1 Pn. Nor Mariha selaku pengetua wakil PK Kokurikulum memohon peruntukan sebanyak RM5000 untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dengan menyediakan fitness station @ stesen kecergasan di kawasan sekolah. 6.3.5.2 Unit Kokurikulum memohon RM3000 untuk membuat pendawaian elektrik dan memasang kipas untuk kabin kokurikulum yang berfungsi sebagai bilik operasi kokurikulum dan tempat penyimpanan peralatan unit kokurikulum. 6.3.5.3 Pn. Pengetua wakil daripada unit kokurikulum memohon RM7000 untuk membuat lapisan epoxy untuk lantai di dewan terbuka bagi mengelakkan kerosakan jangka panjang. Dewan terbuka juga berfungsi sebagai pusat kegiatan aktiviti sukan dan kokurikulum. 6.3.5.4 En. Mohd Radzi Jarmin bertanya tentang pemilikan dewan terbuka sekolah, sama ada milik sekolah atau PIBG. Beliau juga mencadangkan untuk membuat peralihan aset secara rasmi kepada pihak sekolah dari PIBG dan LOG dengan JPN sebagai aset sekolah agar boleh memohon bajet penyelerenggaraan. Pn. Pengetua berbesar hati untuk menjemput En. Mohd Radzi ke sekolah untuk menghulurkan bantuan atas urusan tersebut. Cadangan usul diterima sebulat suara. Makluman 6.3.6 Usul dari PPKI 6.3.6.1 Pn. Pengetua wakil PK PPKI mengusulkan agar dikekalkan bayaran sumbangan bagi murid PPKI sebanyak RM10 sebulan selama 10 bulan setiap murid untuk aktiviti murid serta aktiviti kebajikan. 6.3.6.2 Memohon sumbangan sebanyak RM3000 bagi membina laluan susur gajah antara Blok Angsana dan Blok Teratai supaya guru dan murid mudah bergerak terutama ketika hari hujan. 6.3.6.3 Mencadangkan mewujudkan AJK Khas yang mewakili ibubapa murid PPKI dalam AJK Induk PIBG. Cadangan usul diterima sebulat suara. Makluman 24
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 6.3.7 Usul PIBG 8.3.7.1 En. Saro mengusulkan untuk mewujudkan KIOSK PIBG serta ruang laman PIBG dan RBT kerana kedudukan yang bersebelahan dengan kantin sangat strategik dan juga PIBG masih tiada bilik atau tempat di sekolah bagi memudahkan untuk membuat urusan dengan wakil PIBG. Cadangan usul diterima sebulat suara. Makluman 6.3.8 Usul dari Ibubapa 6.3.8.1 En. Saro memaklumkan penghantaran usul melalui Google Form ditutup pada 4 April 2022 dan telah menerima hanya 10 hantaran maklum balas daripada ibu bapa. 6.3.8.2 En. Saro mengusulkan supaya jualan buku di ambil alih oleh pihak koperasi sekolah bagi memudahkan operasi dan juga lokasinya yang mudah dilihat. Ibu bapa juga mengalami masalah untuk berurusan kerana ketidaktentuan waktu operasi oleh kedai buku. Pn. Pengetua menjelaskan bahawa kedai buku terikat dengan perjanjian 2+1 dan akan diusahakan untuk pindah milik dalam masa terdekat. Koperasi juga masih belum stabil dari segi pendapatan berikutan 2 tahun PKP kerana modal diperlukan untuk menggaji pekerja seorang sebulan sebanyak RM1500. : Makluman 6.4 Hal-hal Lain 6.4.1 Pertanyaan En. Mahbut tentang Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 dijalankan secara Live Youtube. Pengetua memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung kali ini tidak secara bersemuka kerana masih tertakluk dengan SOP 3.0. 25
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 6.4.2 En. Gos Hambali mencadangkan pihak YDP PIBG berjumpa pihak pengurusan MRT untuk menyelaraskan laluan bas MRT ke sekolah agar mudah untuk pelajar- pelajar kita hadir ke sekolah. YDP PIBG bersetuju dan beliau akan mengambil tindakan yang sepatutnya. 6.4.3 En. Tazul Rahim mewakili ibu bapa pelajar tingkatan 5 Mutiara mencadangkan agar kelas- kelas Tingkatan 5 di blok E dipindahkan semula ke blok F seperti sebelum ini. Puan Noraini selaku Penolong Kanan HEM memaklumkan akan mempertimbangkan perkara ini. Menurut beliau rasional pertukaran sebelum ini adalah untuk memudahkan akses pelajar ke makmal sains disamping memudahkan kawalan disiplin serta pengendalian semasa peperiksaan SPM. 6.4.4 Pn. Rozanie Othman bertanya tentang kelas yang sesak , tiada tingkap dan langsir serta tandas yang rosak serta tandas berbau asap rokok dan vape serta lampu di laluan Pelajar tidak berfungsi menjadikan laluan tersebut gelap di awal pagi. Pengetua memaklumkan bahawa jumlah pelajar adalah mengikut kapasiti maksimum yang dibenarkan iaitu 35 orang. Pemasangan langsir masih lagi tidak dibenarkan kerana masih tertakluk dengan SOP 3.0. Beliau juga memaklumkan semua tandas telah dibaiki dan setakat ini tidak ada sebarang aduan dari guru-guru mengenai asap rokok dan bau vape. Tentang laluan pelajar beliau memaklumkan kerosakan lampu jalan tersebut telah dilaporkan dan pihak sekolah masih menunggu tindakan daripada pihak berwajib. Puan Rozanie juga memohon guru-guru menegur murid-murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab kesihatan dengan teguran bukan menyindir. Menurut beliau murid mudah terasa dan patah semangat nak ke sekolah. Pengetua memaklumkan bahawa jika murid-murid mempunyai masalah mereka boleh berjumpa dengan kaunselor sekolah. Encik Mohamad Radzi Jarmin mencadangkan PIBG menubuhkan dana kesihatan bagi membantu pelajar yang terkesan dengan Covid 19. YDP PIBG , memaklumkan pihak PIBG telah menubuhkan Tabung Bantuan tersebut pada awal tahun ini. Makluman 26
Mesyuarat Agung Minit Mesyuarat Kali ke 7. Ucapan Penangguhan YDP PIBG sesi 2021/2022 mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru kerana sudi menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45. Beliau menyatakan semua cadangan ibu bapa akan diambil maklum dan tindakan sewajarnya akan diambil . Beliau juga menjemput ibu bapa untuk menyertai kumpulan permuafakatan ibu bapa SEMEGAH (KSIB) melalui link yang disediakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi. Disediakan oleh, (PUAN NUR ZARINA BINTI ARIFIN) S/U Kehormat PIBG Disemak oleh, ………………… (ENCIK SARO BIN GANI) Yang Dipertua PIBG Disahkan oleh, …………………….. (PUAN NOR MARIHA BINTI BAHAUDDIN) Pengetua SMK Bukit Gading Pencatat minit : Puan Masreha binti Hj Taib Puan Ermahijra binti Mohamad kalam Puan Emi Azmalinda binti Ab Manaf Puan Nor Azura binti Razli 27
Laporan Aktiviti Mesyuarat Agung Kali ke Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula tahun 2013 dan berakhir 2025 adalah merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar bagi murid dari pra sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara telah menggariskan sebelas anjakan. Dalam sebelas anjakan yang dibuat, anjakan Sembilan menekankan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Ini menunjukkan bahawa peranan PIBG dalam Pembangunan Pendidikan amatlah diperlukan. Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) adalah sokongan penting pada sesebuah institusi Pendidikan Rendah dan Menengah. Tanggungjawab PIBG amatlah besar dan mencabar pada masa kini terutama ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti Pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf tinggi. Begitu juga dengan komitmen yang telah diberikan oleh PIBG SMKBG sepanjang tempoh 2022/2023. Pelbagai aktiviti yang telah dijayakan oleh sekolah dengan sokongan yang padu dari PIBG. Antara aktiviti-aktiviti yang melibatkan PIBG dan SMKBG. 28
Laporan Aktiviti Mesyuarat Agung Kali ke 29
Laporan Aktiviti Mesyuarat Agung Kali ke PIBG SMKBG akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam pelbagai aspek dan sokongan ini amatlah dihargai sekolah. Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. “KE ARAH TRANSFORMASI PIBG SMKBG” Disediakan Oleh: ….……………………………. (PN. AIDA SHAZWANI BINTI SURKERY) Timb. Setiausaha Kehormat PIBG SMK Bukit Gading 30
Laporan Kewangan Mesyuarat Agung Kali ke 31
Laporan Kewangan Mesyuarat Agung Kali ke 32
Laporan Kewangan Mesyuarat Agung Kali ke 33
Laporan Kewangan Mesyuarat Agung Kali ke 34
Laporan Kewangan Mesyuarat Agung Kali ke 35
Ahli Jawatan Kuasa Mesyuarat Agung Kali ke PENASIHAT : PN NOR MARIHA BINTI BAHAUDDIN YANG DIPERTUA : NAIB YANG DIPERTUA : SETIAUSAHA : PN RUMAIZAH BT KHUZAIMAH TIMBALAN SETIAUSAHA : PN NORSHAFIKA NAZUWA BINTI MHD RAMLI BENDAHARI : PN JAMALIAH BINTI JAAFAR TIMBALAN BENDAHARI : PN. AZNY NOR LAILY BINTI HAMDAN AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) AHLI JAWATANKUASA GURU 1) PN MARZULIZA BINTI DOLLAH 2) PN RUKMONY A/P SHUNMUGAM 3) NOR IKASYAHIRA BT JAMALUDIN 4) MOHD SAHA BIN SAHARUDIN 5) MOHD FIRDAUS BIN AZIZ PEMERIKSA KIRA-KIRA 1) PN NORHAFIZAH BINTI MD NASIR 2) EN SHAHRUL IZWAN BIN SABDIN 36
Cadangan Usul Mesyuarat Agung Kali ke BIL USUL /CADANGAN JUSTIFIKASI 1. Program Kecemerlangan Akademik Sekolah ( PKAS ) Ting 5 & T6 Kutipan Sumbangan bagi setiap murid Ting 5 & 6 sebanyak RM 50.00 setahun Sumbangan tersebut akan digunakan dalam membiayai program peningkatan prestasi akademik murid dalam SPM & STPM seperti : i- Bengkel teknik menjawab T5 ( Gilap Sinar ) ii- Kelas tambahan T5 ( selepas waktu persekolahan ) iii- Pecutan akhir ( waktu senggang semasa peperiksaan SPM sedang berlangsung ) iv- Mutiara kasih ( T6 ) v - Sifar Gagal ( T6 ) vi - Cakna Prestasi ( T6 ) vii - Pementoran ( T6 ) viii - Bayaran Penceramah luar ( anggaran RM 150 sejam ) T5 & T6 ix - Cetakan bahan ( T5 & T6 ) BAHAGIAN/ UNIT : KURIKULUM 37
Cadangan Usul Mesyuarat Agung Kali ke BAHAGIAN/ UNIT : HEM BIL USUL / CADANGAN JUSTIKIFASI 1 Kutipan sebanyak RM5 daripada setiap murid untuk penyelenggaraan prasarana sekolah SMK Bukit Gading merupakan sekolah lama. Terdapat banyak kerosakan yang perlukan baik pulih dari semasa ke semasa. BAHAGIAN/ UNIT : PPKI BAHAGIAN/ UNIT : KOKURIKULUM BIL USUL / CADANGAN JUSTIKIFASI 1. Cuaca yang agak panas sekarang dan muridmurid tidak sesuai berpakaian uniform lengkap pada setiap hari Rabu dan Isnin minggu ketiga untuk perhimpunan kokurikulum. Oleh itu, unit kokurikulum ingin mencadangkan agar setiap murid membeli sekurang-kurangnya tshirt unit masingmasing untuk dipakai pada hari Rabu dan Isnin minggu ketiga. Tshirt boleh didapati dengan membuat tempahan melalui koperasi SMK Bukit Gading Berhad. Tujuan pelaksanaan badan beruniform di sekolah adalah untuk melahirkan perasaan jati diri dalam kalangan warga sekolah. Semoga dengan pemakaian tshirt ini muridmurid dapat menghayati perasaan cinta akan negara dan kesaksamaan dalam kalangan warga sekolah. BIL USUL / CADANGAN JUSTIKIFASI 1. Mengekalkan kutipan bulanan sebanyak RM20 selama 10 bulan selama setahun. Melancarkan segala aktiviti PPKI. 2. Memohon untuk membaiki bumbung di blok Teratai dan blok Angsana. Bumbung sudah uzur dan membahayakan kesihatan murid-murid. 38
Cadangan Usul Mesyuarat Agung Kali ke CADANGAN / USUL : IBU/ BAPA/PENJAGA BIL Nama ibu / bapa / penjaga Kehad iran Nama anak: Ting Cadangan / usul saya pada tahun ini ialah: 1 Noreain Bt Md Dris Hadir Sulaiman Bin Shamsuddin 2 Fokus Aktif dan Guna secara total App Google Classroom untuk nota kerja sekolah dan semua info berkaitan belajar. Rasionalnya ialah HP wassap group yg banyak dan selalu nya memory full. Jika ada di GC ia secara tak langsung kita boleh review semula pd masa2 akan dtg. dan buat rujukan. Tambahan pula apabila ada PDPC secara online 2 Mariahton Kiptian bte Abd Manap Hadir Qaseh Nur Marissa bte Nor sham 1 bijak Jalan berbumbung di tmpat berjalan kaki pelajar sampai ke bus stop bawah untuk mengelak pelajar basah kuyup ketika hujan lebat.,terima kasih. 3 Kuu Shanorziebin Shafei Hadir Aqiesha Dzafiera bt Kuu Shanorzie 1 Gemilang Permohonan laluan pejalan kaki serta jejambat bagi keselamatan pelajar melintas ke jalan besar. 4 Mahbut bin Yaacob Tidak hadir Nur Amalina 5 Laluan pejalan kaki ke pagar B diharap dapat Di simen simen Rata. 5 Rusli Bin Zulkeflee Tidak hadir Fatin Zulaikha Bt Rusli 6 lampu dan tandas perlu dibaiki dan kemudahan seperti sabun perlu diperbanyakkan di setiap tandas 6 Murniza Binti Ahmad Murad Hadir Muhammad Danish Hakim Bin Muhd Azmi Oseman 4 Hebat Penambahbaikan lampu jalan ke sekolah 39
Cadangan Usul Mesyuarat Agung Kali ke 7 Noorwahidah bte ujang Hadir Muhammad fitri bin roslin Ting 4 pvma Lampu jalan ke sekolah harus di tambah,jalan berbumbung untuk murid pun perlu ada. 8 Mohd Adam b Rusli Hadir Muhammad Syakir Haikal 1 Fokus Penambahbaikan tempat pejalan kaki pelajar 9 Hasnol Zul`Aizah Bt Hassan Tidak hadir Nur Izzah Amirah bt Mohd Nazri 4 Efisien memperbaiki tandas pelajar 10 Nurhayati binti wahiyudin Hadir Muhammad haiqal bin sahrul 3 cekap Membaik pulih saluran air 11 Sri Subakti Faruk Hadir Asrikhul Khaqul Khuluq Bin Abd Rohman 3 Di pertingkatkan lagi keselamatan murid-murid SMKBG 12 Salomah binti kassim Hadir Siti Nurshahfiqah & Aahmad Abdul Azim 1 dan 2 bekalan air mineral setiap ibubapa pada setiap bulan di kelas anak masingmasing bagi menjaga kesihatan dan menggalakkan anak anak selalu minum air putih bagi mengelakkan risiko penyakit yg sedang berleluasa. 13 Muhammad hisham Tidak hadir Tina nafisa binti muhammad hisham 6 ibnu khaldun 3 Kurangkan aktiviti di luar kelas 14 Norzazili binti Zulkifli Hadir Nur Afiqah Batrisyia binti Mohd.Hafizam 2 Cekap Sikap guru-guru dan murid yang baik agar saling dapat mengeratkan silaturrahim antara keduanya. 15 Maznura mat dris Hadir Muhammad Naufal abdullah atiq Ting 1 Mengecat bangunan sekolah 16 Sufiah binti Mohd Yusof Tidak hadir Nurul shyuhada binti zahri 3 efisien Turunkan bayaran pibg CADANGAN / USUL : IBU/ BAPA/PENJAGA 40
Lampiran Mesyuarat Agung Kali ke LAPORAN UNIT : KURIKULUM BI L PERKARA TARIKH SASARAN CATATAN 1 PELANCARAN PKAS 2022 25 APRIL 2022 MURID TING 5 Telah Dilaksanakan 2 LONJAKAN MOMENTUM Bermula 23/5/2022 ( lepas waktu persekolahan ) ( Isn/Sel/Kha ) (5 Zamrud, 5 Delima, 5 Topaz, 5 Baiduri, 5 Opal, 5 Pirus) Telah Dilaksanakan 3 PERKAMPUNGAN ILMU 16/7/2022 MURID TING 5 Telah Dilaksanakan 4 GILAP SINAR 1/8/22-12/8/22 31/10/22-4/11/22 28/11-9/12/22 MURID TING KP/3/4/5 Pelaksanaan sebelum setiap pep berlangsung 5 SPARKLING SEMEGAH (TINGKATAN SATU DAN DUA) 1/8/22-19/8/22 31/10/22-4/11/22 28/11-9/12/22 MURID TING 1 & TING 2 Pelaksanaan sebelum setiap pep berlangsung 6 MAJ.ANUGERAH KECEMERLANGA N AKADEMIK 9 /8/2022 MURID CEMERLANG SPM 2021 Telah Dilaksanakan 7 BICARA PRESTASI (HARI TERBUKA ) 14/10/22 MURID & IBU BAPA Telah Dilaksanakan 8 SUPER SUKSeS 9-10/12/2022 MURID 5 BERLIAN/INTAN & MUTIARA Telah Dilaksanakan 41
Lampiran Mesyuarat Agung Kali ke LAPORAN UNIT : KURIKULUM BIL PERKARA TARIKH SASARAN CATATAN 9 DTP SEJARAH 17/10/22-4/11/22 16/1/23-27/1/23 MURID 5 BAID/OPAL/PIRUS/ NILAM Telah Dilaksanakan 10 KELAS TAMBHN T5 27/10-3/11/2022 14/12-16/12/2022 ( masa cuti ) MURID TING 5 Telah Dilaksanakan 11 KELAS TAMBHN / SUKSeS ( lepas sek & Hari Sabtu ) 2/1-17/2/2023 MURID 5 BERLIAN /INTAN & MUTIARA Telah Dilaksanakan 12 JADUAL ANJAL T5 ● Program Gerak Gempur ●Bengkel Teknik menjawab ● Slot Motivasi 2/1/2023- 17/2/2023 MURID TING 5 Telah Dilaksanakan 13 PECUTAN AKHIR SPM 2022 7/1/23 4/2/23 18/2/23 Waktu senggang sepnjg pep berlangsung MURID TING 5 Telah Dilaksanakan 14 PERKAMPUNGAN ILMU 2 14/1/2023 MURID TING 5 Telah Dilaksanakan 15 HOTS TV Didik GOT SPM 17/1/23-17/2/23 MURID TING 5 Anjuran PPD Gombak ( Online ) 16 MAJLIS GRADUASI 28/1/2023 MURID TING 5 Telah Dilaksanakan 42
Mesyuarat Agung Kali ke Lampiran BIL PERKARA TARIKH SASARAN CATATAN 1 PROGRAM BKAP 2022 JANUARI 2022 SEMUA MURID TELAH DILAKSANAKAN 2 PROGRAM GOTONG ROYONG PEMBUKAAN SEKOLAH MAC 2022 SEMUA GURU TELAH DILAKSANAKAN 3 PROGRAM PENYUSUNAN KELAS TINGKATAN 5 APRIL 2022 SEMUA GURU KELAS DAN MURID T5 TELAH DILAKSANAKAN 4 PROGRAM ZIARAH CAKNA SEPANJANG TAHUN 2022/2023 MURID YANG TERPILIH TELAH DILAKSANAKAN 5 PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 8 APRIL 2022 SEMUA GURU DAN SEMUA MURID TELAH DILAKSANAKAN 6 MAJLIS KHATAM ALQURAN APRIL 2022 MURID YANG TERLIBAT SAHAJA TELAH DILAKSANAKAN 7 PROGRAM SAMBUTAN RAYA AIDIL FITRI, REMUD DAN DWEN 17 FEBRUARI 2022 SEMUA MURID TELAH DILAKSANAKAN 8 MAJLIS PERLANTIKAN KEPIMPINAN MURID 2022 2- 28 MAC 2022 SEMUA MURID YANG TERLIBAT TELAH DILAKSANAKAN 9 PELANCARAN MINGGU KERJAYA 8 OGOS 2022 PRS / UBK TELAH DILAKSANAKAN 10 PROGRAM PENYERAHAN TOPI KELEDAR MURID SESI PETANG YANG TERPILIH TELAH DILAKSANAKAN LAPORAN UNIT : HEM 43
Mesyuarat Agung Kali ke Lampiran LAPORAN UNIT : HEM 11 PROGRAM PENTAULIAHAN EXCO MPTE DAN PENGAWAS 30 MEI 2022 SEMUA EXCO MPTE DAN PENGAWAS TELAH DILAKSANAKA N 12 ANUGERAH HEM – PERMANA CITRA 2 NOV 2022 SEMUA GURU DAN MURID YANG TERLIBAT TELAH DILAKSANAKAN 13 LATIHAN KEBAKARAN 2022 SEMUA WARGA SEMEGAH TELAH DILAKSANAKAN 14 PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 29 SEPT 2022 SEMUA PENGAWAS SEKOLAH TELAH DILAKSANAKAN 15 KEM SPBT 2022 2 JULAI 2022 SEMUA PENGAWAS SPBT TELAH DILAKSANAKAN 16 PROGRAM GOTONG ROYONG TINGKATAN 6 TELAH DILAKSANAKAN 17 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 26 JANUARI 2023 SEMUA MURID TELAH DILAKSANAKAN 18 GOTONG ROYONG GURU PPKI PEMBUKAAN SEKOLAH PADA AKHIR TAHUN 2022 30 DISEMBER 2022 SEMUA GURU PPKI TELAH DILAKSANAKAN 19 PROGRAM SELEPAS UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK FEBRUARI 2023 SEMUA MURID T1,T3 T3 & T4 TELAH DILAKSANAKAN 44
Mesyuarat Agung Kali ke Lampiran LAPORAN KOKURIKULUM TAHUN 2022 45
Mesyuarat Agung Kali ke Lampiran 46
Mesyuarat Agung Kali ke Lampiran 47
Mesyuarat Agung Kali ke Lampiran 48
Mesyuarat Agung Kali ke Lampiran 49
Mesyuarat Agung Kali ke Lampiran 50