PENJODOH BILANGAN TAHUN 5
APA ITU PENJODOH BILANGAN? penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan saiz, bentuk, rupa dan sebagainya.
Perkataan Erti/Kegunaan Contoh batang benda panjang atau tinggi sebatang sungai, sebatang pokok bentuk benda yang melengkung sebentuk cincin bidang benda yang luas sebidang tanah biji 1) buah-buahan2) benda yang bulat3) benda yang kecil sebiji mangga sebiji bola sebiji benih
buah 1) benda yang besar 2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan sebuah kapal sepuluh buah kerusi buku benda yang berbongkah sebuku sabun bungkus benda dalam bungkusan sebungkus nasi butir benda yang kecil sebutir peluru carik kepingan yang dicarik secarik kain
timbun himpunan sesuatu yang bertindih-tindih setimbun sampah titik titisan setitik air mata tongkol 1) kepingan yang besar dan berbongkah2) buah jagung setongkol kayu lima tongkol jagung ulas bahagian buah yang berbiji dll. seulas buah durian untai rangkaian benda yg dicucuk seuntai manik urat gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang dua urat gelang utas benda yg berurai seutas jam tangan
genggam benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan segenggam beras gulung benda yang digulung segulung kain gumpal 1) bongkah 2) ketul 3) kepul segumpal tanah segumpal darah segumpal asap helai benda yang nipis dan lebar sehelai baju hidangan kumpulan makanan dan minuman yang disajikan sehidangan kui h-muih hiris potongan nipis sehiris daging
AKTIVITI PENGUKUHAN
LATIHAN 1: ISI TEMPAT KOSONG
LATIHAN 2
LATIHAN 3