TAJUK : TOKOH PEMIMPIN
JOHOR
TUNKU MAHKOTA JOHOR
Tunku Ismail Idris Ibni
Sultan Ibrahim Ismail
Nama : Lee Chin Thern
Kelas : 5A
Email : [email protected]
Nama Sekolah : S.J.K.(C)Chian Kuo
Alamat sekolah : S.J.K(C)Chian Kuo
Jalan Besar Bukit Gambir,
Bukit Gambir 84800,
Bukit Gambir,Tangkak,Johor
i
❖ 1.0 PENDAHULUAN 1
❖ 2.0 BIODATA TOKOH PEMIMPIN 2
❖ 3.0 PENDIDIKAN TOKOH 4
❖ 4.0 KERJAYA TOKOH 6
❖ 5.0 SUMBANGAN TOKOH 8
❖ 6.0 NILAI KEPEMIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG 13
❖ 7.0 PENUTUP 14
❖ 8.0 RUJUKAN 15
ii
Terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana telah memberi kesempatan bagi saya 1
untuk menyertai dan menyiapkan tugasan bagi Pertandingan Buku Skrap Digital Tokoh
Pemimpin Muda Johor Student Leaders Board (SLB) kategori sekolah rendah ini.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ingin saya rakamkan khasnya
kepada Guru Besar sekolah saya, iaitu Puan Ko Lay Kiok kerana telah memberi kepercayaan
kepada saya untuk menyertai pertandingan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru
pembimbing saya, Cikgu Mohamad Hannan bin Saman yang telah banyak memberi bimbingan
kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan buku skrap ini. Tidak lupa juga kepada
keluarga dan sahabat handai yang tidak putus-putus memberikan saya semangat dan galakan.
Tujuan saya membuat kajian tentang DYAM Tunku lsmail Idris Ibni Sultan Ibrahim
Ismail adalah untuk mengetahui dan mengenal dengan lebih dalam lagi akan keperibadian
baginda yang telah banyak memberikan inspirasi kepada rakyat negeri Johor khususnya.
Ketokohan Baginda dalam pelbagai aspek telah menyuntik satu semangat baru dan aspirasi bagi
saya untuk mencontohi dan menjadikan baginda sebagai salah satu pemimpin idola saya.
Akhir kata, saya berharap agar buku skrap digital ini dapat memberikan manfaat kepada
semua tanpa mengira latar belakang bangsa mahupun agama.
➢ Nama : Tunku lsmail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim
➢ Gelaran : Duli Yang Amat Mulia (DYAM)
➢ Tarikh diputerakan : 30 Jun 1984
➢ Pemerintah : 26 Januari 2010 – Kini
➢ Pendidikan : Sekolah Sri Utama Johor Bahru, Sekolah Rendah Kebangsaan St.
Joseph, Johor Bahru, Australian International School Singapore, Hale School,
Perth, Australia, Indian Military Academy
➢ Pasangan : Che Puan Besar Khaleeda Bustaman (24 Oktorber 2014)
➢ Bilangan cahaya mata : 3 orang
➢ Agama : Islam
➢ Kerabat : Istana Pasir Pelangi , Johor Bahru , Johor
2
DYAM Tunku Ismail Idris Bersama isteri dan anak-anak baginda DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru, Johor
merupakan Tunku Mahkota Johor. Beliau merupakan putera kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda)
3 dan Kerabat Diraja Perak (sebelah bonda). DYAM Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera
India dan kini Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).
DYAM Tunku Ismail merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith
Sofiah Sultan Idris Shah. Beliau merupakan cucunda kepada Sultan Johor yang sebelumnya iaitu Almarhum
Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan juga Sultan Perak yang sebelumnya, iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.
DYAM Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datukdanya, Almarhum Sultan
Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta kesultanan Johor (kini pewaris
takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar). Tunku Ismail ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor
pada 26 Januari 2010.
DYAM Tunku Ismail telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Che Puan Besar Khaleeda Bustaman pada
24 Oktober 2014 dan telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata yang terdiri dari 1 puteri dan 2 orang
putera iaitu Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah (sulung), Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar
Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (kedua) dan Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim (ketiga).
DYAM Tunku Ismail menamatkan pendidikan awal di Sekolah
Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru. Beliau
kemudian menerima pendidikan menengah rendah di Sekolah Antarabangsa
Australia di Singapura dan meneruskan pengajian menengah di Hale School di
Perth, Australia Barat, sehingga 2002.
DYAM Tunku Ismail telah menjalani latihan ketenteraan
sebagai Pegawai Kadet di ‘Indian Military Academy‘ (I.M.A), Dehra Dun,
India pada 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004 dan telah ditauliahkan
pangkat Leftenan dalam upacara tamat latihan. DYAM Tunku Ismail
ditempatkan di Unit 61 Cavalry Tentera Darat India, Jaipur, India selama dua
tahun mulai 15 Disember 2004 hingga 14 Disember 2006.
4
3.1 PENGLIBATAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
DALAM KETENTERAAN
Bermula dari tahun 2003, sewaktu menjalani latihan ketenteraan di
PULADA, baginda telah mengikuti Kursus Pegawai Muda (Young Officer) selama
empat bulan dan baginda telah menyertai operasi Merpati bersama 7 Brigade. Antara
kursus-kursus yang baginda menjalani di PULADA seperti Peperangan Gerila,
Peperangan terbuka, Peperangan dalam bandar, NBC (Nuclear Biology Chemical) dan
banyak lagi. Selepas tamat kursus tersebut, baginda terus menyambung kursusnya di
India Military Acedemy (IMA) selama 3 tahun. Antara kursus-kursus yang disertai
pada masa itu adalah seperti Leadership Single Service Operation, Military
Appreciation Proces (MAP), Military History, Weapon Physical Training, Platoon
Commander Course, Company Commander Course, Battalion Commander Course
dan asas ketenteraan lain. Selepas tamat kursus di IMA, baginda meneruskan kerjaya
di 61 Calvary di Jaipur, India. Baginda didedahkan dengan latihan serta operasi
sebenar di sempadan Pakistan-India.
5
➢ TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ)
➢ Kesetiaan : Sultan Johor
➢ Perkhidmatan : Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF), Tentera Darat India
➢ Tahun : 2003-kini
➢ Perkhidmatan : Khidmat aktif
➢ Pangkat : Mejar Jeneral (JMF), Kapten (Tentera Darat India)
➢ Unit : Askar Timbalan Setia Negeri Johor(JMF), 61 Cavalry, Jaipur
6
▪ DYAM Tunku Ismail merupakan rakyat asing pertama yang mengetuai unit Tentera India di Hari
Perarakan Republik India. Pada 26 Januari 2007, dengan pangkat Leftenan di dalam Tentera India,
baginda mengetuai barisan hadapan yang berpangkalan di Rejimen 61 Cavalry, Jaipur untuk memberi
tabik hormat kepada Presiden India, Dr. A.P.J. Abdul Kalam semasa sambutan Hari Republik. Presiden
sendiri telah memilih DYAM Tunku Ismail untuk mengetuai unit yang terdiri dari seramai 400 askar
yang julung-julung kali diadakan untuk majlis istiadat berkuda. Pada akhir tahun 2007, baginda
menamatkan perkhidmatan di 61 Calvary. Kemudian Baginda pulang ke Johor. Almarhum Sultan
Iskandar berkenan melantik baginda menjadi salah seorang pegawai dalam Askar Timbalan Setia Negeri
/ Johor Military Force (JMF).
7
DYAM Tunku Ismail juga berjaya Antara sumbangan lain baginda dalam kelab ini
mengurus tadbir pasukan bola sepak Johor Darul adalah dengan terbinanya sebuah stadium bola sepak
Takzim (JDT) sehingga mengharumkan Johor di baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim. Stadium Sultan
persada antarabangsa. Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri,
Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan
Kejayaan demi kejayaan yang dilakar Sultan negeri Johor Darul Takzim iaitu Sultan Ibrahim Ibni
pasukan bola sepak JDT meletakkan Johor di peta Almarhum Sultan Iskandar.
dunia. Sejak tahun 2013, prestasi JDT semakin
meningkat termasuk kedudukan kewangan serta Stadium baru ini telah menjadi gelanggang rasmi
hubungannya dengan kelab gergasi dunia. pasukan Johor Darul Ta'zim FC untuk saingan Liga Super
Malaysia bermula tahun 2020. Stadium ini menggantikan
Antara kejayaan yang pernah dikecapi oleh Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa
kelab bola sepak ini adalah seperti juara Piala UFC dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun
pada tahun 2015, Juara Liga Super Malaysia 8 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM
tahun berturut-turut, Juara Piala Sumbangsih dan 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000
Juara Piala Malaysia. penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.
8
JDT muncul juara Piala AFC 2015 JDT muncul juara Liga Super Malaysia (2021) 8 kali berturut-turut
TMJ dalam majlis perasmian Stadium Sultan Ibrahim
Stadium Sultan Ibrahim
9
DYAM Tunku Ismail telah dilantik oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim sebagai 10
Ketua Belia Johor bagi mengetuai dan memimpin semua aktiviti belia dalam negeri
Johor. Hal ini adalah kerana ketabahan serta pengalaman luas dan mendalam DYAM
Tunku Ismail dalam hal ehwal pentadbiran, berkebolehan dan mampu menjadi penjana
kepada pembangunan belia .
DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah bercadang mewujudkan Youth Centre
atau pusat belia di setiap daerah di Johor sebagai visi baginda membangunkan belia
Johor menjadi modal insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkebolehan.
Tunku Ismail (dua kanan) selepas perjumpaan bersama Onn Hafiz (kanan)
mengenai perkembangan pembinaan Youth Centre
DYAM Tunku Ismail Bersama dengan anggota JMF Elite Forces DYAM Tunku Ismail telah menubuhkan pasukan elit dalam JMF
yang diberi nama Elite Forces JMF. Pasukan elit ini bertujuan untuk
memberikan perlindungan keselamatan peribadi terbaik kepada
Kesultanan Johor dan Kerajaan negeri Johor dalam sebarang keadaan.
Bagi merealisasikan hasrat baginda, kursus penubuhan pasukan elit
tersebut telah dilaksanakan pada Jun 2008 yang melibatkan 21 orang
anggota termasuk baginda sendiri untuk mempelajari pelbagai ilmu
kepakaran di Kem Iskandar, Mersing Johor. Pelbagai cabaran dari
segi mental, fizikal serta ilmu- ilmu kepakaran Gerak Khas seperti
Close Quater Battle (CQB), Sniper, Pengiring Orang Kenamaan,
Komunikasi, Asas Letupan, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Advance
driving, Advance shooting, Ambush, Hijack dan Guerilla Warfare.
11
DYAM Tunku Ismail telah menyumbangkan RM200,00 kepada Pendakwah Bebas, Ustaz
Ebit Lew yang telah menggunakan wang tersebut untuk membeli sebanyak 500 unit gajet
khas buat pelajar yang memerlukan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR).
DYAM Tunku Ismail telah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada tiga hospital di
negeri Johor dalam majlis ringkas sempena lawatan ke Klinik Pakar Hospital Sultanah Aminah
(HSA) Sumbangan berkenaan telah diserahkanl kepada HSA Johor Bahru, Hospital Temenggung
Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai dan Hospital Kota Tinggi.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima sumbangan dari pihak
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga
merupakan Pro Canselor UTHM berjumlah RM50 ribu untuk meringankan beban
yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga staf UTHM yang terlibat dengan Covid-19.
12
6.0 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merupakan seorang pemimpin negeri Johor yang sangat berwibawa. Terdapat pelbagai nilai kepimpinan yang ada pada baginda yang boleh
dicontohi oleh generasi muda pada masa kini.
Baginda dilihat sebagai seorang yang sentiasa bersifat amanah, tegas, integriti. Segala keputusan dan tindakan baginda dilihat sangat tegas tanpa dipengaruhi oleh sebarang
pengaruh luar. Penubuhan JMF Elite Forces yang merupakan ilham baginda telah membuktikan akan ketegasan baginda yang mengambil berat tentang isu ketenteraan dan keselematan
khasnya dalam melindungai kerabat negeri Johor. Penglibatan baginda sendiri dalam pasukan ini merupakan satu nilai integriti yang perlu dicontohi oleh mana-mana insan yang bergelar
pemimpin. Baginda sanggup bersusah-payah mengharungi latihan bersama-sama pasukan ini tanpa mengira status, apa yang penting adalah untuk memastikan objektif dan matlamatnya
tercapai.
Selain itu, baginda juga merupakan seorang yang sangat berpandangan jauh. Hal ini dapat dilihat dengan keputusan baginda mengambil alih pasukan bola sepak Johor (JDT).
Proses penstrukturan semula pasukan ini yang mengambil masa saban tahun dilakukan secara teliti dan akhirnya pelbagai kejayaan berjaya ditempuh baik di dalam mahupun di luar negara.
Baginda juga merupakan seorang yang tidak mudah mengaku kalah dan berputus asa sungguhpun diberikan tekanan dan kecaman. Ketika baginda menguruskan pasukan bola
sepak Johor (JDT), terdapat beberapa keputusan baginda yang seringkali dikecam oleh pihak luar namun baginda telah membuktikan bahawa setiap keputusan baginda telah dinilai dan
diperhalusi dan telah membuahkan hasil.
Sikap baginda yang pemurah juga harus dijadikan contoh oleh generasi muda pada hari ini. Baginda seringkali menghulurkan bantuan dan memberikan sumbangan kepada sesiapa
sahaja yang memerlukan khasnya kepada rakyat negeri Johor. Amalan memberi ini perlu ada pada setiap pemimpin bagi memberikan contoh tauladan yang baik serta memupuk nilai murni
ini dalam kalangan golongan yang dipimpin yang seterusnya mampu memberikan inspirasi.
13
Penghasilan buku skrap digital ini telah banyak memberi input baharu
dan pengalaman kepada saya. Sepanjang proses ini, saya telah dapat
mengetahui dan mendalami tentang kehebatan tokoh pemimpin DYAM
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Ismail. Kebijaksanaan baginda dalam
usaha memajukan negeri Johor sehingga ke puncak kegemilangan pada
hari ini adalah sesuatu yang sangat mengagumkan dan boleh dibanggakan
serta harus dijadikan sebagai inspirasi.
DYAM Tunku Ismail juga merupakan tonggak pemerintahan negeri
yang telah banyak menyumbang dalam membentuk kemakmuran negeri
Johor. Perpaduan rakyat berbilang kaum sentiasa menjadi tunjang
kejayaan negeri Johor. Usaha-usaha memastikan keperluan dan kehendak
rakyat sentiasa dipenuhi. Keselamatan dan kesejahteraan negeri juga
sentiasa terjamin. Kita sebagai rakyat Johor haruslah kagum, berbangga
dan menghargai jasa dan sumbangan baginda.
14
❖ https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/21890-tmj-pimpin-aktiviti-belia-pelantikan-dibuat-sultan-johor
❖ https://military.wikia.org/wiki/JMF_Elite_Forces
❖ https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Ismail_Idris_ibni_Sultan_Ibrahim_Ismail
❖ https://news.uthm.edu.my/ms/2020/03/pandemik-covid-19-uthm-terima-sumbangan-peribadi-tmj-dan-menteri-kpt/
❖ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tunku-mahkota-johor-selamat-bernikah-46871
❖ https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/10/487596/tmj-salur-sumbangan-peribadi-kepada-3-hospital
❖ https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultanan-johor/dyam-tunku-mahkota-johor
❖ https://www.mstar.com.my/sukan/2015/10/31/jdt-piala-afc
❖ https://www.sinarharian.com.my/article/103670/BERITA/Sukan/JDT-juara-CIMB-Liga-Super-2020
❖ https://www.sinarharian.com.my/article/122883/BERITA/Semasa/Ebit-Lew-guna-wang-sumbangan-TMJ-beli-500-gajet
15