The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safarina2010, 2019-10-14 02:21:13

BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)











EDISI 3 / SEPTEMBER – OKTOBER 2019




KATA-KATA ALUAN DARIPADA PENGETUA KAB
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam
sejahtera.Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurnianya pada tahun ini,sekali lagi saya diberi ruang dan
kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua ahli sidang redaksi BUSKAB
2019 kerana telah berjaya menerbitkan majalah ini.





STAF PENTADBIRAN KAB TAHUN 2019












`

























KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)



BARISAN FELO KOLEJ AMINUDDIN BAKI DAN


MAJLIS MAHASISWA KOLEJ 2019/2020























































KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA 1

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


HARI PENDAFTARAN PELAJAR JUNIOR

– 2 SEPT 2019





KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MENGADAKAN
SAMBUTAN HARI PENDAFTARAN PELAJAR
BAHARU AMBILAN SEPTEMBER 2019.

UPSI, Tanjong Malim – Pada 2 September 2019
yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB)
telah mengadakan sambutan Hari Pendaftaran

pelajar baharu ambilan September 2019. Sambutan
ini diadakan adalah bertujuan bagi mengalu-alukan

kedatangan mereka ke Kolej Aminuddin Baki,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sambutan Hari Pendaftaran pelajar baharu ambilan
September 2019 ini diadakan selama satu hari yang

melibatkan 40 ahli jawatankuasa pelaksana yang
terdiri daripada pihak pentadbir dan majlis
mahasiswa kolej, Kolej Aminuddin Baki.
Kedatangan ibu bapa bersama anak-anak mereka
disambut dengan senyuman seperti mana amanat

Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Md. Amin
Md. Taff bahawa gunakan senyuman kepada ibu
bapa yang datang agar mereka berasa gembira
berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Majlis Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki juga

telah mensajikan persembahan sempena

menyambut kedatangan para ibu bapa dan pelajar
baharu ambilan September yang bertempat di
Laman Motivasi, Kolej Aminuddin Baki. Antara
persembahan yang disajikan adalah persembahan
silat dan persembahan nyanyian dan tarian

Cemerlang Bersama sebagai pembuka tirai
sambutan hari pendaftaran pelajaran ambilan
Sepetember 2019.






KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


SIMFONI KASIH (SIKAS 2019) – 7 SEPT 2019




UPSI, Tanjong Malim – Pada 7 September 2019
yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki
(KAB) telah mengadakan Program Orientasi

Simfoni Kasih bagi pelajar baharu ambilan
September 2019 bertempat di Pusat Aktiviti
Pelajar KAB. Program Orientasi Simfoni Kasih

KAB ini dijalankan adalah bertujuan agar
pelajar-pelajar baharu dapat mengenali pihak
pentadbir kolej, felo setiap blok dan majlis
mahasiswa kolej, Kolej Aminuddin Baki. Di-
samping itu juga, agar pelajar lebih berdisiplin

dengan pengurusan masa dan mencungkil
bakat yang ada pada diri mereka untuk aktif
dalam program-program kolej.


Program Orientasi Simfoni Kasih ini diadakan

selama 2 hari 1 malam yang melibatkan 540
pelajar baharu dan 40 orang fasilitator.
Pelbagai latihan dalam kumpulan (LDK)

dijalankan antaranya Ice Breaking, The floor is
lava, Believe me, mirror me, You can speak
dan sebagainya. Kesemua LDK yang

dijalankan mempunyai ibrah yang tersendiri
seperti LDK the floor is lava adalah bertujuan

memupuk semangat pasukan dan berdisiplin

dalam pengurusan masa.


Program ini memberikan impak yang positif
kepada semua pelajar khususnya pelajar
baharu ambilan Sepetember 2019 Kolej

Aminuddi Baki. Hal ini demikian kerana,
mereka telah terdedah dengan suasana dan
persekitaran positif sebelum memasuki kuliah.

Setelah program ini tamat, pelajar boleh

mengambil dan mengaplikasikan nasihat-
nasihat yang diberikan daripada pihak

pentadbir, barisan felo dan MMK, untuk

kesejahteraan bersama.

KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


MALAM BERSAMA FELO – 7 SEPT 2019





































KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM MALAM BERSAMA FELO
SEMESTER 1 SESI 2019/2020.

UPSI, Tanjong Malim – Pada 18 dan 19 September 2019 yang lalu, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah
mengadakan program Malam Bersama Felo dan program ini adalah program berkala yang sentiasa diadakan
pada setiap semester. Selain itu, Malam Bersama Felo diadakan selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 september

2019. Penghuni yang terlibat pada 18 haribulan adalah penghuni dari blok B dan C manakala pada 19 haribulan
pula adalah bagi penghuni blok D dan E. Program ini dijalankan di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki

bermula jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam.

Malam Bersama Felo ini dimulakan dengan ucapan dari Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Prof. Madya Dr. Hj. Syed

Sofian bin Hj. Syed Salim diikuti dengan ucapan daripada Felo Blok dan diteruskan dengan taklimat Denggi dari
Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini memberi impak yang positif kepada para penghuni
kerana melalui program ini penghuni dapat memahami selok-belok dan peraturan kolej.


KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


QURAN EARTH HOUR (21 SEPTEMBER 2019)


KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM QURAN HOUR 2019 DI BAWAH ANJURAN

EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.
UPSI, Tanjong Malim – Pada 21 September 2019 yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program
Quran Hour bagi semua penghuni KAB serta mahasiswa dan mahasiswi UPSI bertempat di Surau Al – Falah, KAB. Terdapat 3
aktiviti yang dijalankan di bawah program ini iaitu aktiviti memasak bubur As-Syuraa, membaca Al-Quran secara berjemaah
dan Bicara Santai “Mengapa kita perlu kepada Al-Quran?”.
Aktiviti memasak dan mengagihkan bubur As-Syuraa kepada mahasiswa/i bertujuan untuk menanam sikap pemurah dan
berkongsi kebahagiaan dalam diri mahasiswa/i. Program Quran Hour menampilkan jemputan khas dari Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), iaitu Ustazah Nazirah Binti Abu Bakar dan Ustaz Mohd Hariri Bin Mohamad Daud. Program ini juga
dijalankan bertujuan untuk menanam rasa cinta dalam diri mahasiswa/i terhadap Al-Quran di samping, dapat memupuk
amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian umat Islam.

Seterusnya, program ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kepentingan Al – Quran

setiap insan. Semoga program kerohanian mendapat tempat di hati mahasiswa/i dan terus mendapat sambutan.







































KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


RAUDHATUL MAWADDAH SIRI 1 (27 SEPTEMBER)























KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN

SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM RAUDHATUL
MAWADDAH SIRI 1 2019.


UPSI, Tanjong Malim - Pada 27 September 2019 yang lalu,
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah di bawah Majlis
Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki sidang 2019/2020
telah mengadakan Program Raudhatul Mawaddah Siri 1

bagi mahasiswi UPSI khususnya penghuni Kolej Aminuddin
Baki sendiri. Program ini berlangsung selama dua jam

bertempat di Surau Al-Falah KAB..


Selari dengan amanat Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr.
Mohammad Shatar bin Sabran yang menginginkan
pelajarnya cemerlang 2A iaitu cemerlang akhlak dan
akademik, Program ini dijangka akan dilanjutkan sehingga
enam kali bagi memastikan mahasiswi UPSI tidak hanya

tertumpu kepada akademik, malah akhlak turut terjaga.

Bagi siri 1 ini, Raudhatul Mawaddah membawakan tajuk
“Keseimbangan kehidupan: Bagaimana menggapai

bahagia ?” yang disampaikan oleh Dr Sakinah binti Salleh
dari Fakulti Sains Kemanusiaan. Seramai 240 orang peserta
hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga segala ilmu yang
diperoleh dapat diamal dan dipraktikkan oleh para
peserta dalam kehidupan seharian mereka.


KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


“KAB PERIHATIN” BULAN OKTOBER 2019








Pihak Kolej Aminuddin Baki telah berjaya

mengumpul sumbangan daripada
penghuni kolej Aminuddin baki sebanyak
RM 1,731.40. Sumbangan tersebut telah
diserah kepada pelajar terbabit pada

tarikh 3 Oktober 2019 :

Nama Pelajar : Saudara Muhammad

Hisyam Bin Abd Halem

Alamat: Jln Pinang 7 Taman Dato Haji
Abdul Samad 71050 Seri Rusa Negeri
Sembilan

Nama pegawai yang membuat serahan

kepada pelajar :

1. En. Muhammad Hamdi Bin Azmi
2. En.Muhammad Fawiz Bin Bakri

3. En. Mohd Shahrizal Bin Ahmad
Sajuddin (Wakil pentadbiran)

Pihak keluarga pelajar dan pelajar telah
mengucapkan ucapan terima kasih

kepada pihak kolej atas kesudian
melawat dan meyerahkan sumbangan

tersebut.















KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


LAILATUL BARAKAH (3 OKTOBER 2019)


KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI

PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MENGADAKAN
PROGRAM LAILATUL BARAKAH - 1 2019 DI

BAWAH ANJURAN EXCO LATIHAN DAN
PEMBANGUNAN SAHSIAH.

UPSI, Tanjong Malim – Pada 3 Oktober 2019,
mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB)
telah mengadakan Program Lailatul

Barakah bagi semua penghuni KAB serta
mahasiswa dan mahasiswi UPSI amnya
bertempat di Surau Al – Falah, KAB. Antara

pengisian program yang dijalankan ialah

solat Maghrib dan solat Isya’ berjemaah,
tazkirah maghrib dan bacaan yaasin
bersama-sama.

Solat jemaah ini dijalankan bertujuan untuk
mengeratkan kasih sayang dan
persaudaraan antara umat Islam. Di
samping itu, dapat menambah amalan
kebaikan dengan mendapat pahala 27 kali
ganda. Solat juga membentuk akhlak mulia
dan mengajar umat berdisiplin. Seterusnya,
mahasiswa/i dapat mengisi masa lapang
serta menambah ilmu pengetahuan yang
pelbagai dengan mendengar tazkirah.

“Setiap surah di dalam Al-Quran
mempunyai fadhilat yang tersendiri
sebagai contoh membaca Surah Al-Ikhlas
sebanyak 3 kali seolah-olah membaca
keseluruhan Al-Quran. Begitu juga Surah
Yaasin yang juga mempunyai keberkatan
dan kebaikan dan selalu diamalkan oleh
umat Islam terutama pada malam
Jumaat,. Sesungguhnya bagi setiap
perkara ada jantungnya sedangkan
jantung Al-Quran adalah Yaasin”
merupakan kandungan tazkirah yang
disampaikan oleh penceramah pada
malam tersebut.

Semoga setiap umat Islam sentiasa

istiqamah dalam melakukan kebaikan dan
diberi kekuatan untuk mencegah

kemungkaran. “Bacalah Al-Quran
sesungguhnya ia akan datang di hari

khiamat sebagai syafaat kepada
pembacanya”. (HR Muslim).


KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


STREET MARKET (4 OKTOBER 2019)










































KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM STREET MARKET.
UPSI, Tanjong Malim – Pada 4 Oktober 2019 yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program

Street Market bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar KAB. Program Street Market ini dijalankan adalah bertujuan memberi
peluang kepada mahasiswa untuk menjalankan perniagaan mereka kerana program ini merupakan salah satu platform
yang disediakan kepada para usahawan muda di peringkat universiti untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Program Street Market ini diadakan secara berkala iaitu pada setiap hari Jumaat bermula 4 Oktober, 18 Oktober dan 15
November. Program Street Market ini juga menyelitkan beberapa aktiviti sampingan seperti Wayang Pacak dan Mini Funfair
yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk mengunjungi program Street Market ini sekali gus memberi

pendapatan kepada peniaga yang menyertai Street Market ini.


KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


FIRE DRILL (10 OKTOBER 2019)



KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM
DEMONSTRASI LATIHAN KECEMASAN DAN
KESELAMATAN KEBAKARAN 2019.

UPSI, Tanjung Malim – Pada 10 Oktober 2019 yang
lalu, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB)
telah mengadakan Program Demonstrasi Latihan
Kecemasan dan Keselamatan Kebakaran bertempat

di Gelanggang Kolej Aminuddin Baki. Program
Demonstrasi Latihan Kecemasan Dan Keselamatan
Kebakaran ini dijalankan adalah bertujuan memberi
pendedahan awal kepada penghuni Kolej
Aminuddin Baki tentang persediaan menghadapi
sebarang bentuk bencana atau kecemasan yang
berlaku. Di samping itu, penghuni diharapkan
semakin peka dan prihatin terhadap keadaan
sekeliling.

Program Demonstrasi Latihan Kecemasan Dan
Keselamatan Kebakaran ini diadakan selama 1
malam yang melibatkan 850 orang penghuni, 29
orang Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, 9 org
pegawai bomba Tanjung Malim dan Barisan Felo
Kolej Aminuddin Baki. Program ini telah

melaksanakan 2 demonstrasi kebakaran
menggunakan tong gas dan tong besi separuh yang
berisi air.

Wakil dari Pihak Bomba Dan Menyelamat Tanjung
Malim, Tuan Ibrahim mengucapkan tahniah atas
kerjasama yang baik dari penghuni Kolej Aminuddin
Baki yang turut sama menjayakan program ini. Beliau
berkata demonstrasi ini sangat penting kepada

warga Kolej Aminuddin Baki kerana dapat
mempersiapkan diri dengan kebakaran atau
kecemasan yang berlaku tidak kira dimana juga.


Program ini memberikan impak yang positif kepada
semua warga Kolej Aminuddin Baki khususnya
penghuni Blok Bravo, Charlie, Delta dan Echo. Hal ini

demikian kerana, mereka telah diajar dengan
kemahiran dalam mengendalikan alat pemadam
api dan mempunyai refleksi diri yang baik semasa
berlaku kecemasan. Setelah program ini tamat,
penghuni kolej boleh mengambil iktibar dan
mengaplikasikan demonstrasi latihan kecemasan
yang telah dilakukan.








KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


SEKOLAH KOLABORASI (A.U.S.T)

(11-13 OKTOBER 2019)























































KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)



LAGU KOLEJ AMINUDDIN BAKI


DISINI SEGALANYA BERMULA
MEMBAWA RESTU AYAH DAN BONDA

BERSAMA SEMANGAT YANG PADU
KAMI REALISASIKAN HASRATMU

SEBUAH DESA INTELEKTUAL
NAMA DIBERI AMINUDDIN BAKI

NAMA GEMILANG, BICARA TERSERLAH
IBARAT PERMATA CAHAYA IMPIAN

KOLEJKU AMINUDDIN BAKI

NAMAMU TETAP DIHATI
MENJADI SAKSI KEMAJUAN DIRI
MEMBINA YAKIN SEDIA BERBAKTI
MENGAJARKU ERTI HIDUP BERDIKARI


KOLEJKU AMINUDDIN BAKI
IKRAR KAMI BERSATU HATI
ETNIK BUDAYA KAMI GEMILANGKAN
BANGSA AGAMA BUKANNYA HALANGAN
HIDUP HARMONI BERKAT MUAFAKAT


KEMUDAHAN KESELESAAN, KEINDAHAN TERPELIHARA
INDAH BAHASA DAN BUDI BACARA
LEMBUT SANTUNNYA TERTIB TERJAGA


MENGASAH BAKAT APA YANG ADA
DESA BERJASA TAK MUDAH KU LUPA
NAMAMU KAB (3X).













KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)

TIPS KESIHATAN



5 Tip Penjagaan Jantung Untuk Elak Serangan Jantung


Dewasa ini terlalu banyak kes melibatkan serangan jantung yang
menyebabkan kematian. Jantung adalah organ terpenting yang
menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh.

Malah organ penting ini akan terus berdenyut untuk mengepam
darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.

Namun disebabkan gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar
daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jatung.

Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita,
amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada
jantung.

Serangan sakit jantung biasanya berlaku secara mengejut dan
lambat mendapatkan rawatan ia boleh membawa
kepada kematian.

Oleh itu, kami ingin kongsikan sedikit tip berguna kepada
anda berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita agar ia
kekal sihat.


1. Mengawal Berat Badan
Kegemukan sering mendatangkan pelbagai risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing
manis dan sebagainya.Paras lemak yang tinggi atau kalori menyebabkan penyempitan saluran darah yang
menyebabkan serangan jantung.Oleh itu, jika anda mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, berat

badan yang berlebihan hendaklah dikurangkan segera bagi mengelakkan pelbagai penyakit kronik
menyerang seterusnya menyulitkan kehidupan harian anda.

2. Menjaga Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, sebaik-baiknya elakkan dari mengambil makanan
yang kaya dengan lemak seperti mentega, keju dan minyak .akanan yang mengandungi kolesterol seperti
telur, mentega, hati dan seumpamanya perlu dielakkan.Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-
buahan kerana makanan ini adalah sangat baik dijadikan suplemen dalam membekalkan pelbagai nutrisi
dan kaya dengan serat.

3. Berhenti Merokok
Majoriti yang mendapat serangan sakit jantung adalah daripada kalangan perokok. Jika pernah mendapat
serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan.

4. Bersenam

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengepam darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh
dengan baik dan lancar. Bersenam secara teratur juga membantu menurunkan kadar tekanan darah.
Sebarang senaman yang jika dilakukan secara teratur dapat mengurangkan risiko seseorang itu mendapat

penyakit jantung atau penyakit berbahaya yang lain.

5. Perubahan Gaya Hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi atau tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan
aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok,
amalan atau cara hidup seseorang yang merangkumi
kerjaya dan tekanan (stres).Jika selama ini kita mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, berubahlah
segera. Sentiasa berfikiran positif akan menjadikan anda seorang yang cergas dan berfikiran matang dalam

apa jua tindakan.


KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)











Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda,

Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda.
Tapi bersedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri



Jangan bersedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda
Tapi bersedihlah kerana anda belum membuat persediaan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda.

Tapi bersedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.



Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi bersedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..

Tapi bersedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengkritik kita..

Tapi bersedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri.

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..

Tapi bersedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi bersedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.






MASALAH SELALU ADA DALAM DIRI SENDIRI,

BUKAN DARI LUAR, ATAU ORANG LAIN




KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)





SEKALUNG PENGHARGAAN







PM. DR SYED SOFIAN BIN SYED SALIM


PENGETUA






PN. SAFARINA BINTI MAT NAWAWI


(EDITOR)


PENOLONG PEGAWAI TADBIR





EN. WAN HAIRIL BIN WAN HASSAN



PEMBANTU TADBIR (P/O)





EN. MOHD SHAHRIZAL BIN AHMAD SAJUDDIN


PEMBANTU TADBIR (P/O)






PN. SITI FATIMAH BINTI MAHAYUDDIN



PEMBANTU OPERASI








KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA


Click to View FlipBook Version