The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jamil Mat Isa, 2023-05-11 07:45:06

ROSALAN DAIRY23

ROSALAN DAIRY23

CATATAN DIARI PROFESOR DR ROSALAN ALI Teks: Prof Dr Rosalan Ali Konsep/Rekabentuk: Jamil Mat Isa Foto: Jamil Mat Isa, Muhammad Amzar Jalaini & Warga Mawaddah Penerbitan ini adalah bersempena dengan 20 tahun pengoperasian SPAM oleh mantan Pengerusi SPAM yang pertama. Ianya merupakan catatan ringkas serta koleksi visual aktiviti dan pembangunan SPAM untuk tatapan warga khariah terutamanya generasi pelapis.


KANDUNGAN 1. PENGENALAN 5 2. SENARAI PENGERUSI SPAM 10 3. AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA SPAM 13 3.1. Kuliah Maghrib 3.2. Kuliah Subuh (Sabtu dan Ahad serta cuti umum) 3.3. Majlis Iftar dan Moreh Ramadan 3.4. Solat Sunat Eidfitri/Eidadha 3.5. Program Sambutan Rumah Terbuka SPAM 3.6. Program Gerakan Subuh oleh YAB MB Selangor 3.7. Program Santuni Anak-Anak Yatim 3.8. Program Sunaton Tahunan 3.9. Urusan Pengkebumian dan Solat Jenazah 3.10. Majlis Qurban 3.11. Forum Perdana 3.12. Misi Kemanusiaan 3.13. Infaq al Asnaf 3.14. Gotong Royong 3.15. Sukan dan Riadah 3.16. Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat setiap malam Jumaat 3.17. Kaunter Pemeriksaan Kesihatan 3.18. Program Khas Ziarah Penasihat SPAM 3.19. Karnival Sedekad SPAM 3.20. Anugerah Pelajar Cemerlang 3.21. 21. Majlis Khatam al Quran 3.22. Aktiviti POP (Perkumpulan Orang-Orang Pencen) SPAM 3.23. Bermulanya Solat Jumaat di SPAM 3.24. Program Ziarah Ahli Qaryah Yang Uzur & Sakit Tenat 4. PROSES PEMBESARAN SPAM 33 5. PENUTUP DAN RUMUSAN 43


1. PENGENALAN Surau Platinum Al-Mawaddah (SPAM) mula beroperasi 22 Mei 2004 selepas mengadakan Mesyuarat Penaja yang di pengerusikan oleh Ustaz Hj Mokhyi Mohd Omar, Timbalan Pengarah JAKIM. Mesyuarat ini bersetuju melantik Prof Madya Dr Rosalan Ali sebagai pengerusi penaja di mana pelantikannya di luluskan oleh Mesyuarat Agung SPAM pertama di tahun berikutnya yang disahkan oleh JAIS untuk tempoh lantikan tiga tahun. Maka bermulalah solat lima waktu di SPAM sebagai surau “kosong” yang ada hanya kipas siling tanpa sejadah dan karpet, hanya ada dua helaian tikar besar dan panjang serta beberapa sejadah hasil sumbangan ahli jemaah. Atas berkat doa ahli kariah SPAM, seminggu selepas beroperasi dengan fokus kepada solat jemaah setiap waktu, selepas solat Asar, kelihatan dua lelaki sedang membuat ukuran dalam dewan solat utama. Mereka mengesahkan wakil daripada kontraktor Putrajaya Holdings (PjH) untuk memasang karpet baharu bagi surau yang hanya bersimen render. Alhamdulillah, melalui siri panggilan dan SMS (masa itu belum wujud WhatApps), dewan solat utama SPAM mula berkarpetkan warna hijau dalam masa sebulan beropreasi. 05


Dewan solat setelah berlaku pembesaran pada bahagian sayap kiri dan kanan, ruang asal hanyalah sehingga tiang dibahagian dalam


Menyusul, SPAM sudah ada pembesar suara siaraya hasil sumbangan Tuan Haji Rafiq pada Jun 2004 (arwah, al Fatihah). Juga, atas inisiatif Bendahari SPAM, Hj Azwan Azmi, surau mendapat sumbangan jam digital waktu solat daripada bos Central Spectrum, Ir Roslan Ahmad sekitar Julai 2004. Justeru, SPAM mampu memberi keselesaan minimum apabila jam berbunyi, azan dilaungkan untuk solat berjemaah atas karpet baharu di dewan utama solat. Alhamdulillah! Awal operasi, SPAM tiada sumber dana tetap dan berkala. Namun, hasil rundingan SU SPAM Safwan Deraman, pihak CELCOM setuju untuk membina dua pemancar liputan dengan kadar sewaan RM1,500 sebulan mulai 2005 bagi setiap dua tahun sehingga 2010. Juga ia menyaksikan kenaikan tahunan RM1,000 di mana RM500 dikreditkan setiap bulan kepada akaun MAIS sebagai pemilik SPAM. Justeru, SPAM mula menganjurkan Kuliah Maghrib seminggu dua atau tiga kali, juga Kuliah Subuh bersarapan pek nasi lemak, rotai canai dan bihup tempahan daripada restoran Selera Alam pada harga diskaun, setiap Sabtu dan Ahad. Juga SPAM mula mampu membayar saguhati kepada penceramah Shah Alam sekitar RM70 dan luar Shah Alam RM100 sahaja! SPAM juga turut memperkenalkan Badan Khairat Al-Mawaddah (BKAM) pada awal 2005 melalui koloborasi dengan Takaful Etiqa. Namun, pada tahun berikutnya, AJK SPAM bersetuju mengurus sendiri apabila keahlian melepasi 100 kariah dengan sumbangan RM50 setahun untuk seisi keluarga termasuk ibu-bapa ahli. SPAM mula mengorak dinamis apabila JAIS meluluskan SPAM untuk menganjur solat Jumaat pada 22 Disember 2006 yang dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Ahmad Nawawi Dato’ M. Zin, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, merangkap ADUN Kota Anggerik Shah Alam. Justeru SPAM membuat hebahan melalui SMS, baner dan bunting (rujuk imej surau 22 Disember 2006) untuk memaklumkan kepada ahli sebaik sahaja mendapat kelulusan bertulis daripada JAIS. Menariknya, selepas SPAM dibenarkan mengadakan solat Jumaat, dana surau semakin mantap dan kukuh dengan purata kutipan RM2,000 seminggu. Ternyata dengan adanya solat Jumaat di SPAM, para ibu-bapa rasa lega dan selesa sebab anak-anak yang bersekolah di Sekyen 7 menjadikan 07


SPAM pada 2006 apabila membuat persediaan untuk menganjurkan solat Jumaat pertama pada tanggal bersejarah 22 Disember 2006. Alhamdulillah! SPAM sebagai “transit” selepas tamat waktu sekolah sesi pagi 12.30 tengahari, juga yang bersekolah sesi petang, mereka singgah ke SPAM sebelum ke sekolah 2.30 petang, untuk solat Jumaat. Suasana SPAM semasa Solat Jumaat dilaksanakan pada peringkat awalnya, Rakan Surau sentiasa istiqamah bertugas sebelum dan setelah tamat solat setiap minggu. Alhamdulillah!


2. SENARAI PENGERUSI SPAM 1) 2004-2007 Prof Madya Dr Rosalan Ali Dr Rosalan Ali adalah pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam sejak 1996. Beliau berkelulusan PhD daripada University College Dublin dan mula menetap di Jalan Platinum Seksyen 7 Shah Alam sejak April 2004. 2) 2007-2009* Ustaz Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah (*Pengerusi SPAM pertama ada memaklumkan kepada Bahagian Pentadbiran Masjid/Surau JAIS yang beliau bercadang melepaskan jawatan itu untuk memberi fokus kepada proses kompetitif dan panjang permohonannya untuk kenaikan pangkat ke JUSA C. Beliau diminta oleh JAIS untuk mencadangkan 3 nama penggantinya di mana JAIS bersetuju melantik Ustaz Fairooz sebagai Pengerusi Kedua SPAM). Ustaz Fairooz adalah pensyarah kanan di Kolej Universiti Islam Selangor sejak 1998. Beliau mula menetap di Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam sejak tahun 2006.


3) 2009-2012: Ustaz Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah (Penggal Kedua melalui Mesyuarat Agung Kedua SPAM untuk memilih AJK baharu) 4) 2013-2015: Ustaz Hashim Fahmi Ahmad Shauqi Ustaz Hashim adalah Pengetua Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam sejak 2014. Beliau mula menetap di Jalan Platinum Seksyen 7 Shah Alam sejak April 2004. 5) 2016-2019: Ustaz Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah (Penggal Kedua melalui Mesyuarat Agung Kedua SPAM untuk memilih AJK baharu). 11


6) 2020-2023: Prof Madya Ustaz Muhammad Yusoff Ustaz Muhammad adalah pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam sejak 1996 dan mantan Profesor Madya sejak 2004 di Akademi Pengajian Bahasa (APB) dan Felo di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) UiTM Shah Alam. Sehingga Mei 2023, beliau masih aktif mengajar di iCEPS UiTM Shah Alam. Beliau tinggal di Jalan Platinum 7/55 Shah Alam mulai 2003.


3. AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA SPAM 1. Kuliah Maghrib SPAM sejak berwajah baharu 2-tingkat mula menganjur kuliah Maghrib setiap malam sama ada penceramah tetap atau penceramah jemputan sebagai rutin tazkirah 2. Kuliah Subuh (Sabtu dan Ahad serta cuti umum) Kuliah subuh Sabtu dan Ahad serta cuti awam diiringi dengan sarapan pagi atas tajaan ahli khariah. Alhamdulillah! 13


3. Majlis Iftar dan Moreh Ramadan Majlis iftar sentiasa dapat tajaan penuh ahli khariah SPAM kelihatan cukup meriah dan ceria dengan kehadiran bersama warga emas dan pelajar IPT dan sekolah. Amiin YRA! 4. Solat Sunat Eidfitri/Eidadha


Walaupun ramai ahli khariah SPAM pulang beraya di kampong namun masih ramai yang datang solat sunat eidfitri hingga penuh dewan solat aras bawah dan atas sebagai satu lagi testimoni sikap mawaddah mereka sejak 2005. Alhamdulillah! SPAM setiap tahun mengadakan malam Rumah Terbuka dengan pelbagai juadah raya hasil tajaan ahli khariah di perkarangan surau sejak 2005 5. Program Sambutan Rumah Terbuka SPAM 15


6. Program Gerakan Subuh oleh YAB MB Selangor SPAM dipilih sebagai surau perintias di Selangor untuk pelancaran Gerakan Solat Subuh oleh YAB MB Selangor 2017 SPAM juga menyantuni anak-anak yatim daripada Jalan Kebun Kelang di sempurnakan oleh Pengerusi SPAM 2016 7. Program Santuni Anak-Anak Yatim


SPAM turut menyediakan perkhidmatan khatan untuk anak-anak khariah SPAM dengan kerjasama KPJ Selangor 2022 8. Program Sunaton Tahunan 9. Urusan Pengkebumian dan Solat Jenazah SPAM mula menguruskan pengkebumian dan solat jenazah ahli BKAM yang meninggal dunia sejak 2005 dan terkini 2023 keahliannya mencecah 1,400 orang. Al Fatihah 17


SPAM mula menganjurkan Majlis Qurban pada tahun 2005 dengan sembelihan 4 ekor lembu, pada tahun berikutnya JAIS/Masjid Negeri mula memberi sumbangan 1 ekor lembu dan SPAM mula menggunakan alat mesin pemotong tulang apabila sembelihan lembu/kambing melebihi 10 ekor 10. Majlis Qurban


Mulai 2008 apabila bilangan lembu/kambing melebihi 30 ekor, SPAM membuat sembelihan di kawasan lapang sebelah surau untuk proses sembelih, lapah, potong dan agihan secara sistematik untuk pastikan semua proses selesai sebelum masuk waktu Zohor 19


SPAM juga menganjurkan Forum Perdana yang melibatkan ilmuan selebriti pertama pada 2005 yang menjemput Ustaz Farid Ravi daripada KUIS dan terkini tahun 2022 SPAM menjemput Mufti Selangor SS DS Dr Hj Anhar Opir diiringi dengan jamuan makan malam. Alhamdulillah! 11. Forum Perdana 12. Misi Kemanusiaan


Adalah menjadi hasrat SPAM untuk menganjur siri Misi Kemanusiaan di luar Selangor untuk menyumbang keperlaun asas kepada insan yang terkesan ke atas musibah banjir atau ribut-petir bermula dengan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa Tsunami di Kedah pada akhir Disembar 2004 menaiki Rexton 290D di ketuai oleh SU Safwan Deraman dan arah-tunjuk lokasi terbabit Hj Azwan Azmi 21


Pengerusi ditemani SU SPAM telah menyampaikan sumbangan toiletories, diapers, tuala wanita & nasi bungkus untuk mahasiswa mangsa-mangsa banjir di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam pada petang 20 Disember 2021


Biro Kebajikan SPAM sesi 2020-2023 mengadakan program Misi Bantuan Makanan Asas kepada golongan asnaf fakir, miskin dan sesiapa yang memerlukan bantuan seperti mereka yang terkesan dengan Covid-19. Program agihan ini diadakan secara bulanan dan pada hari-hari kebesaran Islam dari awal tahun 2020 hingga kini. AJK dan sukarelawan turut serta dalam menjayakan program ini 13. Infaq al Asnaf Dalam usaha menjaga kebersihan persekitaran surau, AJK dan sukarelawan SPAM melakukan pembersihan kawasan dapur surau sebelum kedatangan Ramadan 1444H selain mengadakan gotong-royong perdana kali terkhir sebelum COVID-19 14. Gotong Royong 23


SPAM terus komited menganjurkan acara sukan dan riadah sejak 2006 dan terkini tahun 2022 ada acara Larian 2019, bolasepak, tarik-tali dan Tele-Match Famili daripada budak tadika kepada warga emas 15. Sukan dan Riadah


Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat diadakan setiap malam Jumaat bermula Januari 2020 hingga kini kecuali semasa PKP. Pada peringkat permulaan jamuan ini ditaja oleh SPAM sepenuhnya tetapi mulai tahun 2023 jamuan bacaan Yasin ini biasanya diinfaq oleh para dermawan dari kalangan jemaah SPAM 16. Bacaan surah Yassin dan Doa Selamat setiap malam Jumaat 25


SPAM dengan Kerjasama pihak KPJ Selangor dan Hospital Shah Alam membuka kaunter pemeriksaan kesihatan pada 2021 untuk memberi peluang kepada ahli khariah membuat pemeriksaan asas kesihatan mereka 17. Kaunter Pemeriksaan Kesihatan Ahli khariah SPAM di ketuai oleh Pengerusi membuat lawatan mesra menziarahi bekas Imam Besar SPAM dan penasihat SPAM Ustaz Hj Mokhyi Omar yang uzur di rumah beliau. 18. Program Khas Ziarah Penasihat SPAM


19. Karnival Sedekad SPAM 27


SPAM terus komited menyantuni anak-anak khariah di bawah skim BKAM melalui Anugerah Pelajar Cemerlang setiap tahun sejak 2010 terkini 2022 di sempurnakan oleh Prof Madya Ustaz Muhammad Yusoff pengerusi SPAM 2020-2023 di bantu oleh Imam Besar SPAM Hj Sarafi Ali Asrah 20. Anugerah Pelajar Cemerlang SPAM telah menganjur Karnival Sedeked sempena SPAM beroperasi sudah 10 tahun dengan kehadiran Ketua Polis Selangor dihiasi dengan pertandingan mewarna kanakkanak, demonstrasi silat, persembahan kawad pasukan PDRM dan kayuhan basikal pada Mei 2014


21. Majlis Khatam al-Quran Sejak 2005 menjadi tradisi SPAM menganjur tadarus al quran yang di akhiri dengan majlis khatam al quran yang disempurnakan oleh Pengerusi SPAM 2020-2023 pada malam 27 Ramadan 1444H 29


22. Aktiviti POP (Perkumpulan Orang-Orang Pencen) SPAM POP SPAM sudah sinonim dengan marhaban yang di pimpin oleh Hj Mohd Som Omar bilal di raja SPAM sejak 2004 dengan 3 ahli (50 ahli 2023) khususnya sempena majlis walimutul-urus ahli khariah di dewan atau di rumah sekitar Shah Alam terkini POP jadi selebriti untuk rakaman marhaban TV1 dan MyQuran#Time untuk TV AlHijrah pada 2021-2022


23. Bermulanya Solat Jumaat di SPAM Keadaan solat Jumaat semasa kerja-kerja pembesaran ruang baharu SPAM. Pada ketika itu ruang solat dibahagian belakang menjadi ruang solat utama dan para jemaah memenuhi ruang belakang (ruang jamuan sekarang) dan dibahagian sayap kiri dan kanan SPAM Pada tanggal 22 Disember 2022 maka bermulalah solat Jumaat di SPAM di mana SU Safwan Deraman menjadi bilal dan khatib adalah Imam Penyelaras Masjid MAIS. Juga SPAM bijak menguruskan solat Jumaat era PKP ikut SOP JAIS dan selepas PKP. (Alhamdulillah tabung SPAM semakin berisi dengan kutipan daripada purata RM2,000 2006 kepada RM10,000 2023 setiap Jumaat) 31


24. Program Ziarah Ahli Qaryah Yang Uzur & Sakit Tenat Pada 15 April 2023, pihak BKAM telah mengadakankan program ziarah ukhuwwah & mahabbah kepada 15 orang ahli yang uzur & sakit tenat. Dalam lawatan ini pihak BKAM menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai & hamper serta diiringi doa syifa


Ruang ini merupakan tempat jemaah menikmati sarapan pagi pada peringkat awal SPAM menyediakan juadah sarapan selepas kuliah suboh pada hari minggu dan cuti umum 4. PROSES PEMBESARAN SPAM SPAM mula melalui proses dan siri pembesaran kiri dan kanan serta belakang surau untuk menampung bilangan jemaah semakin meningkat untuk solat Jumaat, dan solat sunat terawih dengan purata kutipan awalan RM1,000 semalam. Susulan daripada pembesaran ini, pendingin-hawa dan kipas turut di tambah bilangan dan kapasitinya. Proses pembesaran ini dibuat secara berperingkat, awalnya sumbangan berkala MAIS sekitar RM20,000. Namun pada tahun 2010 SPAM menyempurnakan pembesaran di belakang surau dengan kos tajaan sekitar RM250,000, hasil dermawan and sumbangan ahli khariah dan LZS RM100,000. Menariknya, LZS dan MAIS melancarkan Dana Wakaf Selangor pada 2012 yang menyaksikan SPAM berjaya menyempurnakan ubahsuai besar-besaran dengan kos sekitar RM5 juta melalui Wakaf Tunai Selangor di mana SPAM adalah lambang kejayaan Wakaf Tunai surau perintis di Selangor. 33


35


Kerja-kerja pengubahsuaian ruang memasak di bahagian belakang SPAM. Ruang memasak asal adalah dibahagian ruang berbumbung dibelakang tandas Muslimah sekarang. Ianya dipindahkan ke lokasi sekarang untuk memberi ruang yang lebih selesa untuk tujuan solat Jumaat dan jamuan pagi selepas sesi kuliah Suboh pada setiap hujung minggu dan cuti umum 37


Pengubahsuai ruang belakang untuk menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah terutamanya ketika solat Jumaat. Pihak pengurusan SPAM mengumpul dana dari pelbagai sumber dan diakhiri dengan jualan meja Majlis Makan Malam Al-Mawaddah di Restoran Nelayan Taman Tasek Titiwangsa pada 27 April 20008 dengan kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak


37


41


5. PENUTUP DAN RUMUSAN Sempena dengan nama “platinum”, SPAM terus menerima sumbangan besar melalui tunai wakaf Selangor, SPAM dinaiktaraf dua tingkat yang ada lif sejak 2015 dengan kos sekitar RM5 juta, menjadikan SPAM surau 2-tingkat yang berwarna putih tercantik di Selangor, kalau tidak pun di Malaysia!!! Terkini, kutipan Ramadan 1444H mencecah RM80,000 dan Dana Van Jenazah melepasi sasaran RM140,000 dan kutipan Tabung Jumaat sekitar RM10,000 seminggu. Kutipan dalam masa sebulan Ramadan ini sudah sinonim dengan budaya infaq di kalangan kariah sejak 2004 atas nama “platinum” yang membawa erti nilaian tinggi emas putih. Analoginya, SPAM pada 2004 hanyalah “firma perkongsian”, 2010 berstatus “sendirian berhad” dan mulai 2015 adalah “firma tersenarai” yang istiqomah dari segi aktiviti bersama komuniti dan kukuh kewangannya mampu menggaji 3-4 Pengawal Keselamatan 24 jam! Juga perlu disebut sumbangan besar oleh perintis imam SPAM, arwah Haji Sulaiman (Syawal 1339H/2018M) dan arwah Bilal Haji Mutalib (Ramadan 1444H/2023M). Al Fatihah! Juga 43


salam takziah kepada Imam Besar pertama SPAM Ustaz Haji Mokhyi yang kini masih terlantar uzur sejak empat tahun lepas dengan iringin doa agar beliau kembali sembuh. Insya Allah. Juga, dengan nama “mawaddah”, ahli kariah SPAM terus bermuafakat penuh “kasih-sayang” dengan keahlian BKAM dijangka melepasi 1,500 orang, tajaan iftar dan moreh setiap Ramadan sentiasa penuh dan 30-50 ekor lembu dan kambing pada setiap majlis qurban, ia adalah testimoni SPAM bermawaddah tanpa ada perselisihan serius dan permusuhan: DULU, KINI DAN SELAMANYA. INSYA ALLAH.


45


Click to View FlipBook Version