The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 BMMB3283 (AZRINA BINTI JAMIN) BMSK3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1282-24-azrina, 2024-03-16 01:35:36

CERITA KANAK-KANAK (TAJUK: KOTAK MISTERI)

TUGASAN 1 BMMB3283 (AZRINA BINTI JAMIN) BMSK3

“KOTAK MISTERI” Buku Cerita Kanak-Kanak Disediakan oleh: Azrina Binti Jamin


1 Rafi dan Haikal merupakan kawan baik. Mereka sangat suka bermain. Namun, mereka sering tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu di sekolah. Pada suatu hari, mereka termasuk ke dunia lain. Mereka perlu menyelesaikan beberapa tugasan untuk balik ke dunia nyata.


Semasa berada di dunia lain, Rafi dan Haikal telah diberikan kuasa atau kelebihan pada diri. Rafi diberikan kelebihan untuk terbang. Haikal pula diberikan kelebihan mempunyai kekuatan yang sangat hebat. Pada suatu hari, Rafi dan Haikal berehat di sebuah pondok. Pondok itu terletak di Kampung Inderaloka. Mereka tiba-tiba rasa rindu untuk pulang ke dunia nyata. “Rafi, kita sudah lama berada di dunia ini” , kata Haikal. Haikal menjawab, “Betul, saya sangat rindu ayah dan ibu di rumah”. Rafi dan Haikal rasa sangat sedih pada ketika itu. Rafi bertanya kepada Haikal, “Adakah kamu masih ingat lagu yang diajar oleh Cikgu Alisya?”. “Ya, saya masih ingat” , jawab Rafi. Mereka pun bernyanyi bersamasama dengan gembira. 2


3 Tajuk Lagu: Keluarga Saya Ayah ada topi Topi ayah biru Ibu ada bunga Bunga ibu merah Abang ada bola Bola abang jingga Kakak ada buku Buku kakak biru Adik ada patung Patung adik coklat Itulah warnanya Kami semua suka Hitam merah jingga Biru coklat warnanya Ada banyak warna Disekeliling saya Irama lagu: Anak Itik Tokwi Lirik: Ditulis oleh Azrina Binti Jamin


4 Setelah mereka bernyanyi, mereka pun tertidur. Haikal tersedar daripada tidur. Tiba-tiba, Haikal terdengar ada orang memberikan salam. Haikal sangat terkejut apabila melihat seorang nenek tua berdiri di hadapan pondok itu. Nenek tua itu memberitahu bahawa dia sangat lapar.


5 Haikal sangat kasihan melihat nenek tua yang kelaparan itu. Haikal pun membuka begnya yang berwarna kuning untuk mencari makanan. Haikal melihat hanya terdapat sebuku roti di dalam beg itu. Roti itu disimpan untuk dimakan pada waktu malam. Namun, Haikal tetap memberikan roti itu kepada nenek tua itu.


6 Haikal memberikan roti kepada nenek tua itu. Nenek tua itu mengucapkan terima kasih kepada Haikal. Nenek tua itu makan roti tersebut dengan sangat berselera. Dia tersenyum kepada Haikal kerana memberikan makanan kepadanya.


7 Tiba-tiba, nenek tua itu memberikan sebuah kotak yang usang kepada Haikal. Nenek tua itu ingin membalas jasa Haikal kerana memberikannya sebuku roti. Haikal tidak mahu menerima pemberian nenek tua itu. Haikal ikhlas memberikan roti itu kepada nenek tua. Namun, nenek tua itu tetap memberikan kotak usang itu kepada Haikal. Haikal pun mengucapkan terima kasih kepada nenek itu.


8 Rafi terbangun daripada tidur. Haikal menunjukkan kotak usang yang diberikan oleh nenek tua kepada Rafi. Mereka pun membuka kotak usang itu bersama-sama. Tiba-tiba, cahaya yang sangat terang terpancar keluar dari kotak usang itu. Mata mereka tertutup kerana tidak tahan dengan pancaran cahaya yang keluar dari kotak itu.


9 Rafi dan Haikal membuka mata. Tiba-tiba, mereka berada di sebuah hutan. Mereka sangat terkejut. Mereka hairan mengapa mereka berada di hutan. Rupa-rupanya, disebabkan cahaya yang terpancar daripada kotak usang itu. Cahaya daripada kotak usang itu menyebabkan mereka berpindah ke hutan.


10 Tiba-tiba, nenek tua yang lapar itu datang ke arah mereka. Haikal sangat terkejut apabila melihat nenek tua itu di hutan. Nenek tua itu memberitahu bahawa mereka perlu menyelesaikan satu tugasan untuk balik ke dunia nyata. "Kamu perlu mencari sebuah kotak misteri. Kotak misteri itu dapat membantu untuk kamu pulang ke dunia nyata" , kata nenek tua itu.


11 Nenek tua itu memberikan selembar peta kepada mereka. Peta tersebut dapat membantu mereka untuk mencari kotak misteri itu. Haikal mengambil peta tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kepada nenek itu. Mereka lihat peta tersebut. Apabila mereka lihat ke hadapan, nenek itu sudah tiada. Haikal dan Rafi sangat terkejut.


12 Rafi dan Haikal masuk ke dalam hutan. Semasa mereka menuju ke dalam hutan, mereka ternampak sebuah rumah yang kosong. Mereka hairan kerana terdapat sebuah rumah di tengah hutan. "Rafi, mari kita pergi ke rumah itu. Mungkin orang di rumah itu dapat membantu kita untuk mencari kotak misteri itu" , kata Haikal. "Baiklah, hari pun sudah gelap. Mungkin kita boleh berehat di situ" , jawab Rafi.


13 Rafi dan Haikal memberikan salam. Namun, tidak ada orang menjawab salam mereka. Mereka memberikan salam berkali-kali, namun masih tiada orang menjawab salam. "Haikal, saya rasa rumah ini tidak ada orang" , kata Rafi. Mereka pun masuk ke dalam rumah itu untuk berehat.


14 Mereka sangat terkejut semasa masuk ke dalam rumah itu. Di dalam rumah itu sangat cantik dah bersih. "Wah, cantik sungguh rumah ini!" , kata Haikal dalam hati. Mereka sangat hairan kerana di luar rumah itu sangat usang. Namun di dalam rumah itu sangat cantik.


15 Rafi dan Haikal terhidu bau makanan yang sangat enak di dapur. Apabila mereka ke dapur, mereka melihat banyak makanan yang terhidang di atas meja. Makanan itu kelihatan sangat lazat. Mereka pun makan makanan tersebut dengan penuh gembira. Selepas makan, mereka pun rehat.


16 Keesokan harinya, Rafi dan Haikal meneruskan perjalanan mereka untuk mencari kotak misteri. Tiba-tiba, angin bertiup dengan sangat kencang. Peta yang dipegang oleh Haikal terbang. Haikal sangat risau pada ketika itu kerana peta itu sangat penting untuk mencari kotak misteri.


17 Rafi yang mempunyai kelebihan untuk terbang, terus terbang untuk mendapatkan peta itu. Akhirnya, Rafi berjaya mendapatkan peta itu. Mereka berdua sangat gembira pada masa itu. Mereka pun meneruskan perjalanan untuk mencari kotak misteri itu.


18 Semasa dalam perjalanan, Rafi dan Haikal melihat sungai. Mereka perlu menyeberangi sungai itu untuk mencari kotak misteri. Tiba-tiba, Haikal mendengar suara orang meminta tolong. "Tolong! Tolong!". Haikal terus menoleh ke belakang. Dia melihat Rafi lemas di dalam sungai. Air sungai itu sangat deras. Haikal sangat risau pada ketika itu.


19 Tanpa berfikir panjang, Haikal menggunakan kekuatannya untuk membantu menyelamatkan Rafi. Haikal menumbangkan sebatang pokok yang besar untuk membantu menyelamatkan Haikal. Dia menumbangkan batang pokok itu dengan penuh tenaga.


20 Haikal naik ke atas batang pokok yang ditumbangkan olehnya. Haikal menggapai tangan Rafi kemudian membantu Rafi untuk naik ke darat. Air sungai sangat deras pada ketika itu. Namun, Haikal tetap berusaha untuk menyelamatkan kawan baiknya itu.


21 Setelah Haikal menyelamatkan Rafi, mereka pun berehat di bawah sebatang pokok. Rafi mengucapkan terima kasih kepada Haikal kerana telah menyelamatkannya. Mereka pun tertidur di bawah pokok itu kerana kepenatan.


22 Haikal tersedar daripada tidur. Haikal ternampak seorang budak lelaki sedang mengutip kayu api. Haikal bangun dan pergi ke arah budak lelaki itu. "Hai, siapa nama kamu?" , tanya Haikal. "Nama.... saya Izzat" , jawab budak lelaki itu dengan muka ketakutan dan terkejut.


23 Rafi melihat Haikal sedang bercerita dengan Izzat. Rafi pun bangun dan menuju ke arah mereka. Izzat melihat Rafi. Izzat menunjukkan muka yang takut kemudian berlari meninggalkan mereka berdua. Kayu api yang dikutip oleh Izzat ditinggalkan begitu sahaja. Haikal dan Rafi sangat hairan melihat kelakuan Izzat.


24 Haikal dan Rafi meneruskan perjalanan mereka untuk mencari kotak misteri. Tibatiba, mereka ternampak sebuah gua. "Bukankah gua itu tempat terletaknya kotak misteri?" , tanya Rafi. "Ya, peta ini menunjukkan bahawa kita perlu masuk ke dalam gua itu untuk mencari kotak misteri itu" , jawab Haikal. Mereka pun masuk ke dalam gua itu.


25 "Wah, besar sungguh gua ini!" , kata Rafi dalam hati. Mereka pun masuk ke dalam gua itu. Gua itu sangat gelap dan sunyi. Rafi dan Haikal sangat takut untuk masuk ke dalam gua itu. Namun, mereka memberanikan diri mereka demi mencari kotak misteri itu.


26 Semasa mereka masuk ke dalam gua, mereka terlihat sinaran cahaya biru yang sangat terang dari dalam gua. Mereka pun bergerak untuk melihat sinaran cahaya biru itu dengan lebih dekat.


27 Apabila mereka melihat dengan lebih dekat, rupa-rupanya cahaya itu berasal daripada sebuah kotak misteri. Haikal dan Rafi sangat gembira pada ketika itu. Akhirnya, mereka jumpa kotak misteri itu. Rafi dan Haikal ingin mengambil kotak misteri itu. Namun, peta yang dipegang oleh Haikal terjatuh daripada tangannya.


28 Tiba-tiba banyak kelawar terjaga dan terbang di dalam gua itu. Kelawar-kelawar itu terjaga disebabkan bunyi peta yang jatuh daripada tangan Haikal. Rafi dan Haikal diserang oleh kelawar itu. Mereka sangat takut pada ketika itu.


29 Semasa mereka ingin keluar dari gua itu, tibatiba seekor kelawar gergasi muncul di hadapan mereka. Rafi dan Haikal melihat terdapat kunci di leher kelawar gergasi itu. Kunci itu merupakan kunci untuk membuka kotak misteri itu. Kelawar gergasi menangkap Haikal. Rafi terus terbang untuk selamatkan Haikal.


30 Setelah menyelamatkan Haikal, Rafi terbang untuk mengambil kunci di leher kelawar gergasi itu. Rafi memberikan isyarat kepada Haikal untuk mengambil kotak misteri itu. Haikal menggunakan kekuatannya untuk melawan kelawar-kelawar itu. Akhirnya, Haikal dan Rafi berjaya mendapatkan kotak misteri dan kunci itu.


31 Mereka berlari keluar dari gua itu. Mereka berlari dengan sangat laju. Akhirnya, mereka berjaya keluar dari gua itu. Kelawar itu tidak dapat mengejar mereka hingga ke luar gua kerana takut kepada cahaya matahari.


32 Setelah keluar dari gua itu, mereka membuka kotak misteri itu menggunakan kunci. Cahaya biru terpancar dari kotak misteri itu. Di dalam kotak misteri itu terdapat sebiji berlian. Berlian itu merupakan berlian ketiga yang mereka dapat setelah menyelesaikan beberapa tugasan sebelum ini.


33 Nenek tua datang semula berjumpa mereka. Nenek tua itu berkata, “Kamu sudah menyelesaikan semua tugasan di dunia ini. Kamu perlu meletakkan ketiga-tiga berlian yang kamu dapat pada tongkat ini. Dengan itu, kamu akan dapat pulang ke dunia asal”. Nenek tua itu pun memberikan tongkat itu kepada mereka.


34 Tanpa mereka sedar, Izzat telah mendengar perbualan mereka dengan nenek tua itu. Semasa Haikal dan Rafi rehat di bawah sebatang pokok, Haikal mengambil kotak misteri dan tongkat itu. Izzat sebenarnya berasal dari dunia nyata. Dia telah terkurung lama di dunia itu. Izzat mengambil kotak misteri dan tongkat itu kerana ingin balik ke dunia nyata. Haikal terbangun daripada tidur. Haikal tersedar bahawa kotak misteri dan tongkat sudah hilang. Haikal sangat risau pada ketika itu kerana kedua-dua benda itu dapat membantu mereka kembali ke dunia asal. Haikal mengejutkan Rafi daripada tidur. Haikal memberitahu bahawa kotak misteri dan tongkat itu telah hilang. Rafi sangat terkejut mendengarnya. Mereka pun bangun dan mencari kotak misteri dan tongkat itu.


35 Beberapa minit kemudian, mereka ternampak Izzat sedang berlari membawa kotak misteri dan tongkat. Mereka berdua mengejar Izzat. Izzat ternampak mereka sedang mengejarnya. Izzat berlari dengan laju kerana takut ditangkap oleh mereka. Tiba-tiba, Izzat jatuh kerana terlicin pada lopak air. Haikal dan Rafi yang melihat situasi itu terus berlari untuk membantu Izzat.


36 Izzat minta maaf kepada mereka berdua. Dia juga berterima kasih kepada mereka kerana tetap membantunya walaupun dia berbuat salah. Izzat memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Haikal dan Rafi sangat kasihan mendengar cerita Izzat. Mereka pun bersetuju untuk pulang ke dunia nyata bersama Izzat. Mereka meletakkan ketiga-tiga berlian pada tongkat itu. Cahaya terpancar dari tongkat itu setelah mereka meletakkan berlian itu.


37 Mereka sangat gembira apabila melihat tongkat itu bercahaya. Mereka rasa tidak sabar untuk balik ke dunia nyata. Tiba-tiba, cahaya biru dari langit terpancar ke arah mereka. Mereka sangat terkejut. Cahaya tersebut sangat terang. Tanpa mereka sedari, cahaya biru itu menarik mereka ke udara. Mereka sangat takut dan risau pada ketika itu.


38 Apabila mereka membuka mata, mereka telah berada di dalam bilik tidur Haikal. “Haikal, bukankah ini bilik tidur kamu?” , tanya Rafi. “Ya. Adakah kita telah kembali ke dunia asal?” , tanya Haikal. Mereka sangat gembira pada ketika itu. Akhirnya, mereka berjaya balik ke dunia asal.


39 Mereka pulang ke rumah masing-masing. Sesampai mereka di rumah, mereka terus berjumpa dengan ibu dan ayah mereka. Mereka meminta maaf kepada ibu bapa mereka kerana sering bermain dan malas untuk belajar. Mereka berjanji akan belajar bersungguh-sungguh selepas ini.


40 Pada akhir tahun persekolahan, mereka telah mendapat anugerah sebagai murid cemerlang. Mereka telah menjadi seorang budak yang rajin belajar. Ibu dan bapa mereka sangat bangga kepada mereka. Sejak itu, mereka bertiga menjadi sahabat baik dan menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran.


41 1. Baik hati 2. Gigih berusaha 3. Kesetiaan 4. Kasih sayang Kita haruslah bersikap baik kepada orang lain. 1. Kita perlulah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu perkara. 2. Kita hendaklah setia kepada kawan kita. 3. Kita haruslah menyayangi kedua-dua ibu bapa kita. 4. Nilai Murni: Pengajaran:


Sinopsis Cerita Cerita ini mengisahkan tentang dua orang budak lelaki yang termasuk ke dunia lain. Mereka perlu menyelesaikan beberapa tugasan untuk kembali ke dunia nyata. Pelbagai cabaran yang telah mereka lalui semasa berada di dunia lain.


Click to View FlipBook Version