The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1282-24-azrina, 2022-04-01 01:28:49

TUGASAN 1 BMMB1104 (AZRINA BINTI JAMIN) BMSK3

PRODUK (E-BOOK)

TUGASAN 1



KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
MELAYU

(BMMB1104)

AZRINA BINTI JAMIN

PPISMP BM SK3 SEMESTER 2

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
2.2 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU
2.3 BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
3.1 ASPEK HIBURAN
3.2 ASPEK PENDIDIKAN
3.3 ASPEK DAKWAH
3.4 ASPEK KRITIKAN SOSIAL

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
4.1 PANTUN
4.2 SYAIR
4.3 SELOKA
4.4 GURINDAM

5.0 RUMUSAN

6.0 RUJUKAN

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi atas rahmat dan kurnia-Nya,
dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya ingin
mengucapkan sepenuh penghargaan terima kasih kepada Encik Awang Ahmad bin Awang
Siring, iaitu pensyarah bagi subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB 1104),
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyelesaikan tugasan
ini. Beliau telah banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini secara
langsung mahupun secara tidak langsung.

Dengan kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
saya yang telah menyokong dan memberi motivasi kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan
ini. Di samping itu, saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang telah banyak membantu serta mencetuskan idea saya sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari dan telah memberi
saya seribu satu makna dalam menimba ilmu ini. Syukur Alhamdulillah.

1.0 PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil-hasil karya dan juga ciptaan seni kreatif yang diperoleh
dalam kalangan masyarakat Melayu. Menurut Jamian & Md Radzi (2015), karya- karya sastera
merupakan karya-karya yang indah dan juga mempunyai kepentingan yang tersendiri. Sastera
yang dihasilkan juga bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada masyarakat.
Sastera juga berkembang mengikut peredaran zaman. Namun, disebabkan sikap masyarakat pada
masa kini yang kurang melibatkan diri dalam bidang kesusasteraan, maka karya-karya sastera
pada masa kini semakin kurang dihasilkan. Oleh itu, dalam tugasan 1 ini, saya akan menerangkan
tentang takrif kesusasteraan Melayu, jenis, bentuk dan juga ciri-ciri. Dalam tugasan ini juga, saya
akan menerangkan fungsi kesusasteraan Melayu dalam empat aspek dan menerangkan
manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU

2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu sangat berkait rapat dengan hasil-hasil karya atau ciptaan seni yang
terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga kini. Perkataan kesusasteraan berasal
daripada bahasa sanskrit iaitu ‘castra’ yang bermaksud ‘sastera’. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(2011), perkataan ‘susastera’ pula merupakan perkataan yang membawa makna sastera dan
kemudiannya ditambah dengan imbuhan 'su’ yang bermaksud indah, baik dan lebih berfaedah.
‘Sastera’ pula bermaksud huruf, karya, teks dan juga buku. Kedua-dua kata dasar ini kemudiannya
digabungkan menjadi perkataan ‘kesusasteraan’ yang bermaksud kumpulan buku-buku yang
indah dan mempunyai isi yang baik.

2.2 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU

2.2.1 PROSA

Menurut Zainuddin (1991), prosa adalah ungkapan peristiwa secara jelas dan tidak terikat
dengan syarat-syarat tertentu dalam sesebuah karya sastera. Prosa dapat dibahagikan kepada
dua iaitu prosa tradisional dan prosa moden.

Prosa Tradisional Prosa Moden

Merupakan hasil Merupakan karya

kesusasteraan yang sastera yang telah

ditulis dalam ayat-ayat

biasa dengan dipengaruhi budaya

menggunakan Barat.

tatabahasa yang mudah

pada zaman dahulu.

2.2.1.1 JENIS PROSA TRADISIONAL Cerita jenaka

Penglipur lara Karya yang berkaitan
dengan cerita rakyat.
Karya tentang istana,
keluarga kerabat raja dan
juga kehidupan di istana.

Cerita asal-usul Epik

Karya yang bertemakan Karya yang mengisahkan
asal-usul sesebuah cerita.
Biasanya watak terdiri kepahlawanan tokoh
daripada manusia, haiwan
dan tumbuhan. dalam sejarah.

2.2.1.2 JENIS PROSA MODEN

Cerpen

Karya yang merupakan

singkatan daripada cerita

pendek. Cerpen

merupakan cerita yang

pendek dan boleh dibaca

sekali duduk.

Novel Drama

Karya yang terdiri daripada Karya yang menggambarkan
karangan prosa panjang realiti kehidupan, watak dan
dan mengandungi tingkah laku manusia yang
rangkaian cerita kehidupan disampaikan dalam bentuk
seseorang watak. lakonan dan dialog.

2.2 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU

2.2.2 PUISI

Menurut Waluyo (2013), puisi dapat didefinisikan sebagai karya sastera yang dipadatkan,
disingkatkan dan diberi rima dengan bunyi yang padu dan juga terdapat penggunaan kata-kata
yang berkias. Puisi juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu puisi tradisional dan puisi moden.

Puisi Tradisional Puisi Moden

Merupakan karya yang Merupakan sebuah seni

mempunyai susunan penulisan kontemporari

perkataan dalam bentuk yang mengarang kata

karangan berangkap atau dengan susunan yang

suatu bentuk pengucapan indah untuk

dalam susunan yang menyampaikan maksud-

istimewa berbanding maksud tertentu.

dengan pengucapan biasa.

2.2.2.1 JENIS PROSA TRADISIONAL Syair

Pantun Sebuah karya yang
menceritakan kisah-kisah
Sebuah karya yang tertentu.
hendak menyampaikan
perkara tersirat atau Gurindam
perkara tersurat.
Sebuah karya yang
Seloka menyampaikan nasihat
dan peringatan kepada
Sebuah karya yang manusia.

bertemakan tentang

perumpamaan atau pepatah

yang mengandungi sindiran,

ejekan dan gurauan.

2.2.2.2 JENIS PROSA MODEN

Sajak

Sajak merupakan sebuah
karya yang wujud dari buah
fikiran, jiwa dan perasaan
seseorang.

2.3 BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
2.3.1 PROSA TRADISIONAL

Penyebaran Prosa Bersifat
secara lisan. Tradisional tradisional.

Bersifat Perkembangan statis, Pengarang
dongeng dan biasanya tidak
khayalan. perlahan-lahan dan diketahui.

terbatas kepada

sesuatu kelompok.

2.3 BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
2.3.2 PROSA MODEN

Berbentuk Bersifat Pengarang
lisan. dinamis. diketahui.

Prosa Moden Dipengaruhi
oleh
Bersifat Bersifat kesusasteraan
moden. rasional. Barat.

2.3 BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
2.3.3 PUISI TRADISIONAL

Terdapat Puisi Ungkapan kata
penggunaan Tradisional dan bahasa
bahasa yang baik. dipengaruhi oleh
muzik.

Baris, rima dan Bersifat lisan, Digunakan untuk
irama disusun diwarisi dan memberi
membentuk pola disebarkan pengajaran dan
tertentu. tradisi lain. melalui hiburan.

2.3 BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
2.3.4 PUISI MODEN

Disebarkan Berbentuk Terdapat
melalui bebas. penggunaan
tulisan. bahasa yang
baik

Puisi Moden

Digunakan Digunakan untuk
dalam
kehidupan menyampaikan
seharian.
Tidak mengikut sesuatu dan
pola tertentu.
bertujuan untuk

melahirkan

perasaan.

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

3.1 ASPEK HIBURAN

Membawa keseronokkan kepada para pembaca.
Mewujudkan keharmonian antara watak dan topik dalam
sesebuah karya sastera.
Mewujudkan kata-kata dan irama dan rentak dalam sesebuah
karya sastera.
Menjadikan sesebuah karya sastera diterima oleh semua
kalangan masyarakat kerana mampu memberi keseronokkan
kepada masyarakat yang membaca.

3.2 ASPEK PENDIDIKAN

Membentuk masyarakat Melayu yang mempunyai sifat serta jati
diri yang tinggi melalui penghasilan sesebuah karya.
Memberi kesedaran dan mempengaruhi pemikiran masyarakat
bagi menerapkan nilai-nilai murni seperti nilai toleransi.
Memberi impak dan pengaruh kepada pemikiran masyarakat
Melayu bagi membentuk modal insan terutamanya dalam
kalangan generasi muda.

3.3 ASPEK DAKWAH

Menyembunyikan perkara yang hendak diluahkan kepada
pembaca melalui pelbagai bentuk dan ragam estetika, metafora
dan simbol-simbol yang terdapat dalam kehidupan.
Meningkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah
SWT.
Membentuk keperibadian seseorang individu. Melahirkan insan
yang taat dan percaya kepada Allah SWT.

3.4 ASPEK KRITIKAN SOSIAL

Memberi kritikan kepada masyarakat dalam setiap perkara yang
dilakukan semasa menjalani kehidupan seharian.
Melalui susun lapis manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum
serta latar belakang kehidupan sememangnya telah mewujudkan
sebuah kritikan sosial melalui jurang sosial dalam kalangan
masyarakat tertentu.
Begitu juga yang telah ditegaskan oleh Usman Awang dan A.
Samad bahawa sastera merupakan gambaran daripada kehidupan
manusia.

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI Seperti yang kita tahu, semua manusia
pernah mengalami alam remaja dan
4.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN tentunya pelbagai pahit dan manis yang
dihadapi semasa alam remaja.
(Pantun Alam Remaja) Berdasarkan ayat "Tidak terkatakan
besar hati" dan "Melihat ibu sudah
Elok rupanya kumbang jati, pulang", kita boleh rumuskan bahawa
Dibawa itik pulang petang, baris-baris ayat tersebut memberi maksud
Tidak terkatakan besar hati, bahawa semasa remaja, kita akan berasa
Melihat ibu sudah pulang. sangat gembira apabila melihat
kepulangan ibu ke rumah. Perasaan
tersebut sangat sukar untuk digambarkan.

4.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR Secara umumnya, syair merupakan sebuah
karya yang sangat indah. Melalui konsep
(Syair Nasihat) sudut pandangan yang lebih mendalam,
perkataan "raja" yang digunakan pada baris
Ayuhai anakanda muda remaja, kedua membawa maksud seorang
jika anakanda menjadi raja, pemimpin. Oleh itu, syair pada rangkap
hati yang betul hendak disahaja, tersebut sebenarnya bermaksud, jika
serta rajin pada bekerja. golongan muda menjadi pemimpin pada
suatu hari nanti, mereka perlulah
mengamalkan kebaikan serta rajin untuk
bekerja.

4.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA Seloka merupakan sebuah karya yang bertemakan
tentang perumpamaan atau pepatah dan biasanya
(Seloka Pandai Pak Pandir) digunakan untuk menyindir dan bergurau dengan
masyarakat. Seloka Pandai Pak Pandir ini merupakan
Bila mendengar gelagak dagang, cerita seorang lelaki yang mempunyai sikap yang
Hingga tak sedar bertelanjang, sangat baik namun sikap baik tersebut tidak bertempat.
Pantang mendengar guruh di langit, Pak Pandir juga mudah percaya kepada orang asing.
Air tempayan dicurahkan. Maksud ini dapat dilihat pada ayat "Bila mendengar
gelagak dagang, hingga tak sedar bertelanjang". Pak
Pandir juga sering mengambil risiko tanpa berfikir
panjang. Hal ini digambarkan melalui ayat "Pantang
mendengar guruh di langit, air tempayan
dicurahkan". Oleh itu, melalui seloka ini, kita dapat
melihat bahawa seloka ini bertujuan untuk menyindir
seseorang yang terlalu baik namun tidak bertempat
sikap baiknya yang menyebabkan diri dan juga keluaga
merana.

4.4 AKAL BUDI DALAM GURINDAM

(Gurindam Beberapa Petua Hidup) Secara umumnya, gurindam merupakan
sebuah karya yang hampir sama bentuknya
Perbuatan Yang Baik dengan pantun. Berdasarkan gurindam
Barang siapa berbuat jasa, tersebut, dapat dirumuskan bahawa rangkap
Mulia namanya segenap masa. tersebut membawa maksud bahawa, jika
seseorang itu mempunyai sifat yang baik,
maka dia akan dipandang seperti bunga
ditaman dan juga sangat dihormati oleh
masyarakat yang lain.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sastera merupakan sebuah karya yang sangat unik dan
indah. Karya sastera juga mempunyai pelbagai jenis dan setiap jenis
tersebut mempunyai keunikan dan juga kepentingan yang tersendiri.
Karya-karya sastera yang dihasilkan juga mempunyai pelbagai fungsi
terutamanya dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan juga kritikan
sosial yang juga mampu membantu masyarakat untuk mendapat pelbagai
ilmu. Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia, marilah kita bersama-sama
mengekalkan kesusasteraan Melayu serta melahirkan rasa minat yang
tinggi terhadap kesusasteraan Melayu.

6.0 RUJUKAN

Ariefin, P. (2015, Mei 8). Pengertian prosa dan jenis prosa. Slideshare.
https://www.slideshare.net/pungkiarifin/pengertian-prosa-dan-jenis-prosa-47896427

Azhar. (2016, Januari 3). Pantun alam remaja: pantun komsas tingkatan 2. Blogspot.
https://cikguazharrodzi.blogspot.com/2016/01/blog-post.html

Muinuddin, A. (2012, Februari 7). Definisi kesusasteraan Melayu. Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/98877101/Definisi-Kesusasteraan-Melayu

Muzz. (2020, Julai 3). Analisis gurindam beberapa petua hidup; antologi sejadah rindu. Blogspot.
https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/07/nota-komsas-analisis-gurindam-beberapa.html

Muzz. (2021, Mei 17). Analisis syair nasihat. Blogspot.
https://cikgukumuzz.blogspot.com/2021/05/nota-komsas-analisis-syair-nasihat.html

6.0 RUJUKAN

Nanidefran. (2013, Januari 30). Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsi-kesusasteraan-Melayu

Prawiro, M. (2018, Ogos 22). Pengertian prosa; ciri-ciri, jenis dan contoh prosa. Maxmanroe.
https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-prosa.html

Syukri, A. (2012, Februari 7). Seloka sifat Pak Pandir (prosa tradisional). Blogspot.
Kesusasteraan Melayu SPM: Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan - Seloka Sifat Pak Pandir

(Prosa Tradisional)

Zakky. (2018, Ogos 27). Pengertian puisi menurut ahli dan definisi puisi secara umum. Zonareferensi.
https://www.zonareferensi.com/pengertian-puisi/

Zakky. (2019, Jun 2). Jenis-jenis puisi beserta ciri-ciri dan contohnya. Zonareferensi.
https://www.zonareferensi.com/jenis-jenis-puisi/

SEKIAN DAN
TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version