LAPORAN PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH (TEORI & AMALI) SK MOSTYN, KUNAK
1. Nama program : Program Pengurusan Jenazah (Teori & Amali)
2. Tarikh : 24 November 2022 (Khamis)
3. Masa : 7.00 pagi – 12.30 tengahari
4. Tempat : Kelas Tahun 6A dan 6B
5. Objektif :-
5.1 Memantapkan tahap kefahaman murid-murid tahun enam terhadap konsep
pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah
5.2 Memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada para
peserta tentang tatacara, adab-adab dan kaedah sama ada menguruskan
jenazah lelaki atau wanita yang tepat dan seiring dengan syariat islam.
5.3 Memberi pengalaman berguna kepada murid-murid bermula dari proses
memandikan jenazah sehingga kepada cara-cara mengkafankan jenazah serta
cara solat jenazah yang betul.
5.4 Menguatkan dan mengukuhkan pembelajaran murid-murid tahun enam berkaitan
pengurusan jenazah sejajar dengan Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran
mereka.
6. Sasaran : 38 murid Tahun Enam
7. Butiran program :-
7.1 Ceramah secara teori
7.2 Ceramah secara amali
8. Penilaian program : Soal selidik keatas 20 responden
(Rujuk lampiran borang soal selidik)
9. Menganalisis Data
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH TEORI&AMALI SK MOSTYN, KUNAK
Persatuan Pendidikan Islam SK Mostyn telah mengadakan satu program Pengurusan
Jenazah Teori & Amali pada 24 November 2022 yang lepas pada peringkat sekolah.
Guru-guru telah dibahagikan tugas masing-masing untuk menjayakan program ini.
Saya telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini.
KEKUATAN PROGRAM
Sebelum melaksanakan program saya telah membahagikan tugas masing-masing
dan setiap guru telah melaksanakan tugas dengan baik dan jayanya.
Saya juga telah memberi penerangan yang jelas dan telah memastikan ahli-ahli yang
lain memahami kehendak tugasan yang diperoleh. Selain itu, saya turut bermesyuarat
bersama pentadbir dan guru-guru dan membuat perancangan-perancangan tertentu
untuk menggerakkan aktiviti. Setelah memahami tugasan yang perlu dilaksanakan,
guru-guru mula bergerak menjalankan tugasan masing-masing. Kekuatan program ini
juga berlandaskan kepada semangat berpasukan dan kerjasama antara pentadbir dn
guru-guru dan ini adalah kunci kepada setiap kejayaan sesuatu program yang
diadakan di mana kita haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong dan
bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan
dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita
bersama.Selain itu, kesemua guru-guru adalah orang yang sememangnya
mempunyai karisma dan keterampilan yang tersendiri. Oleh yang demikian tidak ada
masalah disiplin yang berlaku sepanjang program ini berlangsung. Hal ini kerana kami
semua sedia maklum dengan amanah yang diberikan. Di samping itu, atas kerjasama
semua peserta program, setiap aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan mengikut
masa yang telah ditetapkan.
KELEMAHAN AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI
Kelemahan-kelemahan yang saya dapati adalah berkaitan dengan cara tempat yang
sesuai seperti tempat memandikan jenazah. Terdapat AJK yang tidak berbincang
secara terperinci dengan penyelaras untuk memastikan tempat yang sesuai. Hal ini
terjadi apabila program dijalankan, tempat untuk slot memandikan jenazah tidak
sesuai disebabkan tidak mempunyai paip air yang berdekatan. Oleh sebab saya
tidak merujuk terlebih dahulu dengan pentadbir untuk menyewa tempat memandikan
jenazah, penceramah terpaksa membuat slot tersebut di dalam kelas dan murid
terpaksa mengangkat air menggunakan baldi. Semua ini kerana saya tidak
mengingat AJK tempat untuk memastikan keadaan tempat.
CADANGAN ATAU PENAMBAHBAIKAN AJK AKTIVITI
Segala kekurangan dan kelemahan boleh diperbaiki dengan membuat perjumpaa
terakhir dengan semua guru-guru untuk memastikan program dapat berjaln dengan
lancar seperti dirancang. Selain itu, segala perancangan yang telah dibuat mestilah
dirujuk kepada pihak pentadbir untuk mendapatkan cadangan dan idea terlebih
dahulu. Hal ini bertujuan bagi menghalang daripada membuat sebarang kesalahan
atau kesilapan. Antara penambahbaikan lain yang boleh dibuat ialah membuat
kerjasama dengan AJK masjid untuk menggunakan alat mandi jenazah pada program
yang akan datang. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
kepada semua guru-guru kerana sama-sama dapat menghadapi amanah dan cabaran
yang diberi dengan jayanya. Segala halangan dapat ditempuhi bersama. Tanpa
kerjasama dan komitemen daripada semua guru-guru tidak semestinya program ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
10. Lampiran
Lampiran 1: Borang soal selidik
Lampiran 2 : Gambar aktiviti program
Teori Pengurusan Jenazah
Cara Penyedian Kain Kafan
Memandikan Jenazah
Mengkafan
Mengkafankan Jenazah
Solat Jenazah
Penyampaian Sijil Dan Cenderahati & Sesi Bergambar