PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PORT DICKSON PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERHUBUNGAN PORT DICKSON SEMUA JAWATANKUASA PROGRAM SEMUA GURU PENGIRING SEMUA PESERTA LAWATAN TERIMA KASIH 7.00—7.40 pg - Berkumpul di Masjid Jamek Abdullah Sijang, PD - Pendaftaran peserta dan guru - Taklimat program dan keselamatan - Sesi Bergambar 7.40—8.40 pg - Bergerak ke Masjid Sri Sendayan, Seremban 8.40—9.00 pg - Aktiviti di Masjid Sri Sendayan: Solat Sunat Dhuha/ Musafir/Hajat 9.00 pg—10.30 pg - Bergerak ke Kompleks Seni Islam Antarabangsa, Shah Alam 10.30—12.30 tghri - Aktiviti di Kompleks Seni Antarabangsa, Shah Alam 12.30 tghri—1.30 ptg - Bergerak ke Masjid Putra, Putrajaya 1.30—2.00 ptg - Bergerak ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya 2.00—4.00 ptg - Aktiviti di Kompleks Nasyrul Quran 4.00—5.30 ptg - Bergerak pulang ke Port Dickson
Pengenalan Program: Berpegang kepada peribahasa “Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengetahuan”, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Port Dickson telah berusaha membawa ahli-ahli PPIM untuk menjalani Program Jelajah Ilmu Wahyu. Program ini memberi peluang kepada ahli-ahli PPIM untuk melihat sendiri keindahan serta keunikan masjid-masjid di Malaysia serta mendekati peranan dan fungsi institusi masjid kepada masyarakat umum. Jelajah Ilmu Wahyu diteruskan dengan menyelusuri mukjizat teragung yang ditinggalkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Jelajah ini akan membawa ahli-ahli PPIM untuk melihat sendiri Penyalinan Al-Quran dibuat di Malaysia bertempat di Kompleks Seni Islam Antarabangsa, Shah Alam yang diusahakan oleh Yayasan Restu dan seterusnya ke Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya yang merupakan Kompleks Pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia. Kompleks ini telah melibatkan kos sebanyak RM60 juta sememangnya tempat yang menarik untuk dilawati kerana seni bina serta peranan nya yang besar dalam mengembangkan seni khat serta menjadi mercu kemajuan syiar Islam kepada Malaysia. Program jelajah ini merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada ahli-ahli PPIM. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid melalui penerokaan baru. Objektif Program : 1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada ahli PPIM untuk membina keyakinan diri melalui ilmu dan pengalaman dalam menghadapi hidup yang mencabar melalui kecintaan kepada Masjid dan Al-Quran. 2. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru dalam kehidupan dengan meletakkan al-Quran sebagai panduan hidup serta institusi masjid sebagai penyatuan ummah. 3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi melalui program ini. 4. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam membuat keputusan melalui penerokaan sendiri dengan memupuk semangat kerjasama dan tolenrasi dalam kumpulan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kumpulan Sasaran : Program ini disasarkan kepada: Ahli Unit Beruniform PPIM Sekolah Rendah Tahun 4 -6 yang telah berdaftar (melunaskan yuran keahlian tahunan & berdaftar. Ahli Unit Beruniform PPIM Sekolah Menengah Tingkatan 1 - 5 yang telah berdaftar (melunaskan yuran keahlian tahunan & berdaftar). Penasihat : Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson Pengerusi : Pn Arah binti Abu Bakar (Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Port Dickson) Naib Pengerusi : Pn Ratna Izah binti Ismail (Timbalan Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Port Dickson) Setiausaha : Pn Husni binti Abdul Hamid (Setiausaha Kehormat PPIM Perhubungan Daerah Port Dickson) Pen. Setiausaha : Pn Wan Amirah binti Wan Ismail Bendahari : Pn Rosilawati binti Mohd Razali (Bendahari Kehormat PPIM Perhubungan Daerah Port Dickson) Pengerusi Teknik Daerah: Pn Noor Azian binti Yaakub / Pn Kamelia binti Abd Wahab Pendaftaran SMA Chuah SK Jimah Baru Aktiviti & Pengisian Lawatan SMK Agama Teluk Kemang SK Kg Baru Si Rusa Makanan & Edaran Makanan SMK Tinggi Port Dickson SK Linggi Sijil, Hadiah & Cenderamata SK Port Dickson Buku Program SK Jimah Banner SMK Yam Tuan Radin Peralatan SK Intan Perdana Laporan & Dokumentasi SMK Tanah Merah Kebersihan & Disiplin SMK Kg Baru Si Rusa Semua guru pengiring Keselamatan SMK Bukit Saujana Semua guru pengiring Penilaian (Pre & Post Program) SK Si Rusa Kawalan Murid Semua guru pengiring sekolah