The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BDK30622 MUHIL ARASI A/P MUHILAN, 2024-03-25 05:20:21

E-PORTFOLIO

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN …………………………………………………… 1 2.0 ANALISIS INSTRUMEN • PENILAIAN INSTRUMEN 1……………………….. 2 • PENILAIAN INSTRUMEN 2………………,,,………4 • PENILAIAN INSRTUMEN 3 …………………..……6 3.0 KESIMPULAN ………………………………………………….….8 4.0 RUJUKAN ………………………………………………………….9


1 1.0 PENGENALAN Pentaksiran dalam pendidikan merujuk kepada proses sistematik mengumpul, menganalisis, dan mentafsir bukti pembelajaran pelajar untuk tujuan membuat keputusan pengajaran yang bermaklumat. Pentaksiran meliputi pelbagai kaedah pentaksiran antaranya membuat pemerhatian, penilaian prestasi, projek, ujian kertas dan pensil bagi melihat kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005). Pentaksiran yang berkesan bukan sahaja mengukur apa yang pelajar telah pelajari tetapi juga memberitahu pendidik tentang kemajuan mereka dan bidang yang memerlukan penambahbaikan, membimbing pengajaran masa depan dan pembangunan kurikulum. Selain itu, pentaksiran berfungsi sebagai satu cara untuk memberikan maklum balas kepada pelajar, memperkasakan mereka untuk merenung pembelajaran mereka sendiri dan mengambil alih pertumbuhan akademik mereka dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan memupuk peningkatan berterusan dalam pendidikan. Menurut (Brissenden dan Slater, n.d.). pentaksiran ini dapat dilaksanakan dijalankan oleh guru kepada murid atas beberapa tujuan iaitu memotivasi murid dan mengarahkan pembelajaran, memberikan maklum balas kepada pelajar tentang prestasi mereka, memberikan maklum balas tentang arahan dan/atau kurikulum dan memastikan piawaian kemajuan dipenuhi. Selain itu, pentaksiran alternatif adalah suatu bentuk hasil pengukuran yang menghuraikan pelbagai alternatif dan dijadikan sebagai suatu “ujian standard”. Dikli (2003) menyatakan bahawa pentaksiran alternatif memberi tumpuan kepada pertumbuhan pelajar dari semasa ke semasa berbanding dengan kita memberikan "snapshot" pencapaian akhir pembelajaran. Penilaian alternatif menawarkan pelbagai cara untuk pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka melangkaui ujian dan kuiz tradisional. Contohnya termasuk penilaian berasaskan projek di mana pelajar membuat pembentangan, portfolio atau projek multimedia yang mempamerkan pembelajaran mereka; penilaian prestasi seperti pembentangan lisan, perbahasan atau lakonan di mana pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam senario dunia sebenar dan lain-lain. Penilaian alternatif ini memenuhi gaya dan kebolehan pembelajaran yang pelbagai, menawarkan pandangan yang lebih holistik tentang tahap kefahaman dan kecekapan pelajar sambil memupuk kemahiran pemikiran kritis, kreativiti dan kerjasama yang penting untuk kejayaan dalam abad ke21 (Halpern & Hakel, 2024).


2 2.0 ANALISIS INSTRUMEN 2.1 PENILAIAN BUKU SKRAP Penyediaan buku skrap juga merupakan suatu jenis penilaian instrumen yang dapat dijalankan oleh guru terhadap murid untuk menilai tahap merekanya. Dalam peyediaan buku skrap ini murid telah mancari dan mengumpul maklumat serta membuat suatu penulisan secara journal entry. Selain itu, murid juga dapat menggunakan idea mereka untuk menghias buku skrap tersebut dengan keativiti masing-masing. Tambahan pula, dalam buku skrap tersebut murid juga boleh masuk gambar atau foto yang berkaitan dengan tema buku skrap supaya kelihatan lebih cantik. Rajah 1 Soalan Buku Skrap Rajah 1.0 menunjukkan satu soalan buku skrap yang diberi kepada murid tahun 5 oleh guru untuk menilai tahap pemahaman murid dalam subjek Kajian tempatan yang diajar sebelum ini dalam kelas. Dalam soalan tersebut guru telah menyediakan arahan pada muka hadapan soalan supaya murid-murid akan memahami lebih mendalam tentang tugasan yang diberi. Contohnya, arahan pertama yang diberi oleh guru iaitu tugasan perlu ditulis dalam tangan sahaja, melalui arahan tersebut murid dapat memahami tugasan perlu dibuat dengan pensel dan tiada boleh guna bahan mencetak. Selain itu, guru juga dapat memberitahu tentang tempoh penghantaran tugasan tersebut dalam arahan itu supaya murid akan lebih pekak pada tarikh hantar dan siapkan tugasan tersebut sebelum tempoh penghantaran tamat. Tambahan pula, guru juga dapat menyatakan pengisian buku skrap dalam soalan tersebut supaya murid dapat info yang lebih untuk menbuat tugasan tersebut dengan lebih mudah.


3 Rajah 2 Tajuk Soalan Kelemahan yang terdapat dalam soalan buku skrap tersebut adalah tajuk yang diberi oleh guru tersebut iaitu ‘Bentuk Muka Bumi’ tajuk ini merupakan tajuk yang sangat umum, jadi murid akan menjadi keliru dalam melaksanakan tugasan tersebut. Contohnya, murid akan dapat keliru dalam buat semua jenis ataupun satu jenis sahaja sebab dalam arahan tersebut guru tidak dapat nyatakan perkara tersebut. Selain itu, guru juga tidak memberi isi kandungan kepada murid yang menyebabkan murid susah untuk membuat tugasan tersebut sebab pemberian isi kandungan akan menolong murid untuk meneruskan tugasan tersebut. Tambahan pula, guru juga tidak menyatakan jumlah patah perkataan yang ditulis oleh murid dalam buku skrap tersebut, dan tiada juga jumlah markah untuk tugasan ini. Jadi, perkara seperti ini akan menyebabkan murid keliru dalam melaksanakan buku skrap tersebut kerana murid yang membuat buku skrap dalam 300 patah perkataan tetapi markah bagi tugasan tersebut adalah 50%. Oleh itu, jumlah markah dan juga jumlah patah perkataan adalah amat penting untuk kebaikan murid-murid. Cadangan penambahbaikan yang saya dapat daripada soalan buku skrap ini adalah guru perlu menukar cara membuat buku skrap ini kerana pada zaman teknologi ini terdapat beberapa aplikasi dalam talian untuk membuat buku skrap ini yang dapat menjimatkan masa murid dan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan teknologi masa kini dan ia merupakan satu tapak untuk murid dapat mengeluarkan bakat mereka dalam menghias buku skrap tersebut dengan kreativiti masing-masing. Selain itu, guru juga boleh memberi kriteria penilaian yang jelas kepada murid kerana perkara tersebut akan membantu mereka memahami apa yang diharapkan oleh guru dan bagaimana mereka akan dinilai. Guru juga boleh cipta rubrik pemarkahan yang terperinci untuk memberi panduan kepada murid tentang aspek yang perlu dinilai dan jumlah mata yang akan mereka perolehi bagi setiap aspek dan rubrik ini mestilah merangkumi kreativiti, ketepatan tema, kualiti kandungan, kebersihan dan kesempurnaan buku skrap. Perkara ini akan membantu murid untuk menyiapkan tugasan mereka dengan mudah. 2.2 PENILAIAN UJIAN Ujian objektif memerlukan murid memilih atau mengemukakan respons. Antara jenis ujian objektif adalah seperti item aneka pilihan. tem aneka gabungan, item betul-salah/benar-palsu, item padanan. item isi tempat kosong dan objektif bergred. Ujian Objektif boleh digunakan untuk mentaksir kemahiran berfikir aras rendah dan juga aras tinggi. Selain itu, ujian subjektif pula item


4 yang membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan oleh murid (Lembaga Peperiksaan, 2013). Murid boleh menunjukkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui jawapan yang diberikan. Rajah 3 Set Soalan Matematik Dalam ujian yang tersebut dapat disediakan satu muka hadapan yang penuh dengan informasi. Beliau juga nyatakan beberapa arahan yang jelas supaya murid dapat mengetahui kandungan yang terdapat dalam ujian tersebut. Contohnya, dalam muka hadapan tersebut nyatakan jumlah soalan yang terdapat dalam ujian tersebut dan jumlah soalan yang perlu buat dan perkara ini akan memberi satu kejelasan kepada murid. Oleh itu, murid dapat menyiapkan ujian tersebut tanpa kekeliruan. Selain itu, dalam itu juga nyatakan jumlah jam yang diperuntukan untuk membuat ujian tersebut, melalui itu murid boleh mengagihkan masa mereka untuk menjawab semua soalan yang disediakan. Jadi, arahan yang lebih jelas akan membantu murid untuk menyiapkan ujian mereka dengan lebih mudah.


5 Rajah 4 Soalan Ujian Subjektif Dalam satu ujian kertas 2 matematik tahun 5, soalan seperti ini yang agak mengelirukan murid beliau dengan soalannya. Dalam soalan 4 tersebut ia adalah soalan mengenai operasi tambahan. Jadi, murid akan lebih jelas dengan soalan tersebut kerana symbol (+) tersebut agak jelas dan boleh nampak perbezaan antara nombor sebelah manakala dalam soalan 5 pula, menggunakan operasi tolak yang menyebabkan murid kelihatan agak keliru kerara symbol (-) tersebut lebih dekat dengan pecahan tersebut menyebabkan murid mengangap simbol itu sambung dengan garis dalam pecahan itu. Jadi, perkara ini akan menjadi satu isu dan murid akan membazirkan terlalu banyak masa pada soalan tersebut yang menyebabkan dia tak cukup masa untuk menjawab soalan-soala lain. Cadangan penambahbaikan bagi masalah yang terdapat di atas adalah guru perlu peka dengan soalan yang dibuat dan perlu menyemak semula soalan-soalan yang disediakan. Oleh itu, guru dapat mengenalpasti kesalahan yang ada pada ujian tersebut dan boleh membuat kebetulan. Selain itu, boleh juga mengunakan ruang yang sesuai. Contohnya, semasa menulis formula atau ungkapan matematik, pastikan meninggalkan ruang yang mencukupi di antara simbol. Ini memudahkan pelajar membaca dan memahami. Tambahan pula, boleh juga menggunakan warna lain untuk membantu membezakan . Contohnya, penggunaan warna lain boleh membantu membezakan bahagian berlainan formula atau ungkapan matematik. Warna boleh digunakan untuk menyerlahkan bahagian penting atau perbezaan yang berkaitan.seperti boleh menggunakan warna yang lebih gelap pada simbol-simbol yang terdapat dalam ayat matematik supaya murid dapat membezakan simbol dengan nombor.


6 2.3 PENILAIAN KUIZ Kuiz merupakan instrumen pentaksiran yang penting dalam pendidikan. Melalui ujian pendek ini, guru dapat mengukur kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran, mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan, dan memberi maklum balas yang berguna untuk menambah baik pembelajaran. Selain itu, kuiz juga dapat memotivasikan pelajar untuk belajar secara teratur dan konsisten, kerana tanggungjawab untuk menyediakan diri untuk peperiksaan. Oleh itu, kuiz bukan sahaja alat penilaian, tetapi juga sebahagian daripada proses pembelajaran yang berkesan. Rajah 5 Quiz Mata Pelajaran Sains Dalam Rajah di atas menunjukkan bahawa soalan tersebut merupakan suatu soalan yang agak baik dan juga kemahiran beraras tinggi tetapi arahan yang diber dalam soalan itu akan mengelirukan murid-murid semasa menjawab soalan kerana dalam soalan itu dinyatakan bahawa padankan dengan betul sahaja dan tidak memberitahu bahawa satu soalan perlu ada 1 jawapan ataupun boleh padankan lebih dari satu. Contohnya, dalam soalan itu terdapat 2 soalan yang perlu padankan dengan 3 jawapan, perkara ini akan memberi kekeliruan pada murid dan menyebabkan mereka tidak membuat soalan itu ataupun mereka akan mudah buat silap. Tambahan pula, dalam soalan itu juga tidak dapat diberitahu markah yang diperolehi, kalau ada markah dinyatakan, perkara itu juga boleh menyelesaikan masalah ini kerana kalau soalan ini 2 markah , Jadi murid tahu perlu memadankan 2 perkara sahaja. Oleh itu, markah perlu dinyatakan dalam setiap soalan untuk memudahkan urusan murid.


7 Rajah 6 Quiz Sains Tahun 6 Dalam rajah 6 ini juga menunjukkan satu contoh soalan daripada quiz yang dilakukan oleh beberapa orang murid. Kelebihan yang terdapat pada soalan quiz tersebut adalah arahan yang diberi adalah sangat sesuai dengan soalan dan walaupun arahan itu kecil tapi ia mudah difahami. Selain itu, soalan tersebut juga sangat jelas dan mudah difahami oleh murid kerana tulisan tersebut sangat jelas dan jarak antara satu perkataan dan perkataan yang lain tak dekat sangat. Oleh itu, murid dapat membaca satu ayat itu dengan mudah dan dapat difahami. Tambahan pula, jawapan yang diberi adalah sama dengan nombor soalan, jadi murid perlu pilih jawapan yang betul dan tulis sahaja kerana terdapat beberapa soalan yang mempunyai bilangan jawapan yang banyak dari soalan yang menyebabkan murid berfikir banyak dan membazirkan masa disana. Soalan seperti ini akan membantu murid untuk mengenalpasti jawapan yang betul dan boleh menyiapkan quiz itu dengan mudah dan pantas. Cadangan penambahbaikan bagi masalah yang muncul dalam instrument quiz perlu diatasi dengan perlu menyediakan suatu quiz dengan menetapkan suatu objektif yang jelas. Objektif kuiz yang jelas dan berkaitan dengan pembelajaran yang diingini akan membantu pelajar memahami apa yang diharapkan daripada mereka dan membantu guru menilai sama ada objektif pembelajaran tercapai. Selain itu, pastikan quiz tersebut mempunyai peringkat kesukaran yang sesuai. Dalam quiz tersebut


8 mesti ada variasi dalam tingkat kesukaran soalan seperti soalan yang mudah, sedang, dan sulit untuk memberikan gambaran yang lengkap tentang pemahaman siswa dan menilai tahap pemahaman mereka. Akhir sekali, penggunaan pelbagai jenis soalan. Contohnya, menggunakan soalan pilihan ganda, soalan isian pendek, soalan benar atau salah, dan mungkin soalan esei atau analisis. Ini membantu mengukur pemahaman murid dari berbagai sudut pandang. 3.0 KESIMPULAN Pentaksiran dalam pendidikan merupakan satu proses yang sangat penting untuk mengukur kefahaman dan pencapaian pelajar. Melalui pelbagai instrumen penilaian seperti peperiksaan, tugasan dan projek, guru boleh memantau kemajuan pelajar, mengenal pasti keperluan pembelajaran mereka dan memberikan maklum balas yang membina. Dengan menggunakan pendekatan penilaian yang holistik dan pelbagai, pendidik boleh membantu pelajar mencapai potensi maksimum mereka dalam pembelajaran. Pentaksiran yang berkualiti boleh membantu pelajar untuk mengenali lebih tentang tahap pemahaman diri sendiri mereka dalam pendidikan (Angelo dan Cross, 1993). Akhir sekali, penilaian bukan sahaja untuk mengukur keputusan akhir, tetapi juga tentang membimbing proses pembelajaran pelajar secara berkesan dan mampan."


9 4.0 RUJUKAN Angelo, T. A., & Cross, K. P. (1993). Classroom assessment techniques: A handbook for college teachers. San Francisco: Jossey-Bass. Brissenden, G., & Slater, T. Assessment primer. In College Level One (CL-1) Team. Fieldtested learning assessment guide. Available at http://www.flaguide.org. Dikli, S. (2003). Assessment At A Distance: Traditional Vs. Alternative Assessments. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 2(3), 13–19. Halpern, D. F., & Hakel, M. D. (2024). Applying the Science of Learning to Assessments: A Call to Action. Policy Insights from the Behavioral and Brain Sciences, 11(1), 19–26. doi:10.1177/2372732220910325 Linn, R. L., & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching (9th ed.). Pearson Prentice Hall


Click to View FlipBook Version