BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH SK TAMAN SERI PAGI 70450 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 Para 4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah -Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu Salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah / Ketua-ketua murid ( School Prefect ) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa pelantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. 4.1 Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis. Peraturan sekolah bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.
PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 Para 6 Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu muridmurid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
LAGU LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta LAGU SEKOLAH Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Kurniai sihat dan makmur Kasih rakyat lanjutkan umur Akan berbakti sekalian yang setia Musuhnya habis binasa Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan LAGU KEBESARAN NEGERI SEMBILAN Indah tersergam megah SK Taman Seri Pagi Berganding tangan Bersatu hati Bersama menuntut guru Di sini kita belajar Berbagai bangsa bersama Menuju cita-cita negara Mencapai wawasan kita Marilah kita bersama Majukan sekolah kita Bestari Inovasi Dedikasi Itulah cogan kita Kami terus berikrar Mengharumkan namamu Menuju ke arah Matlamat negara Bersama kita bersatu
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. VISI MISI Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara. Bestari, Inovasi dan Dedikasi MOTO
PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : “……kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undangsamada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina sert sanggup berkhidmat kepada masyarakat. “ Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi pelajaran murid dari masa ke semasa. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta berdisiplin, bersatu padu dan setia kepada negara. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama. Melahirkan insan yang kamil. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah. DEFINISI DISIPLIN MATLAMAT
PERATURAN SEKOLAH Dasar Pendidikan Negara bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani, seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketrampilan serta bertanggungjawab. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang baik. Undang-undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan keselesaan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran dan sepanjang murid berada di sekolah. Semua murid di sekolah ini hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetpkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Semua murid hendaklah berkerjasama dengan Guru besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru, ibubapa atau penjaga dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah bagi meningkatkan disiplin diri. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid, guru-guru, ibubapa atau penjaga serta kakitangan sekolah. Buku Peraturan Sekolah ini hendaklah dibawa oleh murid setiap hari ke sekolah.
PIAGAM PELANGGAN DALAM MEREALISASIKAN VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH AKAN : Memastikan semua murid mendapat layanan yang sama dan adil untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti di samping mengambil berat aspek disiplin, keselamatan dan kebajikan. Memberi khidmat layanan yang baik, mesra dan berkualiti kepada semua pelanggan yang datang berurusan dengan pihak sekolah. Mewujudkan hubungan yang akrab dan ikram serta menjalankan kerjasama erat di antara sekolah dengan ibubapa, penjaga, komuniti setempat, jabatan kerajaan dan pihak swasta demi kecemerlangan pendidikan.
KEHADIRAN A. WAKTU PERSEKOLAHAN HARI SESI PAGI SESI PETANG WAKTU HADIR WAKTU PULANG WAKTU HADIR WAKTU TAHAP PULANG 1 TAHAP 2 Isnin 7.30 am 12.50 pm 1.20 pm 1.10 pm 6.00 pm Selasa 7.30 am 12.50 pm 12.50 pm 1.10 pm 6.00 pm Rabu 7.30 am 12.20 pm 1.50 pm 1.10 pm 6.00 pm Khamis 7.30 am 12.50 pm 12.50 pm 1.10 pm 6.00 pm Jumaat 7.30 am 11.50 am 11.50 pm 2.10 pm 6.00 pm Kehadiran ke sekolah adalah WAJIB pada hari-hari persekolahan. Setiap murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan disiplin. Setiap murid diWAJIBkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Kelas tambahan atau sekolah gentian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid. Dalam waktu persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari Kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Semua murid mesti tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula. Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan atau arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan. Waktu persekolahan adalah seperti berikut :
B. KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH TINDAKAN HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT / BERTERUSAN HARI TIDAK HADIR TIDAK BERTERUSAN / BERKALA Surat Amaran Pertama Pada hari ke-3 (tidak hadir hari ke-3) Pada hari ke-10 (tidak hadir hari ke-10) Surat Amaran Kedua 7 hari selepas Surat Amaran Pertama (tidak hadir hari ke-10) 10 hari selepas Surat Amaran Pertama (tidak hadir hari ke-20) Surat Amaran Terakhir 7 hari selepas Surat Amaran Kedua (tidak hadir hari ke-17) 20 hari selepas Surat Amaran Kedua (tidak hadir hari ke-40) Buang Sekolah 14 hari selepas Surat Amaran Terakhir (tidak hadir hari ke-31) 20 hari selepas Surat Amaran Terakhir (tidak hadir hari ke-60) JUMLAH HARI TIDAK HADIR 30 HARI BERTERUSAN 60 HARI BERKALA Murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut atau lebih hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibubapa/penjaga Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibubapa / penjaga akan dianggap sebagai PONTENG sekolah dan boleh diambil Tindakan Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum atau ko-akademik. Murid yang tidak hadir kerana sakit atau sesuatu sebab tertentu hendaklah : Memaklumkan sekolah melalui guru kelas dengan segera dan Membawa bersama-sama surat akuan doktor atau makluman daripada ibubapa apabila hadir semula ke sekolah dengan menyatakan sebab-sebab yang munasabah. KEHADIRAN
C. KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah WAJIB untuk semua murid tahap 2 dari tahun 4, 5 dan 6. Semua murid tahap 2 diwajibkan menyertai ketiga-tiga unit kokurikulum berikut : Semua murid terlibat mestilah memakai pakaian Unit Beruniform atau baju Pendidikan jasmani sekolah setiap kali mengikuti aktiviti kokurikulum Selipar atau baju yang pelbagai tidak dibenarkan sama sekali Murid yang tidak hadir dalam aktiviti kokurikulum 3 kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan. KEHADIRAN Unit Beruniform Kelab / Persatuan Permainan PERHIMPUNAN SEKOLAH Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Kehadiran semua guru dan murid ke tapak perhimpunan adalah diwajibkan. Murid mesti berdiri tegak ketika Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah dinyanyikan. Murid tidak dibenarkan membuat bising serta mendengar segala pesanan dan mematuhi segala arahan di perhimpunan Semasa berjalan masuk ke kelas, murid kekal dalam barisan kelas masingmasing dan berjalan dalam suasana yang tenang.
Semua murid perlu keluar dari kelas ketika waktu rehat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Tiada seorang murid pun dibenarkan masuk ke dalam kelas apalagi makan atau mebuat kerja di dalam kelas pada waktu rehat. Waktu rehat murid : SESI PAGI SESI PETANG TAHAP 1 TAHAP 2 10.00-10.20 am 10.30-10.50 am 3.00-3.20 pm WAKTU REHAT KEBENARAN KELUAR-MASUK KELAS Keluar kelas perlu ada PAS KELUAR, tanpa pas murid dianggap keluar tanpa kebenaran. Murid mesti mendapatkan kebenaran gru yang sedang mengajar atau ketua kelas sekiranya tiada guru.
Seluar panjang berwarna biru gelap. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom / baggy, terlalu singkat (melapasi buku lali atau terlalu labuh ) Baju kemeja berwarna putih, berlengan pendek atau panjang, mempunyai 1 poket sahaja di sebelah kiri. Sekiranya berlengan panjangtidak dibenarkan melipat lengan baju. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Setiap baju wajib dilengkapkan dengan Lencana Sekolah dan tanda nama. Kasut kanvas / kulit berwarna hitam dengan stokin hitam, jika berkasut putih dengan stokin putih juga. Ukuran stokin hendaklah sejengkal dari buku lali. Murid digalakkkan menulis nama pada kasut masing-masing bagi mengelakkan sebarang kehilangan. Tali leher berwarna biru gelap. Sekiranya memakai tali pinggang pastikan yang berwarna gelap dan tidak terlalu besar kepalanya. PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN SUKAN A. PAKAIAN MURID LELAKI
Baju kurung putih yang tidak terlalu besar dan terlalu sempit, dari jenis kain yang tidak jarang. Kain sarung berwarna biru gelap, tidak terlalu singkat (melapasi buku lali) dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai. Bertudung putih dengan anak tudung juga berwarna putih. Setiap tudung wajib dilengkapkan dengan Lencana Sekolah dan tanda nama. Kasut kanvas / kulit berwarna hitam dengan stokin hitam, jika berkasut putih dengan stokin putih juga. Ukuran stokin hendaklah sejengkal dari buku lali. Murid digalakkkan menulis nama pada kasut masing-masing bagi mengelakkan sebarang kehilangan. Dilarang memakai alat solek dan perhiasan ke sekolah PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN SUKAN B. PAKAIAN MURID PEREMPUAN
PENGAWAS LELAKI Baju kemeja berlengan panjang warna biru muda, seluar panjang warna biru gelap, vest warna biru gelap, tali leher warna merah hati berlogo sekolah, songkok hitam, kasut kanvas / kulit berwarna hitam, stokin hitam. Baju dan vest wajib dilengkapkan dengan Lencana Sekolah, tag Pengawas dan tanda nama. PENGAWAS PEREMPUAN Baju kemeja berlengan panjang warna biru muda, kain warna biru gelap, vest warna biru gelap, tali leher warna merah hati berlogo sekolah, songkok hitam, kasut kanvas / kulit berwarna hitam, stokin hitam (setiap Isnin). Vest wajib dilengkapkan dengan Lencana Sekolah, tag Pengawas dan tanda nama. Baju kurung warna biru muda, kain warna biru gelap, tudung warna biru, kasut kanvas / kulit warna hitam, stokin warna hitam (hari biasa). Tudung wajib dilengkapkan dengan Lencana Sekolah, tag Pengawas dan tanda nama. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI T-shirt sekolah / baju sukan sekolah lengkap dengan tag Pengawas dan tanda nama, seluar track warna hitam / biru gelap, kasut hitam sekolah dan berstokin. PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN SUKAN C. PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
LENCANA & TANDA NAMA
KUKU & RAMBUT KUKU Kuku hendaklah sentiasa bersih dan pendek Murid dilarang berkuku panjang Cat kuku dan inai dilarang sama sekali RAMBUT Murid lelaki dilarang berambut panjang, rambut lelaki mestilah sentiasa pendek Murid dilarang mewarnakan rambut dengan sebarang warna dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu Murid lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah didandan atau diikat kemas menggunakan getah / riben berwarna hitam / biru tua Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih
KEBERSIHAN DIRI & PERHIASAN ALAT SOLEK DAN PERHIASAN Sebarang alat solek samada celak, gincu, eye-shadow dan sebagainya adalah dilarang. Murid dilarang memakai barang kemas seperti cincin, rantai, gelang tangan dan gelang kaki. Murid dilarang memakai contact lens, selipar, seluar jeans atau berpakaian ketat dan tidak sopan di dalam kawasan sekolah. Murid tidak dibenarkan "berkaca mata gelap" (sun glass). Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni,pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah. Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada dikawasan sekolah.
Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke kawasan sekolah iaitu : Membawa,mengedar atau menghisap ROKOK (SPI 4/1 997), VAPE atau sebarang jenis inhalan di sekolah (Rujuk SPI 8/1986) Radio walkman, MP4, discman dan sebarang jenis mainan. Telefon bimbit termasuk charger, SIM card, kamera dan lain-lain alat aksesori berkaitan. (Rujuk SPI 2/2009) Rokok/ mancis/pemetik api. Gula-gula getah (chewing gum) Minuman keras. Barang kemas dan sebarang bentuk perhiasan termasuk pin baju. Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah. Benda-benda tajam dan berbahaya seperti pisau lipat, pisau cutter, gunting bucu tajam, pembaris besi dan seumpanya. Makanan 'junk food' Majalah, buku, risalah atau sebarang bentuk gambar lucah atau tidak menutup aurat. Barang-barang lain yang disifatkan oleh Guru Besar tidak perlu dan membahayakan keselamatan pelajar. Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK dipulangkan kepada pelajar. Murid-murid yang membawa telefon bimbit di kawasan sekolah akan diambil tindakan disiplin. Guru akan mengambil dan menyimpan telefon tersebut serta memaklumkan tindakan tersebut kepada ibubapa /penjaga. (Rujuk SPI 2/2009) Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan kepada Guru Kelas/Guru Bertugas/PenoIong Kanan HEM. Murid yang menjumpai barang-barang dimana sahaja di dalam Kawasan sekolah, hendaklah menyerahkannya kepada mana-mana guru/Guru Bertugas / Pengawas/PenoIong Kanan HEM. Adalah menjadi kesalahan kepada murid yang menyimpan barang yang dijumpai tanpa kebenaran. Murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah serta menggunakan alat-alat yang mahal harganya. BARANG LARANGAN & KEHILANGAN BARANG
Tingkahlaku sopan dan berbudi bahasa. Menghormati guru, pengawas dan murid/kawan. Tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran. Tidak berkelakuan membahayakan diri dan kawan. Tidak ponteng kelas, sekolah, perhimpunan,kelas tambahan, kegiatan kokurikulum atau lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dilarang datang terlalu awal ke sekolah dan tidak berkeliaran di Kawasan sekolah. Tidak makan di luar waktu rehat yang ditetapkan dan sentiasa menghargai kepentingan masa. KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH Semua murid DILARANG berada di tempat-tempat berikut kecuali dengan dengan kebenaran guru/pihak berkuasa sekolah. Bilik-bilik darjah, stor sukan, bilik khas, makmal dan pondok keselamatan sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan selepas waktu balik. Pejabat sekolah, bilik guru serta kawasan sekitarnya. Tandas guru dan sekitarnya. Tandas murid lelaki bagi pelajar perempuan dan tandas pelajar perempuan bagi murid Ielaki. Kawasan letak kereta guru. Kantin sekolah jika bukan waktu rehat. Anjung Seri Menanti Dewan Terbuka (Padang Sekolah) Surau Siti AisHah Lain-lain tempat yang diumumkan dari semasa ke semasa. KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
Lembaga Pengawas adalah di bawah jagaan Guru Disiplin. Lembaga Pengawas bertanggungjawab dan berfungsi sebagai mata dan telinga pihak pentadbiran sekolah untuk mengekalkan disiplin yang baik. Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturan-peraturan disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid lain dalam segala bidang. Pengawas sebagai pemimpin kecil dalam kalangan murid dan menjadi penghubung antara murid dengan pihak pentadbir sekolah serta membantu guru-guru atau pihak sekolah dalam hal yang tertentu. Bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah dan hendaklah melaporkan kepada Guru Disiplin sebarang kejadian yang melanggar peraturan sekolah. Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan pelajar tetapi tidak boleh mengenakan sebarang hukuman kepada pelajar. Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. LEMBAGA PENGAWAS Mengambil atau menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani/ Permainan/ Sukan mestilah mendapat kebenaran guru dan tidak dibenarkan murid mengambilnya sendiri. Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani. Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi tanggungjawab kepada murid yang berkenaan. Murid perlu menyimpan semula peralatan sukan yang telah digunakan ke dalam stor sukan dalam keadaan baik dan teratur. Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama. Semua pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, dalam masa yang sama bekerjasama membenteras perbuatan memusnahkan harta benda sekolah. Jika sesuatU harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid/kumpulan murid terlibat dikehendaki mengganti/membayar harga barang tersebut. ALATAN SUKAN & HARTA BENDA SEKOLAH
Peraturan Penggunaan Buku Teks perlu diberi perhatian serius dan dipatuhi oleh pelajar yang meminjam buku teks. Semua Buku teks yang dipinjam oleh pelajar adalah hak kerajaan. Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku teks kepada pelajar yang layak menerimanya berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPBT KPM. Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku Teks SPBT dari pelajar jika : Berhenti atau tamat sekolah Pihak sekolah mendapati pelajar tersebut tidak layak Pelajar didapati cuai menjaga buku teks SPBT. Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. Murid diwajibkan menulis nama pada bahagian belakang buku teks dan menyampul/membalutnya dengan plastik pembalut buku jernih. Murid dilarang menulis sebarang catatan atau melukis /menconteng/mengotorkan buku teks kecuali menulis nama dan kelas di ruangan yang disediakan. Pindaan hakmilik yang telah ditetapkan dilarang kecuali mendapat kebenaran guru SPBT. Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas atau dimana-mana tempat lain. Buku Teks yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera guru kelas atau guru SPBT untUk tindakan selanjutnya. Pelajar yang terjumpa buku teks SPBT hendaklah mengembalikan kepada pelajar berkenaan atau Guru SPBT. Pelajar yang tidak memulangkan dan telah merosakkan buku teks mestilah membayar ganti rugi mengikut nilai buku dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak sekolah berhak menuntut daripada ibubapa/penjaga. Dan pelajar tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya. Murid yang berpindah masuk atau keluar hendaklah membawa bersama buku Teks tersebut. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Kesalahan disiplin tingkahlaku dibahagikan kepada LIMA bahagian yang utama iaitu: Tingkahlaku Jenayah Tingkahlaku Lucah Tingkahlaku Anti-Sosial Tingkahlaku Tidak Jujur dan Tingkahlaku Tidak sopan JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN KOD KATEGORI KESALAHAN
KOD KATEGORI KESALAHAN
BORANG PENGAKUAN GURU BESAR, SK TAMAN SERI PAGI, 74500 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan. Tanda tangan Pelajar : Nama : Saya sebagai Ibubapa/Penjaga maklum akan perkara yang tersebut di atas. Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga : Nama :