The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiq3688, 2020-10-26 06:25:29

ASAS KAWAD KAKI

ASAS KAWAD KAKI

PENGENALAN KAWAD KAKI

TUJUAN KAWAD

1. Untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib cergas
dan taat setia.

2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.

3. Huraian adalah seperti berikut:

a. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib didalam organisasi Jabatan
Bomba dan Penyelamat, Malaysia dan panduan tatatertib adalah berdasarkan
kawad-kawad yang diperbaiki berkali-kali. kebiasaannya apabila kejayaan tercapai
tidak kira dimana tempatnya maka upacara perbarisan akan dilaksanakan demi
kepentingan untuk menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga.

b. Apabila mengajar kawad kaki hendaklah menerangkan tujuan berkawad bukanlah
sebagai satu hukuman mendera, tetapi untuk membina tatatertib satu-satu kumpulan.

c. Kawad yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari diatas padang kawad
semata-mata dan kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja.

d. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya mempercayai diri
sendiri dan bertatatertib pada setiap masa. sekiranya berkelakuan tidak senonoh
dan buruk semasa rekrut atau selepasnya maka kejatuhan atau kekalahan akan
dialamai oleh pasukan itu.

1. Kawad kaki mengandungi 5 elemen:
 Kawad statik
 Kawad dinamik
 Kawad asas
 Kawad formasi
 Kawalan kehormatan

2. Elemen kawad kaki dibahagikan 3 tahap:
 Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik)
 Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi)
 Tahap 3 (kawalan kehormatan)

BAHASA
HUKUMAN
KAWAD
KAKI
PBSMM

1. Baris / Skuad.
2 Baris .Sedia.
3 KeKanan .Lurus.
4 Pandang. Depan .
5 Buka Barisan .Gerak .
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
11 Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
12 Skuad akan Menghadap keHadapan , Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .
15 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing.
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing .
17 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.

18 Skuad akan menghadap ke hadapan , ke belakang pusing.
19 langkah , kekanan gerak .
20 langkah , ke kiri gerak .
21 langkah , ke hadapan gerak .
22 langkah , ke belakang gerak .
23 Dari kiri , cepat jalan .
24 Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah ,dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga , kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan , kanan belok .
28 Dari kiri / kanan , kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga , kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing.
31 Hormat , ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil , hormat kehadapan hormat.
33 Hormat , kekanan hormat.
34 Hormat , kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan , perlahan jalan .
36 Tukar langkah masa jalan perlahan , tukar langkah . 3x
37 Bergerak kekanan/kiri , kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang... pusing.
38 Dari kiri / kanan , kanan belok.
39 Dari kiri / kanan , kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat , cepat jalan .
43 Skuad henti .
44 Hentakkaki
45 Skuad henti .
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah

Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)

Kawad Statik

1. Sedia

Hukumannya :

"Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki
kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat
dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan
tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu
tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama
rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ;
pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari
lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit
daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.

Gerakan 1 Gerakan 2

2. Senang diri

Hukuman :
"Senang ..................Diri"

Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan
sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan
letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang,
empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan
di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak
bergerak.
Kesalahan Biasa :
1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan;
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.

Gerakan 1 Gerakan 2

Kedudukan tangan yang betul

3. Rehatkan diri

Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"

Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam
satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki
tidak berubah.
Kesalahan biasa :
1. Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan
setakat pinggang ke atas sahaja.
Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.

Rehatkan diri

4. Masuk Baris

Arahan masuk baris :

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya
gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di
tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".

Hukuman :

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

Perbuatan :

Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan
kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil
tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara
satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang
dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

Kesalahan Biasa :

1. Datang berbaris tidak berlari

2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.

3. Bercakap-cakap;

4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.

5. Membetulkan barisan

Hukuman:

" Ke kanan ............ Lurus"

Perbuatan:

Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat
kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke
badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan;
melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu
anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah
belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan
atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1),
diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan
barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota
di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota -
anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman
pandang depan.

Hukuman :

"Luruskan ............ Barisan"

Perbuatan :

Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma
hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan.
Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam
masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota
hadapan.

Hadapan lurus
Ke kanan lurus

Pandang depan

Apabila semua ahli PBSM berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan kanan
ke paras bahu rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin
memberi arahan, ”Pandang depan!”. Semua ahli perlu memandang hadapan,
menjatuhkan tangan dan berdiri dengan keadaan sedia dan diam.
Hukuman:

”Baris! Pandang depan!”

Gerkan pandang depan

6. Berpusing ke kanan

Hukumannya :
”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90
darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat
hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki
kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-
dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki
kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1.Tangan tidak rapat ke badan
2.Hentak kaki tendang kuda.
3.Membongkok
4.Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah

Pusing ke kanan

7. Berpusing ke kiri

Hukumannya,
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90
darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat
hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki
kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua
lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri.
Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan
sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah

Pusing ke kiri

8. Menghadap kehadapan/ belakang

Hukumannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah
mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki
kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke
hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit
kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki
kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing

Pusing ke belakang

9. Keluar baris

Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke
paras lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga
langkah ke hadapan dan keluar dari barisan
Hukumannya:

”Keluar baris!”

10. Bersurai

Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri.
Hukumannya:

”Baris bersurai, bersurai!”

Gerakan bersurai


Click to View FlipBook Version