SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TAMBUNAN PETI SURAT 15, 89657 TAMBUNAN SABAH. KERTAS KERJA Dewan Masyarakat Tambunan Pewaris & Prasekolah SK Pekan Tambunan 09 Mei 2024 | 30 Syawal 1445H Khamis
1 1.0 TUJUAN Sambutan Hari Raya Kaamatan ini dilaksanakan dengan matlamat untuk membina, memupuk dan mengeratkan ikatan kekeluargaan dalam kalangan warga prasekolah, murid dan para ibu bapa serta penjaga prasekolah SK Pekan Tambunan. Dalam pada itu, program bersama ini adalah untuk mewujudkan ikatan harmoni yang terjalin daripada pelbagai kaum dan agama dengan kudrat ikhlas yang diberikan oleh komuniti prasekolah SK Pekan Tambunan. Sekali gus memberi impak positif kepada murid prasekolah dalam konteks perpaduan. Ini membantu membangunkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat bermula dari peringkat awal secara keseluruhannya. 2.0 OBJEKTIF • Memperkenalkan nilai-nilai agama dan budaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Membantu murid prasekolah mengenali adat istiadat dan tradisi yang diamalkan oleh kumpulan masyarakat yang berbeza. • Meningkatkan pemahaman dan toleransi dalam kalangan murid prasekolah dari pelbagai etnik dan agama. Murid prasekolah dapat belajar tentang cara merayakan Hari Raya dan Kaamatan dari kumpulan masyarakat yang berbeza. • Mendorong murid prasekolah untuk menghargai kepelbagaian budaya. Membantu murid prasekolah untuk memahami bahawa kepelbagaian budaya adalah sesuatu yang perlu dihargai dan dijaga. • Menjadi platform untuk murid prasekolah menunjukkan kreativiti dan kepintaran mereka, seperti melalui pertunjukan tarian atau nyanyian. Ini membantu meningkatkan keyakinan diri dan bakat yang ada pada diri murid prasekolah. • Membina hubungan yang baik antara murid, guru dan ibu bapa. Ini dapat membantu menciptakan lingkungan yang menyokong dan positif untuk pembelajaran dan perkembangan anak-anak. • Mencari dana untuk tabung Pewaris melalui acara Cabutan Nama Bertuah. Tabung ini digunakan untuk memenuhi keperluan program Pewaris bersama prasekolah pada masa akan datang.
2 3.0 LATAR BELAKANG Sambutan ini merupakan antara program tahunan prasekolah. Pogram ini juga merupakan usaha baik dalam merealisasikan hasrat negara iaitu membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati antara satu sama tanpa mengira kaum dan agama. 4.0 BUTIRAN PROGRAM Tarikh : 09 Mei 2024 (Khamis) Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari Tempat : Dewan Masyarakat Tambunan Sasaran : Semua murid, ibu bapa dan staf prasekolah Anggaran Peserta : 252 orang (120 orang murid, 120 orang ibu bapa & 12 orang guru dan PPM prasekolah) 5.0 KAEDAH PELAKSANAAN Dilaksanakan dalam bentuk majlis rasmi tidak formal dengan menjemput semua ibu bapa dan penjaga bersama merayakan sambutan dengan murid dan warga prasekolah. Majlis ini melibatkan acara makan bersama, persembahan murid dan ibu bapa, pertandingan busana serta acara cabutan nama bertuah.
3 6.0 TENTATIF PROGRAM Masa Perkara 8.30 Pagi - Ketibaan Murid Bersama Ibu Bapa - Ketibaan Tetamu Jemputan 9.00 Pagi - Ketibaan Perasmi 9.10 Pagi - Bacaan Doa - Ucapan Pengerusi - Ucapan Guru Besar - Ucapan Perasmi 9.40 Pagi - Gimik Perasmian (Pemberian Duit Raya) - Pemberian Duit Raya Kepada Semua Murid Prasekolah - Penyampaian Cenderahati Kepada Perasmi - Jamuan Makan - Persembahan Murid 1 - Cabutan Nama Bertuah 1 (10 Cabutan) - Tayangan Montaj Prasekolah - Cabutan Nama Bertuah 2 (10 Cabutan) - Persembahan Murid 2 - Cabutan Nama Bertuah 3 (10 Cabutan) - Persembahan Murid 3 - Cabutan Nama Bertuah 4 (10 Cabutan) - Persembahan Murid 4 - Penyampaian Hadiah Busana Terbaik (Hari Raya dan Kaamatan) - Cabutan Nama Bertuah 5 (10 Cabutan) - Sesi Bergambar - Sesi Karaoke Terbuka 1.00 Tengah Hari - Majlis Dijangka Selesai 7.0 JAWATANKUASA PROGRAM 7.1 Jawatankuasa Induk Penasihat : En. Raju Uddin bin Mohd Ajay Guru Besar SK Pekan Tambunan : Pn. Addrina Taguah Penolong Kanan Pentadbiran : Pn. Jubiniah Usok Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Pn. Alison Marie Blantocas Penolong Kanan Kokurikulum Pengerusi Pewaris : En. Mohd Rosazlan Shah bin Roslee Penyelaras Prasekolah : Pn. Mila binti Gondilah Setiausaha : Pn. Maribel Manuel Arrogancia Bendahari : Cik Nurhikmah Syakirah binti Selamat Penyelaras Program : Cik Nurhikmah Syakirah binti Selamat
4 7.2 Jawatankuasa Pelaksana Pengacara Majlis : Pn. Sarimah binti Udin : En. Velter Jailih Bacaan Doa : Ustaz Dr. Mohd Hatta bin Rosli Penyambut Tetamu dan Jemputan : Pn. Mila binti Gondilah : Pn. Maribel Manuel Arrogancia Publisiti dan Dokumentasi : Cik Nurhikmah Syakirah binti Selamat Cenderahati : Pn. Mila binti Gondilah : Cik Siti Hasmah binti Dali Cabutan Nama Bertuah : Pn. Connee binti Paison (Ketua) : Cik Siti Hasmah binti Dali : Pn. Priscila Jarumi : Cik Shaunnie Natalie Anthonius Pertandingan Busana : Pn. Mila binti Gondilah : Pn. Maribel Manuel Arrogancia Persembahan Murid dan Pewaris : Pn. Maribel Manuel Arrogancia Makanan dan Minuman Jamuan : Cik Nurhikmah Syakirah binti Selamat Penyediaan Makanan Murid : Cik Masrinah binti Asri (Ketua) : Pn. Ketrinika Ison : 5 orang Pewaris Penyediaan Jamuan Ibu bapa : Pn. Velaria Joseph (Ketua) : Pn. Irene Paturus : 15 orang Pewaris Penyediaan Jamuan VIP : Cik Nur Syafawani binti Ruzain (Ketua) : Cik Shaunnie Natalie Anthonius : 5 orang Pewaris
5 Penyediaan Tempat dan Pentas : Pn. Priscila Jarumi (Ketua) : Semua Guru dan PPM Prasekolah : 15 orang Pewaris Kebersihan dan Keselamatan : Pn. Irene Paturus (Ketua) : 15 orang Pewaris Jurugambar : 2 orang Pewaris Dana dan Sumbangan : Pn. Mila binti Gondilah : Pn. Maribel Manuel Arrogancia 7.3 Skop Tugas Jawatankuasa Program Rujuk Lampiran 8.0 PERALATAN PROGRAM Bil. Perkara Unit Penggunaan Sumber 1. Kerusi 250 Ruang Makan dan VIP Sewa 2. Meja Bulat 2 Jamuan VIP Sewa 3. Meja Panjang 2x6 10 Ruang Hidangan Sewa 4. Sistem Siar Raya 1 Majlis Sewa 5. Tempat Hidangan Makanan 5 Jamuan Sumbangan Pewaris 6. Serving dome 2 Jamuan VIP Sumbangan Pewaris 7. Jag Minuman Sejuk 1 Jamuan VIP Sumbangan Pewaris 8. Jag Minuman Panas 1 Jamuan VIP Sumbangan Pewaris 9. Bekas Nasi 1 Jamuan Sumbangan Pewaris
6 10. Periuk Nasi Gas Besar 2 Jamuan Sumbangan Pewaris 11. Gas 2 Masak Nasi Sumbangan Pewaris 12. Khemah 10x10 2 Ruang Memasak Nasi Sumbangan Pewaris 13. Alas Meja VIP 2 Jamuan VIP Sumbangan Prasekolah 14. Alas Meja Hidangan 10 Ruang Hidangan Sumbangan Prasekolah 9.0 SUSUN ATUR TEMPAT PROGRAM PENTAS RUANG DUDUK PEWARIS DAN MURID VIP TANDAS PEREMPUAN TANDAS LELAKI JAMUAN VIP PINTU UTAMA SISTEM SIAR RAYA RUANG HIDANGAN ASTAKA ASTAKA RUANG MEMASAK NASI KAWASAN PARKIR VIP KAWASAN PARKIR PEWARIS - Boleh juga parkir di Kompleks Sukan Tambunan PINTU PAGAR UTAMA
7 10.0 ANGGARAN KOS DAN SUMBER PERUNTUKAN 10.1 Anggaran perbelanjaan keseluruhan adalah sebanyak RM6,380.00. 10.2 Anggaran kutipan sumbangan daripada Pewaris adalah sebanyak RM3,000.00 (cadangan kutipan sumbangan RM25.00 untuk satu keluarga X 120 orang murid). Bil. Perkara Kos (RM) Sumber Kewangan 1. Katering Masakan 3 Lauk dan 1 Sayur 2300.00 Kutipan Sumbangan Pewaris 2. Minuman Pelbagai 250.00 Kutipan Sumbangan Pewaris 3. Kudapan / Pencuci Mulut 130.00 Kutipan Sumbangan Pewaris 4. Beras 20kg 80.00 Kutipan Sumbangan Pewaris 5. Linopot Tinosok 200.00 Kutipan Sumbangan Pewaris 6. Sewa Dewan 1000.00 Sumbangan Luar 7. Sewa Kerusi dan Meja 155.00 Sumbangan Luar 8. Sistem Siar Raya 400.00 Sumbangan Luar 9. Hadiah Cabutan Nama Bertuah 500.00 Sumbangan Luar 10. Hadiah Pertandingan Busana Terbaik (Hari Raya dan Kaamatan) 100.00 Sumbangan Luar 11. Duit Raya Murid Prasekolah 360.00 Kewangan Pewaris 12. Pinggan Mangkuk Sudu Garfu Cawan Pakai Buang 250.00 Kewangan Pewaris 13. Plastik Gulung 20.00 Kewangan Pewaris 14. Plastik Sampah 30.00 Kewangan Pewaris 15. Pita Keselamatan 20.00 Kewangan Pewaris 16. Gelang Getah (Rubber Band) 5.00 Kewangan Pewaris 17. Tempahan Makanan Murid 480.00 Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) 18. Minuman Kotak Murid 120.00 Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) Jumlah (RM) 6,380.00
8 11.0 FAEDAH / OUTCOME • Mengeratkan hubungan silahturahim antara ibu bapa dengan warga sekolah. • Meningkatkan keupayaan sosial dan kemahiran komunikasi. • Meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan. • Membangunkan hubungan emosi yang positif antara murid dan guru. • Menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan warga sekolah. • Menambah dana tabung Pewaris Prasekolah SK Pekan Tambunan. 12.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, program Sambutan Hari Raya Kaamatan Prasekolah SK Pekan Tambunan yang akan dijalankan bersama-sama ibu bapa dan murid dapat memberikan kesan yang bermakna dan kebaikan kepada semua pihak. Dengan memanfaatkan potensi yang ada dalam program ini, ia dapat membantu meningkatkan hubungan sosial, kepercayaan diri dan kemahiran komunikasi dalam kalangan warga prasekolah dan komuniti serta memupuk perpaduan dan sosial dalam kalangan masyarakat kita.
9 LAMPIRAN Skop Tugas Jawatankuasa Program Jawatankuasa Skop Tugas Tindakan Pengerusi Pewaris - Membantu menyediakan jawatankuasa program dalam kalangan ibu bapa dan penjaga. En. Mohd Rosazlan Shah bin Roslee Penyelaras Prasekolah - Memastikan kelancaran majlis dari sudut hadapan. Pn. Mila binti Gondilah Setiausaha - Menyediakan surat tempahan dewan. - Menyediakan surat makluman majlis kepada ibu bapa dan penjaga. - Menyediakan surat memohon dana dan sumbangan. Pn. Maribel Manuel Arrogancia Bendahari - Mengumpul kutipan sumbangan. - Mencatat rekod penggunaan. - Membeli keperluan majlis. Cik Nurhikmah Syakirah binti Selamat Penyelaras Program - Menyediakan kertas kerja program. - Memastikan kelancaran majlis dalam semua aspek. - Menghasilkan laporan eksekutif program yang telah dijalankan. Cik Nurhikmah Syakirah binti Selamat Pengacara Majlis - Membuka dan menutup majlis. - Mengendalikan majlis. - Menjaga masa dan suasana majlis. Pn. Sarimah binti Udin En. Velter Jailih Bacaan Doa - Mengetuai dan memimpin bacaan doa majlis. Ustaz Dr. Mohd Hatta bin Rosli Penyambut Tetamu dan Jemputan - Menyediakan parkir khas untuk jemputan khas. - Menyambut kedatangan tetamu dan jemputan. Pn. Mila binti Gondilah Pn. Maribel Manuel Arrogancia Publisiti dan Dokumentasi - Menyediakan poster, buku dan banner program. - Menghebahkan program. Cik Nurhikmah Syakirah binti Selamat Cenderahati - Menyediakan cenderahati. - Pengiring semasa penyampaian cenderahati. Pn. Mila binti Gondilah Cik Siti Hasmah binti Dali Cabutan Nama Bertuah - Menyediakan dan menjual tiket. - Menyediakan hadiah cabutan nama bertuah. - Mengendalikan acara cabutan nama bertuah semasa majlis. - Menyediakan laporan kewangan. - Menyediakan senarai penerima bertuah. Pn. Connee binti Paison (Ketua) Cik Siti Hasmah binti Dali Pn. Priscila Jarumi Cik Shaunnie Natalie Anthonius Cik Nur Syafawani binti Ruzain Cik Masrinah binti Asri Pn. Ketrinika Ison Pertandingan Busana - Menyediakan hadiah pertandingan. - Menyediakan borang pemarkahan pertandingan. - Memilih hakim pertandingan. Pn. Mila binti Gondilah Pn. Maribel Manuel Arrogancia Persembahan Murid dan Pewaris - Memilih murid untuk melakukan persembahan. Pn. Maribel Manuel Arrogancia
10 - Memilih ibu bapa atau penjaga untuk menyampaikan persembahan nyanyian. - Memastikan persembahan berjalan dengan lancar. Makanan dan Minuman Jamuan - Melaksanakan tinjauan pemilihan menu jamuan. - Menempah makanan dan minuman. Cik Nurhikmah Syakirah binti Selamat Penyediaan Makanan Murid - Memastikan makanan murid mencukupi. - Memastikan murid telah mendapatkan makanan. Cik Masrinah binti Asri (Ketua) Pn. Ketrinika Ison 5 orang Pewaris Penyediaan Jamuan Ibu Bapa - Memasak nasi. - Memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang majlis. - Memastikan bekalan alatan makanan pakai buang mencukupi sepanjang majlis. Pn. Velaria Joseph (Ketua) Pn. Irene Paturus 15 orang Pewaris Penyediaan Jamuan VIP - Menyediakan ruang hidangan VIP. - Memastikan bekalan makanan VIP mencukupi. Cik Nur Syafawani binti Ruzain (Ketua) Cik Shaunnie Natalie Anthonius 5 orang Pewaris Penyediaan Tempat dan Pentas - Menghias pentas. - Menyediakan tempat program mengikut susunan yang betul dan sesuai mengikut keadaan. Pn. Priscila Jarumi (Ketua) Semua guru dan PPM prasekolah 15 orang Pewaris Kebersihan dan Keselamatan - Menyediakan tempat pembuangan sampah. - Memasang pita keselamatan di kawasan larangan. - Mengemas dan membersihkan tempat program sebelum dan selepas. - Keselamatan dan kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Pn. Irene Paturus (Ketua) Semua guru dan PPM prasekolah 15 orang Pewaris Jurugambar - Mengambil gambar sepanjang program. - Menghantar salinan lembut (softcopy) gambar-gambar sepanjang program dalam group WhatsApp Pewaris. 2 orang Pewaris Dana dan Sumbangan - Mencari sumber dana dan sumbangan yang berpotensi. - Menghantar surat memohon sumbangan kepada pihak yang tertentu. Pn. Mila binti Gondilah Pn. Maribel Manuel Arrogancia
11 Disediakan oleh, Disokong oleh, (NURHIKMAH SYAKIRAH BINTI SELAMAT) (MILA BINTI GONDILAH) Penyelaras Program Hari Raya Kaamatan Penyelaras Prasekolah Prasekolah SK Pekan Tambunan SK Pekan Tambunan Disemak oleh, Disahkan oleh, (JUBINIAH USOK) (RAJU UDDIN BIN MOHD AJAY) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar SK Pekan Tambunan SK Pekan Tambunan