The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Menengah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niknorismihandaud, 2021-10-22 00:29:54

Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Menengah

Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Menengah

UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) 42

c) Setelah sesuatu bahan selesai digunakan, pengguna
menguna semula bahan tersebut (Reuse) menjadi
kegunaan lain. Contohnya mengguna semula botol air
menjadi bekas letak pensil. Oleh itu, jangka hayat
botol air tersebut dapat dipanjangkan dan dapat
mengelakkan ia daripada terus dilupuskan.

d) Sekiranya sesuatu bahan itu dapat diolah menjadi
sesuatu yang sangat menarik mengikut kreativiti,
ia mungkin boleh dikomersialkan dan diedarkan untuk
jualan. Contohnya membuat kraf daripada barangan
kitar semula.

e) Sekiranya sesuatu bahan itu sudah tidak lagi dapat
digunakan semula, barulah ia boleh dilupuskan mengikut
jenis sisa. Sisa yang boleh dikitar semula perlu
dimasukkanke dalam tong kitar semula untuk dikitar
semula manakala sisa yang tidak boleh dikitar
semula akan dilupuskan. Sisa makanan pula boleh
dijadikan baja melalui proses pengkomposan.

f) Sesetengah sisa pepejal akan melalui rawatan
perantaraan seperti (Material Recovery Facility) (MRF)
dan insinerator sebelum dilupuskan. Hal ini dapat
mengurangkan jisim sisa pepejal tersebut sebelum
dilupuskan di tapak pelupusan.

g) Sisa kitar semula pula akan dibawa ke kilang pemprosesan

untuk menghasilkan sumber baharu.

h) Penggunaan sumber baharu daripada bahan kitar semula

ini dalam proses pembuatan akan menjimatkan

penggunaan sumber asli yang semakin berkurangan.

Ini akan menjamin kemampanan penggunaan sumber-

sumber asli kita yang sangat bernilai.



i) Manakala proses pembuatan yang mengaplikasi konsep

pengurangan dalam proses penghasilan akan

mengurangkan penggunaan sumber asli serta

mengurangkan penghasilan bahan yang tidak

diperlukan seterusnya akan mengurangkan

kebergantungan terhadap sumber asli.



Pengurusan sisa pepejal yang mampan ini banyak

manfaatnya kepada alam sekitar. Ia dapat

mengurangkan pencemaran alam sekitar

seperti pencemaran air, udara dan tanah serta

mengelakkan penyebaran penyakit berbahaya.

Penggunaan tanah bagi tujuan pelupusan dapat

dikurangkan melalui proses 3R dan seterusnya

dapat mengurangkan pelepasan gas karbon.

43

UNIT 3 :
RAWATAN
SISA PEPEJAL

UNIT 3 : RAWATAN SISA PEPEJAL 44


3.0 RAWATAN SISA PEPEJAL

Kaedah rawatan sisa pepejal merupakan kesinambungan daripada
pendekatan pengurusan sisa pepejal secara 3R yang telah digariskan
dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Kaedah rawatan
perantaraan diperkenal bagi memastikan sisa pepejal yang tidak
dapat dikitar semula, dirawat dahulu sebelum dilepaskan ke persekitaran
atau dilupuskan di tapak pelupusan.

3.1 Rawatan sisa makanan



Foto Google



Menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa

Pepejal Negara (JPSPN) pada tahun 2012, sisa makanan merupakan

sisa yang paling banyak dijana di Malaysia, iaitu sebanyak lebih kurang

31% hingga 45% daripada jumlah keseluruhan sisa yang dijanakan

setiap hari.



Rajah 6: Pecahan komposisi sisa pepejal mengikut jenis.

Di samping itu, pereputan dan penguraian sisa makanan
akibat aktiviti pelupusan yang tidak terkawal di tapak pelupusan
adalah merupakan antara punca pembebasan Gas Rumah Hijau
ke ruang atmosfera.

45 UNIT 3 : RAWATAN SISA PEPEJAL

Justeru, bagi mengelakkan kesan buruk ini terus berlaku, sisa makanan
boleh dirawat dengan beberapa kaedah seperti berikut:


Teknologi Pilihan Rawatan Penghasilan
Pengkomposan
In-vessel composting machines; Kompos
pengkomposan jenis takakura, (Penyubur tanah)

vermikompos dan lain-lain

Biogas Anaerobic digester Tenaga/Baja cecair
(Penguraian sisa organik tanpa

oksigen)

Jadual 7: Senarai teknologi bagi merawat sisa pepejal organik.



3.1.1 Pengkomposan Konvensional
Pengkomposan Takakura Home Method

Foto Google



Menggunakan teknik komposting Takakura, sisa organik

diuraikan oleh mikroorganisma yang telah dibiakkan daripada

bahan-bahan yang mudah didapati di persekitaran.

Kaedah ini melibatkan penyediaan benih kompos dari larutan

penapaian dan fermenting bed. Sisa organik dicampur

bersama benih kompos dan dibiarkan untuk diuraikan dalam

bekas yang berongga.

UNIT 3 : RAWATAN SISA PEPEJAL 46


Vermikompos

Foto Google

Baja vermikompos dihasilkan melalui kaedah bioteknologi iaitu

menggabungkan peranan cacing kompos (African

Nightcrawler) dan mikroorganisma pengurai bagi menukarkan

bahan buangan organik menjadi vermikompos.

Kaedah Bokashi

Foto Google



Kompos teknik Bokashi ini menggunakan sekumpulan bakteria

anaerobik yang dipanggil effective microorganism (EM).

Ia berupaya meningkatkan aktiviti penguraikan nutrien dalam

baja kompos, merawat tanah dan menyuburkan tanaman.

47 UNIT 3 : RAWATAN SISA PEPEJAL

3.1.2 Mesin Pengkomposan Mekanikal





Mesin Kompos Mekanikal merupakan kaedah pengkomposan

sisa makanan menggunakan mesin yang dijalankan secara

automatik dan boleh menghasilkan kompos dalam tempoh

24 jam hingga 48 jam berbanding kaedah konvensional

yang menghasilkan kompos dalam tempoh 2 minggu.



3.1.3 Anaerobic Digester (Pengurai Anaerobik)

Foto Google

Anaerobic digester (Pengurai Anaerobik) merupakan teknologi

rawatan sisa organik yang menggunakan kaedah penguraian

biologi di mana mikroorganisma menguraikan bahan yang

boleh dibiodegradasi tanpa kehadiran oksigen. Salah satu

hasil akhir adalah biogas yang mana boleh dibakar untuk

menjana tenaga elektrik dan haba atau boleh diproses

menjadi gas asli atau gas pengangkutan yang boleh

diperbaharui.

UNIT 3 : RAWATAN SISA PEPEJAL 48

3.2 Loji Rawatan Termal (Insinerator)





Loji rawatan termal merupakan loji pegun atau bergerak di mana

sisa pepejal terkawal diolah dalam keadaan terkawal melalui

penunuan pembakaran besar-besaran, pengegasan, teknologi

plasma, pirolisis atau cara pengolahan yang lain di bawah suhu

terkawal atau tekanan atmosfera.

49 UNIT 3 : RAWATAN SISA PEPEJAL


3.2.1 Kompos sisa makanan

Objektif : Mengaplikasikan kaedah rawatan sisa
makanan menerusi kaedah pengkomposan
untuk menghasilkan kompos yang baik.

Aktiviti : Menyediakan kompos daripada sisa makanan

yang terdapat di sekolah.

Peralatan : Peralatan yang diperlukan bagi kaedah
kompos yang telah dipilih.

K aeda h : 1) Guru dan ahli kelab mengadakan
P elaksa naan perbincangan bagi menentukan
kaedah kompos yang paling sesuai
untuk digunakan dengan mengambil
kira beberapa keperluan seperti
berikut:

- tempat yang sesuai (agak jauh
daripada kawasan perhimpunan
/kelas).

- kos-kos yang terlibat.

- persetujuan untuk mendapatkan
sisa makanan daripada kantin.

- kelulusan daripada pihak
pentadbiran sekolah.

2) Setelah memilih kaedah kompos yang
sesuai, guru dan murid melaksanakan
kaedah pengkomposan tersebut.
Pengisian sisa makanan ke dalam
kompos dilaksanakan secara berjadual
dan bergilir-gilir.

3) Pemantauan penghasilan kompos
dijalankan dari semasa ke semasa
dan hasil kompos bolehlah disemai
di Taman Lestari mahupun tanaman
hiasan sekitar sekolah.

50

UNIT 4 :
‘SEKOLAH
SISA SIFAR’

51 UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR


4.0 SEKOLAH SISA SIFAR

‘Sekolah Sisa Sifar’ merupakan inisiatif Kelab Kitar Semula bersama-
sama seluruh warga sekolah bagi menjadikan kawasan sekolah
sebagai kawasan yang bersih, indah dan sejahtera. Program
ini dinamakan ‘Sekolah Sisa Sifar’ adalah bagi menjelaskan
antara matlamat utamanya iaitu meminimakan penjanaan sisa
pepejal yang dihasilkan oleh pihak sekolah.

4.1 Objektif

Antara objektif utama ‘Projek Sekolah Sisa Sifar’ adalah:

a. Meminimumkan penjanaan sisa pepejal yang dihasilkan oleh

sekolah;

b. Menerapkan nilai cintakan kebersihan dalam diri murid dan guru;

c. Menggalakkan penyertaan semua murid dan guru dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti 3R dan penjagaan kebersihan
persekitaran; dan

d. Meningkatkan kesedaran murid dan guru berkaitan amalan 3R

dan penjagaan kebersihan persekitaran.

4.2 Aktiviti-aktiviti

Secara umumnya, guru dan ahli kelab bebas untuk menentukan
aktiviti-aktiviti berbentuk kesedaran dan penerapan elemen
Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula dalam pengurusan
sisa pepejal di sekolah dengan mendapat kebenaran dan kelulusan
pelaksanaannya daripada pihak sekolah terlebih dahulu. Antara
cadangan aktiviti yang boleh dilakukan adalah:

Ikrar Pelajar

Ikrar pelajar melambangkan
komitmen yang jitu terhadap
program-program 3R yang
dilaksanakan di sekolah.

UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR 52



Lafaz ikrar merupakan aku janji murid bagi menjelaskan komitmen

yang tiada berbelah bahagi untuk bersama-sama bertanggungjawab

menjaga kebersihan kawasan sekolah. Ikrar murid ini boleh

dilafazkan ketika perhimpunan atau pun sebagai salah satu pengisian

sempena Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah. Ahli kelab

dan guru pembimbing boleh bersama-sama berbincang untuk

memikirkan teks ikrar yang sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai.

Berikut merupakan contoh teks ikrar murid.

IKRAR SEKOLAH SISA SIFAR

Bahawasanya kami, murid Sekolah………………………………… dengan ini berikrar
dan berjanji akan berganding bahu bagi berusaha menjadikan sekolah kami sebagai
Sekolah Sisa Sifar. Ke arah itu, kami:

• Bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekolah;

• Sentiasa mengamalkan amalan pengurangan sisa pepejal untuk
meminimumkan penjanaan sisa pepejal;

• Mengguna semula barangan kami yang masih elok dan mengelakkan
pembaziran;

• Mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula yang dijalankan; dan

• Menghargai dan menghormati usaha setiap murid, guru dan kakitangan
sekolah yang menjaga kebersihan sekolah.

Audit Sisa Pepejal

Pengauditan sisa pepejal di sekolah memberi peluang kepada murid
untuk mengetahui jenis dan jumlah sisa pepejal yang
dijana di persekitaran sekolah dan seterusnya dapat mewujudkan
strategi pengurusan sisa yang lestari di sekolah.

Berikut merupakan langkah dalam melaksanakan Audit Sisa Pepejal:

a) Bahagikan kumpulan dan tentukan masa untuk membuat audit

sisa pepejal;

b) Sediakan peralatan. Peralatan seperti beg plastik sampah,

sarung tangan dan pengepit sampah bagi memastikan

keselamatan ketika mengadakan proses audit;

53 UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR





c) Semak tong sampah dengan menaburkan sampah di atas beg
plastik yang besar dan jalankan audit secara pemerhatian
(visual audit) ke dalam tong sampah bagi mengetahui
komposisi sisa pepejal yang dibuang. Ambil sisa
tersebut dan timbang berat sisa tersebut mengikut jenis dan
kirakan potensi kadar kitar semula seperti berikut:






HASIL PEMERHATIAN SISA PEPEJAL

Tempat: Kantin

Tarikh: 23 Jan 2018

Jumlah berat keseluruhan sisa pepejal: .....................kg

Senarai sisa pepejal yang terdapat dalam tong sampah:

1) Sisa Makanan ........................kg

2) Kertas ........................kg

3) Plastik .........................kg

4) Tin Aluminium ........................kg

5) Kotak Minuman ........................kg

6) Lain-lain (Nyatakan):

........................... .......................kg

........................... .......................kg

Jumlah berat sisa yang boleh dikitar semula: .....................kg

Pengiraan potensi kadar kitar semula adalah seperti berikut:


Berat Sisa yang boleh dikitar semula X 100
Berat keseluruhan sisa pepejal

UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR 54

d) Laporkan dapatan hasil

Hasil audit akan menentukan potensi kitar semula di sekolah.
Potensi kadar kitar semula bermaksud peratusan sisa kitar
semula yang berada dalam tong sampah. Jika potensi
kadar kitar semula adalah tinggi, ini bermakna sekolah telah
melakukan pembaziran sumber di mana banyak sisa yang
boleh dikitar semula masih tidak diasingkan dan selama
ini dibuang terus ke tapak pelupusan.

Peratusan sisa makanan yang tinggi menunjukkan sekolah perlu
melaksanakan pengkomposan terhadap sisa makanan
tersebut. Lakukan audit sisa pepejal di beberapa tempat
lain di kawasan sekolah dan dapatkan purata data agar
mendapat hasil yang lebih tepat.

Kelab Kitar Semula juga boleh mengwar-warkan hasil dapatan
audit untuk meningkatkan kesedaran guru, pelajar dan pihak
sekolah terhadap penjanaan sisa pepejal.

Bank Kitar Semula

Program Bank Kitar Semula di sekolah merupakan sebuah program

pendidikan berorientasikan aplikasi terhadap amalan kitar semula

yang dijalankan di sekolah. Program ini telah dilaksanakan bermula

sejak tahun 2013 melibatkan sekolah rendah dan menengah

seluruh semenanjung Malaysia. Tujuan utama program ini dilaksanakan

adalah bertujuan untuk membudayakan amalan kitar semula

dalam kalangan murid dan guru. Bagi melaksanakan bank kitar

semula, guru dan murid boleh rujuk kepada Carta Alir yang

telah disediakan.

Selain itu, program Bank Kitar Semula di sekolah juga dapat
membudayakan elemen keusahawanan pada pelajar selain mendidik
pelajar menjadi lebih arif dan berdaya saing dalam aktiviti
kitar semula/alam sekitar sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
membentuk pelajar yang aktif dan proaktif dalam pelbagai bidang.

Penglibatan aktif pelajar dalam
program Bank Kitar Semula
merupakan salah satu penanda
aras terhadap keberkesanan
aktiviti 3R di sekolah.

55 UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR


Taman Lestari

Taman Lestari adalah sebuah taman berkonsepkan 3R yang disuburkan

dengan dengan tumbuhan-tumbuhan organik dan peralatan-

peralatan yang diguna semula sebagai hiasan untuk menceriakan

persekitaran taman.

Foto SK Lembah jaya
Inisiatif Taman Lestari di SK Lembah Jaya.

Objektif Taman Lestari dibentuk adalah bagi mencapai matlamat
berikut:

a. Menerapkan nilai dan keazaman bagi menjadikan sekolah

sebagai kawasan lestari;



b. Membudayakan konsep 3R di sekolah;



c. Menerapkan amalan mengguna semula sisa pepejal secara

kreatif dan inovatif; dan

d. Mengaplikasi konsep pengurusan sisa lestari terhadap

pemuliharaan alam sekitar.

Antara konsep 3R yang boleh diaplikasi dalam Taman Lestari adalah:

a. Penanaman pokok-pokok sebagai usaha mengurangkan

pembebasan gas rumah hijau;

b. Rekacipta perkakasan seperti pasu, papan tanda dan meja

daripada bahan terbuang; dan

c. Pengayaan tanah (soil enhancement) oleh baja kompos yang

dihasilkan daripada sisa makanan.

UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR 56

Projek Upcycling

Upcycling, yang mengguna semula barangan terpakai secara
kreatif merupakan suatu aktiviti untuk mengubah rupa
bentuk atau fungsi sesuatu barangan yang telah diperlukan
lagi kepada barangan yang mempunyai nilai estetika atau fungsi
yang baharu dengan menambahkan elemen kreatif dan inovatif.

Projek upcycling tin susu kepada
pasu tumbuhan.

Kempen

Pihak kelab juga boleh menjemput agensi-agensi kerajaan, swasta
mahupun NGO untuk menyampaikan ceramah kesedaran serta
mengadakan kempen-kempen berkaitan 3R di sekolah.

Penerangan daripada pegawai Bahagian Pendidikan
Masyarakat SWCorp berkenaan amalan 3R.

57 UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR

Inisiatif Hijau

Memperkenalkan konsep Inisiatif Hijau dalam program-program
di peringkat sekolah. Selain membantu mengekalkan kelestarian
alam, program di peringkat sekolah yang mempunyai elemen
dan inisiatif hijau juga dapat memberi kesedaran secara langsung
kepada guru dan pelajar terhadap cara dan kaedah menangani
masalah pengurusan sampah semasa program-program di sekolah.

Antara program-program yang boleh mengambil inisiatif hijau ini
adalah Hari Guru, Hari Sukan Sekolah, Hari Kantin, Hari Bumi,
Sambutan Hari Merdeka dan pelbagai lagi sambutan yang
melibatkan penjanaansisa pepejal yang banyak di peringkat sekolah.

Berikut merupakan antara elemen-elemen inisiatif hijau yang boleh
diselitkan dalam program-program di sekolah:



a) Promosi dan pendidikan

Promosi dan pendidikan terhadap tatacara pembuangan
sampah yang baik dan juga pengasingan sisa kitar semula
daripada sisa baki adalah penting untuk mendidik pelajar,
guru dan pengunjung yang hadir ke sekolah. Promosi dan
pendidikan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti
penampalan poster, pengumuman oleh pengacara majlis dan
juga diwar-warkan dalam bentuk elektronik.

Penerangan berkaitan amalan pengurusan sisa pepejal yang
baik oleh SWCorp kepada pengunjung di tapak pameran.

UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR 58

b) Fasiliti Kitar Semula dan Pengkomposan

Penyediaan tong kitar semula adalah penting untuk
memudahkan para pengunjung meletakkan sisa kitar semula
yang telah diasingkan. Selain itu, bagi mengawal penjanaan
sisa makanan, pengkomposan juga boleh dilakukan di suatu
tempat yang lain. Hasil daripada sisa kitar semula boleh dijual
dan hasil kompos boleh digunakan dalam Taman Lestari.

Penyediaan tong kitar
semula memudahkan
pengunjung untuk
mengitar semula.


c) Sukarelawan 3R

Semangat kesukarelawan
dalam kalangan pelajar
wajar diterapkan.

Penglibatan sukarelawan 3R adalah salah satu usaha
terpenting bagi memastikan kelancaran inisiatif 3R dalam
program anjuran sekolah. Sukarelawan 3R boleh terdiri
daripada guru dan murid serta ahli PIBG yang
bertanggungjawab menyampaikan promosi dan pendidikan
secara terus dan bertanggungjawab menguruskan sisa
kitar semula dan sisa makanan.

59 UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR

PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari

LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH

MODUL KELAB KITAR SEMULA DI SEKOLAH

1| MAKLUMAT SEKOLAH

Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Nama Sekolah : ………………………………………………………………

Alamat Sekolah : ………………………………………………………………

………………………………………………………………

No. Telefon : ………………….. No. Faks : …………………..

E-mel Sekolah : …………………….. Bilangan Murid : …….. Orang

Nama Pengetua / : ………………………………………………………………
Guru Besar

2| MAKLUMAT KELAB KITAR SEMULA / ALAM SEKITAR / KELAB CHAMPION AKTIVITI
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R

Nama Kelab : ………………………………………………………………

Nama Guru : ………………………………………………………………
Penyelaras

E-mel Guru : ………………………………………………………………

No. Tel Guru : ………………………………………………………………

Bilangan Murid : ……… Orang
Menyertai Kelab

UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR 60

PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari

3| LAPORAN PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA

BIL BULAN JUMLAH KUTIPAN JUMLAH HASIL JUALAN
1 Januari (KG) (RM)

2 Februari

3 Mac

4 April

5 Mei

6 Jun

7 Julai

8 Ogos

JUMLAH KESELURUHAN

4| JUMLAH KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA

Jumlah Per Kapita = Jumlah Keseluruhan Barangan Kitar Semula (kg)
Jumlah Murid Sekolah

= ____________________________________________

= _______ kg Per Kapita

Nota: *Semua resit penjualan barangan kitar semula yang telah disahkan oleh Guru Besar / Pengetua
hendaklah dikemukakan menerusi Lampiran bersama-sama Laporan ini.

61 UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR

PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari

5| LAPORAN PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN 3R / KITAR SEMULA /
KESEDARAN AWAM SEPANJANG TAHUN 2017

BIL AKTIVITI / PROGRAM TARIKH CATATAN PEMBUKTIAN
(GAMBAR /
Contoh: LAPORAN

1 Taklimat Kitar Semula 14/1/2017 Sebanyak 2 sesi AKTIVITI)
kepada pelajar 20/2/2017 dijalankan
Seramai 20 Lampiran 1
2 Melaksanakan bengkel 21/3/2017 orang pelajar
kraftangan kitar semula terlibat Lampiran 2
Melibatkan
3 Melaksanakan program pengusaha Lampiran 3
kompos kantin dan 15
orang pelajar

Keterangan lengkap mengenai setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah disertakan
menerusi lampiran Folio Aktiviti Pembudayaan Amalan 3R / Program Kesedaran Awam.

UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR 62

PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari

6| INOVASI DARIPADA BARANGAN KITAR SEMULA (kosongkan jika tidak menyertai kategori ini)

Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Nama Sekolah : ………………………………………………………………………

Nama Kumpulan : ………………………………………………………………………

Nama Murid : 1)……………………………………………………………………

2)……………………………………………………………………

3)……………………………………………………………………

4)……………………………………………………………………

5)……………………………………………………………………

Nama Guru : ………………………………………………………………………
Penyelaras

Nama Produk : ………………………………………………………………………

Bahan Asas : 1)……………………………………………………………………

2)……………………………………………………………………

3)……………………………………………………………………

Keterangan lengkap mengenai cara pembuatan, kos, ciri-ciri dan fungsi hendaklah disertakan

menerusi lampiran Folio Inovasi Daripada Barangan Kitar Semula.

Perakuan dan Pengesahan:

Saya memperakui dan mengesahkan bahawa idea rekacipta ini adalah asli
dan tidak pernah dikomersialkan sebelum ini.

…………………………………………………………….

(Tandatangan berserta cop Guru Besar / Pengetua / Guru Penyelaras)

63 UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR

PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari

7| INISIATIF KOMPOS (kosongkan jika tidak menyertai kategori ini)

Nama Sekolah : ………………………………………………………………………

LAPORAN AKTIVITI KOMPOS

BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN

Contoh: 28/2/2017 Seramai 263 orang pelajar
24/3/2017 dari tahun 4, 5 dan 6 terlibat
1 Taklimat pengkomposan kepada 7/5/2017 dalam taklimat
murid tahun 4, 5 dan 6 Seramai 15 orang ahli kelab
terlibat dalam aktiviti kompos
2 Aktiviti kompos sempena Hari Bumi Seramai 20 orang pelajar
terlibat dalam aktiviti kompos
3 Aktiviti kompos sempena Sambutan sisa makanan yang terhasil
Hari Kantin dari sambutan Hari Kantin

JUMLAH SISA MAKANAN YANG DIKOMPOS DAN HASIL KOMPOS

BIL AKTIVITI JUMLAH JUMLAH KEGUNAAN HASIL
SISA KOMPOS KOMPOS
Contoh: TERHASIL
MAKANAN Digunakan dalam
1 Pengkomposan sisa makanan (kg) (kg) penanaman pokok di
sempena hari bumi.
5.2 3.4 landskap sekolah
2 Pengkomposan sisa makanan Dijual ketika sambutan
sempena Sambutan Hari Kantin 7.5 4.0 Hari Usahawan Muda

JUMLAH

Keterangan lengkap mengenai kaedah kompos, gambar aktiviti dan cara pengendalian
kompos hendaklah disertakan menerusi lampiran Folio Aktiviti Kompos.

Perakuan dan Pengesahan:

Saya memperakui dan mengesahkan bahawa maklumat seperti yang
dinyatakan di atas adalah benar.

……………………………………………….

(Tandatangan berserta cop Guru Besar / Pengetua / Guru Penyelaras)

UNIT 4 : SEKOLAH SISA SIFAR 64

PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari

8|PENGESAHAN GURU BESAR / PENGETUA

Saya dengan ini memperakui dan mengesahkan bahawa segala maklumat
yang telah diberikan adalah benar.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :
Tarikh :
Nama :
Cop :

Cop Sekolah :

65

UNIT 5 :
HARI
KITAR SEMULA

UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 66

5.0 HARI KITAR SEMULA

Hari Kitar Semula merupakan salah satu program yang boleh
dianjurkan oleh Kelab Kitar Semula bagi meningkatkan kesedaran
murid dan guru terhadap kepentingan mengurus sisa pepejal
secara mampan menerusi kaedah 3R iaitu pengurangan,
guna semula dan kitar semula. Selain itu, murid dan guru
juga didedahkan dengan inisiatif-inisiatif 3R di peringkat sekolah,
komuniti dan juga nasional.

5.1 Latar Belakang Hari Kitar Semula Kebangsaan

Hari Kitar Semula Kebangsaan merupakan satu inisiatif Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memupuk
kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengamalkan kitar
semula dan menguruskan sisa pepejal secara mampan.
Pihak Kerajaan telah menetapkan tarikh 11 November setiap tahun
sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan.

Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2017 di

Dataran Floria, Putrajaya.



Selain itu, bermula pada tahun 2018, Biro Kitar Semula Antarabangsa

(Bureau of International Recycling - BIR) telah memulakan

inisiatif di peringkat global dengan memperkenalkan 18 Mac 2018

sebagai Global Recycling Day bertujuan meningkatkan kesedaran

masyarakat di seluruh dunia mengenaike pentingan amalan

kitar semula.

67 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA



5.2 Objektif Sambutan Hari Kitar Semula

a) Hari Kitar Semula disambut bagi mempromosikan amalan

3R (Reduce, Reuse dan Recycle) ke arah meningkatkan

amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat;

b) Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai

bahaya dan ancaman kepada alam sekitar jika pengurusan

sisa pepejal yang baik melalui kitar semula tidak dilaksanakan;

dan

c) Membudayakan amalan 3R sebagai langkah penting dan

berkesan dalam pengurusan sisa pepejal demi manfaat

alam sekitar dan generasi akan datang.

5.3 Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kitar Semula juga boleh diperluas di peringkat sekolah.
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan
Hari Kitar Semula adalah bagi memupuk semangat cintakan
alam sekitar dan kebersihan dalam kalangan murid-murid dan
guru-guru sekolah serta meningatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R yang betul.

Selain itu, sambutan Hari Kitar Semula di Peringkat Sekolah boleh
menjadi platform yang baik untuk pihak pentadbiran sekolah,
guru-guru, murid-murid malahan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
serta pelbagai agensi kerajaan untuk sama-sama mendapatkan
pendedahan berkaitan kepentingan menjaga kebersihan dan
menguruskan sisa pepejal melalui pendekatan 3R.

UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 68


5.4 Cadangan Pengisian Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam sambutan Hari Kitar Semula
Peringkat Sekolah adalah:

Bacaan ikrar Aku Janji

Foto Google Pelajar membacakan ikrar
bagi menyokong usaha untuk
memastikan kebersihan di sekitar
sekolah terjaga.

Ikrar Aku Janji yang menekankan komitmen pelajar dan guru
terhadap inisiatif 3R di sekolah. Pihak sekolah boleh melantik
ketua murid atau wakil daripada kelab kitar semula untuk mengetuai
bacaan ikrar Aku Janji ini.

Murid dan guru juga boleh membina pohon ikrar (pledge tree) bagi
membenarkan murid dan guru menggantung atau menampal janji
dan harapan masing-masing sebagai lambang ikrar warga sekolah
dalam melaksanakan amalan 3R secara serius.

Pengiktirafan Adiwira 3R

Foto Google Pengiktirafan kepada para
pelajar yang menunjukkan
komiten yang tinggi dalam
mengamalkan 3R di sekolah.



Kelab boleh mencadangkan pengiktirafan Adiwira 3R kepada

ahli kelab yang berjaya menyelesaikan modul latihan kelab

kitar semula dalam sambutan Hari Kitar Semula yang akan disambut.

69 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA


Persembahan pentas berkaitan kebersihan dan amalan 3R

Foto Google Ahli kelab kitar semula
mempersembahkan bicara berirama
bertemakan kepentingan menjaga
kebersihan.

Persembahan pentas seperti sketsa, koir dan bicara berirama
boleh dilakukan oleh murid dengan bimbingan guru dengan
menggunakan barangan terpakai sebagai hiburan yang mempunyai
mesej murni berkaitan penjagaan alam sekitar dan amalan 3R.

Pameran dan ceramah

Aktiviti pameran merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik
minatmurid dan guru untuk lebih memahami berkenaan
program dan inisiatif yang telah dijalankan. Guru Pembimbing
Kelab Kitar Semula bersama ahli kelab boleh mempamerkan
keberhasilan Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ kepada pihak pentadbiran
sebagai tanda kejayaan terhadap inisiatif yang dilaksanakan.
Sepanjang pameran, ahli kelab kitar semula boleh
menunjukkan demonstrasi kaedah pengasingan sisa pepejal yang
betul dan pengkomposan.

Pengkongsian maklumat berkaitan
pembudayaan amalan 3R oleh
Pegawai Pendidikan Masyarakat
SWCorp.

UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 70

Pihak sekolah juga boleh mendapatkan kerjasama agensi kerajaan
dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berhampiran untuk
menjalankanaktiviti pameran. Ceramah berkaitan Pengurusan
Sisa Pepejal dan Amalan 3R juga boleh disampaikan oleh SWCorp.

Pertandingan

Foto SK Matang Jaya Pertandingan rekaan fesyen daripada
barangan terbuang.

Bagi memeriahkan sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah,

pihak kelab boleh mengadakan pelbagai aktiviti sampingan

seperti pertandingan pengumpulan barangan kitar semula terbanyak,

pertandingan reka cipta barangan terbuang, pertandingan fesyen

barangan terpakai, pertandingan upcycling dan pelbagai

aktiviti yang dapat menarik minat murid-murid untuk lebih memahami

amalan 3R.

Aktiviti Upcycling

Guru Pembimbing Kelab Kitar Semula bersama ahli kelab boleh

menjalankan aktiviti upcycling seperti menghasilkan beg daripada

baju terpakai, lampu meja daripada tin dan besi dan lain-lain

idea upcycling yang difikirkan sesuai. Pihak kelab boleh

mencadangkan agar murid dan guru membawa sendiri bahan

terpakai dari rumah bagi menunjukkan komitmen masing-masing

dalam mengurangkan bahan terbuang dengan menghasilkan produk

baharu. Pihak sekolah juga bekerjasama dengan agensi seperti

SWCorp atau NGO berkaitan.

Foto SK Taman Semarak Aktiviti Upcycling daripada sisa kitar
semula.

71 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA


5.5 Manfaat Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah

Berikut adalah faedah yang boleh didapati dalam sambutan Hari Kitar
Semula Peringkat Sekolah, antaranya :

a) sebagai platform untuk mengetengahkan aktiviti-aktiviti 3R yang

telah dijalankan oleh Kelab Kitar Semula seperti Bank Kitar

Semula, Sekolah Sisa Sifar, Kempen ‘Value Food No Waste’,

Waste Art/Upcycling dan Taman Lestari;

b) memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah

mengenai kepentingan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle)

terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;

c) meningkatkan tahap kesedaran murid dan warga sekolah
melalui pendidikan informal menerusi sambutan Hari Kitar
Semula Peringkat Sekolah;

d) memupuk dan mengukuhkan amalan 3R dalam kalangan

generasi muda seperti murid sekolah;

e) menerapkan minda kelas pertama kepada murid dan

warga sekolah dalam menjadikan amalan 3R sebagai budaya

dan amalan harian; dan

f) menggalakkan pembudayaan amalan 3R sebagai
langkah paling penting dan berkesan dalam
menguruskan sisa pepejal secara mampan demi generasi
akan datang.

72

UNIT 6 :
EKSPLORASI 3R

73 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA


6.0 Eksplorasi 3R

Eksplorasi 3R adalah untuk program yang dianjurkan oleh kelab kitar
semula bagi mendedahkan kepada ahli kelab berkenaan
dunia pengurusan sisa pepejal dan kebersihan persekitaran dan
hubungannya dengan amalan seharian di rumah dan di sekolah.

Program eksplorasi 3R boleh dilaksanakan melalui perkhemahan
bertemakan alam sekitar, bengkel upcycling, demonstrasi kompos,
serta sesi lawatan.

6.1 Objektif

a) Menggalakkan pelajar mencintai alam sekitar melalui

aktiviti 3R daripada bahan terbuang.

b) Melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan 3R dalam

kehidupan seharian.



c) Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan antara murid.

6.2 Aktiviti



Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh Kelab Kitar Semula

bagi program Eksplorasi 3R adalah seperti berikut:

Perkhemahan

Program perkhemahan adalah satu aktiviti yang dapat menarik
minat pelajar mengenal dan menghargai alam sekitar dengan
lebih dekat lagi. Kawasan-kawasan yang sesuai untuk
perkhemahan adalah di taman rekreasi, pantai dan tapak
perkhemahan yang mempunyai persekitaran yang bersih dan indah.



Foto Google

Program perkhemahan yang diadakan di luar kawasan sekolah
dapat memberi pengalaman baharu kepada ahli Kelab Kitar
Semula.

74

Perkhemahan

Eksplorasi 3R





ATUR CARA

JUMAAT

3.00 - 3.30 ptg PENDAFTARAN

3.30 - 4.00 ptg SESI ICE BREAKING

4.30 - 5.00 ptg SOLAT ASAR / MINUM PETANG / PEMASANGAN KHEMAH

5.00 - 6.30 ptg SESI ICE BREAKING (2)

6.30 - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB / KULIAH / SOLAT ISYAK

9.00 - 11.30 mlm LATIHAN DALAM KUMPULAN (1)

11.30 - 12.00 mlm MINUM MALAM

SABTU

5.00 - 7.00 pg SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH

7.00 - 8.30 pg SENAMAN DAN SARAPAN PAGI

8.30 - 10.00 pg LATIHAN DALAM KUMPULAN (2)

10.00 - 10.30 pg MINUM PAGI

10.30 - 1.00 t / hari LATIHAN DALAM KUMPULAN (3)

1.00 - 2.00 ptg MAKAN TENGAH HARI, SOLAT ZOHOR

2.00 - 4.30 ptg LATIHAN DALAM KUMPULAN (4)

4.30 - 5.00 ptg MINUM PETANG DAN SOLAT ASAR

5.00 - 6.30 ptg PERMAINAN TEAMBUILDING (1)

6.30 - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB, KULIAH & SOLAT ISYAK

9.00 - 11.30 mlm PERSEMBAHAN KUMPULAN

11.30 - 12.00 mlm MINUM MALAM


AHAD SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH



5.00 - 7.00 pg

7.00 - 8.30 pg SENAMAN DAN SARAPAN PAGI

8.30 - 10.00 pg PERMAINAN TEAMBUILDING (2) - 3R Explorace



10.00 - 10.30 pg MINUM PAGI

10.30 - 11.30 pg MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

11.30 - 12.30 t / hari RUMUSAN AKTIVITI

12.30 - 2.00 ptg MAKAN T/HARI / BERKEMAS / SOLAT ZOHOR
2.00 ptg PROGAM TAMAT DAN BERTOLAK BALIK

75 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA




Bengkel Upcycling

Bengkel Upcycling merupakan salah satu aktiviti yang dapat
meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan 3R menerusi proses
menambahkan nilai sesuatu barangan terbuang secara kreatif dan
inovatif. Pelajar juga dapat menimba ilmu dalam pelbagai
bidang kemahiran hidup seperti asas pertukangan.



Para pelajar sedang melaksanakan aktiviti upcycling daripada

kain terpakai.

Demontrasi Kompos

Bagi menghasilkan kompos yang baik, teknik kompos perlulah
diaplikasi dengan tepat. Pihak kelab boleh menganjurkan
program demontrasi kompos dan menjemput pihak SWCorp
atau mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam
bidang ini untuk menunjukkan cara penghasilan kompos yang baik.



Demonstrasi kompos bagi menjelaskan kefahaman
pelajar mengenai konsep rawatan sisa makanan.

UNIT 6 : EKSPLORASI 3R 76

Lawatan

Lawatan ke fasiliti pengurusan sisa pepejal bertujuan mendedahkan
kepada para pelajar keadaan sebenar proses pengurusan
sisa pepejal bersepadu yang dijalankan di Malaysia. Pelajar
dapat melihat sendiri bagaimana sisa pepejal tersebut diuruskan
dan hasil keluaran bagi sisa pepejal tersebut. Selain itu, pelajar
juga dapat didedahkan dengan peluang-peluang kerjaya yang
terdapat dalam sektor pengurusan sisa pepejal.

Antara kemudahan pengurusan sisa pepejal yang boleh dilawat
oleh ahli kelab kitar semula adalah:

a) Tapak Pelupusan Sanitari (Sanitary Landfill)

b) Tapak Pelupusan Lengai (Inert Landfill)

c) Stesen Pemindahan (Transfer Station)

d) Insinerator (Thermal Treatment Plant)

e) Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan (Material Recovery

Facility)



Kaedah Permohonan Lawatan ke Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal



Setiap lawatan ke fasiliti di bawah seliaan SWCorp hendaklah

mendapat kebenaran Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

(JPSPN) terlebih dahulu. Oleh itu, surat untuk mengadakan lawatan

sambil belajar dihantar terus kepada JPSPN seperti di alamat

di bawah:



Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)

Aras 23,24 dan 34,

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

No.51, Persiaran Perdana, Presint 4,

62100 Putrajaya.

Selain itu, bagi permohonan untuk mengadakan lawatan ke fasiliti
bukan di bawah seliaan SWCorp hendaklah berhubung terus
ke Operator Fasiliti tersebut atau melalui Pihak Berkuasa Tempatan.
Pihak kelab boleh menghubungi pegawai SWCorp di negeri
bagi mendapatkan pencerahan sama ada sesebuah fasiliti
itu di bawah SWCorp atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Glosari

Terma Maksud
Aerob
Anaerob Organisma yang dapat hidup hanya dengan adanya
Artistik oksigen dari udara.
Bersepadu
Biodegrasi Organisma yang tidak me­merlukan oksigen atmosfera
atau udara untuk hidup.
Biogas
Ekosistem Sangat indah (dikerjakan dan sebagainya dengan
perasaan kesenian)
Hierarki
Berkaitan erat (tidak terpisah-pisah), berjalin, bertahan erat
Humus (antara pelbagai unsurnya dan sebagainya).

Jejak karbon Proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti
sisa makanan, kertas, daun dan lain-lain secara semula jadi
Konvensional oleh mikroorganisma seperti bakteria.
Kos efektif
Gas yg dihasilkan melalui tindakan bakteria ke atas bahan
Lengai buangan organik, dan digunakan sebagai bahan api.

Sistem lingkungan hidup semula jadi yang terbentuk
sebagai hasil daripada tindakan yang menyaling
antara benda-benda hidup dengan persekitarannya.

Susunan atau kedudukan tinggi rendah (dalam organisasi,
masyarakat, dan sebagainya) berdasarkan taraf atau
kekuasaan.

Bahan organik pada lapisan tanah atas berwarna hitam yang
kaya dgn nutrien yang terhasil daripada tumbuhan dan
haiwan yang reput.

Jumlah emisi gas rumah kaca yang dilepaskan oleh
peribadi atau kelompok dalam melakukan kegiatannya
pada tempoh masa tertentu.

Berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan;
mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi.

Berkaitan dengan keberkesanan kos yang ditanggung –
lebih berkesan untuk kos tambahan sama atau rendah,
atau sama keberkesanan pada kos yang lebih rendah.

Tidak tangkas dalam melakukan sesuatu, tidak cergas,
tidak aktif.

Terma Maksud

Mampan Mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi
yang baik (bukan ekonomi, pembangunan dan sebagainya).

Mapan Tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum; mantap.
Sudah kukuh, stabil atau teguh (bukan kedudukan
dan sebagainya)

Nutrien Bahan berkhasiat atau zat dalam makanan yang
menggalakkan tumbesaran, memelihara perkembangan sel
dalam badan dan sebagainya.

Pegun Tidak bergerak, kaku

Pemanasan global Pertambahan suhu bumi akibat daripada kesan

rumah kaca yang menyebabkan anjakan

pola cuaca dan peleburan tukup ais kutub

Penapaian Tindak balas kimia yang melibatkan penguraian molekul
organik oleh sesuatu bahan seperti ragi (kulat, enzim)
menjadi bahan yg lebih ringkas

Pengkomposan Pemecahan jirim organik oleh mikroorganisma,
secara yang terkawal. Proses ini melibatkan
penguraian bahan buangan pejal menjadi hasil
yang stabil untuk digunakan dalam pertanian.

Pengolahan Perbuatan atau hal mengolah.

Petisyen Surat permohonan atau rayuan (biasanya ditandatangani
oleh sekumpulan orang kepada pihak berkuasa
untuk meminta sesuatu pertimbangan .

Pirolisis Pirolisis adalah haba penguraian bahan pada
suhu tinggi dalam suasana lengai. Ia melibatkan
perubahan komposisi kimia dan tidak boleh balik.

Sosioekonomi Berkaitan dengan atau melibatkan faktor kemasyarakatan
dan faktor ekonomi.

Tapak pelupusan Tempat atau kawasan di mana sisa dilupuskan dengan
selamat di sesuatu kemudahan penimbusan tanah
atau yang lain-lain kemudahan yang bergantung
kepada jenis dan ciri-ciri bahan sisa tersebut.

Teknologi plasma Teknologi plasma merupakan salah satu teknologi
yang dapat digunakan untuk mengatasi kekurangan
pada proses pengolahan limbah yang sudah ada.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku

Modul Latihan Kelab Kitar Semula Edisi Kemas Kini 2018.

80

81




Click to View FlipBook Version