KBAT : Apa kata mereka ???
KBAT…
Kau Buat….Aku
Tidur
KBAT….
hmmmm….
Kau Buat….
Aku Tiruuu….
KBAT : APA KATA ANDA ?
APA ITU KBAT
ELEMAN KBAT
CARA MENJAWAB SOALAN
KBAT
RUBRIK JAWAPAN KBAT
1 markah : Isi sahaja
Ada kata hubung
2 markah : isi dan huraian
sebab, akibat, contoh, dalil, kesan
3 markah: isi dan huraian lengkap
Justeru, oleh sebab itu, oleh yang demikian, dll
4 markah : Kesimpulan/rumusan/pengajaran
MEMIKAT MARKAH SOALAN
KBAT
Ayat pertama :SATU isi
Ayat kedua :Huraian
Ayat ketiga : Pelengkap huraian
Ayat keempat : Kesimpulan
Bincangkan peranan anggota
masyarakat untuk mencegah
perbuatan rasuah. ( 4markah)
Melaporkan rasuah yang berlaku
kepada pihak berkuasa kerana rasuah
boleh merosakkan negara. Kesannya
aktiviti rasuah dapat dibendung.
Kesimpulannya kita hendaklah bersifat
prihatin dengan persekitaran agar
kehidupan lebih harmoni.
Teori Darwin mengatakan bahawa
kejadian makhluk adalah berasal
daripada spesis beruk.
Bincangkan pernyataan di atas
dengan menghubungkait dengan
konsep sunnatullah.
( 4markah)
Kejadian manusia mengikut kehendak
dan ketentuan Allah kerana dia Maha
Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Kesannya, seseorang itu akan
menerima ketetapan Allah dengan hati
yang terbuka. kesimpulannya, kita
hendaklah yakin dengan Qadak dan
Qadarnya agar iman terpelihara.
"Makan pada siang hari di tempat
terbuka pada bulan Ramadan“
Kemukakan hujah anda bagi
mengatasi situasi berikut.
(4markah)
Menasihati pelakunya bahawa
perbuatannya itu adalah merupakan
kesalahan yang besar kerana ia seolah-
olah mempersendakan agama. Kesannya
maruah agama Islam akan terjaga.
Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa
meningkatkan keimanan dalam diri agar
tidak termasuk dalam golongan yang
mempersendakan agama.
“ marilah menuju kejayaan”
Bagaimanakah anda
mengaplikasikan penyataan di atas
dalam kehidupan harian?
( 4 markah)
Saya akan melakukan setiap kerja dengan
tekun supaya kejayaan dapat saya miliki
kerana hanya orang yang berusaha akan
berjaya, Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa
berusaha agar kejayaan menjadi milik kita
Cadangan isi : Saya akan :
* Menjadikan Islam sebagai cara hidup
* Beramal soleh / melakukan amalan
soleh - Berdakwah / mengajak rakan-
rakan melakukan perkara yang baik
* Belajar dengan bersungguh-sungguh /
berusaha menguasai ilmu dan kemahiran
* Berusaha mendalami ilmu agama
Persembahan 'silap mata' menjadi
kesukaan sebahagian masyarakat hari
ini. Bincangkan pandangan anda
terhadap isu ini.
( 4 markah)
Persembahan silap mata (magic) adalah
merupakan perkara yang dilarang kerana
ia mempunyai unsur syirik kepada Allah.
Kesannya ia boleh membawa kepada
rosaknya akidah umat islam.
Kesimpulannya kita hendaklah berhati-
hati dalam melakukan sesuatu supaya
tidak terjerumus kepada sesuatu yang
haram
Maksud : Ya Allah berkatilah umatku
pada awal pagi mereka
Huraikan hadis di atas dalam konteks
berdikari.
( 4markah )
Rasulullah menganjurkan umatnya supaya
memulakan kerja pada waktu pagi
kerana ia mengundang keberkatan.
Kesannya pekerjaan menjadi lebih maju.
Kesimpulannya kita hendaklah
bersungguh-sungguh dalam apa jua
pekerjaan agar kejayaan mudah dicapai.
”Kesan Tsunami ”
Kaitkan gambar di atas
dengan keimanan kepada
al-Muntaqim.
( 4 markah)
Manusia sering melakukan maksiat
kepada Allah kerana mengikut hawa
nafsu. Kesannya mereka terdedah
kepada kemurkaan dan bala bencana
daripada Allah. Kesimpulannya kita
hendaklah sentiasa bertaqwa kepada
Allah agar hidup diramati olehNya.
Keimanan kepada al-Jabbar
melahirkan rasa gerun untuk bersikap
sombong.
Kemukakan hujah anda untuk
menyokong pernyataan di atas.
( 4 markah )
Manusia akan menyedari kelemahan
diri mereka kerana hanya Allah yang
berkuasa secara mutlak. Kesannya
akan wujud sifat taqwa dalam diri
setiap manusia. Kesimpulannya, kita
hendaklah mengelakkan diri daripada
bersifat takbur agar terhindar daripada
kemurkaan Allah.
Masyarakat Malaysia ialah masyarakat
yang berbilang kaum, agama dan
kepercayaan. Bagaimanakah anda
memelihara iman dalam situasi ini?
( 4 markah )
Saya akan mempelajari ilmu akidah daripada
guru yang mahir kerana ilmu itu sangat
penting. Kesannya saya tidak tersasar dari
jalan yang benar. Kesimpulannya kita
hendaklah sentiasa mendalami ilmu agama
agar sentiasa dirahmati oleh Allah.
Ahmad pergi ke Mekah menunaikan
haji dengan membuat pembiayaan
peribadi. Kemukakan hujah anda
tentang situasi di atas.
Ahmad tidak sepatutnya membuat
pinjaman peribadi kerana ibadah
haji hanya wajib kepada individu
yang berkemampuan. kesannya
ahmad bebas dari dibebani hutang.
kesimpulannya kita hendaklah
sentiasa merancang kewangan
dengan baik agar kehidupan lebih
terjamin
Bagaimanakah ibadat korban dapat
memajukan ekonomi umat
Islam?Bincangkan ( 4markah)
Bidang penternakan menjadi semakin
maju kerana permintaan yang tinggi
terhadap binatang ternakan. Kesannya
banyak peluang pekerjaan dapat
dihasilkan. Kesimpulannya kita
hendaklah sentiasa memberikan
sumbangan kepada masyarakat agar
rezeki yang diperolehi mendapat
keberkatan.
Bagaimanakah ibadat korban dapat memajukan ekonomi umat
Islam?Bincangkan.
Cadangan isi :
-Membantu golongan penternak meningkatkan sumber
pendapatan
-Golongan yang berkemampuan dapat membersihkan hartanya
daripada hak orang lain
-Rezeki orang yang berkorban bertambah kerana mendapat
keberkatan daripada Allah SWT.
-Amalan menyimpan di bank sebagai persediaan ibadah
korban dapat membantu meningkatkan ekonomi apabila wang
tersebut dapat dilabur dalam kegiatan ekonomi pelbagai sektor.
Impaknya kualiti hidup golongan miskin dapat ditingkatkan
melalui bantuan yang disalurkan.
-Menggalakkan umat Islam menceburi bidang penternakan
yang berpotensi untuk maju kerana permintaan yang tinggi.
Hukum akikah merupakan sunat
muakkad. Tetapi terdapat ibu bapa
yang tidak mampu melaksanakannya
sehingga anak telah mencapai usia
baligh. Berikan pandangan anda
berkaitan dengan situasi di atas.
Tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat yang
diberikan kerana kurang penghayatan agama dalam
kehidupan. Kesannya, kurang keberkatan dalam hidup
berkeluarga. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa
menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas segala
nikmat yang diberi agar mendapat keredaan-Nya
Huraikan pandangan anda berdasarkan
pernyataan di atas. (4markah)
Jawapan 1
Pada pandangan saya , pemuda itu rugi RM5000 ditipu oleh penjual
kereta kerana dia tidak memahami syarat-syarat akad dalam
muamalat Islam iaitu hendaklah membayar duit RM5000.00 setelah
kereta diserahkan kepadanya. Sepatutnya dia memastikan kereta
itu wujud semasa akad berlaku dengan melihat kereta milik penjual
kereta terlebih dahulu. Perbuatan penjual kereta adalah berdosa
kerana mengambil duit secara batil (jalan salah). Kesimpulannya
kita hendaklah memahami konsep muamalat dalam Islam untuk
mengelak mangsa penipuan.
Jawapan 2
Mengelakkan urusan jual beli bagi barangan yang mahal secara
atas talian. Hal ini kerana, pembeli tidak dapat memastikan kualiti
sebenar barang yang dibeli. Kesannya barang yang diperolehi
kemungkinan tidak berbaloi dengan wang yang dibayar.
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa jujur dalam urusan jual beli
agar mendapat reda daripada Allah2.
CARA MEMBINA JAWAPAN KBAT
1. Mengenal pasti sesuatu soalan KBAT dengan
mengetahui KEHENDAK SOALAN
2. MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi
sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.
Contoh isi :
i. lemah iman
ii. kurang didikan agama
iii. terpengaruh dengan budaya
negatif
4. MEMBERI KESIMPULAN.
Kesimpulan yang diberi hendaklah
berkaitan dengan isi dan huraian.
Kesimpulan tidak boleh diambil
daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
Kesimpulan hendaklah menjelaskan
tentang cadangan anda terhadap
isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan
dalam bentuk ayat pengajaran.
Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita
mestilah...".
TIPS PEMBINAAN JAWAPAN
KBAT
Kaedah 1 : IKKS
Penyusunan jawapan berpandu kepada :
I – isi
K – kerana
K – kesan
S – kesimpulan
TAPAK KBAT: IKKS
........... (I)............... kerana
………………………. (H)
.......................................... Ini
menyebabkan ...............(HL -
kesan)....................... Kesimpulannya,
kita hendaklah ........................
(K)....................
KAKaedah 2 : I-CoKeK
Penyusunan jawapan berpandu kepada :
I – isi
Co – contoh
Ke – kesan
K – kesimpulan
Contoh soalan :
Negara Islam yang pertama di Madinah yang dipimpin oleh
Rasulullah SAW menjadi kuat dengan sokongan golongan Muhajirin,
Ansar dan Yahudi.
Sebagai anggota masyarakat, bagaimanakah kita boleh
menyumbang ke arah kekuatan dan kejayaan masyarakat majmuk
di Malaysia?
Keperluan Kaedah Contoh Jawapan
Jawapan
Isi Isi Menghormati adat dan budaya kaum
lain
Huraian Contoh Memenuhi jemputan daripada mereka
Huraian Kesan mengekalkan persefahaman dan
Lengkap kesepaduan antara kaum
Kesimpulan Kesimpulan Kesimpulannya, jika kita sentiasa bersatu-
padu masyarakat akan menjadi kuat