The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfazianizainun, 2022-11-12 04:20:04

FLIP ESEI PERCUBAAN SEM 3 2022 -NOV

FLIP ESEI PERCUBAAN SEM 3 2022 -NOV

ESEI PERSEDIAAN
PERCUBAAN

SEMESTER 3 2022

1 Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar luar yang prakmatik. Salah satu
matlamat dasar luar Malaysia ialah mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara. Huraikan

Pendahuluan: Dasar luar negara merupakan perhubungan antara negara Malaysia dengan negara lain.
Hubungan ini merupakan suatu tindakan yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berinteraksi
dengan sebuah negara lain sama ada dekat atau jauh. Terdapat beberapa matlamat Negara Malaysia
mengadakan hubungan luar.

Bil Idea/Isi Huraian

Matlamat Dasar Luar Malaysia

1. Mengekalkan kedaulatan • Perhubungan dengan negara luar akan mendedahkan
dan keselamatan negara identiti Negara kepada dunia luar.

(Idea wajib) • Mendapat pengiktirafan dari negara luar untuk mengadakan
hubungan dengan Malaysia kerana negara ini aman dan
damai.

• Hubungan luar yang erat dan saling menghormati dengan
negara lain meningkatkan persefahaman.

• Mengatasi ancaman musuh dengan menjalankan latihan
tentera bersama-sama negara serantau dan antarabangsa.

• Menyediakan negara dengan peralatan tentera berteknologi
tinggi.

2. Meningkatkan • Mengadakan kerjasama ekonomi dua hala.
pertumbuhan ekonomi
negara • Mengadakan perjanjian ekonomi untuk meningkatkan
eskport dan produktiviti seperti AFTA, FTA, EAEC dan ASEAN.

• Menambahkan sumber tenaga dari luar negara.

• Meningkatkan kemasukan pelabur asing dan meluaskan
pasaran.

• Menguntungkan negara.

• Menambahkan pendapatan negara

3. Membantu • Membolehkan budaya penduduk negara asing dipelajari.
pembangunan
sosiobudaya • Menguasai bahasa asing dapat meningkatkan hubungan
silaturahim dalam kalangan negara antarabangsa.

• Mengenal corak hidup masyarakat luar negara dan
menerapkannya dengan budaya tempatan jika sesuai seperti

bekerja dengan bersungguh-sungguh, berdisiplin dan cekap seperti
pekerja Jepun.

• Membawa manfaat kepada negara

4. Mewujudkan keamanan • Hubungan dengan luar negara membolehkan negara Malaysia
sejagat bekerjasama untuk menjaga keamanan bersama.

• Dapat menggunakan saluran yang sesuai untuk memberikan
pendapat tentang cara untuk mengekalkan keamanan negara.

• Mengadakan kerjasama dengan neara Asia Tenggara untuk
mengekalkan kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan
ZOPFAN.

• Kerjasama dengan PBB untuk menjadikan dunia ini aman
tanpa konflik perkauman dan ideologi

5. Memelihara Kepentingan • Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman atau
Nasional serangan dari luar.

• Malaysia merupakan negara kecil yang tiada mempunyai
kekuatan ketenteraan.

• Kebergantungan kepada perdagangan antarabangsa
memandangkan ekonomi Malaysia adalah berorientasikan
eksport.

6. Menghadapi • Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang
Perkembangan serta mementingan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran
cabaran Politik Serantau rakyat.
dan Antarabangsa
• Malaysia menentang keras kuasa besar menggugat atau
mengancam kestabilan dan keselamatan dunia.

• Malaysia memberi kerjasama dengan menyertai pelbagai
forum, di peringkat serantau dan antarabangsa untuk
menghindari pelbagai ancaman.

7. Memupuk Hubungan • Menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara

Baik Dengan Negara Luar
• Rundingan dilaksanakan bagi menyelesaikan permasalahan

yang berlaku.

• Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk
pelanggaran atau pencabulan oleh sesebuah negara ke atas
sesebuah negara yang lain.

• Mudah mendapat kerjasama dan mendapat bantuan daripada
negara luar

• Menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara
walaupun berlainan ideologi

Kesimpulan: Dasar luar merupakan salah satu perkara yg sangat penting dalam menentukan hala tuju
sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam mengambil sebarang
tindakan dalam konteks hubungan antarabangsa demi memastikan kepentingan negara terpelihara.

Skema: (1 + 4)

2 Hubungan bilateral Malaysia di peringkat antarabangsa dapat memajukan negara
dalam pelbagai bidang. Bincangkan

Pendahuluan: Hubungan baik dengan negara-negara luar dapat memberi manfaat kepada

Malaysia dalam pelbagai bidang.

Bil Isi/idea Huraian

1. Memajukan industri • Menggalakkan kedatangan pelancong asing

pelancongan negara. • Hubungan Malaysia dengan Korea Selatan telah menggalakkan

kedatangan pelancong Korea Selatan ke Malaysia. Jumlah

kedatangan pelancong asing semakin bertambah ekoran daripada

tambahan penerbangan udara yang dikendalikan oleh MAS dan

AirAsia iaitu seramai 330,000 orang pada tahun 2019.

• 870 keluarga Korea Selatan telah menyertai Program Malaysia

Rumah Keduaku.

• Polisi Pengeluaran Visa On Arrival (VOA) mendorong rakyat China

melancong ke Malaysia.

2. Kemajuan Dalam • Kerjasama dalam bidang Pendidikan tinggi memberi peluang

Pendidikan kepada pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

• Program berkembar yang dilaksanakan antara IPT tempatan

dengan IPT ternama antarabangsa meningkatkan lagi kualiti

Pendidikan tinggi negara.

• Hasil hubungan Malaysia dengan Australia, memberi peluang

kepada rakyat Malaysia menyambungkan pelajaran mereka di 3

buah universiti Australia iaitu Universiti Monash, Curtin dan

Swinburne.

• Terdapat seamai 25,000 orang pelajar Malaysia menuntut di sana.

3. Peningkatan dalam • Hubungan bilateral juga membuka peluang perdagangan yang luas

perdagangan di peringkat antarabangsa.

• Hubungan Malaysia dengan New Zealand dapat meningkatkan

perdagangan.

• Jumlah perdagangan meningkat dua kali ganda antara tahun 2015-

2019 dengan jumlah dagangan sebanyak RM10.05 billion.

• Malaysia berjaya mendapat pasaran baharu yang lebih luas.

4. Peningkatan • Kerjasama Malaysia dengan beberapa buah negara telah berjaya

keselamatan menjamin keselamatan kapal-kapal dagang negara di perairan

perairan antarabangsa.

antarabangsa • Malaysia merupakan anggota Pertubuhan Maritim antarabangsa

(IMO), melalui IMO Malaysia mendapat jaminan keselamatan bagi

kapal-kapal dagangan yang berada di perairan antarabangsa.

• Insiden rampasan kapal MT Bunga Melati 5 V pada tahun 2008

oleh lanun Somalia telah berjaya ditangani di Teluk Aden dengan

bantuan pemantauan satelit oleh USA.

5. Perkembangan • Hubungan dua hala membolehkan Malaysia mencapai kemajuan

dalam sektor tenaga dalam sektor tenaga.

• Bengkel Kerjasama Tenaga Malaysia dengan Republik Korea

membolehkan negara beralih ke arah industri bekalan elektrik

rendah karbon.

• Malaysia semakin maju dalam penerokaan sumber tenaga yang

boleh diperbaharui.

• Banyak syarikat negara China berminat melabur dalam sektor

tenaga diperbaharui.

• Elektrik yang dihasilkan dari sumber tenaga diperbaharui semula

jadi boleh dijual pada harga premium tetap.

6. Pertukaran • Malaysia mempunyai kerjasama serantau dan antarabangsa dalam

maklumat risikan bidang risikan.

• Agensi risikan antarabangsa seperti Nasional Intelgent

Coordinating Agency (MICA) dan Interpol sentiasa memberikan

maklumat pada negara tentang ancaman- ancaman keganasan.

• Maklumat-maklumat risikan digunakan oleh pihak berkuasa

negara dalam membuat persediaan bagi menghadapi sebarang

bentuk ancaman keganasan.

7. Penyelidikan dan • Beberapa buah universiti tempatan iaitu UiTM dan USM telah

pembangunan bekerjasama dengan universiti-universiti luar negara seperti dari

Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

• Antara kajian dan penyelidikan yang dilakukan ialah mengenai

perubahan cuaca dan masalah banjir di Malaysia

8. Kemajuan dalam • Hubungan bilateral membolehkan Malaysia meningkatkan

bidang pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang.

teknologi • Hasil usaha sama antara Malaysia dengan negara maju

meningkatkan Industri Pembuatan Negara.

• Industri Automatif Negara berkembang pesat hasil kerjasama

dengan beberapa buah syarikat automatif terkenal di dunia sepert

Mitsubishi dan Daihatsu.

• Kemahiran yang dimiliki oleh sesebuah negara maju boleh dikongsi

bersama-sama.

Kesimpulan: Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya hubungan bilateral dengan negara-
negara maju di dunia demi kemajuan dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu, kerajaan perlu
merangka dasar yang lebih jelas dan komprehensif supaya hubungan tersebut manfaat bukan
sahaja kepada negara bahkan juga kepada rakyat.
Skema: 5+0

3) Penularan wabak penyakit berjangkit akan menguji kesungguhan sesebuah negara untuk
membuat persediaan pengawalan, namun kegagalannya akan mendatangkan kesan negatif
kepada rakyat sesebuah negara. Bincangkan.
Skema: 2+3 / 3+2

Pendahuluan:
• Penyakit berlaku akibat transmisi agen penyakit @ produk toksinnya.

• Merebak melalui manusia, haiwan @ takungan yg bersifat infektif.

• Wabak penyakit berjangkit perlu pengawalan di peringkat awal bagi mencegah wabak ini dari
terus merebak. Kegagalan pengawalan secara global akan menyebabkan wabak terus
mengancam seluruh masyarakat dunia.

Bil. Idea Huraian

Persediaan Pengawalan Penularan Wabak Penyakit

• Penggunaan alat pengimbas suhu badan perlu

bagipemeriksaan saringan kesihatan.

• Pihak kastam dan imigresen perlu mengawal kemasukan

haiwan-haiwan import yang dikenalpasti punca wabak

Mengawal pintu penyakit berjangkit.

masuk • Pusat-pusat kuarantin perlu kepada mereka yang ada tanda-

1. sempadan negara tanda penyakit.

• Kerjasama antara negara untuk menyelaras maklumat

berkaitan penularan wabak penyakit berjangkit adalah

penting.

• Semua negara di peringkat antarabangsa perlu berusaha

secara bersama menyediakan vaksin dan ubat pelali untuk

pencegaran penularan wabak penyakit berjangkit.

Mengadakan • Negara yang kurang berpengetahuan harus mendapat

kerjasama bantuan pakar luar negara yang lebih maju bagi mengawal dan

2. antarabangsa mengetahui punca wabak penyakit menular.

• Kerajaan boleh mencegah rakyat Malaysia untuk melawat

negara-negara yang ada penularan wabak penyakit berjangkit

seperti di negara Amerika Selatan.

• Mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyat negara ini

agar tidak melawat negara-negara yang mempunyai risiko

Meningkatkan penularan wabak penyakit berjangkit.

kawalan pintu keluar • Menggalakkan rakyat mendapat rawatan sebelum dan selepas

3. negara. pulang dari luar negara.

• Tindakan kawalan ini untuk mengenalpasti, merawat dan

menghalang proses penyakit dan rebakan.

• Pemberian imunisasi kepada rakyat dapat menghindarkan

mereka daripada mudah dijangkiti wabak penyakit berjangkit.

• Contohnya, pemberian vaksin kepada bayi yang baru lahir

dapat mengelakkan mereka mendapat serangan penyakit

berjangkit sejak dari kecil lagi.

• Saringan penyakit melalui pemeriksaan berkala.

• Menghapuskan punca / penyebab jangkitan melalui intervensi

Program pencegahan yang bersesuaian.

dan • Memantau (monitor) penyakit melalui kaedah epidemiologi

4. pengawalan. yang sistematik

• Meningkatkan kesedaran melalui aktiviti promosi kesihatan.

• Contohnya, ramai ibu bapa tidak sedar tentang virus HFMD

yang mudah merebak melalui sentuhan dan persekitaran yang

tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

• Kempen/program mengenai kesedaran tentang punca,

langkah mengawal dan kesan penyakit berjangkit perlu

didedahkan agar dapat mengurangkan kes jangkitan daripada

berlaku.

Program Pendidikan• Kempen boleh diadakan di sesebuah kawasan penduduk atau

5 kesihatan melalui media massa.

Kesan Negatif Penularan Wabak Penyakit Kepada Rakyat Sesebuah Negara.

• Penularan wabak penyakit berjangkit juga boleh

menyebabkan penderitaan kepada penduduk sesebuah

negara dan menjejaskan kesihatan secara keseluruhan.

• Misalnya, Virus Zika yang berlaku di Brazil telahmenyebabkan

ramai kaum ibu di Brazil yang melahirkananak-anak yang cacat

anggota badan kesan daripada virus Zika

Menjejaskan • Selain itu, wabak HFMD yang melibatkan lebih 1000 kanak-

6. kesihatan rakyat kanak di negara ini diserang penyakit tersebut.

• Virus yang merebak boleh menyebabkan kadar kematian

meningkat seperti yang berlaku di Afrika Selatan dan negara

sekitarnya.

• Benua Afrika pernah Menggemparkan dunia dengan

penularan wabak penyakit berjangkit Ebola yang banyak

meragut nyawa manusia yang tidak berdosa.

• Wabak penyakit berjangkit yang serius jika lambat dikesan

boleh menyebabkan kematian.

• Contohnya, penyakit kencing tikus yang menyebabkan pesakit

Menyebabkan tidak sedar bahawa mereka telah dijangkiti kerana menyangka

7. kematian hanya demam biasa sahaja.

• Penyakit tersebut hanya memerlukan masa kurang dua

minggu untuk merebak ke otak justeru menyebabkan otak

tidak dapat berfungsi dan menyebabkan kematian.

• Penularan wabak penyakit berjangkit dapat menjejaskan

sektor ekonomi sesebuah negara yang bergantung kepada

sektor pelancongan

• Kemasukan pelancong asing akan berkurangan.

• Pelancong akan membatalkan program bercuti daripada

Menjejaskan terlibat dalam aktiviti melancong kerana takut serangan virus.

produktiviti / • Sumber pendapatan negara juga akan terjejas kerana sektor

8. kualiti hidup rakyat pelancongan terjejas.

• Menyediakan vaksin yang banyak untuk mengawal penularan

penyakit berjangkit boleh meningkatkan kos perubatan

Meningkatkan kos • Kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk

9. perubatan menjamin kesihatan rakyat.

• Disebabkan wabak penyakit berjangkit mudah menyerang

seseorang melalui sentuhan dan persekitaran, rakyat terpaksa

berhati-hati jika berlaku gejala tersebut.

• Ibu bapa terpaksa berhenti seketika daripada menghantar

anak ke taska atau pusat jagaan disebabkan virus penyakit

berjangkit.

• Hal ini secara tidak langsung menyukarkan ibu bapa untuk

bekerja kerana terpaksa menjaga anak di rumah.

• Individu-individu yang mempunyai tugas rasmi di luar

• negara juga terhalang daripada berbuat demikian kerana risau

Menghadkan dijangkiti penyakit berjangkit daripada negara yang ingin

10. pergerakan dituju.

Kesimpulannya, kawalan serangan wabak penyakit berjangkit adalah tanggungjawab semua

negara.Kerjasama yang erat antara negara akan dapat menjalin hubungan diplomatik yang

sedia terjalin dan keselamatan rakyat juga lebih terjamin.

4). Malaysia merupakan peneraju kepada pertubuhan ASEAN. Namun, pertubuhan serantau ini

juga menghadapi cabaran sama ada dari dalam mahupun dari luar ASEAN sendiri. Jelaskan

cabaran tersebut.

Bil. IDEA (cabaran dalaman) HURAIAN

1 Persaingan dalam • Anggota negara ASEAN mengeluarkan produk pertanian

pasaran komoditi komoditi yang sama

• Keadaan ini menyebabkan negara anggota berusaha

berebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa

• Persaingan ini akan mempengaruhi hubungan antara

negara anggota

2 Ketidakstabilan politik • Selatan Thailand dan Selatan Filipina telah lama menjadi

dalaman sebilangan onar kepada hubungan antara anggota ASEAN

negara anggota • Pergolakan politik di Myanmar serta isu pelarian Rohingya

juga mewujudkan ancaman kepada negara

3 Sikap bertentangan • Keputusan Singapura membenarkan kemudahan

negara anggota/ pangkalan tentera kepada Amerika Syarikat bertentangan

Pendirian yang berbeza dengan dasar ASEAN sebagai Kawasan Aman, Bebas dan

negara anggota Berkecuali

• Sokongan Singapura kepada Israel dalam isu Palestin

• Singapura juga mendapat khidmat pakar ketenteraaan

Israel dalam mempersiapkan angkatan tenteranya

4 PATI • Kadar pengangguran yang tinggi di negara anggota

menyebabkan limpahan tenaga kerja yg tidak diundang ke

negara anggota lain

• Faktor ini boleh mengeruhkan hubungan Malaysia dengan

negara jiran

5 Tuntutan wilayah • Sebarang tuntutan wilayah boleh menyebabkan konflik yg

mungkin mengundang penglibatan kuasa –kuasa besar

• Keadaan ini boleh menjejaskan kedaulatan negara

• Tuntutan wilayah antara Malaysia dengan Singapura,

Malaysia dengan Indonesia serta tuntutan pertindihan

kawasan di Kepulauan Spratly

IDEA (cabaran luaran)

6 Kemunculan kumpulan • Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tariff dan mata

ekonomi serantau wang sama serta tidak menggalakkan pelaburan asing ke

negara berkenaan

• Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pula mewujudkan

pakatan NAFTA yang membolehkan kawasan perdagangan

bebas untuk negara anggota

• Kemunculan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara

negara ini menjadi lebih tertutup dan menjadi cabaran

untuk memasuki pasaran negara-negara ini

7 Dasar perlindungan • Dasar ini menyekat persaingan terbuka dari negara

yang diamalkan oleh membangun termasuk ASEAN

negara maju • Galakan pasaran ke negara maju tidak berlaku akan

merendahkan penerimaan oleh negara lain kerana ukuran

standard penerimaan yang diletakkan oleh negara maju

• Menjadi cabaran untuk mendapatkan pasaran yang lebih

luas di negara

8 Konflik antara kuasa- • Hubungan politik yang tegang antara kuasa-kuasa besar

kuasa besar dunia dunia memberikan kesan kepada negara-negara ASEAN

yang terletak di rantau yang paling strategic sekali

• Negara–negara ASEAN amat terkesan dengan konflik ini

9 Keganasan • Penyertaan dalam kumpulan militan yang disebabkan oleh

antarabangsa perbezaan ideologi, kegawatan ekonomi dan kelemahan

pemerintahan

• Boleh mengancam keselamatan rantau ini dan

menjejaskan ekonomi rantau ini

• Beberapa buah negara di rantau ini dianggap sebagai pusat

latihan kumpulan militan ini

• Serangan oleh kumpulan militan pernah berlaku di rantau

ini

Kesimpulan: Pertubuhan ASEAN yang akrab dari segi hubungan politik, ekonomi dan sosial masih

perlu menghadapi cabaran dalam ASEAN itu sendiri dan turut menghadapai ancaman luar.

ASEAN perlu memperkasakan hubungannya supaya segala cabaran dan rintangan dapat diatasi

secara bersama.

Skema:- 2/3 + 3/2

5. Salah satu keutamaan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah mengadakan hubungan
dengan negara luar. Jelaskan keperluan tindakan Malaysia ini.

Bil. IDEA (keperluan) HURAIAN

1 Sumber tenaga kerja • Hubungan yang baik menjamin pengaliran masuk tenaga

kerja mahir dan separa mahir

• Dapat memenuhi keperluan pelbagai bidang dan

membantu pembangunan terutamanya dalam bidang yang

kritikal

2 Menggalakkan • Menarik pelaburan asing

pertumbuhan ekonomi • Meluaskan pasaran untuk produk dan perkhidmatan

tempatan

3 Menjamin keselamatan • Ancaman negatif dari pihak luar dapat dielakkan

negara dan rakyat • Menjamin keselamatan maritim negara

• Dapat membendung pencerobohan sempadan

• Dapat menjamin kedaulatan negara

4 Pemindahan teknologi • Berpeluang untuk memperoleh kemudahan teknologi yang

canggih dan berkualiti

• Meningkatkan produktiviti dalam pelbagai bidang

• Perkongsian teknologi moden dari luar negara menjadi

penggerak ke arah negara maju

5 Membanteras jenayah • Kerjasama antara negara untjuk mengesan sindiket jenayah

rentas sempadan yang merentas sempadan

• Mengawal kes-kes penyeludupan dan pemerdagangan

manusia

6 Memajukan kualiti • Membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar

pendidikan negara

• Perkongsian ilmu bertaraf antarabangsa

• Kepakaran luar dibawa masuk untuk melatih modal insan

yang berbakat

7 Memelihara alam • Bekerjasama dalam mengawal pencemaran peringkat

sekitar secara global global

• Bertindak bersama untuk memelihara sumber semulajadi

flora dan fauna

8 Bantuan kemanusiaan • Mendapat bantuan kemanusiaan untuk menguruskan

bencana alam

• Bekerjasama untuk mengurangkan beban negara lain

dalam keadaan kecemasan

9 Perkongsian kepakaran • Bantuan kepakaran dari luar negara amat diperlukan untuk

menangani krisis

• Hubungan dua hal peringkat serantau dan antarabangsa

amat penting untuk mencari penyelesaian kepada isu yang

dihadapi

10 Menarik pelaburan • Perkembangan industri memerlukan modal tambahan

asing • Kerjasama diplomatik membuka peluang untuk kemasukan

pelaburan dari luar negara untuk pembangunan pelbagai

sektor

11 Perluasan pasaran • Pasaran baru dapat diwujudkan untuk bahan mentah

tempatan

• Meluaskan pasaran sedia ada

Kesimpulan: Hubungan luar Malaysia dengan negara-negara serantau dan antarabangsa penting

untuk memajukan negara. Hubungan luar ini akan dapat menstabilkan ekonomi, politik dan sosial

negara dan juga dapat memajukan Malaysia

Skema: 5 + 0

6. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) masih menghadapi pelbagai cabaran

terutamanya untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau.

Jelaskan

A Cabaran memajukan ekonomi

1 Persaingan dalam • Dengan iklim dan cuaca yang sama, negara anggota ASEAN

pasaran komoditi mengeluarkan produk pertanian yang sama seperti getah,

kelapa, koko, minyak sawit yang menjadi komoditi kepada

banyak negara anggota ASEAN

• Keadaan ini menjadikan negara-negara anggota berusaha

merebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa

• Apabila wujudnya pasaran bebas dalam kalangan negara

anggota menyebabkan masing-masing akan mementingkan

kepentingan komoditi

2 Kemunculan • Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata wang

ekonomi serantau yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan pelaburan asing

ke negara itu

• Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (NAFTA) merancang

skim tarif yang sama

• Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi

antara dua kumpulan negara akan lebih tertutup

3 Pengurangan • Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber

permintaan pasaran bahan utama seperti bijih timah , getah asli menyebabkan

dunia terhadap terjejasnya pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN

sumber bahan terpaksa memberi perhatian kepada pengeluaran sektor

utama perkilangan dan perkhidmatan

• Namun begitu, negara maju mempunyai kelebihan ekonomi

dalam segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi

4 Pergantungan • Negara ASEAN merupakan negara membangun. Hal ini

kepada negara maju menyebabkan negara banyak bergantung kepada negara

masih berlarutan maju

• Negara ASEAN bergantung kepada pasaran luar negara

seperti USA, Eropah dan Asia Pasifik

• Selain itu, negara ASEAN bergantung kepada teknologi

moden dari negara maju seperti Jepun , Korea, Rusia untuk

sektor perindustrian

5 Negara-negara • Kegawatan ekonomi dunia telah menjejaskan kedudukan

ASEAN masih ekonomi negara anggota ASEAN

dibebani hutang luar • Sebagai contoh, negara Indonesia dan Thailand dibebani

oleh hutang luar negara

• Hal ini berlaku menyebabkan negara-negara ini terpaksa

meminjam wang dari International Monetary Fund (IMF)

B Cabaran mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau

6 Persaingan • Pengliibatan Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik semakin

pengaruh kuasa ditingkatkan melalui Strategi Pangsi Pasifik

besar di Asia • Amerika Syarikat telah bertapak di negara-negara Asia

Tenggara Tenggara seperti di Singapura, Filipina dan Thailand

• Sebagai contoh, isu Pualu Scarborough yang berlaku antara

Filipina da China yang telah menggandakan bantuan kepada

Filipina bagi menghadapi kuasa China kerana Filipina masih

mempunyai perjanjian dengan kuasa besar tersebut

7 Konflik tuntutan • Terdapat banyak pulau di sekitar Asia Tenggara seperti

wilayah Pulau Spratly, Pulau Batu Puteh, Pulau Sipadan-Ligitan,

Pulau Pisang dan Pulau Ambalat yang menjadi rebutan

negara Asia Tenggara

• Sebagai contoh, Pulau Pisang antara Malaysia dan

Singapura. Pulau Spratly pula melibatkan Malaysia, Filipina,

Vietnam, Brunei dan China

• Situasi ini akan mewujudkan konflik antara sesama negara-

negara Asia Tenggara dan juga negara besar Asia Timur

8 Ancaman anasir luar • Ancaman anasir luar juga boleh menggugat keamanan dan

kestabilan serantau

• Contohnya, pencerobohan di Lahad Datu, Timur Sabah oleh

pengganas Sulu. Hubungan keturunan dan keagamaan

antara keturunan Sulu dan Melayu di Selatan Filipina

dengan Sabah menjadi penyebab pencerobohan kawasan di

kawasa Lahad Datu berlaku. Pertempuran telah berlaku dan

telah mengorbankan seramai 16 orang anggota polis

Malaysia dan kematian berpuluh-puluh orang pihak

pengganas

• Peristiwa ini telah menggugat kestabilan negara dan

hubungan dengan negara Filipina

9 Masalah pendatang • Kesempitan hidup di negara asal menyebabkan mereka

asing tanpa izin berhijrah ke negara berhampiran secara tidak sah untuk

(PATI) mencari pekerjaan. Contohnya, rakyat Indonesia datang ke

Malaysia

• Mereka datang melalui agensi-agensi haram dan terpaksa

menyusup masuk melalui jalan air. Terdapat dalam kalangan

mereka yang menggunakan pas lawatan sosial

• Pelbagai masalah yang timbul terhadap negara yang dituju

iaitu masalah sosial, pelacuran, dan kutu rayau. Kerajaan

terpaksa berbelanja lebih untuk menghantar mereka

kembali ke negara asal mereka

Skema 2+3

7.Masalah penyeludupan merupakan masalah bersama antara Malaysia dengan negara jirannya.
Jelaskan faktor yang mewujudkan masalah ini dan kesan kepada kedua-dua negara.

Bil. IDEA (faktor) HURAIAN
1 Perbezaan harga
• Harga barangan yang rendah di negara lain; daun ketum
barangan antara dua (harga ketum boleh mencecah RM250 sekilogram di
buah negara Thailand tetapi di Malaysia hanya RM15 sekilogram),
tepung gandum, diesel, minyak masak dan petrol dari
2 Kekurangan sumber di Malaysia sering diseludup ke negara Thailand; dari Thailand
salah sebuah negara ke Malaysia pula sering diseludup beras wangi

3 Undang-undang • Apabila kekurangan sumber, harga barangan meningkat
kawalan barangan terutamanya semasa negara mengalami krisis atau
perdagangan yang malapetaka
berbeza
• Semasa ancaman pandemik, banyak barangan yang
4 Mengelak cukai kekurangan stok di pasaran

5 Memenuhi pasaran • Malaysia melarang eksport kayu balak mentah
bermusim • Berlaku penyeludupan kayu balak mentah yang belum

6 Kawalan sempadan diproses dari Malaysia dan dijual oleh negara jiran ke luar
negara
• Boleh menjimatkan kos pemprosesan dan pengangkutan
dan memberikan keuntungan yg tinggi kepada penyeludup

• Mengelakkan duti import dan eksport
• Harga barangan meningkat naik kerana kos cukai yang

dikenakan oleh kerajaan
• Menjadi pemangkin aktiviti penyeludupan
• Tanpa cukai, barangan tersebut boleh dijual dengan murah
• Sebagai contoh, barangan yang sering diseludup untuk

tujuan ini adalah seperti barang berjenama, rokok dan
minuman beralkohol
• Langkah meningkatkan eksais barangan rokok
menyebabkan harga pasaran rokok meningkat dengan
mendadak kepada 50%
• Harga rokok tulen=RM17, rokok seludup=RM4

• Semasa musim perayaan, permintaan terhadap barangan
akan meningkat

• Seringkali berlakunya barangan ini tidak mencukupi pada
musim perayaan

• Sebagai contoh, haiwan ternakan seperti kambing dan
lembu diseludup dari negara jiran semasa musim perayaan
Hari Raya Haji serta mercun semasa Tahun Baru Cina

• Kawalan sempadan yang lemah kerana kawasan yang
terlalu luas

7 Kelemahan • Jarak persempadanan yang pendek antara negara
penguatkuasaan memudahkan penyeludupan

IDEA (kesan) • Memudahkan penyeludup memasuki lorong tikus yang
8 Menjejaskan sentiasa berubah-ubah

pendapatan negara • Kawasan lorong tikus merupakan kawasan transit sindiket
9 Menjejaskan imej ini

negara • Keadaan ini menggalakkan aktiviti penyeludupan seperti
barangan, senjata api, dadah dan manusia
10 Penyebaran penyakit
berjangkit • Sindiket semakin pandai dan menggunakan ‘orang dalam’
dalam jentera kerajaan seperti kastam dan imigresen
11 Kemasukan barangan
yang tidak bermutu • Kekurangan integriti dalam kalangan penguat kuasa
• Penyeludupan juga boleh berlaku dengan menggunakan

laluan dan proses yang sah

• Negara kehilangan pendapatan
• Kehilangan dari segi pungutan/hasil cukai sebanyak

berbilion setiap tahun
• Negara kita dikatakan seolah-olah membenarkan aktiviti ini

berlaku
• Negara Malaysia dianggap tidak menhormati hak cipta asli

produk
• Penguatkuasaan yang lemah
• Menggambarkan ketidakupyaan menangani masalah ini
• Melibatkan jualan barangan tiruan yang berjenama

antarabangsa yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja
• Sebagai contoh, beg LV asli yang berharga melebihi

RM10000 boleh dijual dengan harga hanya RM 300 sahaja
jika membeli beg tiruan yang berkualiti tinggi.
• Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran seperti penyakit
kuku dan mulut boleh menyebabkan penularan penyakit
• Pemeriksaan kesihatan dan jaminan bebas penyakit tidak
dapat dilakukan
• Produk kesihatan dan kecantikan berisiko mendatangkan
masalah kesihatan kepada rakyat Malaysia
• Produk mungkin mengandungi bahan terlarang seperti
merkuri yang boleh menjejaskan kesihatan
• Barangan elektronik yang standard penggunaannya tidak
sama dengan Malaysia boleh menyebabkan risiko
kebakaran
• Produk –produk tidak melalui proses jaminan keselamatan
penggunaan

12 Risiko menularnya • Kelonggaran kawalan sempadan boleh ditafsirkan sebagai

jenayah penyeludupan tidak sukar untuk menembusi jenis penyeludupan yang lain.

berbahaya • Keadaan ini akan membuka ruang kepada penyeludupan

barangan larangan yang lebih serius seperti penyeludupan

manusia / senjata api / dadah

• Menggalakan jenayah terancang

• Negara kemungkinan besar akan dijadikan pusat transit

kegiatan penyeludupan antarabangsa

13 Menjejaskan industri • Indutri import juga terjejas kerana terpaksa bersaing
import dengan barang yang diseludup yang ternyata lebih murah

berbanding dengan barang import yang melalui laluan yang

sah

• Industri akan mengalami kerugian yang besar

• Menyebabkan lambakan barangan

• Perniagaan sah tidak akan mahu melabur jika mereka

dipaksa mematuhi peraturan tempatan, menggaji bakat

tempatan, melaksanakan pemindahan pengetahuan dan

membayar cukai yang banyak sementara mempertaruhkan

angka jualan dan keuntungan mereka sementara pemain

haram meragut bahagian pasaran mereka.

Kesimpulan: Masalah penyeludupan bukan sahaja ketara di sempadan Malaysia dan negara-

negara jiran tetapi juga menjadi masalah global secara umum. Kawalan di sempadan harus

diperketatkan bagi mengurangkan masalah penyelupan ini.

Skema: 2/3 + 3/2


Click to View FlipBook Version