The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jazli Johari, 2024-03-12 20:54:38

perlembagaan KGS SKPM 2024/2026

PERLEMBAGAAN KGS 2024 2026

1


2 KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAF SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT MELANA 76100 DURIAN TUNGGAL MELAKA TAHUN 2024 / 2026 PERLEMBAGAAN 1. NAMA Majlis ini ditubuhkan dengan nama Badan Kebajikan Guru dan Pekerja yang telah dipinda kepada Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Singkatan nama bagi kelab ini ialah ‘KGS SKPM’ 2. TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan ‘KGS SKPM’ ialah Sekolah Kebangsaan Parit Melana, 76100 Durian Tunggal Melaka. 3. TUJUAN Majlis ini ditubuhkan untuk: 2.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli. 2.2 Menjaga hal ehwal kebajikan guru dan staf. 2.3 Memupuk semangat kerjasama serta kekeluargaan antara ahli. 2.4 Menyemai sikap tolong-menolong di antara ahli di dalam perkara kebajikan yang tidak bertentangan dengan etika kerja. 2.5 Memberi dan menghulurkan sumbangan dan derma dalam bentuk beberapa skim amal Jariah. 4. KEAHLIAN 3.1 Semua guru dan staf sokongan adalah secara automatik menjadi ahli kecuali guru ganti. 3.2 Setiap ahli berhak menerima satu salinan garis panduan kelab secara percuma. 3.3 Setiap ahli wajib membayar yuran seperti yang terkandung dalam bab 4. 3.4 Seseorang ahli akan berhenti menjadi ahli sekiranya meninggal dunia dan bertukar ke sekolah yang lain. 5. YURAN 4.1 Bayaran yuran telah ditetapkan kepada setiap ahli adalah seperti berikut: i. guru – RM 20 sebulan ii. staf - RM 15 sebulan 4.2 Segala urusan pembayaran hendaklah diserahkan kepada bendahari yang telah dilantik. 4.3 Pungutan yuran hendaklah dibuat pada setiap awal bulan dan cara pungutan bergantung kepada mandat yang telah diberi kepada bendahari. 4.4 Setiap ahli wajib membayar yuran mengikut waktu yang ditetapan.


3 6. HAK-HAK AHLI 5.1 Ahli-ahli yang telah menyempurnakan syarat-syarat dan keahlian seperti yang telah disebutkan di atas berhak untuk mendapat kemudahan yang disediakan. 5.2 Ahli-ahli yang mempunyai cadangan, pandangan dan sebarang kemusykilan bolehlah mengemukakan perkara tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa yang telah dilantik. 7. PENGGUNAAN WANG/SUMBANGAN/KEBAJIKAN Wang tabung kelab boleh digunakan bagi maksud berikut: 6.1 Bantuan kematian(sertakan Sijil Kematian) (one off / setahun sekali) 6.1.1 Ahli sahaja : RM200 dan derma kilat 6.1.2 Suami/isteri/bapa/ibu/anak : Rm100 dan derma kilat 6.2 Bantuan kemalangan / sakit / bencana (one off / setahun sekali) 6.2.1 Ahli yang ditimpa kemalangan serius ( pembaikian kerosakan rm5000 keatas) layak menerima sumbangan sebanyak RM100 6.2.2 Ahli yang dimasukkan ke wad selama 3 hari atau lebih layak menerima sumbangan sebanyak RM100 disertai surat pengesahan doktor. 6.2.3 Jika ahli dimasukkan ke wad kurang dari 3 hari, ahli layak menerima RM50 sahaja. 6.2.4 Manakala bagi suami/isteri/anak/ bapa/ibu akan menerima sebanyak RM50 jika dimasukkan wad atau ditimpa kemalangan.(setahun sekali sahaja) 6.2.5 Ahli yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan dan seumpamanya yang melibatkan kemusnahan harta benda (rumah dan kereta) layak menerima sumbangan sebanyak RM100 dan derma kilat akan dilancarkan. Ini termasuk hal-hal lain seperti kecurian,rompakan, kemalangan melibatkan kenderaan, kebakaran dan sebagainya. 6.3 Perkahwinan 6.3.1 Perkahwinan yang dimaksudkan ialah perkahwinan kali pertama sahaja di sekolah ini. 6.3.2 Hadiah perkahwinan adalah RM100 seorang dan diberikan dalam bentuk wang tunai atau barang. 6.3.3 Sekiranya pasangan tersebut berada di sekolah ini, kedua-duanya akan menerima hadiah seperti perkara 6.3.2. 6.4 Mendapat cahaya mata 6.4.1 Ahli yang mendapat anak sepanjang berada di sekolah ini berhak mendapat saguhati sebanyak RM100 untuk anak pertama di sekolah ini. 6.4.2 Sekiranya pasangan tersebut berada di sekolah ini, mereka berhak mendapat saguhati seperti yang tercatat dalam perkara 6.4.1. 6.4.3 Ahli yang mendapat cucu sepanjang berada di sekolah ini berhak mendapat saguhati sebanyak RM100 untuk cucu pertama di sekolah i


4 6.5 Anak ahli yang cemerlang dalam akademik Anak ahli yang mendapat keputusan “A” dalam peperiksaan utama seperti : i. SPM : 6A ke atas ii. STPM/STAM : pointer 3.5 keatas / jayyid jiddan keatas. iii. Diploma/Ijazah : Dapat menamatkan pengajian Diploma/Ijazah Layak mendapat saguhati sebanyak RM100 sahaja. 6.6 Cenderahati perpisahan 6.6.1 Cenderahati layak diberikan kepada ahli yang bertukar ke sekolah / tempat lain (PPD, Jabatan, KPM, IPG) sahaja. 6.6.2 Ahli yang berpencen/ bersara. 6.6.3 Nilai cenderahati mengikut tempoh perkhidmatan ahli : 6.6.3.1 1 – 3 tahun : RM50 6.6.3.2 4 – 6 tahun : RM70 6.6.3.3 7 – 10 tahun : RM100 6.6.3.4 Lebih 10 tahun : RM150 6.6.3.5 Bersara : RM200 + tahun berkhidmat di sekolah 6.8 Ahli yang Berjaya menamatkan pengajian di IPTA/IPTS 6.8.1 Ahli yang berjaya menamatkan pengajian di IPTA/IPTS yang diiktiraf layak menerima sumbangan sempena konvokesyen ahli seperti berikut: 6.8.1.1 Ijazah Sarjana Muda : RM100 6.8.1.2 Sarjana, Diploma Lanjutan atau Diploma Professional (Master): RM150 6.8.1.3 Doktor Falsafah (PHD) : RM200 6.9 Hadiah hari lahir 6.9.1 Ahli akan diberikan cenderahati bersempena hari lahir yang bernilai RM10 setiap seorang. 6.10 sumbangan mengerjakan umrah/haji 6.10.1 Ahli akan menerima sumbangan mengerjakan umrah/haji sebanyak RM50.00. sumbangan ini akan diberikan sekali sahaja sepanjang perkhidmatan di SKPM mulai 2024.


5 8. AHLI JAWATANKUASA KERJA 7.1 Majlis ini ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa kerja yang terdiri daripada ahli-ahli yang dilantik. 7.2 Ahli jawatankuasa terdiri daripada : i. Seorang Penasihat ii. Seorang Naib Penasihat iii. Seorang Pengerusi iv. Seorang Naib Pengerusi v. Seorang Setiausaha vi. Seorang Bendahari vii. 14 orang AJK viii. 2 orang Pemeriksa Kira-kira 7.3 Ahli jawatankuasa yang telah dilantik oleh ahli mesyuarat akan memikul tanggungjawab Yang telah diamanahkan selama 2 tahun sahaja dan mesyuarat agung kelab perlu dilaksanakan untuk memilih ahli jawatankuasa yang baru. 7.4 Sekiranya ada AJK yang bertukar atau keluar dari sekolah ini, secara rasminya jawatan yang dipegang akan digugurkan dan akan digantikan dengan ahli yang lain secara lantikan oleh Pengerusi dan dipersetujui oleh Penasihat Kelab. 7.5 Pengerusi dan AJK boleh melantik ahli jawatankuasa tambahan mengikut keperluan dengan mendapat kelulusan dari pihak Penasihat Kelab. 9. MESYUARAT 8.1 Mesyuarat tahunan Kelab Kebajikan Guru dan Staf diadakan pada awal penggal persekolahan setiap tahun. 8.2 Setiausaha akan mengedarkan keputusan mesyuarat kepada setiap ahli sebelum mesyuarat diadakan. 8.3 Jawatankuasa berhak mengadakan mesyuarat tergempar mengikut keperluan tanpa memberi notis awal kepada ahli. 10. KEWANGAN 9.1 Bendahari diberi keprcayaan atau kuasa untuk menyimpan kewangan kelab dan bertanggungjawab akan tatacara menyimpan kewangan kelab dengan baik dan selamat. 9.2 Laporan kewangan tahunan kelab ini berakhir pada hujung penggal persekolahan tahun berkenaan. 11. PERKARA AM 10.1 Kelab ini tidak boleh dimansuhkan kecuali dengan persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli kelab. 10.2 Pemansuhan juga hendaklah dipersetujui Penasihat Kelab. 10.3 Majlis ini boleh menerima sumbangan kewangan dari mana-mana kelab, syarikat atau perseorangan tanpa melanggar undang-undang dan etika kewangan. 10.4 Sebarang cadangan yang melibatkan pengeluaran kewangan Kelab Guru dan Staf ini hendaklah mendapat persetujuan sekurang-kurangnya dua per tiga daripada bilangan ahli jawatankuasa yang dilantik. 10.5 Kelab ini berhak untuk mengeluarkan perbelanjaan bagi menampung aktiviti dan program yang melibatkan ahli yang dirasakan sesuai dan perlu (tidak melebihi RM150)


6 tanpa persetujuan mesyuarat tetapi dengan persetujuan Pengerusi dan Penasihat Kelab. 10.6 Cenderamata bernilai RM30 akan diberikan kepada guru ganti atau staf kontrak yang di bawah 1 tahun perkhidmatan di SKPM. 10.7 Garis panduan Kelab Kebajikan Guru dan Staf SK ParitMelana ini berkuatkuasa pada Januari 2024.


Click to View FlipBook Version