Siapakah Bani Qainuqa’?
Qainuqa’ diambil daripada nama Nama kabilah ini diambil daripada nama
kabilah mereka iaitu Qainuqa’. tempat tinggal mereka, Qainuqa’
Kabilah ini juga adalah Yahudi pertama yang Kabilah ini adalah golongan yang membuat
melanggar dan merosakkan perjanjian yang besi, bekas-bekas emas dan perak, serta
dimeterai. peralatan lain.
Peperangan ini berlaku pada hari Sabtu, Kabilah ini adalah merupakan antara
pertengahan bulan Syaaban tahun 2 kumpulan Yahudi yang paling teruk dan
Hijrah.
paling berani.
Mengapakah berlaku peperangan ini?
Kemenangan dalam Perang Badar berpihak kepada orang-orang
Islam
Kebencian bani Qainuqa’ semakin bertambah dan mereka
meluaskan lagi permusuhan serta menganggu ketenteraman
awam.
Mereka juga menyakiti orang-orang Islam terutama wanita-
wanita Islam yang pergi ke pasar mereka
Mereka menyebarkan fitnah dan memperlekehkan orang-orang
Islam
Walaupun begitu, Nabi Muhammad hanya bersabar dan menahan
kemarahan baginda. Apabila keadaan bertambah teruk, baginda
mengumpulkan kabilah ini dan memberi nasihat serta peringatan
kepada mereka. Baginda juga menyeru mereka untuk memeluk
Islam, serta menyeru kepada petunjuk dan kebaikan. Meskipun
begitu, sikap takabur dan keburukan mereka semakin menjadi-jadi.
Bagaimanakah peperangan ini mula tercetus?
Ibnu Hisyam merekodkan cerita daripada Abu ‘Aun. Secara ringkasnya, pada
suatu hari, seorang wanita Arab keluar untuk berniaga di pasar Bani Qainuqa’.
Kemudian, tanpa disedarinya, seorang peniaga Yahudi mengambil bahagian hujung
pakaian wanita itu dan menyelaknya ke belakang sehingga kelihatan auratnya.
Seorang lelaki Muslim kemudiannya bergelut dengan peniaga tadi dan
membunuhnya. Setelah itu, berlakulah kekecohan dan permusuhan di antara
Yahudi Bani Qainuqa’ dengan orang-orang Islam.
Nabi Muhammad SAW juga tidak dapat bersabar lagi dan terus bergerak ke perkampungan
Bani Qainuqa’ bersama dengan tentera-tenteranya. Urusan kepimpinan di Madinah
ditinggalkan kepada Abu Lubabah bin Abd Al-Munzir.
Apa yang berlaku sewaktu peperangan ini?
Kaum Yahudi berlindung di dalam kubu. Nabi Muhammad mengepung kubu mereka dengan kukuh selama
15 malam sehingga awal bulan Zulkaedah. Pada awalnya, kaum Yahudi ini menginginkan kehinaan dan
kekalahan untuk umat Islam. Namun, Allah telah melemparkan ketakutan dalam hati-hati orang
Yahudi. Kaum Yahudi kemudiannya, dihukum oleh Baginda, termasuk hamba-hamba, harta mereka,
wanita mereka, dan anak-anak mereka. Nabi Muhammad SAW telah mengarahkan supaya mereka
semua diikat.
Abdullah bin Salul seorang munafik berusaha mendesak Nabi untuk berlaku baik kepada kabilahnya.
Nabi Muhammad menerima permintaannya. Beliau hanya menzahirkan keislamannya lebih kurang
sebulan sahaja. Akhirnya, baginda meminta Bani Qainuqa’ untuk keluar dari Madinah dan tidak tinggal
berhampiran dengannya. Mereka bergerak ke kawasan-kawasan Syam, dan kebanyakan daripada
mereka semua binasa. Orang yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan harta rampasan perang
Bani Qainuqa’ adalah Muhammad bin Maslamah.
Siapakah Bani Nadhir?
Mereka adalah Orang-orang Islam Peperangan ini
golongan Yahudi yang juga teragak-agak berlaku dalam Bulan
dan tidak selesa Rabiul Awal Tahun 4
memiliki kekuatan untuk memerangi Hijrah bersamaan
yang menyebabkan
kemungkinan orang mereka. Ogos 635 Masihi.
Islam menyerah diri
agak sukar.
Selepas peperangan Bani Qainuqa’ dan pembunuhan Kaab bin
Al-Asyraf, golongan ini menjadi takut dengan bayang-bayang
sendiri. Namun, setelah peristiwa Ar-Raji’ dan Bi’r Ma’unah,
mereka menjadi lebih berani untuk menentang Islam.
Mengapakah berlaku peperangan ini?
Golongan Yahudi ini telah merancang operasi untuk membunuh Nabi.
Namun, Allah telah memerintahkan Jibril untuk turun dan memberitahu kepada Nabi Muhammad
SAW apa yang telah dirancang oleh orang-orang Yahudi.
Setelah itu, baginda terus bertolak ke Madinah. Baginda mengutuskan Muhammad bin Maslamah
kepada Bani Nadhir untuk menyampaikan utusan baginda.
Baginda menyampaikan mesej “Keluarlah kamu semua dari Madinah dan jangan kamu tinggal
bersamaku di sini. Aku memberikan kamu tempoh 10 hari. Sesiapa yang berada lebih dari tempoh
itu, lehernya akan dipancung.
Sewaktu dalam persiapan ke Madinah, Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang Munafik telah
dihantar kepada mereka. Beliau telah menghasut bani Nadhir untuk tetap berada di Madinah
dan jangan mentaati Nabi. Beliau juga mengatakan bahawa bani Nadhir akan dibantu oleh
Kabilah Quraizah dan Kabilah Ghatafan.
Setelah itu, keyakinan Yahudi Bani Nadhir bertambah kuat dan mereka bersepakat untuk
menentang dan membunuh Nabi Muhammad SAW. Apabila Nabi Muhammad SAW mendapat
perkhabaran daripada Huyai bin Akhtab, baginda dan para sahabat bertakbir. Kemudian,
baginda dan tentera-tentera Islam bergerak ke penempatan Bani Nadhir. Pentadbiran Madinah
diuruskan oleh Ibnu Ummi Makhtum. Sampai sahaja di sana, mereka membuat pengepungan.
Perang bermula
Bani Nadhir berlindung di dalam kubu mereka. Mereka hanya melepaskan anak panah dan
membaling batu. Pokok-pokok kurma dan kebun-kebun mereka membantu mereka daripada
serangan tentera Islam. Kemudian, Nabi Muhammad SAW memerintahkan ia supaya ditebang
dan dibakar.
Abdullah bin Ubai, Bani Quraizah dan Bani Ghatafan telah mengkhianati Bani Nadhir.
Mereka langsung tidak memberikan bantuan kepada Bani Nadhir.
Pengepungan yang dilakukan adalah selama 6 malam. Namun, ada pendapat yang mengatakan
tempohnya adalah 15 malam. Kemudian, Allah mencampakkan perasaan takut dalam hati mereka.
Mereka akhirnya mengaku kalah, menyerah diri dan meletakkan senjata. Mereka juga
menghantar mesej kepada Nabi bahawa mereka benar-benar ingin keluar daripada Madinah.
Sebelum keluar, mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dan
mengambil pintu, tingkap, tiang dan atap rumah mereka.
Kebanyakan mereka bergerak menuju ke Khaibar. Sebahagian daripada
kumpulan mereka bergerak menuju ke Syam. Hanya 2 orang Yahudi yang
memeluk Islam iaitu Yamin bin Amr dan Abu Saad bin Wahab.
Rampasan perang diuruskan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW.
Baginda mengagihkannya kepada sesiapa sahaja yang baginda
kehendaki khususnya kepada kaum Muhajirin yang mula-mula memeluk
Islam dan orang Ansar yang fakir.
INFO TAMBAHAN
Mereka hanya Mereka
menimbulkan menzahirkan
kekacauan dan kebencian dan
sering melakukan permusuhan secara
konspirasi jahat.
terbuka.
Mereka bukanlah GOLONGAN Mereka suka
golongan yang YAHUDI membuat helah dan
berperang dan merancang perkara
melawan musuh yang jahat kepada
umat Islam
RUJUKAN
Al-Mubarakfuri, S. S. (2019). Ar-Rahiq Al-
Makhtum. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors SDN.BHD.