The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PEMBELAJARAN SAINS (1) T3 2021 Jawapan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulezlynn5555, 2021-06-13 03:23:47

MODUL PEMBELAJARAN SAINS (1) T3 2021 Jawapan

MODUL PEMBELAJARAN SAINS (1) T3 2021 Jawapan

SMK PETALING

BATU 6, JALAN KLANG LAMA, 46000 KUALA LUMPUR

MODUL PEMBELAJARAN MURID

SAINS
TINGKATAN 3

Dengan Kerjasama PIBG Smk Petaling

1

BAB 1 : RANGSANGAN DAN GERAK BALAS

1. Isi tempat kosong untuk meneangkan fungsi setiap komponen dalam sistem saraf. (TP2)
a. Sistem saraf pusat bertindak sebagai pusat kawalan badan.
b. Otak mengawal semua aktiviti badan.
c. Saraf tunjang mengawal tindakan refleks seperti menarik tangan apabila tersentuh objek
panas.
d. Sisten saraf periferi menghantar impuls dari organ deria atau reseptor melalui sistem
saraf pusat kepada otot atau kalenjar.

2. Ahmad dikejar oleh seekor anjing yang garang. Lengkapkan peta alir berikut bagi
menunjukkan laluan impuls saraf dalam sistem saraf Ahmad. (TP3)

rangsangan afektor System saraf Efektor Gerak balas
pusat Melarikan diri
Bunyi dan Dalam telinga Otot dan
imej anjing dan mata Otak dan kelenjar
saraf tunjang

3. Kenal pasti tindakan luar kawal yang melibatkan medula oblongata bagi setiap tindakan luar

kawal berikut. Tandakan ( √ ) jawapan yang betul. (TP2)

a. Peristalsis /

b. Menarik tangan dengan segera apabila tersentuh objek yang tajam.

c. Merembeskan air liur apabila terhidu hidangan yang lazat. /

d. Mengelipkan mata apabila bergerak dari kawasan gelap ke kawasan

terang.

4. Gariskan jawapan yang betul. (TP1)
a. (Sklera/ Retina) terdiri daripada dua jenis fotoreseptor iaitu sel rod dan sel kon.
b. Sel rod peka kepada (warna cahaya/ keamatan cahaya).
c. Terdapat (tiga/ empat) jenis sel kon yang peka terhadap (warna cahaya/ keamatan
cahaya).

5. Lengkapkan pernyataan yang berikut tentang lidah. (TP1)
a. Permukaan lidah mempunyai bintil-bintil kecil yang dipanggil papila.
b. Permukaan struktur tersebut dilapisi dengan tunas rasa yang mengandungi pelbagai
reseptor rasa.
c. Lima rasa asas yang dapat dikesan oleh reseptor rasa ialah manis, masin, masam, pahit
dan umami.

6. Susun pernyataan berikut untuk menerangkan mekanisme penglihatan. (TP2) 3
1
a. Fotoreseptor pada retina mengesan imej lalu menghasilkan impuls saraf. 4
b. Sinar cahaya daripada objek memasuki mata.
c. Saraf optic menghantar impuls saraf ke otak untuk ditafsirkan.

2

d. Otak mentafsir impuls saraf dan membolehkan kita melihat objek dalam 5
keadaan tegak. 2

e. Sinar cahaya dibiaskan oleh kornea, gelemair, kanta mata dan gelemaca untuk
membentuk imej yang lebih kecil dan songsang pada retina.

7. Suresh menutup mata dengan serta merta apabila cahaya terang memasuki matanya. (TP3)
a. Apakah jenis tindak balas itu?
Tindakan luar kawal

b. Wajarkan tindakan Suresh dalam situasi ini.
Menutup atau melindungi mata akan menghalang cahaya daripada memasuki mata secara
berterusan.

c. Ramalkan kesannya jika Suresh tidak melakukan tindak balas ini. (KBAT)
Matanya akan mengalami kerosakan/ kecederaan.

8. Rajah menunjukkan satu situasi. (TP3)

a. Menggunakan pengetahuan tentang perkaitan antara deria rasa dan deria bau, terangkan
bagaimana masalah tersebut dapat diatasi? Terangkan jawapan anda. (KBAT)
Memicit hidung semasa makan ubat. Apabila hidung dipicit, sel-sel deria bau dihalang
daripada mengesan bahan kimia daripada makanan.

9. Seorang pekerja binaan mengalami masalah pendengaran selepas beberapa tahun. (TP3)
a. Ramalkan punca kecacatan pendengarannya itu.
Terdedah kepada bunyi yang kuat dalam jangka masa yang lama.
b. Bagaimanakah kecacatan pendengaran di (a) dapat diatasi?
Melalui alat bantu pendengaran/ pembedahan.

10. Jelaskan keadaan tersebut. (TP3)
a. Orang buta menggunakan hujung jari untuk menyentuh titik-titik pada tulisan Braille. Hal
ini kerana hujung jari mempunyai bilangan reseptor yang banyak dan lapisan epidermis yang
nipis.
b. Suntikan biasanya diberikan pada bahagian lengan pesakit kerana epidermis pada
bahagian ini adalah tebal dan mempunyai kurang reseptor.

3

11. Mengapakah kita tidak dapat merasa makanan dengan baik apabila mengalami selesema?
(TP3)(KBAT)
Mukus berlebihan terhasil menghalang bahan kimia dalam makanan untuk merangsang
reseptor bau. Deria rasa dibantu oleh deria bau.

12. Rajah menunjukkan tumbuh-tumbuhan di hutan hujan tropika. Hutan ini terbahagi kepada
empat lapisan iaitu emergen, kanopi, bawah kanopi dan lantai hutan. (TP4) (KBAT)

a. Nyatakan dua gerak balas tumbuhan dalam rajah di atas.
Fototropisme dan tigmotropisme
b. Kanopi merupakan lapisan yang sangat padat. Bagaimanakah tumbuhan yang berada di
bawah kanopi menjamin kemandiriannya?
Mempunyai ciri seperti daun lebar dan boleh memanjat untuk memperolehi cahaya
matahari yang cukup.
c. Terangkan mengapakah pokok yang tinggi mempunyai akar yang besar berbanding
pokok yang lebih rendah?
Akar yang besar memberi sokongan yang lebih kuat kepada pokok tinggi.
13. Jelaskan pendengaran stereofonik. (TP2)
Pendengaran stereofonik ialah pendengaran dengan kedua-dua belah telinga. Jenis
pendengaran ini membolehkan haiwan menentukan arah bunyi dengan tepat. Ini kerana
telinga yang lebih dekat dengan sumber bunyi akan menerima bunyi
lebih awal dan lebih kuat berbanding dengan sebelah telinga lagi. Ini membolehkan otak
menentukan arah bunyi tersebut.

14. Rajah menunjukkan beberapa kenderaan di sebuah lebuh raya. (KBAT)

4

a. Mengapakah pemandu lori itu tidak dapat melihat kenderaan Q disebelah kirinya?
Imej kenderaan Q jatuh pada titik buta pemandu lori. Fotoreseptor tidak terdapat pada titik
buta, maka imej kenderaan Q tidak dapat dilihat.

b. Jika anda pemandu kenderaan Q, apakah yang perlu anda lakukan?
Memperlahankan kenderaan untuk berada diluar Kawasan titik buta pemandu lori.

15. Projek Berasaskan Pembelajaran (PBL) - (TP5)
➢ Kumpulkan maklumat tentang bagaimana organ-organ deria berikut menjamin
kesinambungan haiwan di Bumi.
a) Misai
b) Medan elektrik
c) Feromon
d) Organ Jacobson
e) Lebih dari sepasang mata
➢ Sediakan satu folio berkaitan maklumat di atas dan folio mestilah lengkap dengan
nama penuh murid, nama kelas, tajuk, isi kandungan dan sebagainya.
➢ Maklumat dalam folio mestilah kemas, padat dan mantap.
➢ Serahkan projek folio anda kepada guru sains masing-masing setelah bersemuka
nanti.

BAB 2 : RESPIRASI

1. Takrifkan pernafasan. (TP1)
Proses menarik nafas dan menghembus nafas oleh peparu. Dilakukan oleh sistem respirasi
manusia.

2. Lengkapkan fungsi bagi struktur sistem respirasi berikut. (TP2)
a. Alveolus = Tempat pertukaran gas berlaku
b. Kapilari darah = Membawa darah beroksigen dari alveolus dan darah terdeoksigen ke
alveolus.
c. Rongga hidung = Memanaskan, melembapkan dan menapis udara yang memasuki tubuh
sebelum sampai ke peparu.
d. Otot interkostal = Menaikkan dan menurunkan sangkar rusuk semasa pernafasan.

5

e. Tulang rusuk = Melindungi peparu.

3. Lengkapkan pernyataan berikut untuk menerangkan pergerakan dan pertukaran gas dalam
badan manusia. (TP2)
a. Pertukaran gas antara alveolus dengan kapilari darah.
i. Oksigen larut dalam permukaan alveolus ke dalam kapilari darah melalui proses
resapan.
ii. Kepekatan oksigen dalam alveolus adalah lebih tinggi berbanding kepekatan oksigen
di dalam kapilari darah.
iii. Dalam kapilari darah, oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah
untuk membentuk oksihemoglobin.

b. Pertukaran gas antara sel-sel badan dengan kapilari darah.
i. oksihemoglobin diangkut ke sel-sel badan. oksihemoglobin terurai untuk
membebaskan oksigen kepada sel badan yang memerlukannya untuk pengoksidaan
makanan.
ii. Proses pengoksidaan makanan berlaku di sel badan untuk menghasilkan tenaga,
wap air dan karbon dioksida.
iii. Karbon dioksida meresap keluar dari sel badan ke kapilari darah.
iv. Seterusnya, karbon dioksida meresap dari kapilari darah ke alveolus untuk
disingkirkan dari peparu.

4. Terangkan kepentingan adaptasi struktur alveolus dalam pertukaran gas. (TP3)

Adaptasi Kepentingan
a. Dinding yang nipis dan terdiri Kadar resapan gas merentasi alveolus da kapilari
daripada satu darah adalah tinggi

lapisan sel sahaja Luas permukaan besar untuk pertukaran gas
b. Peparu terdiri daripada berjuta-
juta alveolus Membolehkan gas meresap ke dalam kapilari darah
c. Dinding alveolus yang lembap dengan mudah
Kadar resapan gas menjadi tinggi
d. Diliputi dengan jaringan kapilari
darah yang padat

5. Seorang murid yang mengidap asma mengalami serangan asma di dalam kelasnya. Alat
sedutan murid itu tertinggal di rumah. Apakah yang boleh dilakukan oleh orang sekeliling
untuk meredakan serangan itu? (TP4) (KBAT)
Asma – akibat pemyempitan bronkus dan penghasilan mucus yang menyebabkan kesukaran
bernafas.
- Boleh diberi minuman kopi untuk meredakan kesukaran bernafas.

6

- Kopi mengandungi kafein yang bertindak membuka laluan udara dalam peparu.

6. Rajah menunjukkan perbualan antara dua orang rakan. (TP3)

Berdasarkan perbualan itu, terangkan perokok pasif.
- Individu yang tidak hisap rokok tetapi kerap menyedut asap rokok yang dikeluarkan oleh

perokok di sekelilingnya.
- Menghadapi risiko sama dengan penghisap penyakit respirasi.

7. Asap rokok mengurangkan kecekapan
pertukaran gas dalam peparu kita

Berdasarkan pernyataan di atas, wajarkan pendapat anda. (TP5) (KBAT)
Haba daripada asap rokok menyebabkan alveolus dalam peparu hilang kelembapannya. Gas
respirasi tidak dapat melarut pada permukaan alveolus. Hai ini menyebabkan kecekapan
pertukaran gas berkurang.

8. Pekerja kilang kayu tidak memakai topeng muka. Terangkan kesan yang dialami oleh pekerja
kilang kayu tersebut dalam jangka masa panjang. (TP4) (KBAT)
Kerosakan peparu dan kesukaran bernafas

9. Nyatakan empat amalan yang boleh mengekalkan kesihatan sistem respirasi manusia. (TP3)
i. Tidak merokok
ii. Minum banyak air
iii. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
iv. menjauhi perokok untuk elak jadi perokok pasif

10. Lengkapkan pernyataan tersebut yang menerangkan mengenai adaptasi dalam sistem
respirasi. (TP2)
a. Trakea
i. Pertukaran gas di dalam serangga dijalankan oleh sistem respirasi yang dikenali sebagai
sistem trakea.

ii. Sistem ini terdiri daripada spirakel, trakea, kantung udara dan trakeol.

7

iii. Dinding trakeol yang nipis dan lembap meningkatkan kecekapan pertukaran gas dalam
sistem ini.

iv. Bilangan trakeol yang banyak menyediakan luas permukaan besar bagi pertukaran gas.

b. Kulit lembap
i. Kulit amfibia sangat nipis dan sangat telap kepada gas.
ii. Mukus yang menyelaputi kulit katak memastikan kulit kekal lembap . Keadaan ini

membuatkan gas respirasi melarut dan meresap dengan mudah.
iii. Terdapat jaringan kapilari darah di bawah lapisan kulit untuk meningkatkan kadar

respirasi gas.

c. Insang
1. Insang terdiri daripada banyak filamen yang mengandungi unjuran nipis dan pipih yang

dipanggil lamela bagi memudahkan pertukaras gas kerana mempunyai luas permukaan
yang besar.

11. Dalam satu eksperimen, Raju memegang seekor lipas dan merendamkan kepala lipas
tersebut ke dalam bekas yang mengandungi air selama 30 minit. Apakah yang akan terjadi
kepada lipas tersebut di akhir eksperimen? Jelaskan jawapan anda. (TP4) (KBAT)
Lipas hidup diakhir eksperimen. Lipas mempunyai system respirasi iaitu system trakea. Pada
toraks dan abdomen lipas, terdapat 10 pasang liang pernafasan atau spirakel yang
membenarkan udara memasuki badannya. Oleh itu, lipas mendapat oksigen dan tidak
lemas.

12. Rajah menunjukkan sehelai daun segar yang direndam dalam air yang mendidih selama
beberapa minit.

a. Apakah yang dapat diperhatikan pada daun selepas beberapa minit? (TP1)
gelembung udara dilihat pada kedua-dua permukaan daun.

b. Berdasarkan jawapan di (a), nyatakan sebabnya. (TP2)
liang seni pada permukaan daun menghasilkan gas dan membebeskan di persekitaran.

c. Mengapakah daun itu perlu direndam di dalam air yang mendidih? (TP2)
untuk menyingkirkan udara daripada daun.

8

13. Lengkapkan berikut mengenai laluan pertukaran gas di dalam daun semasa fotosintesis.
(TP3)
a. Pertukaran gas dalam tumbuhan pada waktu siang menunjukkan karbon dioksida dan
oksigen diambil serta disingkirkan. Pada waktu malam, oksigen diambil manakala karbon
dioksida disingkirkan.
b. Kepekatan karbon dioksida di dalam sel menjadi (lebih rendah/ lebih tinggi) daripada
kepekatan karbon dioksida dalam ruang di antara sel semasa sel-sel di dalam daun
menjalankan (fotosintesis/ transpirasi).
c. Perbezaan kepekatan ini menyebabkan karbon dioksida dari permukaan luar sel (melarut/
menyerap) ke dalam ruang udara antara sel-sel dalam daun.

14. Rajah menunjukkan struktur stoma yang diperhatikan oleh seorang murid di bawah
mikroskop.

stoma

Sel pengawal

a. Labelkan rajah berikut. (TP1)

b. Apakah stoma? (TP1)
liang seni pada epidermis daun.

c. Bagaimanakah stoma berfungsi? (TP2) (TP3)
i. Membolehkan pertukaran gas berlaku
ii. Membenarkan wap air dibebaskan daripada tumbuhan.
iii. Stoma akan terbuka untuk menjalankan proses fotosintesis apabila terdapat
cahaya.
iv. Stoma akan tertutup apabila keadaan menjadi gelap dan semasa tumbuhan
kehilangan banyak air pada hari panas.

d. Terangkan hubungkait antara stoma dan sel pengawal. (TP3)
sel pengawal mengawal pembukaan dan penutupan liang stoma.

e. Antara berikut, proses yang manakah akan terjejas disebabkan ketiadaan stoma? (TP1)

Transpirasi /
Tumbesaran

9

Fotosintesis /

15. Kegiatan perindustrian dan perkilangan yang mengeluarkan asap beracun dan merbahaya
memberikan kesan negatif kepada tumbuhan. (TP4)
a. Apakah fenomena buruk yang berlaku akibat aktiviti itu?
Hujan asid
b. Nyatakan satu kesan negatif fenomena itu terhadap tumbuhan.
Tumbuhan menjadi kurang subur.

16. Nyatakan empat kepentingan persekitaran yang tidak tercemar untuk kemandirian
tumbuhan. (TP3)
i. Meningkatkan jangka hayat tumbuhan.
ii. Meningkatkan kadar tumbesaran tumbuhan.
iii. Melancarkan proses pertukaran gas dalam tumbuhan.
iv. Meningkatkan kadar penghasilan makanan oleh tumbuhan.

17. Kebakaran berskala besar boleh terjadi di sebuah bandar. Jelaskan bagaimana situasi
tersebut boleh memudaratkan sistem respirasi manusia. (TP4) (KBAT)
Pembakaran secara berkala besar menyebabkan jerebu. Jerebu mengandungi pelbagai
partikel asing seperti debu dan habuk yang boleh merengsa system respirasi. Hai ini
mengakibatkan kesukaran bernafas dan penyakit respiratori seperti asma.

18. Akibat cuaca berjerebu, Kamilia ingin menghasilkan penutup hidung dan mulut yang boleh
digunakan berulang kali. Lakarkan dan terangkan bagaimana Kamilia boleh menghasilkan
penutup hidung dan mulut tersebut menggunakan bahan-bahan berikut. (TP5) (KBAT)

Lakaran:

10

Penerangan:
- Gunting segiempat tepat sama saiz daripada baju terpakai (3 keping)
- Jahit Bersama-sama ketiga-tiga helai kain tersebut.
- Jahit getah elastic pada bucu kain tersebut.

BAB 3 : PENGANGKUTAN

1. Lengkapkan pernyataan berikut mengenai perbezaan sistem pengangkutan dalam
organisma ringkas dan kompleks. (TP2)
➢ Organisma ringkas tidak mempunyai sistem pengangkutan khusus kerana proses
pengangkutan bahan keperluan berlaku secara resapan melalui membrane sel.
➢ Proses pengangkutan bahan keperluan sel bagi organisma kompleks dengan cara
resapan adalah perlahan kerana isipadu organisma kompleks yang besar. Maka,
organisma kompleks memerlukan sistem pengangkutan khusus berbanding
organisma ringkas.

2. Nyatakan empat contoh bagi organisma ringkas dan organisma kompleks. (TP2)
a. organisma ringkas : ameba, paramecium, yis, euglena
b. organisma kompleks : pokok bunga, burung, arnab, manusia

3. Mengapakah sistem pengangkutan penting bagi organisma ringkas dan kompleks? (TP3)
Untuk mengangkut bahan-bahan seperti oksigen dan nutrient ke dalam sel dan juga
membawa bahan kumuh keluar daripada sel.

4. Rajah dibawah menunjukkan paramesium.

a. Apakah bahan keperluan M dan bahan kumuh N?
M : oksigen
N : karbon dioksida

b. Adakah bahan keperluan dan bahan kumuh seekor buaya diserap kepersekitaran luar
melalui pengangkutan yang sama seperti paramesium itu? Terangkan. (TP3)
tidak. Resapan yang berlaku adalah perlahan bagi buaya kerana isipadunya besar. Buaya
memerlukan system pengangkutan khusus untuk mengangkut bahan keperluan sel dan
bahan kumuh tersebut.

11

5. Rajah menunjukkan sistem peredaran darah bagi haiwan X dan haiwan Y.(TP4)

a. Apakah persamaan sistem peredaran darah bagi haiwan X dan Haiwan Y?
sistem peredaran tertutup

b. Nyatakan dua perbezaan antara struktur jantung haiwan X dan haiwan Y yang paling
ketara.

i. jantung haiwan X tiada septum tetapi jantung haiwan Y ada septum.
ii. jantung haiwan X ada 2 atrium dan 1 ventrikel tetapi jantung haiwan Y ada 2 atrium dan

2 ventrikel .

c. Antara sistem peredaran darah di atas, yang manakah lebih cekap? Berikan sebab.
System peredaran darah haiwan Y lebih cekap kerana darah beroksigen dipisahkan

sepenuhnya daripada darah terdeoksigen.

d. Antara yang berikut, yang manakah mewakili haiwan X dan haiwan Y?

Itik Y

Gorilla Y

Kodok X

Buaya X

6. Berapakah jumlah ruang yang terdapat dalam jantung? (TP1)
4

7. Mengapakah ventrikel mempunyai dinding otot yang lebih tebal berbanding atrium? (TP3)
Ventrikel perlu mengepam darah ke seluruh anggota badan manakala atrium hanya
menerima darah daripada anggota badan.

8. Mengapakah ventrikel kiri mempunyai dinding otot yang tebal berbanding ventrikel kanan?
(TP3)
Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh badan yang memerlukan tekanan yang tinggi
manakala ventrikel kanan mengepam darah ke peparu.

9. Lengkapkan jadual di bawah. (TP2)

12

Fungsi Ketebalan Saiz Kehadiran Denyutan
dinding lumen injap nadi
Arteri Membawa darah
beroksigen keluar dr tebal kecil tiada Ada
jantung

Vena Membawa darah nipis Besar Ada tiada
terdeoksigen kembali ke
jantung

Kapilari Membawa darah dari Setebal 1 sel Sangat tiada tiada
arteri ke vena kecil

10. Lengkapkan yang berikut mengenai sistem peredaran darah manusia. (TP2)
Sistem peredaran darah manusia terdiri daripada 2 jenis iaitu
System peredaran pulmonari dan system peredaran sistemik.

Sistem Membawa darah terdeoksigen dari jantung ke peparu dan
peredaran mengembalikan darah beroksigen kembali ke jantung.
pulmonari
Membawa darah beroksigen dari jantung ke bahagian badan dan
Sistem mengembalikan darah terdeoksigen kembali ke jantung.
peredaran
sistemik

11. Nyatakan peranan sistem peredaran darah dalam pengangkutan bahan dengan
menggariskan jawapan yang betul. (TP2)
a. Mengangkut (karbon dioksida/oksigen) dan (bahan kumuh/ nutrien) ke semua bahagian
badan.
b. (Menghalang/ Mengawal) pergerakan bahan masuk dan keluar dari sel.
c. Menyingkirkan bahan kumuh seperti (oksigen/ karbon dioksida) dan (urea/ air).

d. Mengekalkan (berat/ suhu) badan.

12. Terangkan fungsi bagi setiap sel darah. (TP2)

Sel darah merah Mengangkut oksigen ke seluruh badan

Sel darah putih Melindungi badan daripada penyakit dan melawan jangkitan.

Platlet Membantu pembekuan darah

13. a. Namakan komponen bendalir yang membentuk kira-kira 55% daripada isipadu darah.
Plasma darah

13

b. Berikan satu ciri yang membezakan sel darah putih dengan sel darah merah.
Kehadiran nukleus

14. Nyatakan tiga ciri sel darah merah.
a. bentuk dwicekung
b. jangka hayat selama 120 hari
c. kehadiran hemoglobin

15. a. Lengkapkan jadual berikut mengenai kesesuaian darah untuk pemindahan. Tandakan (√)
jika

serasi dan (X) jika tidak serasi.

Kumpulan darah Kumpulan darah penerima 0
penderma A B AB X
/ X/ X
A X// X
B XX/ /
AB / //
O

b. Kumpulan yang manakah penderma universal? Mengapa?
Kumpulan darah O kerana ia boleh diderma kepada semua kumplan darah.

c. Kumpulan yang manakah penerima universal? Mengapa?
Kumpulan darah AB kerana ia boleh menerima semua jenis kumpulan darah.

16. Safuan jatuh melutut semasa sedang bermain kasut roda. Namun, lututnya tiada luka.
a. Pada keesokan harinya, lututnya mengalami sedikit perubahan. Apakah perubahan yang
kelihatan? (TP3)
kedua-dua lututnya mempunyai kesan hitam kebiruan.
b. Jelaskan jawapan anda di (a). (TP4)
Kapilari darah di bawah permukaan kulit telah koyak dan mengalami pendarahan.
Platlet berkumpul di tapak luka untuk membentuk bekuan darah.
Ini menyebabkan kulit kelhatan lebam.

17. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul mengenai pengangkutan dalam tumbuhan.
(TP1)
a. Transpirasi ialah proses kehilangan air dalam bentuk wap air.
dari permukaan daun ke udara secara penyejatan.
b. Gutasi ialah proses kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk
cecair melalui hidatod yang terdapat pada pinggir daun.
c. Hidatod ialah sejenis liang khas pada daun yang merembeskan air dan tidak
dikawal oleh sel pengawal.

18. Rajah menunjukkan pergerakan air dalam sebatang pokok. (TP2)
a. Lukiskan anak panah ( ) untuk menunjukkan pergerakan air dalam pokok tersebut.
Kemudian, lengkapkan pernyataan berikut bagi pergerakan air itu.

14

i. tersejat, permukaan, stoma
ii. naik, daun
iii. tanah, akar

19. Terangkan perbezaan antara kehilangan air melalui transpirasi dan gutasi dalam tumbuhan.

(TP2

Transpirasi Gutasi

a. Berlaku melalui stoma pada a. Berlaku melalui hidatod yang berada di

permukaan daun. pinggir daun.

b. Berlaku kebiasaannya pada waktu b. Berlaku kebiasaannya pada waktu malam.

siang .

c. Kehilangan air dalam bentuk wap air . c. Kehilangan air dalam bentuk cecair.

20. Rajah menunjukkan batang pokok berkayu yang telah digelangkan sebahagian kulitnya
bersama- sama floem. (TP5)

a. Apakah yang dapat diperhatikan pada bahagian atas gegelang selepas sebulan?
Lakar dan labelkan dalam ruang di bawah.

15

b. Jelaskan pemerhatian anda di (a).
makanan tersekat dan terkumpul di dalam floem pada bahagian atas gegelang
menyebabkan bahagian tersebut bengkak.

c. Mengapakah pokok tersebut masih hidup selepas sebulan?
Xilem mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke bahagian pokok lain yang tidak
dibuang.

16


Click to View FlipBook Version