The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mswp.wipers1, 2021-10-28 02:10:36

Maklumat Am Penyertaan Virtual Run

Maklumat Am Penyertaan Virtual Run

MAKLUMAT AM

PUSPANITA PURPLE VIRTUAL RUN AND WALK 2021
“PUSPANITA KWP PRIHATIN”
TEMPOH LARIAN : 30 OGOS 2021 (ISNIN) – 12 SEPTEMBER 2021 (AHAD)

KAEDAH PELAKSANAAN DAN SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan
Kementerian Wilayah Persekutuan.

2. Penyertaan perlu dihantar kepada [email protected] pada atau
sebelum 12 September 2021 (Ahad).

3. Jarak larian / berjalan kaki tiada had yang ditetapkan dalam tempoh program.
Pemenang bagi 2 kategori berdasarkan jarak larian / berjalan kaki (kilometer yang
dapat dikumpul) dan juga masa yang terbaik.

4. Larian dan berjalan kaki boleh dilakukan di mana-mana kawasan yang
bersesuaian tidak kira secara outdoor/indoor dengan mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

5. Rekod larian / berjalan kaki boleh menggunakan sebarang peranti larian
(running device) seperti Garmin/ Polar/ Suunto/ Apple Watch atau aplikasi larian
(running apps) seperti Strava/ JomRun/ Nike Run atau mana-mana peranti dan
aplikasi lain yang bersesuaian.

6. Foto larian / berjalan kaki yang berunsurkan Hari Kebangsaan boleh dihantar
kepada urus setia pertandingan di samping lampiran rekod larian bagi peluang
memenangi hadiah untuk kategori foto larian / berjalan kaki paling kreatif.

7. Peserta hendaklah memastikan foto larian TIDAK mengandungi elemen
sensitif seperti unsur perkauman, agama, politik dan menyentuh sensitiviti individu.

8. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan data larian yang benar, tepat,
terkini dan lengkap.

9. Setiap bukti larian yang dihantar sebagai penyertaan akan menjadi hak milik
PUSPANITA Cawangan KWP.

10. Pihak penganjur berhak membuat pindaan terhadap terma dan syarat
pertandingan.

11. Segala risiko dan kemalangan yang membabitkan peserta dalam larian ini
adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab
atas segala kerugian yang membabitkan kecederaan tubuh badan, kerosakan harta

benda sama ada yang peribadi atau awam, atau apa-apa masalah yang timbul
semasa program ini berlangsung.

12. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang mengisi
butiran maklumat dan rekod larian yang tidak tepat atau tidak lengkap.

13. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk rayuan tidak
akan dilayan.

14. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur dan nama-nama pemenang
akan diumumkan dalam laman media sosial PUSPANITA Cawangan KWP.

*Required


Click to View FlipBook Version