The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKLUMAT AM PUSPANITA VIRTUAL RUN AND WALK 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mswp.wipers1, 2021-11-01 04:56:46

MAKLUMAT AM PUSPANITA VIRTUAL RUN AND WALK 2021

MAKLUMAT AM PUSPANITA VIRTUAL RUN AND WALK 2021

MAKLUMAT AM

PUSPANITA PURPLE VIRTUAL RUN AND WALK 2021
“PUSPANITA KWP PRIHATIN”
PENDAFTARAN : 1 NOVEMBER – 7 NOVEMBER 2021 (ISNIN-AHAD)
TEMPOH LARIAN : 8 NOVEMBER 2021 (ISNIN) – 21 NOVEMBER 2021 (AHAD)

KAEDAH PELAKSANAAN DAN SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan
Kementerian Wilayah Persekutuan.

2. Penyertaan perlu dihantar kepada https://bit.ly/lampiranaktiviti pada atau
sebelum 24 November 2021 (Rabu).

3. Jarak larian / berjalan kaki tiada had yang ditetapkan dalam tempoh program.
Pemenang bagi 2 kategori berdasarkan jarak larian / berjalan kaki (kilometer
yang dapat dikumpul) dan juga masa yang terbaik.

4. Larian dan berjalan kaki boleh dilakukan di mana-mana kawasan yang
bersesuaian tidak kira secara outdoor/indoor dengan mematuhi Prosedur
Operasi Standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN).

5. Rekod larian / berjalan kaki boleh menggunakan sebarang peranti larian
(running device) seperti Garmin/ Polar/ Suunto/ Apple Watch atau aplikasi
larian (running apps) seperti Strava/ JomRun/ Nike Run atau mana-mana
peranti dan aplikasi lain yang bersesuaian.

6. Foto larian / berjalan kaki yang kreatif boleh dihantar kepada urus setia
pertandingan di samping lampiran rekod larian bagi peluang memenangi
hadiah untuk kategori foto larian / berjalan kaki paling kreatif (setiap peserta 1
penyertaan sahaja).

7. Peserta hendaklah memastikan foto larian TIDAK mengandungi elemen
sensitif seperti unsur perkauman, agama, politik dan menyentuh sensitiviti
individu.

8. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan data larian yang benar, tepat,
terkini dan lengkap.

9. Setiap bukti larian yang dihantar sebagai penyertaan akan menjadi hak milik
PUSPANITA Cawangan KWP.

10. Pihak penganjur berhak membuat pindaan terhadap terma dan syarat
pertandingan.

11. Segala risiko dan kemalangan yang membabitkan peserta dalam larian ini
adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab atas segala kerugian yang membabitkan kecederaan tubuh
badan, kerosakan harta benda sama ada yang peribadi atau awam, atau apa-
apa masalah yang timbul semasa program ini berlangsung.

12. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang mengisi
butiran maklumat dan rekod larian yang tidak tepat atau tidak lengkap.

13. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk rayuan tidak
akan dilayan.

14. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur dan nama-nama pemenang
akan diumumkan dalam laman media sosial PUSPANITA Cawangan KWP.

*Required


Click to View FlipBook Version