The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by balan11055, 2021-07-14 05:18:52

BUKU S2 2021

BUKU S2 2021

BUKU KERJA BAHASA MALAYSIA
MENENGAH ATAS DUA
TAHUN 2021

Nama : ____________________ ( )
Kelas : _______________
Guru :__________________

Bil Kandungan Halaman
1 Panduan Menulis Rumusan dan Latihan Rumusan
2 Pemahaman Petikan Bebas 1: Pupuk Semangat Cintakan Negara 3-20
3 Pemahaman Petikan Bebas 2: Elak Nasib Hutan Amazon di Malaysia 21 – 22
4 Pemahaman Petikan Bebas 3: Pastikan Tiada Lagi Keracunan Makanan 22 – 24
5 Pemahaman Petikan Bebas 4: Padah Kemalanagan Jalan Raya 24 – 25
6 Pemahaman Petikan Bebas 5: Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia
7 Pemahaman Petikan Bebas 6 : Wabak Zika 26 -27
8 Pemahaman Petikan Bebas 7 : Kekejaman Rumah tangga 27 – 28
9 Pemahaman Petikan Bebas 8: Setimpal Untuk Pemandu Mabuk 29 – 30
10 Pemahaman Petikan Bebas 9: Popularkan Permainan Tradisonal 30 – 31
11 Komsas 1 :Seloka Si Luncai 32 – 33
12 Komsas 2 :Dirgahayu Bahasaku
13 Komsas 3: Harga Remaja 33- 34
14 Komsas 4 : Sajak Bangkitlah
15 Komsas 5: Gurindam 12 35- 36
16 Komsas 6: Cerpen Melissa
17 Komsas 7: Cerpen Idola 36- 37
18 Komsas 8: Hikayat Khoja Maimun 37 – 38
19 Kesalahan Bahasa 39 – 40
20 Ayat Aktif kepada Ayat Pasif 40 – 41
21 Ayat Pasif kepada Ayat Aktif 41 – 43
22 Bina Ayat Tanya 43 – 44
23 Ayat Biasa kepada Ayat Songsang 45 – 48
24 Ayat Songsang kepada Ayat Biasa 48 – 65
25 Ejaan 65 – 72
26 Subjek dan Predikat 72 – 77
27 Gabungkan Ayat 77 – 79
28 Cerakinkan Ayat 80 – 84
29 Pengimbuhan 84 – 86
30 Pola Ayat 87 – 88
31 Soalan UEC Tahun 2019 89 – 92
93 – 97

97- 99
99 – 104
104 – 108
109 – 117

1

RUMUSAN ( 30 markah )
KATA KUNCI DAN PANDUAN MENULIS RUMUSAN
a. Contoh kata kunci yang mesti ditukar:
1. Langkah, usaha, strategi, kerjasama, tindakan, kaedah, inisiatif, tanggungjawab, cara.
2. Faktor, punca, sebab,pencetus,pendorong, pemangkin
3. Kesan, akibat, risiko, impak
4. Kekangan, halangan, masalah, rintangan, cabaran
5. Peranan, sumbangan, fungsi, tugas
6. Faedah, manfaat, kebaikan, kelebihan, kepentingan, keutamaan, kesan positif
7. Matlamat, tujuan, objektif
8. Ciri-ciri, criteria, sifat
9. Sikap, perwatakan , kelakuan, sahsiah, karektor
10. Imej, citra, gambaran, pelukisan
11.Kualiti, spesifikasi, ukuran, piawai
12. Nilai, norma
13. Masalah, kemelut, krisis, konflik, kesukaran , kepincangan, kebejatan
14. Situasi, keadaan, fenomena, senario
15. Kehendak, keperluan, keinginan
16. Mesej, teladan, pengajaran, iktibar

Contoh :
Baca petikan di bawah, kemudian tulis suatu rumusan tentang langkah-langkah memupuk budaya
membaca dan faedahnya kepada negara.

Petikan membincangkan cara-cara memupuk budaya membaca di negara kita.

ISI TERSURAT:
a. Jumlah isi : 5 atau 6
b. Cara mulakan isi tersurat:

Langkah memupuk budaya membaca ialah…(Isi 1)….
Selain itu, …(Isi 2)… Seterusnya,… Isi 3)…. Selanjutnya,…..(Isi 4) Sementelahan, …. (Isi 5).
Akhir sekali,…...(Isi 6)….

2

ISI TERSIRAT: a. Jumlah isi : 2

Faedahnya kepada negara ialah ……(Isi 7)….. Selain itu, ……(Isi 8)

PENUTUP

Kesimpulannya, ( siapa) harus (buat apa?) (cara) supaya ( apa / kesannya)

Kesimpulannya, semua pihak harus memupuk budaya membaca supaya negara kita maju dan
gemilang.

( 124 patah perkataan )

RUMUSAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah pencegahan kes-
kes kekejaman terhadap kanak-kanak dan manfaatnya. Panjangnya rumusan tidak melebihi 120
patah perkataan.

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian menyayat hati yang membabitkan
pembunuhan kanak-kanak. Pembunuhan kejam ini meninggalkan kesan yang mendalam kerana
negara kita baru saja diumumkan sebagai negara aman yang ke-19 di dunia. Paling sadis jenayah
disabitkan oleh perlakuan individu yang bermasalah jiwa dan mental serta tidak boleh dikenal pasti
kerana individu ini kelihatan normal dan hidup bebas dalam masyarakat. Berdasarkan kajian, kes
jenayah kanak-kanak juga boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tingkah laku pelakunya sukar
dijangkakan kerana tidak semua kes mempunyai corak perlakuan jenayah yang sama. Kes ini juga
boleh dikaitkan dengan individu pedofilia yang mengalami gangguan psikoseksual.

Walau bagaimanapun, ibu bapalah yang perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan anakanak.
Kebanyakan kes jenayah yang terjadi disebabkan kealpaan ibu bapa yang membenarkan kanakkanak
ini bersendirian. Sebenarnya, ibu bapa kepada kanak-kanak yang berusia bawah tujuh tahun secara
sengaja mendedahkan anak mereka kepada kemungkinan diculik atau dilarikan, boleh dikenakan
hukuman mengikut seksyen 31, Akta Kanak-kanak 2001. Seksyen 33 pula menyatakan adalah
menjadi kesalahan jika ibu bapa atau penjaga membiarkan anak mereka tanpa pengawasan orang
dewasa atau meninggalkan anak untuk satu tempoh yang tidak munasabah atau membiarkan mereka
dalam keadaan tidak munasabah.

Ibu bapa harus mengajar anak supaya mempunyai sifat curiga kepada orang yang tidak dikenali
dan mengehadkan sempadan kehadiran orang yang tidak 'diiktiraf’ sebagai saudara mara atau sahabat
keluarga. Kanak-kanak di bawah umur pula seharusnya sentiasa berada di bawah pengawasan
keluarga. Kanak-kanak tidak seharusnya dibiarkan keluar bersendirian tanpa ditemani oleh ahli
keluarga. Jangan sudah terhantuk, baru tengadah. Kesilapan sedetik ini akan menyebabkan
penderitaan sepanjang hayat. Walaupun pesanan seperti ini sentiasa disampaikan, masih ada lagi ibu
bapa yang beranggapan tiada salahnya membenarkan anak kecil berada di luar rumah kerana mereka
sudah biasa dengan persekitaran kawasan tempat tinggal. Ibu bapa perlu mencari titik keseimbangan
bagi memastikan masa berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu sedar
bahawa anak-anak juga berhak untuk bersamasama mereka. Jangan mengawasi anak-anak hanya
secara bermusim. Sebagai contoh, ketika berlaku kes kehilangan kanak-kanak seperti Nurin Jazlin
Jazmin dan Dirang barulah ibu bapa sibuk memastikan keselamatan anak mereka terjamin. Selepas
seketika, ingatan terhadap kejadian kanak-kanak hilang, dibunuh dan dibakar semakin terhakis. lbu
bapa kembali bersikap sambalewa.

3

Harus menjadi ingatan, kejadian jenayah akan berlaku apabila wujud peluang yang luas untuk
penjenayah bertindak. Penjenayah tidak seharusnya diberikan ruang dan peluang seperti ini. Peranan
ibu bapa sangat penting dalam memastikan persekitaran anak sentiasa selamat. Ibu bapa merupakan
benteng pertama dalam memastikan kehidupan anak terjamin. Semoga kisah arwah Nurul Nadirah
Abdullah menjadi pengajaran yang berguna kepada semua pihak.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Jangan ambil mudah keselamatan anak di luar rumah
oleh Anuar Patho Rohman, Berita Harian lsnin 9 April 2012)

RUMUSAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan makan
bersama-sama dengan keluarga dan halangan untuk mengamalkannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Budaya makan bersama-sama dengan keluarga kini semakin kurang diamalkan. Meluangkan masa
makan bersama-sama dengan keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberikan kesan besar
kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Malangnya, anak-anak zaman sekarang makan
tanpa mengikut waktu makan yang sepatutnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar
untuk mencari masa makan bersama, terutamanya pada waktu siang namun kita boleh berkumpul
sekeluarga pada waktu makan malam.

Ketika makan bersama, ibu bapa dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh
menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Hal ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan banyak
minum air kosong. Kalau diperhatikan, adab ketika di meja makan kini semakin hilang, terutamanya
dalam kalangan generasi muda. Anak-anak lebih gemar menikmati makanan ketika menonton
televisyen. Jika menjamu selera di meja makan, ada anak-anak yang tergesa-gesa menghabiskan
makanan kerana mahu menonton rancangan kegemaran ataupun bermain permainan komputer.
Ketika inilah ibu bapa boleh menetapkan disiplin atau adab di meja makan. Adab-adab berkenaan,
termasuklah mengajar anak-anak menyediakan hidangan, membasuh pinggan mangkuk, makan
secara beradab, serta melatih mereka mengemas meja selepas makan.

Waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan menyeronokkan. Ketika makan, ibu bapa
boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh dibincangkan ialah peristiwa menarik
di sekolah, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau rakan-rakan rapat
mereka. Secara tidak langsung, ibu bapa juga dapat mengesan pergerakan harian anak-anak,
terutamanya yang sudah masuk usia remaja. Kajian juga menunjukkan lebih kerap keluarga makan
bersama, lebih rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok,
mengambil minuman keras, penyalahgunaan dadah, dan pergaulan bebas.

Ada kalanya anak-anak mempunyai pandangan negatif terhadap ibu bapa. Oleh yang demikian,
ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. Mereka
boleh berterima kasih kepada perlakuan baik atau kerajinan mereka dalam membantu keluarga dan
belajar. Perbincangan ketika masa makan juga dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur kerana
perbualan panjang antara ibu bapa dengan anak-anak pasti berlaku. Tamsilnya, anak-anak dapat
belajar perkataan baharu yang diperoleh ketika perbualan di meja makan. Selain itu, keakraban
hubungan antara anggota keluarga akan terjalin. Keakraban hubungan ini memberikan kesan besar
kepada kehidupan anak-anak dan akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tegasnya, makan
bersama-sama dengan keluarga perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini mampu
membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota masyarakat yang berhemah.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Amalan Makan Bersama’, Harian Metro, 21 Mac 2012)

4

RUMUSAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk
perpaduan dan kepentingannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang etnik dan
keturunan. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan prinsip-prinsip jitu
untuk perpaduan. Namun hakikatnya tahap perpaduan kita sampai di mana? Peristiwa 13 Mei
memaparkan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi. Dalam usaha membendung masalah
ini kerajaan menyedari bahawa negara memerlukan satu ideologi untuk terus bersatu.

Rukun Negara menjadi platform membimbing masyarakat ke arah perpaduan kerana tanpa
perpaduan di manakah letaknya nilai jati diri kita? Bukan setakat itu sahaja, masyarakat Malaysia
hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan yang perlu disemai sejak kecil kerana amalan ini
membuktikan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum akan menghasilkan natijah yang
berkesan. Hal ini juga menunjukkan sikap keterbukaan menjadi kunci kejayaan pergaulan dan
perpaduan. Di sini, masyarakat pelbagai kaum boleh mengenali antara satu sama lain dengan lebih
rapat lagi. Ibu bapa juga memainkan peranan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada
anak-anak mereka. Lagipun ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hal ini kerana segala yang
ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwariskan kepada generasi akan datang. Oleh itu ibu bapa perlu
memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidak terhad kepada amalan sikap keterbukaan tetapi
juga kepada soal adab, asuhan keagamaan dan pembentukan jati diri. Anak-anak juga perlu diterapkan
dengan nilai-nilai murni yang universal.

Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda melalui
pendidikan dan bahasa kebangsaan. Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan sebagai satu
proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan
Sarawak.

Melalui Dasar Ekonomi Baru pula, satu lagi usaha untuk mewujudkan kerjasama agar kekayaan
negara dibahagikan sama rata antara kaum. Terkini, Program Latihan Khidmat Negara yang
menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu merapatkan hubungan dan menjalin perpaduan serta
menambah kemesraan antara kaum.

Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar-bandar besar serta tidak
prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap isu perpaduan tidak mendatangkan sebarang
faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh . Selain itu, sikap tidak jujur atau tidak adil terhadap
orang lain juga menimbulkan rasa tidak puas hati dan dendam yang berpanjangan. Di samping itu,
sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama malah membantah segala program yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan. Jika rakyat
tidak boleh bersikap terbuka, dan sentiasa berprasangka, pasti semua yang kita banggakan terhadap
diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu akan musnah akhirnya. Oleh itu, demi tanah
tumpah darah, kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai contoh kepada
generasi akan datang.

(Dipetik dan diubah suai daripada Perpaduan: Di manakah Penghujungnya, oleh Dr Ahmad
Zaharuddin Sani Sabri Mstar Online, Februari, 2012)

5

RUMUSAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca obesiti dalam
kalangan murid dan langkah-langkah mengawalnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan sebanyak 30 peratus rakyat akan
mengalami obesiti pada tahun ini. Ketua Pegawai LPKM, Dr. Yahya Saba menyatakan bahawa angka
itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap
kesedaran mengenainya tidak diberi perhatian secara serius, peratusannya mungkin bertambah.
Statistik menunjukkan obesiti dalam kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak dalam
tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006 dan senario ini membimbangkan pelbagai pihak.

Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan
nasi lemak di kantin sekolah semata-mata. Obesiti disebabkan oleh pelbagai punca dan amat tidak
wajar menuding jari kepada satu-satu jenis makanan yang menyumbang kepada masalah tersebut.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, pengambilan makanan segera seperti
piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi punca kegemukan.
Selain makanan segera, ada juga kalangan murid yang membeli makanan ringan di luar pagar sekolah
yang sememangnya tidak membawa sebarang khasiat. Secara umum, obesiti membabitkan
pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Aspek pemakanan kanak-
kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan
berat badan ketika ibu mengandung juga merupakan satu daripada faktor penyebab obesiti kanak-
kanak.

Perkembangan teknologi pada masa ini turut mempengaruhi kecenderungan kanak-kanak mengisi
masa yang ada. Hal ini menyebabkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti di dalam rumah yang
mengehadkan pergerakan mereka seperti menonton televisyen dan bermain komputer selain
permainan elektronik. Perubahan persekitaran sosial termasuk kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak
memantau pemakanan anak-anak menyebabkan anak-anak mengalami masalah obesiti dan kesihatan.
Kita juga harus melihat perspektif yang lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan
kanak-kanak sebagai sasaran pemasaran dengan menampilkan label makanan yang menarik di
samping menawarkan pelbagai hadiah iringan. Pengaruh iklan terhadap kanak-kanak sudah banyak
dikaji dan banyak negara telah mengharamkan kempen atau pengiklanan makanan yang kurang
berkhasiat.

Selain pemakanan, obesiti turut dikaitkan dengan faktor genetik. Buktinya, ada individu yang
mengadu bahawa mereka mengalami masalah kegemukan walaupun mengawal tabiat pemakanan.
Secara tuntas, satu pendekatan yang menyeluruh perlulah diambil untuk menangani masalah tersebut.
Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan dengan pelbagai
masalah kesihatan.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Obesiti Murid, Perlu Pemantauan Serius' oleh Hj. Samat Buang,
Fokus SPM, Jun 2011)

RUMUSAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab berlakunya
pencemaran air dan usaha-usaha untuk mengatasi masalah pencemaran air. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Air merupakan sumber semulajadi yang sangat penting bagi kehidupan di muka bumi ini. Bumi
diliputi oleh 71 peratus air dengan isi padu air dianggarkan lebih kurang 1.386 bilion km padu.
Sebahagian besar air diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab manusia merupakan

6

pengguna utama sumber semula jadi ini, maka tidak hairanlah kita juga ialah penyumbang yang
terbesar kepada masalah pencemaran air.

Pencemaran air yang paling besar berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan yang tidak
sempurna. Pencemaran air menerusi sisa kumbahan ini bertambah buruk di kawasan yang tidak
mempunyai sistem pembetungan yang sempurna, terutamanya di kawasan luar bandar yang
pengaliran sisa kumbahan disalurkan terus ke dalam sungai. Aktiviti pertanian sama ada yang
berskala kecil mahupun berskala besar turut menjadi faktor pencemaran air. Pembukaan dan
penerokaan tanah yang tidak terkawal telah menyebabkan hakisan tanah seterusnya mencemarkan air
sungai kesan daripada bahan terampai dan keladak yang dibawa ke dalam sungai. Penggunaan racun
serangga dan baja kimia dalam bidang pertanian turut mencemarkan air. Keadaan ini pastinya
memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan keindahan alam semula jadi. Aktiviti penternakan
juga menjadi masalah besar kepada pencemaran air.

Aktiviti penternakan seperti penternakan ayam, lembu, kambing, dan babi direkodkan sebagai
penyebab utama pencemaran air akibat najis dan sisa kotoran yang dihasilkan. Sikap ambil mudah
masyarakat yang membuang sampah terus ke dalam longkang dan sungai memburukkan lagi keadaan.
Isu seperti air yang berbau busuk dan tidak menyenangkan yang pernah berlaku di Selangor dan
Putrajaya ialah contoh paling jelas kesan pencemaran air akibat aktiviti pembuangan sampah yang
tidak terurus. Pengaliran dan pembuangan sisa perindustrian secara tidak selamat juga semakin
serius dan menyumbang kepada pencemaran air. Air sungai yang tercemar akan memberi kesan
buruk kepada kesihatan manusia akibat sisa buangan industri yang mengandungi bahan keluli,
bakteria, bahan-bahan organik, dan bukan organik yang tidak dirawat dengan betul.

Kegiatan ekonomi manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata seperti pembalakan,
penerokaan, dan tebus guna tanah juga menyebabkan air terus tercemar. Menurut Jabatan Alam
Sekitar (JAS), aktiviti pembukaan tanah menjadi punca utama pencemaran 31 lembangan sungai di
seluruh negara. Air buangan daripada kegiatan perniagaan dan industri dipercayai menyumbang
kepada penurunan kualiti air sungai. Di bandar-bandar besar, kebanyakan restoran, gerai, dan warung
makanan berlesen dipercayai mengalirkan air buangannya terus ke dalam longkang, yang akhimya
mengalir ke sungai. Masalah pencemaran air di negara kita pada hakikatnya semakin serius walaupun
masih terkawal. Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga kesejahteraan alam sekitar terutamanya air.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Air: Bersyukurkah kita?' oleh Roslan Lateh, Dewan Siswa, April
2010)

RUMUSAN 6

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan
Internet dan tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada
aplikasi Internet malah sesiapa sahaja boleh melayarinya. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa bimbang
akan fenomena remaja yang melayari Internet kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan
negatif. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja kerap berada di kafe siber, begitu terangsang
melayari Internet kerana tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang
lain. Keresahan dan kebimbangan ini dapat dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa apabila remaja
terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran. Faktor ini
didorong oleh sesetengah ibu bapa yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan
keburukannya terus dimanipulasi oleh remaja untuk mengunjungi kafe siber.

7

Kini didapati remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen kerana ingin berkunjung ke kafe siber
untuk membolehkan mereka melayari Internet. Hal ini terjadi disebabkan di kebanyakan kawasan
berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet
dengan bayaran yang murah. Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pelbagai jenayah
siber dilakukan dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan iaitu mencatatkan kerugian
berjumlah lebih daripada RM 63 juta pada tahun 2010. Bagi tempoh lima tahun akan datang kerajaan
akan menanggung kerugian RM2.73 juta sekiranya jenayah siber tidak ditangani dengan baik sejajar
dengan peningkatan bilangan individu celik teknologi maklumat yang dianggarkan mencecah 16 juta
orang. Sebarang penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam blog juga boleh menjurus
kepada provokasi dan fitnah. Sehubungan dengan itu, tindakan ini dianggap satu kesalahan yang
boleh disabitkan dengan jenayah siber.

Dalam perkembangan dunia ICT, tidak salah mereka mempunyai perasaan ingin tahu dan sentiasa
mengikuti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia tetapi menjadi kesalahan sekiranya
kebebasan ini disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman sesawang yang memaparkan
kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama. Secara purata kanak-kanak dan
remaja Malaysia yang berumur 8 hingga 18 tahun menghabiskan masa selama 19 jam setiap minggu
untuk melayari Internet. Sebanyak 23 peratus masa dihabiskan atas talian untuk media sosial dan blog
oleh golongan muda. Generasi muda dikatakan akan menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati
diri kerana pengaruh budaya popular melalui filem, muzik dan lagu yang mempengaruhi pemikiran
mereka.

Pengaruh Internet banyak meruntun remaja dengan gaya hidup asing serta menghakis kesantunan
dalam pertuturan lisan dan perlakuan. Hal ini demikian kerana mereka banyak didedahkan dengan
bahasa singkatan atau bahasa rekaan sendiri serta pengaruh dari luar negara yang menggugat budaya.
Selain itu, pengaruh alam maya ini juga mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal dan
mereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian sebelum
nasi menjadi bubur, sebarang tindakan pencegahan dan kawalan perlu dilaksanakan untuk menangani
masalah ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Atasi Kesan Internet’ oleh Ami Masra, Dewan Siswa, Jun
2013.

RUMUSAN 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pemupukan
semangat patriotisme dan langkah-langkah memupuk semangat patriotisme di negara ini.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap kali menjelang Ogos, rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa memperbaharui
semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan negara. Melalui semangat cinta akan negara dapat
membentuk ke arah membina negara bangsa yang bersatu padu. Patriotisme seharusnya menjadi
subjek dan tema penting yang mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini
mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun yang lalu. Dalam mencapai matlamat dan wawasan
membina Malaysia sebagai sebuah negara maju, semangat patriotisme mampu menjadi benteng untuk
memastikan kemerdekaan negara akan terus dapat didaulatkan. Pada masa yang sama, Malaysia
menghadapi pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme,
feudalisme baharu dan sebagainya. Justeru, patriotisme boleh meningkatkan keyakinan kita bahawa
negara ini lebih hebat daripada negara lain. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri apakah
sumbangan kita kepada negara yang kita cintai?

8

Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Pemupukan
semangat seperti ini mampu mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan
status serta pengaruh bangsa dan negara. Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan
semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Oleh itu,
hal ini boleh meningkatkan semangat rakyat untuk mempertahankan negara daripada musuh dan
ancaman luar. Di samping itu, warganegara yang menyanjung tinggi unsur patriotisme akan
menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara melalui sumbangan dan pengorbanan yang tiada
batasannya.

Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan,
keberanian, rela berkorban serta kesukarelaan perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang
patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara. Melalui nilai ini akan melahirkan rakyat
yang saling membantu dan bekerjasama membangunkan negara tanpa mengira perbezaan agama,
bangsa mahupun fahaman politik. Semangat patriotisme juga perlu dibangunkan melalui dasar
pembangunan manusia iaitu membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik
dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi. Dengan itu akan menonjolkan imej Malaysia
sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa.

Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia, rasa cinta akan
negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati setiap rakyat negara ini. Hal ini mencerminkan jiwa
patriotik dan perasaan seseorang itu. Golongan muda seharusnya mcngambil contoh dan teladan
pejuang kemerdekaan negara dahulu. Selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra
yang gigih serta mempunyai semangat cinta akan negara terdapat juga tokoh-tokoh lain yang turut
berjuang ke arah kemerdekaan. Di samping itu, usaha untuk mengekalkan semangat juang yang tinggi
hendaklah dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Janganlah harapan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan
hancur berkecai disebabkan oleh lunturnya semangat juang anak bangsa yang berfikiran mirip ke arah
keseronokan dan kebendaan semata-mata.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Membina Bangsa Dengan Semangat Patriotisme' oleh Dr.
Aminudin Mansor Utusan Malaysia, Ogos 2012.

RUMUSAN 8

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah bersenam
kepada orang ramai dan masalah-masalah untuk melakukan senaman. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebolehan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka bahawa mereka
cergas, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka
jarang sakit dan tidak kerap mendapatkan rawatan perubatan tetapi hal ini tidak bermakna keadaan
fizikal mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang berkesan untuk seseorang berada kekal
dalam keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Walaupun fakta ini diketahui umum namun aktiviti yang baik untuk kesihatan ini masih berada di
tempat terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap minggu.

“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman menyumbang
kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang memberi kebaikan kepada otak dengan
melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyampaikan darah kepada
bahagian otak yang kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan keperluan oksigen kepada
otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk. Kita boleh melakukan
pelbagai kerja jika tidak mengantuk.

9

Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan
menyebabkan salur darah mengecil. Hal ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan darah
sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Sebagai kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan
untuk memenuhi keperluan oksigen kepada bahagian otot berkenaan. Terdapat banyak lagi faedah
yang berlaku dalam perubahan fisiologi apabila seseorang bersenam. Senaman menjadikan jantung
akan lebih kuat kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi.
Hasilnya dapat menjadikan seseorang sentiasa gembira dan dalam keadaan tenang.

Apabila melakukan aktiviti jasmani, pelbagai bahan kimia di dalam otak dapat memperhebat
‘hippocampus’. ‘Hippocampus’ merupakan suatu bahagian daripada otak yang amat penting untuk
memori. Kajian mendapati, senaman seperti aerobik mampu meningkatkan proses pembelajaran
walaupun kepada golongan dewasa. Anda juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah
melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu, senaman mampu
menangani masalah kemurungan kepada golongan yang mengalami tekanan di rumah ataupun di
tempat kerja. Banyak kes dilaporkan bahawa kemurungan ini boleh membawa kesan yang negatif.

Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan
yang berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit
jantung dan batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam
kalangan orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding mereka yang tidak
cergas. Hal ini terbukti melalui satu kajian yang mendapati kadar kematian kumpulan orang yang
tidak cergas adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding mereka dalam kumpulan sederhana cergas.
Tuntasnya, jadikanlah bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang
masa.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, ‘Faedah-faedah Senaman’, oleh Ziauddin Sharuddin, dalam
Berita Minggu, 12 Mac 2010)

RUMUSAN 9
Baca petkan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
mendapatkan tidur yang cukup dan kesan-kesannya jika tidak cukup tidur. Panjangnya
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menurut kajian,keperluan tempoh masa tidur seseorang individu itu berbeza-beza mengikut gen,
mekanisma badan, umur dan jantina. Sesetengah individu mudah terlena, manakala sebahagian lagi
sangat sukar untuk melelapkkan mata.

Sebenarnya, tempoh masa tidur bagi orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan
jam. Jika kurang daripada enam jam bermakna seseorang itu “berhutang dengan tidurnya sendiri”.
Namun begitu, kuantiti tidur yang banyak juga tidak memberi impak yang baik jika tidur terganggu.
Yang paling penting ialah tidur yang berkualiti atau nyenyak walaupun kuantitinya kurang daripada
enam jam.

Biasakan diri untuk tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari. Jika perlu, anda perlu membatasi
waktu tidur pada siang hari agar tidur pada sebelah malam tidak terganggu. Bagi segelintir individual
mereka mengakui agak sukar untuk mengamalkannya. Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan
waktu tidur yang cukup, anda perlu bertekad untuk melakukannya. Di samping itu, anda perlu
mewujudkan suasana tidur yang nyaman. Pastikan bilik tidur anda menjadi tempat paling tenang
untuk merehatkan diri. Anda boleh mendengar muzik sentimental atau lembut sambil membaca
bahan bacaan ringan. Lampu yang malap juga boleh digunakan.

10

Seseorang individu juga perlu mengelakkan diri daripada tidur dengan perut yang terlalu
kenyang. Jangan makan sebelum tidur. Makanan yang dimakan sebelum tidur sukar dihadamkan.
Jika lapar makanlah buah-buahan yang rendah kalorinya. Kita juga wajarlah mengelakkan daripada
terlalu banyak berfikir sebelum tidur. Oleh itu, anda perlu menenangkan fikiran sebelum masuk ke
bilik tidur. Anda juga digalakkan untuk melakukan meditasi atau senaman pernafasan. Penggunaan
teknik wangian aromaterapi boleh dilakukan dengan menitiskan beberapa titis minyak ke dalam bekas
yang berisi air lalu dibakar mampu bagi membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak
tersebut. Keadaan ini dapat mewujudkan fikiran yang tenang terutamanya penggunaan minyak
aromaterapi daripada wangian lavender amat sesuai untuk membantu tidur yang lena. Bagi yang
beragama Islam mungkin boleh berzikir sehingga terlelap.

Bantal juga mempegaruhi kualiti tidur. Pemilihan bantal yang sesuai merupakan elemen yang
perlu dititikberatkan. Oleh itu, anda perlu lebih teliti dalam memilih bantal yang bersesuaian demi
“keamanan tidur” anda. Tidak dinafikan, gaya tidur memainkan peranan yang penting dalam
memastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Oleh itu, anda perlu mengamalkan posisi tidur yang
baik. Tidur dengan posisi yang betul adalah dalam keadaan tulang belakang dan tulang leher berada
pada posisi selari.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Berhutang dengan Tidur” oleh Syahrul Ahmad, Dewan Siswa ,
Februari 2017)

RUMUSAN 10
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sumbangan industri
pelancongan kepada negara dan peranan masyarakat dalam merancakkan industri ini.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara
sejak pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara
menjadi penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014.
Pada tahun tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai 27.44 juta
pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion.

Sejak pengenalan Program Transformasi Negara tersebut, industri pelancongan telah dapat
memainkan peranan dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke
peringkat antarabangsa. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi yang agresif di luar negara. Hasil
daripada kempen promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara antara Singapura
dan Thailand. Malahan, industri ini telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan
kepelbagaian budaya di negara kita. Selain itu, Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada
27 September dengan tema '1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang' telah berupaya memberikan
semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian Wawasan 2020. Sektor pelancongan
secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu mampu
menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di
Borneo sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri
pelancongan sebagai sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Pengumuman langkah-langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan
tambahan RM80 juta untuk memperhebat aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran terpilih
termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India. Langkah ini melibatkan program yang dapat

11

membangunkan produk ikonik termasuklah memberi nafas baharu kepada Muzium Negara, Tugu
Negara dan Taman Tasik Perdana yang seterusnya, menjadikan tempat tersebut sebagai satu
destinasi yang lebih menarik dan mudah dikunjungi oleh pelawat.

Visi Program Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan
bagi membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia. Program tersebut telah
membolehkan aspirasi kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalistik dan
terdapat keperluan untuk mempelbagaikan ekonomi negara. Oleh itu, industri pelancongan
memainkan peranan penting bagi memperkukuh kepelbagaian ekonomi Malaysia yang telah
memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sektor pelancongan beri sumbangan ketara kepada ekonomi
negara’ Berita Harian, Oktober 2015)

RUMUSAN 11
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pembabitan
remaja dalam tarian dan usaha untuk menggalakkannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Aspek kesenian dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi, dan amalan harian
sesuatu kelompok masyarakat. Hal sebegini perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun.
Pelibatan masyarakat dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan, Misalnya dapat memberikan impak
yang positif kepada pembangunan negara seterusnya meningkatkan produktiviti negara. Sejajar
dengan itu, pelbagai pihak telah menggembleng tenaga untuk memastikan warisan seni dan budaya
tradisional di Malaysia terus diwarisi generasi demi generasi. Bagi merealisasikan impian ini,
golongan remaja memainkan peranan yang besar dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan,
terutamanya bidang tari. Bidang ini bukan sahaja mendatangkan keuntungan kepada negara, malah
membantu perkembangan remaja pada hari ini. Remaja perlu dibimbing untuk menggerakkan mereka
ke arah diri yang positif dan memiliki jati diri yang mantap. Aktiviti tarian dapat dijadikan sebagai
medium untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

Tari merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama dan penuh penghayatan. Tarian yang
dapat diceburi bukan sahaja tertumpu kepada tarian tradisional semata-mata, malah tarian moden
dapat dikuasai sebagai langkah memartabatkan dunia tari di negara ini. Pelibatan remaja dalam
bidang seni tari dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka secara keseluruhannya. Seterusnya
tarian juga dapat membina keyakinan dan keberanian seseorang individu untuk tampil ke
hadapan.Tarian juga mampu melahirkan perasaan serta keupayaan remaja dalam menguasai sesuatu
gerakan kreatif. Secara tidak langsung, hal ini melahirkan individu yang cekap berfikir, lebih kreatif
dan fokus pada sesuatu perkara yang dilakukan. Proses pembelajaran tari dapat membantu remaja
mengaplikasikan kemahiran dalam menempuh kehidupan seharian mereka. Melalui pelibatan ini,
remaja juga dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah di Malaysia. Proses pembelajaran
ini dapat menyerap perasaan cinta akan negara dan membimbing remaja untuk menjadi rakyat yang
setia. Pertandingan tarian yang diwujudkan mampu menyatupadukan pelajar berbilang bangsa.
Remaja akan dapat bergaul dan lebih memahami budaya bangsa lain.

Kemampuan psikomotor dalam aktiviti tarian dapat dilihat melalui pelbagai gerakan tarian. Postur
badan yang betul dan keseimbangan badan semasa menari menjadikan seseorang individu itu lebih
berketerampilan. Keterampilan yang baik mampu memberikan keyakinan yang tinggi dalam proses
tumbesaran remaja. Kerjasama dan komitmen pada tugas yang diamanahkan dapat diwujudkan

12

secara tidak langsung. Remaja akan belajar untuk menghargai pendapat orang lain dan
bertanggungjawab kepada dunia sekelilingnya, Sikap bertanggungjawab ini dapat dibentuk melalui
penjagaan peralatan tarian, aksesori dan pakaian. Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga
mampu melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Komitmen yang baik, sama ada semasa latihan,
persediaan sebelum mengadakan persembahan, semasa persembahan berlangsung ataupun selepas
persembahan, diperlukan bagi membuahkan kejayaan sesebuah pasukan. Dengan adanya tarian,
remaja akan lebih berdikari dalam pengurusan diri. Remaja akan terdidik untuk mengimbangi diri
dalam pelajaran dan aktiviti sampingan dengan sendirinya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersatu mempertahankan warisan seni budaya bangsa agar
terus gah di mata dunia. Remaja juga hendaklah mencuba bakat untuk mencintai seni budaya bangsa.
Tanpa usaha remaja ini, seni budaya akan pupus ditelan zaman. Remaja merupakan pemangkin
kecemerlangan negara. Oleh itu, janganlah mudah terleka dan membinasakan diri dengan aktiviti
yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tarian Sebagai Medium Perkembangan Remaja’)

RUMUSAN 12
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menghidupkan
semangat kejiranan dan kepentingannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutamanya jiran
bersebelahan dalam menjalani kehidupan seharian. Kita akui bahawa semangat kejiranan semakin
hilang dalam masyarakat kita sehingga timbul pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah
yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada banyak
kepentingannya untuk menghidupkan semangat ini.

Langkah awal ialah masyarakat digesa untuk menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga di
kawasan perumahan. Aktiviti ini haruslah melibatkan semua pihak tanpa mengira kaum. Dengan
ini, hubungan rapat yang terjalin melalui program rukun tetangga ini akan mengeratkan perhubungan
sesama mereka. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan majlis atau aktiviti
yang dapat menghimpunkan semua penduduk dalam satu masa seperti mengadakan aktiviti
bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mengadakan sambutan hari perayaan
berbilang kaum, Hari Keluarga dan sebagainya. Melalui perhimpunan seumpama ini, bukan sahaja
ikatan silaturahim antara anggota masyarakat dapat dipupuk malah semangat kejiranan akan
bertambah padu.

Di samping itu, kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen-kempen
kesedaran yang berkaitan dengan semangat kejiranan. Penggunaan media massa seluas mungkin
dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu
ini. Masyarakat akan mula mempersoalkan tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah
mengekalkan serta meningkatkan semangat kejiranan di kawasan mereka. Pada masa yang sama,
sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat perlulah memandang semangat kejiranan
amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini berlulah diutamakan dalam sebarang
tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah bawaha paradigma yang baharu ini
memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Di kawasan bandar, semangat kejiranan pudar berikutan gaya hidup masyarakat yang sentiasa
sibuk dengan pekerjaan masing-masing berikutan tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan
masyarakat bandar. Kemajuan teknologi seperti telefon bimbit, internet serta faksimili turut
menyebabkan anggota masyarakat kurang berinteraksi antara satu sama lain. Corak kehidupan yang
bersikap individualistik turut menimbulkan tanggapan bahawa hubungan sesama jiran tidak penting.
Justeru , ketua penduduk di kawasan bandar perlulah memainkan peranan bagi memastikan penduduk
hidup dalam keadaan harmoni.

13

Tidak kira apa-apa kaum sekalipun, ikatan kejiranan akan menjadi kukuh sekiranya anggota
masyarakat mempunya sifat hormat-menghormati dan bekerjasama. Ketua penduduk mestilah
sentiasa mengambil berat terhadap hubungan jiran-jiran yang bermasalah. Sebagai contoh, jika sudah
diketahui dua buah keluarga sering bertengkar, ketua penduduk mestilah memikirkan kaedah yang
sesuai untuk merapatkan hubungan kedua-dua buah keluarga tersebut, di samping memikirkan
kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kelak jika masalah tersebut tidak ditangani secepat
mungkin. Ketua penduduk juga mestilah memikirkan cara-cara mengukuhkan hubungan kejiranan
di kawasan yang ditanganinya.

Semangat kejiranan memang perlu dibugarkan kembali dalam kalangan masyarakat kita yang
berbilang kaum. Semangat kejiranan boleh dicapai melalui semangat perpaduan serta perubahan
tanggapan dan bersikap peka akan kepentingan hidup bermasyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memantapkan Hubungan Kejiranan ‘ oleh M. Jasin Majed,
Utusan Malaysia)

RUMUSAN 13
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan pusat
sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah kurang dikunjungi. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu
perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu dan sumber pengetahuan. Hal
ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan
bilik alat merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang kedua-dua
tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah.

Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk menyediakan, menyimpan, mengedarkan,
dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun
berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar dalam
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah, khususnya murid.
Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu daripada fokus tahunan
pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa
Melayu dalam program peningkatan akademik.

Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat sumber sekolah
ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar
secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan
merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat sumber sekolah
sememangnya dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan
asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa
diingatkan supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan
kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan
proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan keratan
akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu
menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi,
pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi
kegunaan guru dan pelajar.

14

Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Di samping
memupuk minat gemar membaca dan membuat penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat
memanfaatkan pusat sumber sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi,
berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan mereka
berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu’ oleh
Zuridah Hanim Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011)

RUMUSAN 14
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga
kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan merujuk
keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh
diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah adanya kesedaran
bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat
tentang penjagaan kesihatan.

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak
melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat
diambil termasuklah melakukan pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali
setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti
cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini
berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga
amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang
seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat
disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang
seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.

Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat
berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan
cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh
itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang
konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan
kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai
rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap aktiviti yang dilakukan.

Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai
masanya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain
mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’ oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November
2016)

15

RUMUSAN 15
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang teknik ulang kaji yang
efektif dalam masa yang singkat dan kesan-kesannya kepada pelajar. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi I20 patah perkataan.

Masa yang singkat untuk mengulang kaji sering membuatkan pelajar berasa tertekan terutama
bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan penting. Hal ini akan memaksa pelajar untuk berjaga
malam demi mengulang kaji pelajaran di saat akhir. Keadaan seumpama ini pastinya menambahkan
kegelisahan dalam persediaan menempuh peperiksaan pada keesokan harinya. Jika keadaan ini tidak
terkawal, pelajar mungkin jatuh sakit. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila pelajar tersebut
terpaksa dimasukkan ke hospital. Namun begitu, jika pelajar bijak memanfaatkan masa terhad yang
ada dengan teknik ulang kaji yang efektif, peperiksaan yang bakal menjelma tidak lagi begitu
merungsingkan, malah pelajar akan lebih bersemangat.

Antara teknik ulang kaji singkat yang dapat dilakukan ialah membaca nota secara fokus dan
pantas di samping mencatat serta mengingati hanya isi-isi penting. Menurut Dr. Hassan Haji Mohd
Ali, penulis buku ‘Strategi Lulus Peperiksaan dengan Cemerlang’, fokus ialah tonggak utama kala
belajar pada saat akhir, kerana tanpa kosentrasi yang sepenuhnya, mental pelajar akan mudah
dipengaruhi oleh rasa kurang yakin. Hal ini akan mengganggu usaha untuk menjawab peperiksaan
dengan baik pada hari menghadapi peperiksaan.

Selain itu, membuat latihan pengukuhan dapat membantu penguasaan sesuatu mata pelajaran itu
terutama daripada segi teknik menjawab soalan peperiksaan. Melakukan banyak latihan kala pelajar
dihimpit masa yang singkat untuk belajar dapat menguji kefahaman pelajar dan memberi penilaian
kasar terhadap keupayaan pelajar menjawab kertas peperiksaan sesuatu subjek. Ukuran sebegini
dapat menjadikan pelajar untuk lebih fokus kepada persoalan yang sukar atau topik yang kurang
dikuasai. Melalui cara ini pelajar dapat membaiki kelemahan diri dalam sesuatu topik.

Di samping itu, pelajar boleh menganalisis kekerapan soalan tahun-tahun lepas untuk
mendapatkan gambaran tentang corak dan gaya soalan yang diajukan. Malahan teknik belajar dengan
mengingati nota ringkas yang dibuat dapat membatu pelajar untuk mengingati informasi yang banyak
dengan cara yang pantas dan mudah. Cara pembelajaran seperti ini dapat dilakukan dengan
menyediakan peta minda atau carta alir bagi membantu memori untuk menyimpan maklumat dengan
lebih lama melalui kesan visual yang terdapat pada nota ringkas berkenaan. Mewarnakan perkataan
penting dengan warna yang terang menggunakan pen atau menggariskannya merupakan salah satu
elemen grafik yang dapat membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih baik. Teknik ini akan
menjimatkan masa dengan hasil yang berkualiti.

Antara keadah lain termasuklah pembacaan yang pantas dan efektif. Cara begini sesuai dilakukan
jika sesuatu subjek yang diulang kaji itu ialah sesuatu yang mudah difahami dan pembacaan dibuat
hanya untuk mengukuhkan lagi ingatan terhadap mata pelajaran tersebut. Seterusnya, belajar dalam
kumpulan juga dapat menjana percambahan idea tentang sesuatu topik yang diulang kaji. Kaedah
perkongsian maklumat menjadi lebih berkesan berbanding belajar bersendirian yang lebih
membebankan minda terutama jika ada sesuatu yang tidak difahami. Pelajar juga boleh mengadakan
perbincangan secara tidak formal bagi mendapatkan pandangan serta nasihat daripada guru-guru
yang mengajar.

Tuntasnya, tidak kira sesingkat mana pun tempoh ulang kaji yang ada, jika masa itu dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya, penyumbatan yang padat dan berkesan mampu dilakukan dengan teknik yang
betul tanpa membebankan otak. Kita perlu merancang teknik pembelajaran supaya lebih
bersistematik sejak awal lagi untuk mengelakkan berlakunya tindakan membuat ulang kaji pelajaran
secara teruburu-buru. Perancangan ini biasanya membantu pelajar mencapai akademik yang
cemerlang.
(Dipetik dan diubah suai daripada –‘Manfaatkan Masa Singkat’ oleh Noraziah Mohd. Amin, Dewan
Siswa, Ogos 20I5)

16

RUMUSAN 16

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
menerapkan semangat cintai alam sekitar dan kepentingan pendidikan penjagaan alam
sekitar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam era globalisasi dan modenisasi, masalah pencemaran alam semakin serius di negara kita.
Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini daripada
terus berleluasa. Namun begitu, inisiatif yang dijalankan ini tidak membawa impak yang besar, malah
masalah ini terus menular. Oleh itu, satu wahana yang konkrit dan pragmatik perlu disusun dan
digagaskan untuk merungkai permasalahan yang semakin serius ini. Penerapan semangat cintai alam
sekitar dalam diri rakyat perlu di laksanakan di peringkat seawal yang mungkin.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang dominan dalam menerapkan cara hidup mesra alam
dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa juga perlu mendidik anak supaya tidak melakukan tindakan
yang mencemarkan alam sekitar seperti membuang sampah ke dalam sungai dan melakukan
pembakaran sampah secara terbuka. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada
anak-anak supaya mereka menjadi individu yang mencintai suasana alam sekitar yang bersih pada
masa hadapan.

Pihak sekolah juga haruslah mengadakan ceramah untuk menerapkan cara hidup mesra alam
kepada murid. Pihak sekolah boleh mengundang tokoh yang berpengalaman untuk bersama-sama
berkongsi pendapat yang berkaitan dengan cara hidup mesra alam kepada murid. Malahan, gotong-
royong perdana peringkat sekolah hendaklah dijalankan dengan melibatkan semua murid supaya
mereka sedar akan tanggungjawab menjaga alam sekitar.

Selain itu, guru haruslah menyalurkan mesej tentang peri pentingnya cara hidup mesra alam
kepada murid-murid. Pendidikan alam sekitar ini dapat dilakukan oleh guru melalui sesi pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan murid. Guru juga boleh membawa murid
belajar di luar kelas untuk melihat sendiri kepentingan alam sekitar yang bersih. Maklumat tentang
alam sekitar pula diselitkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran secara terancang melalui
subjek tertantu seperti subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik dan sebagainya.

Di samping itu, kerajaan juga merupakan antara pihak yang menyumbang kepada penerapan cara
hidup mesra alam. Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh melakukan kempen sepanjang tahun
termasukkan menampal poster yang berkaitan dengan cara hidup mesra alam pada dinding bangunan.
Hal ini dapat memberikan ilmu kepada masyarakat Malaysia secara tidak langsung. Media pula boleh
menyediakan lebih banyak berita berbentuk pemantauan alam sekitar secara berterusan untuk
pengetahuan orang ramai. Pemaparan berita seperti ini penting bagi menambah pengetahuan dan
persediaan masyarakat dalam menghadapi apa-apa juga kemungkinan tragedi alam sekitar.

Sebagai kesimpulannya , jika masyarakat mempunyai inisiatif melaksanakan tanggungjawab
sivik dan sentiasa berwaspada terhadap pencemaran alam sekitar, maka secara kolektif kesan terhadap
dunia adalah besar. Sudah menjadi inti kehidupan kita seharusnya mahir dan berpengetahuan untuk
memenuhi cabaran menjadikan bumu sebagai satu persekitaran yang selamat dan cantik untuk
generasi yang akan datang.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mesrai Alam Sekitar' oleh Tee Yi Ting Dewan Siswa, Februari
2016)

17

RUMUSAN 17

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan
memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aura boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat dilihat oleh mata
kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Aura seseorang
itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Remaja yang beraura positif
sememangnya senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet
menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya.

Persekitaran keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina aura positif.
Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat membentuk sikap anak-anak
yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Pada
masa yang sama, ibu bapa yang mengekalkan aura positif akan sentiasa mendidik anak-anak dengan
penuh kasih sayang sehingga mampu menjadikan anak- anak berfikiran matang khususnya dalam
membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian identiti dan tujuan hidup. Selain itu, pendekatan
psikologi perlu digunakan dalam mendidik anak- anak agar anak-anak lebih berkeyakinan dan
berusaha membaiki kelemahan dirinya.

Secara umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah menjadi
marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke dalam tubuh remaja
tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif berupaya mengawal keadaan emosi, mental,
fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat positif
tetapi perasaan negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura negatif.
Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat mengganggu
lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman
seseorang itu sendiri turut menyumbang kepada perubahan tersebut.

Remaja sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi seperti media
massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai untuk ditonton oleh
golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang. Tidak mustahil juga aksi dan
perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media itu akan ditiru oleh remaja yang akan
mengurangkan lagi aura positif anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti
yang boleh menyuburkan minda mereka dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anak- anak
lebih bijak memilih bahan media yang betul. Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif memiliki
keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.
Dipetik dan diubah suai daripada “ Persekitaran membentuk aura positif remaja”Oleh Noraziah Mohd
Amin Dewan Bahasa, Julai 2017

Isi tersirat

-mengikuti aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan/majlis ilmu.

-mendampingi golongan berilmu/peribadi positif.

-meminta nasihat daripada orang berpengalaman.

-menjauhi pemikiran negatif

-sentiasa berdoa/solat hajat

18

RUMUSAN 18
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan
menabung bagi golongan remaja dan cara-cara untuk menarik minat golongan remaja
menabung. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan keluarga
terutamanya dengan anak-anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini
memanjakan anak-anak remaja mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap bahawa cara itu
sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Walau bagaimanapun, tindakan ini lama-
kelamaan akan menyebabkan golongan remaja ini lupa diri. Walaupun ibu bapanya mempunyai harta
yang banyak dan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi
remaja untuk bersikap boros dan tidak mengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan
sebagai simpanan masa depan.

Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala tangan
mereka memegang wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golongan remaja
untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap beringat-ingat semasa senang mampu
mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi masalah kewangan. Hal ini dikatakan demikian
kerana duit simpanan amat penting terutamanya untuk digunakan pada masa-masa kecemasan,
misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanya bagi
remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga.

Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan
mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari dan
tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana kos belajar di institusi
pengajian tinggi agak mahal. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau biasiswa,
remaja tetap perlu menyediakan sejumlah wang yang mencecah beberapa ribu ringgit semasa
pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya seseorang itu mempunyai wang tabungan,
mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung selepas mereka
menamatkan pengajian kelak.

Amalan menabung dalam kalangan remaja dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin
dan bermaruah. Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas
keperluan sehingga berlaku pembaziran. Remaja yang terdidik dengan sikap berjimat cermat dan
suka menabung pula akan memperoleh pulangan yang lumayan sekiranya mereka memilih untuk
menabung dengan institusi perbankan konvensional yang mengamalkan kadar faedah tetap ataupun
sistem perbankan Islam berdasarkan kaedah perkongsian untung dan beberapa syarat lain mengikut
syariat Islam. Mereka juga boleh melabur wang dalam saham amanah yang banyak terdapat di
negara kita. Pengurusan kredit secara berhemah ini membantu golongan remaja mencapai
ketenangan minda.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Budaya Menabung Masih Rendah', oleh Mohd Khairul Mohd Ali)

19

RUMUSAN 19

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan disiplin
dalam kalangan murid dan cabaran untuk mendisiplinkan murid. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan baik dalam keagamaan,
etika sosial mahupun dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan
pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi dia tetap akan berasa bersalah kerana
mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan maruah dirinya. Pelanggaran terhadap disiplin juga
boleh menjejaskan hubungan antara individu berkenaan dengan orang-orang di sekelilingnya.

Dalam konteks sekolah, disiplin adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik mencerminkan
tahap disiplin sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya menjadi pilihan ibu bapa untuk
menyekolahkan anak-anak mereka. Selain itu, murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Penerapan nilai murni dalam diri murid akan memberi persepsi positif dalam
kalangan ibu bapa terhadap tingkah laku anak-anak mereka. Malah murid yang berdisiplin
kelihatan berkeperibadian tinggi dan berketerampilan. Seorang murid yang mempunyai personaliti
yang baik lazimnya bersedia untuk belajar. Disiplin yang dikenakan juga dapat mengawal murid
daripada melakukan perkara-perkara negatif. Murid akan dikawal daripada merosakkan harta
benda sekolah dan terlibat dalam pergaduhan di kawasan sekolah.

Seandainya seseorang murid berdisiplin, maka murid boleh mengawal diri di dalam kelas
semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Murid dapat belajar dengan
tenang dan selesa kerana tiada gangguan semasa guru sedang mengajar. Lantaran itu, murid
dapat memahami kandungan pembelajaran dengan mudah dan berkesan. Pada masa yang sama,
murid tidak mudah terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah seperti ponteng kelas atau
lewat masuk ke kelas. Hal ini akan memudahkan pihak sekolah melaksanakan semua program
sekolah dengan lancar. Faktor disiplin juga memainkan peranan utama menentukan kejayaan
seseorang murid dalam pelajaran Hal ini terbukti apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan,
murid yang mempunyai tahap disiplin tinggi dapat menempa kejayaan cemerlang.

Murid haruslah mengetepikan permasalahan peribadi agar mudah memperoleh ilmu yang
disampaikan oleh guru. Murid yang berdisiplin dapat menjamin keberkesanan dalam
pembelajaran. Oleh itu, hubungan yang baik dan harmonis antara guru dengan murid sangat
penting dalam mewujudkan suasana kondusif di sekolah. Tanpa disiplin, murid tidak akan ke
mana-mana dan sukar untuk beroleh kejayaan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada 'Disiplin Perisai Kawalan Diri', oleh Izani Hj Daud, Dewan Siswa
2013.)

20

BAHAGIAN B SOALAN 1 : PEMAHAMAN PETIKAN BEBAS

PETIKAN BEBAS 1 : Baca rencana di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pupuk Semangat Cintakan Negara
Usaha menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan anak sejak kecil sangat signifikan,
namun bagaimana melakukannya?
Usaha tersebut boleh bermula dengan membelikan anak kecil Jalur gemilang yang menjadi
kebanggaan Malaysia. Hiaskan sudut rumah dengan Jalur Gemilang yang indah. Ceritakan juga kisah
sejarah sebelum mencapai kemerdekaan kepada anak dengan bahasa santai dan mudah difahami.
Tambahan pula, anak perlu didedahkan sejarah negara kita yang pernah dijajah kuasa asing iaitu
Jepun dan British sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 1957.
Ayuh ibu bapa, kita santuni anak dengan kisah ini untuk membangkitkan semangat patriotisme
dalam jiwa mereka. Semoga anak kita memahami betapa penting menyayangi dan menghargai
keamanan yang dinikmati sekarang.
Usahlah anak terikut dengan budaya Barat yang akan menyesatkan mentaliti dan ideologi.
Bersihkan diri daripada anasir negatif yang bisa menghanyutkan mereka ke lembah kehinaan.
Kisahkan juga kepada anak supaya mereka berterima kasih kepada perajurit negara terdiri daripada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta semua anggota
pertahanan yang berkorban jiwa dan raga demi mencapai kemerderkaan.

Mereka juga sentiasa bersiap sedia memastikan keselamatan dan keamanan negara tercinta.
Budayakanlah anak tercinta untuk membabitkan diri dengan sambutan kemerdekaan di peringkat
sekolah, negeri dan negara demi menghayati makna sebenar kemerdekaan, menghargai perpaduan
kaum serta keamanan yang dikecapi.

Sekiranya tidak terbabit secara langsung untuk sambutan, pastikan kita ajak anak-anak menonton
televisyen semasa sambutan Hari Kebangsaan bagi membangkitkan rasa partriotisme, semangat
perpaduan dan cintakan keamanan. Anak adalah generasi pelapis bangsa dan pewaris negara tercinta.
Sayangi Malaysiaku dan salam kemerdekaan.

(Rohayu Ahmad, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor)

1. Berikan maksud bagi perkataan-perkataan di bawah.

a. menerapkan =__________________________________________________________
b. keamanan =__________________________________________________________
c. dinikmati =__________________________________________________________
d. menghanyutkan=_________________________________________________________
e. menghayati =__________________________________________________________
f. membangkitkan= _________________________________________________________

2. Apakah peranan ibu bapa di rumah untuk membangkitkan semangat patriotisme dalam

kalangan anak-anak? [4m ]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
21

3. Tuliskan kebaikan yang diperoleh apabila anak-anak diterapkan semangat patriotisme?[3m]
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

4. Mengapakah kita harus menjauhi budaya Barat? [ 4m]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

5. Mengapakah kita harus mengenang jasa terhadap wira-wira perajurit kita? [3m]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

6. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak muda sekarang kurang cinta akan negara

kita? [4m]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

PETIKAN BEBAS 2: Baca rencana di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Elak Nasib Hutan Amazon Berulang di Malaysia
Kebakaran hutan Amazon di Brazil baru-baru ini, meninggalkan impak yang sangat besar kepada
penduduk dunia. Hutan yang menjadi ‘paru-paru’ dunia ini dilaporkan musnah sebahagiannya.
Kebakaran di hutan Amazon melepaskan 228 mega tan karbon monoksida, sekali gus mengancam
lebih 300 spesies flora dan fauna.

22

Akan tetapi apakah kaitan kebakaran hutan Amazon ini dengan negara kita Malaysia? Apakah
iktibar yang boleh diambil rakyat Malaysia, yang jaraknya kira-kira 16,000 kilometer dari hutan ini?
Hutan Malaysia dan Amazon, kedua-duanya dikategorikan hutan hujan tropika. Kedua-duanya
mempunyai iklim yang hampir sama. Kajian dijalankan pada 2015 mendapati Malaysia antara negara
yang mengalami kehilangan hutan paling cepat dan tertinggi di Asia Tenggara untuk tempoh antara
2000 hingga 2012.

Kajian ini dijalankan Global Forest Map dengan kerjasama Google Map. Statistik ini sangat
mengejutkan bagi kemandirian hutan di Malaysia. Jika tiada langkah sewajarnya diambil, hutan di
negara ini akan mengalami nasib seperti kebakaran yang berlaku di Amazon. Kita hanya menyedari
akan kepentingan sesuatu apabila ia sudah hilang atau rosak. Kebakaran hutan Amazon berlaku sejak
dahulu dengan skala kecil, akan tetapi tidak diendahkan oleh pihak berkuasa Brazil dan masyarakat
dunia.

Apabila kejadian kebakaran besar berlaku dan didedahkan kepentingan hutan Amazon ini yang
membekalkan 20 peratus jumlah oksigen dunia, barulah masyarakat dunia cakna akan
kepentingannya. Kebakaran hutan adalah hasil kerakusan manusia. Aktiviti pembalakan tidak
terkawal dan pembalakan haram di Malaysia mengancam kemandirian dan kelestarian hutan di
Malaysia.

Dilaporkan sepanjang 2008 hingga 2017, ada 187 kes pembalakan haram dan 2,617 kes kesalahan
lain berkaitan hutan dikesan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Kes ini membabitkan 514.61
hektar hutan di Semenanjung.

Kebakaran hutan Amazon harus dititikberatkan dan diambil iktibar. Kesedaran rakyat Malaysia
seharusnya meningkat dan meninggalkan kesan di hati untuk sama-sama menjaga alam sekitar.
Kejadian seperti kebakaran hutan Amazon mungkin akan terjadi di Malaysia jika semua pihak tidak
mengendahkan dan tidak mengambil pengajaran sebaik mungkin.

(Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Industri Universiti Malaysia Pahang)

1. Berikan maksud rangkai kata atau perkataan-perkataan di bawah.

a. impak =________________________________________

b. musnah =________________________________________

c. flora dan fauna =________________________________________

d. iktibar =________________________________________

e. dikategorikan =________________________________________

2. Apakah persamaan antara hutan Malaysia dan hutan Amazon? [2m ]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

3. Apakah implikasi kebakaran hutan Amazon yang berlaku baru-baru ini kepada dunia? [3m]
____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
23

4. Apakah kepentingan utama hutan Amazon tersebut? [3m]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

5. Apakah punca-punca utama kemusnahan hutan di Malaysia? [ 4m]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

6. Pada pendapat anda, sejauh manakah anda bersetuju kerakusan manusia merupakan punca

utama menyebabkan kemusnahan alam sekitar? [4m ]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

PETIKAN BEBAS 3: Baca rencana di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pastikan Tiada Lagi Keracunan Makanan
Kita mengalu-alukan langkah Kementerian Pendidikan untuk menyediakan 2.7 juta murid sekolah
rendah sajian berkhasiat secara percuma mulai sesi persekolahan Januari depan. Ini bagi memastikan
makanan berkhasiat dan seimbang sebelum sesi pembelajaran bermula.
Langkah itu sekurang-kurangnya membantu mengelakkan murid atau ibu bapa yang lebih
cenderung untuk membekalkan makanan tidak seimbang seperti makanan segera pada waktu pagi,
sekali gus menyebabkan ramai murid berisiko mengalami obesiti sejak kecil.
Ia juga untuk menyemai pengetahuan dalam kalangan murid supaya tahu memilih makanan yang
sihat dan ilmu itu perlu diterapkan sejak mereka berada di sekolah rendah. Ada kajian menunjukkan
jika pelajar tidak bersarapan, tumpuan mereka pada waktu pembelajaran akan lebih rendah sekali gus
pencapaian mereka akan merosot.
Namun, kita harap pemberian makanan percuma ini lebih baik berbanding Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) kerana membabitkan nutrisi yang lebih banyak. Selepas ini, kita juga berharap
masalah keracunan makanan tiada atau berkurangan berlaku di sekolah.

24

1. Tuliskan maksud yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut:

a. sajian =____________________________________________

b. mengelakkan =____________________________________________

c. cenderung =____________________________________________

d. berisiko =____________________________________________

e. obesiti =____________________________________________

f. menyemai =____________________________________________

2. Apakah kebaikan makanan percuma yang dibekalkan oleh kerajaan mulai tahun 2020? [3m]
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

3. Apakah keburukan makanan segera kepada anak-anak? [ 3m]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

4. Apakah impak yang akan timbul sekiranya murid-murid tidak bersarapan? [ 3m]

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

5. Pada pendapat anda, mengapakah segelntir ibu bapa jarang membekalkan makanan yang

berkhasiat terhadap anak-anak? [ 4m]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

25

PETIKAN BEBAS 4: Baca rencana di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Padah Kemalangan Jalan Raya
Kes kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Antara punca utama
kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu
juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka
pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian
pemandu kenderaan itu sendiri. Banyak pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Mereka
yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika
semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar
kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Pemandu harus memastikan mereka tidak mengantuk
semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya
berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita
mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam,
brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak
menghiraukan masalah ini. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Hal ini lebih
membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin
berkurangan.
Usaha mengatasi masalah kemalangan jalan raya nampaknya masih kurang berkesan. Pihak polis
sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di
jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan
kesedaran kepada pengguna jalan raya. Malahan, kempen juga memberikan sedikit pengetahuan
kepada pengguna jalan raya.
Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat
dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang
jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, amat
berharap agar setiap warga pengguna jalan raya menyedari pentingnya kita berhemah semasa
memandu di jalan raya.

1. Tuliskan maksud rangkai kata atau perkataan-perkataan yang diberi di bawah.

a. meningkat =_______________________________________

b. kecuaian =_______________________________________

c. terlelap =_______________________________________

d. mengakibatkan =_______________________________________

e. tidak menghiraukan =_______________________________________
f. berkesan =_______________________________________

2. Apakah punca-punca utama berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia? [4m]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

26

3. Apakah yang harus dipastikan oleh pemandu sebelum memulakan perjalanan? [ 3m]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

4. Apakah langkah-langkah pihak berkuasa dan mengapakah diadakan? [ 4m ]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

5. Pada pendapat anda, selain kempen, apakah langkah-langkah lain yang amat berkesan untuk

menangani kemalangan jalan raya? [ 4m ]

____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

PETIKAN BEBAS 5 : Baca rencana di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia
Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Aidilfitri untuk orang Islam,
Tahun Baharu Cina untuk orang Cina dan perayaan Deepavali untuk orang India. Ketika perayaan ini
disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara
ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada
banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.
Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum
dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni
setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu.
Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu,
perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum. Interaksi yang wujud ketika melawat rumah
seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain.
Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum
yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum
pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain.

27

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama
pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang
kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya
banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan
penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada
negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada
masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati
bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini.
Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.

1. Tuliskan maksud perkataan-perkataan berikut:

a. meliputi =_______________________________

b. hidangan =_______________________________

c. interaksi =_______________________________

d. erat =_______________________________

e. imej =_______________________________

2. Apakah perayaan-perayaan utama yang disambut di Malaysia? [3m ]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

3. Mengapakah rakyat menanti-nanti sesuatu perayaan dengan penuh bersemangat? [ 3m]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

4. Apakah kelebihan rumah terbuka yang diadakan? [4 m]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

5. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat kita harus memahami budaya pelbagai kaum? [ 4m]
_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
28

PETIKAN BEBAS 6: Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan petikan yang berikut.

ZIKA adalah contoh penyakit penularan merentasi sempadan yang mampu disebarkan secara cepat
melalui infeksi vektor nyamuk aedes seperti juga demam denggi yang berlaku di negara kita.

Penyakit ini mula tersebar dari Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara
lain termasuk jangkaan empat juta penduduk di Amerika bakal dijangkiti hingga akhir 2016, menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Justeru, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
Antarabangsa juga sudah mengeluarkan senarai negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh
wanita hamil terutama Caribbean dan Amerika Latin.

Pihak Kementerian Kesihatan kita juga sudah menasihatkan orang ramai mengambil langkah
pencegahan. Tindakan ini selaras dengan kenyataan WHO bahawa virus ini mampu merebak secara
cepat jika tidak dilakukan pencegahan awal. Daripada laporan negara yang telah terjangkit, virus zika
boleh menyebabkan ibu hamil melahirkan anak dengan kepala kecil (microcephaly) serta memiliki
kelainan kepala sehingga perkembangan otaknya terganggu. Mereka yang terkena jangkitan pula
akan mengalami gejala seperti demam, jangkitan kulit, sakit sendi serta infeksi pada mata
(conjunctivitis) selama beberapa hari atau minggu.

Maklumat terkini Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita dari Bandar Botanik,
Klang dikenal pasti dijangkiti virus zika selepas pulang melawat anaknya di Singapura, menjadi kes
pertama wabak itu di Malaysia. Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan daripada 115
kes, 57 ialah warga asing sehingga tarikh 31 Ogos lalu. Separuh daripada kes jangkitan zika di
Singapura membabitkan warga asing yang menetap atau bekerja di negara itu dengan enam
daripadanya rakyat Malaysia.

Langkah kawalan yang boleh dilaksanakan termasuk menghapuskan tempat pembiakan aedes,
membasmi larva nyamuk dan semburan kabus racun serangga selain mereka yang mempunyai
hubungan terdekat dengan pesakit, diperiksa serta dipantau sama ada mengalami demam atau
simptom zika yang lain.

Begitu juga nasihat perjalanan terhadap rakyat harus dilakukan kerana kes pertama zika yang
dilaporkan di Malaysia menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat
tempat yang mengalami wabak seperti Singapura. Selain itu, peranan setiap individu dan masyarakat
perlu ditingkatkan dalam usaha menghapuskan nyamuk aedes yang menjadi vektor pembawa
penyakit zika. Nyamuk aedes juga vektor utama untuk penyakit seperti denggi dan chikungunya yang
sangat mudah dijangkiti oleh orang ramai.

Langkah kawalan ini termasuklah pemantauan di pintu masuk jalan darat dari negara jiran. Bagi
pelawat yang tiba dari negara yang ada kes jangkitan Zika, Kad Amaran Kesihatan (Health Alert
Card) akan diberikan sebagai panduan dan tindakan yang perlu dilakukan jika mengalami gejala
jangkitan setelah kembali dari negara berkenaan.

1. Berikan maksud rangkai kata atau perkataan-perkataan di bawah. (5 markah)

a. gejala =________________________________________
b. membasmi =________________________________________
c. membabitkan =________________________________________
d. mengalami =________________________________________
e. penularan =________________________________________

2. Apakah negara yang disarankan oleh WHO supaya tidak dilawati wanita hamil? (2%)

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

29

3. Nyatakan kesan virus zika kepada wanita yang hamil. (2% )

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

4. Apakah gejala-gejala yang timbul kepada mereka yang terkena jangkitan virus zika? (3% )
____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

5. Apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan penularan virus zika ini? (4% )
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

6. Pada pendapat anda, apakah implikasi penularan virus zika kepada pembangunan negara? ( 4% )
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

PETIKAN BEBAS 7: Baca petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
perkataan anda sendiri.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menerima sebanyak 14 peratus
peningkatan bilangan panggilan dan aduan menerusi WhatsApp berhubung kes keganasan rumah
tangga membabitkan wanita.

Pegawai Advokasi dan Komunikasi WAO, Tan Heang Lee, berkata data yang diterima dari 1
hingga 17 Mac menunjukkan secara purata harian, pihaknya menerima kira-kira 10.5 panggilan dan
WhatsApp setiap hari. “Ini bermakna secara keseluruhan, panggilan dan WhatsApp kepada Talian
Bantuan WAO meningkat sebanyak 14 peratus sepanjang PKP dilaksanakan yang membabitkan
aduan dan pertanyaan daripada pemanggil wanita,” katanya kepada BH Online.

Heang Lee berkata, peningkatan kes itu disebabkan ketidaktentuan pandemik penyakit sedang
negara tempuhi, iaitu kawalan pergerakan, kebimbangan kesihatan dan kewangan memberi kesan
terhadap kemahuan untuk mengekalkan kuasa serta mengawal seseorang. “Berikutan masih dalam
tempoh PKP ini, mangsa akan terkurung bersama pendera dan menyukarkan mereka untuk cuba
mendapatkan bantuan disebabkan pergerakan dan gerak-geri diawasi sepanjang masa.

“Begitu juga dengan mangsa yang tidak dapat bekerja sepanjang PKP pula, mereka juga mungkin
terpaksa bergantung dari segi kewangan daripada si pendera,” katanya.

30

“Usaha membina kehidupan semula selepas penderaan adalah amat mencabar dalam keadaan
biasa, apatah lagi dalam keadaan pandemik, di samping kewangan,” katanya. “Dalam usaha
menangani keganasan rumah tangga, tiada sesiapa berhak melakukan keganasan terhadap seseorang,
tiada sebarang alasan untuk penderaan dan pasangan perlulah saling menghormati.

Beliau berkata, wanita yang menjadi mangsa boleh menghubungi Talian Bantuan WAO di 03-
7956 3488 atau menghantar WhatsApp kepada 018 988 8058. “Talian Bantuan WAO beroperasi 24
jam sepanjang PKP. Anda juga boleh hubungi Talian Nur di 15999. Jika anda berada dalam
kecemasan, hubungi 999 atau pergi ke balai polis berdekatan.

“Memandangkan risiko keganasan rumah tangga meningkat ketika PKP, jiran perlu sentiasa peka.
Jika kenalan anda mengalami keganasan rumah tangga, kongsi talian bantuan WAO dengan mereka
dan nasihat mereka supaya menghubungi WAO.

“Jika anda mendengar jiran bergaduh dan mengesyaki sebarang keganasan rumah tangga berlaku,
tekan loceng di rumah mereka. Ini akan menghantar mesej bahawa jiran tetangga sedang memerhati
mereka,” katanya.

1.Terangkan maksud perkataan-perkataan di bawah berdasrkan penggunaannya dalam petikan (4% )

a. membabitkan =_________________________

b. penderaan =_________________________

2. Berikan maksud frasa risiko keganasan berdasarkan penggunaannya dalam petikan. ( 3% )

______________________________________________________________________________

3. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kes keganasan rumah tangga meningkat? ( 4% )

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

4. Bagaimanakah jiran dapat mengurangkan berlakunya keganasan rumahtangga? ( 3% )

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

5. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh pihak kerajaan untuk

menangani kes keganasan rumah tangga? ( 4% )

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

31

PETIKAN BEBAS 8: Baca petikan rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Hukuman setimpal untuk pemandu mabuk
Hukuman yang lebih setimpal berkemungkinan menanti mana-mana individu sekiranya
melakukan kesalahan memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan
kematian.
Kaji selidik bagi meninjau pandangan dan maklum balas dalam kalangan masyarakat, susulan isu
pemandu mabuk di Malaysia yang semakin meruncing itu mula dijalankan sejak 21 Mei lalu dan
bakal ditutup pada 4 Jun ini.
Inisiatif kerajaan untuk merombak pendekatan bagi menangani isu terbabit mula dirintis apabila
pelbagai pihak berpandangan bahawa tiga jenis hukuman yang dikenakan kepada pemandu di
bawah pengaruh alkohol setakat ini, iaitu penjara, denda dan hilang kelayakan lesen memandu.
Hukuman keras sedemikian diketengahkan kerana menganggap hutang nyawa harus dibayar
dengan nyawa, selain diyakini berupaya menjadi pemangkin ke arah kesedaran dalam kalangan
masyarakat sekiranya masih berdegil untuk memandu di bawah pengaruh alkohol.
Sejak kebelakangan ini, Malaysia dikejutkan dengan siri kejadian pemandu mabuk, 3 Mei lalu
misalnya, seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang bertugas di sekatan jalan
raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) maut selepas dilanggar
sebuah pacuan empat roda, dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk.
Pada 22 Mei, seorang lelaki memandu kenderaan pacuan empat roda secara berbahaya di sebuah
tapak perniagaan di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor menyebabkan lima orang cedera, sekali gus
mencetuskan kemarahan pelbagai pihak. Terbaharu, 26 Mei lalu di Kuantan, pekerja Alam Flora,
Irwan Herman Kamarudin, 41, maut selepas terbabit kemalangan dengan seorang pemandu
dipercayai mabuk di Jalan Kuantan-Gebeng berdekatan Kampung Bukit Rangin.

1. Tuliskan maksdu bagi perkataan-perkataan di bawah:

a. setimpal =________________________________________________________

b. menyebabkan =________________________________________________________

c. pendekatan =________________________________________________________

d. kemarahan =________________________________________________________

2. Mengapakah hukuman yang setimpal akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu? ( 3m)
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

3. Apakah jenis hukuman yang akan dikenakan terhadap pemandu yang berpengaruh alkohol? (3m)
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

4. Nyatakan dua jenis kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk? (2m )

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

32

5. Pada pandangan anda, wajarkah pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan atau

kehilangan nyawa dikenakan mati? (4m)

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

PETIKAN BEBAS 9: Baca petikan rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

POPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Mereka yang lahir sebelum tahun 1990-an, pastinya mempunyai pengalaman bermain permainan
tradisional seperti batu seremban, galah panjang, tarik upih, congkak, baling selipar, teng teng,
gasing dan sepak raga.

Namun, dek peredaran masa, proses perbandaran dan perkembangan teknologi menyebabkan
permainan berkenaan mengakibatkan permaianan permainan kian pupus ditelan zaman.

Perkara itu diakui Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM),
Prof Dr Abdul Muati Ahmad apabila ramai generasi muda hari ini langsung kurang mengetahui
permainan terbabit.

Sudah tentu senario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan sebahagian daripada
khazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupakan sedangkan ia mempunyai nilai tersendiri
dan perlu dipelihara.

Ekoran itu Muzium Warisan Melayu menganjurkan program Mencintai Warisan bersama 90 Anak-
Anak Yatim. Ia diadakan di Laman Muzium Warisan Melayu bertujuan memperkenalkan
permainan berkenaan kepada generasi muda. Dalam program tersebut, kanak-kanak mencuba
permainan baling selipar. Lebih menarik, peserta juga diberikan peluang bermain permainan
tradisional itu seperti batu seremban, congkak, tarik upih dan baling selipar bagi mengimbau
nostalgia zaman silam ibu bapa mereka.

Dr Abdul Muati berkata, suatu ketika dahulu kebanyakan rumah di kampung tidak mempunyai
televisyen menyebabkan anak-anak mengisi masa lapang mereka dengan permainan sebegini.
“Mereka jarang berada di dalam rumah dan hanya (di dalam rumah) untuk makan, mandi dan tidur.
Selebihnya banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk melakukan aktiviti ini (permainan
tradisional).

“Tetapi apabila proses perbandaran berlaku yang mana banyak kawasan perumahan dibuka dan
pembinaan rumah pangsa menyebabkan kanak-kanak lebih suka duduk di dalam rumah.
“Barangkali keadaan ini menyebabkan kanak-kanak menjadi individualistik dan lebih suka
menyendiri dengan bermain gajet atau permainan video,” katanya.

Proses perbandaran dan perkembangan teknologi memberi impak besar terhadap permainan
tradisional. Bagaimanapun katanya, pihak berkaitan perlu lebih prihatin dengan memastikan setiap
kawasan perumahan dilengkapi kawasan riadah supaya kanak-kanak boleh bergaul dan melakukan
aktiviti fizikal bersama rakan-rakan.
Peserta, Aisyah Zulaikha Ahmad Akhbar, 13, berkata, dia sering bermain batu seremban ketika
kecil bersama rakan-rakan di kawasan perumahan dan program hari ini seperti mengimbau
nostalgia kembali zaman berkenaan.

33

“Meskipun sudah jarang dapat bermain permainan ini tetapi saya masih mengingati cara
permainannya.
“Memori itu tidak akan luput daripada ingatan saya begitu juga rakan-rakan yang bermain
bersama-sama walaupun ada yang sudah berpindah ke kawasan lain,” katanya.

1. Tuliskan maksud perkataan-perkataan berikut.

a. pupus =_____________________________________________
b. khazanah =_____________________________________________

c. nostalgia =_____________________________________________

d. masa lapang =_____________________________________________

e. memori =_____________________________________________

2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan permainan tradisional semakin pupus?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

3. Mengapakah permainan tradisional pada masa silam sangat popular?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

4. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa kemajuan teknologi merupakan faktor utama
kepupusan permainan tradisional? Tuliskan tiga sebab

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

5. Tuliskan tiga cara untuk mempopularkan permainan tradisional

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

34

BAHAGIAN B SOALAN 2 : PUISI / SAJAK / CERPEN/ PROSA TRADISIONAL
KOMSAS 1: SELOKA SI LUNCAI

SELOKA MAKSUD
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan … Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab dan
Ada rumah tidak dijaga, perlu dijauhi iaitu;
Ada anak tidak dilatih, Si Luncai memiliki rumah tetapi rumah tersebut
Ada ternakan tidak dibela, tidak dijaga dengan baik,
Ada kebun tidak ditanam, Si Luncai mempunyai anak tetapi tidak diasuh
Ada cerdik tidak selidik, dengan sempurna,
Si Luncai mempunyai binatang ternakan tetapi
Ada belajar kepalang ajar, tidak dijaga dengan baik,
Si Luncai mempunyai tanah kebun tetapi tidak
diusahakan,
Si Luncai mempunyai akal yang cerdik tetapi
tidak menggunakan kecerdikannya untuk
membuat kajian,
Si Luncai mempunyai ilmu tetapi tidak
mengamalkan ilmu yang dimiliki,

Ada mengaji tiada mengkaji, Si Luncai ada mengaji tetapi tidak membuat
penyelidikan,
Ada mata tiada kuasa, Si Luncai berupaya melihat sesuatu keburukan
tetapi tidak mampu untuk membuat teguran,
Ada kuat tiada buat, Si Luncai mempunyai keupayaan tetapi tidak
mampu untuk membuat sesuatu,
Biarkan, biarkan ...! Akhirnya Si Luncai kerugian kerana tidak
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya. memanfaatkan segala yang dimiliki.

1. Berikan maksud rangkai kata 'ada kuat tiada buat'. [ 2m ]

____________________________________________________________________________

2. Pada pandangan anda, mengapakah manusia perlu menghindari sikap negatif dalam kehidupan

mereka? [4m ]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

3. Nyatakan sikap-sikap negatif Si Luncai. [ 3m]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

35

4. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka

dengan baik? [ 4m ]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

KOMSAS 2: SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU Status bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan digunakan secara rasmi dan
Tempatmu di singgahsana dijadikan bahasa pertuturan utama oleh
hati nurani bangsaku rakyat yang mengenang budi, patuh dan
warga yang berbudi setia.
setia dan amanah
Bahasa Melayu merupakam maruaah
Bahasa itu maruah bangsa bangsa Malaysia yang mesti
yang mesti dipelihara martabatnya dipertahankan kedudukannya agar terus
agar tetap kukuh dan ampuh kukuh dan teguh. Keampuhan bahasa
melayari lautan bijaksana Melayu membolehkan kehidupan
salam ikatan mesra dan teguh menjadi lebih bijaksana dan sejahtera

Cekal dan waja semangat pejuangmu Pejuang bahasa mempunyai semangat
hak bangsaku memilikimu waja dan cekal untuk mendaulatkan
hak bangsaku mendaulatkanmu bahasa di tanah air tercinta dan
di bumi bertuah ini mengembangkan pengaruhnya ke
merentas dunia tak bertepi seluruh dunia

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan Sejarah telah mencatatkan zaman
ke barat dan ke timur menjalinkan persaudaraan kemasyhuran bangsa Melayu. Mereka
gagah pelautku membelah lautan berjaya menjalinkan hubungan dengan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam negara-negara di seluruh kepulauan
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam nusantara. Bahasa Melayu turut
dipandang tinggi serta berperanan
sebagai bahasa pengantar dan bahasa
perhubungan(komunikasi) pada masa
itu.

Dirhagahayu bahasaku Bahasa Melayu yang indah kata-katanya
di arena antarabangsa suaramu tumbuh dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring
menusuk kalbu lagu bahasamu dengan kesopanan bahasa Melayu
bahasamu bahasa minda berupaya untuk terus berkembang maju
mudah akrab dan bertatasusila di arena antarabangsa dan semakin
daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan pada alaf baru.
menempa kejayaan di alaf baru

36

1. Nyatakan dua kepentingan bahasa Melayu seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

2. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan bahasa Melayu
dikenali pada peringkat antarabangsa?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, remaja kini kurang bertutur dalam bahasa Melayu. Nyatakan tiga sebab.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

KOMSAS 3: SAJAK HARGA REMAJA Maksud
Sajak Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja Seseorang remaja amat berharga jika hatinya bersih
yang bersih daripada sebarang gejala negatif.
dari gelodak kecewa Remaja itu digambarkan sesegar daun menghijau serta
bagai kehijauan daun kesegaran pepohon di tepi jalan.
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini? Penyajak mengemukakan pertanyaan tentang cara remaja
memenuhi zaman remajanya sama ada mendapat
Dengan apakah akan kaupenuhi keburukan akibat kelalaian,, dalam mengejar cinta
piala remajamu berlandaskan nafsu atau mendapat nikmat(faedah)
adakah cuka kesangsian daripada belajar dalam menghadapi kesukaran menuntut
dari cinta murah ilmu.
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal Sesungguhnya seseorang remaja itu amat bernilai
sesungguhnya hinggakan tidak dapat dijual beli.
tiada terbeli oleh perjanjian Nilai seseorang remaja diukur berdasarkan keteguhan
harga remaja adalah pendirian, keberanian dan ilmu yang dimiliki.
pendirian
keberanian dan ilmu Penyajak meminta remaja memenuhi hidupnya
dengan mempunyai hala tuju yang jelas.
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

1. Apakah maksud rangkai kata “penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju” berdasarkan

petikan di atas? [ 2m ]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

2. Berdasarkan sajak di atas, bagaimanakah remaja mengisi masa remaja mereka. [ 3m ]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda bagaimanakah cara seseorang remaja dapat mengelakkan diri mereka agar

tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif? [4m ]

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

4. Pada pendapat anda, apakah persediaan yang diperlukan untuk menjadi remaja yang [4 m ]
berwawasan?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

38

KOMSAS 4 : SAJAK BANGKITLAH MAKSUD

SAJAK Penyajak menyeru anak-anak muda yang sedang terlena
Anak-anak yang sedang lena dan dibuai kelalaian supaya segera bangkit kerana
bangkitlah matahari sudah meninggi dan orang lain sudah jauh
matahari sudah tinggi meninggalkan mereka selepas negara mengecapi
di puncak gunung. kemerdekaan.

Lihat jernihnya pagi ini Penyajak menyeru supaya anak-anak muda melihat
burung-burung berterbangan di udara kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang dinikmati
dan pepohon hijau merendang daunnya kini telah dikuasai oleh orang lain. Penyajak ingin
apa kau masih belum bangkit? mengetahui sama anak-anak muda kini masih belum
sedar atau sebaliknya.

Bangkitlah Penyajak menyeru supaya anak-anak muda segera
jangan sesal nanti bangkit agar mereka tidak menyesal nanti apabila hasil
madu bumi yang kekeringan kekayaan negara yang dinikmati kini akan berkurangan
isi laut kekosongan dek pembangunan yang semakin pesat dimonopoli oleh
dan perut belantara menjadi ladang. orang lain.

Anak-anak Penyajak mengingatkan anak-anak muda akan masa
esok apa yang akan kaumakan? hadapan bangsanya yang mungkin akan terus
tanah atau batu atau debu? ketinggalan dan hidup dalam kesusahan apabila hasil
kau mahu terus nangis kekayaan negara dikaut oleh orang lain. Beliau tidak
tanpa air mata? mahu anak-anak bangsanya nanti terus menangis dan
berputih mata.

Kalau tidak Penyajak mengingatkan jika anak bangsanya tidak mahu
bangkitlah keadaan sedemikian berlaku, mereka perlu bangkit
matahari belum lagi rembang segera serta berusaha kerana waktu masih ada. Mereka
dan burung-burung belum lagi masih sempat untuk mengejar arus pembangunan yang
menjamah awan! semakin pesat ini bagi menjadi bangsa yang maju.

1. Berikan maksud perut belantara menjadi ladang. [ 2m]

____________________________________________________________________________

2. Dalam sajak tersebut, penyajak ada menyentuh persoalan kelekaan generasi muda pada masa ini.
Pada pendapat anda. apakah kesan-kesannya kepada negara kita jika generasi muda terus leka?
[ 4m]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri remaja yang berjaya dalam kehidupan? [ 4m]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
39

4. Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 m]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

KOMSAS 5: GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Maksud: Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.

Maksud : Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat
menyelesaikan setiap kemusykilan (masalah)

Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

Maksud: Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.

Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.

Maksud :Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan

Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi

manfaat kepadanya.

2. Nilai ketaatan. Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami. 3. Nilai keikhlasan Seseorang
sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.

Pengajaran
1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan

senang.
2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.
3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan

40

Latihan Gurindam 12 Fasal Yang Keenam
1. Apakah saranan pengarang dalam rangkap pertama gurindam di atas?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

2. Dalam gurindam di atas, pengarang ada menyentuh persoalan pemilihan sahabat setiawan.
Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan sahabat dalam kehidupan?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa isteri memainkan peranan yang sangat penting terhadap
kemajuan suami dalam sesuatu bidang. Jelaskan

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

KOMSAS 6 : CERPEN MELISSA
Sinopsis
Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar
yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan
Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa
terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama
dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah
besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar
luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk
sarjana muda dalam bidang Sejarah.

Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat.
Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia
mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan
negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana
tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Latihan Cerpen Melissa
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

41

Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan
deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di
samping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan kenalan di sana.

Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman. “Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan
lelaki itu kepadanya. “Rasanya kita sudah pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia
menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah
tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup.
Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan
daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.
Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya
tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya. Nama Syahid yang selalu
muncul dalam akhbar itu kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada
berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

“Yakah?” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya.

Barangkali juga itu hanya suatu helahnya sahaja, suatu gimik mahu memancing kemesraan. Demi
Tuhan, kalau ada pancingannya pun, dia sendiri sudah mulai jatuh hati dengan anak muda ini.
Keberaniannya telah mengusik hatinya. Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam di atas bibirnya itu
kelihatan agak lucu, bergerak-gerak apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona.

Adakah ini cinta pandang pertama? Wajahnya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada
di situ tentulah mereka berdua akan dikatakan saudara kembar. Hanya kumisnya itu yang
membezakan mereka. Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa. Hisyam pun
kalau ada sekarang ini, mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubuhnya dahulu agak berisi tetapi dia
mempunyai tanda-tanda akan tinggi seperti bapanya. Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sifatnya
yang terbuka itu menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik
mukanya. Suka melihat senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta
kepadanya dengan pertemuan pertama itu. Melihat gerakgerinya yang agak kaku itu dia rasa yakin
tentang anggapannya.
(Dipetik daripada „Mellisa ‟ dalam Antologi Harga Remaja, DBP, 2009)

1. Apakah perubahan emosi yang berlaku kepada Mellisa sebaik-baik sahaja dia diperkenalkan

kepada Syahid? [2 m]

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

2. Nyatakan dua sikap yang ada pada Syahid. [ 3m ]

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, mengapakah Melissa mula jatuh hati pada Syahid? [ 3m ]

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
42

4. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengekalkan

hubungan persahabatan? [3 m]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

KOMSAS 7: CERPEN IDOLA

Cerpen ini tentang watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan
akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka,
datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan
jam dua belas tengah malam.

Penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan
menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh
orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri
yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang
belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.

Watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu
kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung
berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan
menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung
kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga
panggung amat teringin menjadi seperti hero.

Penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada
kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu
siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya
sendiri.

Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda
melepaskan kemarahan dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan
hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si
penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.

3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri
Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam
keadaan hidup mereka yang susah.

43

Latihan Cerpen Idola

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?”

Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.

“Sudahlah, saudara. Kembalilah kepada diri sendiri. Kehidupan di luar panggung lebih menuntut
perjuangan yang sesungguhnya. Lupakanlah kehidupan di dalam panggung ini. Kehidupan di sini
hanya sementara. Saya….saya sendiri tidak akan selamanya memegang watak hero. Lambat-laun
kehidupan saya di atas pentas ini akan berakhir jua. Sebenarnya saya lebih terkesima pada
kehidupan di luar panggung, bukan di dalam panggung ini.”

Si penjaga panggung terus mengangguk-angguk.
“Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara dapatkan daripada saya?”
“Err…Tidak ada apa-apa. Saya….saya cuma mengagumi saudara.”
“Saudara ingin menjadi seperti saya yang selalu diberi kepercayaan memegang watak hero?”
“Err…Tidak.”
“Bercakap benarlah, saudara.”
“Err…ya…ya…”
Si hero menggeleng-geleng lesu.

(Dipetik daripada cerpen `Idola` oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgayahu Bahasaku)

1. Nyatakan nasihat yang diberi oleh si hero kepada penjaga panggung. [3 m ]

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

2. Pada pendapat anda, nyatakan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh penjaga panggungnya

untuk mengubah kehidupannya agar menjadi lebih baik? [3 m ]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

44

KOMSAS 8 :HIKAYAT KHOJA MAIMUN

Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama
Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan
dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut
ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada
menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor
burung tiung betina. Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah.
Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia
terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin
berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya
dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab
amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia
meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita
kepadanya.

Malam Pertama: Pada malam pertama burung bayan bercerita tentang Kisah Bayan yang
dicabut bulunya oleh isteri saudagar.

Isteri saudagar mencabut bulu burung bayang kerana dia tahu bahawa Bayan telah membocorkan
rahsia kepada suaminya iaitu bermukah( ada hubungan dengan lelaki lain) dengan lelaki lain.

Burung bayan tidak mati tetapi isteri saudagar menipu suaminya burung bayang telah dimakan oleh
kucing. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras.

Tipu helah isteri telah diketahui oleh suaminya lalu menghalau isterinya dari rumah. Isterinya telah
pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali.

Bulu bayan tumbuh semula dengan makan beras di saluran paip. Setelah bulu bayan tumbuh
semula, bayan keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk
menyuruh isteri saudagar insaf.

Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut bulu kening sekiranya hendak bertaubat. Bayan
memberitahu isteri bahawa bayan akan membantu isteri saudagar agar dapat kembali kepada
suaminya.

Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan. Hal
menyebabkan isterinya diterima kembali.

Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah pagi.Pada
hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah
bercerita tentang Hikayat Taif untuk menggagalkannya menemui anak raja.

Malam kedua: Cerita kedua Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak
menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini.

Kehadiran taif diterima dengan baik oleh Raja Tabristan lalu menganugerahinya emas, perak dan
tempat penginapan. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara
perempuan. Raja menitahkan ( menyuruh ) Taif untuk menyiasat perkara tersebut.

45

Apabila menemui perempuan itu, perempuan itu memberitahu bahawa jika Taif inginkan
daulat(kuasa ) raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh
anaknya sendiri.

Taif yang sangat setia kepada Raja Tabristan, dia rela membunuh anaknya sendiri. Namun telah
dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.

Peristiwa itu sebenarnya diintip(dilihat ) oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia
dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita ini sekali lagi melalaikan Bibi Zainab
menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu anak raja.

Malam ketiga : Pada malam ketiga burung bayan bercerita tentang terdapat seorang suami
yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya dikawal.

Oleh sebab suami sangat cemburu, Isterinya bercerita tentang seorang suami yang terlalu
memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang (curang)
terhadapnya. Oleh sebab takut isteri akan melakukan hubungan dengan lelaki lain, suaminya tidak
pergi berniaga sehingga bekalan makanan di dalam rumah kehabisan. Malah, akibat terlalu cemburu
si suami sanggup menjadikan( menukarkan) isterinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-
jalan kerana bimbang isterinya akan diganggu oleh lelaki lain. Untuk menyedarkan suami, isteri
memberikan suaminya bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika
isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur warna. Bunga yang dibawa oleh
saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-
tanya akan keunikan(keistimewaan) bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar.
Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan
menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar
untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja
sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut
akan Tuhan dan segera bertaubat. Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya.
Hajatnya(keinginannya ) masih tidak kesampaian. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa
seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya

Soalan : Cerita Bayan dicabut bulu

1. Mengapakah isteri saudagar mencabut bulu bayan?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

2. Di manakah bayan bersembunyi setelah dicabut bulunya?
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

3. Mengapakah isteri saudagar terus pergi ke kubur setelah dihalau oleh suaminya?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

46

4. Bagaimanakah cara bayan membalas dendam terhadap isteri saudagar?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

5. Bagaimanakan cara bayan untuk membantu isteri saudagar kembali ke pangkuan suaminya?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Soalan: Cerita Taif dan Raja Tabristan
1. Apakah yang dianugerahi Raja Tabristan kepada Taif apabila Taif menyatakan hasrat untuk

berkhidmat kepada baginda?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

2. Apakah yang disuruh siasat oleh Raja Tabristan?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3. Apakah perkara yang dinyatakan oleh perempuan itu kepada Taif? dan mengapa?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

4. Mengapakah Taif sanggup membunuh anaknya sendiri?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

5. Apakah balasan yang diterima oleh Taif atas keikhlasannya taat kepada Raja Tabristan?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Soalan :Cerita suami yang cemburu akan isteri
1. Apakah yang kesan yang timbul apabila saudagar sangat cemburu akan isterinya?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

47

2. Bagaimanakah cara isteri saudagar meyakinkan suaminya bahawa dia tidak akan berlaku
curang sepanjang suaminya pergi berniaga atau belayar?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3. Bagaimanakah Raja menguji kesetiaan isteri saudagar tersebut?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

Soalan KBAT
1. Pada pendapat anda, selain bercerita bagaimanakah cara bayan boleh mengelakkan Bibi

Zainab agar tidak berlaku curang?

2. Pada pendapat anda, mengapa rakyat perlu mentaati raja?

3. Pada pendapat anda, apakah yang boleh timbul sekiranya seseorang suami atau isteri
mempunyai perasaan cemburu?

BAHAGIAN C : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS ( 30 markah )
1. Kata Ganti Diri

a. Diri Pertama :_________________________________________________________
b. Diri Kedua :_________________________________________________________
c. Diri Ketiga :_________________________________________________________
2. Kata Sendi Nama
di , ke, dari , daripada, pada, kepada, terhadap, untuk , bagi, tentang, seperti, hingga,
sehingga, bagai, laksana, dengan , sejak, semenjak, umpama
3. Kata Bantu
Akan, telah, sudah , masih , sedang, belum , mesti, wajar, patut, harus, sepatutnya,
sewajarnya, semestinya,
______________________________________________________________________

48

4. Maksud Imbuhan dan Kesalahan
Imbuhan ber…kan : ber…kan kan membawa maksud KSN
Contoh : berpandukan pada pelan (x) = berpandu pada pelan / berpandukan pelan

a. berlandaskan pada undang-undang
=________________________________/______________________________

b. berbantalkan dengan lengan
=________________________________/______________________________

c. berasaskan pada bukti-bukti
=________________________________/______________________________

d. beratapkan dengan langit
=________________________________/______________________________

e. bertilamkan dengan rumput
=________________________________/______________________________

f. bersenjatakan dengan parang
=________________________________/______________________________

5. Imbuhan KKT dan KKTT
Kata Kerja Transitif (KKT ) + objek / ..an / ke.. / pe…an / ke..an
a. meN_
b. me___kan
c. me__i
d. memper__
e. memper__i
f. memper__kan

6. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT )
*KKTT biasanya diikuti oleh KSN atau boleh berdiri sendiri
Contoh: Mereka berenang di sungai itu. / Mereka sedang berenang.
a. Kata kerja asal= makan, duduk, pergi, terbang, _______________, ___________________
b. ber__ = bermain, berenang, berbasikal, __________________, _________________
c. ber___an = berguguguran, berdekatan , _________________, _____________________
49


Click to View FlipBook Version