The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daryl Coupon, 2023-02-22 09:36:47

TOPIK 1 - KONSEP MORAL & NILAI

TOPIK 1 - KONSEP MORAL & NILAI

MPU 13022: PENDIDIKAN MORAL


TOPIK 1.0 : KONSEP MORAL & NILAI


HASIL PEMBELAJARAN • Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat : HPK 1: Menghuaikan konsep moral, nilai, etika dan integrity dalam konteks kehidupan (A1, CLS 3d) A1 → Afektif aras 1 CLS 3d → Kepimpinan, Autonomi & tanggujawab


Jenis penilaian • E-folio 30% • Memghasilkan folio dalam ebook menggunakan https://anyflip.com/


KONSEP MORAL Konsep Moral Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Kamus Dewan mendefinisikan ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban, dll) Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan “mores” - bahasa Yunani yang membawa erti : tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat Seseorang yang berpegang pada pandangan yang tertentu akan mempengaruhi cara fikiran dan hidupnya dan seterusnya melahirkan insan yang berbeza dari aspek kemoralan. Cara seseorang guru atau ibu bapa mendidik murid atau anak akan dipengaruhi oleh pandangannya terhadap konsep moral


KONSEP NILAI Konsep Nilai Kamus Dewan mendefinisikan nilai sebagai darjat, kualiti, mutu, dan taraf. Nilai secara umum adalah konsep umum tentang sesuatu yang dianggap baik dimana keberadaannya dicitacitakan, diinginkan, dihayati, dan dilaksanakan dalam kehidupan sehari hari dan menjadi tujuan kehidupan bersama di dalam kelompok masyarakat tersebut, mulai dari unit kesatuan sosial terkecil hingga yang terbesar, mulai dari lingkup suku, bangsa, hingga masyarakat keseluruhannya. Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia.


Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan. Secara amnya, nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang. KONSEP NILAI


PERBEZAAN ANTARA MORAL & NILAI


Bayangkan anda berada di perhentian bas yang sibuk. Berikan 5 contoh perlakuan moral dan 5 contoh perlakuan tidak bermoral yang mungkin anda dapat lihat di sana


A. KONSEP BAIK B. KONSEP BENAR C. KONSEP PATUT KONSEP


A. KONSEP BAIK ❖Perkataan baik membawa maksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. ❖Konsep baik merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakan 01 Baik dalam konteks pemilihan. 02 Baik sebab memuji dan bersetuju. 03 Baik dalam hukuman dan nilaian atau taksiran 04 Baik kerana menghargai. 05 Baik dalam konteks nasihat. 06 Baik disifatkan kerana kecekapan.


• Sebenarnya idea baik boleh memberi makna yang berbeza mengikut situasi tertentu. • Misalnya “pisang ini baik” merujuk kepada maksud “pisang itu” sedap rasanya. • Apabila kita memuji sesorang itu baik hatinya, maka makna “baik” disini merujuk kepada sifat-sifat yang suka membantu atau empati. • Oleh itu, konsep baik merupakan penerimaan atau sikap psikologi individu. • Apa yang jelas di sini ialah sesuatu yang baik memang memenuhi keperluan kita serta membawa kepuasan kepada kita.


• Kebaikan dalaman (in) • Sokongan atau nasihat ▫ ‘Pandangan / pendapat yang baik’ - unsur menyokong atas hasil pemikiran penutur. Perasaan sokongan yang dirasai oleh penerima dapat memberi keyakinan membuat keputusan. • Menghargai dan memuji ▫ Hasil kerja yang baik atau pertolongan yang diberi - memberi kepuasan dan keseronokan. Pujian diberi apabila pencapaian tahap tinggi atau baik. KEBAIKAN INTRINSIK


• Penilaian atau taksiran piawaian (outside) ▫ Digunakan untuk membuat penilaian terhadap sesuatu kerja atau objek (standard / taraf) ▫ Contoh: Guru menulis perkataan ‘baik’ dalam buku kerja murid - kerana hasil kerja mencapai standard. • Pandai mengurus masa yang diperlukan ▫ Baik dapat membantu seseorang - memudahkan kerja, jimat masa dan tenaga ▫ Contoh: Kemajuan komputer – baik bagi mereka yang tahu menggunakannya ( dilihat dari segi emprikal = penelitian & pemerhatian ) KEBAIKAN EKSTRINSIK


• Membuat keputusan atau pemilihan ▫ Manusia sentiasa membuat keputusan dan pemilihan. Keputusan awal biasa dibuat berdasarkan sifat-sifat atau rupa yang ada pada objek - fakta pertama menarik perhatian ( baik atau tidak ) ▫ Contoh: membeli kereta - lihat rupa bentuk dan warna. KEBAIKAN EKSTRINSIK


B. KONSEP BENAR Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti Contoh : • Menara berkembar Petronas merupakan banggunan tertinggi di Malaysia • Sungai Rajang merupakan sungai terpanjang di Sarawak.


C. KONSEP PATUT • Patut ialah elok atau baik (perangai,perbuatan) layak sesuai, tidak berlebihan atau berkurangan • Memberi pertimbangan terhadap sesuatu standard yang diterima oleh manusia • Memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud Memberi pertimbangan nilai yang logik


C. KONSEP PATUT 3. Konsep Patut Patut membayangkan sesuatu yang perlu dipenuhi atau dilakukan. Dalam etika, patut digunakan dalam tiga aspek iaitu: a. “Tindakan Patut Kita Lakukan” bermakna tindakan itulah yang seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua perkara atau tindakan alternatif yang lain. b. Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut digunakan untuk membawa maksud “Jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut……….” c. “Tindakan yang patut saya lakukan” bermakna satu tindakan yang digemari oleh seseorang walaupun ia mungkin bukan tindakan unggul. * Dalam ketiga – tiga situasi di atas, apa yang patut di buat bukan sahaja bertindak tetapi kita perlu bertindak secara waras, bijaksana dan baik.


KONSEP PATUT


AKTIVITI KELAS 1 1. Tulis dialog berkenaan tema bagi menerangkan konsep yang telah dipelajari. 2. Dialog tersebut mestilah merangkumi konsep baik, benar dan patut.


AKTIVITI KELAS 2 1. Pelajar dikehendaki menghasilkan satu peta minda / I think tentang • konsep baik • konsep benar • konsep patut.


KONSEP MORAL KONSEP BAIK • Konsep baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. • Konsep baik merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakan. KONSEP BENAR KEBAIKAN INSTRINSTIK • Sokongan atau nasihat. • Menghargai atau memuji. • Pendapat atau ucapan yang bernas atau meyakinkan. • Baik kerana memuji hasil kerja cemerlang. KEBAIKAN EKSTRINSIK • Penilaian atau taksiran piawaian. • Pandai mengurus masa yang diperlukan. CONTOH KONSEP BAIK • Membuang sampah di dalam tong sampah. • Memberi tempat duduk kepada orang tua di dalam bas. • Memberi makanan kepada anjing/kucing liar yang kelaparan. • Menghormati ibu bapa/orang tua. • Membantu orang yang dalam kesusahan. • Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti. • Kebenaran mutlak - kepada tuhan. • Kebenaran secara saintifik - sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan dengan fakta atau yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik. • Kebenaran secara relatif - pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat. KONSEP PATUT CONTOH KONSEP BENAR • Kepercayaan kepada tuhan adalah rukun yang pertama dalam 5 rukun negara. • 1+1 adalah 2. • Tidak menipu kepada ibubapa. • bersumpah untuk bercakap benar di depan mahkamah. • Vaksin menyelamatkan nyawa. • Patut bermaksud ‘seharus’ , ‘mesti’ atau ‘sesuai’ dan mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana. CONTOH KONSEP PATUT • Mematuhi undangundang negara. • Menjaga alam sekitar • Melaporkan kepada polis jika ternampak benda yang mencurigakan. • Memakai pakaian sopan apabila berada di tempat ibadat. • Datang awal ke kelas puan chong sebelum pukul 8.


SECARA RINGKASNYA … Konsep Nilai Baik, Benar dan Patut • ‘Baik’ bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. • ‘Benar’ bermaksud sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. • ‘Patut’ bermaksud membayangkan sesuatu yang perlu dipenuhi atau dilakukan.


SECARA RINGKASNYA … PENDIDIKAN MORAL: Pendidikan untuk menjadikan seseorang manusia itu bermoral baik.


Cuba buat perbincangan tentang tanggungjawab anda


Sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version