Malaysia kontemporari tetap menganggap
keseluruhan sejarah Tanah Melayu dan Borneo,
merangkumi ribuan tahun yang lalu
termasuk zaman prasejarah, sebagai sejarahnya
tersendiri.
Catatan awal Barat mengenai negara ini bermula
sejak orang-orang Yunani seperti Cladius
Ptolemy menamakan semenanjung yang terdapat
di negara ini sebagai Semenanjung Emas.
Ø Agama Hindu dan Buddha dari India dan C
hina masing-masing mendominasi sejarah
awal negara ini dan mencapai
kemuncaknya semasa pemerintahan
kerajaan Srivijaya yang berpusat
di Sumatera.
Walaupun
kedatangan Islam di Semenanjung Tanah
Melayu telah berlaku seawal abad ke-10,
agama tersebut mula mengukuhkan
kedudukannya di Tanah Melayu pada abad
ke-14.
Penerapan Islam pada abad ke-14 telah
menyaksikan kebangkitan kesultanan-
kesultanan, yang paling menonjol
ialah Kesultanan Melayu
Melaka dan Kesultanan Brunei.
Pada tahun 1511, Melaka telah berjaya
ditawan oleh Portugis yang merupakan
kuasa penjajah Eropah pertama yang
mengukuhkan kedudukan mereka di
Semenanjung Tanah Melayu dan Asia
Tenggara.
Kemudian, Melaka ditawan oleh Belanda pada
tahun 1641. Akhirnya, British yang asalnya
menubuhkan pangkalannya
di Jesselton, Kuching, Pulau
Pinang dan Singapura,
memperoleh hegemoni mereka di seluruh wilayah
Tanah Melayu melalui Perjanjian Inggeris-Belanda
1824.
Fasa keempat pengaruh asing ialah kemasukan
buruh-buruh dari negara China dan India untuk
memenuhi keperluan ekonomi kolonial yang
dicipta oleh British di Semenanjung Tanah Melayu
dan Borneo.
Pencerobohan Jepun ketika Perang Duni