The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG PENGAKAP NUR IFA EZATI BINTI RAMLE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR IFA EZATI BINTI RAMLE IPG-Pelajar, 2024-05-08 10:12:40

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP NUR IFA EZATI BINTI RAMLE

0 BUKU LOG PENGAKAP MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN PISMP AMBILAN JUN 2021-2026 NAMA: NUR IFA EZATI BINTI RAMLE


1 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Biodata • Biodata Pelajar • Biodata Pengasas Pengakap Dunia 1-2 2. Sejarah • Sejarah Pengakap Dunia • Sejarah Pengakap Malaysia 3-4 3. Perihal Pengakap • Logo Pengakap • Bendera Pengakap • Cogan Kata Pengakap • Tabik Pengakap • Persetiaan Pengakap • Lagu Pengakap • Undang-undang Pengakap • Prinsip Pengakap • Laungan Agung Pengakap 5-15 4. Struktur Organisasi • Carta Organisasi PPMKLM IPGM • Carta Organisasi Jurulatih • Carta Organisasi KLM20 2024 • Carta Organisasi Sekawan Coklat 2024 16-19 5. Pengurusan Keahlian, Pakaian Seragam dan Pangkat 20-30 6. Perancangan Takwim 31 7. Laporan Mingguan 32-36 8. Rujukan 37


2 Nama : Nur Ifa Ezati binti Ramle No. Kad Pengenalan : 030730-02-0060 Program : PISMP Ambilan Jun 2021-2026 Opsyen : Pendidikan Khas Kumpulan : Pendidikan Khas 2 E-mel : [email protected] No. Telefon : 016-4611621 Nama Mentor : Puan Nor Asiah binti Nasir


3 Nama sebenar : Robert Stephenson Baden Powell Nama singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : Paddington, London Pendidikan Awal : Charterhouse School, London Perkhidmatan : British Army Pangkat : Lieutenant General Pekerjaan Lain : Pengasas Pergerakan Pengakap Antarabangsa, Penulis dan Artis Kematian : 8 Januari 1941 berusia 85 tahun di Nyeri, British Kenya


4 Sejarah Pengakap Dunia menunjukkan bahawa badan beruniform ini perkembangan dengan pesat yang mana ia bermula dari satu perkhemahan pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Perkhemahan ini diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth BadenPowell, juga dikenali sebagai Lord Baden-Powell. Pergerakan ini bertujuan untuk membentuk karakter, keterampilan, dan persaudaraan di antara anak-anak lelaki, yang kemudian menjadi inspirasi bagi perkembangan Pengakap di seluruh dunia. Robert Stephenson Smyth, yang juga dikenal sebagai Lord Baden-Powell, merupakan seorang bangsa Inggeris yang terkenal kerana kewibawaannya dalam mengurus bandar Mafeking, yang merupakan jajahan Britain, pada Peperangan Boer. Dengan cara yang kreatif, seperti memasang periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA, Baden-Powell berhasil memperdayakan orang-orang Boer dengan kebijaksanaannya. Setelah bersara dari tentera, beliau mengadakan perkhemahan di Pulau Brownsea, anak-anak yang menyertai perkhemahan tersebut belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamatkan nyawa, dan mengesan jejak. Kesemua ini adalah berpandukan kepada pengalaman Baden-Powell dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungan buku tersebut adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku tersebut telah menarik minat ramai kanak-kanak untuk menceburi bidang perkhemahan dan secara tidak langsung terbentuklah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun, Pergerakan Pengakap telah berkembang dengan pesat di serata England Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan secara rasmi di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.


5 Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1919, ketika Pasukan Pengakap untuk anak-anak Melayu diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff. Pada tahun 1922, Pengakap diperkenalkan di Kedah, dan kemudian ditubuhkan di Perak, Johor dan Singapura. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap diaktifkan semula oleh H.P. Hertslet, Frisby, dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang. H.R. Cheesman, seorang ahli pendidikan yang terkenal, telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang pada tahun 1915. Pada tahun 1946, Persatuan Pengakap Malaysia ditubuhkan dan menjadi anggota Persatuan Pengakap Sedunia pada tahun 1957. Pada tahun 1965 pula, Singapura telah keluar dari Persekutuan Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Tahun demi tahun, Pergerakan Pengakap di Malaysia terus berkembang dan menjadi salah satu organisasi yang penting dalam membentuk karakter dan kepimpinan anak muda di negara ini. Badan uniform ini, banyak menerapkan nilai-nilai murni dan berupaya membentuk keperibadian anak muda kearah yang lebih positif. Misalnya, logo Pengakap Malaysia dan Dunia melambangkan nilai-nilai seperti kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada negara, dan semangat persaudaraan. Sebelum seseorang boleh dilantik menjadi ahli Pengakap, dia perlulah mendapatkan Lencana Keahlian dengan cara diuji dalam pekarapekara seperti mengetahui Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia, melafazkan Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap dengan lancar, mengetahui Lima Prinsip Rukun Negara.


6 Terdapat lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila pada lambang ini. Lingkaran tali membawa maksud ‘persaudaraan Pengakap seluruh dunia.’ 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud Warna ungu yang digunakan “Persetiaan Pengakap” ialah warna Biro Pengakap Sedunia Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan Dua buah Bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kanan mewakili 10 undang-undang Pengakap.


7 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud “Persetiaan Pengakap” Bintang pecah 14 melambangkan "14 negeri dalam Malaysia" Lingkaran Tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam Dua buah Bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kanan mewakili 10 undang-undang Pengakap. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"


8 Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk bendera Malaysia dan lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan Pengakap berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 8.00 pagi sehinggalah 6.30 petang mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.


9 Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya berbeza mengikut unit- unit. Cogan kata itu adalah seperti berikut : Pengakap Kanak – kanak – Buat Habis Baik Pengakap Muda – Selalu Sedia Pengakap Remaja – Pandangan Luas Pengakap Kelana – Berkhidmat Selalu


10 Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Mematuhi undangundang pengakap


11 PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP Taat kepada Tuhan Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik. Taat kepada Raja Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan. Taat kepada Negara Ahli Pengakap hendaklah menghormati undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara. Menolong orang pada setiap masa Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan. Menurut Undang-undang Pengakap Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.


12 KAMI PENGAKAP MALAYSIA Kami pengakap malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetian pengakap Teras dipengang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti dimana sahaja Demi tuhan, Raja dan Negara Berbudi bersaudara Taat menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap,pengakap malaysia


13


14 Tiga Prinsip-prinsip itu adalah : Kepercayaan Kepada Tuhan Perkhidmatan kepada Diri Sendiri Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara


15 Bil. Kandungan 1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan.


16 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ". 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ).


17


18


19


20


21 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN ➢ Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. ➢ Boleh menubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan tersebut. BILANGAN ANGGOTA ➢ Satu kumpulan boleh menubuhkan sekurang-kurangnya 18 orang ahli dan maksimum 48 orang ahli. ➢ Satu kumpulan mestilah mempunyai 2 pemimpin. ➢ Jika melebihi 48 orang anggota perlu dipecahkan kepada 2 pasukan. BORANG PENDAFTARAN ➢ Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. ➢ Terdapat beberapa jenis borang yang perlu diisi o Borang PPM 8 (pendaftaran kumpulan) o Borang PPM 1A (pendataran anggota) o Borang PPM 1B (borang kawalan) o Borang PPM 9A (permohonan tauliah pemimpin atau penolong pemimpin) YURAN PENDAFTARAN ➢ kumpulan yang didaftarkan perlu membayar o Kumpulan : RM30.00 setahun o Ahli pengakap : RM5.00 setahun o Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM10.00 setahun


22 TAULIAH PEMIMPIN ➢ Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM o Tauliah sementara o Tauliah tetap ➢ Tauliah sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. ➢ Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga.


23


24


25 LENCANA KEAHLIAN Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti maknamakna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujianujian berikut: 1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3. Lima Prinsip Rukun Negara 4. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5. Sejarah Pergerakan Pengakap. 6. Cerita Hutan 7. Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.


26 LENCANA WAJIB Ahli Renang Penunggang Basikal Setelah lulus Lencana Keahlian, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan SATU Lencana Wajib mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut.


27 LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK – KERIS GANGSA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, Kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. LENCANA KEPANDAIAN DALAM KATEGORI KEGEMARAN Ahli Kraftangan Koleksi Hobi Peladang Kecil Pelukis


28 Pembaca Buku Penghibur Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak – Lencana Keris Gangsa, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK – KERIS PERAK Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran.


29 LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PENGETAHUAN Ahli Olahraga Ahli Pasukan Permainan Ahli Sains Pembaca Peta Pemeliharaan Alam Sekitar Pencinta Alam Semulajadi Pengembara Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian pagi mendapatkan DUA Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti diatas mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut


30 LENCANA KEPANDAIAN DALAM KATEGORI PERKHIDMATAN Pertolongan Cemas Pekerja Am Pengurus Rumah Penyelamat Nyawa Setelah lulus Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK – KERIS EMAS Setelah meperolehi kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori Kegemaran (2), Pengetahuan (2), dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggung jawab dan kepemimpinan


31 seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK – ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA NEGERI Setelah mendapat Lencana Kemajuan Keris Emas dah TUJUН Lencana Kepandaian iaitu SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, Pengakap Kапаk-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) dengan syarat: 1. Telah memakai Lencana Keris Emas selama 1 bulan. 2. Berkelakuan baik 3. Menuniukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi 4. Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan.


32 Minggu Tajuk Isi Kandungan Catatan 1. Pendaftaran • Mesyuarat Agung • Pelantikan Ahli Jawatankuasa • Mendaftarkan ahli baru 2. Lencana Keahlian • Latihan Istiadat Laung Agung • Persetiaan Pengakap • Undang-undang Pengakap 3. Lencana Keahlian • Lagu Pengakap Malaysia • Lagu-lagu Pengakap 4. Lencana Keahlian • Hormat Pengakap • Cogankata Pengakap 5. Lencana Keahlian • Prinsip Rukun Negara • Lagu Negaraku • Lagu Negeri • Mengenali Jata Negara 6. Lencana Keahlian • Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap 7. Lencana Keahlian • Cerita Hutan 8. Lencana Keahlian • Istiadat Melantik 9. Asas Kawad • Murid-murid berlatih asas kawad kaki seperti senang diri, sedia, kiri pusing, kanan pusinng dan lain-lain • Latihan ini dilakukan berulang kali sehingga murid murid dapat menguasai semua pergerakan kawad dengan baik 10. Pertolongan Cemas • Cara menjaga kesihatan dan senaman • Cara berhentikan darah daripada hidung 11. Ikatan • Ikatan buku sila dan bunga geti 12. Isyarat Pengakap • Isyarat sulit pengakap 13. Yell pengakap • Pelbagai jenis yell pengakap 14. Mengembara • Membaca peta • Mengembara 1 KM 15. Masakan Rimba • Memasak telur, roti lilit 16. Perkhemahan • Latihan mendirikan khemah • Mempelajari asas mendirikan dan menurunkan khemah 17. Kraftangan • Membuat kraf tangan menggunakan bahan terbuang 18. Buku Log • Menghantar buku log • Menyemak buku log


33 MINGGU 1 (PERTAMA) TARIKH 10 JANUARI 2024 MASA 8.00 A.M. – 10.00 A.M. TEMPAT PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP) KEHADIRAN 35/35 ORANG AKTIVITI UTAMA PERLANTIKAN AJK DAN KUMPULAN SEKAWAN Bagi perjumpaan pertama unit beruniform pengakap telah dilangsungkan di PKP dimana ia dipengerusikan oleh Tuan Abdul Satar Bin Hamzah selaku pensyarah penyelaras bagi unit beruniform pengakap. Pada perjumpaan pertama ini, ahli-ahli pengakap perlu memilih dan melantik ahli jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang ahli (Majlis Tertinggi). Sebagai keputusan, ahli-ahli pengakap sebulat suara ingin meneruskan legasi pimpinan yang sedia ada tanpa perlu membuat pencalonan baharu. Setelah selesai pengagihan tugas bagi Ahli Majlis Tertinggi, seterusnya ahli-ahli pengakap dibahagikan kepada 6 sekawan iaitu Merah, Biru, Hijau, Kuning, Coklat dan Ungu. Kemudian, sesi lantikan jawatankuasa dalam sekawan dilakukan sebelum diteruskan dengan pembentangan Maklumat Kursus (MPU3431a) yang disampaikan oleh Dr. Mohd Hafidz Bin Osman. Sebelum menamatkan perjumpaan, pensyarah penasihat memberikan sedikit rumusan mengenai intipati perjumpaan buat kali pertama ini. _______________________ ___________________________ (NUR IFA EZATI BINTI RAMLE) (DR. MOHD HAFIDZ BIN OSMAN) 10 JANUARI 2024


34 MINGGU 2 (KEDUA) TARIKH 17 JANUARI 2024 MASA 8.00 A.M. – 10.00 A.M. TEMPAT PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP) KEHADIRAN 34/35 ORANG AKTIVITI UTAMA SEJARAH LATAR BELAKANG PENGAKAP DAN NYANYIAN LAGU PENGAKAP Bagi perjumpaan kedua, ahli-ahli pengakap telah didedahkan dengan sejarah dan latar belakang pengakap dunia dan sejarah pengakap di Malaysia. Pensyarah penasihat, Encik Satar telah memberikan taklimat mengenai latar belakang tentang pengakap, sejarah perkembangannya di dunia dan di Malaysia. Beliau turut memberikan taklimat mengenai etika berpakaian unit beruniform pengakap. Seterusnya, memberi taklimat awal mengenai tugasan yang perlu dilengkapkan sepanjang kursus unit beruniform ini iaitu penghasilan buku log digital. Bagi lagu pengakap, Encik Satar telah berkongsi cara menyanyi lagu pengakap yang terkini. Lagu pengakap seperti Salam Kabare, Undang-Undang Pengakap, Mandolo dan Biake. Semua ahli berasa gembira dan teruja untuk menyanya semua lagu yang diajar. Ahli-ahli diminta untuk menghafal lagu pengakap ini untuk aktiviti yang akan datang. _______________________ ___________________________ (NUR IFA EZATI BINTI RAMLE) (DR. MOHD HAFIDZ BIN OSMAN) 17 JANUARI 2024


35 MINGGU 3 (KETIGA) TARIKH 24 JANUARI 2024 MASA 8.00 A.M. – 10.00 A.M. TEMPAT KAWASAN LAPANG BERSEBELAHAN BANGUNAN GERKO KEHADIRAN 33/35 ORANG AKTIVITI UTAMA ISTIADAT LAUNGAN AGUNG DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP Perjumpaan pada minggu ketiga dimulakan dengan semua ahli pengakap berkumpul dan beratur mengikut sekawan masing-masing. Encik Satar kemudiannya memberikan sedikit penerangan berkaitan aktiviti yang bakal dilaksanakan pada hari ini iaitu Istiadat Laungan Agung dan mengimbas kembali undang-undang pengakap. Bagi aktiviti laungan Agung, setiap ahli pengakap dipilih secara bergilir-gilir untuk melaungkan ‘Pek, Pek, Pek’ dan ahli pengakap yang lain berlari mengelilingi Akela. Setiap sekawan juga diberi peluang bagi melaksanakan Istiadat Laungan Agung mengikut sekawan masing-masing bagi mengukuhkan lagi kemahiran istiadat laungan agung. Kemudian, sebelum tamat perjumpaan Encik Satar telah menerangkan semula kepada ahli pengakap tentang undang-undang pengakap kerana ia merupakan asas yang utama. Ahliahli diuji tentang undang-undang yang telah diajar. _______________________ ___________________________ (NUR IFA EZATI BINTI RAMLE) (DR. MOHD HAFIDZ BIN OSMAN) 24 JANUARI 2024


36 MINGGU 4 (KEEMPAT) TARIKH 31 JANUARI 2024 MASA 8.00 A.M. – 10.00 A.M. TEMPAT BERHADAPAN PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP) KEHADIRAN 35/35 ORANG AKTIVITI UTAMA LATIHAN KAWAD KAKI Pada perjumpaan kali ini merupakan perjumpaan keempat bagi unit beruniform pengakap. Semua ahli pengakap berkumpul dan berbaris bertiga-tiga mengikut sekawan masing-masing. Encik Satar kemudiannya memberi sedikit penerangan berkaitan aktiviti yang bakal dilaksanakan pada hari ini iaitu latihan kawad kaki. Semua ahli diajar cara berkawad yang betul. Latihan dimulakan dengan penerangan secara teori oleh jurulatih. Selepas itu, ahli-ahli diajar cara asas berkawad kaki. Semua ahli memberi kerjasama yang bagus sepanjang aktiviti dijalankan. Seterusnya, pensyarah telah meminta wakil atau komanden pengakap untuk mengetuai latihan kawad kaki pada hari tersebut. Semasa latihan dijalankan, pensyarah penasihat dan juga jurulatih memberikan bimbingan dan membantu ahli-ahli pengakap yang masih tidak mahir dalam kawad kaki. _______________________ ___________________________ (NUR IFA EZATI BINTI RAMLE) (DR. MOHD HAFIDZ BIN OSMAN) 31 JANUARI 2024


37 MINGGU 5 (KELIMA) TARIKH 7 FEBRUARI 2024 MASA 8.00 A.M. – 10.00 A.M. TEMPAT BERHADAPAN PUSAT KEGIATAN PELAJAR (PKP) KEHADIRAN 20/35 ORANG AKTIVITI UTAMA IKATAN Pada hari ini, semua ahli pengakap diarahkan supaya membawa seutas tali ke perjumpaan ini. Ahli yang mahir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan agar mengajar ahli-ahli kumpulan yang lain dengan lebih jelas. Ikatan yang tela dipelajari ialah ikatan buku sila, bunga geti, manuk, silang tungku, seraya dan serong. Ikatan-ikatan yang telah diajar ini sangat berguna dalam kehidupan kita. Dalam setiap perkhemahan semua ahli pengakap mampu menggunakan ikatan yang telah diajar. Kemudiannya setelah selesai mengajarkan langkah-langkah membuat ikatan, pensyarah akan menerangkan fungsi-fungsi ikatan tersebut untuk kegunaan ahli-ahli pengakap pada masa akan datang. Setiap ahli akan perlu mencuba untuk membuat setiap ikatan yang telah diajar dengan bantuan pensyarah serta rakan-rakan yang telah mahir. _______________________ ___________________________ (NUR IFA EZATI BINTI RAMLE) (DR. MOHD HAFIDZ BIN OSMAN) 7 FEBRUARI 2024


38 Hamzah, N. A. (2019). Kuasa PENGANJUR, STRUKTUR unit, PENGURUSAN BUKU log, TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN, PAKAIAN SERAGAM AHLI Dan PEMIMPIN, TAKWIM Dan RANCANGAN AKTIVITI.pdf. https://drive.google.com/file/d/1CxC-dg 6039jXZxM3_Mi_g7YX61w2-iP/view. Mohamad, N., & Wan Yaacob, W. O. (2013). 5. Pengurusan Pentadbiran Pengakap. Scribd. https://www.scribd.com/doc/194699179/5-Pengurusan-Pentadbiran-Pengakap. Nian, W. K. (2021). Persetiaan Pengakap. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang. https://penangscout.org/information/about-scouts/scout-oath. Sejarah Pengakap Dunia. (2019, February 4). PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT. https://bpscouts14.wordpress.com/sejarah-pengakap 2/sejarah-pengakap-dunia/. Suthanthira Devi Money, J. N., & Ekmal Rosli. (2015). Pengakap Kanak-kanak Untuk Jurulatih dan Pemimpin. Selangor: SASBADI Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version