Zoo Mini SK Mohd Shah Jom Kenali Haiwan Comel
Sugar Glider Sugar Glider ialah makhluk marsupial (haiwan yang mempunyai kantung) yang kecil. Ia boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea. Sugar Glider boleh hidup di pelbagai jenis hutan tetapi ia lebih memilih hutan pokok kayu putih dan pokok akasia. Nama “Sugar Glider” datang daripada fakta yang menunjukkan haiwan ini sukakan manisan (sugar) dan ia boleh meluncur di udara.
Merbok Merbok atau Geopelia adalah satu genus kecil burung merbok yang bersaiz kecil dan berekor panjang. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia dan biasa ditemui di kawasan terbuka dan semak samun. Diet makanannya tertumpu pada bijiran dan anak benih yang ia temui semasa mencari makanan di atas tanah. Merbok biasanya bertelur sebanyak dua biji di dalam sarang yang ringkas yang terbuat dari ranting dan rumput.
Puyuh Jepun Puyuh Jepun atau puyuh penelur adalah salah satu daripada jenis puyuh yang terdapat di Malaysia, yang diternak untuk mendapatkan telurnya. Nama saintifiknya ialah Coturnix Japonica. Namun sebutan Coturnix Coturnix Japonica turut dipakai memandangkan spesies ini sebelumnya dianggap selaku subspesies Coturnix Coturnix.
Budgerigar Budgerigar juga secara tidak rasminya dikenali sebagai budgie, adalah sejenis nuri kecil, berekor panjang dan pemakan bijiran. Ia adalah satusatunya spesies dari Genus Melopsittacus yang berasal dari Australia. Budgerigar liar boleh dijumpai di seluruh bahagian kering di Australia, di mana spesies ini hidup di dalam keadaan tanah pedalaman yang sukar sejak lima juta tahun yang lepas.
Zebra Finch Burung Ciak Kuda Belang (Zebra Finch), Taeniopygia Guttata, adalah sejenis burung ciak paling biasa yang ditemui di Australia Tengah dan bertaburan di seluruh benua, kecuali di kawasan sejuk di selatan dan kawasan tropika di utara. Burung ini juga boleh ditemui di Indonesia dan Timor Timur. Burung ini telah diperkenalkan ke Puerto Rico, Portugal, Brazil dan Amerika Syarikat. Burung Ciak Kuda Belang boleh membesar sehingga 10 cm (3.9 in) panjang.
Tekukur Merbuk Balam Tekukur Merbuk Balam (Spotted Dove) ialah sejenis tekukur yang tergolong dalam famili Columbidae. Nama saintifiknya Streptopelia Chinensis. Burung Tekukur makan biji-biji rumput, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Ia burung daratan dan mencari makanannya di padang rumput dan ladang.
Cockatiel Cockatiel (Nymphicus Hollandicus), juga dikenali sebagai Quarrion dan Weiro merupakan spesies burung kakaktua terkecil yang berasal dari Australia. Ia banyak dibela sebagai haiwan kesayangan di seluruh dunia yang relatifnya mudah untuk dibiakkan. Sebagai burung kurungan, Cockatiel menduduki tempat kedua dari segi populariti di belakang Budgerigar.
Merbah Telinga Merah Burung Merbah Telinga Merah adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pycnonotus Jocosus. Burung Merbah Telinga Merah ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Ia membiak dengan bertelur dan telurnya bercangkerang keras.
Gembala Kerbau Rumah Burung Gembala Kerbau Rumah atau juga dikenali sebagai Tiong Gembala Kerbau, nama saintifiknya Acridotheses Tristis boleh dijumpai dari Iran sehingga ke Asia Tenggara. Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan ahli keluarga burung Tiong (Sturnidae) yang berasal di Asia. Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan burung maserba kawasan hutan terbuka dengan sifat menjaga kawasan yang kuat.
Merbah Kapur Burung Merbah Kapur (Pycnonotus Goiavier) adalah tergolong dalam keluarga bulbul dari burung kicau. Ia mendiami dan membiak di Asia Tenggara bermula di Indochina sehingga ke Filipina. Ia boleh dijumpai di pelbagai habitat terbuka, tetapi bukan jauh ke dalam hutan. Merbah Kapur merupakan antara spesies burung yang banyak ditemui di kawasan-kawasan yang telah diterokai. Ia biasanya hidup berpindah-randah.
Murai Kampung Burung Murai Kampung (Magpie Robin) atau nama sainsnya ialah Copsychus Saulari. Murai Kampung ialah burung passerine kecil yang dahulunya dikelaskan sebagai ahli Thrush keluarga Turdidae, tetapi kini dianggap sebagai penangkap lalat Dunia Lama (Old World Flycatcher). Ia merupakan burung menonjol dengan warna hitam putih dengan ekor yang menegak ketika ia mencari makan di tanah. Ia dikenali bagi nyanyiannya dan pernah popular sebagai burung berlagu.
Arnab Arnab (Jawi: ارنب (atau kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam Order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.