The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ivymarcellia, 2022-08-03 12:01:24

PERKEMBANGAN ILMU DI MESIR PADA ABAD KE-8 DIPENGARUHI OLEH INSTITUSI PENDIDIKANNYA

Bincangkan perkembangan
ilmu di Mesir pada abad ke-8

dipengaruhi oleh institusi
pendidikannya.

PENDAHULUAN
 Kejayaan Amr bin al-As memasuki Mesir melalui Arisy pada 18 H/ 639 M tanpa tentangan hingga ke kota al-

Farma melalui laluan yang dilalui oleh para Muhajirin, peneroka pedagang, al-Hujaj dan para pengembara
sebelumnya sehingga ke Greek dan menawan Iskandariah telah dimanfaatkan oleh Khalifah Umar al-Khattab.
 Khalifah Umar al-Khattab mengembangkan ajaran Islam serta gerakan keilmuan di negeri Mesir.
 Dipengaruhi oleh institusi pendidikan iaitu masjid, sekolah dan khuttab.

ISI 1
 Institut masjid – pusat kegiatan keagamaan di Mesir.
 Kegiatan keagamaan dilakukan dengan meluas di Masjid Ibnul al-As di kota Fustat.
 Dipelopori oleh para sahabat yang mengunjungi Mesir
 Para sahabat akan berkumpul dan membincangkan serta mencatatkan hadis-hadis mereka
 Terdapat hadis-hadis tersebut hanya diketahui oleh mereka sahaja.
 Para sahabat yang mengunjungi Mesir: Abu Zarrin, Al-Zubir bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqas
 Hadis-hadis yag diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin di Mesir ini diambil dan dimuatkan ke dalam buku-

buku hadis yang terkenal.

ISI 2
 Masjid Amru Ibnul al-As – pusat pengajian dan terdapat sehingga 40 kelompok majlis pengajian yang sentiasa

dipenuhi oleh pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian.
 Bukan hanya dikhususkan kepada pelajaran ilmu fardu ain shaja seperti al-Quran, hadis, tauhid, fikah dan lain-

lain malah semua bidang ilmu kifayah seperti ilmu hisab, ilmu bintang dan kedoktoran juga dipelajari.
 Al-Maqrizi mencatatkan perkembangan lapan kelompok majlis pengajian yang terdapat di Masjid Amru Ibnul

al-As.
 Antaranya kelompok Imam Shafi’e, kelompok Al-Majdiah dan kelompok Al-Shibiah
 Kelompok Imam Shafi’e mempunyai ramai ahli fiqah dan ulama terkenal serta kelompok ini memiliki tanah

wakaf di Sandabis yang diwakafkan kepada Sultan al-Malik al-Aziz.

ISI 3
 Kelompok Al-Majdiah diwujudkan oleh Majduddin Abu Al-Asybal seorang wazir atau menteri kepada Al-Malik

Al-Asyraf.
 Wazir tersebut telah menempatkan Abdul Wahab Al-Bahnasi, seorang ulama yang menyandang Qadi Besar

sebagai guru dalam kelompok tersebut.
 Kelompok ini mempunyai harta wakaf yang banyak di daerah Kaherah dan di seluruh negeri Mesir.

ISI 4
 Kelompok Al-Shibiah diusahakan oleh Al-Sahb Muhammad bin Fakhruddin.
 Terdapat 2 orang guru/ulama yang menjadi tenaga dalam kelopok ini iaitu seorang dari Mazhab Shafi’e dan

seorang dari Mazhab Maliki.
 Kelompok ini mempunyai harta wakaf bagi membiayai perjalanan pengajarannya.

ISI 5

Kuttab – pusat pengajian di Mesir, tempat belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada
masjid, menjadi tempat bagi anak-anak belajar pada peringkat permulaan
Mata pelajaran yang diajar adalah al-Quran dan belajar menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan
dihafaz di atas luh atau papan batu.
Guru-guru akan membaca ayat-ayat al-Quran kepada murid-muridnya dan murid-muridnya akan
menulisnya di atas luh kemudian guru akanmmelihat tulisan murid-muridnya dan membetulkan jika
terdapat kesalahan.
Murid-murid akan membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran tersebut.
Setelah dapat menghafaz dengan fasih, mereka akan datang semula kepada guru dan menghafaznya di
hadapan guru.
Anak-anak di kuttab juga diajar tatabahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah.
Ilmu pengetahuan diberi secara percuma kepada semua golongan sama ada kaya atau miskin sama ada
lelaki atau perempuan.
Pembelajaran di kuttab dilakukan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak
perempuan.

ISI 6

 Perkembangan ilmu membolehkan pemerintah Mesir mendapat idea untuk menubuhkan sekolah yang
mana guru-guru adalah terdiri daripada sahabat-sahabat.

 Sekolah yang ditubuhkan ini menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat.
 Pelajar-pelajarnya akan mempelajari ilmu hadis dengan menggunakan kaedah penghafalan dan kemudian

menulis kembali hadis-hadis tersebut
 Mereka akan mengkaji al-Quran dan hadis serta mengeluarkan hukum-hukum daripadanya.
 Dari sekolah inilah munculnya ulama mujtahidin iaitu Sulaiman bin Aiter Al-Tujaibi dan Abdul Rahman bin

Juhirah Abu Abdullah Al-Khaulani.

KESIMPULAN

 Institusi pendidikan di Mesir banyak dipengaruhi oleh kehadiran para sahabat dan membawa
perkembangan ilmu serta pembukaan pusat-pusat pengajian.

 Perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah dalam bentuk pengetahuan keagamaan atau ilmu fardu
ain.

 Ilmu fardu kifayah seperti prosa dan puisi, falsafah, ketuhanan dan perubatan juga turut berkembang.


Click to View FlipBook Version