LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAUNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN 1.0 Pengenalan Sejak kebelakangan ini, semakin banyak isu-isu tentang keselamatan dan kebersihan makananseperti makanan palsu, keracunan makanan dan sebagainya. Premis makanan yang kotor, penuh dengansampah-sarap dan yang menggunakan perkakas yang tidak sanitari adalah punca pembiakan kumandi samping menggalakkan pembiakan lipas, lalat dan tikus (LILATI). Seterusnya, makanan yang disediakandalam keadaan seumpama ini akan menjadi punca kepada kes keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan seperti taun dan kepialu. Adakah anda meragui kesihatan terancamatas sebabmembeli produk makanan yang tidak terjamin dan memakan makanan yang tidak bersih? Kewujudan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahayadari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan serta memudahkan perdagangan makanan. Unit ini menjalankan kuasa dan peraturan seperti yang termaktub dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan–Peraturan Makanan 1985. Tiga fokus utama unit ini dijalankan adalah mengawasi tahap keselamatan, kebersihan dan standard makanan, mengawasi tahap kebersihan premis makanan serta mengawasi amalan dan kebersihan pengendali makanan. 2.0 Objektif Objektif-objektif Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan adalah seperti berikut : i. Untuk memastikan makanan diproses, disimpan dan dikendalikan dengan bersihsertamenepati keperluan-keperluan keselamatan. ii. Untuk menentukan makanan yang dibekalkan kepada pengguna bebas daripada bahanpencemaran dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. iii. Untuk menentukan makanan yang diimport mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan. iv. Untuk memastikan makanan yang dieksport mematuhi piawaian yang ditetapkanolehnegara pengimport. v. Untuk memastikan pengguna dapat menerima maklumat-maklumat berkaitandengankeselamatan makanan dan kebersihan makanan melalui program promosi kesihatan.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA3.0 Pencapaian Aktiviti 3.1 Pensampelan Makanan Pensampelan makanan dijalankan bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual di Malaysiaadalah mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sasaranpensampelan pada tahun 2022 bagi daerah Kinta adalah 77 sampel berdasarkan norma dalam“PelanTindakan 2022” yang telah ditetapkan oleh BKKM. Sebanyak 460 sampel telah diambil untuk dianalisissepanjang tahun 2022 dan mencapai sasaran yang ditetapkan (Graf 1). Terdapat 12 sampel perlanggaran(violation) yang menyalahi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, iaitu 4sampel melanggar parameter kimia dan 8 sampel melanggar parameter mikrobiologi. Graf 1 : Pencapaian Pensampelan Makanan Bagi Dari Tahun 2018 - 2022 Daerah Kinta Daripada graf tersebut, peratusan sampel makanan yang didapati berlaku perlanggaran makanandi bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi tahun 2022 adalah meningkatsebanyak 0.3% jika berbanding dengan tahun 2021.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA3.2 Pemeriksaan Premis Makanan Pemeriksaan premis makanan merupakan satu aktiviti rutin bagi memastikan kebersihan premis beradapada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin. Graf 2 menunjukkan pencapaianpemeriksaan premis makanan dari tahun 2018 hingga tahun 2022. Graf 2 : Pencapaian Pemeriksaan Premis Dari Tahun 2018 – 2022 Daripada graf tersebut, didapati sebanyak 1056 premis makanan telah diperiksa di daerah Kintapadatahun 2022 dan mencapai sasaran yang ditetapkan, iaitu 880 premis.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA3.3 Penutupan Pemis Makanan Jadual 1 menunjukkan penutupan premis makanan dari tahun 2018 hingga tahun 2022. PREMIS 2018 2019 2020 2021 2022Gerai 0 0 0 0 5 Restoran / Kedai Makan 31 9 11 0 1 Dapur Hotel 0 0 0 0 0 Dapur Asrama Sekolah / Institusi 0 0 0 0 0 Kantin Sekolah 3 2 0 0 0 Kantin Hospital / Dapur hospital 0 0 0 0 0 Kantin Kilang 0 0 1 0 0 Kilang Makanan 8 1 0 0 2 Lain-lain (Katering, kantin lain) 2 4 8 0 0 Jumlah 44 16 20 0 8 Peratus Penutupan (%) 4.0 1.6 3.4 0 0.8Jadual 1 : Penutupan Premis Makanan Bagi Tahun 2018 – 2022 Daripada 1056 premis makanan yang diperiksa, 8 premis makanan diperintah tutup sementara di bawahSeksyen 11, Akta Makanan 1983. (Jadual 1). Daripada jadual tersebut, didapati peningkatan sebanyak0.8% penutupan premis bagi tahun 2022 berbanding tahun 2021. 3.4 Pengeluaran Kompaun Kesalahan Di Bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009Sepanjang tahun 2022, sebanyak 204 notis kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha/pengendali makanan yang gagal menjaga kebersihan premis dan kebersihan diri. Pengeluaran kompaun kesalahanyang tertinggi adalah kesalahan di bawah Peraturan 32: Tidak mematuhi kehendak yang berhubungandengan pakaian pengendali makanan.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 2 menunjukkan maklumat notis kompaun yang telah dikeluarkan pada tahun 2022. Perkara Jumlah Bil. notis kesalahan dikeluarkan 204 Bil. kompaun di bawah PPKM dijelaskan oleh OKS 102 Jumlah bayaran kompoun diterima RM29,445.00Jadual 2 : Maklumat Notis Kompaun Yang Telah Dikeluarkan Pada Tahun 2022 Daripada Jadual 2, sebanyak 102 kompaun daripada jumlah keseluruhan 204 notis kompaunyangdikeluarkan di bawah PPKM telah dijelaskan oleh OKS. Sejumlah RM29,445.00 bayaran kompauntelahditerima pada tahun 2022. 3.5 Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” telah diperkenalkanbagi menggantikan SK1M, di mana ia adalah penjenamaan semula SK1M. Ia merupakanhasil penambahbaikan SK1M yang bertujuan memudahkan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) memenuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Melalui pensijilan MeSTI, pihakpengusaha makanan akan dibimbing bagi membangun dan melaksanakan program jaminan keselamatanmakanan sebelum pensijilan diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihakpengusaha perlu membangunkan satu sistem terancang yang praktikal dan didokumentasikan bersertarekod kawalan. Antara elemen utama dalam sesuatu program jaminan keselamatan makananyangefektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability). Jadual 3menunjukkan pencapaian premis pengilangan makanan mendapat pensijilan SkimMakanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) di daerah Kinta bagi tahun 2018 sehingga tahun 2022. Pensijilan MeSTI / Tahun 2018 2019 2020 2021 2022Bil premis pengilangan makanan yang diaudit dan mendapat pensijilan 42 43 30 61 48
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 3 : Pencapaian Premis Pengilangan Makanan mendapat pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) Bagi Tahun 2018 – 2022 Daripada Jadual 3, didapati sebanyak 48 premis pengilangan makanan di daerah Kinta telah mendapat pensijilan Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) pada tahun 2022 dan mencapai jumlah yang disasarkan (43 premis). Walau bagaimanapun, bimbingan dan khidmat nasihat dari segi infrastuktur dan pembangunan Manual Kawalan Keselamatan Makanan kepada pihak pengusahaindustri masih berterusan. Dengan kewujudan pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), semakin banyak industri makanan terutamanya industri kecil dan sederhana digalakkanmelaksanakan program jaminan keselamatan makanan bagi memberi keyakinan orang ramai terhadapkeselamatan dan kualiti produk makanan tempatan. 3.6 Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikankepadapengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makananyang selamat dan sihat kepada pelanggan. Ianya adalah satu program penambahbaikan terhadapprogram pemantauan sedia ada yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Secaraumumnya, terdapat empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanansebelum mendapat pengiktirafan iaitu: - Pengusaha premis makanan yang mengekalkan premis yang bersih; - Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang selamat; - Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang sihat;dan - Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan dalam saiz hidangan yang betul mengikut keperluan individu. Pengiktirafan ini melibatkan 2 komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponenpemakanan. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, pengusaha premis makanan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kedua-dua komponen ini. Pengusaha premis makananmasihboleh menjual makanan mengikut resipi asal seperti sedia ada, sekiranya makanan yang dijual telahmemenuhi kriteria yang ditetapkan. Pada tahun 2022, sebanyak 30 premis makanan di daerahKintatelah mendapatkan Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS).
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA3.7 Pelesenan Ais Sumber air yang digunakan untuk memproses dan menghasilkan ais bagi maksud perdaganganatauperniagaan diwajibkan untuk mempunyai lesen sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa semua pengusaha kilang ais perlumendapatkan lesen sebelum memulakan perniagaan yang melibatkan proses verifikasi premis sertapensampelan air dan ais. Pensampelan air dan ais dijalankan untuk memastikan ais yang dihasilkandiperoleh dari air yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam Peraturan 394A dan memenuhi keperluan standard air dalam Jadual Kedua Puluh LimaA. Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 8buah(88.9%) daripada jumlah keseluruhan 9 buah kilang ais di daerah Kinta telah berjaya mendapat lesenais, iaitu Atlas Edible Ice (Ipoh) Sdn Bhd, Long Win Trading Sdn Bhd, c&c Frozen Food Marketing, GoodLuckE Ice Sdn Bhd, Pure Glace Sdn Bhd, Diamond Cube Ice Enterprise, Glacier Ice Manufacturer Sdn BhddanChop Nam Loong. 3.8 Pelesenan Mesin Jual Air Aktiviti pelesenan mesin jual air melibatkan proses verifikasi mesin serta pensampelan air dari mesinjual air. Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 191 lesen masih aktif untuk mengendalikan mesin jual air dania menunjukkan peningkatan jika berbanding dengan tahun 2021, iaitu 117 lesen mesin jual air yangaktif. 3.9 Kes Keracunan Makanan Jadual 4 menunjukkan kes keracunan makanan yang berlaku dari tahun 2018 hingga tahun 2022 Daerah 2018 2019 2020 2021 2022 Kinta 6 7 5 1 6 Jadual 4 : Kes Keracunan Makanan bagi Tahun 2018 – 2022 Daripada Jadual 4, didapati peningkatan kes bagi tahun 2022 (6 kes) berbanding tahun 2021 (1kes). Walau bagaimanapun, usaha memberi pendidikan keselamatan makanan akan diteruskanuntukmenimbulkan kesedaran dalam diri pengendali makanan tentang kepentingan kebersihandankeselamatan dalam menghasilkan sesuatu makanan yang selamat kepada pengguna.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 5 menunjukkan maklumat bagi kes keracunan makanan yang berlaku sepanjang tahun 2022Bil. Lokasi Keracunan Tarikh Kejadian Kes Terlibat Makanan Disyaki 1. Asrama Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak 06.04.2022 / 7.00pm 46 Daging Rendang; Ikan Siakap 3 Rasa 2. Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, 31250 Ulu Kinta, Perak 26.04.2022 / 12.00am 268 AyamMasak Merah3. Asrama Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak 31.05.2022 / 4.00pm 68 Nasi Tomato Ayam; Rendang Daging 4. Kolej Polytech Mara, Wisma Ssi, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak 01.08.2022 / 10.30am 32 Sandwich 5. Asrama Anak-Anak Yatim, Budi Mulia Nurul Huda, Kampung Tersusun Tanah Hitam, 31200 Chemor Perak 30.11.2022 / 1.00am 31 AyamMasak Merah6. Tingkat 4, Klinik Pediatrik, Bangunan Kwkk, Hospital Raja Permaisuri Bainun, 30450 Ipoh, Perak 08.12.2022 / 2.00am 10 Sambal Air Asam; AyamBakar Jadual 5 : Maklumat Bagi Kes Keracunan Makanan Sepanjang Tahun 2022 Daripada Jadual 5, sebanyak 6 kes keracunan makanan telah berlaku di daerah Kinta. Sebagai langkahpecegahan daripada kes berulang, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau premis dari segi
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAkebersihan selama tiga bulan berturut-turut dan memberi taklimat/nasihat tentang keselamatanmakanan kepada pengendali makanan. 3.10 Aktiviti-Aktiviti Unit Keselamatan & Kualiti Makanan Pemeriksaan dan Pemantauan Bazaar Ramadan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKDKintapada 12 April 2022 di Bazaar Ramadan Batu Gajah. Pengedaran risalah berkaitan keselamatan dankebersihan makanan juga dijalankan. Amalkan Budaya 3 M 1. M.A.S.A.K - Adalah lima kunci keselamatan makanan bagi mengelakkan keracunan dan pencemaranmakanan semasa memilih dan menyediakan makanan. i) Masak dengan sempurna ii) Asingkan peralatan iii) Simpan dengan betul iv) Air dan bahan mentah yang bersih v) Kebersihan diri 2. MEMILIH M-B-C - Memilih produk makanan yang selamat melalui pengenalan logo MeSTI, BeSS dan Trust MyCatering3. MELAKSANAKAN KENDIRI - pemeriksaan kendiri merupakan amalan yang baik begi mengawal kebersihan, kualiti dan keselamatanmakanan.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA4.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa komited untuk memastikankeselamatan makanan dan majoriti aktiviti yang dijalankan pada tahun 2022 mencapai sasaranyangditetapkan. Aktiviti penguatkuasaan juga terus diperkasakan di peringkat lapangan bagi memastikankeselamatan dan kualiti produk makanan di pasaran adalah terjamin. Pengenalan SkimMakananSelamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dapat memastikan semua makanan adalah selamat danbebasdaripada pencemaran sepanjang rantaian makanan. Seterusnya, ia meningkatkan keyakinan penggunake atas produk tempatan yang dikeluarkan dan membantu industri dalam meluaskan pasaran mereka. Manakala dengan kewujudan Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS), lebih banyak premisoutlet makanan digalakkan menyediakan premis yang bersih dan makanan yang selamat serta pilihanyang lebih sihat seterusnya membudayakan premis dan makanan yang bersih dan sihat.