LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAUNIT KAWALAN MUTU DAN AIR MINUM (KMAM ) 1. Pengenalan:- Pengawasan bekalan air bermula dari puncanya iaitu sungai. Di daerah Kinta terdapat 2buahsungai yang dikumpulkan dalam satu rangkaian. Ia dipanggil sebagai Aliran pertama (course 1) yangterdiri dari Sungai Perak dan Sungai Kinta. Pengawasan keatas bekalan air minumdijalankanolehPejabat Kesihatan Daerah Kinta , Jabatan Kimia dan juga Lembaga Air Perak. Sepanjang tahun2022, persampelan air minum telah dijalankan daripada 53 stesen percontohan air yang telah disediakanoleh pihak Lembaga Air Perak. Unit KMAM daerah Kinta telah diberi 4 loji untuk dibuat pemantauaan. Loji tersebut adalah Loji Rawatan Air Sungai Tapah ,Loji Rawatan Air Ulu Kinta, Loji Rawatan Air Sungai Kinta dan juga Loji Rawatan Air Sultan Idris Shah II . 2. Objektif:- Memastikan mutu air minum yang dibekalkan kepada penduduk adalah bermutu dan selamat sertamematuhi standard paiwaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalahbertujuan melindungi pengguna daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminumairyang tercemar dan tidak bersih.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA3. Carta Organisasi Unit KMAM Pegawai Kesihatan Daerah Dr. Asmah Binti Zainal Abidin Pegawai Perubatan KPAS UD52 Dr. Nirwan Bin Oksa Pen.Peg. Kesihatan Persekitaran U29 Raajiv Kumar A/L Kaliappan Pen.Peg. Kesihatan Persekitaran U29 Khairunnisa Binti Abdul Mutallib Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran U36(KMAM) Raja Aznan Bin Raja Isa Pembantu Kesihatan Awam U19 Abdullah Fairus Bin Abdul Rahim
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA4. Pencapaian:- 4.1 Pencapaian persampelan Bakterian Kumpulan 1 (Mikrobiologi) 2017- 2022 Graf 4.1: Pencapaian persampelan Bakterian Kumpulan 1 (Mikrobiologi) 2017-2022 Dari graf diatas menunjukan pencapaian bakteria bagi kumpulan 1 dimana terdapat peningkatanjumlah sasaran dan pencapaian persampelan air bagi tahun 2022. Hal ini kerana jumlah pensampelanadalah mengikut sasaran tahunan yang telah ditetapkan dalam jadual pensampelan tahunan. Jumlahsampel juga adalah berbeza pada setiap tahun kerana mengikut jadual penerimaan sampel olehJabatan Kimia Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA4.2 Pencapaian persampelan Kimia Kumpulan 2 (Kimia Tak Organik) 2017- 2022 Graf 4.2 Pencapaian persampelan Kimia Kumpulan 2 (Kimia Tak Organik ) 2017-2022 Dari graf diatas menunjukan pencapaian persampelan air kimia kumpulan 2 dimana jumlahsampel pada tahun 2022 dapat dicapai sepenuhnya mengikut sasaran yang telah ditetapkan. Kesemua sampel kumpulan 2 ini telah diterima oleh Jabatan Kimia Perak mengikut jadual persampelan yang telahditetapkan dalam Piano Chart KMAM. 4.3: Pencapaian persampelan Kimia Kumpulan 3 (Logam Berat) 2017- 2022 Graf 4.3: Pencapaian persampelan Kimia Kumpulan 3 (Logam Berat ) 2017-2022 Dari graf diatas menunjukan pencapaian persampelan air kimia bagi kumpulan 3 dimana terdapat sampel air bagi kumpulan ini perlu diambil sekurang-kurangnya 4 kali dalam tempoh setahundi
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAkawasan Intake dan juga TPO. Di kawasan SRO dan juga agihan sekurang-kurangnya diambil 2 kali dalamtempoh setahun. Jumlah pensampel adalah mengikut sasaran tahunan yang telah ditetapkandalamjadual pensampelan tahunan. 4.4 Pencapaian persampelan Kimia Kumpulan 4 (Pestisid) 2017-2022 Graf 4.4: Pencapaian persampelan Kimia Kumpulan 4 (Pestisid) 2017-2022 Dari graf diatas menunjukan pencapaian persampelan air kimia bagi kumpulan 4 iaitu persampelanpestisid dimana pensampelan bagi kumpulan ini perlu diambil sekurang-kurangnya 4 kali dalamtempohsetahun di kawasan Intake dan juga TPO. Di kawasan SRO dan juga agihan sekurang-kurangnya diambil 1kali sahaja dalam tempoh setahun. Jumlah sampel adalah mengikut sasaran tahunan yang telah ditetapkan dalam jadual pensampelantahunan.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA4.5. Pencapaian QAP Unit KMAM Kinta 4.5: Jadual Bagi Pencapaian QAP Unit KMAM Kinta Dari jadual yang ditunjukkan, dapat dilihat pada tahun 2022 terdapat 5 indicator QAPparameter yang dipantau dalam program Kawalan Mutu Air Minum. Dapat dilihat dalamjadual di atas, tiada pelanggaran sampel bagi parameter yang dipantau nilai QAP. Hal ini kerana, pihak pengurusanTahun Indikator Klorin (< 1.85%) E.Coli (< 0.15%) Klorin & E.coli (< 0.05%) Kekeruhan (< 2.0%) Aluminium(< 10.20%) A B C A B C A B C A B C ABC2017 409 2 0.49 418 0 0 409 0 0 418 4 0.96 52 002018 470 0 0 471 0 0 470 0 0 471 4 0.85 84 002019 219 0 0 219 0 0 466 0 0 466 0 0 84 111.92020 472 0 0 470 0 0 470 0 0 472 1 0.21 87 002021 806 0 0 806 0 0 804 0 0 808 0 0 156 21.28%2022 856 0 0 856 0 0 856 0 0 856 0 0 166 00NOTA : A = Total anlyzed samples B = Total violated samples C = Percentage of violated samples (%)
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAbekalan air di daerah Kinta telah bertungkus lumus dalam memastikan kualiti bekalan air yangdibekalkan mengikut National Standard for Drinking Water Quality. 4.6. Pencapaian Penyiasatan Mutu Air Minum Bagi Hospital H OSPIT AL 2017 2018 2019 2020 2021 2022Sasaran Pencapaian % Sasaran Pencapaian % Sasaran Pencapaian % Sasaran Pencapaian % Sasaran Pencapaian %SasaranPencapaian%Raja Permaisuri Bainun 4 4 100 4 4 100 4 4 100 2 2 100 2 2 100 22100HBUK 4 4 100 4 4 100 4 4 100 2 2 100 2 2 100 22100Batu Gajah 4 4 100 4 4 100 4 4 100 2 2 100 2 2 100 22100
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA4.6: Pencapaian Penyiasatan Mutu Air Minum Bagi Hospital Jadual diatas menunjukkan pencapaian bagi penyiasatan mutu air minum bagi hospital. Hospital yang terlibat dalam daerah Kinta ini adalah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital BahagiaUluKinta dan juga Hospital Batu Gajah. Ujian in-situ dijalankan dengan menggunakan peralatan-peralatan bagi menguji fizikal air. Pemantauan ini dijalankan 2 kali dalam tempoh setahun. Jumlah sampel telah berkurangankeranaterdapat 2 kali persampelan akan dijalankan oleh pihak Adgenta. Sepanjang pemantauan dijalankantidak terdapat sebarang pelanggaran bagi sampel air yang diuji. Semua ujian yang dijalankanmenetapi standard air kebangsaan. 4.7. Pencapaian Pemantauan Mutu Air Ladang LA D A N G 2017 2018 2019 2020 2021 2022Sasaran Pencapaian % Sasaran Pencapaian % Sasaran Pencapaian % Sasaran Pencapaian % Sasaran Pencapaian %SasaranPencapaian%Meranti 8 2 1 50 2 2 100 2 2 100 2 2 100 2 2 100 22100Ladang Galk - - - - - - - - - - - - 2 2 100 221004.7: Pencapaian Pemantauan Mutu Air Ladang Jadual diatas menunjukkan pencapaian bagi pemantauaan mutu air ladang. Pemantauanini dijalankan bertujuan untuk menilai tahap kebersihan dan keselamatan kualiti air minumyang dibekalkanoleh pihak ladang kepada pekerjanya sendiri. Ladang-ladang yang dipantau ini tidak memperolehi airdari Lembaga Air Perak. Oleh itu pihak ladang menggunakan air sumber bawah tanah seperti telagapamuntuk kegunaan mereka sendiri.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTADalam daerah Kinta terdapat 2 ladang yang perlu dipantau sekurang-kurangnya 2 kali setahuniaitu Ladang Meranti 8 dan Ladang Galk. Ujian in-situ dijalankan dengan menggunakan peralatan- peralatan bagi menguji fizikal air. Walaupun air yang mereka gunakan masih menepati standardnamunpihak PKD masih menyarankan supaya pihak ladang menggunakan saliran air daripada LembagaAirPerak. 5. Kajian Kebersihan Loji Rawatan Pembersihan Air Pada tahun 2022 kajian kebersihan bekalan air yang meliputi kawasan tadahan air, loji rawatanair danretikulasi telah dijalankan ke atas sebuah loji rawatan air di daerah iaitu Loji Ulu Kinta pada bulanJulai 2022. Kajian dilakukan bersama agensi luar seperti LAP dan Jabatan Kimia Perak. Sampel yang diambil di kawasan tadahan adalah sebanyak 1 sampel, kawasan loji rawatansebanyak 5 sampel dan kawasan retikulasi sebanyak 1 sampel. Semua sampel yang diambil dihantar keJabatan Kimia Ipoh untuk analisa Mikrobakteria dan Kimia. Analisa fizikal seperti bacaan pH, baki klorin, kekeruhan, suhu, Oksigen terlarut dalam air (DO) dan Jumlah pepejal terampai (TDS) dilakukansemasadilapangan (Insitu). Penilaian dalam kajiaan Kebersihan dibuat melalui kaedah pemerhatian menggunakan ”borang KMAM- KK1” (kawasan Tadahan), ”borang KMAM-KK2” (Kawasan Loji Rawatan), ”borang KMAM-KK3” (KawasanAgihan) dan Kaedah temuduga digunakan melalui borang ”Health Risk Assesment” (HRA). Hasil daripada penilaian HRA didapati Loji rawatan Ulu Kinta berada ditahap ’LowRisk”. Ini bermaksud Loji ini berada ditahap selamat daripada sebarang pencemaran dan juga tiadaberkemungkinan akan berlaku pencemaran terhadap kualiti air mentah dan air terawat. Isu-isu dan masalah serta Cadangan Sepanjang tahun 2022, Unit Kualiti Air Minum(KMAM) PKD Kinta tidak menghadapi sebarang masalahdalam menlaksanakan tugasan. Semua pihak yang terlibat dengan unit ini telah berkomunikasi danmemberikan kerjasama yang baik. Hal ini kerana kerjasama yang erat terutamanya daripada pihakLembaga Air Perak dan juga pihak loji rawatan air serta dari agensi-agensi lain amat diperlukanbagi menjaga mutu, kualiti dan kebersihan air kepada pengguna.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAKesimpulan Pencapaian QAP dalam tahun 2022 juga menepati piawaian dan standard yang telahditetapkan. Selain itu Unit KMAM daerah Kinta telah diberi satu tanggungjawab oleh Jabatan KesihatanNegeri Perak untuk akan menjalankan Program Persampelan Air Di Kolam Renang Lost WorldOf Tambun sebanyak 4 kali lawatan dalam setahun. Kesemua keputusan sampel perlu dimasukkankedalam sistem WQS dan data-data tersebut boleh diakses oleh Jabatan Kesihatan Negeri PerakdanKementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan pengumpulan data. Secara keseluruhan ,Unit Kawalan Mutu Air Minum daerah Kinta telah menjalankanpemantauan dan pensampelan air mengikut standard dan juga sasaran yang telah ditetapkan didalamjadual pensampelan tahunan. Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab semua pihak termasukLembaga Air Perak, pihak Loji Rawatan Air Ulu Kinta, Loji Rawatan Air Sg. Kinta, Loji RawatanAir SgTapah, hospital-hospital dan pihak ladang telah memberi kerjasama yang baik. Disediakan oleh: PPKP Khairunnisa binti Abdul Mutalib Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 Disemak Oleh : En. Raja Aznan Bin Raja Isa Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36