LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAUNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN PENGENALAN PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN Bidang kerja sosial perubatan wujud sebagai satu perkhidmatan yang menguruskanfungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatanyanglebih baik. Praktis kerja sosial perubatan berasaskan kepada pengetahuan dalambidang kerjasosial yang merangkumi aspek psikologi, antropologi & sosiologi, perundangan sosial dan aspek kesihatan. Praktis kerja sosial perubatan merupakan aplikasi kerja sosial untuk menangani ketidakfungsianfizikal, sosial dan psikologi melalui kaedah kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti. Perkhidmatan diberikan dalam bentuk bantuan praktik dan terapi sokongan. Model biopsikososial merupakan satu pendekatan bersepadu ke atas tingkah laku manusiadan penyakit berbanding model bioperubatan yang hanya berasaskan sains tulen. Kajianmenunjukkan faktor psikososial merupakan asas dan penyebab kepada semua penyakit dan masalahfizikal (Dr.Imtiaz Ahmad Dogar. A.P.M.C. Vol.1.No.1. January 2007). Dimensi penilaian biopsikososial dalam kerja sosial perubatan melibatkan aspek biologikal (keperluan asas, kesihatan yang sempurna, persekitaran fizikal, kemampuan dan ciri-ciri fizikal), psikologikal (sejarah/ pengalaman individu, ciri-ciri personaliti, tahap kecerdasan dan kemampuanmental, identiti dan konsep kendiri), sosial (sosiobudaya, kekeluargaan, rakan, komuniti, etnik, persekitaran sosial, politik, ekonomi dan spiritual) (Clay Graybeal. 2000. Families In Society Journal vol.82.No.3). Secara amnya, Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif total patient care. Perkhidmatanyang disediakan di hospital, institusi dan klinik kesihatan adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan, pemulihan dan pencegahan. Perkhidmatan ini membantumemulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepadakomuniti selaras dengan batas keupayaan mereka. UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN, PEJABAT KESIHATAN KINTA Pejabat Kesihatan Kinta mula diperuntukkan 1 jawatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan GredS44pada 1hb Disember 2010. Pegawai Kerja Sosial Perubatan ditempat bertugas di Klinik KesihatanBuntong kerana Klinik Kesihatan Buntong telah disediakan ruang pejabat Unit Kerja Sosial Perubatandi aras dua klinik tersebut. Unit Kerja Sosial Perubatan, Pejabat Kesihatan Kinta memulakanoperasi perkhidmatannya pada 17 Januari 2011. Kekuatan tenaga kerja ketika itu adalah seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa, pada 22 September2014 seorang PKSP gred S41 telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Greentown. Unit Kerja Sosial Perubatan memberikan perkhidmatan biopsikososial kepada pesakit- pesakit agar mendapat faedah yang maksima daripada rawatan perubatan dan kesihatandanmembantu mengembalikan kefungsian sosial dan membolehkan mereka kembali kepada masyarakat selaras dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya. Unit ini menerima rujukandari Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan Keluarga di klinik-klinik kesihatan Daerah Kintayangmengenalpasti masalah-masalah pesakit yang mempunyai kaitan antara masalah kesihatandenganmasalah sosial dan masalah ekonomi pesakit. Pejabat Kesihatan Kinta adalah satu-satunya daerahdi
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAnegeri Perak yang mendapat perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan. Bagi Pejabat Kesihatandaerah- daerah lain masih belum dilaksanakan atas dasar mengikut keperluan dan polisi KementerianKesihatan Malaysia. VISI PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatanyang lebih baik. MISI PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan. OBJEKTIF PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN i. Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatandanpemulihan. ii. Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dandapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka. iii. Meningkatkan keyakinan diri kearah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTACarta Organisasi Unit Kerja Sosial Perubatan, PKD Kinta DR. ASMAH BT ZAINAL ABIDIN Pegawai Kesihatan Daerah Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga En. Baharul Fuadi B. Kadri Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 Klinik Kesihatan Buntong Pegawai Yang Menyelia Pn. Salvinderjeet Kaur a/p Jaswant Singh Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41 Klinik Kesihatan Greentown
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAPerkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan BANTUAN PRAKTIK & TERAPI SOKONGAN PROGRAM KOMUNITI, PROMOSI DANPENCEGAHAN 1. Pembiayaan Peralatan Perubatan 2. Bantuan Pembiayaan Rawatan 3. Bantuan Pembiayaan Ubat-ubatan 4. Bantuan Am 5. Penempatan Institusi 6. Mengesan Waris 7. Khidmat Perundingan 8. Sokongan Emosi 9. Intervensi Krisis 1. Kesihatan Kanak-kanak 2. Kesihatan Remaja 3. Kesihatan Wanita & Ibu 4. Ceramah/ Taklimat/ Seminar 5. Kaloborasi Bersama Multidisiplin6. Kem Kesihatan/ Pameran Intervensi sosial oleh Unit Kerja Sosial Perubatan tahun 2022
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAGambar Aktiviti Pegawai Kerja Sosial Perubatan Kami telah membantu pesakit mendapatkan peralatan perubatan di daerah Kinta. Peralatanini adalah seperti Glucometer, strip, lancet dan jarum insulin telah beri kepada pesakit yangtidakberkemampuan. Gambar-gambar ini adalah antara penerima bantuan tersebut. UKSP turut juga membantu pesakit yang tidak berkemampuan membeli lampin pakai buang.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAKURSUS PEMANTAPAN PROGRAM ORANG ASLI PKD KINTA DI BAYVIEWBEACH RESORT, PULAUPANGKOR PADA 22 HINGGA 24 JUN 2022. Kami terlibat merangka kursus dan bertugas sebagai fasilitator kursus. Bilanganpeserta adalah 23 orang termasuk anggota Pasukan Doktor Udara PKD Kinta. Kursustersebut telah berjalan dengan lancar. KURSUS BUDAYA KOPORAT DAN SOFTSKILL PKD KINTA UNTUK KAKITANGAN PKD KINTADI PKDKINTA. Kami terlibat merancang dan bertugas sebagai fasilitator kursus dan telah dilaksanakandenganjayanya pada tarikh berikut : 1. 28 hingga 29 Oktober 2022 – 18 orang peserta 2. 2 Disember 2022 – 24 orang peserta.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTARumusan / Kesimpulan Usaha meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan kualiti kehidupan sosial dan ekonomi rakyat adalahseiring dengan visi perkhidmatan kerja sosial perubatan Ke Arah Peningkatan KesejahteraanSosial Masyarakat. Perkara diambil perhatian sejajar peranan yang dimainkan oleh Pegawai Kerjasosial Perubatan yang dapat menjadi wadah inspirasi sistem penyampaian kerajaan memastikanrakyat yang miskin dan kurang mampu dipelihara dan dijamin mendapat perkhidmatan kesihatanyangsempurna dan supaya kesan-kesan ke atas kecekapan (efficiency) dan kekesanan (effectiveness) dalam Perkhidmatan Kesihatan dapat sampai kepada golongan sasaran adalah seperti di bawah: i. Semua pesakit yang memerlukan intervensi PKSP berpeluang mendapat perkhidmatanmedical-sosial yang sewajarnya yang selama ini hanya terdapat di hospital-hospital sahaja. Kini perkhidmatan kerja sosial boleh di perolehi oleh masyarakat di Klinik-klinikkesihatan dalam dalam Pentadbiran Pejabat Kesihatan Kinta. ii. Usaha-usaha mengatasi masalah rawatan kesihatan, masalah sosial dan masalahkemiskinan dalam komuniti dapat diatasi secara bersepadu dan sebagai langkahpencegahan awal meningkatkan kualiti hidup masyarakat. iii. Matlamat Perkhidmatan Kesihatan Awam yang komprehensif dengan pendekatanholistik akan tercapai tanpa mengabaikan aspek-aspek psiko-sosial diambil kirasebagai satu komponen penting. Kepentingan keperluan dan sumbangan PKSP atau ‘Medical Social Worker’ ke arah mencapai matlamat rawatan ‘Total Patients Care’ telah terbukti dengan keupayaan professionini melaksanakan intervensinya di hospital dan klinik kerajaan di seluruh Malaysia. PenempatanPKSPdi dalam Perkhidmatan Kesihatan Awam ( Klinik-Klinik Kesihatan) bukan sahaja dapat memastikan‘Comprehensive Care’ tetapi ‘Quality Care’ dimana intervensi PKSP diperingkat awal sebagai pencegahan awal diperingkat akar umbinya dapat dilakukan dalam usaha menolong, menjagakebajikan, meningkatkan taraf kehidupan dan memperkasakan masyarakat dalamkomuniti. Disediakan Oleh, BAHARUL FUADI B. KADRI PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN S44 KLINIK KESIHATAN BUNTONG