The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KUALITI PKD KINTA, 2023-10-02 03:34:42

CDC

5 LT CDC ok

LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAUNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1.0 PENGENALAN Unit ini bertanggungjawab secara langsung kepada Pegawai Kesihatan Daerah Kinta dalamhal-hal berkaitan dengan aktiviti berkaitan epidemiologi, Survelan Penyakit Berjangkit (termasukInformasi & Dokumentasi), Pengurusan Wabak dan Bencana. Pemantauan dijalankansecaraharian bagi semua jenis penyakit yang tersenarai dalam Akta Pencegahan dan PengawalanPenyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 1.1 MISI Menjalankan program kawalan dan pencegahan dengan menyeluruh, bersepadu danefisyenbersama semua agensi kerajaan dan masyarakat dalam mengekang penularan wabak penyakit berjangkit 1.2 VISI Ke arah melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera serta dapat menikmati kehidupan yang bebas dari kejadian penyakit berjangkit. 2.0 OBJEKTIF 2.1 OBJEKTIF AM: Untuk memastikan kejadian penyakit berjangkit dicegah dan terkawal melalui aktiviti survelan, pencegahan dan pengawalan penyakit yang berkesan, bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti disebabkan penyakit berjangkit. 2.2 OBJEKTIF KHUSUS: 1. Untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat dari Penyakit Bawaan Air danMakanan 1.1 Mengurangkan peratusan episod wabak keracunan makanan sebanyak 10%dari bilangan episod wabak median 5 tahun lalu pada tahun 2022. 1.2 Mengurangkan episod wabak keracunan makanan melibatkan sekolah sebanyak10% dari tahun sebelumnya. 1.3 Mencapai sasaran indikator kualiti sifar untuk episod Keracunan Makananberulang di premis yang sama dalam tiga (3) tahun (2020-2022)


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA2. Untuk Mengurangkan Morbiditi Dan Mortaliti Disebabkan Oleh Penyakit Cegahan Vaksin2.1 Penyakit Measles (Campak) I. Mencapai indikator kualiti yang disasarkan oleh WHO bagi mencapai status eliminasi measles pada tahun 2023. II. Mengesan kes-kes yang disyaki measles bagi mencapai sasaran > 2 kes / 100,000penduduk pada tahun 2022. III. Mengurangkan insidens kes-kes yang disahkan measles (sama ada oleh makmal / hubungan epidemiologi / klinikal) kepada <1 kes/ 1 juta penduduk pada tahun 2022. 2.2 Penyakit Polio i. Mengekalkan status eradikasi Polio dengan mencapai indikator-indikator yang disasarkan oleh WHO. ii. Mengesan kes-kes AFP > 1 kes / 100,000 penduduk di bawah umur 15 tahun. iii. Memastikan tiada kes AFP yang disahkan ‘Indiginous Wild Polio’. 2.3 Penyakit mumps I. 80% kes Mumps yang dinotifikasi secara pentadbiran disiasat dalam tempoh 48 jam. II. Wabak Mumps disiasat dalam tempoh 24 jam selepas dinotifikasi. 2.4Untuk Memperkukuhkan Survelan Penyakit Zoonotik 2.41 .Penyakit Leptospirosis i. Memastikan 80% kes Leptospirosis didaftar dalam sistem e-notifikasi dalammasa1minggu dari input notifikasi setelah terima keputusan makmal ii. Memastikan > 80% laporan kematian Leptospirosis dihantar dalam tempoh 1 minggudari tarikh pengesahan makmal iii. Memastikan100% kes Leptospirosis yang didaftar mengikut definisi kes dalamtempoh7hari selepas tarikh keputusan makmal.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA2.42 Untuk mengurangkan morbiditi kejadian Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) di daerahKinta I. Memastikan Mencapai morbidity index kejadian HFMD < 2 bagi kitaran 1 dan 2 setiap tahun II. Memastikan 100% kes HFMD didaftarkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh input notifikasi di dalam enotifikasi 3. Memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi kejadian wabak/bencana dan krisis akibat dari semua hazad i. Pemantauan kejadian penyakit berjangkit melalui sistem maklumat (e-Notifikasi) yang cekapdan jitu untuk mengelak berlakunya wabak. ii. Memastikan semua fasiliti kesihatan kerajaan dan > 50% fasiliti swasta di daerah Kintamenggunakan sistem eNotifikasi iii. Memperkukuhkan survelan, penilaian dan respon anggota bagi menghadapi kejadian wabak/ bencana dan krisis akibat dari semua hazad iv. Mengadakan latihan simulasi termasuk pengurusan bilik gerakan yang berkaitan kejadianwabak & bencana sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. v. Memastikan 80% anggota barisan hadapan diberi suntikan vaksin influenza bermusimdengan formulasi vaksin terkini


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA


3.0 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT PEJABAT KESIHATAN DAERAH KINTA 2022 Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit


4.0 Trend kejadian wabak penyakit berjangkit di Daerah Kinta bagi 2018 hingga 2022 Bagi tahun 2022, jumlah kejadian wabak adalah sebanyak 80 episod dan menunjukkankadarpeningkatan jumlah wabak yang mendadak sebanyak 412.5 % berbanding tahun 2021. Antara penyakit yang terlibat dalam kejadian wabak adalah seperti penyakit HFMD (60.98 %), kluster ILI (21.95%), keracunan makanan (9.76%), scabies (1.22%),AGE (1.22 %), chicken pox (2.44 %), dan tifoid (1.22%). BIL KEJADIAN WABAK JUMLAH WABAK JUMLAH WABAK JUMLAH WABAK JUMLAH WABAK JUMLAHWABAK2018 2019 2020 2021 20221 AGE 0 1 1 0 12 HFMD 20 6 13 0 523 Kluster ILI 7 4 10 7 184 Keracunan Makanan 8 7 5 1 85 Leptospirosis 1 0 0 1 06 Measles 6 1 0 1 07 Chicken Pox 0 2 0 0 28 Scabies 1 2 0 0 19 Mumps 5 16 1 0 010 Rubella 0 0 0 0 011 Disentri 0 0 0 0 012 Conjunctivitis 0 0 0 0 013 URTI 0 0 4 6 0JUMLAH 48 39 34 16 80


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA7 5.0 Penyakit Bawaan Air dan Makanan Jadual 5.1: Notifikasi Penyakit Bawaan Air / Makanan Daerah Kinta Tahun 2018 – 2022 Penyakit TAHUN 2018 2019 2020 2021 2022 Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Kes DaftarCholera 0 0 0 0 1 0.11 0 0 2 0.23 0Typhoid 1 0.1 6 0.73 15 2 1 0.1 17 1.98 2Dysentery 1 0.1 11 1.35 1 0.1 1 0.1 55 6.40 15Viral Hepatitis A 0 0 4 0.49 4 0.48 0 0 4 0.47 2Keracunan Makanan 295 34.31 118 14.4 125 15.13 295 34.31 617 71.75 484Kadar : Notifikasi Kes x 100,000 per 859900 penduduk Kinta 2022 Jadual di atas menunjukkan Jumlah Notifikasi Penyakit Bawaan Air dan Makanan dari tahun 2018hingga2022. 5.11 Taburan Kes Dysentry di Daerah Kinta Taburan kes Disenteri menunjukkan peningkatan dari segi jumlah kes positif berbanding dengantahun2021.Pada tahun 2021 jumlah kes positif adalah sebanyak 2 orang dan tahun 2022 telah mencatatkanjumlah kes sebanyak 15 orang. Ini menunjukkan suatu angka yang jauh lebih berbeza berbanding dengantahun-tahun sebelumnya. Peningkatan juga turut berlaku dari segi jumlah notifikasi yang diterimaberbanding dengan tahun lepas. Peratus peningkatan adalah sebanyak 650 % bagi tahun2022berbanding dengan tahun 2021.Ini adalah kerana Unit CDC PKD Kinta telah memberikan infomasi dantatacara pengurusan dalam kawalan kes penyakit berjangkit kepada fasiliti kesihatan secara berterusanagar langkah pengesanan serta kawalan awal dapat dijalankan serta dapat mengurangkan kes di masahadapan. Pendidikan kesihatan juga turut diberikan kepada semua kes yang dinotifikasi supaya orang


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA8 awam mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi membendung daripada penyakit ini berlakulagi di masa akan datang. 5.1.1: Taburan Kes Disenteri di Daerah Kinta dari tahun 2018 hingga 2022. 5.1.2: Taburan Kes Typhoid di Daerah Kinta Pada tahun 2022, sebanyak 2 kes telah didaftarkan untuk kes Typhoid dan 1 episod wabak telahdiisytiharkan .Wabak ini melibatkan 2 orang kes dari keluarga yang sama. Wabak tersebut dapat dikawal dengan tindakan kawalan dan pencegahan serta rawatan yang pantas dari pihak PKDKinta. Graf di bawah menunjukkan tiada sebarang kes yang didaftarkan bagi 6 tahun yang lepas di daerahKinta. Dari segi jumlah notifikasi, kes typhoid telah mengalami penurunan berbanding dengantahun2021, ini kerana pihak PKD Kinta telah mengeluarkan surat peringatan kepada semua fasiliti kesihatanswasta bahawa semua kes yang dinotifikasi untuk typhoid perlu mempunyai ujian kultur (cns) selaindari ujian serology yang positif. Berikutan dengan surat peringatan tersebut, jumlah notifikasi kesTyphoid yang hanya ada ujian serology sahaja telah makin berkurangan sejak dari tahun 2020. Bagi tahun 2022, peratus penurunan jumlah notifikasi kes adalah sebanyak 66% berbanding dengantahun2021.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA9 Graf 5.1.2 Taburan Kes Typhoid di Daerah Kinta 5.1.3: Taburan Kes Hepatitis A di Daerah Kinta Pada tahun 2021, sebanyak 5 kes dinotifikasi dan 1 kes telah didaftarkan. Bagi tahun2022, penurunan telah berlaku dari segi jumlah notifikasi iaitu sebanyak 20 % berbanding tahun2021dan tiada perubahan dari segi pendaftaran kes. 2 kes telah didaftarkan bagi kes HepatitisA(memenuhi kriteria) daripada jumlah notifikasi sebanyak 5 kes dan segala tindakan kawalandanpencegahan telah dijalankan dengan kadar yang segera setelah didapati kes tersebut telahmemenuhi kriteria pendaftaran kes Hepatitis A bagi mengelakkan daripada penularankepadaorang lain.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA10 Graf 5.1.3 Taburan Kes Hep-A di Daerah Kinta 5.1.4: Taburan kes Keracunan Makanan di Daerah Kinta Bagi tahun 2022, sebanyak 617 kes telah dinotifikasi dan 8 episod wabak keracunan makanantelahdiisytiharkan (termasuk 1 keracunan cendawan).Peningkatan secara mendadak ini adalahkeranasemua sekolah telah mula beroperasi secara bersemuka seperti sediakala pada tahun ini danbanyakaktiviti sosial secara besar besaran telah dibenarkan selepas kelonggaran PKP. Pihak PKD Kinta telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kejadian keracunanmakanan seperti pendidikan kesihatan melalui mesyuarat bersama PPD daerah Kinta Utara danwakil wakil sekolah berasrama dan sebagainya agar kes keracunan makanan dapat dikurangkan. PKDjugatelah meminta semua sekolah berasrama untuk menghantar surat pemberitahuan kepadaPKDsekiranya mereka merancang untuk mengadakan acara keraian yang melibatkan jumlah yang besar(>100 orang) sekurang-kurangya 2 minggu sebelum majlis diadakan. Selain itu, video animasi mengenai wabak keracunan makanan turut diedarkan kepada institusi pendidikan dan orang awam. Pada masa yang sama, KPI tiada pengulangan wabak dalam premis sekolah dalam3 tahunterakhirjuga turut dicapai. Pendidikan kesihatan telah diberikan dari masa ke semasa supaya pengendali makanandapat mengamalkan tahap kebersihan yang memuaskan dan langkah-langkah kawalan serta pemantauanterus dijalankan bersama bantuan unit BKKM.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA11 Graf 5.1.4 Taburan kes Keracunan Makanan di Daerah Kinta 5.1.5: Taburan kes Cholera di Daerah Kinta Bagi kes Cholera, cuma ada 2 kes telah dinotifikasi dan kes itu telah diabai sebab tiada ujiansampel diambil dan silap notifikasi. 6.0: Penyakit Cegahan Vaksin Kadar Notifikasi Kes Penyakit Cegahan Vaksin di Daerah Kinta Bagi Tahun 2016 hingga 2022 Penyakit Tahun 2018 2019 2020 2021 2022Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Bil KadarDifteria 15 1.74 4 0.46 5 0.58 0 0 1 0.13Pertussis 38 4.42 30 3.48 2 0.23 4 0.48 9 1.13Tetanus 1 0.12 0 0 2 0.23 0 0 1 0.13Measles 320 37.21 303 35.23 208 24.19 67 7.09 131 163.87Hepatitis B 171 19.89 253 29.42 224 26.05 127 15.87 161 20.14Mumps 186 21.63 302 35.12 55 6.4 0 0 4 0.5Kadar : Notifikasi Kes x 1,000,000 per 799,400 penduduk Kinta 2022 Kadar Pendaftaran Kes / Incidence Rate Penyakit Cegahan Vaksin di Daerah Kinta 2016 Hingga 2022Penyakit Tahun 2018 2019 2020 2021 2022Bil Bil Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Bil KadarDifteria 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Pertussis 15 1.74 8 0.93 0 0 0 0 0 0Tetanus 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0.13Measles 32 3.72 7 0.81 10 1.16 7 0.81 0 0Hepatitis B 150 17.44 148 17.21 133 15.47 109 12.95 127 15.09


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA12 Mumps 186 21.63 297 34.54 55 6.4 0 0 0 0Kadar : Pendaftaran Kes x 1,000,000 per 799,400 penduduk Kinta 2022. Jadual di atas menunjukkan jumlah notifikasi dan jumlah kes daftar bagi penyakit cegahanvaksin. Terdapat satu kes Tetanus yang dinotifikasi dan didaftarkan pada tahun 2022. Kes merupakanseorangkanak-kanak warga asing iaitu berbangsa Rohingya. Kes tidak menerima vaksin pencegahan tetanus. Langkah kawalan dan pencegahan yang telah dilakukan ialah pemberian vaksin kepada kes danadikberadik kes serta ACD telah dijalankan di sekitar penempatan kes. Kadar pendaftaran kes HepatitisBpada tahun 2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 16.51% berbanding tahun 2021. 92%dari keseluruhan kes adalah jangkitan jenis acute iaitu sebanyak 118 kes dan 21% adalah dari kumpulanumur50 – 60 tahun. Manakala bagi pertussis, sebanyak 9 notifikasi diterima sepanjang tahun 2022 dantiadakes yang disahkan positif. Kebanyakan notifikasi kes adalah daripada golongan umur dibawah setahun, iaitu sebanyak 7 kes (77%). Pada tahun 2022 kadar insiden bagi pendaftaran kes Measles menunjukkanpenurunan berbanding dengan tahun sebelumnya, hal ini berkaitan dengan arahan WHOyangtelahdikeluarkan pada 25.11.2022 (Revised Measles Criteria) bagi mencapai eleminasi Measles tahun 2025. 6.1.1 Taburan kes Measles di Daerah Kinta Graf 6.1.1 Taburan Kes Measles di Daerah Kinta Pada tahun 2021 sebanyak 67 kes telah dinotifikasi dan 7 kes telah didaftarkan sebagai Lab ConfirmMeasles.Bagi tahun 2022 peningkatan telah berlaku dari segi jumlah notifikasi iaitu sebanyak 95.52%


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA13 berbanding tahun 2021 dan dari segi pendaftaran kes Lab Confirm Measles mencatitkan penurunansebanyak 100%.Peningkatan yang mendadak adalah berpunca daripada pergerakan orang awamyangmula keluar selepas hampir 2 tahun negara dilanda Covid manakala bagi pendaftaran kes Lab ConfirmMeasles yang mencatitkan penurunan sebanyak 100 adalah berkaitan dengan arahan WHOyangtelahdikeluarkan pada 25.11.2022 (Revised Measles Criteria) bagi mencapai eleminasi Measles tahun 20256.1.2 AFP Adalah satu keadaan dimana berlakunya kelemahan atau kelumpuhan secara tiba-tiba pada anggotabadan yang sebelum ini normal dalam tempoh 15 hari pada pesakit berumur kurang daripada15tahun.Bagi menggelakkan keadaan ini pengukuhan survelen AFP dijalanakan dengan meningkatkanpengesanan kes AFP dikalangan mereka yang berumur <15 disemua fasiliti Hospital/Klinik KesihatandanKlinik Desa. 6.1.2.1 Taburan kes AFP di Daerah Kinta Graf 6.1.2.1 Taburan kes AFP di Daerah Kinta Pada tahun 2022 sebanyak 6 kes telah dinotifikasi melalui Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.Kadarpencapaian kes Non Polio Acute Flaccid Paralysis adalah 1 kes bagi setiap 100,000 penduduk berumur<15 tahun tercapai bagi Daerah Kinta dimana bilangan penduduk yang berumur bawah <15 tahunadalahseramai 149,700 dengan peratus pencapaian 4.01%.Daripada 6 kes yang dinotifikasi, 3 kes telahdiscard1, 1 kes discard 2, 1 kes discard 3 manakala 1 kes lagi masih pending keputusan.Pada tahun ini jugaKinta


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA14 telah dipilih untuk menjalankan program Survelan Persikataran untuk virus polio bagi tahun 2022 dimanaair kumbahan dari loji akan dihantar ke IMR bagi tujuan Survelan Virus Polio. 6.1.3 Chicken Pox Ia adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus . Chicken pox jugadikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang boleh menyebabkan kayap. Ia merupakanpenyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorangyangdijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin dandenganmenyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripadalepuh(blister).Pada tahun 2022 Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah menerima notifikasi ChickenPoxsebanyak 19 kes.Daripada keseluruhan kes yang diterima terdapat 2 wabak yang telah diisyitiharkanmelibatkan 2 Pusat Jagaan/Tadika.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA15 Proses sanitasi dijalankan di Tadika selepas wabak chicken pox diisytiharkan 7.0 Lain –Lain Penyakit Penyakit Tahun 2015 2016 2017 2018 2019 2020 20212022Bil Kadar Bil Bil Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Bil Kadar Bil KadarHFMD 374 45.8 718 86.91 385 43.7 374 45.8 718 86.91 389 47.6 65 7.575032604.97Leptospirosis 101 12.4 27 3.2 192 21.8 101 12.4 27 3.2 29 3.37 54 6.28819.62Meliodiosis 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0.23 0 020.23Meningo Encephalitis 10.13Gigitan Haiwan Pembawa Rabies 0 0 127 15.2 0 0 0 0 127 15.2 51 6.0 43 5.01700.07Mers-CoV 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 000Avian 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 000


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA16 Influenza Kadar : Bilangan kes yang didaftar 7.1 :Penyakit Hand Foot and Mouth Disease (HFMD). Sebanyak 52 kejadian wabak HFMD dilaporkan untuk tahun 2022 yang melibatkan sebanyak 9 wabakdi rumah persendirian dan 43 wabak di pusat jagaan kanak-kanak. Sebanyak 5032 kejadian kes HFMDpadatahun 2022 berbanding pada tahun 2021 yang hanya mempunyai 65 kes.Faktor faktor yangmenyumbang kepada kejadian kes HFMD yang tinggi pada tahun 2022 adalah kerana HFMDadalahendemik di Malaysia dan mempunyai tren “cyclical” dengan kemuncak setiap 3 tahun.Selain itusemuatadika dan sekolah telah mula beroperasi secara bersemuka selepas 2 tahun belajar secara talian.Kurangkesedaran dan tanggungjawab di kalangan ibu bapa dan pengusaha tadika/taska serta pusat jagaankanak-kanak di Daerah Kinta juga menyumbangkan kepada peningkatan kes HFMD dimana kebanyakankes yang bergejala di hantar ke tadika dan kelonggaran “Gatekeeping” di sekolah menyebabkanjangkitan HFMD meningkat dan seterusnya berlaku wabak .Tindakan kawalan dan pendidikan kesihatandijalankan secara berterusan diteruskan untuk membendung kejadian wabak daripada terus meningkat. Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Pameran PendidikanHFMDdi Pusat Beli Beah Aeon Klebang Chemor, Sesi Taklimat kepada Peyelia Taska dan Tadika DaerahKinta, berkolabrasi bersama Unit KPAS PKD Kinta bagi Sesi Townhall bersama wakil-wakil Pusat JagaanKanak- Kanak di Auditorium Hospital Raja Permaisuri Bainun serta melakukan lawatan dan Pendidikan Kesihatankepada Taska dan Tadika di bawah seliaan daerah Kinta. Perkongsian infografik mengenai penyakit HFMD turut dikongsikan kepada ibu dan bapa untuk memberi pendedahan lebih lanjut mengenai penyakit tersebut. Graf Taburan Kes HFMD di Daerah Kinta.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA17


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA18 Lawatan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Daerah Kinta.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA19 Pameran Pendidikan HFMD PKD Kina di Aeon Klebang pada 23 Jun 2022.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA20 Sesi Townhall bersama pengusaha Taska dan Tadika Daerah Kinta di AuditoriumHRPB Ipoh.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA21 7.2 : Penyakit Leptospirosis Kejadian kes Leptospirosis pula pada tahun 2022 menunjukkan peningkatan daftar kes berbanding tahun2021 iaitu sebanyak 81 kes daftar bagi tahun 2022 dan 54 daftar kes bagi tahun 2021. Jumlah notifikasi yang diterima bagi tahun ini adalah sebanyak 350 notifikasi berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak252notifikasi. Kebanyakan kes yang diterima adalah berpunca dari sejarah pergerakan ke pusat rekreasi danjuga terdapat kehadiran tikus di rumah kediaman masing-masing. Golongan umur yang terlibat kebanyakkannya adalah dari 30-60an. Peningkatan daftar kes dan jumlah notifikasi ini disebabkanolehfaktor kurangnya kesedaran masyarakat terhadap bahaya berkaitan perebakkan leptospirosis dantempat-tempat yang menjadi risiko penularan seperti pusat pusat rekreasi dan lain lain. Pelbagai aktiviti telah dilakukan pada tahun 2022 untuk mengawal dan mencegah daripada berlakunya penularankesleptospirosis, antaranya ialah mesyuarat bersama agensi kerajaan dan agensi luar seperti Pejabat Daerah, Jabatan Perhutanan, Jabatan Penerangan, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Batu Gajah, danwakil- wakil dari pusat rekreasi. Selain itu, terdapat juga aktiviti ceramah tentang kesedaran penyakit leptospirosis dan juga pemberian prophylaxis di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta. Tatacarapengawalan dan pencegahan melalui pendidikan kesihatan seperti poster dan risalah berkaitan penyakit lepto yang diberikan kepada awam termasuk papan kenyataan telah diletakkan di setiap pusat rekreasi bagi membantu kepada pengurangan kes leptospirosis. Penerangan mengenai Leptospirosis turut disalurkan kepada masyarakat menggunakan hebahan media sosial dan pengedaran risalahhasil kerjasama PKD Kinta dan Jabatan Penerangan. Tiada wabak leptospirosis yang berlaku pada tahun2022. Tiada kematian dilaporkan pada tahun 2022.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA22 Sesi perbincangan Leptospirosis bersama bersama Pegawai Daerah dan Agensi agensi luar.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA23 Kempen kesedaran Leptospirosis bersama bersama PGA Kinta.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA24


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA25 Pemantauan dan pengambilan sampel persekitaran untuk leptospirosis di Lost World of Tambun. 7.3 Meningoencephalitis Untuk kes Meningo Encephalitis, sebanyak 4 notifikasi kes diterima. 3 daripada kes tersebut diabai kerana keputusan ujian adalah negatif dan tidak memenuhi syarat untuk mendaftarkan kes. Terdapat 1kes yang telah didaftarkan melibatkan seorang bayi berumur 1 bulan yang dijaga sepenuh masa olehibu. Kes didiagnos dengan Enterovirus Meningitis. Pendidikan kesihatan telah diberikan kepada keluargakestersebut. Kejadian kes gigitan haiwan pembawa rabies pada tahun 2022 mencatatkan peningkataniaitu70kes berbanding 43 kes pada tahun sebelumnya. Daripada 70 kes tersebut, sebanyak 58 kes dikategorikansebagai Kategori Risiko 1, 5 kes dikategorikan sebagai Kategori Risiko 2 dan 7 kes sebagai Kategori Risiko3. Gigitan anjing terdiri daripada 97%, gigitan biawak 1% dan gigitan monyet 1%. Selain itu, seramai 2orang pesakit telah dimasukkan ke hospital akibat gigitan haiwan pembawa rabies manakala 68orangyang lain dirawat sebagai pesakit luar. Walaubagaimanapun tiada kes positif Rabies dilaporkanpadatahun 2022.Antara faktor-faktor yang mungkin menjadi penyumbang kepada peningkatan kes pada


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA26 tahun 2022 antaranya adalah kefahaman keperluan untuk menotifikasi kes gigitan haiwan dikalanganpengamal perubatan di klinik kesihatan dan di fasiliti kesihatan swasta telah meningkat. Notifikasi kesgigitan haiwan ini perlu dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun seterusnya bagi melihat pola kes supayatindakan pencegahan dan kawalan dapat dijalankan di kawasan sasaran. Kesedaran dikalanganmasyarakat berkenaan bahayanya gigitan haiwan perlu dirawat juga antara faktor penyumbang kepadapeningkatan kes. 7.4 :Influenza Like Illness (ILI) Influenza Like Illness juga telah mencatatkan sebanyak 18 wabak yang diisytihar pada tahun2022. 14 daripadanya melibatkan institusi pendidikan, 2 wabak melibatkan institusi latihan dan2lagi melibatkan kem pertahanan awam. Premis-premis yang terlibat telah diarahkan menjalani penutupandi bawah Akta 342. Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes dan wabak adalahkeranakelonggaran terhadap keperluan memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak. Di sampingitu, sektor pelancongan dan sempadan pintu masuk setiap negara telah membenarkan kemasukanparapelancong dari luar dan dalam negara yang menyumbang kepada kes import. Ini kerana negara-negarayang berada di Utara dan Selatan Hemisfera mengalami ‘Flu Season’ semasa musimsalji. Antara langkahlangkah pencegahan yang telah diambil oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit termasuklah mengadakansesi perbincangan bersama warden-warden asrama sekolah di dalam daerah Kinta yang telah diadakandi Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh. Avian Influenza tidak mencatatkan sebarang kes positif pada tahun 2022. Namun terdapat sejumlah kes yang telah silap dinotifikasi di dalam sistem E-Notifikasi. Siasatan mendapati diagnosissebenar kes-kes tersebut adalah Influenza Like Illness. Surat peringatan juga telah diedarkankepadafasiliti-fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta supaya tidak membuat kesilapan semasa menotifikasi kes. Mers-CoV pula mencatatkan notifikasi kes sebanyak 15 kes. Kesemua kes-kes ini ada sejarahpulang dari mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi. Semua kes ini mendapatkan rawatan di hospital setelah didapati bergejala setelah pulang dari Arab Saudi. Walaubagaimanapun kesemua kes didapati negative Mers-CoV setelah dibuat ujian pengesahan melalui kaedah PCR. Kebanyakan kes telah diagnosaakhir sebagai Community Acquired Pneumonia. 8.0 Penyakit Scabies Di daerah Kinta, data untuk 10 tahun kebelakangan telah merekodkan sebanyak 5 wabak Scabies antaratahun 2012 hingga 2022 dan kesemua wabak ini dikesan di sekolah berasrama.


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA27 Pada tahun 2022, berlaku wabak Scabies di SABK Maahad Al- Imam, As-Syafiee di mana terdapat 28kesdikesan. Pihak PKD Kinta telah mengambil inisiatif dengan memberi taklimat dan kaedah pencegahanwabak Scabies dari segi penjagaan kesihatan dan pembersihan di asrama terutama tilam, cadar, bantal dan selimut yang perlu dibersihkan dan dicuci kerap dengan air panas dan menjemur di bawah matahari. Kesimpulan dari carta di bawah, kesemua wabak Scabies dikesan dari sekolah berasrama. Pelajar-pelajarkurang menitik beratkan tahap kebersihan dan ini menjadi salah satu punca untuk jangkitanScabiesmerebak daripada kes indeks kepada yang lain. Salah satu punca penularan wabak Scabies adalahkeranakurang kesedaran kesihatan pelajar tentang penyakit scabies yang mana kes telah lama mulai bergejalatetapi tidak membuat rawatan awal dan akibat dari perkongsian bantal dan tempat tidur di kalanganpelajar menyebabkan penularan jangkitan. TAHUN JUMLAH WABAK SCABIES TEMPAT BERLAKU & BILANGAN KES 2015 1 ASRAMA SEK MAAHAD TAHFIZ AL-QUARAN , WAL QIRAAT (3 KES, 88 TERDEDAH) 2017 0 NIL 2018 1 SEK. AGAMA MAAHAD AL-UMMAH, CHEPOR (24 KES, 608 TERDEDAH) 2019 2 SEK. RAJA PEREMPUAN TAAYAH (5 KES, 623 TERDEDAH) SEK AGAMA MAAHAD AL- QURAN, WALQIAT ADDIN 10 (6 KES, 84 TERDEDAH) 2020 0 NIL 2021 0 NIL 2022 1 SABK MAAHAD AL-IMAM AS-SYAFIEE (28 KES, 101 TERDEDAH)


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA28 TAHUN JUMLAH WABAK SCABIES TEMPAT BERLAKU 2015 1 ASRAMA SEK MAAHAD TAHFIZ, AL-QUARAN , WAL QIRAAT 2017 0 NIL 2018 1 SEK. AGAMA MAAHAD AL-UMMAH, CHEPOR 2019 2 SEK. RAJA PEREMPUAN TAAYAH, SEK AGAMA MAAHAD AL- QURAN 2020 0 NIL 2021 0 NIL 2022 1 SABK MAAHAD AL-IMAM AS-SYAFIEE


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA29 Taklimat berkenaan penyakit Scabies, cara rawatan dan pencegahan di SABK Maahad Al- Imam, Asy- Syafiee oleh Unit Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA30 10.0 Kesimpulan Kejadian penyakit berjangkit yang berlaku di daerah memerlukan pengawasan yang berterusandenganmenjalankan siasatan ke atas semua kes yang dilaporkan. Bagi kes tertentu terutamanya WabakKeracunan Makanan, ianya perlu disiasat dalam masa 24 jam bagi mengenal pasti punca jangkitandanseterusnya menentukan bentuk tindakan kawalan yang akan dilaksanakan.Semua kemudahan kesihatantermasuk klinik-klinik dan hospital swasta telah diarahkan untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit berjangkit yang berlaku melalui sistem e-Notifikasi, telefon dan Borang Notifikasi Penyakit. Unit KawalanPenyakit Berjangkit PKD Kinta sentiasa memantau perkara ini dan akan mengambil tindakankeatasmana-mana fasiliti kesihatan yang lewat melaporkan sebarang kes. Tindakan di bawah Akta PencegahanDan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 akan dikenakan sekiranya Pengamal Perubatangagal melaporkan kes atau kejadian penyakit berjangkit mengikut waktu yang ditetapkan di bawahaktatersebut dimana denda sebanyak RM 10,000 @ 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jikasabit kesalahan. DISEDIAKAN OLEH DURKA DEVI A/P NAGARAJAN (PPKP U29 CDC PKD KINTA) DAMIEN MICHAEL A/L ROBERT (PPKP U29 CDC PKD KINTA) HAFIZUDDIN BIN RAHIMAN (PPKP U29 CDC PKD KINTA) KUMARATHEVAN A/L MAHARAJ (PPKP U29 CDC PKD KINTA) VINOTHKUMARTHEVAR A/L RAMASAMY (PPKP U29 CDC PKD KINTA) MUHAMMAD NOR ASRAF BIN KHIRUSALLEH (PPKP U29 CDC PKD KINTA) SYAMSUL RIZAL BIN SHAMSUDIN (PPKP U29 CDC PKD KINTA) KOMPLEKS SURVELAN, PKD KINTA


LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA31 DISEMAK OLEH DR.PATHMA SREE RAMA REDDY, PEGAWAI PERUBATAN UD48, UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT KOMPLEKS SURVELAN PKD KINTA DISAHKAN OLEH DR HIDAYATUL FARIHA BT SULAIMAN PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM PEGAWAI KESIHATAN EPIDEMIOLOGI KOMPLEKS SURVELAN PKD KINTA 10.1.2023


Click to View FlipBook Version