LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAUNIT VEKTOR 1.1 PENGENALAN Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (UKPBV) Pejabat Kesihatan DaerahKintabertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti UKPBV bagi seluruhDaerahKinta. Unit ini bertanggungjawab mengawal dan mencegah penyakit-penyakit bawaan vektor seperti Denggi, Malaria, Filariasis, Japanese Encephalitis, Tifus, Hawar (Plague) dan DemamKuning ( YellowFever). Daripada senarai penyakit-penyakit bawaan vektor ini, Demam Denggi dan Malariatelahmencatatkan peratusan tertinggi. Oleh itu aktiviti UKPBV lebih ditumpukan untuk mengawal danmencegah kedua-dua penyakit tersebut. Ini tidak bermakna UKPBV mengabaikan aktiviti kawalanpenyakit-penyakit yang lain. Semenjak tahun 2001, Cawangan KPBV Kebangsaan KKM dan semua Unit KPBV Negeri telahmelancarkan ‘Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan (NPELF)’ bagi menggantikan ‘ProgramPengawalan (Control) Penyakit Filariasis Kebangsaan (NFCP)’ yang telah berjalan semenjak tahun1960. Program NPELF disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertujuanuntukmenghapuskan sepenuhnya (Elimination) penyakit Filariasis Limfatik di Malaysia menjelang tahun2013. WHO telah komited untuk eliminasi penyakit Filariasis Limfatik di peringkat global padatahun2020. Disamping itu, sepanjang tahun 2018 sehingga tahun 2022 tiada kes filariasis dikesan. Walaubagaimanapun, terdapat satu kes yang dilaporkan pada tahun 2016 yang merupakankesimport dari luar negara. Daerah Kinta adalah antara yang terbesar di Malaysia. Berdasarkan bancian pendudukdanperumahan Malaysia 2020, Kinta mempunyai anggaran jumlah penduduk seramai 888,767 pendudukdengan kepadatan penduduk 681 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburanpenduduk padat.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.2 CARTA ORGANISASI
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.3 OBJEKTIF DAN STRATEGI KAWALAN PENYAKIT-PENYAKIT BAWAAN VEKTOR (KPBV) OBJEKTIF UMUM Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit bawaan vektor supaya tidak lagi menjadi satu masalah kesihatan di Negeri Perak. OBJEKTIF KHUSUS 1. KAWALAN PENYAKIT MALARIA Memastikan status Daerah Kinta kekal bebas daripada jangkitan malaria tempatan(Indigenous) pada 2021 dan seterusnya. Mencegah pengenalan semula (re-introduction) jangkitan tempatan human Malaria Mencegah mortaliti disebabkan malaria. 2. KAWALAN PENYAKIT DEMAM DENGGI / DENGGI BERDARAH Mengurangkan peratusan demam denggi yang didaftar sebanyak 10% berbanding bilangankes tahun 2020. Menurunkan kadar kematian (CFR) disebabkan oleh demam denggi kepada kurang daripada0.2% 3. KAWALAN PENYAKIT CHIKUNGUNYA Mengurangkan 10% dari bilangan kes Chikungunya berbanding tahun 2020. Mengukuhkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalammenangani isupencegahan dan kawalan chikungunya. Menambahbaik penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahandankawalan chikungunya. 4. KAWALAN PENYAKIT FILARIASIS LIMFATIK Memastikan kadar mikrofilaria < 0.1% di kalangan penduduk di mukimberstatus IUMerah(melalui Kajian pemutusan Jangkitan atau TAS) Menjalankan Lot Quality Assurance Sampling untuk mengukur pemutusan transmisi jangkitan di mukim endemik bagi menentukan pencapaian status eliminasi (tiada slaidpositif). Memastikan Daerah Kinta mencapai status eliminasi menjelang tahun 2021.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA5. KAWALAN PENYAKIT JAPANESE ENCEPHALITIS Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit JE bagi golongan penduduk tertentu. 6. KAWALAN PENYAKIT TIFUS Mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Tifus. Menentukan endemisiti penyakit Tifus. 7. KAWALAN PENYAKIT DEMAM KUNING (YELLOW FEVER) Mencegah pengimportan demam kuning dari negara-negara endemik penyakit ini. 8. KAWALAN PENYAKIT HAWAR (PLAGUE) Mencegah kedatangan semula (re-emergence) penyakit hawar supaya tidak diimport dari negara-negara jiran. STRATEGI UMUM Bagi mencapai objektif Unit KPBV, strategi umum seperti yang berikut telah dirancangkan: Stratafikasi negeri kepada kawasan bermalaria, kawasan berpotensi malariadankawasan tidak bermalaria sebagai pendekatan baru berepidemiologi malaria. Membahagikan keutamaan (prioritization) kepada Keutamaan I, KeutamaanII, Keutamaan III dan Keutamaan IV mengikut kawasan sebagai pendekatanepidemiologi denggi. Meningkatkan penglibatan masyarakat dan agensi lain yang berkaitan dalamsemuaaktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor secara umum.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTASTRATEGI KHUSUS Kawalan Penyakit Malaria Stratifikasi lokaliti kepada kawasan bermalaria, kawasan berpotensi malariadankawasan tidak bermalaria. Semburan bangunan-bangunan atau struktur dengan racun serangga untukmelumpuhkan jaringan jangkitan (chain of transmission). Pengesanan kes-kes malaria melalui aktiviti tinjauan komuniti Mass BloodSurvey, pengesanan aktif kes (ACD), pengesanan pasif kes (PCD) dan tinjauan kontakkesserta pendekatan Penjagaan Kesihatan Primer (PHC). Diagnosa makmal dengan pemeriksaan mikroskopik sampel darah. Notifikasi semua kes positif malaria Rawatan sempurna semua kes positif malaria Menyiasat semua kes malaria untuk mengesan punca dan cara jangkitankepadapesakit malaria. Susulan (follow-up) semua kes malaria untuk memastikan mereka sembuhsepenuhnya dan tidak lagi menjadi punca jangkitan. Kajian entomologi untuk mengesan perubahan dalam tabiat vektor malariaiaitunyamuk Anopheles sp. dan juga mengesan kekebalan (resistance) vektor terhadapracun serangga yang digunakan. Kajian parasit untuk mengesan kekebalan (resistance) parasit malariaiaituPlasmodium sp. terhadap ubat anti-malaria seperti Chloroquine. Pemusnahan larva di dalam parit-parit anti-malaria di pinggir bandar. Penggunaan kelambu berubat (impregnated bednet) sebagai satu langkahmelindungi manusia dari gigitan nyamuk Anopheles sp. Kawalan Penyakit Demam Denggi / Denggi Berdarah Notifikasi, insiden, dan kematian demam denggi dan demamdenggi berdarah(Denggi) Survelan kepadatan vektor utama denggi iaitu nyamuk Aedes sp. mengikut sasaran/petunjuk yang ditetapkan. Pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes (source reduction) Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP1975)
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA Semburan kabus apabila berlaku kes demam denggi untuk membunuh nyamukAedes dewasa. Pelaksanaan pendidikan kesihatan seperti program COMBI untuk menyedarkanmasyarakat mengenai Denggi dan menggalakkan penyertaan dan penglibatanmereka dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan jangkitan dengan mengurangkantempat pembiakan nyamuk Aedes (source reduction) Mengukuhkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalammenangani isupencegahan dan kawalan demam denggi. Menggalakan penyertaan dan penglibatan masyarakat dalamaktiviti pencegahandan kawalan demam denggi. Program Eliminasi Penyakit Filariasis Limfatik Kebangsaan (NPELF) Menjelang 2020 Menjalankan aktiviti ongoing surveilance di lapangan melalui rapid test kit danslaidNBS di kalangan golongan berisiko tinggi dan warga asing di 100% lokaliti merahdan25% di lokaliti hijau Kawalan Penyakit Japanese Encephalitis Notifikasi dan insiden dan kematian akibat Japanese Encepalitis (JE). Survelan kepadatan dan taburan vektor JE iaitu nyamuk Culex gelidus danCulextritaeniorhynchus. Pendidikan Kesihatan tentang JE kepada masyarakat. Kawalan Penyakit Tifus Notifikasi insiden dan kematian penyakit tifus dan menentukan kawasan endemisiti Rawatan semua kes tifus Pendidikan kesihatan tentang penyakit tifus kepada masyarakat. Kawalan Penyakit Demam Kuning (Yellow Fever) Pengawalan rapi vektor demam kuning iaitu nyamuk Aedes di pintumasukantarabangsa (lapangan terbang dan pelabuhan). Pemusnahan serangga di dalam kapal terbang untuk mencegah nyamuk Aedes di bawa masuk dari negara-negara endemik. Pendidikan kesihatan tentang penyakit demam kuning kepada masyarakat.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAKawalan Penyakit Hawar (Plague) Menjalankan kajian tikus di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa untukmenentukan indeks vektor hawar (iaitu tuma tikus Xenopsylla cheopis). Menghapuskan vektor hawar jika ada, dengan menggunakan racun serangga. Pemusnahan tikus di dalam kapal terbang dan kapal laut untuk mencegah vektor hawar dibawa masuk dari negara-negara lain.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.4 PENYAKIT DEMAM DENGGI Pada tahun 2022, insiden kejadian penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah di daerahKinta telah menunjukkan peningkatan bilangan kes berbanding dengan tahun sebelumnya. Sebanyak646 kes denggi telah dilaporkan berbanding dengan 195 kes pada tahun 2021 iaitu peningkatansebanyak 331.2%. Sebanyak 1 kes kematian telah berlaku iaitu sebanyak 0.5% pada tahun 2021dan1kes kematian direkodkan pada tahun 2022 sebanyak 0.15%. Kadar insiden (I.R) bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2022 telah meningkat kepada72.68berbanding tahun 2021 iaitu 22.00 seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Insiden Kes Denggi Daerah Kinta Tahun 2021 dan 2022 TAHUN KEJADIAN KES JUMLAH KADARINSIDEN(per 100000) MBI KINTA DD DDB DD DDB 2021 167 1 27 0 195 22.002022 575 0 71 0 646 72.68*DD-DEMAM DENGGI *DDB-DEMAM DENGGI BERDARAH Daerah Kinta (termasuk kawasan MBI) telah melaporkan peningkatan jumlah kes denggi berbandingtahun-tahun sebelumnya. Sebagai sebuah daerah berpenduduk padat ditambah pula denganisu-isupersekitaran seperti pembuangan sampah-sampah haram, kewujudan kebun-kebun haramyangtidak terjaga dan lain-lain isu lagi menjadi antara faktor yang menyebabkan kejadian kes denggi terbanyak dibandingkan dengan daerah lain.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 2: Perbandingan Kadar Insiden Denggi Bagi Tahun 2018 – 2022 KAWASAN KINTA MBI TAHUN 2018 2019 2020 2021 2022 2018 2019 2020 20212022Bilangan kes Denggi 278 286 308 27 71 437 682 1257 168 575Bilangan kematian 1 1 1 0 0 0 0 1 1 1Kadar insiden / 100 000 34.0 34.2 36.6 3.03 8.0 5.3 81.5 149.16 18.9 64.7Kematian (CFR) 0.35 0.34 0.32 0 0 0 0 0.08 0.59 0.17Kadar kematian yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi (CFR) pada tahun 2022 ialah0.17berbanding dengan 0.59 pada tahun 2021 (Jadual 3.1.2). Sasaran CFR kebangsaan ialah 0.2%. ini menunjukkan PKD Kinta berjaya mencapai sasaran kadar pada tahun ini. 1.4.1 KEJADIAN KES MENGIKUT SOSIODEMOGRAFI Jadual 3: Kes Denggi Mengikut Kumpulan Umur pada tahun 2022 KUMPULAN UMUR (TAHUN) 2021 DEMAM DENGGI DEMAM DENGGI BERDARAH JUMLAH %0 - 5 23 - 23 3.66 – 10 26 - 26 4.011 – 15 23 - 23 3.616 – 20 31 - 31 4.821 – 25 46 - 46 7.126 – 30 50 - 50 7.731 – 35 56 - 56 8.736 – 40 63 - 63 9.741 – 45 42 - 42 6.546 – 50 40 - 40 6.251 – 55 50 - 50 7.756 – 60 64 - 64 1061 – 65 47 - 47 7.366 > 85 - 85 13.1JUMLAH 646 = 646 100
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 3 menunjukkan kejadian kes denggi yang banyak di kalangan kumpulan umur dari 66dankeatas iaitu 13.1% dan dalam lingkungan umur 56 hingga 60 tahun iaitu sebanyak 10%diikuti kumpulan umur yang melebihi 36 hingga 40 iaitu 9.7%. Data ini menunjukkan kes-kes denggi sangat prevalen dalam kalangan golongan dewasa serta warga emas. Jadual 4: Pecahan Kes Mengikut Jantina pada tahun 2022 JANTINA 2022 DEMAM DENGGI DEMAM DENGGI BERDARAH JUMLAH PERATUS (%) Lelaki 328 0 328 50.7Perempuan 318 0 318 49.3JUMLAH 646 0 646 100.0Berdasarkan Jadual 4, bilangan kes adalah hampir sama antara kedua-dua jantina. Jadual 5: Pecahan Kes Denggi Mengikut Bangsa pada tahun 2022 BANGSA 2022 DEMAM DENGGI DEMAM DENGGI BERDARAH JUMLAH PERATUS (%) Melayu 259 0 259 40.1Cina 260 0 260 40.2India 109 0 109 16.9Orang Asal & Pribumi Sabah/Sarawak 4 0 4 0.6Bukan Warganegara 14 0 14 2.2JUMLAH 646 0 646 100.0Bangsa Melayu dan cina menunjukkan taburan kes denggi yang tinggi. Faktor yang mungkinmenyebabkan isu ini boleh dilihat apabila kawasan yg mempunyai kepadatan yang tinggi seperti kawasan gugusan manjoi (kawasan kampung melayu) dan kawasan bercham (ramai penduduk cina) sering berlaku wabak berulang. Manakala golongan orang asli lebih terkesan dengan isu Malariaatasfaktor kawasan tempat tinggal serta pekerjaan mencari hasil hutan.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 6: Taburan Sekolah Yang Terdapat Warga Sekolah Yang Menghidapi Penyakit Denggi PadaTahun 2022 DAERAH PELAJAR PRA SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH JUMLAHKINTA 1 3 2 6MBI 11 28 22 61Jadual 7: Kejadian Denggi Mengikut Bandar / Luar Bandar KAWASAN 2022 DEMAM DENGGI DEMAM DENGGI BERDARAH JUMLAH PERATUS (%) PBT 575 0 575 89 KKM 71 0 71 11 JUMLAH 646 0 646 100Jadual 7 menunjukkan tren kes yang berkali ganda lebih tinggi di kawasan bandar. Ini akibat terdapat pelbagai isu-isu persekitaran yang menyumbang kepada kawasan pembiakan nyamuk. 1.4.2 KEJADIAN WABAK MENGIKUT KAWASAN (KINTA / MBI) Jadual 8: Jumlah Lokaliti Wabak Dan Jumlah Episod Wabak Yang Dilaporkan Pada Tahun 2022KAWASAN Wabak Terkawal Wabak Tidak terkawal HOTSPOT Jumlah EpisodWabakKINTA 55 0 9 64 Jadual 8 menunjukkan bilangan wabak di Kinta pada tahun 2022. Semua wabak-wabak tidak terkawal tamat atau bertukar kepada status hotspot dan menyebabkan bilangan wabak tidak terkawal adalahsifar pada 2022.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.4.3 KAWALAN VEKTOR DENGGI Strategi utama dalam mengawal vektor denggi adalah menghapuskan nyamuk Aedes yang efektif bagi memutuskan transmisi dan mencegah perebakan kes denggi. Ini meliputi aktiviti-aktiviti seperti berikut; i. Pemeriksaan premis untuk pembiakan Aedes. ii. Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan 2000. iii. Kawalan vektor melalui semburan kabus iv. Penghapusan sumber pembiakan melalui Kempen Cari dan Musnah, COMBI, ProgramBebas Denggi dan penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik serta meningkatkankesedaran masyarakat / agensi melalui program pendidikan kesihatan yang berterusan. A) Semburan Kabus Semburan kabus dilakukan sebaik sahaja kes denggi dilaporkan di sesuatu lokaliti, dalamusahauntukmenyekat penularan seterusnya penyakit denggi di lokaliti berkenaan. Di samping itu, semburankabus pencegahan juga dilakukan di kawasan keutamaan I dan II yang mempunyai Indek Aedes(>1.0%) dan Indek Breteau (>5.0%) yang tinggi, Indeks Ovitrap > 30%. Mesin yang digunakanadalahmesin semburan termal dan ULV (Ultra Low Volume). B) Aktiviti Kawalan Dengan Racun Larva Terdapat beberapa kaedah aplikasi racun ini iaitu melalui serak terus, semburan danpunjut. Tindakan ini adalah untuk membunuh peringkat larva Aedes, dalam takungan air yang tidak dapat dimusnahkan. Aktiviti ini merupakan aktiviti rutin untuk setiap lawatan pemeriksaan oleh pasukandenggi daerah Kinta. Dan dipertingkatkan lagi semasa berlakunya kejadian kes atau wabak denggi. Bagi memastikan komuniti turut dilibatkan dalam meningkatkan penggunaan racun pembunuhjentik-jentik, edaran Abate 1% (SG) secara percuma telah di buat di semua klinik kesihatanyangterdapat di daerah Kinta.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAC) Mesin semburan Jadual 9: Kedudukan Bekalan Alat Semburan Dan Status Alat Di Daerah Kinta Tahun 2022. MESIN SEMBURAN BILANGAN UNIT ULV IGEBA U15HDM/ U40/FONTAN MOBILSTAR 3 Thermal Fog AF-35 30 Thermal Fog swingfog 5 Hudson X-PERT spray can 5 Mist blower 6 Mikroskop 1 D) Pemeriksaan pembiakan nyamuk aedes dan tindakan di bawah Akta PemusnahanSerangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000) Jadual 10: Ringkasan Pencapaian Aktiviti Kawalan Vektor Aedes Dan PenguatkuasaanAktaPemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 PERKARA PENCAPAIANAKTIVITI PEMERIKSAAN PEMBIAKAN Aedes Bil. Premis diperiksa 132567 Bil. Premis Didapati dengan pembiakan Aedes Aedes aegypti 137 Aedes albopictus 3399 JUMLAH 3536 Indeks Indeks Aedes 2.7 Indeks Breteau 4.7 TINDAKAN UNDANG- UNDANG Bil. Notis dikeluarkan 1410 Kesalahan di kompaun & denda Bil. 1410 RM 706,000 Tindakan mahkamah & denda Bil. 376 Jadual 10 menunjukkan indeks aedes yang tinggi bermakna terdapat banyak premis atau rumahtelahdijumpai mempunyai pembiakan nyamuk aedes. Aktiviti pendidikan kesihatan harus ditingkatkanlagi agar penduduk lebih sedar tentang kawasan pembiakan nyamuk aedes.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.4.4 PROGRAM-PROGRAM KHAS PROGRAM BEBAS DENGGI DI SEKOLAH-SEKOLAH Program Bebas Denggi di sekolah-sekolah telah mula dilaksanakan di daerah Kinta semenjak tahun1997. Sepertimana program sama yang dijalankan di fasiliti kesihatan awam, JawatankuasaAnti- Aedes ditubuhkan di sekolah masing-masing. Program ini bertujuan untuk memastikan tiada tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes di dalam kawasan sekolah. Program ini ditujukan khas untuk sekolah-sekolah memainkan perananagartiada berlakunya penularan penyakit Denggi kepada semua murid sekolah agar mereka dapat menjadi agen yang berkesan dalam membentuk masyarakat yang mampu memelihara persekitarankejiranan yang bebas dari pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes. Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan sepenuhnya di daerahKinta. Di antaranya ialah dengan mengadakan lawatan ke daerah serta membawa isu ke dalammesyuarat vektor untuk dibincangkan.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAPROGRAM BEBAS DENGGI DI FASILITI KESIHATAN AWAM Program ini telah mula dilaksanakan di daerah Kinta semenjak tahun 1997. Program, ini bertujuanuntuk memastikan fasiliti kesihatan seperti hospital, asrama jururawat dan kuarters kakitanganbebas dari penyakit demam denggi. Untuk tujuan ini, setiap fasiliti kesihatan awamtelahdisaranuntuk menubuhkan satu jawatankuasa anti-aedes di fasiliti kesihatan masing-masing. Jawatankuasaini bertanggungjawab memantau secara berkala untuk memastikan fasiliti masing-masing bebas dari tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes. 1.5 PENYAKIT JAPANESE ENCEPHALITIS Jadual 11: Kejadian Kes Japanese Encephalitis, 2012 – 2022 Daerah kinta bebas dari Japanese Encephalitis semenjak 2010. 1.6 PENYAKIT HAWAR DAN TIFUS Dua kes dikesan pada tahun 2022. Siasatan bagi mengenalpasti punca jangkitan dan aktiviti kawalantelah dibuat. Laporan lengkap juga telah diberikan kepada KPBV Negeri Perak. Jadual 12: Kejadian Kes Penyakit Tifus, 2012 – 2022 KEJADIAN KES 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 20212022Tick Typhus 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Epidemic Typhus 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Scrub Typhus 0 0 0 0 0 5 3 2 2 1 2Mixed 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Jumlah 0 0 0 0 0 5 3 2 2 1 2TAHUN 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 20212022Kes 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.7 PENYAKIT CHIKUNGUNYA Jadual 13: Kejadian Kes Penyakit Chikungunya, 2012 – 2022 KEJADIAN KES 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 20212022Kes 1 2 1 1 0 0 0 25 599 10 12Tren kes chikungunya semakin menurun. Pada tahun 2022, hanya 12 kes dicatatkan. Antara faktoryang mungkin menyebabkan penurunan kes termasuk ketiadaan rapid test kit untuk chikunguny. Selain itu, faktor kurang kesedaran dari doktor merawat untuk kes-kes bergejala yang negatif untukdenggi diperiksa pula untuk chikungunya juga boleh menjadi penyumbang atas sebab penyakit denggi serta covid-19 yang makin menular sekarang.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.8 INSIDEN DAN KEMATIAN AKIBAT MALARIA DI DAERAH KINTA 2012-2022 Jadual 14: Insiden Dan Kematian Akibat Malaria PKD Kinta 2012 – 2022 TAHUN 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022Bilangan kes Malaria 9 15 7 4 6 9 25 15 10 11 7 Kadar insiden / 100, 000 1.12 1.87 0.87 0.48 0.73 1.12 0.31 1.78 1.18 1.29 0.93Bilangan kematian 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0 1 Kadar Kematian (CFR) % 0 0 0 0 0 0 4 0 10 0 14.29
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.8.1 KAWALAN MALARIA Pada tahun 2022, sejumlah 7 kes telah dikesan di daerah Kinta jika dibandingkan dengantahunsebelumnya di mana sebanyak 11 kes telah dikesan. Penurunan kes adalah sebanyak 4 kes (turun36.36.0%). Kadar insiden malaria pada tahun 2022 ialah 0.93 kes per 100,000 penduduk berbanding 1.29kes per100,000 penduduk pada tahun 2021. Pada tahun 2022, terdapat 1 kes kematian akibat malariadilaporkan. Jadual 15: Taburan Kes Malaria di daerah Kinta mengikut lokaliti, 2021 – 2022 DAERAH KPBV 2021 2022 OAP KPBV JUMLAH OAP KPBV JUMLAHKINTA 5 6 11 5 2 7 JUMLAH 5 6 11 (100) 5 2 7 (100) Nota : ( ) – peratus OAP – Kawasan Orang Asli Pedalaman KPBV – Kawasan lain dari Orang Asli Pedalaman Jadual 16: Taburan Kes Malaria di daerah Kinta Mengikut Kumpulan Umur, 2021 – 2022 KUMPULAN UMUR (TAHUN) 2021 2022 OAP KPBV JUM OAP KPBV JUM< 1 0 0 0 0 0 01 – 4 0 0 0 0 0 05 – 9 0 0 0 0 0 010 – 14 0 0 0 0 0 015 – 19 0 0 0 0 0 020 – 24 0 0 0 0 1 125 – 29 0 1 1 2 0 230 – 34 2 2 4 0 1 135 – 39 2 1 3 0 0 040 – 44 0 1 1 1 0 145 – 49 0 1 1 1 0 1
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA50 – 54 0 1 1 1 0 155 > 0 0 0 0 0 0JUMLAH 4 6 10 5 2 7OAP - Kawasan Orang Asli Pedalaman KPBV - Kawasan lain dari kawasan Orang Asli Pedalaman Jadual 17: Taburan Kes Malaria di daerah Kinta Mengikut Jantina, 2021 – 2022 JANTINA 2021 2021 KPBV OAP JUM KPBV OAP JUMLELAKI 6 2 8 5 2 7 PEREMPUAN 0 3 3 0 0 0 JUMLAH 6 5 11 5 2 7 OAP - Kawasan Orang Asli Pedalaman KPBV - Kawasan lain dari kawasan Orang Asli Pedalaman Seperti yang boleh dilihat dalam jadual diatas, jadual 15 menunjukkan penurunan kes malaria dari tahun 2021 iaitu 11 kes kepada 7 kes sahaja pada tahun 2022. Taburan kes pada 2022 seperti jadual 16 menunjukkan kes malaria sering berlaku pada golongan berumur 20-50 tahun, kemungkinanatasfaktor mereka ini mencari hasil-hasil hutan untuk dimakan atau dijual. Begitu juga dalamjadual 17yang menunjukkan kes malaria sering berlaku terhadap jantina lelaki yang mungkin disebabkanolehfactor aktivitI hutan.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.8.2 PENYAKIT MALARIA MENGIKUT KUMPULAN PENDUDUK Jadual 18: Taburan Kes Malaria Mengikut Kumpulan Penduduk, 2021 – 2022 OAP - Kawasan Orang Asli Pedalaman KPBV - Kawasan lain dari kawasan Orang Asli Pedalaman Jadual 19: Taburan Kes Malaria Di Daerah Kinta Di Kalangan Pendatang Asing 2012 – 2022 NEGARA ASAL 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 20212022Arab 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Singapura 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0Kemboja 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Bangladesh 0 1 0 1 0 0 0 0 0 1 0India 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0Indonesia 1 2 0 0 0 0 2 0 0 0 1Nepal 1 1 0 0 1 0 1 0 0 0 0Myanmar 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0Pakistan 2 1 2 0 0 2 2 2 0 0 0JUMLAH 5 9 2 1 1 2 6 2 0 1 1KUMPULAN PENDUDUK 2021 2022 KPBV OAP JUM KPBV OAP JUMAwam 2 0 2 0 0 0 Orang asli 0 5 5 0 5 5 Rancangan Tanah 1 0 1 0 0 0 Pasukan Gerak Am 2 0 2 1 0 1 Tentera 0 0 0 0 0 0 Pendatang Asing 1 0 1 1 0 1 JUMLAH 6 5 11 2 5 7
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAKes malaria di Kinta masih didominasi oleh golongan orang asli seperti Jadual 18 dan 19. Namunbegitu, golongan berisiko seperti warga asing dan pesakit yang mempunyai sejarah aktiviti dalamhutan juga berpotensi mendapat malaria. 1.8.3 PENYAKIT MALARIA MELALUI PUNCA JANGKITAN Jadual 20: Taburan Kes Malaria di daerah Kinta Mengikut Punca Jangkitan 2021 – 2022 PUNCA JAGKITAN 2021 2022 OAP KPBV JUM OAP KPBV JUMTempatan 0 0 0 0 0 0 Ulangan 0 0 0 0 0 0 Import A 0 1 1 0 1 1 Import B 0 0 0 0 0 0 Zoonotic 5 5 10 5 1 6 Induce 0 0 0 0 0 0 Introduce 0 0 0 0 0 0 Unclassified 0 0 0 0 0 0 JUMLAH 5 6 11 5 2 7 Sehingga tahun 2022, kebanyakan kes malaria di Kinta adalah kes zoonotik malaria dan juga kes-kesmalaria import dalam golongan warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari peluangpekerjaan. Kes-kes import ini boleh membawa risiko transmisi malaria manusia.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.84 PENYAKIT MALARIA MENGIKUT JENIS PARASIT Jadual 21: Taburan Kes Malaria di daerah Kinta Mengikut Jenis Parasit 2021 – 2022 JENIS PARASIT 2021 2022 OAP KPBV JUM OAP KPBVJUMP. falciparum 0 1 1 0 0 0P. vivax 0 0 0 0 1 1P. Malariae 0 0 0 0 0 0P.Knowlesi 5 5 10 5 1 6Jangkitan Campuran 0 0 0 0 0 0JUMLAH 5 6 11 5 2 7Pada tahun 2022, terdapat 1 kes malaria manusia dikenalpasti dalam kalangan warga asingyangbekerja di Papan Agro Valley. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes import. Tiada penularanmalariamanusia yang berlaku di lokaliti tersebut. 1.85 AKTIVITI PENGESANAN PENYAKIT MALARIA Jadual 22: Pungutan BFMP Di Daerah Kinta 2014 – 2022 ACD – Active Case Detection (kes demam di lapangan) MBS/INVEST – Mass Blood Survey / Case-Contact Survey AKTIVITI JUMLAH BFMP / TAHUN 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022PCD (Bil) 6,961 6,628 14,629 16,210 10,476 12,342 10,842 9,315 9,542ACD (Bil) 562 5,623 7,484 3,363 1,860 1,563 1,565 1,790 3,218MBS / INVEST (Bil) 8,100 330 14 42 161 69 55 15 260JUMLAH 15,623 12,581 22,127 19,615 12497 13,974 12,496 11,120 12,152
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 23: Taburan Kes Malaria di daerah Kinta Mengikut Aktiviti Pengesanan Kes 2021 - 2022AKTIVITI 2021 2021 KPBV OAP JUM KPBV OAP JUMACD 0 0 0 0 0 0 PCD 6 5 11 2 5 7 LAIN-LAIN 0 0 0 0 0 0 JUMLAH 6 5 11 2 5 7 Nota: PCD – Passive Case Detection (kes demam di klinik kesihatan) ACD – Active Case Detection (kes demam di lapangan) Lain-lain – Mass Blood Survey / case-contact survey (tinjauan komuniti) 1.86 Kawalan Malaria Daerah Kinta 2022 Aktiviti kawalan malaria telah dilaksanakan untuk mencegah dan mengawal jangkitan malariadi kalangan penduduk berisiko: i. Aktiviti Semburan Residual Aktiviti semburan residual secara rutin adalah strategi utama dalam kawalan vektor malariaterutamanya di kawasan OA pedalaman. Semburan residual dilakukan sebanyak dua kali setahun(setiap pusingan mengambil tempoh enam bulan) di lokaliti bermasalah malaria (perkampunganOApedalaman dan OA pinggiran). Dinding dan struktur-struktur bangunan akan disembur denganbahanracun serangga K-Othrine WG.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 24: Pencapaian Aktiviti Semburan Residual Regular di daerah Kinta Bagi Tahun 2022 KAWASAN PUSINGAN PERTAMA DANKEDUA (JAN – DISEMBER) Jumlah lokaliti kawasan malaria 27 Bilangan rumah di kawasan malaria 1326 Bilangan penduduk di kawasan malaria 5464 Jumlah lokaliti dirancang semburan 10 Lokaliti diliputi semburan Bilangan 10 Peratus 84% Jumlah rumah di lokaliti yang diliputi 1868 Rumah disembur Bilangan 1868 Peratus 100 Bilangan Penduduk dilokaliti yang diliputi 2368 Aktiviti semburan residual ditentukan oleh stratifikasi kawasan di mana aktiviti kawalan secara regular/rutin dijalankan di kawasan bermasalah / endemik malaria, aktiviti kawalan secara fokal apabila berlaku kes di kawasan prone dan kawasan bebas malaria.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAii. Aktiviti Pembekalan dan Pencelupan Kelambu Berubat Strategi penggunaan kelambu berubat dilaksanakan sejak tahun 1993. Daerah Kinta melaksanakanaktiviti ini mengikut perancangan tahunan daerah. Kelambu dibekalkan dengan percuma kepadapenduduk-penduduk Orang Asli Pedalaman dan Pinggiran yang terdedah kepada jangkitan penyakit malaria. Aktiviti ini mengamalkan 2 pusingan lawatan, iaitu setiap enam bulan sekali. Pusinganpertama bermula dari bulan Januari hingga bulan Jun (Minggu epid 1 hingga 26), manakala PusinganKedua bermula dari bulan Julai hingga Disember (Minggu Epid 27 hingga 53). Kelambu yang sudahkoyak dan tidak boleh dipakai akan diganti dengan yang baru dan akan ditambah jikaadapertambahan penduduk. Bagi tahun 2022, PKD Kinta hanya membuat edaran, gantian dan semakanberterusan dari lokaliti diberikan perlindungan kelambu berubat pada tahun 2022. Jadual 25: Pencapaian Aktiviti pengagihan long-lasting insecticide-treated net (LLIN) di lokaliti diklasifikasikan "Risiko Tinggi” daerah Kinta Bagi Tahun 2022. Bil Lokaliti diberikan LLIN Bilangan Rumah Bil Penduduk Dilindungi Total ITN Total LLIN Pencapaian1 Kg OA Pergom (SP) 24 99 22 71 26/26(100%) 2 Kg OA Kerawat(SP) 29 151 36 56 28/29(96.55%) 3 Kg OA Kabag(SP) 22 68 17 49 22/22(100%) 4 Kg OA Juang(SP) 29 129 8 70 30/30(100%) 5 Kg OA Lalang (SP) 28 174 36 44 26/28(82.14%) 6 Kg. Oa Sinju (SP) 34 140 81 20 34/34(100%) Jumlah 166 761 200 310 99.2%
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTAJadual 26: Pencapaian Aktiviti Penggunaan Kelambu Berubat (LLIN) dan Pencelupan Kelambuberubat di daerah Kinta Tahun 2022 Jan - Jun Jul - Dis PENGGUNAAN KELAMBU BERUBAT Bil. Lokaliti 6 6 Bil. Rumah 177 166Bil. Penduduk 843 761PEMBEKALAN KELAMBU LONG-LASTING INSECTICIDE-TREATED NET (LLIN) Bil. Kelambu sedia ada 325 310Bil. Diganti 187 0 Bil. Tambahan 28 0 Jumlah Kelambu Semasa 540 310AKTIVITI PENCELUPAN KELAMBU INSECTICIDE-TREATED BED NETS (ITN) Lokaliti diliputi Bil. Lokaliti 0 6 Peratus 0 97.5Kelambu Bil. Penduduk dilindungi 0 166Bil. Kelambu dicelup 0 200Bagi tahun 2022, pencapaian keseluruhan adalah sangat baik kerana perancangan awal dibuat dengan sebaik mungkin di daerah. Malah daerah melaksanakan aktiviti ini dengan bilangan anggotayang sedia ada. Pada masa yang sama, daerah juga mengalami beberapa lokaliti mengalami wabakdenggi di mana kakitangan di bahagian kawalan malaria digunakan untuk membantu menangani masalah tersebut. Pada masa akan hadapan, PKD Kinta dijangka akan menghadapi cabaran ini kerana kekurangantenaga manusia disebabkan penambahan kes human malaria import dan ini akan menjejaskanpelaksanaan beberapa aktiviti kawalan vektor daerah. Selain isu ini, Unit KPBV turut menghadapi kekurangan yang kritikal kenderaan pacuan empat rodayang sedia ada telah berusia lebih 16 tahun dan kerapkali mengalami kerosakan besar. Bekalankenderaan baru pacuan empat roda terutamanya dari jenis Land Rover dan Toyota Hilux sangat diperlukan untuk aktiviti di kawasan pedalaman dan pinggiran. Sekiranya kenderaan barutidakdibekalkan, pencapaian aktiviti ini dijangka akan bertambah merosot dalam tempoh yang terdekat.
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA1.9 KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR YANG LAIN 1. PENYAKIT FILARIASIS LIMFATIK KKM telah melancarkan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan (NPELF) yang manabertujuan untuk membasmi sepenuhnya penyakit Filariasis Limfatik di Malaysia menjelang tahun2021. Jawatankuasa Induk Pusat NPELF telah memilih ‘mukim’ sebagai Unit Implimentasi di SemenanjungMalaysia. Negeri Perak mempunyai sejumlah mukim di 9 buah daerah. Bagaimanapun, statusendemisiti penyakit Filariasis Limfatik mengikut mukim tidak diketahui. Tidak ada mukimdi daerahKinta yang diisytiharkan sebagai kawasan bebas filariasis (Green Area) sebelum bermula fasa pertamaprogram NPELF. Pada fasa pertama program NPELF, KPBV telah menjalankan tinjauan menggunakan teknikLot Quality Assurance Sampling (LQAS) di semua mukim di seluruh negeri yang status endemisiti masihbelum diketahui (Grey Area) untuk tujuan persempadanan (mapping) kawasan endemik penyakit Filariasis Limfatik. Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh WHO, mana-mana unit implementasi yangmempunyai kadar mikrofilaria sama atau lebih 10/10,000 (1%) akan diklasifikasikan sebagai unit implementasi merah. Kawasan tidak endemik pula adalah bagi unit implementasi yang mempunyai kadar mikrofilaria sama atau kurang 10/10,000 penduduk. Seluruh daerah kinta dikenalpasti bebas kawasan endemik penyakit Filariasis Limfatik (Green Area). Jadual 6.1.1: Kes Filariasis Limfatik dikesan di Daerah Kinta melalui program LQAS atau PCD, 2012–2022 TAHUN 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 20212022Kes 3 4 3 0 1 0 0 0 0 0 0
LAPORAN TAHUNAN2022PEJABAT KESIHATAN DAERAHKINTA2.0 KESIMPULAN Secara keseluruhan, kes Denggi menunjukkan peningkatan sebanyak 646 kes pada tahun2022berbanding tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 331.2%. Bagi kes Chikungunya pula terdapat peningkatan iaitu 12 kes daftar pada tahun 2022 berbanding 10 kes daftar bagi tahun 2021. Bilanganwabak Denggi pada tahun 2022 ialah 64 wabak, manakala 1 wabak Chikungunya di TamanGelombang. Pelbagai punca telah dikenalpasti dalam peningkatan kes dan wabak Denggi dan Chikungunyadi Daerah Kinta antaranya ialah sikap tidak ambil peduli oleh masyarakat setempat dimana banyaktempat-tempat pembiakaan nyamuk Aedes dijumpai dalam kawasan persekitaran premis penduduk. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah kompoun yang telah dikeluarkan iaitu sebanyak 1410notiskesalahan dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 pada tahun 2022. Selainitubeberapa masalah lain yang menyumbang kepada peningkatan kes Denggi atau Chikungunya adalahpembiakan nyamuk dikawasan-kawasan tanah terbiar, lot kosong, rumah kosong, rumah berkunci, sampah haram, kebun haram, longkang tersumbat dan juga kawasan pembinaan terbengkalai. Walaubagaimanpun pelbagai usaha telah dijalankan oleh Unit Vektor PKD Kinta dalammengawal penyebaran penyakit Denggi dan Chikungunya mengikut Standard Operating Procedure KawalanDenggi Kebangsaan yang telah ditetapkan. Semua aktiviti kawalan yang telah dijalankan mencapai sasaran yang ditetapkan. Aktiviti kawalan tersebut berjaya menamatkan wabak Denggi danChikungunya seterusnya mengurangkan kejadian kes ketahap minimun.