SMK CONVENT BATU PAHAT Siti Zarina Aina binti Zainal Puteri Natya Shastra binti Abdullah Nur Divia Farhana binti Muhamad Nurafiena Ridani binti abd karim Nuradlina binti Aswandi Airieen Balquesha binti Abdul Rahim Joann Lim Jia En Norsyazwina Najwa binti Mohd Suwandy Nor Aina Alyssa binti Jaseman Auni Afrina binti Mustafa Kamal LESTARI HIJAU: EKOPELANCONGANBAKAU Dihasilkan oleh : Guru pembimbing : Pn.Norhidayah binti MD Nahrawi
1.0 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas izin-Nya dapat kami menyelesaikan tugasan mencipta buku skrap yang menjadikan “Ekopelancongan Bakau” sebagai tajuk utama. Dikesempatan ini kami ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hidayah, selaku guru pembimbing kami kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk menyempurnakan tugasan penting ini. Ucapan penghargaan juga buat setiap ahli kumpulan Kadet Polis dalam memberikan kerjasama dan usaha yang baik dalam proses penyediaan buku skrap ini. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amat kami hargai. Biar jasa jadi kenangan. Sekian, terima kasih.
2.2 BAGAIMANA HUTAN PAYA BAKAU BERFUNGSI DALAN EKOPELANCONGAN 2.1 MAKSUD HUTAN PAYA BAKAU Hutan paya bakau terletak di kawasan air di tepi laut. Paya bakau menyumbang kepada ekonomi dengan sumber marin yang kaya dan kayu balak berkualiti tinggi.Hutan paya bakau di Malaysia seluas 637,164 hektar di mana 70 peratus daripadanya (446,000 hektar) diwartakan sebagai Hutan Simpan Sementara dan 30 peratus adalah kawasan bakau negeri. Hutan paya bakau menyumbang kepada ekonomi dengan sumber lautnya yang kaya serta kayu yang bermutu tinggi, menyelamatkan harta benda dan nyawa dengan menghalang proses hakisan pantai
i) Rekreasi & pelancongan kawasan tanah lembap mempunyai potensi besar dalam aktiviti rekreasi , kebudayaan dan pelancongan dengan menyediakan keindahan estatika alam semulajadi untuk aktiviti seperti melihat kelip-kelip , memancing , memerhati burung , fotografi , berkhemah dan sebagainya ii) Perubatan kegunaan kulit bakau sebagai pewarna dan gam telah lama diketahui, namun kegunaannya dalam bidang perubatan adalah amat terbatas. Pokok bakau mempunyai banyak kegunaan dari sudut perubatan misalnya ekstrak kulit bakau Rhizophora atau buah vivipari boleh digunakan untuk mengubati cirit-birit dan keretakan tulang (Dawes 1981 ) 3.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEHADIRAN PENGUNJUNG KE HUTAN PAYA BAKAU
melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai yang kencang. 4.1 PERANAN HUTAN PAYA BAKAU menstabilkan kawasan pinggir pantai, membina dan menambah keluasan delta, melindungi pantai daripada tindakan ombak dan ribut melindungi kawasan pantai dan sungai, sumber penghasilan dan kitaran nitrogen dan sulfur yang penting.
5.1 FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN POKOK KAYU BAKAU PUPUS kawasan hutan paya bakau telah ditebus guna dan diceroboh untuk dijadikan kawasan pertanian. kawasan paya bakau yang ditukar menjadi kawasan penempatan manusia seperti di Hutan Paya Bakau Bukit Malut di Langkawi. 5.2 KESAN KEPUPUSAN KAYU BAKAU kemerosotan hasil tangkapan nelayan seperti ikan & ketam yang berpunca daripada kehilangan tempat pembiakan iaitu di kawasan paya bakau masalah hakisan pantai yang disebabkan oleh kehilangan penahan ombak semulajadi ini. menjejaskan kawasan muara sungai dan mengakibatkan banjir terutamanya selepas hujan lebat dan semasa air pasang besar. pembukaan kolam-kolam udang dan ikan secara komersial di kawasan hutan paya bakau
6.1 USAHA -USAHA BAGI MELESTARIKAN HUTAN PAYA BAKAU i) Mewartakan hutan paya bakau sebagai sebagai hutan simpan untuk megelakkan kawasan pinggir pantai mengalami hakisan yang tinggi dan melindungi ekosistem hidupan paya bakau tidak terganggu . Menurut Saleh Awaluddin (2020),cadangan mewartakan hutan paya laut sebagai hutan simpanan penting bagi memastikan warisan alam itu tidak diganggu.Sekiranya jumlah pokok bakau tidak mampu menampung keluasan pantai,hakisan pantai yang berlaku akan semakin tinggi sehingga boleh merosakkan kawasan pinggiran pantai kerana ombak pembinasa dapat menghakis kawasan pinggir pantai. ii) Kempen kesedaran hutan paya bakau Pihak -pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS),Jabatan Perhutanan Negeri (JPN)hendaklah mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat seperti kempen "Sayangi Hutan Bakau" supaya masyarakat dapat mengetahui mengenai kepentingan-kepentingan hutan paya bakau . Melalui kempen - kempen kesedaran ini, minda masyarakat akan lebih terbuka dan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kepentingan menjaga hutan paya bakau. Kempen - kempen ini kebiasaannya akan mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan,kebaikan mengenai hutan paya bakau serta cara untuk menjaga hutan paya bakau supaya tidak terjejas dan musnah
7.1 KEMPEN PENANAMAN POKOK BAKAU Objektif program bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan hasrat kerajaan dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) dan penanaman pokok bakau tidak terkecuali sekaligus memberi sumbangan terhadap peningkatan ekopelancongan bakau negara.Berikut ialah kempen yang dianjurkan oleh pihak pusat ekopelancongan di Taman Paya Bakau Bandar, Lumut: Orang ramai boleh melibatkan diri dan merasai sendiri pengalaman penanaman pokok bakau.Suatu pengalaman yang menarik.Pusat Ekopelancongan Taman Paya Bakau Bandar Lumut menyeru orang ramai melibatkan diri dalam usaha melestarikan bumi kita serta meningkatkan kesedaran pemuliharaan ekosistem kita. Untuk setiap pokok bakau yang ditanam, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM 5. Ia adalah sumbangan pengunjung kepada Pusat Ekopelancongan Taman Paya Bakau Bandar Lumut. Namun, program ini hanya dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad serta Cuti Umum sahaja. Program yang dianjurkan mampu memberi sumbangan yang baik terhadap ekopelancongan bakau.Pengunjung akan tertarik kerana terdapat aktiviti yang jarang dilakukan di sini.Harga yang berpatutan juga menjadi sebabnya.Oleh itu, ekopelancongan bakau akan berkembang pesat ke arah lebih baik hasil daripada perancangan program-program seperti ini.
j 8.1 LOKASI - LOKASI EKOPELANCONGAN PAYA BAKAU DI MALAYSIA Kuala Gula , Perak Tanjung Piai , Johor Setiu Wetlands , Terengganu Taman Alam Kuala Selangor ( Kuala Selangor Nature Park )
9.0 PENUTUP Kesimpulannya, bagi memastikan kelangsungan hutan paya bakau dalam menyediakan perkhidmatan ekosistem yang baik kepada manusia dan alam sekeliling, masyarakat terutamanya pengunjung perlu dididik untuk menghargai dan memulihara alam semula jadi. Usaha ini bukan hanya merupakan tugas guru di sekolah semata-mata, tetapi ia menjadi amanah kepada pemandu pelancong alam semula jadi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Ia jelas sekali menunjukkan pendidikan itu bukan hanya bertumpu di sekolah sahaja, tetapi boleh berlaku di mana- mana asalkan yang menyampaikan ilmu itu adalah mereka yang berilmu pengetahuan dalam mencetuskan rasa kesedaran kepada masyarakat.