ANJURAN ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK 4 MAC 2023 7.30AM-5.30PM KAWASAN IPGKS KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL NOSTALGIA ANAK MALAYSIA
AMANAT PENGARAH SEKALUNG BICARA KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SEKALUNG BICARA PENYELARAS KURSUS PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF TENTATIF LOKASI SETIAP PERTANDINGAN PERATURAN PESERTA AJK PELAKSANA PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9-17 18-23 24-26 27
بسم هللا الرحمن الرحيم Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan perutusan untuk Karnival Permainan Tradisional yang diadakan oleh kumpulan elektif Pendidikan Jasmani, Ambilan Jun 2022. Tanpa kerjasama yang kukuh, segala-galanya hanya menjadi satu ilusi. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan elektif Pendidikan Jasmani, Ambilan Jun 2022 atas usaha mengadakan Karnival Permainan Tradisional. Besarlah harapan saya agar karnival ini dapat memberi manfaat dan impak postif kepada pembangunan sahsiah diri setiap individu yang melihat. Melalui karnival ini, orang ramai bukan sahaja dapat mengetahui mengenai permainan tradisional dan program serta aktiviti yang dilaksanakan, tetapi juga dapat berkongsi maklumat mengenai aspekaspek pengurusan dan kepelbagaian budaya negara, di samping dapat membantu di dalam usaha-usaha memartabatkan kesejahteraan negara. Sekian, terima kasih. AMANAT PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK 1
Salam sejahtera. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita melaksanakan Karnival Permainan Tradisional yang akan diadakan pada 4 Mac 2023 yang mana dianjurkan oleh kumpulan elektif Pendidikan Jasmani, Ambilan Jun 2022. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak yang terlibat serta jawatankuasa yang menganjurkan Karnival Permainan Tradisional ini. Saya yakin bahawa setiap orang yang terlibat dalam menjayakan karnival ini telah berganding bahu antara satu sama lain bagi memastikan karnival ini dapat berlangsung dengan lancar. Semoga karnival ini dapat memberi pengalaman dan pengajaran yang positif dalam diri setiap pelajar serta pihak yang terlibat. Saya percaya karnival ini dapat meninggalkan kesan pengalaman yang indah dalam diri pihak yang terlibat dengan mengimbas kembali permainan tradisional yang dimainkan semasa zaman kanak-kanak. Sekian, terima kasih. SEKALUNG BICARA KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2
SEKALUNG BICARA PENYELARAS KURSUS Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertama sekali, saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk meluahkan sepatah dua kata. Permainan tradisional ini semakin kurang dimainkan oleh kanak-kanak zaman sekarang kerana dipengaruhi budaya persekitaran masa kini. Namun, tidak ramai yang diberikan pendedahan mengenai permainan tradisional malah semakin pupus terutamanya dalam kalangan belia pada masa kini disebabkan oleh ketaaksuban oleh gajet digital. Maka melalui pelaksanaan karnival ini bagi kursus PJMS 3213 Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Jasmani, karnival ini mampu mengekalkan budaya di kalangan muda mudi. Seterusnya, bakal-bakal guru dapat merealisasikan semula budaya permainan tradisional ini di kalangan murid-murid sekolah nanti. Maka, permainan tradisional ini dapat diteruskan bagi menghargai peninggalan budaya warisan nenek moyang agar dapat dipertahankan dan tidak pupus dek ditelan zaman. Kerjasama antara semua pihak adalah penting dalam menjayakan karnival ini. Inilah yang harus kita jadikan satu pegangan dalam kehidupan berorganisasi. Tanpa mengira apa jua kedudukan kita, sama ada kita di bawah ataupun kita di atas, kerjasama dalam satu pasukan adalah asas kepada kejayaan yang hendak dicapai. Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa karnival dan semua warga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas sumbangan dan komitmen berterusan dalam usaha menuju kecemerlangan. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada Karnival Permainan Tradisional yang telah diadakan oleh kumpulan elektif Pendidikan Jasmani, Ambilan Jun 2022. 3
PENDAHULUAN Pengurusan Karnival Permainan Tradisional ini merupakan sebahagian daripada pentaksiran bagi kursus PJMS3213 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan yang perlu dijalani oleh kumpulan elektif teras Pendidikan Jasmani bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2022. Pengurusan karnival ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada guru pelatih untuk mengumpul pengalaman serta membiasakan diri dalam penganjuran sesebuah aktiviti yang mungkin akan dikendalikan oleh setiap bakal guru apabila ditempatkan di sekolah kelak. Penganjuran karnival ini juga merupakan ruang bagi guru pelatih yang mengambil kursus ini untuk mengaplikasikan teori seperti penggunaan sistem pertandingan, pembentukan dan perancangan pengelolaan, kepimpinan, pengurusan sumber kewangan dan sebagainya dalam bentuk amali. Melalui karnival ini juga, guru pelatih secara tidak langsung diberikan kesedaran tentang khazanah permainan tradisional yang perlu dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang. Dalam penganjuran karnival ini, terdapat beberapa jenis permainan tradisional yang dicadang untuk dianjurkan iaitu tuju selipar dan galah panjang. 4
Karnival Permainan Tradisional ini dipilih untuk dianjurkan kerana ingi menyahut seruan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara. MATLAMAT 5
OBJEKTIF 1. Memupuk semangat perpaduan dan silaturahim dalam diri setiap peserta. 2. Memberi peluang kepada peserta untuk mengembangkan bakat dan kemahiran dalam permainan tradisional. 3. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilainilai murni dalam diri peserta. 4. Guru pelatih dapat mengelola dan mengurus sesebuah pertandingan dengan baik dan sistematik. 5. Memperkenalkan dan memartabatkan permainan tradisional Malaysia. 6
TENTATIF Tarikh 4 Mac 2023 7.30 am - 8.30 am Pendaftaran peserta 8.30 am - 9.00 am Senamrobik 9.00 am - 12.00 pm Pertandingan Permainan Tradisional Sesi 1 - Batu Seremban -Congkak - Galah Panjang 12.00 pm - 1.30 pm Rehat 1.30 pm - 4.30 pm Pertandingan Permainan Tradisional Sesi 2 -Tuju Selipar -Layang-layang 4.30 pm - 5.30 pm Majlis penutupan dan sesi penyampaian hadiah 5.30 pm Bersurai Tempat (kawasan IPGKS) Masa (7.30 am - 5.30 pm) 7
PERMAINAN TEMPAT TUJU SELIPAR PADANG TEPI DEWAN MUHIBAH GALAH PANJANG GYMNASIUM CONGKAK DEWAN MUHIBAH BATU SEREMBAN DEWAN MUHIBAH LAYANGLAYANG PADANG ASTAKA LOKASI SETIAP PERTANDINGAN 8
PERATURAN AM Tarikh pertandingan dijadualkan pada 4 Mac 2023. Tempat dan masa perlawanan akan ditentukan kemudian. Penyertaan adalah secara berkumpulan bagi permainan tuju selipar, galah panjang dan batu seremban manakala individu bagi permainan congkak dan layang-layang. Pendaftaran nama-nama peserta hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Hanya pemain-pemain berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. Jika didapati pemain yang mengambil bahagian adalah pemain yang tidak berdaftar atau tidak mematuhi peraturan kelayakan pemain sepertimana yang ditetapkan, penyertaan pasukan tersebut dalam acara ini akan terbatal secara automatik dan semua perlawanan sebelumnya yang telah disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERLAWANAN PENYERTAAN 9
PERATURAN AM Penyertaan yang diterima adalah yang lengkap dengan butiran yang dikehendaki dan setiap pasukan/ peserta perlu menghantar borang penyertaan sebelum 2 Mac 2023. Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Mac 2023(Khamis) jam 12.00 a.m. dan proses cabutan undi akan dilakukan bertempat di gymnasium Seri Kenyalang. Masa sepuluh (10) minit diberikan kepada peserta yang lewat dan selepas tamat tempoh itu pihak lawan akan diberi kemenangan percuma. KELAYAKAN PESERTA TARIKH TUTUP/UNDIAN KELEWATAN 10
PERATURAN AM Sebarang bantahan terhadap kelayakan penyertaan pemain boleh dibuat sebelum atau selepas (tempoh sejam selepas permainan tamat). Bantahan hendaklah disertakan dengan bahan sokongan. Keputusan pihak penganjur terhadap bantahan adalah muktamad. Pihak penganjur akan bertanggungjawab terhadap peserta yang mengalami sebarang kecederaan sepanjang tempoh pertandingan dilaksanakan. Peserta dikehendaki untuk memaklumkan kepada pihak penganjur berkaitan dengan kecederaan yang dialami. Pihak penganjur akan menyediakan peti kecemasan sepanjang aktiviti berlangsung. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad. BANTAHAN KECEDERAAN/LAIN-LAIN PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 11
PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TUJU SELIPAR Permainan tuju selipar ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dikehendaki untuk menyerang manakala kumpulan kedua akan bertahan. Pemain pertama dalam pasukan bermain akan membaling susunan selipar menggunakan selipar yang diberi. Sekiranya pemain pertama tidak berjaya akan diikuti oleh pemain lain sehinggalah habis pemain dalam kumpulan tersebut. Setiap pemain hanya diberikan sebanyak tiga kali percubaan. Sekiranya balingan yang dibuat mengena pada selipar dan susunan jatuh, pihak lawan akan membaling kepada kumpulan yang membuat balingan tadi. Pihak yang membuat balingan tadi haruslah menyusun kembali susunan selipar itu. Jika selipar tidak berjaya disusun, kumpulan tersebut dikira kalah dan sekiranya berjaya kumpulan tersebut akan membuat balingan seterusnya. Jarak antara pembaling dan susunan selipar adalah dalam lebih kurang 3 meter. 12
PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG Permainan ini melibatkan dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan terbahagi kepada penyerang dan pertahanan. Giliran untuk memulakan permainan ditentukan melalui undian. Pasukan pertahanan akan bertahan di atas garisan pertahanan. Pasukan penyerang akan cuba menembusi pertahanan pihak lawan. Pasukan penyerang yang berjaya mara ke hujung gelanggang akan diberikan 5 markah. Jika pasukan penyerang berjaya kembali ke tapak diberikan 5 markah lagi. Permainan akan dimulakan semula sehingga tamat masa telah di peruntukkan. Bagi ahli kumpulan penyerang yang disentuh oleh mana-mana ahli pertahanan akan dikira sebagai mati bagi pusingan tersebut. 13
PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG Jika ketua kumpulan penyerang disentuh oleh mana-mana ahli kumpulan pertahanan, maka keseluruhan kumpulan dikira mati. Walaubagaimanapun, permainan akan diteruskan sehingga tamat masa. Mana-mana ahli daripada kumpulan penyerang atau pertahanan keluar daripada kawasan permainan masing-masing, permainan akan diberhentikan dan diberikan demerit. Masa perlawanan ada 5-1-5. Setelah tamat 5 minit pertama tamat,wisel akan dibunyikan dan kumpulan pertahanan pula akan mengambil giliran sebagai penyerang dan sebaliknya. Permainan ini hanya 5 orang pemain sahaja. 4 orang pemain utama dan 1 orang pemain simpanan Pemain adalah diwajibkan memakai kain batik semasa permainan dijalankan. 14
PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN CONGKAK Pertandingan akan dimulai serentak apabila undian telah dibuat. Pemain-pemain dibenarkan berlatih selama 5 minit sebelum pertandingan bermula. Papan congkak yang mengandungi sekampung tujuh (7) rumah anak serta satu (1) rumah ibu. Syarat-syarat dan undang-undang permainan ditentukan oleh pihak penganjur yang mengelola permainan tersebut. Jika berlaku sebarang pertikaian, peraturan am pertandingan akan digunakan. 15
PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BATU SEREMBAN Pada masa mengambil cakak, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana cakak yang lain. Pemain hendaklah menyambut cakak yang dilambung sebelum cakak jatuh ke bumi. Tiap kali satu-satu tahap, semua cakak dikumpulkan dan diserakkan untuk peringkat yang lain. Pemain lain akan mengambil gilirannya apabila sesuatu kesilapan/kesalahan telah dilakukan oleh pemain yang terdahulu. Sekiranya pemain dapat menghabiskan permainan sehingga buah timbang, pemain boleh meneruskan satu tahap permainan lagi. Dalam nagam selepas itu, seorang pemain menyambung permainannya diperingkat dia telah melakukan kesilapan. Setiap pemain mesti memulakan dengan Buah Satu. Permainan adalah dalam tiga (3) nagam. Pemain-pemain yang sedang bermain dilarang meninggalkan permainan tanpa izin daripada pengadil perlawanan. 16
PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN LAYANG-LAYANG Jenis layang-layang yang dihasilkan oleh peserta adalah bebas. Ukuran dan tema layang-layang juga adalah bebas. Penyertaan dalam secara individu. Setiap penyertaan hanya dibenarkan menggunakan satu layang-layang sahaja. Pemarkahan adalah mengikut kreativiti, kekemasan serta tempoh masa layang-layang di udara. Jika cuaca mengizinkan, kriteria pemarkahan ketahanan layang-layang di udara akan diambil kira dan layang-layang yang paling lama berada di atas akan dikira sebagai pemenang. Namun, sekiranya cuaca tidak mengizinkan, kriteria pemarkahan seperti kreativiti dan kekemasan layang-layang yang telah dihasilkan akan diutamakan. Bagi kes yang melibatkan cuaca buruk, tiada sebarang pindaan tarikh perlawanan kerana karnival ini perlu diselesaikan dalam tempoh 1 hari sahaja. Oleh itu, kreativiti dan kekemasan dalam penghasilan layang-layang perlu dititikberatkan kerana markah tersebut akan dijadikan markah akhir bagi pertandingan ini. 17
KUMPULAN NAMA KELAS 1. 1. Jayviar Own Peter 2. Rim Ngau 3. Vellenteno Belly anak Patrick 4. Diego Killah Labang 5. Rhyshon Marclous Anak Monggie 1. PPRBMM2-2 2. PPRBMM2-1 3. PPRBMM2-1 4. PPRBMM2-2 5. PPRBMM2-1 2. 1. Dunstance Jenisang Johny 2. Mackzymalvin Luhan Micky 3. Iasaiah Leong 4. Valentino Ayik anak Galang 5. Mohd Hamizan Amin bin Sanyid @ Saib 1. PPRBMM2-2 2. PPRBMM2-1 3. PPRBMM2-1 4. PPRPSV2-1 5. PPRPSV2-1 3. 1. Muhammad Harith bin Mohd Ali Hanafiah 2. Amin bin Ibrahim 3. Muhamad Amin Farham bin Mat Rahim 4. Ahmad Aiman bin Tajul 5. Ahmad Fadhil Adam bin Ahmad Sabri 1. PRBNK5 2. PRBNK5 3. PRBNK5 4. PRBNK5 5. PRBNK5 4. 1. Iqbal Hakim bin Mohamad 2. Muhamad Syazwan bin Mohd Alinapiah 3. Syamil bin Wahap 4. Esther Martha anak Merekus 5. Eleanor anak Ajis 1. PRBMM2-5 2. PRBMM2-1 3. PRBMM2-2 4. PRBMM2-5 5. PRBMM2-5 PESERTA 18
KUMPULAN NAMA KELAS 5. 1. Mohammad Faiz Syukri 2. Muhammad Shahir Amani bin Mohd Shukri 3. Amir Haqimi bin Mohd Shukri 4. Zul Khairiel Bin Shukri 5. Muhammad Imran Firdaus bin Shahrul Nizar 1. PRBMM2-4 2. PRBMM2-3 3. PRBMM2-3 4. PRPSV2-2 5. PRPSV2-2 6. 1. Amanda Nicole Anak Robin 2. Michelle Chin Siao Xuan 3. Nur Nazwatul Akhmar Binti Mohamad 4. Nuratirah Binti Mohd Ramalan 5. Zizie Amyza Binti Aziz 1. PRPSV2-1 2. PRPSV2-1 3. PRPSV2-1 4. PRPSV2-1 5. PRPSV2-1 7. 1. Jessiah Susan John 2. Shahril anak Zaini 3. Caroline Uding Petrus 4. Lizebet Missel Aren Luhat 5. Georgebrill Bian 1. PRBMM7 2. PRBMM7 3. PRBMM7 4. PRBMM7 5. PRBMM7 PESERTA 19
KUMPULAN NAMA KELAS 8. Husna Husaniyah binti Amran Sherina Ivy Madri Alieya Nabila binti Zuwari Nur Niesa Batrisya binti Noordin Nurul Balqis Amiely binti Mohd Najib 1. 2. 3. 4. 5. PPRPSV2-2 PPRPSV2-1 PPRPSV2-2 PPRPSV2-1 PPRPSV2-1 1. 2. 3. 4. 5. PESERTA 19
KUMPULAN NAMA KELAS 1. 1. Dunstance Jenisang Johny 2. Mackzymalvin Luhan Micky 3. Iasaiah Leong 4. Velentino Ayin anak Galang 5. Mohd Hamizan Amin bin Suib 1. PPRBMM2-2 2. PPRBMM2-1 3. PPRBMM2-1 4. PPRPSV2-1 5. PPRPSV2-1 2. 1. Muhammad Azzairie bin Azrie 2. Muhammad Faris Aflah bin Mohd Khairul 3. Dania Yasmin 4. Sherina Ivy binti Madrin 5. Gilbert Empeni anak George 1. PRBMM2-2 2. PRPSV2-2 3. PPRPSV2-1 4. PPRPSV2-1 5. PPRPSV2-1 3. 1. Jesseca Joo 2. Justphinnia Mujan 3. Doris Jalung 4. Angelina Lemen 5. Georgebrill Bian 1. PRBMM7 2. PRBMM7 3. PRBMM7 4. PRBMM7 5. PRBMM7 4. 1. Husna Husniyah Binti Amran 2. Erika Naracia Ak Friday 3. Alieya Nabila Binti Zuwari 4. Nur Niesa Batrisyia Binti Noordin 5. Nurul Balqis Amiely Binti Mohd Najib 1. PPRPSV2-2 2. PPRPSV2-2 3. PPRPSV2-2 4. PPRPSV2-1 5. PPRPSV2-1 PESERTA 20
BIL NAMA KELAS 1. Sebastian Tukau anak Lani PPRBMM2-1 2. Wilson Ungkap anak Diyo PPRPSV2-1 3. Joscelyn Ho Xin Ern PPRPSV2-2 4. Lee Sii Yieng PPRPSV2-2 5. Lam Shiaw Yang PPRPSV2-2 6. Wong Siew Hung PPRPSV2-2 7. Wong Ung Ling PPRPSV2-2 8. Mirza Ayunni Maisarah binti Mazidi PRBMM2-4 9. Jessica Ivy anak Ricket PRBMM2-6 10. Lessie Etau anak Abu PRBMM2-1 11. Viviana Biby anak Lenggi PRBMM2-3 12. Edelinna Lamah anak Gimang PRBMM2-3 PESERTA 21
BIL NAMA KELAS 1. Nuratirah binti Mohd Ramalan PRPSV2-1 2. Wagner Welli PPRBMM2-2 3. Nur Amani Afifah binti Barawi PRPSV2-2 4. Ronaldinho Mabong anak Suning PPRPSV2-2 5. Adrybeti Ismadanny anak Riong PPRBMM2-2 6. Cecilia anak Johnny PRBMM2-4 7. Suzana Mastura anak Salamah PRBMM2-6 8. Nur Nazwatul Akhmar binti Mohamad PRPSV2-1 PESERTA 22
KUMPULAN NAMA KELAS 1. 1. Lalu Ilham bin Hunain 2. Shah Haiqal bin Shah Nuri 3. Mohammad Amaludin bin Mohd Solah 4. Gilbert Empeni anak George 1. PPRBMM2-2 2. PPRPSV1-2 3. PPRPSV1-2 4. PPRPSV1-2 2. 1. Mirza Ayuni Maisarah binti Marzidi 2. Cecilia anak Johnny 3. Anelsa Imelda 4. Nur Arina Shahira binti Mazidi 1. PRBMM2-4 2. PRBMM2-4 3. PRBMM2-3 4. PRBMM2-4 3. 1. Christie Gidak Anak Awie 2. Nasuha binti Iswandi 3. Nur Zulaikha Elyana binti Samasu 4. Suliana anak Suhai 5. Ummi Nur’Syammimi Syuhada binti Mohamad Fauzi 1. PRBMM2-1 2. PRBMM2-1 3. PRBMM2-1 4. PRBMM2-1 5. PRBMM2-1 4. 1. Lasa bin Abdullah 2. Mohd Nur Ikhwan bin Fauzek 3. Asnawie Syazwan bin Apong @ Bakri 4. Ronaldihno Mabong 1. PRBMM2-5 2. PRBMM2-3 3. PRBMM2-3 4. PPRPSV2-2 PESERTA 23
PENAUNG TUAN HAJI MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA AJK PELAKSANA JAWATANKUASA TERTINGGI NAIB PENGERUSI: BRANDA BINTI ATHANSIUS PENGERUSI: ALVIN KONG WEI EE PENYELARAS: ENCIK MARNI BIN HAJI GOLONG PENASIHAT ENCIK SAIN ANAK DATOK SETIAUSAHA: SABRI LANGGAI ANAK PELIN NAIB SETIAUSAHA: ANGELINE JANE ANAK MARK NAIB BENDAHARI: CHARLE NIL ANAK DANIEL BENDAHARI: STEPHANIE NANTAI ANAK SIBAT 24
Irdina binti Mohammad Habib Katerina Julan anak Linggie Virginia Bunga anak Barnabas Eugenia Jee Chai Ling AJK FOTOGRAFI: KETUA: Angel Serena Anastacia PENOLONG KETUA: Shah Aiman Fikri AJK PELAKSANA AHLI JAWATANKUASA KECIL Lasa bin Abdullah Mohd Nur Ikhwan bin Fauzek Madeline Velyny anak Roland Nursyafiqah binti Jurimee Asnawie Syazwan anak Apong AJK PERALATAN DAN TEKNIKAL: KETUA: Nabreel Balang anak Welson PENOLONG KETUA: Erica Shady anak Andy Justine Empuau Usin Muhammad Azizul Hakim bin Zamshari Venessa Sabella anak Tini Pheona anak Uja Rabiatull Adawiyah binti Abubaka AJK KESELAMATAN: KETUA: Lai Chaun Choy PENOLONG KETUA: Evarina binti Madrin Leslie Jikie anak Frederick Sabungkok Thierry Henry anak Antau Hazrina binti Merawi Syarifah Nur Qistina binti Syed Ahmad Kamir Shafiqah binti Yusri AJK KEBERSIHAN: KETUA: Gabriel Win anak Duard PENOLONG KETUA: Nur Ain binti Jini Anelsa Imelda anak Alexander Joanna Ruth anak Jable Annaviviafica Audrea binti Raubi Diana anak Gajah AJK PENDAFTARAN: KETUA: Dayang Azura binti Abang Sudiman PENOLONG KETUA: Muhamad Aizad Hafizi bin Md Ludin 25
MIKE VIANNI JANG ANAK MULEN JOHN VIANI TABOH ANAK JIMBAT SHAFARINI BINTI MORTADA ESTER EMILYN ANAK SABAT MOHAMAD AKHMAL AZHWAN BIN MOHAMAD SAFTUAN AJK PROTOKOL DAN PERSEDIAAN TEMPAT KETUA: KHAIRIL HASZUAD BIN ARNI PENOLONG KETUA: CHRISTINI ANAK PEAU AJK PELAKSANA AHLI JAWATANKUASA KECIL WAN MUHAMMAD SUFFI ARIF BIN WAN SHAIDI NUR AZZA ZANEETA BINTI KHIDIF CLAUDIA ULAU JOHN NOOR SAIDATUL NADIRA BINTI ABDUL RAHMAN AJK PUBLISITI: KETUA: AVENIS ANAK LOUIS PENOLONG KETUA: MOHAMAD SHAHRULNIZAM BIN MOHD FIRDAUS LIM LYDIA ALPEUS BRIAN ANAK RAMLEE THERESA MUJAN PHILIP KATERINA ANAK JIMBAT AJK SIJIL DAN HADIAH KETUA: ROGAYAH BINTI MAHDI PENOLONG KETUA: MICHAEL ANAK PROSSER MUHAMMAD ISKANDAR HAKIMI BIN ZULKURNAIN BIBIANNIE ABBY COLODIUS MICHELLE LENNY ANAK YOK ZIZIE AMYZA BINTI AZIZ AJK BUKU PROGRAM KETUA: ADRIANA QISTINA BINTI MALAWI PENOLONG KETUA: IKMAL RIZAL BIN MUHAMMAD 26
PENGHARGAAN PENGARAH IPGKS KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PENYELARAS KURSUS TUAN HAJI MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA ENCIK SAIN ANAK DATOK ENCIK MARNI BIN HAJI GOLONG KUMPULAN ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK AMBILAN JUN 2022 27 TIMBALAN PENGARAH IPGKS YBRS. DR CHIN PENG YEE
ANJURAN ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK SEKIAN, TERIMA KASIH.