The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7197261, 2022-03-07 02:42:27

Majalah sekolah 2021/2022

MAJALAH SEKOLAH SIRI 1-merged

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

MOTO SEKOLAH

ILMU ASAS TAKWA

VISI SEKOLAH

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI SEKOLAH

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi

Negara”

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

LAGU SEKOLAH

BERIMAN DAN BERTAQWA



Sekolah kami ceria wajahnya
Kasih abadi tersemat di hati
Kami pelajar-pelajar puteri
Menuntut ilmu dunia UKHRAWI
Al Quran menjadi panduan
Nabi Muhammad jadi teladan



Beriman berilmu bertaqwa

Inilah visi sekolah kami



Cemerlang dunia cemerlang akhirat
Inilah matlamat SMKAP
Akhlak mulia kami hayati
Semoga Allah akan berkati

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

ISI KANDUNGAN

05 SIDANG REDAKSI 37 CORETAN
MAJALAH 2021 NOSTALGIA

0 6 KATA ALU-ALUAN 4 8 KELAB & PERSATUAN

11 KECEMERLANGAN 61 ALBUM KENANGAN
SRIKANDI

19 PENTADBIRAN & 89 KARYA KREATIF
PENGURUSAN SRIKANDI
SEKOLAH

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

SIDANG REDAKSI MAJALAH SEKOLAH

PENGERUSI : PN HAJAH SHAKIRAH BT AHMAD

NAIB PENGERUSI 1 : PN HAJAH NADIAH BT YUNOS

NAIB PENGERUSI 2 : PN ROHANA BT MAT

NAIB PENGERUSI 3 : PN HAJAH FARIDAH BT OSMAN

NAIB PENGERUSI 4 : PN NORHAYATI BT MOKHTAR

PENYELARAS : PN SITI SAUDAH BT HARON

SETIAUSAHA : PN NIZAR BT IBRAHIM ARAWI

PEN. SETIAUSAHA : EN ABDIL WAFFI BIN ABD HALIM

AHLI JAWATAN KUASA : PN NOOR AZIZAH BT HARUN
PN HARIZAHWATI BT ARIS
EN FAKHRUDDIN BIN YAALI
PN ANIS ZULAIKHA BT BASRAH
PN SYAREZUANA BT AWANG KECHIK
EN KHAIRIL AZMIR BIN AHMAD

EDITOR (PELAJAR) : SITI NUR SYIFA BT JAFAARI
SHAFIYAH SOFEA BT ISMAHISHAM
ILHAM HASINA BT MOHAMAD NASIR
BATRISYIA HUSNA BT HUSHAIDI
NUR ALIAH NUWAIRAH BT YUSLINIZAM
NUR AIMI SYAFIQAH BT HAZUZIN

TEL : 04-976 0336 | FAX : 04-9770834

page 15 SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R interview

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera

Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam merancang dan melaksanakan

kepelbagaian agenda yang dimanifestasikan sebagai dokumentasi maklumat dan sumber rujukan

warganya dan juga pihak lain yang berkepentingan. Majalah sekolah merupakan wadah yang amat

penting dalam memupuk semangat kecintaan yang tinggi terhadap sekolah serta penerapan watak dan

budaya sekolah dalam kalangan warganya. Majalah sekolah yang diterbitkan ini akan menjadi salah satu

medium bagi semua warga sekolah mencapai aspirasi sistem dan aspirasi murid Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sepanjang tahun 2020 dan hingga pertengahan tahun 2022 kita semua menempuh krisis penularan

COVID-19 dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin cabaran ini tidak akan menjadi penghalang

kepada semua warga sekolah untuk menggapai kejayaan dan kecemerlangan. Dalam masa yang sama,

kita juga perlu mengimbangi segala hasrat ini dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang

selamat untuk semua warganya. Cabaran perubahan dan krisis disebabkan COVID-19 seharusnya

dijadikan titik permulaan untuk kita semua mengubah cara berfikir serta tindakan kepada pemikiran

yang lebih kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.

Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan

kata alu-aluan di dalam penerbitan majalah sekolah kali ini. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan

kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan majalah ini.

Semoga majalah ini menjadi kebanggaan semua warganya.

Sekian terima kasih.

page 15 SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R interview

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMKA (P) Alawiyah Kangar

terutamanya Sidang Redaksi Majalah SMKA (P) Alawiyah kerana berupaya berkolaborasi sebagai

satu pasukan dalam menerbitkan majalah sekolah pada tahun ini. Usaha dan komitmen yang telah

dicurahkan bagi menerbitkan majalah ini adalah satu kejayaan besar yang dapat memaparkan

aktiviti serta kejayaan sekolah yang telah terlakar sepanjang tahun 2021.

Pendidikan di negara kita sedang mengalami proses transformasi pantas dalam segala aspek.

Namun, transformasi yang dirancangkan tidak dapat memberi kesan yang positif seandainya sikap

dan tindakan yang dilakukan tidak selaras dengan agenda transformasi tersebut. Selaras dengan itu,

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) menjadi pemangkin kepada pemimpin

sekolah, guru-guru dan para pelajar untuk sama-sama bertanggungjawab memahami dan

menghayati semua bentuk transformasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendidikan yang cemerlang adalah kunci kepada pembentukan pelajar yang berilmu. Justeru, setiap

pihak harus sentiasa bergerak pantas seiring dengan perkembangan terbaharu serta kehendak dunia

pendidikan antarabangsa agar generasi yang dilahirkan mampu bersaing setaraf dengan kehendak

globalisasi.

Akhir kata, sudah terang lagi bersuluh, kita perlulah bekerjasama seperti aur dengan tebing bagi

mencapai hasrat untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti mampu

direalisasikan. Saya berharap warga SMKA (P) Alawiyah dapat menjana kejayaan yang unggul dan

cemerlang di masa hadapan.

Sekian, terima kasih

NAHARUDEEN BIN OTHMAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

KATA ALU-ALUAN

TUAN PENGETUA

Assalamualaikum w.b.t..

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah kepada sidang redaksi Az-Zahra' atas terbitnya majalah sekolah bagi

tahun 2021 sekaligus menyambung kesinambungan penerbitan majalah tahun demi tahun. Proses

pembikinan majalah ini menuntut masa dan kerahan tenaga dan minda yang bukan sedikit demi
mendokumentasikan serta menyebarkan informasi kepada warga SMKA (P) Alawiyah Kangar. Tanpa

kolaborasi semua, pasti majalah ini sukar untuk diterbitkan.

Kejayaan masa depan negara bergantung pada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi

intelek tetapi juga keperibadian. Modal insan yang ingin dilahirkan ini perlu memiliki ilmu pengetahuan,

keimanan yang utuh, berbudaya kerja yang cemerlang dan memiliki jati diri yang mantap. Sehubungan

dengan itu, sekolah mempunyai tugas yang besar bagi memastikan hasrat murni negara dapat

direalisasikan.

Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin

tangan anak-anak di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak-anak

cemerlang akademik tetapi cemerlang sahsiah, peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk

berhadapan dengan arus globalisasi masa ini.

Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya

gambarkan perasaan. Dengan ingatan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa semoga

kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab

dalam merealisasikan kejayaan anak didik dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen.

Akhirulkalam, buat seluruh warga SMKA (P) Alawiyah Kangar, semoga kita bersama-sama bagai aur dengan

tebing untuk meneruskan usaha murni dalam memartabatkan nama sekolah bukan sahaja di negeri Perlis,

malah di seluruh negara. Insya-Allah misi dan visi kita tercapai suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih.

page 15 SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R interview

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah Az Zahra secara maya pada kali ini. Terima
kasih juga kerana memberikan peluang untuk saya melakarkan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada
Sidang Redaksi Az Zahra 2021.

Kejayaan penerbitan Majalah Az Zahra merupakan kesinabungan tradisi selama ini dan memberikan
pengertian yang besar kerana menerusi Majalah Az Zahra, kita dapat melakar pelbagai peristiwa suka
duka dan kejayaan yang berjaya dilakar oleh SMKAP sepanjang tahun 2021 walaupun berada dalam
suasana PDPR akibat COVID-19. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga SMKAP dapat melahirkan
generasi yang cemerlang dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah terpuji.

Permuafakatan antara ibu bapa dan guru yang dijelmakan melalui sarana ibu bapa dan sarana sekolah
merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ini menyediakan
landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka bagi melakar kejayaan demi kejayaan.
Sesungguhnya, kejayaan dan komitmen yang jitu ini mampu membuahkan hasil yang optimum dalam
pembentukan kecemerlangan anak-anak sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

Saya menyeru kepada semua pelajar agar sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan
berpegang teguh pada aku janji yang dilafazkan. Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk
modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan jati diri yang ampuh dalam mengharungi cabaran
mendatang.

Akhir kalam, saya mendoakan SMKA (P) Alawiyah, Kangar sentiasa memperolehi kejayaan,
kecemerlangan dan keterbilangan. Mudah-mudahan segala usaha kita akan diberkati dan dirahmati oleh
ALLAH SWT. Semoga SMKAP terus berjaya mengapai bintang di langit dan terus bergemerlapan di
persada.

Anak-anak yang dikasihi,
“Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenali kita namun berapa banyak orang yang merasa
bahagia kerana mengenali kita”.

Sekian. Terima kasih.

YBHG. PROF MADYA DR. ABDUL JALIL BIN RAMLI
Yang Dipertua PIBG SMKA (P) Alawiyah

page 15 SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R interview

KATA ALU-ALUAN

KETUA PELAJAR

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, majalah sekolah bagi tahun 2021 berjaya

diterbitkan hasil kerja keras pelbagai pihak dalam merealisasikannya. Impian yang tidak disertakan dengan usaha yang gigih

tidak akan membuahkan hasil bak peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sekalung ucapan

tahniah dan penghargaan ditujukan kepada sidang redaksi kerana telah berhempas-pulas serta mengorbankan masa dan

tenaga bagi menjayakan penerbitan majalah sekolah kita.Majalah ini sudah semestinya amat dinanti-nantikan oleh semua

warga sekolah kerana melalui majalah ini kita dapat mengimbas kembali setiap memori pahit manis semasa berada di bumi

wakaf yang sentiasa dirahmati dengan limpah dan kurnia-Nya. Terutamanya bagi insan yang akan melangkah keluar bagi

menggapai cita-cita yang sudah tersemat di dalam jiwa dan hati nurani. Saya berharap dengan terbitnya majalah ini, semakin

bertambah rasa cinta dan sayang dalam diri kita terhadap bumi wakaf ini.

Tahun 2021 ini merupakan detik mencabar kepada setiap golongan masyarakat di muka bumi ini disebabkan kemunculan

wabak COVID-19 di seluruh pelosok negara. Pelbagai cabaran dan dugaan yang tidak pernah terlintas di buah fikiran kita

bahawa kita akan menempuhinya. Namun, sekolah kita telah berjaya mengatasi setiap halangan yang mendatang dengan

penuh kompeten dan semangat juang yang tinggi. Tidak dinafikan bahawa setiap perjuangan pasti ada naik dan turunnya.



Namun demikian, satu-satunya cara untuk menjalaninya adalah dengan menikmati setiap momen yang akan menjadikan kita

lebih matang dan bersedia untuk mengorak langkah ke alam yang lebih mencabar. Bermula dengan negara kita tiba-tiba

dikejutkan dengan berita wabak pandemik yang melanda sehingga seluruh sekolah di Malaysia diperintahkan supaya

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Hal ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan

tenaga pengajar begitu juga para pelajar kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran baharu seiring

dengan perkembangan teknologi maklumat terkini. Suka ataupun tidak, kita tetap harus mengharunginya dengan tabah dan

cekal kerana setiap yang berlaku adalah merupakan qada’ dan qadar yang telah tertulis di dalam suratan takdir sejak azali

lagi. Firman Allah yang berbunyi “Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar” jelas

mununjukkan bahawa walau sebesar manapun kesulitan yang terpaksa ditempuh, Allah sentiasa mendengar bait-bait doa

daripada hamba-Nya yang sentiasa bersabar. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

semua guru kerana telah mendidik kami agar menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, malah dari

segi sakhsiah yang unggul dan terpuji. Benarlah, guru pelita kehidupan yang menerangi kegelapan malam. Tanpa guru-guru

sekalian, kami sudah pasti hanyut dibadai ombak yang menjadi penghalang dalam mencapai kejayaan. Sudah pasti sikap
terpuji yang ditampilkan oleh guru-guru kami akan diteladani sepanjang hayat. Semoga dengan jasa kalian, Allah S.W.T akan

mengganjarkan syurga yang menjadi destinasi dambaan setiap umat Islam di muka bumi ini. Tidak lupa juga kepada adik-

adik yang akan meneruskan perjuangan suci di bumi wakaf ini, teruskanlah usaha kalian dalam menjadi generasi yang akan

menarajui negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, zaman persekolah merupakan memori termanis dalam kehidupan

kerana menurut kata mutiara, tiga hal dalam kehidupan yang tidak akan kembali iaitu waktu, kenangan dan kesempatan.



Sebelum jari jemari berhenti menari di atas papan kekunci, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala

kenangan yang tidak ternilai kepada semua warga SMKAP Alawiyah Kangar Perlis 2021. Saya juga ingin menyusun sepuluh

jari memohon kemaafan atas segala salah silap yang telah dilakukan sepanjang tempoh saya menggalas amanah ini sama ada

secara sedar ataupun tidak. Semoga kita semua dikurniakan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.



Sekian, terima kasih.

Nur Izzah Aqilah binti Sarudin
Ketua Pelajar SMKA (P) Alawiyah

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

Kecemerlangan

Srikandi

PELAJAR CEMERLANG SPM 2020

ANALISIS GP MATA PELAJARAN 2020

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2020

MENGIKUT GRED MATA PELAJARAN

ANALISIS PENCAPAIAN STPM 2020

MENGIKUT GRED

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

SENARAI PENCAPAIAN PELAJAR MENGIKUT

TAHAP KECEMERLANGAN STPM 2020

PELAJAR TERBAIK SPM
2020

NAMA : Sharifah Nur Fathihah binti Syed Syahril Izwan
ALAMAT: 10, Jalan Gembira, Taman Gembira, 01000 Kangar, Perlis.
KEPUTUSAN SPM : 11 A (6A+ , 3A , 2A-)
Moto hidup: "Dan kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"

"‫"وما الحياة الدنيا الا متاع الغرور‬

NAMA : Nur Najihah Najwa binti Zul Burhan
ALAMAT : No. 103-B Kampung Pida 15 Tok Pulau, 02700 Simpang Ampat, Perlis
KEPUTUSAN SPM : 10A (3A+,6A,1A-)
MOTO HIDUP : “Perubahan yang kecil mampu mengubah perkara yang besar”

NAMA : Amirah Syafiyah binti Azhar
ALAMAT : No 104, Kampung Guar Jentik, 02400 Beseri, Perlis
KEPUTUSAN SPM : 10 A
MOTO HIDUP : “Never give up until the end”

NAMA : Nuraina Tihani binti Ilias
ALAMAT : 70, Jalan Tembusu, Taman Jejawi, 02600 Arau, Perlis
KEPUTUSAN SPM : 10 A
MOTO HIDUP : “You can't go back and change the beginning, but you can

start where you are and change the ending.”

NAMA : Siti Sarrah Binti Mohamed Mydin
ALAMAT : 23, Jalan 9, Taman Santan 2, 01000 Kangar, Perlis
KEPUTUSAN SPM : 11 A (6A+, 4A, 1A-)
MOTO HIDUP : “Put Allah first and you’ll never be last.”

NAMA : Maryam Jamilah binti Muhammad Khalil
ALAMAT : No 1, Jalan Beseri Permai 3, Taman Beseri Permai, 02400 Beseri,

Perlis
KEPUTUSAN SPM : 11 A (6A+ 3A 2A-)
MOTO HIDUP : “Don’t stop until you’re proud.”

PELAJAR TERBAIK STPM
2020

NAMA : Nursyafiqah Bt Salhi
TEMPAT LAHIR : Hospital Besar Perlis
TAHAP PENDIDIKAN : Tingkatan 6 Smkap
PEKERJAAN AYAH : Pegawai am Kastam
PEKERJAAN IBU : Suri Rumah
POINTER : 3.84
MOTO : "Buat sehabis baik"

NAMA : Farha Humaira binti Nasri
TEMPAT LAHIR : Puan Medinah Hospital Kota Kinabalu
TAHAP PENDIDIKAN : Tingkatan 6 Smkap
PEKERJAAN AYAH : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Negeri Perlis
PEKERJAAN IBU : Guru
POINTER : 3.84
MOTO : "Jadikan setiap hari dalam hidup kita dipenuhi dengan tanda
kesyukuran dan kesungguhan."

NAMA : Nur Athirah binti Ahmad Shahbudin
TEMPAT LAHIR : Hospital Sg Petani
TAHAP PENDIDIKAN : Tingkatan 6 Smkap
PEKERJAAN AYAH : Sudah meninggal dunia
PEKERJAAN IBU : Nurse
POINTER : 3.92
MOTO : "Do something today that your future self will thank you for."

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

Pentadbiran &

Pengurusan

PENGETUA SMKAP: PN HAJAH
SHAKIRAH BINTI AHMAD

Anugerah yang diterima:
* Anugerah Perkhidmatan
cemerlang 2021.
* Tokoh Kepimpinan 2021.

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

Senarai Nama Guru

Guru BersaraSM''DKiASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAiDHilKahAirNkaGnA''R
BIODATA GURU

MASHITA BINTI MAHMUD

PENDIDIKAN :

Sek Keb Padang Tembak 1, Kuala Lumpur (darjah 1 - 2)
Green Road Council School, Kuching, Sarawak (darjah 3 - 4)
SMK Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah (darjah 5 - tingkatan 3)
SMK Convent Taiping, Perak (tingkatan 3 - 5)
Diploma in business studies UiTM Arau, Perlis
Ijazah Sarjana Muda Matematik, Universiti Terbuka Malaysia

PENGALAMAN KERJA :

1987 - Pejabat Tanah dan Galian Perlis (khidmat sambil siswazah)
1989 - Unit Pentadbiran Daerah (sambilan)
1992 - Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (sambilan)
1997 - Guru di SMKA (P) Alawiyah Kangar hingga 01/02/2022

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

Guru yang berpindah

NAMA : Farnida binti Mansor
SEKOLAH BERPINDAH : SMK Putra
TAHUN MENGAJAR : 2019 - 2021

NAMA : Nusaibah binti Hamid
SEKOLAH BERPINDAH : Maktab Mahmud Pendang
TAHUN MENGAJAR : Januari 2019 - Julai 2021

NAMA : Halimaton binti Md Zain
SEKOLAH BERPINDAH : SMA Hidayah Islamiah Sungai Bt 10

Sg Korok Changlih Alor Biak, Kedah
TAHUN MENGAJAR : 6/4/2021-25/7/2021

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

NAMA : Emi Liana binti Che Mansor Adabi
SEKOLAH BERPINDAH : Sma Al Ittihadiah, Kg Relai

Kerambit, Pahang
TAHUN MENGAJAR : 2017 - 2022

NAMA : Nor Hafizah binti Md Rabi
SEKOLAH BERPINDAH : SMA Islahiah Al Islamiah
TAHUN MENGAJAR : 2017 - 2021

NAMA : Wan Norhayati binti Wan Daud
SEKOLAH BERPINDAH : Melanjutkan pelajaran di

Universiti Utara Malaysia (UUM)
TAHUN MENGAJAR : 2012 - 2021

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

NAMA: IDRIS BIN AHMAD
SEKOLAH BERPINDAH : SmK AGAMA ARAU (TMUA)
TAHUN MENGAJAR : 2006 - 2021

NAMA: MARDZIYAH BT ABD RAHIM
SEKOLAH BERPINDAH : SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM,JPN
TAHUN MENGAJAR : 2011 - 2022

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

Guru baharu

nama : Wan kartini binti wan omar
SEKOLAH DAHULU : SABK MAAHAD AR RIHDWAN
TARIKH MASUK SMKAP : 01 sept 2021

nama : juzaili bin ibrahim
SEKOLAH DAHULU : smka arau
TARIKH MASUK SMKAP : 16 julai 2021

nama : mohd azahari bin othman
SEKOLAH DAHULU : smk putra
TARIKH MASUK SMKAP : 16 julai 2021

IMTIAZ 1

IMTIAZ 2

IMTIAZ 3



IMTIAZ 1

IMTIAZ 4

IMTIAZ 5

IMTIAZ 6

SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

kakitangan sekolah







SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

CORETAN

NOSTALGIA

2021/2022













TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH PENGGAL 3 (7.1.2022)

Motivasi Magnet Diri SPM 2022

TAKLIMAT PEPERIKSAAN DAN SLOT MOTIVASI
GEMPUR TINGKATAN 4 : 20.1.2022

aku kena
pulun ni!!



SM''DKi ASin(Pila)hASLkAriWkaInYdAi DHilKahAirNkaGnA'' R

KELAB DAN
PERSATUAN




Click to View FlipBook Version