MPU23012
PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
TAJUK : Peranan dan strategi
kerajaan dalam
memperkasakan integrasi
nasional melalui Program
Latihan Khidmat Negara
(PLKN).
Pensyarah : Dr. Chan Suet Fong
NAMA AHLI KUMPULAN
NAMA MUHAMMAD IEZWAN FAUZAN
DANIEL BIN BIN RAMLI
NO AZHAR
MATRIK 15DET21F1080
15DET21F1015
ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN PLKN 4
5
2.0 LATAR BELAKANG 6
PLKN 7
8
3.0 KONSEP LOGO PLKN 9
10-11
4.0 OBJEKTIF PLKN 12-13
14-18
5.0 PELASANAAN PLKN 19-25
26-27
6.0 DEFINISI INTEGRASI 28
29
7.0 LAGU PLKN
8.0 KONSEP PLKN
9.0 MODUL LATIHAN
PLKN
10.0 TAPAK LATIHAN
PLKN
11.0 PLKN DAN
PERPADUAN NEGARA
12.0 KESIMPULAN
13.0 SUMBER RUJUKAN
1.0 PENGENALAN PLKN
• Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini dilaksanakan bermula pada
16 Februari 2004. Program ini merupakan kursus Latihan wajib selama tiga
bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada
mereka yang terpilih apabila menamatkan Pendidikan sekolah menengah di
Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan
sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat
patriotism dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta
integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai
murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut
mana-mana model daripada luar negara kerana dilaksanakan menurut cara
Malaysia.
• Pada setiap tahun, 24%daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada
tahun Latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Namun mereka
yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau
dikecualikan untuk PLKN ini.
• Pada tahun 2015, program ini ditangguhkan untuk menjimatkan RM400
juta. Pengumuman ini dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji
Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak semasa mengumumkan semakan
belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015.
2.0 LATAR BELAKANG
PLKN
3.0 KONSEP LOGO PLKN
▪ Konsep logo yang cuba ditonjolkan ialah api
yang sedang membara melambangkan semangat
patriotism.
▪ Bentuk api dihasilkan dengan jalur merah
melambangkan 3 suku kaum utama di Malaysia
Bersatu padu mempertahankan negara.
▪ Bentuk bulat berwarna biru menandakan
perpaduan yang erat yang terjalin antara kaum.
▪ Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan
kedaultan negara yang harus dipertahankan oleh
semua pihak.
▪ Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk
mencakupi bentuk api tadi bagi melambangkan
misi dan visi yang akan dilaksanakan.
4.0 OBJEKTIF PLKN
1. Menanam semangat 2. Mempertingkatkan
patriotism dan cintakan perpaduan kaum serta
negara di kalangan integrasi nasional.
muda atau remaja.
3. Membentuk Menanam semangat
perwatakan positif kesukarelaan di
melalui penerapan nilai- kalangan remaja.
nilai murni.
5. Melahirkan generasi
muda yang lebih cergas,
cerdas dan penuh
keyakinan diri.
5.0 PELAKSANAAN
PLKN
1. Jangka masa 2. Pelaksanaan telah
latihan selama 3 dimulakan pada tahun
bulan secara 2004.
berkhemah dan
berasrama .
3. Kemudahan infrastruktur latihan dan
kemudahan-kemudahan asrama seperti yang
terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
4. Implikasi 5. Mengehadkan
kewangan kesan ke atas sistem
pembelajaran yang
sedang berjalan.
6. Guna tenaga dari segi
kepakaran dan
pengalaman.
6.0 DEFINISI INTEGRASI
Satu proses yang menyatupadukan pelbagai
kelompok dalam masyarakat melalui satu
identiti bersama. Bagi negara yang berbilang
bangsa, proses ini merupakan satu matlamat
yang diusahakan agar Berjaya. Kejayaan
Malaysia mengekalkan keamanan dalam
tempoh yang lama dengan rakyat yang
berbilang bangsa dan kepercayaan adalah
salah satu contoh terbaik kejayaan proses
integrasi.
7.0 LAGU PLKN
GENERASI BERJASA (Versi Bagi Tahun 2004)
• Kami Anak Anak Malaysia • Warga Remaja Generasi
• Pelbagai Bangsa Pelbagai Berjasa
Budaya • Kami Anak Anak
• Kami Sehati Sejiwa, Malaysia
Berganding Tangan • Bersepadu Menghadapi
• Demi Negara Segala
• Kami Sehati
• Mara Baru
Sejiwa…(Sejiwa…)
• Malaysia Negaraku Yang Indah • Berkhidmat Demi
Negara…(Tercinta…)
• Aman Sentosa, Negara Maju • Kami
Jaya
Generasi…(Berjasa…)
• Kami Sedia Menyumbang • Kami
Tenaga Generasi…Berjaya…
• Demi Kedamaian, Negara
Tercinta
• Mara
• Minda Tinggi, Teknologi
Terkini
• Anjakkan Jati Diri, Tak Tersisih
• Kami Sahut Cabaran Dunia
• Warga Remaja Generasi
Berjasa
• Minda Tinggi, Teknologi
Terkini
• Anjakkan Jati Diri, Tak Tersisih
• Kami Sahut Cabaran Dunia
WIRAWIRAWATI (Versi Bagi Tahun 2005)
• Wira Wirawati Harapan
Bangsa
• Tiba Masa Kita Berjasa
• Kita Sahut Cabaran
• Bergerak Seiringan
• Demi Mencaoai Wawasan
• Kenali Rakan Pelbagai
Budaya
• Selami Warisan Kita Yang
Kaya
• Bersama Bergandingan
• Tiada Perbezaan
• Kita Warga Malaysia
• Berkhidmat Untuk Negara
• Berbakti Penuh Setia
• Satu Hasrat Satu Semangat
• Satu Tekad Bersama
• Kami Wira Wirawati Negara
• Kini Masa Kami Berjaya
• Kami Sahut Cabaran
• Bergerak Seiringan
• Kami Pasti Mencapai
Wawasan
• Kita Sahut Cabaran
• Bersama Bergandingan
• Berkhidmat Untuk Negara
• Malaysia
8.0 KONSEP PLKN
▪ Berteraskan Rukun Negara
▪ Penyertaan yang menyeluruh melibatkan lelaki dan wanita dari
berbagai kaum
▪ Penyertaan diwajibkan dan tiada pengecualian melainkan atas sebab-
sebab kesihatan yang diiktiraf oleh doktor/hospital kerajaan
▪ Umur peserta di antara 16 hingga 35 tahun . Buat masa ini kerajaan
memutuskan penyertaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau seusia dengannya
▪ Jangkamasa program latihan tidak melebihi daripada enam (6) bulan
▪ Kurikulum dibentuk dengan mengambilkira kepelbagaian kaum
▪ Melibatkan semua agensi kerajaan, swasta dan NGO
▪ Bukan berbentuk kerahan tenaga atau “Military Conscript”
▪ Mempunyai kurikulum yang berbagai disiplin
▪ Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu
▪ Dilaksanakan di kem latihan secara berterusan selama tidak lebih
daripada 90 hari (di dalam PLKN Siri 1/2004 pelatih mengikuti
Modul Fizikal di dalam kem dan Modul Kenegaraan, Pembinaan
Karakter dan Khidmat Komuniti di Institusi Pengajian Tinggi Awam)
▪ Tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan tetapi mengenakan
hukuman untuk mengajar
▪ Menyeronokan, berfaedah dan akan menjadi kenangan sepanjang
masa
▪ Menjadi proses pembelajaran yang menarik minat serta berbentuk
experiential
▪ Mengutamakan semangat muhibbah di dalam semua aktiviti yang
dijalankan
▪ Bilangan pelatih bagi setiap kem ialah antara 300 – 400 orang (di
dalam PLKN Siri 1/2004 seramai 680 – 720 orang pelatih berada di
setiap kem)
▪ Semua pelatih tinggal di dalam berek/blok kediaman dan tidak lagi
dalam khemah seperti semasa Siri 1/2004. Setiap berek akan didiami
oleh 25 orang pelatih
▪ Diwujudkan Kumpulan Naziran untuk pemantauan. Setiap pasukan
naziran di bawah Majlis Latihan Khidmat Negara di peringkat negeri
di seluruh negara dipengerusikan oleh seorang anggota Majlis
▪ Memastikan pelatih tidak dibebankan dengan subjek-subjek yang telah
dilalui di sekolah
▪ Mengurangkan kepadatan modul untuk disesuaikan dengan remaja
lepasan sekolah
▪ Arah tuju dan tindakan selanjutnya mengenai Khidmat Negara akan
diambil berasaskan kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri
9.0 MODUL LATIHAN PLKN
MODUL FIZIKAL
Objektif-objektif Modul Fizikal adalah untuk membina
disiplin dalaman melalui unsur regimentasi ala tentera untuk
membangun karakter unggul; meningkat motivasi diri untuk
menambah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri;
memupuk semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan
peserta berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai langkah
ke arah integrasi nasional; dan meningkatkan kefahaman dari
segi peranan mereka dalam konteks keselamatan dan
negara.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah modul ini
termasuklah kawad - Untuk meningkatkan disiplin diri,
bekerja dalam satu pasukan dan menguji ketahanan mental,
emosi dan fizikal ; Aktiviti litar tali tinggi dan rendah untuk
membentuk disiplin diri, meningkatkan keyakinan dan
kepercayaan diri serta motivasi diri, kerja berpasukan dan
lain-lain ; Sukan Kreativiti untuk teknik- teknik penyelesaian
masalah, kerja berpasukan, pembelajaran melalui kaedah
penyelesaian masalah (problem-based learning) ; Kraf hutan
untuk teknik ikhtiar hidup, menganalisis sesuatu perkara,
kerja berpasukan, membuat perancangan, melaksana dan
memantau ; Tempur tanpa senjata untuk mempertahankan
diri, membentuk disiplin diri dan ketahanan diri ; Latihan
pertolongan cemas untuk mempelajari ilmu dan kemahiran
merawat ; Aktiviti air untuk membentuk disiplin diri,
membina keyakinan diri, kerja berpasukan dan juga
memecah fobia pada air (bagi sesetengah pelatih) ; Serta
kembara halangan untuk menguji ketahanan mental dan
fizikal, kerja berpasukan, menyusun strategi, membina
disiplin dan keyakinan diri.
MODUL KENEGARAAN
Objektif-objektif Modul Kenegaraan adalah untuk memahami tentang konsep
Negara dan kenegaraan (nation-building), untuk meningkatkan semangat
patriotisme di kalangan generasi muda (konsep negara termasuklah Tanah Air,
Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan); dan memahami cabaran-cabaran dari dalam
dan luar negara Malaysia.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
seperti perbincangan dalam kumpulan, lawatan, simulasi, lakonan, dinamik
kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-
lain. LDK digunakan untuk memahami konsep NEGARA dan cabaran-cabaran
dalam dan luar negara seperti berikut;
i. Konsep Negara - Tanah Air adalah untuk menimbulkan perasaan bangga dan
sayang kepada tanah air hingga sanggup mempertahankannya.
ii. Konsep Negara - Rakyat adalah untuk mencapai perpaduan, membina
perasaan kasih dan sayang sesama etnik dan antara etnik, menganalisis fakta
tentang etnik, membincangkan perbezaan dan persamaan, mengkaji cara-cara
untuk mengharmonikan keadaan, ciri-ciri rakyat yang berkesan, cara rakyat
menyumbang kepada negara, perubahan dunia dan kesan kepada rakyat
iii. Konsep Negara - Kerajaan adalah untuk memahami bagaimana kerajaan
terpilih, prosesnya, jenteranya, bagaimana kerajaan mentadbir negara (tanah air,
rakyat, kedaulatan) ini, sistem pentadbiran, undang- undang, perlembagaan dan
lain-lain.
iv. Konsep Negara - Kedaulatan adalah untuk memahami maksud kedaulatan,
kepentingan Malaysia sebagai negara bebas untuk menentukan arahnya sendiri
dan bukannya dijajah negara lain.
v. Membincangkan cara-cara menangani cabaran, mengubah ancaman kepada
peluang
MODUL PEMBINAAN KARAKTER
Objektif-objektif Modul Pembinaan Karakter adalah untuk membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Terdapat dua sub-komponen
iaitu:
(i) Sub-komponen pertama ialah pembinaan diri di mana pelatih melalui proses
penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti
aspek kepimpinan), meneguhkan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri;
dan
(ii) Sub-komponen kedua ialah kemahiran pelatih dengan orang lain dalam
kehidupan mereka; mengetahui cara berkesan untuk bekerja sebagai ahli
pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dan mengatasi masalah di dalam
kumpulan
Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk
membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri,
keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui
peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua
adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta
melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri
diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan memulihkan
kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam
kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu
pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi
masalah di dalam kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini.
Melalui aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain, peserta
belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin,
menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri. Modul ini
dilaksanakan selama dua minggu dan peserta dipimpin oleh jurulatih.
MODUL KHIDMAT KOMUNITI
Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna
sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk
mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang
kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap
individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan
diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi
tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah
dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa modul
tertentu kepada para pelatih yang berumur 18 tahun.
Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan
Program latihan Khidmat Negara ialah Modul Khidmat
Komuniti . Modul khidmat komuniti mempunyai lima
komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan,
khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan.
Ini bermakna, sepanjang program berjalan, para pelatih
akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam
tempoh yang telah ditetapkan .
Aktiviti
Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan
menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada
5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu
memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya
ialah:
1. Kejiranan – Antara projek utama yang dijalankan
ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi
jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-
rumah jiran di kawasan kampong, melakukan
program anak angkat dan pelbagai lagi.
2. Kemudahan awam – para pelatih turut didedahkan
dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih.
Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas,
pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi
kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat
tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam
melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-
rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan
sebagainya.
3. Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen
ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-
institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang
Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik
desa dan pelbagai lagi.
4. Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah
gotong-royong seperti membersihkan,
mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.
10.0 TAPAK LATIHAN
PLKN
NEGERI NAMA & LOKASI KEM PLKN
JOHOR
1. Kem PLKN Desaru Gerakha, kota Tinggi
2. Kem PLKN Ousat Bina Semangat YPJ,
Mersing
3. Kem PLKN Nasuha Ladang Rempah Ratus
Herba, Pagoh
4. Kem PLKN PTH Padang Hijau , Kluang
5. Kem PLKN Sembrong, Batu Pahat
6. Kem PLKN Rekreasi Pertanian Teluk Sari,
Mersing
7. Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak
MELAKA 1. Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh
2. Kem PLKN Putra Putri, Alor Gajah
3. Kem PLKLN Warisan, Masjid Tanah
4.Kem PLKN Lagenda Gunung Ledang
Asahan, Asahan
NEGERI NAMA & LOKASI KEM PLKN
PERLIS 1. Kem PLKN Guar Chenderai
2. Kem PLKN Tasoh, Beseri
3. Kem PLKN Tasik Meranti, Wang Kelian
SELANGOR 1. KEM plkn Geo – Kosmo, Kuala Kubu Bharu
2. Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Mukim
Kerling, Kuala Kubu Bharu
3. Kem PLKN Paya Indah, Kuala Langat
4. Kem PLKN Jugra, Banting
5. Kem PLKN Princess Haliza, Sepang
6. Kem PLKN Millenium, Behrang
7. Kem PLKN Setia Ikhlas, Semenyih
NEGERI NAMA & LOKASI KEM PLKN
1. Kem PLKN Cenderawasih, cador, Marang
TERENGGA
NU 2. Kem PLKN Padang Kacong, Marang
3. Kem PLKN Cheneh Cemerlang, Kemaman
4. Kem PLKN Merang Suria Holiday Camp,
Setiu
5. Kem PLKN Saujana Jabi Impian, Besut
KEDAH 1. Kem PLKN Bukit Besar, Kulim
2. Kem PLKN Damai Park Resort, Merbok
3. Kem PLKN Dusun Resort, Kuala Nerang
4. Kem PLKN Rekreasi Belia, Baling
5. Kem PLKN Rimba Taqwa, Sik
6. Kem PLKN Sri Kandi, Kota Kuala Muda
7. Kem PLKN Lagenda Seri Negeri,
Langkawi
8. Kem PLKN Sintok UUM, Sintok
NEGERI NAMA & LOKASI KEM PLKN
PAHANG 1. Kem PLKN Arena Resort, Temerloh
2. Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating
3. Kem PLKN Benum Hill Resort, Raub
4. Kem PLKN Gambang, Kuantan
5. Kem PLKN Semarak, Pekan
6. Kem PLKN Tasik Chini Resort, Chini
7. Kem PLKN Indra Pahlawan, Maran
8. Kem PLKN Pinggiran Pelangi, Bandar
muadzam Shah
9. Kem PLKN Kg. Hijra, Penor, Kuantan
KELANTA 1. Kem PLKN Cancun Park, Pasir Mas
N
2. Kem PLKN Latihan Batu Jong, Kuala Krai
3. Kem PLKN Latihan Etnobotani, Gua Musang
NEGERI NAMA & LOKASI KEM PLKN
NEGERI 1. Kem PLKN De Bana, Jempol
SEMBILAN
2. Kem PLKN Titian Bintangor, Rembau
PULAU 3. Kem PLKN Ulu Pari, Rembau
PINANG 4. Kem PLKN PDS Resort, Port Dickson
5. Kem PLKN Karisma, Kuala Pilah
6. Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin
1. Kem PLKN White Resort, Balik Pulau
2. Kem PLKN Sri Mutiara, Balik Pulau
3. Kem PLKN Sri Impian, Sg Bakap,
Seberang Perai Selatan
4. Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam
NEGER NAMA & LOKASI KEM PLKN
I
1. Kem PLKN Akademi Kepimpinan Segari,
PERAK Manjung
2. Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol
3. Kem PLKN Desa Rimba, Kuala Kangsar
4. Kem PLKN Nilam Ehsan, Kuala Kangsar
5. Kem PLKN Tegas Mesra, Selama
6. Kem PLKN Teluk Rubiah, Lumut
7. Kem PLKN Terkok, Sungai Siput (U)
8. Kem PLKN Sentosa, Chenderiang, Tapah
9. Kem PLKN Taman Kepimpinan Gemilang,
Gopeng
10. Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai
SABAH 1. Kem PLKN Bagai Budi, Resort, Sandakan
2. Kem PLKN Kampung Sungai Tiga, Mesapol,
Sipitang
3. Kem PLKN KK Dibawah Bayu, Tuaran
4. Kem PLKN San Shui, Tawau
5. Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud
6. Kem PLKN Tanaki, Tambunan
7. Kem PLKN Wawasan, Papar
NEGERI NAMA & LOKASI KEM PLKN
SARAWAK 1. Kem PLKN Bukit Saban Resort,
Betong
2. Kem PLKN Bumimas, Sibu
3. Kem PLKN Juara, Serian
4. Kem PLKN Junaco Park, Sibu
5. Kem PLKN Miri, Sungai Rait, Miri
6. Kem PLKN Similajau, Bintulu
7. Kem PLKN Putra Sentosa, Semantan
8. Kem PLKN Puncak Permai, Bau
11.0 PLKN DAN
PERPADUAN NEGARA
Berkesan dalam menanam semangat patriotism dalam diri
masyarakat terutama remaja. Remaja merupakan golongan yang
begitu berharga bukan kerana bilangan mereka yang ramai tetapi
peranan mereka yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan dan
bakal menentukan hala tuju negara.
Perpaduan begitu penting dalam membentuk sebuah negara yang
aman. Menurut Pengerusi Majlis Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam
Thye perpaduan yang lebih kukuh di kalangan rakyat berbilang
bangsa, agama dan budaya di negara ini adalah kunci kepada
kemajuan serta Kesejahteraan negara masa depan.
Penubuhan prograsm ini telah berjaya meningkatkan semangat
perpaduan di kalangan masyarakat yang semakin hilang oleh
pembangunan. Hal ini dapat dilihat melalui semangat perpaduan
yang wujud semasa mereka melakukan aktiviti berkumpulan, mereka
akan bekerjasama tanpa mengira agama dan bangsa.
12.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, teras PLKN adalah untuk membentuk sebuah
masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia
kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran, rintangan,
halangan, fatamorgana, dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan
perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara kita Malaysia. PLKN ini
dikatakan unik kerana dilaksanakan secara ala Malaysia bagi mencapai
keperluan negara. Program ini berbeza dengan pelaksanaan khidmat
negara di beberapa negara lain yang bertujuan ketenteraan. Keunikan ini
adalah berasaskan kepada faktor·faktor seperti melibatkan semua kaum
tanpa mengira jantina, berteraskan Rukun Negara, mempunyai kurikulum
multi·disiplin, bukan berbentuk kerahan tenaga atau 'military conscripts'
dan mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu.
PLKN ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai objektif ·Objektif
seperti membina generasi muda yang bersemangat patriotik dan cinta
kepada negara, mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama, menimbulkan keprihatinan dan kesukarelaan
untuk berjasa kepada masyarakat, melahirkan generasi muda yang cergas,
cerdas serta penuh keyakinan diri dan membentuk perwatakan positif di
kalangan generasi muda menerusi penerapan nilai·nilai murni. PLKN ini
dilaksanakan secara berkhemah dan berasrama. Program ini juga direka
supaya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, berfaedah dan menjadi
kenangan manis dan pahit sepanjang umur. Tiada aktiviti yang bersifat
penderaan. Proses pembelajaran yang menarik minat serta 'experimental
learning' iaitu belajar secara amali dijalankan. Program ini juga
mengutamakan semangat muhibah dalam semua aktiviti yang dijalankan
selama 3 bulan ini. Hanya remaja yang berjiwa perintis, bersemangat waja
serta bercita·cita tinggi mampu menempuhi segala cabaran dan dugaan
yang ada untuk mencapai kejayaan.
13.0 SUMBER RUJUKAN
❑ https://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Latihan_Khi
dmat_Negara#Konsep_logo
❑ http://plkntks.blogspot.com/2010/12/modul.html
❑ http://sosioplkn.blogspot.com/2009/02/konsep-
plkn.html
❑ https://www.malaysiatercinta.com/2015/12/senar
ai-kem-plkn-seluruh-malaysia.html
❑ Buku teks Penghayatan Etika dan Peradaban ms-
127