RINGKASAN
GARIS PANDUAN
PENGURUSAN &
PENGOPERASIAN
SEKOLAH 3.0
SMK SERI KOTA PUTERI 2
#KP2THEBEST #TOP7
PEMAKLUMAN UMUM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
kepada semua Ibu Bapa / Penjaga dan Murid-
murid yang dikasihi sekalian.
Memandangkan Negeri Johor masih berada
dalam Fasa 2 PPN, maka dengan ini,
SMK Seri Kota Puteri 2 belum boleh dibuka
pengoperasiannya secara bersemuka.
Oleh yang demikian, PDPR akan terus
dilaksanakan seperti biasa mengikut jadual
waktu yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun,bersama-sama
pemakluman ini, pihak sekolah
sertakan ringkasan Garis Panduan
Pengurusan & Pengoperasian
Sekolah 3.0 untuk rujukan pihak
tuan/puan.
Sekian, Terima kasih.
CIKGU AB ZAYIN BIN ABDULLAH
PENGETUA
SMK SERI KOTA PUTERI 2
#KP2THEBEST #TOP7
Kehadiran Murid Mengikut
Fasa PPN
FASA 1
MURID KELAS PEPERIKSAAN TINGKATAN
6 SEMESTER 2
HADIR SECARA BERSEMUKA TANPA
PENGGILIRAN
SMK SERI KOTA PUTERI 2
MASIH MENERUSKAN PDPR UNTUK
SEMUA TINGKATAN KERANA TIADA
MURID TING 6
FASA 2
MURID KELAS PEPERIKSAAN TINGKATAN
6 SEMESTER 2
HADIR SECARA BERSEMUKA TANPA
PENGGILIRAN
SMK SERI KOTA PUTERI 2
MASIH MENERUSKAN PDPR UNTUK
SEMUA TINGKATAN KERANA TIADA
MURID TING 6
#KP2THEBEST #TOP7
Kehadiran Murid Mengikut
Fasa PPN
FASA 3
MURID KELAS PEPERIKSAAN AWAM SEPERTI SPM,
STAM DAN STPM
YANG SETARA DI SEKOLAH HARIAN
HADIR SECARA BERSEMUKA DENGAN PENGGILIRAN
SMK SERI KOTA PUTERI 2
AKAN DIBUKA UNTUK TINGKATAN 5 SECARA
PENGGILIRAN PADA TARIKH YANG AKAN
DIMAKLUMKAN KPM IAITU 2 MINGGU SELEPAS
JOHOR DIUMUMKAN MASUK FASA 3
FASA 4
SEMUA MURID DI SEKOLAH HARIAN
HADIR SECARA BERSEMUKA DENGAN
PENGGILIRAN SECARA BERPERINGKAT
SMK SERI KOTA PUTERI 2
AKAN DIBUKA UNTUK SEMUA TINGKATAN
BERDASARKAN 3 PERINGKAT DALAM FASA 4
MENGIKUT ARAHAN YANG DIKELUARKAN
OLEH KPM, JPN DAN PPD
#KP2THEBEST #TOP7
Pengurusan & Pengoperasian
Sekolah Kerajaan
Kehadiran Murid
Kehadiran murid ke sekolah adalah pada kadar 50%
daripada enrolmen keseluruhan
Murid hadir secara penggiliran minggu.
Minggu 1 Kelompok Murid A hadir, Kelompok Murid B
menjalani PDPR.
Minggu 2 Kelompok Murid B hadir, Kelompok Murid
A menjalani PDPR. Begitulah yang akan berlaku
sepanjang minggu.
Jika berlaku perubahan fasa, sesi bersemuka hanya
akan bermula selepas 2 minggu dari tarikh
perubahan fasa
Penyuraian Murid
Waktu hadir & balik murid adalah secara
berperingkat.
Bagi mengelakkan kesesakan, pihak sekolah akan
menguruskan pergerakan keluar masuk murid
berdasarkan model-model yang ditetapkan mengikut
kesesuaian sekolah.
Semua murid perlu terus balik apabila tamat sesi
persekolahan sama ada yang membawa kenderaan
sendiri, menaiki kenderaan ibu bapa/ van/ bas
sekolah atau pejalan kaki.
#KP2THEBEST #TOP7
Pengurusan & Pengoperasian
Sekolah Kerajaan
Pemeriksaan Rekod Perjalanan
Murid yang mempunyai rekod perjalanan ke luar
negara hendaklah mengemukakan rekod kesihatan
seperti surat arahan kuarantin daripada KKM.
Murid yang gagal berbuat demikian hendaklah
diasingkan dan diuruskan perjalanan mereka untuk
balik ke rumah dengan kadar segera.
Perhimpunan dan Aktiviti
Berkumpulan
Semua jenis perhimpunan di sekolah tidak
dibenarkan.
Aktiviti berkumpulan bagi tujuan PdP dibenarkan.
Bilangan guru dan murid yang terlibat dengan
aktiviti tersebut bergantung kepada kapasiti ruang
dengan mengambil kira penjarakan fizikal.
#KP2THEBEST #TOP7
Pengurusan & Pengoperasian
Sekolah Kerajaan
Prasarana
Susun atur di Bilik PdP mengambil kira penjarakan
fizikal.
Pintu dan tingkap bilik PdP perlu sentiasa dibuka
Langsing bilik PdP ditanggalkan untuk aliran udara
Penggunaan kipas angin sangat digalakkan.
Penggunaan bilik khas yang menggunakan penghawa
dingin untuk tujuan PdP dibenarkan pada tahap
minimum.
Permaidani, tikar dan skirting meja tidak digunakan di
bilik PdP
Aktiviti Luar Bilik PdP
Aktiviti PdP termasuk PdP di luar bilik darjah
dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal,
kebersihan dan keselamatan.
Aktiviti PdP di luar sekolah seperti lawatan sambil
belajar dan kem kecemerlangan akademik tidak
dibenarkan
Semua aktiviti amali sama ada di dalam/di luar bilik
darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK), Sains Sukan dan mata
pelajaran lain adalah dibenarkan dengan mengambil
kira penjarakan fizikal,
#KP2THEBEST #TOP7
Penglibatan Ibu Bapa /
Penjaga
Meningkatkan kesedaran dan
kefahaman anak-anak
Mengingatkan anak-anak tentang penjarakan fizikal
Menasihati anak-anak supaya tidak bersalaman atau
bersentuhan dengan sesiapa
Menasihati anak-anak supaya sentiasa mengamalkan
kebersihan
Mematuhi sistem pergerakan pergi dan balik
Ibu bapa/penjaga digalakkan menghantar dan
mengambil sendiri anak-anak.
Meningkatkan kesedaran dan
kefahaman anak-anak
Digalakkan menyediakan makanan dan minuman
dari rumah
Memastikan anak-anak-mengambil sarapan dahulu
Menasihati anak-anak agar tidak berkongsi
makanan dan minuman dengan murid lain
Mengingatkan anak-anak untuk sentiasa memakai
pelitup muka sepanjang berada di sekolah
Menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak
jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah
dengan kerap membasuh tangan dan mandi.
#KP2THEBEST #TOP7
Keselamatan Murid Di Dalam
Kawasan Sekolah
Peranan Murid
Peka dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan
Menjaga kesihatan seperti mencuci tangan dengan
air dan sabun atau pensanitasi tangan, memakai
pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal
Memastikan diri berada dalam keadaan sihat untuk
hadir ke sekolah. Sekiranya tidak sihat, jangan
hadir ke sekolah.
Memastikan saringan suhu badan dilakukan pada
setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi
persekolahan bermula
Mematuhi laluan pergerakan yang disediakan
Pengurusan Murid Semasa
Waktu Rehat
Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan
berbungkus.
Murid makan di dalam bilik PdP dengan seliaan guru
pada waktu rehat.
Bagi bilik PdP yang berhawa dingin, murid perlu
makan di ruang terbuka dengan seliaan guru.
#KP2THEBEST #TOP7
Keselamatan Murid Di Dalam
Kawasan Sekolah
Pengurusan Murid Yang Bergejala
Mengasingkan murid di bilik isolasi;
Melaksanakan Ujian Kendiri COVID-19 bagi
murid
Sekolah akan memaklumkan kepada ibu
bapa/penjaga/ahli keluarga keadaan murid
Ibu bapa atau penjaga perlu segera datang ke
sekolah dan membawa anak membuat pemeriksaan
kesihatan dengan segera.
Pengurusan Murid Positif Covid
Mengasingkan pesakit di bilik isolasi
Memaklumkan kepada PKD yang berhampiran untuk
mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya
Memastikan pesakit sentiasa memakai pelitup muka
Pesakit dan kontak rapat akan diuruskan selanjutnya
oleh PKD mengikut SOP yang ditetapkan
Bagi murid harian, sekiranya PKD tidak tiba atau atas
arahan PKD, ahli keluarga perlu dimaklumkan untuk
menjemput pesakit dari sekolah dengan menggunakan
kenderaan sendiri.
#KP2THEBEST #TOP7
Keselamatan Murid Di Dalam
Kawasan Sekolah
Pengurusan Murid Positif Covid
Hanya seorang sahaja dibenarkan menjemput
pesakit dan hendaklah terus pulang ke rumah. Ahli
keluarga hendaklah mematuhi SOP (termasuk
memakai pelitup muka dan membuka tingkap
kenderaan) sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
Ahli keluarga hendaklah memaklumkan kepada PKD
yang berhampiran dengan segera apabila tiba di
rumah
Pengurusan Murid Yang Menjadi
Kontak Rapat
Mengasingkan pesakit di bilik isolasi
Memaklumkan kepada PKD yang berhampiran untuk
mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya
Memastikan pesakit sentiasa memakai pelitup muka
Pesakit dan kontak rapat akan diuruskan selanjutnya
oleh PKD mengikut SOP yang ditetapkan
Bagi murid harian yang dikenal pasti sebagai
kontak rapat, ibu bapa/penjaga atau waris perlu
dimaklumkan supaya membawa anak-anak pulang ke
rumah
#KP2THEBEST #TOP7
Keselamatan Murid Di Dalam
Kawasan Sekolah
Penutupan Sekolah bagi Kes Positif
SpeerkloulamheymaankgludmiskaahCnkdaOennVmgeaI
mnDps-eu1gn9yearai kkeesppaodsaitPifKCDO, VPPIDD-19
dan JPN.
Membantu PKD menjalankan penilaian risiko dan
mengenal pasti kontak rapat.
Menerima nasihat dan arahan PKD berhubung penutupan
sekolah.
Memaklumkan penutupan/pembukaan semula sekolah
kepada ibu bapa/penjaga, PPD dan JPN.
Meletakkan notis penutupan dan tarikh pembukaan
semula sekolah di pintu masuk utama sekolah
Panduan Pengurusan Ujian Kendiri COVID
Ujian Kendiri COVID-19 kepada murid harian dilaksanakan
hanya kepada murid yang bergejala semasa berada di
sekolah
Ibu bapa memberikan kebenaran kepada pihak sekolah
untuk melaksanakan saringan menggunakan Kit Ujian
Kendiri COVID-19 kepada anak-anak
Murid memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak
sekolah semasa menjalani Ujian Kendiri COVID
Murid melaksanakan Ujian Kendiri COVID-19 dengan
mematuhi tatacara penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19.
Murid memastikan aspek keselamatan dipatuhi ketika
melaksanakan Ujian Kendiri COVID-19
#KP2THEBEST #TOP7
Pelaksanaan Garis Panduan
Pengurusan dan Pengoperasian
Sekolah 3.0 ini diharap dapat
memastikan pengurusan dan
pengoperasian sekolah serta
proses PdP berjalan dengan
lancar.
Dengan adanya ringkasan garis
panduan ini diharapkan semoga
semua ibu bapa dan murid
mendapat gambaran awal
berkenaan pengoperasian
sekolah kelak. Terima kasih.
Disediakan oleh: Cikgu Siti