The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julita9488, 2021-08-25 10:16:37

kk sejarah julita

kk sejarah julita

Tema : Sejarah Sukan

Tajuk : Sejarah Perkembangan Sukan Hoki di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Afzan, Kuantan, Pahang dari tahun 2005 hingga tahun 2013.

1.0 PENGENALAN :
Sukan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERI). Oleh itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum
di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan
Jasmani di setiap sekolah.1 Dalam konteks yang ingin dibincangkan iaitu sukan hoki yang
merupakan sukan popular di Malaysia sehingga telah melonjakkan nama negara di persada dunia.
Sukan hoki ini juga telah berjaya melahirkan ramai atlet berpotensi yang cemerlang. Sejajar
dengan penubuhan itu, Malaysia juga seperti negara-negara lain tidak ketinggalan dalam
menerapkan aspek pendidikan dalam aktiviti sukan hoki di institut-institut pengajian khususnya
dalam tajuk yang ingin dibincangkan iaitu dalam aspek sukan sekolah.

SMK Tengku Afzan juga tidak ketinggalan dalam menubuhkan sebuah kelab sukan hoki.
Penubuhan kelab sukan hoki di SMK Tengku Afzan dapat dilihat sekitar tahun 1989 dan masih
bergiat aktif sehingga kini. Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan atau kelab yang
mendatangkan faedah kepada murid-murid. Sejajar dengan itu, kelab sukan hoki ditubuhkan
bertujuan dijadikan sebuah kegiatan kokurikulum seraya diharapkan murid-murid dapat
mengembangkan minat, kemahiran dan minat terhadap sukan kuhusunya sukan hoki

1 Mohd Salleh Aman, ‘Buku Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S), Putrajaya, Bahagian Sukan
Kemenetrian Pelajaran Malaysia, 2011 (halaman 12)

2.0 Latar Belakang Penubuhan Sukan Hoki di SMK Tengku Afzan, Kuantan, Pahang :

SMK Tengku Afzan merupakan sebuah sekolah yang dibina pada sekitar tahun 1986 di
daerah Kuantan, Pahang. Semenjak sekolah ini ditubuhkan, banyak kecemerlangan dari segi
akademik mahupun kokurikulum telah berjaya diraih oleh murid-murid. Namun demikian, sekolah
ini tidak pernah mempunyai kelab hoki seperti mana-mana sekolah lain di sekitar daerah Kuantan
ini. Sehubungan dengan itu, kelab sukan hoki telah berjaya ditubuhkan sebagai satu bahagian
dalam aktiviti Kokurikulum di SMK Tengku Afzan.

Sukan hoki secara dasarnya ditubuhkan di SMK Tengku Afzan atas faktor permintaan yang
cukup tinggi oleh murid-murid sewaktu cadangan penambahan sukan dan permainan bagi aktiviti
kokurilukum pada tahun 2004 oleh guru penolong kanan Kokurilum iaitu Puan Foong Choi Peng
dan pengundian sukan dilakukan ketika itu dan rata-rata murid memilih sukan hoki agar
ditubuhkan di sekolah tersebut.2 Selain itu, penubuhan sukan dan permainan hoki oleh sekolah-
sekolah jiran seperti SMK Alor Akar dan SMK Tok Sera juga memberi inspirasi serta galakan
kepada pihak sekolah khususnya pihak jawatankuasa Kokurikulum sekolah. Oleh hal yang
demikian, kepakaran guru yang ada atau yang bakal dilantik serta kemudahan prasarana sukan di
sekolah merupakan antara kriteria penting dalam merealisasikan penubuhan kelab sukan hoki di
sekolah. Pihak sekolah SMK Tengku Afzan telah merekruit seorang guru pendidikan jasmani yang
mahir dengan selok-belok sukan hoki bagi memantapkan lagi prestasi sukan hoki SMK Tengku
Afzan hingga ke persada negeri dan lebih baik, hingga ke peringkat antarabangsa.

2 Temu bual bersama guru penasihat hoki SMK Tengku Afzan, Pn Najjah Binti Abu Hassan

Kelengkapan prasarana merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan sesebuah
aktiviti sukan dan permainan khususnya dalam aspek kokurikulum di sesebuah sekolah.3 Justeru,
dalam menitikberatkan aspek tersebut, SMK Tengku Afzan pada tahun 2006 telah membuat
pengubahsuaian dengan meluas dan melebarkan saiz padang hingga berukuran panjang 53.1 meter
dan lebar berukuran 32.8 meter bagi mencapai standard untuk merealisasikan aktiviti sukan di
sekolah tersebut khususnya sukan hoki. Oleh hal yang demikian, SMK Tengku Afzan mempunyai
platform yang sesuai untuk ditubuhkan sebuah kelab sukan hoki. Padang sekolah yang mempunyai
keluasan yang ideal untuk pelbagai kegiatan sukan mempunyai kelebihan yang banyak dalam
menyusun atur program-program sukan khususnya hoki. Dari segi utiliti pula, pihak sekolah SMK
Tengku Afzan pula telah membuat inisiatif serta perancangan awal sebelum penubuhan kelab
sukan hoki dengan membuat permohonan peralatan sukan hoki kepada Jabatan Pendidikan Daerah
Kuantan khususnya Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Sekolah. Implikasi
daripada permohonan tersebut, sebanyak 25 batang kayu hoki sberserta 6 biji bola hoki telah
dimiliki oleh unit kelab sukan hoki sekolah dan sehingga kini, bilangan peralatan hoki akan
ditambah dan ditukar mengikut keperluan semasa murid-murid di sekolah.

Pada peringkat awal penubuhan sukan hoki iaitu pada sekitar tahun 1989, sukan ini bukanlah
satu sukan yang menjadi kegilaan murid-murid di SMK Tengku Afzan terutamanya murid-murid
di sekolah ini yang semuanya terdiri daripada perempuan dan kebanyakkan daripada mereka
mempunyai persepsi dan tanggapan mereka yang tersendiri bahawa sukan hoki merupakan sukan
yang hanya dimainkan oleh para lelaki sahaja dan beranggapan bahawa sukan hoki ini tidak
feminin jika dibandingkan dengan sukan-sukan lain yang wujud di SMK Tengku Afzan tatkala itu

3 Soh Kim Geok, Mohd Rozilee Wazir, Che Chen Soon, ‘Kajian Sukan di Malaysia (Jilid 2)’, Selangor, Penerbitan
Universiti Putra Malaysia Press, 2010.

seperti bola jaring, catur, dan olahraga. Namun begitu, setelah beberapa orang guru guru telah
memberitahu bahawa sukan hoki bukanlah merupakan sukan yang dimainkan oleh lelaki sahaja
malah terdapat juga para atlet wanita negara yang menganggotai sukan hoki ini sehingga berjaya
mara ke peringkat antarabangsa iaitu Persatuan Hoki Wanita Malaysia atau lebih dikenali sebagai
(MWHA). Mereka telah memenangi pelbagai pingat di peringkat antarabangsa sekitar tahun 2000
seperti naib juara dalam Sukan Komanwel dan tempat ketiga dalam Sukan Asia.4 Hal ini secara
tidak langsung menyuntik semangat murid-murid di SMK Tengku Afzan untuk menyertai sukan
hoki dan turut serta dalam pertandingan. Pada tahun 2010, persatuan sukan hoki SMK Tengku
Afzan telah dianggotai seramai 53 orang murid dan seramai 8 orang daripada mereka telah
menyertai pertandingan hoki di peringkat MSSP dan berjaya menjulang tempat ketiga dengan
mendapat pingat gangsa pada tahun 20125. Pencapaian tersebut merupakan antara pencapaian awal
yang telah diulungi oleh sukan hoki di SMK Tengku Afzan sebelum bergiat aktif pada tahun-tahun
kemudiannya selepas mereka lebih mahir dan arif dengan corak permainan serta strategi sukan
hoki tersebut.

4 Zahra Zainudin, ‘Olahragawan dan Olahragawati Negara’, Selangor, PTS Media Group, 2010.
5 Ibid

3.0 Usaha-usaha dan Aktiviti-aktiviti yang Dilakukan bagi Meningkatkan Kecemerlangan
Sukan Hoki di SMK Tengku Afzan, Kuantan :

Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan pada 9 Jun 2011 dengan
tujuan melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah bagi melahirkan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelaksanaan dasar itu antaranya memerlukan pihak
sekolah membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan
dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan
aktiviti dijalankan sepanjang tahun bagi mengembalikan kecemerlangan sukan sekolah di seluruh
negara dengan penyertaan menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan adalah perlu bagi
membangunkan modal insan cergas.6 Oleh itu, setiap murid diwajibkan menyertai sekurang-
kurangnya aktiviti sukan di sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara
untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Bagi konteks yang ingin dibincangkan iaitu sukan hoki,
sukan hoki SMK Tengku Afzan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan takwim tahunan bagi
meningkatkan prestij sukan hoki sekolah.

Seperti sekolah-sekolah lain, SMK Tengku Afzan juga tidak ketinggalan dalam menghantar
sebuah pasukan bagi mewakili sekolah dalam pertandingan hoki di pelbagai peringkat seperti
peringkat sekolah dan daerah. Oleh itu, pasukan hoki SMK Tengku Afzan telah melakukan
pelbagai inisiatif bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sukan hoki sekolah khusunya untuk
mengharumkan lagi nama sekolah di persada negeri bagi membuktikan bahawa sekolah yang

6 Akhbar dalam talian, MalaysiaKini - https://www.malaysiakini.com/sukan/435619

semua pelajarnya terdiri daripada semua perempuan juga berkreadibiliti untuk bergiat aktif serta
menjulang pelbagai pingat dalam acara sukan seperti di peringkat MSSM, MSSP, dan MSSD.

Pada tahun 2015, pasukan hoki SMK Tengku Afzan telah menyertai pertandingan hoki di
peringkat MSSD negeri Pahang daerah Kuantan mewakili sekolah. Oleh hal yang demikian,
pelbagai inisiaif latihan telah dilakukan oleh kelab hoki tersebut. Antaranya, jurulatih luar telah
dilantik untuk memberi latihan hoki secara intensif kepada pemain hoki yang terdiri daripada 8
orang pemain pada ketika itu. Jurulatih hoki luar telah dijemput Antara latihan yang diberi
penekanan sewaktu latihan adalah kemahiran menggelecek bola yang merangkumi kemahiran
menggelecek setempat, menggelecek dengan berjalan dan menggelecek dengan berlari anak.
Pemain-pemain hoki ketika itu juga turut didedahkan dengan teknik-teknik seperti teknik
pegangan kayu dan teknik pergelangan tangan.7 Latihan-latihan tersebut telah dilakukan lima kali
seminggu berdurasi antara dua hingga tiga jam setiap hari dan diadakan seminggu sebelum
pertandingan.

Dari segi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sukan hoki pula, terdapat pelbagai jenis aktivti
dan permainan yang telah dilaksanakan oleh sukan hoki secara tahunan khususnya untuk
pelaksanaan Kokurikulum kerana sekolah sebagai institusi pendidikan utama bukan sahaja
menumpukan bidang akademik atau kurikulum, malah diberikan tanggungjawab turut
memfokuskan bidang kokurikulum8. Antara cabang kokurikulum yang begitu aktif sejak dahulu
ialah sukan dan permainan. Hal ini dapat dikesan menerusi penghayatan kita terhadap apa-apa
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak kepada prinsip

7 V. Sasidharan,Lukman Bin Sa’adon, Chee Geok Song, ‘Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Sukan Sekolah
Sukan Hoki Sekolah Rendah, Putrajaya, Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008
8 Siti Sara Othman, Mohd Zaini Abd Samad, ‘Olahraga-Pengurusan Sukan Sekolah’, Pulau Pinang, Penerbitan USM,
2006.

sistem pendidikan negara yang bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelek9. Dalam konteks yang ingin dibincangkan iaitu sukan hoki,
takwim tahunan yang merangkumi aktiviti-aktiviti sukan hoki merupakan salah satu pelaksanaan
yang cukup penting dalam meningkatkan kecemerlangan sukan hoki SMK Tengku Afzan,
Kuantan. Aktiviti-aktviti yang terkandung dalam takwim sukan hoki sekolah ini adalah
pembelajaraan secara ‘indoor’ iaitu dalam kelas iaitu memperkenalkan murid-murid dengan
peralatan sukan hoki seperti bilah kayu, pakaian pemain dan penjaga gol, saiz padang, kemahiran
asas, dan sejarah permainan hoki dan undang-undang permainan.

Seterusnya, pembelajaran sukan hoki pula diteruskan dengan aktiviti ‘outdoor’ iaitu
pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di padang sekolah. Guru penasihat ketika itu, Pn Najjah
Binti Abu Hassan dan Pn Nurulain Binti Che Mohammad telah membimbing murid-murid
sewaktu aktiviti Kokurikulum pada hari rabu setiap minggu ketiga pada setiap bulan. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah cara memegang bilah kayu hoki dengan betul, cara menggelecek,
dan kemahiran mengawal bola. Permainan ‘hitting game’ dan pukulan berhalangan dilakukan bagi
mengasah kemahiran memukul dan menahan bola hoki. Setereusnya, permainan ‘Hoki mini’
dijalankan dua bulan sekali supaya murid-murid dapat mengasah bakat serta mempraktikkan asas-
asas dalam hoki dengan lebih efisen. Di samping itu, pada setiap tahun sebelum bermulanya bulan
sukan di SMK Tengku Afzan berlangsung iaitu pada sekitar bulan Mei, sukan hoki sekolah akan
mengadakan permainan ‘Total Hockey’ di mana setiap ahli yang menganggotai sukan hoki sekolah
wajib membentuk pasukan yang terdiri daripada lapan orang bagi setiap pasukan untuk bertanding

9 Noor Azizah Bt Mohamed Isa, ‘Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum’, Putrajaya, Bahagian Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2010.

antara satu sama lain10. Permainan ini diibaratakan seperti pertandingan hoki sebenar mengikut
protokol dan undang-undnag sukan hoki yang sebetulnya. Hal ini bertujuan bagi merekruit murid-
murid yang berbakat untuk pencarian pemain untuk mewakili sekolah dalam pertandingan hoki di
peringkat MSSD.

Terbuktilah bahawa prestasi sukan sekolah dapat ditingkatkan dengan mengambil tindakan
jangka pendek dan jangka panjang. Kesungguhan yang mendalam dan komitmen yang jitu
daripada pelbagai pihak seperti pentadbir, pengurus pasukan, jurulatih dan juga pemain sudah pasti
akan memberi impak positif dan menghasilkan kejayaan. Pepatah ada menyatakan 'usaha biasa
hasilnya biasa dan usaha yang luar biasa, pastilah hasilnya juga luar biasa". Apabila pihak yang
terlibat dalam pembentukan pasukan sukan sekolah boleh seia sekata dan sederap melangkah,
sudah pasti akan terserlah kejayaan.

10 Maizura Ruslan, https://dokumen.tips/documents/hbef-2703-ko-kurikulum-tugasan-individu-mei-
epicoumedumyepicuploadassignmenthbef27032maizura74pdf.html

4.0 Kekangan yang dihadapi oleh sukan hoki di SMK Tengku Afzan, Kuantan untuk
meningkatkan prestasi dan kecemerlangannya.

Seperti mana-mana jenis sukan di setiap sekolah, sukan hoki di SMK Tengku Afzan,
Kuantan juga mempunyai konflik dan cabarannya yang tersendiri bagi meningkatkan lagi mutu
dan kualiti sukan khususnya dalam tajuk yang dibincangkan iaitu sukan hoki. Meskipun sukan
hoki di SMK Tengku Afzan ini telah berjaya mencapai zaman kegemilangannya khususnya pada
tahun 2013, namun dalam merealisasikan kejayaan sukan hoki ini, sudah semestinya ada isu-isu
yang telah diketengahkan dalam mewujudkan kecemerlangan sukan hoki ini. Hal ini khususnya
membincangkan mengenai isu wanita dan sukan kerana kita sudah sedia maklum bahawa semua
pelajar di SMK Tengku Afzan terdiri daripada perempuan. Oleh itu, cabaran dalam merealisasikan
kecemerlangan sukan hoki ini agak sukar pada waktu awal penubuhan sukan hoki ini.

Penglibatan pelajar perempuan dalam sukan amatlah kurang disebabkan oleh beberapa
faktor seperti kurangnya pendedahan dan peluang untuk menyertai sukan,, kurang keyakinan
dalam diri pelajar perempuan untuk menceburi dalam bidang sukan serta halangan daripada ibu
bapa tersendiri dek karana tanggapan mereka bahawa sukan itu lebih berfokus kepada lelaki sahaja
berbanding perempuan. Akan tetapi dalam konteks dunia sukan, ternyata bahawa penglibatan
wanita kini amat ketara. Wanita kini telah dapat meloloskan diri mereka daripada kekanganbudaya
atau adat resam, sosial, politik, dan agama11. Kini atlet wanita telah banyak menyumbang kepada
pelbagai kejayaan dalam sukan sama seperti atlet lelaki. Wanita hari ini memainkan peranan yang
cukup penting dalam kegiatan sukan. Mereka telah menggembleng tenaga di semua peringkat

11 Noor Azilawati Mohd Sabda, ‘Perkembangan Sukan di Malaysia’, Kuala Lumpur, Edition Plus Sdn.Bhd., 2009

sukan malahan ada juga daripada mereka yang bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan sukan,
pembangunan atlet muda, dan pengurusan sukan12. Namun demikian, persepsi bahawa wanita
tidak sewajarnya dan tidak perlu untuk menceburi diri dalam bidang sukan masih lagi banyak pada
tahun awal 20-an dahulu khususnya pada awal penubuhan sukan hoki di SMK Tengku Afzan pada
tahun 1986. Sehubungan dengan itu, persepi tersebut merupakan salah satu cabaran yang utuh
dalam mengembangkan sukan hoki di sekolah tersebut. Pada awal penubuhan sukan hoki di SMK
Tengku Afzan, tidak ramai yang ingin menyertai sukan hoki kerana sukan tersebut merupakan
sukan yang agak lasak kerana pelajar yang ingin menyertainya perlu bergiat aktif di padang untuk
bermain hoki. Oleh itu, kebanyakan pelajar di SMK Tengku Afzan tatkala itu lebih gemar dan
berminat untuk menyertai aktiviti sukan yang kurang lasak, indoor dan lebih feminin seperti catur
dan boling yang pada ketika itu, kedua-dua sukan ini mendapat sambutan yang cukup hangat dan
meriah dari segi penglibatan dan ahlinya ekoran ramai yang lebih tertarik dan berminat akan sukan
tersebut.

Di samping itu, ketiadaan jurulatih merupakan salah satu halangan utama dalam
meningkatkan kecemerlangan sukan hoki di SMK Tengku Afzan, Kuantan. Umum mengetahui
bahawa pasukan yang baik datangnya daripada jurulatih yang baik dan efektif. Namun demikian,
ketika awal penubuhan sukan hoki di SMK Tengku Afzan sehinggalah tiga tahun berikutnya,
sukan hoki di sekolah tersebut belum lagi mempuyai seorang jurulatih profesional untuk
membimbing pasukan hoki sekolah untuk bertanding di peringkat negeri mahupan daerah. Dalam
memulakan rancangan latihan dalam setiap aktiviti kokurikulum beberapa persediaan perlu
dilakukan terlebih dahulu bagi mengkaji keperluan-keperluan penting dari segi tempat, peralatan

12 Seet Shao Leong, Zaidi Hassim, https://dokumen.tips/documents/hbef-2703-ko-kurikulum-tugasan-individu-mei-
epicoumedumyepicuploadassignmenthbef27032maizura74pdf.html

dan jumlahnya, jadual latihan bilangan peserta, corak latihan dan sebagainya. Persediaan ini
penting supaya penyusunan organisasi dan jadual kokurikulum dapat dirangka dengan baik dan
menjamin latihan berjalan dengan lancar. Kesemua aspek ini menjadi tanggungjawab guru
penasihat dan jurulatih hoki sebagai persediaan dalam melaksanakan latihan. Terdapat beberapa
penekanan yang perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan objektif
permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap, berwibawa,
berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-
nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek seperti penguasaan kemahiran, pengembangan
pengetahuan dan pembentukan moral.13

Dalam pada itu, penguasaan pelajar dalam sukan hoki juga merupakan salah satu kekangan
dominan dalam meningkatkan mutu dan taraf kecemerlangan sukan hoki di SMK Tengku Afzan
khususnya dalam bidang kompetetif. Sukan hoki merupakan salah satu sukan yang sukar untuk
dikuasai dan dimainkan terutamanya bagi individu yang tiada asas dalam sukan hoki. Sebagai
contohnya, menguis merupakan kemahiran yang agak sukar dalam permainan hoki. Terdapat
pelbagai kemahiran menguis namun tumpuan lebih diberikan kepada asas penguasaan kemahiran
menguis, menguis ke sasaran dan menguis tinggi. Masalah yang sering berlaku pada pemain ialah
mereka tidak dapat menukarkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri dan posisi badan terlalu
tegak. Sekiranya kesalahan ini tidak diperbaiki, pemain agak sukar menguasai asas menguis
dengan sempurna. Oleh itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang mereka telah lakukan. Pada
peringkat awal, jurulatih terpaksa membuat demontrasi kemahiran menguis. Kesalahan yang di
lakukan oleh setiap pelajar perlu diperbaiki. Setelah murid menguasai teknik menguis, mereka
diajar teknik menguis ke sasaran secara berulang kali. Latihan ini bertujuan melatih pemain

13 Ibid

membuat kuisan dengan tepat. Bagi Pertandingan kecil, pula pemain diberi 5 percubaan menguis
dalam jarak yang berlainan. Permainan ini ternyata dapat meningkatkan sasaran kuisan pelajar.

Akhir sekali, cabaran yang perlu dihadapi oleh sukan hoki sekolah dalam merealisasikan
kecemerlangannya adalah daripada segi kekurangan utiliti sukan hoki. Kekangan ini berlaku pada
era awal penubuhan sukan hoki ini iaitu sekitar tahun 2000 di mana sukan hoki SMK Tengku
Afzan telah menghadapi masalah kekurangan alatan untuk sukan hoki kerana pada ketika itu,
sukan hoki kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah di daerah Kuantan. Oleh itu, permohonan
utiliti sukan oleh pihak sekolah kepada PPD Kuantan terpaksa ditangguh berkali-kali. Pada ketika
itu, sukan hoki sekolah hanya mendapat beberapa bilah kayu dan bola hoki sahaja tanpa dilengkapi
pakaian pelindung untuk penjaga gol iaitu helmet, ‘face mask’, ‘body pad’, ‘blocking glove’,
‘kickers dan leg guard’, ‘pad’, ‘glove’, dan ‘elbow pad’.14 Pakaian peralatan keselamatan itu
merupakan elemen penting dalam pelaksanaan suka hoki bagi mengelakkan perkara yang tidak
diingini seperti kecederaan dan kemalangan berlaku sewaktu bermain.

14 Mohammad Razali Abdullah, Nik Rozemi Nik Mohamad, ‘Panduan Lengkap Sukan Hoki Padang’, Selangor, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2014

5.0 Pencapaian yang telah berjaya diraih oleh sukan hoki di SMK Tengku Afzan, Kuantan.

Kecemerlangan pasukan hoki di SMK Tengku Afzan ini telah disumbangkan oleh
beberapa faktor dan antaranya adalah kerana perancangan dan persediaan latihan yang baik
daripada jurulatih serta kemudahan peralatan yang mencukupi. Selain itu, komitmen murid dalam
berpasukan adalah sangat tinggi dan hal ini turut membantu ke arah kecemerlangan pasukan hoki
sekolah tersebut. Pasukan hoki sekolah ini telah menjalani latihan sepenuhnya di padang sekolah
sendiri. Pasukan hoki ini telah menjalankan latihan sebanyak 4 kali seminggu bermula hari isnin
sehingga khamis. Masa yang diambil bagi setiap sesi latihan ialah bermula pada jam 3 petang
sehingga 6 petang. Hasil usaha dan komitmen pelajar yang begitu komited dalam latihan sukan
hoki ini sudah semestinya membuahkan hasilnya yang tersendiri dalam beberapa pertandingan
yang telah dipertandingkan oleh sukan hoki SMK Tengku Afzan sekitar tahun 2013 dan 2014 yang
merupakan zaman kegemilangan bagi sukan hoki sekolah ini.

Terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenalpasti hasil daripada kecemerlangan sukan
hoki di SMK Tengku Afzan ini. Pertama sekali ialah pengurusan pasukan hoki sekolah tersebut.
En Md Isa yang merupakan jurulatih serta pengurus pasukan tersebut sangat mementingkan
kecergasan serta kebajikan pemain disamping komitmen yang tinggi dalam kalangan pemain.
Selain itu, sokongan yang tinggi daripada pihak pentadbir turut membantu kepada kecemerlangan
pasukan hoki sekolah tersebut. Dalam pada itu, jadual dan rancangan latihan yang dijalankan
sangat teratur dan sistematik dalam menyediakan murid untuk menguasai dan meningkatkan
kemahiran serta kecergasan dalam sukan tersebut. Malahan, kemudahan yang mencukupi dari segi

peralatan dan padang memudahkan perjalanan latihan kepada para pemain15. Hal ini turut
membantu ke arah pencapaian cemerlang para pemain. Di samping itu, motivasi yang tinggi dalam
diri murid turut membantu dalam membentuk pasukan yang hebat dan mampu berdaya saing
dalam bidang kompetetif. Pihak sekolah sering memberikan imbuhan kepada pasukan hoki yang
telah banyak menjuarai kejohanan yang disertai. Malahan, jurulatih juga turut memberikan
motivasi secara instrinsik bagi memberikan semangat bertanding yang lebih tinggi dalam diri
para pemain. Tidak ketinggalan, usaha sama komuniti dalam memberikan sokongan dalam bentuk
kewangan dan dorongan turut menjadi pencetus kepada kecemerlangan sukan hoki SMK Tengku
Afzan, Kuantan.

Oleh hal yang demikian, sudah semestinya faktor-faktor tersebut membuahkan hasil yang
baik kepada sukan hoki SMK Tengku Afzan khususnya dalam pencapaian serta penyertaan sukan
hoki dalam pelbagai peringkat. Sukan hoki SMK Tengku Afzan telah berjaya mengulungi
beberapa pencapaian sewaktu pertandingan sekitar tahun 2012 hingga 2014 dan antaranya ialah
Pertandingan Hoki Bawah 15 Tahun, sukan hoki SMK Tengku Afzan telah berjaya mendapat
tempat kesebelas daripada 30 penyertaan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri
Pahang (MSSNP) pada tahun 2014. Sukan hoki sekolah juga telah menyumbang tiga orang pemain
terbaik untuk kategori bawah 15 tahuan dan antara atlet yang bergiat cukup aktif dalam
menjayakan kecemerlangan ini ialah Intan Adriana Binti Zulkarnain selaku kapten hoki SMK
Tengku Afzan bagi kategori bawah 15 tahun, Selain itu, barisan atlet sukan hoki juga terdiri
dariapa saudari Haizatul Azween Binti Irsyad, dan saudari Siti Syafiqah Binti Baharudin. Ketiga-
tiga pemain ini telah mewakili sekolah untuk kejohanan MSSD Kuantan lalu mendapat tempat
keempat hasil kolaboratif bersama sekolah-sekolah lain di daerah Kuantan seperti SMK Alor Akar,

15 Ibid

Kuantan. Seterusnya, bagi Pertandingan Hoki Bawah 18 tahun kategori wanita pula, sukan hoki
sekolah telah berjaya mendapat pingat gangsa iaitu tempat ketiga dalam kejohanan MSSD bagi
daerah Kuantan yang telah diadakan di Kolej Vokasional Kuantan pada tahun 201516. Pencapain
ini cukup membanggakan pihak sekolah kerana pada tahun-tahun tersebut, sukan hoki di SMK
Tengku Afzan baru sahaja bermula bergiat aktif dan berjinak-jinak dalam memulakan latihan
intensif hoki secara serius bagi melayakkan diri ke pertandingan peringkat daerah dan negeri
kerana pada tahun-tahun sebelumnya, sukan hoki SMK Tengku Afzan hanya bergiat aktif dalam
acara yang dipertandingkan di peringkat sekolah sahaja.

Kesabaran dan usaha pasukan ini yang tidak kenal erti penat lelah melayakkan mereka
meneruskan perjuangan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat negeri Pahang dan tidak
mustahil boleh melangkah ke peringkat kebangsaan. Kejayaan yang dirangkul ini amat bermakna
dengan adanya dorongan dan sokongan padu pihak barisan pentadbir sekolah malah mendapat
dorongan kuat daripada pihak ibu bapa murid-murid sendiri. Kehadiran ibu bapa ke lokasi
pertandingan bukan sekadar memeriahkan suasana, malah dilihat sebagai penyuntik semangat para
pemain pasukan ini yang akhirnya merangkul tempat keempat pertandingan hoki bagi kategori
bawah umur 18 tahun pada peringkat MSSD Kuantan. Sokongan dan penggemblengan usaha pihak
sekolah iaitu guru-guru, para jurulatih dan ibu bapa, mampu menghasilkan kejayaan ke arah
kemenjadian murid-murid yang terlibat.

16 Temu bual bersama atlet hoki SMK Tengku Afzan, Haizatul Azween Binti Irsyad

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, pencapaian sukan hoki SMK Tengku Afzan yang boleh yang telah
banyak diraih dapat dijadikan motivasi dan inspirasi kepada murid-murid pada generasi akan
datang untuk mengenali dan mencambahkan minat mereka dalam sukan terutamnya sukan hoki.
Antaranya kejayaan yang dimaksudkan termasuklah kejayaan merangkul pingat di peringkat
MMSP dan MSSD yang cukup membanggakan sekolah. Kejayaan dan sikap komited sukan hoki
SMK Tengku Afzan sebagai salah satu sukan yang akif di sekolah tersebut dapat dijadikan
inspirasi kepada masyarakat luar dan generasi akan datang terutamanya murid-murid di SMK
Tengku Afzan selaku pelapis kepada kecemerlangan atlet-atlet hoki bagi meneruskan pejuangan
mereka melalui penglibatan mereka dalam sukan hoki. Hal ini secara tidak langsung dapat
melahirkan lebih ramai individu yang minat dan mahir dalam sukan hoki sekaligus boleh
menjadikannya sebagai profesyen utama mereka pada masa hadapan. Akhir kalam, transformasi
pendidikan dalam bidang sukan di sekolah telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan
dan kemajuan sistem pendidikan negara terutama dalam konteks Kokurikulum iaitu sukan dan
sememangnya kemahiran dalam sukan hoki ini dilihat penting kepada negara dalam usaha
melahirkan lebih ramai lagi atlet hoki negara bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sukan
hoki negara ke persada dunia.

NOTA HUJUNG :

1. Mohd Salleh Aman, ‘Buku Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S), Putrajaya,
Bahagian Sukan Kemenetrian Pelajaran Malaysia, 2011 (halaman 12)

2. Temu bual bersama guru penasihat hoki SMK Tengku Afzan, Pn Najjah Binti Abu Hassan
3. Soh Kim Geok, Mohd Rozilee Wazir, Che Chen Soon, ‘Kajian Sukan di Malaysia (Jilid

2)’, Selangor, Penerbitan Universiti Putra Malaysia Press, 2010.
4. Zahra Zainudin, ‘Olahragawan dan Olahragawati Negara’, Selangor, PTS Media Group,

2010.
5. Ibid
6. Akhbar dalam talian, MalaysiaKini - https://www.malaysiakini.com/sukan/435619
7. V. Sasidharan,Lukman Bin Sa’adon, Chee Geok Song, ‘Modul Latihan Sukan untuk Guru

Penasihat Sukan Sekolah Sukan Hoki Sekolah Rendah, Putrajaya, Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008
8. Siti Sara Othman, Mohd Zaini Abd Samad, ‘Olahraga-Pengurusan Sukan Sekolah’, Pulau
Pinang, Penerbitan USM, 2006.
9. Noor Azizah Bt Mohamed Isa, ‘Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum’, Putrajaya,
Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010.
10. Maizura Ruslan, ‘e-jurnal’,
https://dokumen.tips/documents/hbef-2703-ko-kurikulum-tugasan-individu-mei-
epicoumedumyepicuploadassignmenthbef27032maizura74pdf.html
11. Noor Azilawati Mohd Sabda, ‘Perkembangan Sukan di Malaysia’, Kuala Lumpur, Edition
Plus Sdn Bhd., 2009
12. Seet Shao Leong, Zaidi Hassim, ‘e-jurnal’,

https://dokumen.tips/documents/hbef-2703-ko-kurikulum-tugasan-individu-mei-
epicoumedumyepicuploadassignmenthbef27032maizura74pdf.html
13. Ibid
14. Mohammad Razali Abdullah, Nik Rozemi Nik Mohamad, ‘Panduan Lengkap Sukan Hoki
Padang’, Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014
15. Ibid
16. Temu bual bersama atlet hoki SMK Tengku Afzan, Haizatul Azween Binti Irsyad

BIBLIOGRAFI :

Sumber primer :
➢ Sijil-sijil penglibatan dan kemenangan atlet sukan hoki SMK Tengku Afzan, Kuantan

Sumber sekunder :

a) buku-buku dan majalah :
➢ Mohd Salleh Aman, ‘Buku Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S),
Putrajaya, Bahagian Sukan Kemenetrian Pelajaran Malaysia, 2011 (halaman 12)
➢ Soh Kim Geok, Mohd Rozilee Wazir, Che Chen Soon, ‘Kajian Sukan di Malaysia (Jilid
2)’, Selangor, Penerbitan Universiti Putra Malaysia Press, 2010.
➢ Zahra Zainudin, ‘Olahragawan dan Olahragawati Negara’, Selangor, PTS Media Group,
2010
➢ V. Sasidharan,Lukman Bin Sa’adon, Chee Geok Song, ‘Modul Latihan Sukan untuk Guru
Penasihat Sukan Sekolah Sukan Hoki Sekolah Rendah, Putrajaya, Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008
➢ Siti Sara Othman, Mohd Zaini Abd Samad, ‘Olahraga-Pengurusan Sukan Sekolah’, Pulau
Pinang, Penerbitan USM, 2006.
➢ Noor Azizah Bt Mohamed Isa, ‘Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum’, Putrajaya,
Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010.
➢ Mohammad Razali Abdullah, Nik Rozemi Nik Mohamad, ‘Panduan Lengkap Sukan Hoki
Padang’, Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014

➢ Noor Azilawati Mohd Sabda, ‘Perkembangan Sukan di Malaysia’, Kuala Lumpur, Edition
Plus Sdn.Bhd., 2009

b) Sumber Internet :
➢ Akhbar dalam talian, MalaysiaKini - https://www.malaysiakini.com/sukan/435619
➢ Maizura Ruslan, ‘e-jurnal’,
https://dokumen.tips/documents/hbef-2703-ko-kurikulum-tugasan-individu-mei-
epicoumedumyepicuploadassignmenthbef27032maizura74pdf.html
➢ Seet Shao Leong, Zaidi Hassim, ‘e-jurnal’,
https://dokumen.tips/documents/hbef-2703-ko-kurikulum-tugasan-individu-mei-
epicoumedumyepicuploadassignmenthbef27032maizura74pdf.html

Orang sumber :
➢ Puan Najjah Binti Abu Hassan – Guru penasihat hoki SMK Tengku Afzan, Kuantan
➢ Haizatul Azween Binti Irsyad – Atlet hoki SMK Tengku Afzan, Kuantan
➢ Nur Izzaty Syafiqah Binti Suhaily – Atlet hoki SMK Tengku Afzan, Kuantan


Click to View FlipBook Version