The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIMAN EQIN, 2023-03-18 15:13:25

Foodpanda - Penerangan

Foodpanda - Penerangan

1 / 7 PENERANGAN BERKENAAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN FOODPANDA Salam sejahtera kepada semua vendor pengusaha makanan yang dikasihi, Sudah sampai masanya bagi pihak anda memperluaskan lagi bidang perniagaan anda dimana pendapatan di dalam segmen penghantaran makanan di Malaysia sehingga kini mencecah sehingga RM600 juta setahun1 . Binalah kehadiran dalam talian anda kepada 32.6 juta2 rakyat Malaysia yang sedang dalam talian. Foodpanda akan memberi semua kelengkapan dan keperluan restoran,termasuk Alat Peranti, Rider, System dan Order. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan untuk mendaftar sebagai vendor Foodpanda. Aplikasi foodpanda boleh didapati di https://www.foodpanda.my/. Anda boleh melihat restoranrestoran di kawasan sekitar yang sudah mendaftar di Foodpanda. SOALAN-SOALAN YANG KERAP DITANYA (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS): A. KOMISEN & MENU: Pendapatan Foodpanda datang dari komisen restoran dan bayaran penghantaran. Untuk menjadi mampan, pihak kami tidak boleh beroperasi di bawah komisen 32%. Pihak Foodpanda telah membuat banyak urusan usahaniaga dengan pelbagai pihak dari peringkat awal lagi dan semuanya harus diselaraskan bagi menjamin kepentingan dan keuntungan semua pihak. Pihak Restoran akan sentiasa mendapat keuntungan daripada urusniaga ini. 1 Source:https://www.statista.com/outlook/374/122/online-food-delivery/malaysia 2 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jumlah-penduduk-malaysia-pada-2019-dianggarkan-32-6-juta-212693


2 / 7 1. Komisen piawaian (standard) untuk servis Foodpanda adalah 32% dari harga jualan yang diletakkan di dalam aplikasi Foodpanda. RESTORAN RESTORAN + Makan di Restoran / Jualan Bawa Pulang: ● RM15,000 JUMLAH PENDAPATAN RM15,000 Makan di Restoran / Jualan Bawa Pulang: ● RM15,000 Jualan Penghantaran Makanan ● RM1,500 JUMLAH PENDAPATAN RM16,500 Sewaan Kedai/Bil Utiliti/Lain-lain Kos: ● RM3,500 Gaji Staff • RM3,500 Sewaan Kedai/Bil Utiliti/Lain-lain Kos: ● RM3,500 Gaji Staff • RM3,500 Bahan-bahan mentah makanan: ● RM4,500 JUMLAH KOS (RM11,500) KEUNTUNGAN BERSIH PENDAPATAN RM3,500 Bahan-bahan mentah makanan: ● RM4,950 Komisen Foodpanda ● RM480 (32% daripada RM1,500) JUMLAH KOS (RM12,400) KEUNTUNGAN BERSIH PENDAPATAN **RM4,100 **Kenaikan sebanyak 17.14% Rajah 1 1. Untuk tambahan harga, saya mencadangkan pihak peniaga (Vendor) menambah 15% - 30% harga dari harga jualan di kedai. Dengan itu, harga makanan masih dalam linkungan harga mampu untuk dibeli oleh para pelanggan. Harus diingatkan, kebanyakkan pelanggan akan memilih makanan dengan harga yang berpatutan. 2. Sekiranya anda tidak pasti, pihak tuan/puan boleh memberikan kepada saya harga asal jualan di kedai dan saya akan menambah harga dengan sepatutnya. Menu dengan harga jualan yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal akan saya keluarkan daripada menu. Perlu diingatkan bahawa servis penghantaran makanan melalui Foodpanda ini hanyalah sebagai penambahan pendapatan sampingan (side income) yang akan dapat membantu jualan produk makanan anda meningkat sebanyak 10% - 20% sahaja. Pendapatan utama anda masih melalui aktiviti Restoran. B. PEMBAYARAN KEPADA PIHAK VENDOR: 1. Semua pembayaran dari pihak pelanggan akan diterima oleh pihak Foodpanda terlebih dahulu, sama ada dari Cash on Delivery (COD), Online Banking, Debit Card atau CreditCard. 2. Pihak Vendor akan dibayar pada setiap minggu, dan pembayaran akan dilakukan menerusi Telegraphic Transfer (TT) dan terus masuk ke dalam akaun bank pihak Vendor. 3. Restoran boleh menggunakan mana-mana bank, dan mana-mana penama akaun yang dikehendaki, sama ada akaun simpanan atau semasa dan akaun persendirian atausyarikat.


3 / 7 4. Foodpanda akan menghantar Invois melalui website link di Restaurant Portal kepada pihak Vendor bagi tujuan simpanan rekod dan rujukan. Ianya juga boleh disemak di dalam Alat Peranti yang diberi kepada pihak Vendor. Komisen dan caj penggunaan sim kad beserta penggunaan Internet akan ditolak dari jumlah jualan keseluruhan mingguan tersebut sebelum pembayaran dimasukkan ke dalam akaun bank pihak Vendor. 5. Berikut adalah contoh jadual pembayaran: Tarikh Jualan: 1hb hingga 7hb Tarikh Jualan: 16hb hingga 22hb Tarikh Invois: 8hb hingga 12hb Tarikh Invois: 23hb hingga 26hb Tarikh Pembayaran: 13hb hingga 14hb Tarikh Pembayaran: 27hb hingga 28hb Tarikh Jualan: 8hb hingga 15hb Tarikh Jualan: 23hb hingga 30/31hb Tarikh Invois: 16hb hingga 20hb Tarikh Invois: 1hb hingga 5hb Tarikh Pembayaran: 22hb hingga 22hb Tarikh Pembayaran: 6hb hingga 7hb *Perhatian: Ini adalah contoh jadual pembayaran tanpa mengambil kira cuti hujung minggu, cuti peristiwa, Cuti Awam bagi Negeri dan Cuti Umum bagi Persekutuan. C. BAHAN-BAHAN PEMASARAN: 1. Foodpanda akan memberikan Alat Peranti, Counter Signboard atau Sticker, dan sim card dengan data plan Internet kepada setiap restoran. Bahan-bahan pemasaran ini akan dihantar melalui servis kurier, sama ada melalui Pos Laju atau syarikat yang setaraf dengannya. 2. Tempoh proses bagi kelulusan kontrak, pengisian menu, penghantaran Alat Peranti dan latihan adalah dalam tempoh satu hingga tiga minggu dari tarikh borang dan menu dihantar. 3. Pasukan Foodpanda dari ibupejabat akan mengajar tatacara penggunaan Alat Peranti dan aplikasi kepada Restaurant Portal melalui panggilan telefon. Pastikan anda bersedia untuk menerima panggilan telefon selepas mendaftar. D. OPERASI: 1. Selepas restoran mula Live dalam sistem, setiap pesanan penghantaran yang masuk perlu disediakan oleh pihak restoran. Tempoh penyediaan makanan untuk penghantaran adalah dalam masa 25 minit. Selepas 25 minit, akan dianggap sebagai kelewatan.


4 / 7 2. Restoran boleh menutup operasi di Foodpanda melalui Alat Peranti, pada bila-bila masa, contohnya ketika restoran sibuk dengan pelanggan di restoran, rehat seketika, kehabisan stok makanan atau lain-lain sebab yang dirasakan perlu. Ini akan diajar oleh pasukan Foodpanda sebelum Live di aplikasi Foodpanda. 3. Restoran juga boleh menutup mana-mana salah satu menu, contohnya ketika restoran kehabisan nasi, tetapi menu lain masih dijual, restoran boleh menutup mana-mana menu yang berkenaan dengan nasi. Ini juga akan diajar oleh pasukan Foodpanda. 4. Rider mungkin akan tiba di restoran pada bila-bila masa selepas pesanan penghantaran masuk, dan mereka harus menunggu selama 25 minit bagi tempoh penyediaanmakanan. E. DENDA / PENALTI RESTORAN: 1. Untuk mengelakkan restoran mengambil pesanan Foodpanda secara sambil lewa, Foodpanda akan mengenakan penalti bergantung kepada perkhidmatan restoran. 2. Antara isu yang harus diambil perhatian adalah Salah Sedia Makanan, Makanan Tidak Cukup, Penyediaan Lewat dan Penolakkan Pesanan. Sila rujuk Jadual 1 di bawah. 3. Setiap minggu, restoran akan diberi peluang untuk mengelakkan penalti. Setiap isu tidak boleh melebihi kekerapan tiga (3) kali kesilapan di dalam durasi minggu tersebut. Jika kesilapan yang terjadi melebihi dari kuantiti tiga (3) kali, jumlah kesilapan akan didarab dengan RM3.50 sebagai denda dan akan ditolak dari jumlah jualan restoran daripada Invois minggu tersebut. 4. Contohnya, jika restoran melakukan dua kekerapan kesilapan setiap satu isu perkara di bawah, tiada penolakkan akan dilakukan dan pada minggu berikutnya, nombor tersebut akan bermula semula di kiraan sifar (0). 5. Jika restoran melakukan kesalahan melebihi tiga (3) kali kekerapan di salah satu isu perkara tersebut (kecuali atas sebab kelewatan yang melebihi 30 minit), jumlah kekerapan kesilapan akan didarabkan dengan RM3.50 dan ditolak dari Invois pada minggu tersebut. Sila rujuk Jadual 1 dimana contohnya empat (4) kekerapan dari kelewatan (10-30 minit) x RM3.50 = RM14.00. Semua penolakkan akan ditunjukkan di dalam Invois yang dihantar kepada restoran, sekiranya ada. Issue Type Total Issues in invoiced period % of Total orders in invoiced period Fee per order Wrong dishes 3 3% RM3.50 Missing Items 3 3% RM3.50 Restaurant delay (10-30 mins) 3 3% RM3.50 Restaurant delay (above 30 min) 0 0% RM3.50 Cancellations 3 3% RM3.50 Jadual 1 6. Namun Foodpanda akan memberikan tempoh penangguhan (grace period)selama 6 minggu, atau sebulan setengah dari tarikh mula Live untuk memberikan restoran masa untuk


5 / 7 mempelajari dan memahami operasi Foodpanda. Tiada penalti akan dikenakan dalam masa ini. F. KONTRAK: 1. Kelebihan Foodpanda ialah pada kontrak pendaftaran yang tidak mempunyai sebarang tempoh masa (Open Contract). Restoran boleh memilih untuk menghentikan servis ini pada bila-bila masa yang dirasakan perlu. 2. Tiada sebarang caj penalti atau tersembunyi untuk menghentikan servis dengan Foodpanda. Pihak Vendor diminta untuk mengembalikan semula barang-barang yang telah diberikan dan restoran anda akan dikeluarkan dari aplikasi Foodpanda. G. YURAN PRESTASI PLATFORM (PLATFORM PERFORMANCE FEE) 1. Bagi setiap Vendor yang beroperasi di dalam Platform ini dengan Foodpanda, pihak Foodpanda akan mengambil Yuran Prestasi (Performance Fee) bagi jumlah jualan yang terkumpul dalam tempoh sebulan pada setiap bulan. Pihak Vendor tidak perlu khuatir kerana jumlah yang dikenakan tidaklah banyak, iaitu secara maksima hanyalah sebanyak 1.5% sahaja. Jumlah Yuran yang diambil adalah seperti contoh dibawah. JUMLAH JUALAN DALAM SEBULAN JUMLAH YURAN YANG DIAMBIL OLEH FOODPANDA RM0 hingga RM999 Tiada sebarang yuran yang akan diambil. RM1,000 hingga RM1,999 RM10.00 sebulan RM2,000 hingga RM4,999 RM15.00 sebulan RM5,000 hingga ke atas RM75.00 sebulan Nilai peratusan yang dibayar kepada pihak Foodpanda berbanding jumlah jualan dalam sebulan: RM10.00 / RM1,000 hingga RM1,999 = 0.5% hingga 1.0% sahaja RM15.00 / RM2,000 hingga RM4,999 = 0.3% hingga 0.75% sahaja RM75.00 / RM5,000 = 1.5% sahaja Rajah 3 2. Jumlah jualan yang dimaksudkan di sini ialah, jumlah jualan kasar (Gross Sales) sebelum ditolak dengan komisen Foodpanda dan cukai jualan dan perkhidmatan 6% SST. 3. Oleh itu, jumlah bayaran yang akan diambil oleh pihak Foodpanda akan merangkumi jumlah: i) 32% (komisen Foodpanda) daripada jumlah harga keseluruhan pesanan makanan. ii) Platform Performance Fee – Hanya dicaj sebulan sekali pada setiap bulan. iii) RM13.00 sebulan (caj Internet 4G bagi penggunaan Device) – dicaj dua kali sebulan sebanyak RM6.50 dan diambil daripada bayaran pada Invois di minggu ke dua dan minggu ke empat. iv) 6% jumlah SST untuk dipulangkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


6 / 7 H. PROMOSI: 1. Foodpanda mewajibkan untuk setiap vendor bagi menyertai program promosi yang akan berlangsung sepanjang bulan pertama vendor bersama Foodpanda untuk meningkatkan jualan dan sekali gus membantu menaikkan ‘review’ pelanggan di dalam aplikasi. 2. Melalui kajian, aktiviti promosi adalah antara perkara penting bagi menarik minat pelanggan untuk menempah makanan dari restoran anda dan program promosi adalah perkara asas yang dilakukan oleh Foodpanda pada setiap bulan kepada para pelanggan. 3. Segala caj diskaun akan ditanggung oleh pihak restoran dan program ini akan berlangsung selama satu bulan sahaja. 4. Diskaun yang akan diletakkan adalah 15% untuk minima pembelian RM 15 dan ke atas. Diskaun maksima yang akan diperoleh pelanggan adalah RM 5. 5. Lain-lain promosi seperti voucher yang dilakukan pada setiap bulan adalah tanggungan dari Foodpanda kepada pelanggan. Pihak vendor akan dibayar seperti biasa kecuali atas persetujuan pihak vendor untuk menyertai mana-mana program diskaun yang ditawarkan dari pihak Foodpanda. I. RUMUSAN: 1. Pendaftaran dengan Foodpanda adalah satu kaedah alternatif yang paling terbaik untuk restoran yang ingin membuat servis penghantaran makanan kepada para pelangganmereka. 2. Perkhidmatan ini adalah “win-win situation” kepada restoran, kerana restoran hanya akan dikenakan caj sekiranya ada pesanan penghantaran yang masuk. Jika tiada pesanan, maka tiada caj yang dikenakan. 3. Tiada yuran pendaftaran dan tiada caj penalti untuk pembatalan / pemberhentian kontrak. Oleh yang demikian, pihak Vendor boleh merasai sendiri jika perkhidmatan ini menguntungkan mereka atau pun tidak. Sekiranya mendatangkan keuntungan, ianya boleh teruskan dan jika tidak, pembatalan kontrak boleh dihentikan pada bila-bila masa. 4. Sekiranya bersetuju, pihak tuan/puan diminta untuk memberikan maklumat seperti di bawah dan menghantarnya kepada saya melalui mesej WhatsApp di talian 019-2176758. i. Maklumat pengurus kedai Nama pengurus: Jawatan: Email: No telefon: ii. Maklumat SSM No. SSM: Nama Sykt SSM: iii. Maklumat bank Bank: Penama akaun: No akaun:


7 / 7 iv. Waktu operasi kedai Masa operasi: Hari cuti: Hari Buka kedai - Tutup kedai: v. Senarai menu dan harga Foodpanda (yang telah ‘Mark Up’) 5. Saya akan menguruskan pendaftaran untuk pihak tuan/puan selepas menerima semua butiran dan senarai menu Foodpanda 6. Sila bertanya kepada saya jika pihak tuan/puan mempunyai soalan-soalan yang berkaitan, melalui mesej WhatsApp atau hubungi saya di talian 019-2176758, atau email saya di [email protected] Sekian, terima kasih. Business Development Manager FOODPANDA MALAYSIA SDN BHD


Click to View FlipBook Version