AKTIVITI
ePEMBELAJARAN
EDUP2073D
Perkembangan Sistem
Pendidikan Di
Malaysia Selepas
Merdeka
Rafidah Binti Isa
IPGK Perempuan Melayu, Melaka
LAPORAN RAZAK 1956
• Diperkenalkan pada April 1956.
• Untuk mewujudkan system pelajaran yang sama bagi semua
kaum.
• Diketuai oleh Tunku Abd Razak.
• Sebagai batu asas bagi perkembangan system Pendidikan
kebangsaan
Tujuan Laporan Razak
1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, Bahasa
perpaduan dan Bahasa pengantar sekolah.
2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina, dan India
sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.
3. Mengembangkan system Pendidikan agar jurang perbezaan antara
kaum dapat dikurangkan.
4. Menyediakan kemudahan Pendidikan yang mencukupi untuk
melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan
progresif.
5. Mewujudkan sistem pengutusan Pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan.
6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih,
liberal dan progresif.
7. Memenuhi keperluana negara yang merdeka dan
memperkembangkan sistem Pendidikan.
Cadangan Laporan Razak
1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar
utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa
6. Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
7. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
8. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
9. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR),
Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
10. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan ditubuhkan
Laporan Rahman Talib 1960
✓ Pada jun 1960, jawatankuasa penyemak dasar pelajaran kebangsaan
ditubuhkan.
✓ Dipengerusikan oleh abdul rahman talib, menteri pelajaran
persekutuan tanah melayu.
✓ Menyemak semula pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan seperti
yang termaktub dalam penyata razak.
✓ Memperbaiki sistem pendidikan di persekutuan tanah melayu.
Perubahan dan pindaan Laporan Rahman Talib
▪ Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
▪ Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan (SK) dan
sekolah jenis kebangsaan (SJK)
▪ Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga
umur 15 tahun
▪ Pendidikan moral dititikberatkan
▪ Pengajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah
sekurang-kurangnya 15 orang
▪ Pendidikan akhlak dititikberatkan.
Cadangan Dalam Laporan Rahman Talib 1960
➢ Bahasa Kebangsaan – Bahasa Melayu berfungsi sebagai
bahasa pengantar di semua peringkat sekolah iaitu SK,
SMK, dan pengajian tinggi
➢ Peperiksaan awam dalam Bahasa Melayu
➢ Semua calon diwajibkan untuk lulus kertas Bahasa
Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah (SMK)
Menjadi titik permulaan ke arah Mewujudkan sistem peperiksaan
pelaksanaan bahasa Malaysia persekolahan yang sama
sebagai bahasa pengantara walaupun berlainan bahasa di
utama dan proses penukaran
2peringkat rendah, mengengah
1bahasa pengantar.
dan menengah atas.
Empat aspek penting
dalam laporan Rahman
Talib (1960)
Memberi penekanan kepada Memberi penekanan kepada
pendidikan moral dan keagamaan
4pendidikan teknik dan vokasional
3untuk keperluan kerohanian
untuk keperluan tenaga mahir.
sebagai teras.
Ordinan Pelajaran 1967
▪ Menetapkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi tunggal.
▪ Bagaimanapun, di dalam Fasal 3, Akta ini membolehkan Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri menggunakan penterjemahan
dokumen rasmi atau komunikasi dalam bahasa lain jika terdapat
kepentingan awam.
▪ Fasal 4: “… Yang Di-Pertuan Agong boleh membenarkan agar
meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai tujuan rasmi apabila
dianggap perlu.”
▪ Semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK diajar menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar, kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa
ibunda.
▪ Mulai tahun 1975, semua SRJK (I) ditukar kepada SRK.
▪ Mulai tahun 1982 pula, semua SMJK (I) ditukar kepada SMK.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
❖ Laporan ini telah dipengurusikan oleh Tun Dr. Mahathir
❖ Antara menteri lain yang terlibat ialah Datuk Lee San Choon,
Tan Sri Manickavasagam, Datuk Hj. Mohd Asri B. Hj Muda,
Datuk Amar Hj Abdul Taib B. Mahmud, Datuk Ali B. Hj
Ahmad, Dato’ Michael Chen Wing Sum, Dato’ Musa B. Hitam
❖ Dasar bermaksud satu kenyataan yang bertujuan.
❖ Perlaksanaan bermaksa satu proses kearah merealisasikan
pencapaian matlamat dan objektif
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
❖ Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
❖ Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
❖ Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
❖ Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan
vokasional
❖ Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
❖ Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
Laporan ini bertujuan untuk :
❖ Menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang
sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan
oleh negara.
❖ Mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
❖ Antara ciri-ciri yang terdapat dalam laporan ini ialah :
❖ Penegasan kepasa pendidikan asas membaca,menulis dan mengira
(3M).
❖ Penegasan terhadap kurikulum ala Malaysia
❖ Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-
unsur disiplin.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
• PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi
• Pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
PIPP 2006-2010
• Telah menggariskan enam teras iaitu
1) Membina negara bangsa,
2) Membangunkan modal insan,
3) Memperkasakan sekolah kebangsaan,
4) Merapatkan jurang pendidikan,
5) Memartabatkan profesion keguruan dan
6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
1. Membina negara bangsa
Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah :
✓ Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan Bahasa
kebangsaan.
✓ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara
✓ Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti
kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan
penerbitan.
✓ Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha
memperkasakan bahasa kebangsaan.
2. Membangunkan modal insan
Fokus pembangunan modal insan:
✓ Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan Pelajar.
✓ Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
✓ Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan.
✓ Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistic.
✓ Memantapkan program kokurikulum dan sukan.
✓ Memperkukuh disiplin pelajar
✓ Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan mempelbagaikan saluran
aduan terus
✓ Memantapkan kurikulum
✓ Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Ciri-ciri SK perkasa ialah :
✓ Infrastruktur lengkap dan berkualiti
✓ Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.
✓ Beraspirasi nasional.
✓ Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
✓ Pencapaian akademik cemerlang.
✓ Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
✓ Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
✓ Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
✓ Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
✓ Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar
❖ dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di
seluruh negara
❖ turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko
keciciran pelajar.
❖ Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak.
5. Memartabatkan profesion perguruan
❖ KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada
guru yang berkhidmat di pedalaman
❖ Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi
memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
❖ KPM mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta
bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi Pendidikan
❖ bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping
membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.