The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58274253, 2020-05-14 17:20:45

Kefahaman Surah Al-Qadr

PI Tahun 6

Keywords: Pendidikan Islam Tahun 6

Minggu 17: 07 Mei 2020 (Khamis)
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
BIDANG: AL-QURAN

Disediakan oleh:
Ustz. Haninahtul Binti Kuyong

SK. Lok Yuk Telipok, Tuaran

Join group:



PENGENALAN SURAH AL-QADR

• Surah al-Qadr mengandungi 5 ayat. Surah ini merupakan surah ke-97 &
diturunkan di Mekah.

• Surah ini dinamakan al-Qadr kerana kandungannya membicarakan kehebatan &
kemuliaan malam Lailatul Qadar.

• Para malaikat & Jibril turun pada malam Lailatul Qadar dgn membawa keberkatan
& kebajikan kpd hamba-hamba yg mukmin dan soleh.

Terjemahan Surah Al Qadr

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (AL-Quran) pada
malam Lailatul Qadar (1).

Dan bagaimanakah engkau mengetahui tentang
kebesaran malam Lailatul Qadar? (2).

Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu
bulan (3).

Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan
izin Tuhan mereka, kerana membawa semua perkara
(yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya) (4).

Sejahteralah malam (berkat) itu sehingga terbit fajar
(5).

Intisari Surah Al Qadr

Surah al-Qadr menjelaskan keistimewaan malam Lailatul Qadar. Antara keistimewaannya ialah:

 Allah menurunkan Al-Quran kali pertama pada malam Lailatul Qadar.
 Allah menyuruh manusia menghayati kebesaran malam Lailatul Qadar.
 Pahala amal ibadat pd malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
 Para malaikat turun mengelilingi majlis ilmu sebagai tanda penghormatan kpd pencinta ilmu.
 Allah memerintahkan para malaikat turun mengatur urusan hidup manusia.
 Kesejahteraan & keberkatan malam Lailatul Qadar berterusan sehingga terbit fajar.

PENGAJARAN SURAH AL-QADR

1. Gandakan ibadat pd bulan
Ramadan terutama pd sepuluh
malam terkahir.

2. Allah merahsiakan kedatangan
malam ini supaya manusia sentiasa
beribadat dgn istiqamah.

3. Ibadat sunat pd bulan Ramadan
harus diteruskan pd bulan-bulan
berikutnya.

4. Amalan menghayati isi kandungan
AQ akan dapat meningkatkan
ketakwaan.

5. Sentiasa bermuhasabah diri agar
amal ibadat kita dapat
dipertingkatkan.

6. Bersyukur dgn nikmat Lailatul
Qadar.

LATIHAN 1:

ARAHAN:
Salin soalan dalam tulisan JAWI & jawab dalam tulisan RUMI.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar?
2. Dimanakah surah ini diturunkan?
3. Berapakah jumlah ayat surah ini?
4. Siapakah yang diutuskan oleh Allah pada malam Lailatul

Qadar?
5. Berikan dua kelebihan malam Lailatul Qadar.

LATIHAN 2:

ARAHAN:
Gariskan jawapan yang betul.

1. Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada (seribu / seratus) bulan.
2. Keistimewaan malam ini berterusan sehingga terbitnya (matahari / fajar).
3. Ketua malaikat ialah (Jibril / Mikail).
4. Allah (memberitahu / merahsiakan) kedatangan malam Lailatul Qadar.
5. Kita hendaklah (mengurangkan / memperbanyakkan) ibadah terutama

pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.


Click to View FlipBook Version