RUJ. KAMI : SRA/ET/(M60)1/14( )
TARIKH : 20 Mei 2022
: 18 Syawal 1443H
Kepada,
IBUBAPA/ PENJAGA
SRA JAIM Dato’ Seri Dr. Hj. M. Eusuff Teh.
Tuan/ Puan
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan
Guru (PIBG) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Peringkat sekolah
seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 25 Mei 2022 ( Rabu )
Masa : 2.30 -5.30 petang
Tempat : Dewan SRA JAIM Dato’ Seri Dr. Hj. M. Eusuff Teh
3. Sehubungan dengan itu, pelajar dialu-alukan untuk membawa juadah makanan secara
portluck bagi memeriahkan lagi majlis. Pelajar juga hendaklah membawa pinggan dan cawan.
Pakaian pelajar pada hari tersebut ialah pakaian hari raya.
4. Justeru itu, itu, semua pelajar akan bercuti sempena program tersebut pada 1 Jun 2022
( Rabu ). Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan/puan dalam memastikan kehadiran anak-
anak tuan puan pada hari tersebut amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“WAWASAN KEMAKMURAN 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
( NURUL JANNAH BINTI HJ HAMZAH )
Guru Besar,
SRA JAIM Dato’ Seri Dr. Hj. M. Eusuff Teh
Melaka.
Laptop/Desktop/SuratET/NJ