The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sineyaifell, 2021-12-28 02:35:01

KISAH HANG TUAH

KISAH HANG TUAH

KUMPULAN 9

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. NORAZIMAH ZAKARIA
MUHAMMAD ANIQ BIN SAPINI (D20211098516)
MOHAMMAD AQIL BIN KILAT (D20211098524)

NURUL FAZILAH BINTI MUHAMMAD (D20211098489)
FELEVINNA SINEYAI AMIL (D20211098520)
FEBETRACY AMBILET (D20211098529)

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN



SINOPSIS CERITA



WATAK & PERWATAKAN


NILAI



PENGAJARAN



KESIMPULAN

KISAH HANG TUAH

PENGENALAN

Kisah Hang Tuah ini diambil dari buku Sulalatus Salatin Sejarah Melayu yang
ditulis oleh Tun Seri Lanang. Buku Sulalatus Salatin Sejarah Melayu merupakan
sebuah karya agung dalam bidang sastera yang berunsurkan sejarah untuk
meriwayatkan mengenai Empayar Kesultanan Melaka pada abad ke-15 (1400
hingga 1511) mengambarkan keadaan kehidupan Melayu yang terdiri daripada
golongan Raja-Raja Melayu yang memerintah, adat istiadat, kepahlawanan dan
kesetiaan rakyat, perhubungan diplomatik serumpun dan antarabangsa. Perkara
ini telah diterjemahkan dalam bentuk mitos dan berunsurkan sejarah. Teks
Sulalatus Salatin dikatakan telah ditulis sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
dan telah dirombak semula oleh Tun Seri Lanang di Johor pada awal abad ke-17
(1612).Kisah Hang Tuah ini diambil dari beberapa peristiwa yang berlaku
kemudian dijadikan satu ringkasan cerita yang menceritakan tentang asal- usul
Hang Tuah sehinggalah kematian Hang Tuah. Hang Tuah berasal dari keturunan
anak Raja Bajung, sebuah kampung dalam jajahan raja di Goa, Mengkasar. Nama
sebenar Hang Tuah ialah Daeng Mempawah. Nama Hang Tuah diberikan oleh
Sultan Mansur Syah kerana baginda sangat kasih akan Hang Tuah.

SINOPSIS
CERITA

Pada usia 12 tahun, Hang Tuah pernah membunuh dan mengalahkan 2
orang mengamuk di dalam negeri. Di Melaka, Hang Tuah belajar ilmu
hulubalang. Sewaktu Sultan Mansur Syah bertolak ke Majapahit
bersama Hang Tuah, Hang Nadim dan Hang Kasturi, Hang Tuah yang
paling menonjol kerana digambarkan seorang yang tampan, cerdik,
gagah perkasa, banyak hikmat dan berani membunuh 74 orang
mengamuk dan seorang Jawa yang mengamuk di Majapahit. Lantaran
itu, Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana. Hang Tuah dihukum
bunuh kerana dikatakan bermukah dengan dayang istana. Seri Nara
Diraja diberi tanggungjawab untuk menjalankan hukuman bunuh
tersebut tetapi dia merasakan Hang Tuah tidak patut dibunuh. Oleh itu,
Seri Nara Diraja telah membawa Hang Tuah ke dusun di hulu dan
dipasungnya. Hang Jebat kesiangan di istana Melaka dan mengamuk.

Sultan Mansur Syah terkenang akan Hang Tuah lalu Seri Nara Diraja
memberitahukan hal sebenar bahawa Hang Tuah masih hidup. Hang
Tuah diampuni dan dia segera membunuh Hang Jebat dengan keris.
Hang Tuah dan Bendahara Paduka Raja telah menjaga Sultan Mahmud
Syah yang sakit buang air lalu mereka diberi hadiah usungan. Hang Tuah
turut serta dalam rombongan meminang Puteri Gunung Ledang. Hang
Tuah pun kembali ke Rahma Allah Taala dan dikebumikan di Tanjung
Keling dengan penuh adat oleh Sultan Mahmud Syah. Zuriat Hang Tuah
mempunyai 2 isteri iaitu isteri pertama, Seri Bija Diraja Datuk Bongkok.
Mempunyai 3 orang anak iaitu Tun Sirah, Tun Biajid dan Tun Daerah.
Isteri kedua dari keturunan Bendahara Paduka Raja mempunyai 2 orang
anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa.

WATAK &
PERWATAKAN

HANG TUAH

1) Seorang 'hamba' raja yang sangat setia.
-Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka tidak berbelah bagi. Hang Tuah seorang
hulubalang yang amat setia, sanggup melakukan apa sahaja titah raja dan tanpa
membantah atau mengancam keselamatan dirinya.Sanggup menentang Hang Jebat demi
menjaga martabat raja Melaka.

2) Seorang yang berani
-Sewaktu 12 tahun, Hang Tuah mampu melawan dan membunuh 2 orang mengamuk.
-Sewaktu ke Majapahit, Hang Tuah membunuh 74 orang mengamuk.
- Bertarung dengan Hang Jebat dan berjaya membunuh Hang Jebat dengan menikamnya.

3) Seorang yang taat kepada Raja
- Hang Tuah akur dan taat terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Raja dengan
menerima hukuman tersebut setelah didapati bermukah dengan dayang istana.

4) Seorang yang sanggup berkorban
- Dia sanggup menentang dan membunuh orang mengamuk.

5) Seorang yang bertanggungjawab
- Hang Tuah menjaga Sultan Mahmud Syah yang sakit buang air

6) Seorang yang amanah
- Hang Tuah telah membunuh Hang Jebat yang derhaka terhadap Raja
dan kesiangan di Istana atas perintah Sultan Mansur Syah.

NILAI

NILAI

KEBERANIAN TAAT KEPADA RAJA Sanggup berkorban

Sewaktu di 12 tahun. Hang Han Tuah menerima Hang Tuah menentang dan
Tuah melawan dan hukuman bunuh setelah berkorban orang mengamuk.
membunuh 2 orang didapati bermukah dengan

mengamuk dan 74 orang dayang istana
mengamuk di Majapahit.

NILAI

KESETIAAN TERHADAP BERTANGGUNGJAWAB Amanah
RAJA
Hang Tuah menjaga Sultan Hang Tuah membunuh Hang
Hang Tuah sanggup Mahmud Syah yang sakit Tuah yang derhaka dan
menentang dan membunuh kesiangan di istana.
buang air.
Hang Jebat dengan
menikamnya atas perintah

Sultan Mansur Syah.

PENGAJARAN

1) Kita haruslah berani menentang musuh

Sewaktu ke Majapahit, Hang Tuah membunuh
74 orang mengamuk.

PENGAJARAN 2) Kita harus setia terhadap Raja

Hang Tuah menerima hukuman bunuh setelah
didapati bermukah dengan dayang istana

3) Kita mestilah sanggup berkorban

Sewaktu ke Majapahit, Hang Tuah membunuh
74 orang mengamuk.

1) Kita haruslah bertanggungjawab.

Hang Tuah menjaga Sultan Mahmud Syah yang
sakit buang air.

PENGAJARAN 2) Kita haruslah amanah terhadap perintah.
Hang Tuah membunuh Hang Jebat yang
menderhaka dan kesiangan di istana.

3) Kita mestilah setia terhadap Raja

Hang Tuah menentang dan membunuh Hang
Jebat dengan menikamnya atas perintah Sultan
Mansur Syah.

KESIMPULAN

HIKAYAT HANG TUAH MERUPAKAN KARYA AGUNG YANG MANTAP YANG
BOLEH DIPAPARKAN SEBAGAI SATU MADAH UNTUK MENONJOLKAN JATI
DIRI MASYARAKAT MELAYU. HIKAYAT HANG TUAH MERUPAKAN EPIK
MELAYU YANG MELAKAR KEBOLEHAN DAN SIKAP ORANG MELAYU PADA
ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA.
HANG TUAH YANG MENERAJUI HIKAYAT INI MEWAKILI KEUNGGULAN CITRA
MELAYU SEBAGAI BANGSA YANG BERTAMADUN DENGAN MENONJOLKAN
SIFAT- SIFAT YANG TINGGI YANG DAPAT MEMBERI PELAJARAN DAN
KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT KINI. OLEH ITU, KARYA SASTERA
MAMPU MERANGKUMKAN SEGALA TATACARA DAN JATI DIRI MASYARAKAT
MELAYU YANG MENJADI PENGAJARAN HINGGA KE HARI INI.

SEKIAN,

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version