The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TADABBUR AL QURAN 30 JUZUK, 2020-05-09 22:27:54

TADABBUR RINGKAS JUZUK 15

TADABBUR RINGKAS JUZUK 15

*TADABBUR RINGKAS JUZUK 15

(SURAH AL-ISRA’ 1-111 & SURAH AL-KAHFI 1-74)

_12 Points_

*Sumber: Ust Abdullah Bukhari *
Diolah: Asyraf Salleh

1. Juzuk ini mengandungi dua surah iaitu Surah Al-Isra’ dan Surah Al-Kahfi. Kedua-dua surah ini saling berkait
antara satu sama lain. Musyrikin Mekah berjumpa dengan Yahudi Madinah untuk memberitahu tentang

NABI SAW dan bertanyakan padanya tentang soalan yang tidak akan diketahui jawapannya oleh Baginda SAW.

2. Yahudi tersebut memberitahu tiga soalan; i) Pertanyaan tentang roh, ii) Siapakah lelaki penakluk dunia,
iii) Kisah pemuda yang tidur lama di dalam gua. Apabila ditanyakan hal ini kepada NABI SAW,

Baginda memberitahu akan menjawabnya pada keesokan hari tanpa mengucapkan ‘InsyaALLAH’.

Kemudian wahyu terputus selama beberapa hari dan ALLAH SWT
akhirnya memberi jawapan kepada Baginda SAW berkenaan tiga soalan tersebut.
3. Ayat pertama Surah Al-Isra’ adalah berkenaan kisah perjalanan malam Baginda SAW (Isra’)
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin manakala ayat 13-15 menceritakan peristiwa
Akhirat yang mana akaun amalan kita semua akan diaudit dan kita sendiri yang akan membacanya.
Ayat 15 menerangkan secara jelas tiada orang yang akan menanggung dosa orang lain

seperti suami tidak menanggung dosa isteri dan sebagainya.

4. Ayat 23-37 adalah merupakan beberapa contoh akhlaq mulia dan suruhan serta larangan yang diberikan oleh
ALLAH SWT secara jelas seperti doa yang terbaik untuk ibu bapa (Ayat 24).

Di dalam ayat 44 pula mengatakan bahawa semua makhluk di alam ini bertasbih memuji
ALLAH SWT mengikut bahasa masing-masing.

5. Ayat 53 penting untuk kita fahami bagi menjaga hubungan sesama manusia. Antaranya bercakap
dengan kata-kata yang terbaik samada pada lidah yang bercakap ataupun tangan yang menulis.
Sekali lagi diceritakan berkenaan peristiwa pertama permusuhan di antara
Nabi Adam A.S. dan iblis (Ayat 60-65) manakala beberapa arahan ALLAH SWT
kepada NABI SAW diceritakan di dalam ayat 78-84 seperti suruhan solat dan sebagainya.

Solat Subuh yang disebut di dalam ayat 78 adalah sangat istimewa kerana ia disaksikan oleh para malaikat.

6. Al-Quran diturunkan sebagai ubat dan penyembuh kepada orang beriman (Ayat 82).
Penyakit yang dirujuk di dalam ayat ini adalah penyakit batin yang ada di dalam hati dan jiwa manusia.

7. Ayat 85 adalah jawapan kepada soalan pertama musyrikin Mekah. Roh adalah urusan ALLAH SWT
dan kita tidak boleh mengatakan selain apa yang disampaikan oleh ALLAH SWT.
Roh yang sudah memasuki Alam Barzakh tidak akan kembali lagi ke dunia.

8. Ayat 111 adalah merupakan ayat yang sering dibaca oleh imam seusai memberikan salam di dalam Solat Fardhu.
Ayat ini adalah Ayat Keagungan yang menceritakan tentang keagungan ALLAH SWT.
Ibnu Katsir mengatakan bahawa NABI SAW mengajar ayat ini kepada kanak-kanak
Bani Hasyim yang baru boleh bercakap agar mereka dibiasakan dengan kalimah Tauhid.

9. Terdapat 4 kisah yang diceritakan di dalam Surah Al-Kahfi. Pertama, kisah pemuda yang tertidur di dalam
gua selama 309 tahun (Ayat 9-26). Ayat 22-23 adalah teguran ALLAH SWT kepada NABI SAW kerana
Baginda tidak menyebut Insya-ALLAH dan menyebabkan wahyu terputus selama beberapa hari.
Jadi kita perlu menjiwai sebutan Insya-ALLAH ini kerana ia banyak digunakan oleh para Nabi

di dalam kisah mereka. Bukan menggunakan perkataan ini sebagai alasan untuk tak buat apa yang kita janjikan.

10. Keduanya adalah kisah 2 orang lelaki, iaitu seorang kafir yang sombong dan kaya
dan seorang lelaki soleh dan merupakan wali ALLAH SWT (Ayat 32-44).

Si kaya berbangga dengan harta kepunyaannya dan beranggapan ianya adalah hasil titik peluhnya sendiri.
Lalu lelaki soleh itu menegurnya supaya beliau banyak memuji ALLAH SWT kerana
semuanya hanya berlaku dengan izin-NYA (Ayat 39).

11. Ayat 50 adalah merupakan kisah permusuhan di antara Iblis dan Nabi Adam A.S. buat kesekian kalinya.
Dua perkara yang disebut di dalam ayat ini ialah;

i) Iblis yang tidak sujud adalah termasuk dalam kalangan jin, ii) Iblis juga mempunyai zuriat keturunan.

12. Kisah ketiga adalah kisah pengembaraan Nabi Musa A.S. dan muridnya mencari seorang lelaki
(Ayat 60-74). Di dalam Al-Quran tidak disebut siapakah nama lelaki tersebut, tetapi nama

Nabi Khidir disebut di dalam Hadis Sohih Bukhari. Matlamat utama kisah pengembaraan ini adalah
bertujuan untuk mengajar kita tentang adab menuntut ilmu dan ujian bagi penuntut ilmu. Allahu a’lam.


Click to View FlipBook Version