*TADABBUR RINGKAS JUZUK 10
(SURAH AL- ANFAL 41-75 & SURAH AT-TAUBAH 1-93) *
_15 Points_
*Sumber: Ust Abdullah Bukhari *
Diolah: Asyraf Salleh
1. Juzuk ini mengandungi bahagian akhir Surah Al-Anfal dan sebahagian besarnya adalah Surah At-Taubah.
2. Ayat 41 adalah kisah mengenai ghanimah dan khumus. Khumus adalah 1/5 harta rampasan perang
yang dikhususkan untuk RASULULLAH SAW. Di dalam ayat ini juga terdapat
kisah Al-Quran diturunkan ketika berlakunya Perang Badar, iaitu bersamaan 17 Ramadhan.
Walaupun begitu, terdapat juga beberapa pandangan lain berkaitan hal ini.
Pada ayat 42-43 pula diceritakan berkenaan mimpi
RASULULLAH SAW pada malam sebelum berlakunya Perang Badar.
3. Ayat 47-48 adalah berkenaan hasutan iblis kepada orang Mekah.
Iblis menjelma dalam bentuk seorang lelaki bernama Suraqah bin Malik,
yang turut bersama membakar semangat musyrikin Mekah untuk melawan Baginda SAW.
Namun, ketika Perang Badar berlaku, iblis melarikan diri.
Ramai ulama‟ menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa jin, syaitan
dan ibis boleh menjelma di dalam bentuk manusia jika diizinkan ALLAH SWT.
4. ALLAH SWT menyuruh kita supaya sentiasa mempunyai persiapan ketenteraan yang baik
dan mengikut kemampuan kita (Ayat 60).
Ayat ini sangat relevan dengan kekuatan ketenteraan dari dulu sehingga sekarang.
5. ALLAH SWT menegur RASULULLAH SAW disebabkan Baginda SAW
bersikap lemah lembut terhadap musuh dan menerima cadangan Abu Bakar As-Siddiq R.A.
supaya tawanan Perang Badar diambil sebagai tebusan, sedangkan
Umar Al-Khattab mencadangkan supaya kesemua tawanan tersebut dibunuh (Ayat 67-69).
6. Dinamakan sebagai Surah At-Taubah kerana ALLAH SWT menerima taubat
sekumpulan sahabat NABI SAW yang tidak menghadirkan diri di dalam Perang Tabuk.
Terdapat 2 isu besar yang dibincangkan di dalam surah ini iaitu,
i) pekung orang munafiq yang dibuka oleh ALLAH SWT satu persatu dan,
ii) kisah berkenaan Perang Tabuk yang berlaku pada 9 Hijri.
7. Perang Tabuk berlaku ketika mana NABI SAW mengerahkan umat ISLAM sekitar
Madinah untuk pergi ke sempadan Tabuk kerana Baginda SAW mendapat berita bahawa
Tentera Rom ingin menyerang Kota Madinah. Peperangan ini sangat mencabar kerana ia berlaku
pada musim panas dan ramai orang ISLAM yang berkemampuan
cuba memberi alasan untuk tidak hadir, terutamanya golongan munafiq.
8. Sekembalinya RASULULLAH SAW dari Tabuk, Baginda SAW berhasrat
untuk menunaikan Haji tetapi terhalang. Tujuannya adalah kerana masih ramai masyarakat
Arab Jahiliah menunaikan Haji selepas Pembukaan Kota Mekah pada tahun ke-8 Hijri.
Lalu Baginda SAW menghantar satu rombongan Haji diketuai oleh Abu Bakar As-Siddiq
untuk membacakan Surah At-Taubah kepada orang Arab Jahiliah
dan melarang mereka yang masih belum memeluk ISLAM untuk memasuki Masjidil Haram.
9. Haji Akbar (Besar) diceritakan di dalam ayat ke-3. Terdapat banyak pandangan berkenaan hal ini.
Pendapat yang paling tepat adalah Haji Akbar adalah Haji manakala Haji Asghar (Kecil) adalah Umrah.
Ada juga pendapat yang mengatakan dinamakan Haji Akbar kerana rombongan Haji yang dihantar
oleh NABI SAW dipimpin oleh sahabat yang agung. Adapun pandangan bahawa
Haji Akbar adalah Haji yang Hari Wuqufnya jatuh pada Hari Jumaat adalah pandangan yang paling lemah.
10. Ayat 18 menceritakan tentang orang beriman adalah orang selayaknya mengimarahkan masjid
manakala ayat 23-24 ALLAH SWT melarang kita mengambil saudara-mara yang jelas
menentang ISLAM sebagai teman dan sekutu. Di dalam ayat 25-26 pula adalah berkenaan
kisah Perang Hunain di mana umat ISLAM terpedaya dengan jumlah mereka yang besar,
lalu mereka telah diserang hendap.
11. Menariknya, kisah Hijrah RASULULLAH SAW ketika bersembunyi di Gua Tsur
diceritakan di dalam ayat 40 surah ini.
Di dalam ayat ini lah terdapatnya kata-kata yang hebat
, “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita”.
.
12. Kisah orang munafiq yang berdolak dalih dan mearasa berat hati untuk bersama
NABI SAW menyertai Perang Tabuk diceritakan di dalam ayat 46-47
manakala ayat 60 menyebut secara khusus berkenaan 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat,
dan ianya adalah ketetapan yang ditentukan oleh ALLAH SWT.
1.
13. Ayat 75-77 adalah berkenaan orang munafiq yang mungkir janji seperti berjanji
akan bersedekah jika diberikan harta yang banyak. Malangnya, dalam kebanyakan tafsir dimasukkan
kisah Sa‟labah yang dikatakan menjadi Munafiq selepas diberikan kekayaan.
Kisah ini adalah kisah yang tidak benar sama sekali. Ianya sangat bercanggah dengan fakta sejarah
kerana Sa‟labah telah syahid di medan Uhud manakala di dalam kisah tidak sahih tersebut adalah
sehingga zaman Khalifah Uthman bin „Affan.
14. Ayat 80-93 surah ini menceritakan berkenaan orang munafiq, seperti;
i) hasutan mereka terhadap umat ISLAM supaya tidak keluar ke Perang Badar (Ayat 81)
dan, ii) kisah kematian Ketua Munafiq iaitu Abdullah bin Ubay. ALLAH SWT melarang
Baginda SAW menunaikan Solat Jenazah di atas kematiannya (Ayat 84).
ALLAH SWT juga memberi peringatan kepada kita semua agar memperbanyakkan menangis
dan mengurangkan ketawa kerana banyak ketawa boleh mematikan hati (Ayat 82).
2.
15. ALLAH SWT menceritakan tentang kualiti para sahabat (Ayat 91-92)
yang mana mereka tidak dapat menyertai RASULULLAH SAW di dalam Perang Tabuk
kerana kemiskinan mereka, lalu mereka menangis teresak-esak. Mereka (dikatakan 7 orang) digelar
sebagai Al-Bakka‟ kerana menangis tidak dapat menyumbang untuk ISLAM. Namun mereka dipuji
oleh ALLAH SWT di dalam ayat ini.