The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TADABBUR AL QURAN 30 JUZUK, 2020-05-09 22:25:15

TADABBUR RINGKAS JUZUK 12

TADABBUR RINGKAS JUZUK 12

*TADABBUR RINGKAS JUZUK 12

(SURAH HUD 6-123 & SURAH YUSUF 1-52)*

_15 Points_

*Sumber: Ust Abdullah Bukhari *
Diolah: Asyraf Salleh

1. Juzuk ini mengandungi keseluruhan Surah Hud dan bahagian awal Surah Yusuf.
Dinamakan sebagai Surah Hud kerana di dalamnya terdapat banyak kisah
para Nabi A.S. termasuk kisah Nabi Hud A.S.

2. Pada ayat 13, ALLAH SWT mencabar para penentang RASULULLAH SAW untuk mencipta
10 surah yang setaraf dengan surah di dalam AL-Quran.

Pada mulanya ALLAH SWT mencabar mereka mencipta satu Al-Quran (Ayat 88 Surah Al-Isra’) dan mereka gagal.

3. Lalu ALLAH menurunkan tahap cabaran menjadi 10 surah seperti di dalam ayat ini,
tetapi mereka tetap gagal. Kemudian ALLAH menurunkan cabaran agar mereka

mencipta hanya satu surah (Surah Al-Baqarah & Yunus), tetapi mereka masih gagal
. Ini adalah bukti bahawa Al-Quran benar-benar datang dari ALLAH SWT, bukan rekaan NABI SAW.

4. Kisah Nabi Nuh A.S. dirakam di dalam surah ini (Ayat 25-49).
Nabi Nuh A.S. menyatakan bahawa Baginda tidak memiliki kekayaan ALLAH SWT
dan tidak mengetahui perkara ghaib (Ayat 31). Ini adalah petunjuk mudah bagi kita,
para Nabi pun tidak mengetahui kisah ghaib, apatah lagi kita. Manakala ayat 41-43 mengisahkan bagaimana
Nabi Nuh A.S. mula naik ke atas bahtera dan anak Baginda enggan mengikutinya, lalu mati lemas.

5. Ayat 50-60 adalah berkenaan Kisah Nabi Hud A.S. Diceritakan juga berkenaan kepentingan istighfar
dan taubat di mana ianya boleh membuka pintu langit, hujan dan memurahkan rezeki (Ayat 52).

6. Kisah Nabi Soleh A.S. diceritakan di dalam ayat 61-68 manakala ayat 69-76 adalah
kisah Nabi Ibrahim A.S. yang didatangi sekumpulan malaikat yang membawa

2 berita gembira iaitu; i) Nabi Ibrahim A.S. akan dikurniakan anak bernama Ishak,
ii) Malaikat akan berjumpa dengan Nabi Lut A.S. dan mengarahkan Baginda A.S. untuk keluar

dari Negeri Sadom kerana penduduk di situ akan dimusnahkan
ALLAH SWT kerana mengamalkan seks songsang.

7. Ayat 84-95 menceritakan kisah Nabi Syuaib A.S. dan kaumnya yang suka menipu
di dalam urusan perniagaan manakala kisah Nabi Musa A.S. dan firaun diceritakan pada ayat 96-99.

8. Penurunan ayat 112 Surah Hud telah menyebabkan RASULULLAH SAW
beruban rambutnya kerana beratnya suruhan ALLAH SWT pada ayat tersebut iaitu
untuk terus ISTIQAMAH di dalam suruhan ALLAH SWT dan tidak melampau.

9. Ayat 118-119 menceritakan bagaimana manusia dicipta mempunyai perbezaan pendapat.
Ayat inilah menjadi asas di dalam perbincangan perbezaan mazhab. Ianya adalah fitrah manusia.

10. Surah Yusuf secara ringkasnya menceritakan bagaimana Nabi Yusuf A.S.
diuji dengan hasad dengki 10 saudara Baginda, kemudian dibuang di dalam perigi dan dijual di Mesir.

Baginda A.S. juga digoda oleh isteri Al-Aziz (Pembesar) yang akhirnya menyebabkan
Baginda dimasukkan ke dalam penjara.

11. Pengajaran pertama dari kisah Nabi Yusuf A.S. yang digoda oleh isteri Al-Aziz,
Baginda diberi 2 pilihan samada dimasukkan ke dalam penjara atau melakukan
perkara tak baik bersama perempuan tersebut.
Sudah tentu Baginda memilih untuk dimasukkan ke dalam penjara.

12. Ayat ini difahami oleh para ulama’, bahawa musibah terdiri daripada 2 jenis,
i) Musibah dunia (mendapat kesusahan seperti dipenjarakan), ii) Musibah agama (agama kita rosak

kerana melanggar perintah ALLAH SWT).
Di dalam kisah ini, Nabi Yusuf A.S. memilih untuk menjaga agamanya walaupun ditimpa musibah dunia.

13. Pengajaran kedua adalah kisah Nabi Yusuf A.S. bersama dua orang teman sepenjara yang mana
Baginda menafsirkan mimpi salah seorang dari keduanya akan dibebaskan. Nabi Yusuf A.S. meminta agar

beliau menceritakan kisah Baginda yang dianiaya kepada Raja supaya Baginda dibebaskan.

14. Setelah dibebaskan, kawan tersebut dilupakan ALLAH untuk menceritakan perihal tersebut,
lalu Baginda kekal berada di penjara selama beberapa tahun. Ulama’ menafsirkan bahawa
ALLAH SWT menegur Baginda kerana bergantung kepada pertolongan manusia kerana

sebelum ini ALLAH SWT yang menyelematkan Baginda dari bahaya perigi dan terjebak dengan zina dsb.

15. Pengajaran terakhir adalah berkaitan kisah tafsiran mimpi Raja oleh Nabi Yusuf A.S.
untuk bercucuk tanam selama 7 tahun dan tidak diasingkan hasil tanaman dari tangkainya

untuk digunakan pada 7 tahun berikutnya. Ini adalah berkaitan dengan
kitaran ekonomi yang mempunyai pasang surutnya.
.


Click to View FlipBook Version