selalu sembelih binatang jamu di kubur tok wali, bertapa di kubur tok wali, dengan
harapan kalau di akhirat nanti Tok Wali itu akan pujuk Allah bagi pihaknya.
Tapi contoh negara besar yang beri tekanan kepada negara kecil tidak akan berlaku dalam
kerajaan Allah. Tidak ada sesiapa yang boleh desak Allah. Mereka yang bertawasul dengan
tok wali itu pun tidaklah kata yang wali-wali itu boleh desak Allah. Maka syafaat yang
mereka maksudkan adalah ‘syafaat qahriyyah mahabbah’. Iaitu Allah akan selamatkan
seseorang itu kerana sayangkan tok wali itu.
Fahaman inilah yang masuk ke dalam masyarakat. Fahaman ini ada dalam agama lain
seperti Nasara. Mereka kata Allah sayang sangat kepada wali itu sampai boleh pujuk Allah.
Mereka sangka Allah malu nak azab mereka yang rapat dengan tok wali itu. Maka mereka
sampai menangis di kubur tok wali dan mengharapkan pertolongan wali itu. Kadang-kadang
ada suara yang keluar dari kubur yang memberi arahan suruh sembelih kambing,
contohnya. Suara itu sebenarnya adalah suara jin, tapi mereka sangka itu adalah suara tok
wali.
Ini adalah syirik fi tasarruf wa tadbir. Iaitu mereka jata tok wali itu ada terlibat juga dalam
urusan hukuman Allah taala. Banyak ayat Quran sebut tentang syafaat qahriyyah ini kerana
ianya banyak digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia. Syaitan tahu yang
manusia senang tertipu dengan perkara ini. Maka Allah tegaskan dengan berbagai cara
dalam Qur’an yang tidak ada syafaat qahriyyah di akhirat nanti.
3. Salah faham ketiga, mereka sangka wali itu tahu perkara ghaib. Sampai ada orang kita
yang takut bercakap dengan orang alim. Kerana mereka sangka orang alim itu boleh baca
hati mereka dan tahu apa yang mereka nak lakukan.
Dan mereka sangka, apabila wali itu dah mati, mereka masih boleh dengar seruan mereka
yang hidup. Ini adalah syirik fil ilmi (syirik tentang ilmu). Pada mereka, kalau dah jadi
seorang wali, tentu akan tahu ilmu ghaib. Sedangkan Nabi sendiri tidak tahu ilmu ghaib,
apatah lagi seorang wali. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara ghaib. Oleh kerana mereka
rasa tok wali tahu perkara ghaib, maka mereka minta pertolongan kepada tok wali. Salaf
faham berkenaan wali ini juga berangkat kepada salah faham tentang Nabi dan malaikat
juga.
Itulah kekeliruan manusia tentang wali, Nabi dan malaikat yang mereka jadikan sebagai
ilah mereka. Kita hendaklah yakin yang tidak ada ilah melainkan Allah sahaja. Syafaat,
perkara ghaib, seru, penyeleaai masalah hanya ada pada Allah. Lebih-lebih lagi pada
perkara ma fauqal asbab – di luar lingkungan asbab. Maksudnya kalau kita minta tolong
seseorang dalam hal keduniaan seperti tolong angkat barang, itu masih dalam lingkungan
asbab orang itu. Tapi kalau kita minta dia menyelesaikan masalah kita dengan Allah, itu
bukan dalam lingkungan asbab makhluk.
Timbul satu persoalan: Musyrikin Mekah itu duduk di Mekah yang suci, dekat pula dengan
Kaabah, laku bagaimana mereka boleh tersesat? Mereka sesat kerana mereka samakan
kerajaan dunia dengan kerajaan Allah taala. Kalau dalam kerajaan dunia, memang bukan
semua Perdana Menteri buat kerja, tapi diberikan urusan yang kecil-kecil kepada orang
bawahan dia. Tapi tidaklah sama kerajaan makhluk dengan kerajaan Allah taala. Mereka
pun tidak belajar agama. Itulah sebabnya kerosakan kepada agama mereka. Begitu juga,
akidah masyarakat kita rosak kerana tidak belajar agama.
Soalan seterusnya: Kenapa mereka boleh dapat fahaman begitu? Kerana mereka lihat
dalam cerita ghaib pun, mereka ada dengar yang Allah ada suruh malaikat buat kerja.
Maka, mereka sangka malaikat-malaikat itulah ‘wakil Tuhan’ macam Perdana Menteri
wakilkan penghulu untuk jaga kampung dia. Mereka dengar-dengar sahaja maklumat ini
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 51
dan kerana tidak belajar, maka mereka telah salah faham. Mereka sangka yang malaikat-
malaikat itu menjalankan tugas dengan bebas dan dengan ikhtiar mereka.
Kita pun tahu juga yang Allah berikan tugas kepada para malaikat, tapi tidaklah kita faham
seperti yang mereka faham. Kita faham yang malaikat buat semua yang ditugaskan kepada
mereka itu atas perintah Allah. Malaikat tidak akan berani buat selain dari yang
disuruhkan. Inilah bahaya kalau tak belajar dengan betul. Begitulah orang Mekah yang
tidak ada kitab dan tidak ada sumber yang kukuh dan sahih. Mereka dengar-dengar sahaja
dan buat andaian sendiri.
Yang kedua menyebabkan mereka boleh keliru itu adalah kerana mereka dengar yang para
Nabi dan wali-wali, doa mereka cepat dimakbulkan. Jadi, kerana mereka dengar yang Nabi
dan wali cepat dimakbulkan doa mereka, maka mereka memandang tinggi kedudukan
mereka dan mereka telah memohon pertolongan kepada Nabi dan wali walaupun mereka
telah mati.
Mereka sahaja yang pandai melantik para wali itu. Tidak ada sesiapa yang sepatutnya
mengaku sebagai wali. Wali pun tidak tahu dia wali. Selalunya yang kata seseorang itu
wali, adalah dari lantikan manusia sahaja. Senang sahaja mereka kata seseorang itu ‘wali’.
Allah pun tidak tunjuk perlantikan wali kepada orangramai. Lainlah dengan para sahabat,
itu semua orang kenal kerana Allah telah lantik mereka sebagai sahabat Nabi. Tapi siapa
boleh kenal wali Allah?
Ketahuilah yang Allah iktiraf seorang wali itu di sisiNya, tanpa diketahui oleh manusia lain.
Kerana sangkaan tentang wali yang salahlah yang telah menyebabkan keliru habis
masyarakat kita. Sampaikan ada orang tak sembahyang pun mereka kata orang itu wali. Itu
semua adalah kerana kejahilan yang merebak dalam masyarakat kita. Nauzubillah!
Allahu a’lam. Audio Kuliah boleh dengar di sini:Mabahisut Tauhid 4
Risalah 4 Usul Daurah Tafsir: Perbahasan tentang ilah
Muqaddimah
Amat penting sekali kena faham betul-betul tentang ilah ini. Kalau faham, akan mudah
faham tafsir Quran. Bila kita tahlil pun, akan rasa lain kerana ia akan memberikan kesan ke
dalam hati kerana kita sudah faham maksud ilah itu. Apabila kita lafaz la ilaha illallah, kita
sebut dengan kefahaman yang jitu. Waktu itu, kita akan rasa bergantung sungguh kepada
Allah.
Dalam bahasa Melayu, ilah selalunya hanya disebut ‘Tuhan’. Tapi siapakah ‘Tuhan’? Ramai
dalam kalangan orang Islam tak faham pun apakah maksud ilah itu, tapi Musyrikin Mekah
amat faham lafaz ilah itu. Sebab fahamlah, mereka lawan Nabi kerana tidak ada
persetujuan kefahaman dalam tauhid pada ilah. Maknanya, pertentangan itu adalah atas
perkara akidah.
Masyarakat kita memang ramai yang tak faham ilah. Mereka hanya pandai sebut sahaja.
Sebab itu, apabila kita tegur mereka tentang ‘tawasul’ salah yang mereka lakukan, mereka
akan tolak kita, lawan kita. tuduh kita macam-macam. Ini semua kerana mereka tak faham
dengan sebenarnya, apakah lafaz ilah itu. Maka kitalah yang kena belajar dan yang kena
faham dulu supaya kita dapat beri penjelasan kepada mereka. Isu agama memang sensitif
dan mereka akan marah kalau kita tegur mereka, walaupun mereka salah – manusia
memang susah ditegur, apatah lagi dalam hal agama. Maka kita kena faham dengan kemas
dulu sebelum beritahu kepada orang lain.
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 52
Akidah yang Haq adalah: tidak membenarkan lafaz ilah berkongsi dengan selain Allah.
Lafaz ilah itu hanya untuk Allah sahaja. Nabi, wali, malaikat dan sesiapa sahaja tidak boleh
memilikinya. Sifat ketuhanan hanya milik Allah.
Sedangkan akidah yang batil itu membenarkan lafaz ilah itu dikongsi dengan selain Allah.
Iaitu kepada roh wali, malaikat dan jin. Mereka kongsi status ilah itu dengan Allah. Inilah
akidah Musyrikin Mekah. Tugas terbesar Nabi Muhammad adalah menerangkan tauhid dan
menolak perkongsian ilah dengan selain Allah. Itulah Tauhid pada lafaz ilah.
Adakah selain Allah yang memiliki sifat Tuhan? Ada yang kata ada dan itu yang kita nak
bersihkan.
Ringkasan Tajuk-tajuk dalam masalah ilah:
1. Kepentingan untuk tahu masalah ilah ini. Ianya amat penting untuk kita kenal Allah.
2. Kitab-kitab yang diturunkan dahulu berkenaan perkara ini. Bukan Qur’an sahaja yang
sebut tentang tauhid kepada ilah. Semua kitab dari langit membicarakan perkara ini.
3. Terdapat 4 syubhat (kekeliruan) ilah ini yang difahami oleh Musyrikin Mekah. Begitu juga
ianya adalah kekeliruan masyarakat Islam sekarang. Kerana mereka keliru, sebab itulah
mereka amal perkara syirik. Tak perasan yang sama sahaja akidah mereka dengan
Musyrikin Mekah. Mereka sangka mereka tidak sama dengan akidah Musyrikin Mekah, tapi
apabila dikaji, serupa sahaja. Tapi kerana tak belajar tafsir Qur’an, mereka tetap berada
atas kesesatan itu.
4. Perbahasan syirik di segi ilmu.
5. Perbahasan syirik di segi tasarruf. Kedua-dua jenis syirik inilah yang banyak merosakkan
akidah manusia. Kita akan tunjukkan bagaimana kedua-duanya milik Allah sahaja.
6. Tauhid di dalam adat ibadat dan ubudiyyah.
Syarah:
1. Seluruh Nabi akan menyampaikan ajaran mengesakan Tuhan. Inilah yang pertama
sekali akan disampaikan oleh para Rasul kepada umat mereka. Ianya adalah satu ilmu yang
amat penting sekali, yang kalau salah faham dalam ilmu ini, maka tidak bergunanya
amalan dan fahaman agama yang lain.
2. Kitab-kitab yang lain dari langit juga menyampaikan hal ilah sebagai ajaran
utama.Terlebih sekali Qur’an. Kitab selain Qur’an telah diubah, jadi mana kita tahu yang
kitab-kitab itu memperkatakan tentang ilah juga? Kita tahu kerana ianya telah diberitahu
dalam Qur’an. Allah dah sebut dah yang kitab-kitab itu juga memperkatakan tentang ilah.
Bukannya perlu kita baca Taurat dan Injil pula untuk pastikan. Cukup dengan kita percaya
sahaja apa Allah sebut dalam Quran. Mana-mana tulisan kitab-kitab itu yang berlawanan
dengan Qur’an, maksudnhya ianya telah ditukar. Kisah-kisah ini banyak disebut dalam
surah Hud, Isra dan Anbiya.
Audio kuliah boleh dengar di sini: Masalatul ilah 1
3. Kesamaran tentang mafhum ilah:
Ini adalah tentang kesamaran kepada umat zaman sekarang tentang masalah ilah. Orang
Arab tak keliru, sebab itu mereka lawan Nabi. Orang kita sahaja yang keliru sampai
terjerumus dalam syirik walaupun mereka mengucap syahadah setiap hari. Kerana mereka
tak faham apa yang mereka ucapkan. Ini kerana pada sangkaan mereka, syirik Arab Mekah
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 53
itu berlainan dengan iktikad mereka. Sedangkan setelah dikaji, syirik masyarakat kita yang
tidak ada ilmu tentang ilah itu sama sahaja dengan Musyrikin Mekah.
Sebab terjadinya akidah bathil itu adalah kerana tiada panduan dan pengajian tentang
akidah ini melalui kitab muktabar dan guru yang muktabar. Kitab paling muktabar adalah
Qur’an dan guru yang muktabar adalah guru yang belajar talaqqi secara bersanad. Bahaya
kalau baca sendiri ilmu tentang akidah kerana takut keliru. Kerana dengan sanadlah yang
menjaga kesahihan ilmu. Kerana kita dapat kepastian yang kita pengajaran itu tidak putus
sampai kepada Nabi. Masyarakat Islam kita rosak kerana tiada panduan dan ajaran agama
yang sahih. Sampaikan mereka tak tahu apakah persamaan akidah mereka dan Musyrikin
Mekah.
Begitulah penyakit yang berleluasa dalam masyarakat kita adalah mabuk ‘cinta dunia’ dan
mabuk ‘jahil agama’. Sebab itulah, walaupun kita ramai tapi diratah orang kafir.
Sebelum kita berbincang apakah kesamaran-kesamaran itu, ada perkara yang kita kena
tahu dahulu supaya kita boleh faham perbincangan seterusnya nanti. Seperti yang kita
sudah tahu, Allah menguji sekalian hambaNya. Dan dunia ini dijadikan Darul Ibtila’ – Medan
ujian. Bukanlah dunia ini ‘medan kebahagiaan’ tapi ianya adalah tempat ujian sahaja.
Akhirat nanti adalah Darul Jaza’ – Tempat Pembalasan. Oleh itu, bukanlah dunia ini tempat
bersuka-ria tapi ianya adalah tempat untuk beribadat dan mengisi bekal untuk akhirat.
Jadi jangan putus atas dengan medan ujian semasa kita di dunia ini. Ingatlah yang ianya
bukan tempat yang kekal pun. Susah dan senang yang kita alami sepanjang kehidupan kita
dari lahir sampailah kita mati, semua itu adalah sebahagian dari ujian sahaja. Biasanya,
dalam ujian, macam-macam yang akan kena dengan kita. Dan kadang kala kita akan buat
kesalahan semasa dalam ujian itu. Allah dengan kebijaksanaanNya yang sempurna telah
menjadikan medan ujian di dunia berjalan mengikut sunnahNya – mengikut caraNya. Cara
yang Allah sendiri yang adakan. Sebagai contoh, kalau kita tanam tanam benih padi, nanti
kita dapat beras. Tidak keluar tumbuh yang lain, kerana itu akan mengelirukan kita nanti.
Sunnah Allah ke atas sekalian hamba pula terbahagian kepada dua:
1. Ma fauqal asbab – di atas lingkungan asbab
2. Ma tahtal asbab – di bawah lingkungan asbab
Menyeru dan memanggil seseorang, boleh jadi harus dan boleh juga jadi haram. Kalau
ianya sesuatu yang normal dan boleh diterima akal, seperti kalau panggil orang di luar
negara, tapi pakai telefon, itu adalah harus.
Tapi kalau seru Nabi, malaikat dan jin, itu di luar asbab. Kita kena tahu yang seru selain
Allah, yang di luar asbab, tidak dibenarkan. Kalau seru Allah, hanya itu sahaja yang
dibenarkan. Malangnya ramai orang sekarang seru dan panggil Nabi dan wali. Siapa suruh?
Quran, Nabi dan hadis tak suruh pun. Ada bukti dan dalilkah dari amalan mereka itu? Tentu
tidak ada. Ini adalah kerana ada orang memandai buat sahaja. Jangan kita terlibat buat
sama dengan mereka. Walau betapa ramai pun orang yang buat.
Apakah hukumnya? Kalau mereka seru dan mereka iktikad yang Nabi mendengar seruan
mereka dan boleh datang pula ke majlis mereka, sudah jatuh kafir mereka. Tapi kalau
mereka menyeru dalam bentuk nada dan sastera, ulamak berselisih pendapat dalam hal
ini. Ada yang kata salah kerana boleh menyebabkan kekeliruan dalam akidah. Ada yang
kata, kalau orang itu sedar dan tahu apa yang dia buat, cuma dalam bentuk madah sahaja,
dibolehkan. Tetapi, elok ditinggalkan sahaja perkara yang boleh menyebabkan kekeliruan.
Setengah dari perkara-perkara ma tahtal asbab (yang dibawah asbab) diperlihatkan oleh
Allah kepada seluruh hambaNya. Iaitu melalui hukum takwini – hukum kun fayakun. Sebagai
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 54
contoh, kalau tanam padi, hasilnya akan tumbuh padi. Ianya adalah hukum yang diberikan
sama rata dan bukan hukum syariah. Orang kafir atau muslim tertakluk kepada hukum alam
yang sama ini. Oleh itu, tidak boleh jadikan hukum takwini untuk menyatakan murka atau
redha Allah kerana Allah berikan sama kepada semua. Iaitu kalau seseorang itu dapat
banyak kebaikan, tidaklah itu bermakna yang Allah suka kepada orang itu.
SunnahNya dr jenis ma fauqal asbab (yang diatas asbab) diperlihatkan kepada hamba-
hambaNya melalui hukum tasyri’ie (hukum syariat). Hukum inilah yang boleh menyebabkan
manusia masuk samada syurga atau neraka. Ianya adalah neraca kepada amalan kita. Ada
suruhan dan larangan di dalam hukum ini. Hukum terdapat dalam kitab wahyuNya yang
mesti diikuti oleh manusia.
Kedua-dua jenis hukum ini dari Allah belaka. Allah yang menentukan kedudukannya. Allah
menuntut hambaNya mengikut hukum tasyri’ie ini yang sifatnya tidak berubah dan
dilakukan dalam hukum takwini yang sifatnya sentiasa berubah. Sebagai contoh, kita kena
puasa tidak kira di dalam musim sejuk atau musim panas. Kerana musim boleh bertukar
tapi hukum tidak bertukar. Itulah maksudnya hukum takwini bertukar-tukar tapi hukum
tasyri’ie tidak. Itu semua adalah dalam rangka Allah menguji hambaNya.
Dalam solat pula, kita kena buat juga solat lima waktu sehari semalam dalam apa keadaan
pun. Cara solat pun dari dulu sampai sekarang sama sahaja. Allah menguji hambaNya
dengan hukum takwini dengan keadaan hambaNya itu. Sebagai contoh, kadang-kadang
cuaca panas sangat, kadang sejuk sangat, tapi solat tetap kena solat juga. Tidaklah kalau
sejuk sangat, dah tak perlu solat. Tentulah tidak begitu, bukan? Begitu juga, keadaan
dalam diri kita pun berubah-ubah dari masa ke semasa. Kadang-kadang hati kita seronok,
kadang kita lapang, kadang sibuk, kadang sedih dan sebagainya, tapi masih tetap kena
solat juga. Itu semua adalah dugaan dari Allah dan ujian kita semasa di dunia.
Kalau kita terkesan dengan hukum takwini sampai meninggalkan hukum tasyri’ie, Allah
mengatakan yang mereka itu golongan celaka dan kufur. Nauzubillahi min zaalik.
Audio kuliah boleh dengar di sini: Masalatul ilah 2
Tetapi malangnya, ramai yang tidak tahu tentang apakah maksud ilah ini. Ini adalah kerana
mereka tidak belajar tentangnya. Ramai yang sangka mereka telah tahu agama, tapi
sebenarnya mungkin tidak lagi. Oleh kerana tidak belajar, maka ada keraguan dan
kesamaran tentang tauhid dan lebih-lebih lagi tentang maksud ilah. Di sini kita hendak
membincangkan apakah kesamaran manusia tentang ilah :
i. Ramai yang sangka, syirik itu terjadi hanya apabila menduakan Allah. Iaitu kalau kata
ada tuhan selain Allah sahaja baru dikira telah melakukan syirik. Sebagai contoh, mereka
sangka, syirik itu adalah apabila meletakkan sifat sempurna yang seperti Allah pada entiti
lain. Mereka kata kalau ada yang kata ada tuhan lain yang ada sifat sempurna macam
Allah, barulah dikatakan syirik.
Oleh itu, pada mereka, kalau seru para wali, Nabi dan malaikat, tidak mengapa dalam
sangkaan mereka.
Jawapan: Ini adalah satu fahaman yang salah. Dan mereka sangka begitu kerana tidak
belajar. Dan kerana mereka tidak faham akidah Musyrikin Mekah. Mereka buat sangkaan
sahaja tentang apakah fahaman orang Musyrikin Mekah. Mereka sangka Musyrikin Mekah
anggap ada entiti yang sama macam Allah. Padahal tidak begitu. Musyrikin Mekah
sebenarnya kenal Allah sebagai Tuhan dan mereka tidak pernah menyamakan sembahan-
sembahan mereka sebagai mempunyai kedudukan yang sama macam Allah.
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 55
Jadi, mereka sangka tak salah bila seru jin, Nabi, wali dan malaikat sebab mereka tak kata
pun yang Nabi, wali dan malaikat itu bersifat sempurna seperti Allah. Mereka kata mereka
minta syafaat sahaja dengan Nabi, wali dan malaikat itu. Mereka kata, itu semua sekadar
menyokong doa mereka sahaja, dan mereka masih meminta doa kepada Allah. Iaitu supaya
doa mereka mudah diterima. Atau untuk ambil berkat sahaja. Mereka kata kalau begini,
tidak syirik. Mereka pun beri perumpamaan, seperti memakai orang tengah untuk masuk
istana raja. Mereka kata, kenalah pakai orang tengah sebab tak faham bahasa istana dan
tak faham selok belok istana dan tidak layak untuk bercakap dengan raja dan masuk
istana. Mereka sangka hujah mereka itu munasabah sebab para wali, Nabi dan malaikat itu
sudah dekat dengan Allah. Mereka sangka entiti-entiti itu akan merayu bagi pihak mereka
kepada Allah. Kerana itu, macam-macam permintaan yang disampakan melalui mereka.
Mereka kata tak syirik apa yang mereka lakukan itu sebab keempat-empat entiti itu hanya
makhluk yang hampir dengan Allah dan tidaklah mereka itu dianggap sebagai sama
kedudukan dengan Allah. Tujuan mereka menyeru jin, wali, Nabi dan malaikat itu hanyalah
untuk menjadi rapat dengan mereka, bukannya menyembah mereka seperti menyembah
Allah. Semuanya hanya intuk jadi ‘broker’ antara mereka dan Allah. Itulah yang dinamakan
‘tawasul’. Dan selain dari jadi perantara, mereka juga dijadikan sebagai tempat minta
berkat. Itulah dua perkara syirik yang mereka lakukan. Mereka sebenarnya telah
melakukan perkara syirik tapi mereka tetap kata ini tidak syirik. Ketahuilah yang mereka
itu salah dan janganlah kita pun terikut-ikut dengan mereka. Itulah sebenarnya syirik Arab
Mekah dan kenapa mereka dipanggil ‘musyrikin’ oleh Allah. Mereka pun faham macam itu
juga dulu. Cuma beza orang Melayu, kita tak terima jin sebagai tempat tawasul. Cuma
Arab Mekah sahaja yang kata Allah telah menikah dengan jin dan keluar malaikat sebagai
anak.
Ketahuilah, ada dua jenis tawasul yang salah.
A. Seru Allah tapi guna berkat selain Allah. Sebagai contoh, ada yang berdoa begini: “Ya
Allah, dengan berkat Nabi Muhammad, kabulkanlah permintaan kami ini”. Ini adalah cara
doa bidaah yang berdosa. Iaitu mereka seru Allah, tapi ambil berkat Nabi dan wali.
B. Seru makhluk lain untuk bawa doa kepada Allah. Ini syirik dan kufur. Ini dalah jenis
tawasul yang syirik.
Jangan kita salah sangka dengan Tawasul, kerana ada tawasul yang dibenarkan. Tawasul
yang elok adalah menggunakan amal soleh. Iaitu setelah melakukan amal soleh, kita terus
berdoa kepada Allah. Sebagai contoh, selepas solat, kita berdoa; atau selepas membaca
ayat Quran, kita terus berdoa.
Satu lagi tawasul yang dibenarkan dan digalakkan adalah dengan menggunakan asma’
Allah. Sebagai contoh, kita berdoa begini: “ya Razzaq, kurnialah kami rezeki yang banyak”.
Ini juga dibolehkan. Jadi, kita sebagai seorang muslim, kena tahu nak bezakan manakah
tawasul yang dibenarkan dan manakah yang tidak.
Oleh itu, seperti yang kita telah sebut, masyarakat Islam kita, sangka yang hanya apabila
menyamakan kedudukan entiti selain Allah pada kedudukan yang sama macam Allah,
barulah dikira sebagai syirik. Mereka telah tersilap faham. Mereka mungkin juga telah
tersilap dalam menggunakan dalil yang disebut dalam Quran, bagaimana orang kafir telah
samakan kedudukan Allah dengan sembahan mereka. Ini seperti yang disebut dalam
An’am:1
ثُ َّم الَّ ِذي َن َكفَ ُروا ِب َربِّ ِه ْم َي ْي ِدلُو َن
orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 56
Mereka kata kalau samakan semua sifat Allah, barulah syirik. Ini adakag salah faham yang
biasa terjadi. Sebenarnya, tidak perlu menyamakan semua sifat Allah kepada makhluk
sudah dikira syirik. Kerana kalau satu sudut pun kita dah samakan dengan Allah, itu sudah
syirik. Ini kita akan sebut selepas ini bagaimana kalau kita kata makhluk mempunyai
pengetahuan ghaib pun, sudah dikira sebagai syirik. Itu dinamakan Shirk fil ilmi (Syirik
dalam Ilmu).
Lagi satu dalil yang mungkin disalahfahami oleh mereka yang tidak faham tentang ilah ini
ada dalam Syu’ara:98
ِإ ْذ نُ َس ِّوي ُكم ِب َر ِّ ِب ا ْل َيالَ ِمي َن
“Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
Mereka yang diazab dalam ayat ini adalah kerana mereka menyamakan sembahan lain
dengan Allah.
‘Kamu’ dalam ayat ini adalah merujuk kepada Nabi, wali dan malaikat. Bukanlah
penyamaan itu dalam segenap sudut seperti yang ada disangkakan oleh sebahagian umat
Islam. Kalau samakan satu pun sifat khas Allah dengan makhluk pun sudah salah akidah.
Kebanyakan umat Islam yang salah akidahnya, menyamakan ibadat kepada Allah dalam
bentuk ibadat ‘seru’. Kita kena tahu yang ‘seru’ adalah satu bentuk ibadat. Itulah yang
banyak dilakukan oleh mereka yang jahil. Mereka seru: “Ya Nabi'”, “ya wali”, “ya sheikh
Qadir Jailani” dan sebagainya lagi seruan-seruan mereka. Seru juga adalah doa sebenarnya
dan sebab itu ianya hanya boleh dilakukan kepada Allah sahaja kerana doa hanya kepada
Allah. Maka kalau menyamakan Allah dalam bentuk apa sahaja, itu sudah syirik.
Mungkin ada yang kata takkan kita sama macam Musyrikin Mekah sedangkan Musyrikin
Mekah itu sembah patung berhala sedangkan kita tak pernah buat begitu. Kita kena faham
bahawa patung berhala mereka itu bukanlah tuhan tapi kiblat tawajuh sahaja. Maksudnya,
tempat mereka fokuskan wajah atau fikiran mereka sahaja. Mereka tahu yang patung itu
bukannya tuhan. Mereka tahu yang patung itu tidak boleh buat apa-apa pun. Yang mereka
seru adalah roh yang dimaksudkan oleh hati mereka. Sebagai contoh, kalau kita tanya
kepada orang Hindu, samada patung mereka yang di kuil dan di rumah itu, adakah tuhan
mereka, tentu mereka akan jawap tidak. Mereka yang buat patung itu, takkan patung itu
pula jadi tuhan mereka. Mereka akan kata yang patung itu adalah tempat fokus fikiran
mereka sahaja. Yang mereka sembah adalah dewa Siva, Vishnu dan sebagainya.
Jadi orang Musyrikin Mekah pun tidaklah menganggap yang patung itu adalah tuhan mereka
tapi yang mereka maksudkan adalah roh sembahan mereka seperti Nabi, wali dan malaikat.
Dalam masa yang sama, mereka sendiri tahu yang roh roh itu tidak ada kuasa mencipta dan
memperkenankan apa-apa. Cuma mereka minta sampaikan kepada Allah sahaja.
Oleh itu, tidaklah perlu ada patung kalau nak jadi syirik. Kalau kita pun ada menyeru roh
wali dan Nabi, atau malaikat, tanpa ada patung pun, itu sudah menjadi syirik.
Oleh itu, Musyrikin Mekah tidaklah percaya yang roh-roh yang mereka sembah itu ada sifat
sempurna macam Allah dari segi Dzat dan sifat. Tapi mereka cuma memuja sebagai tempat
minta syafaat dan tawasul sahaja. Pada mereka roh-roh itu menjadi penyebab untuk
hampir kepada Allah. Dan mereka tahu roh-roh itu tidak ada kuasa apa pun.
ii. Kesamaran yang seterusnya yang masyarakat kita ada kepada akidah musyrikin Mekah
adalah kita sangka mereka percaya kepada benda yang tidak bernyawa. Kita sangka
mereka percaya patung berhala yang mereka sembah itu ada kuasa. Dan kita sangka kita
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 57
lain dengan mereka kerana kita percaya kepada roh, bukan barang yang tidak bernyawa.
Inilah sangkaan orang yang jahil.
Jawapan: Arab Mekah berfahaman yang orang yang soleh sebelum mereka telah banyak
beribadat dan kerana itu mereka telah hampir kepada Allah. Lalu Allah memberi mereka
kuasa ketuhanan sebagai ‘anugerah’. Macam kalau seseorang berjasa kepada negara, dia
akan diberi pingat oleh kerajaan, bukan? Begitulah lebih kurang sangkaan Musyrikin Mekah
terhadap orang-orang yang soleh dari kalangan mereka – orang-orang soleh itu akan
mendapat anugerah kuasa dari Allah. Bukan dapat semua kuasa penuh pun, tapi sebahagian
sahaja. Kuasa itu tertakluk kepada bahagian-bahagian tertentu dan tempat-tempat
tertentu sahaja. Kuasa keseluruhan masih ada pada Allah. Inilah khayalan dalam fahaman
mereka. Oleh kerana pada sangkaan mereka orang-orang soleh itu ada kuasa, Musyrikin
Mekah rasa mereka itu berhak dipuja. Sebab mereka hampir dengan Allah, sebab mereka
dikatakan telah mendapat ‘pakaian kemuliaan’.
Mereka bukanlah sembah patung sebab sangka patung itu ada kuasa. Sebab tak muhasabah
kalau begitu kerana mereka pun tahu yang patung itu tidak ada kuasa. Orang berakal tidak
akan buat begitu. Dan mereka tidak bodoh begitu. Mereka bukan sembah batu dan kayu
tapi kayu dan batu itu adalah kiblat tawajuh sahaja. Batu dan kayu atau apa sahaja itu
dijadikan sebagai wakil sahaja. Kadang-kadang dijadikan dalam bentuk gambar. Semua itu
dijadikan sebagai gambaran orang yang telah mati itu.
Sebenarnya yang mereka seru adalah roh wali itu. Macam orang zaman sekarang pun ada
buat begitu juga. Ada juga yang memuja dan menyeru kubur kerana sangka tok wali akan
suka dengan sembahan mereka itu dan akan beri syafaat sebagai balasan. Nama berhala itu
pun diambil dari nama orang terdahulu yang soleh, seperti Manat, Uzza dan sebagainya.
Dalam Quran, lafaz ‘Syai’an’ dan ‘min dunillah’ adalah lafaz umum yang merujuk kepada
apa-apa sahaja yang disembah selain Allah, seperti patung, gambar, roh dan berhala atau
apa-apa sahaja.
iii. Ini adalah hujah ketiga yang diberikanoleh mereka yang jahil. Mereka kata, sekiranya
seruan kepada roh-roh orang mati itu syirik, maka panggilan sesama hidup juga adalah
syirik. Hujah mereka, kalau minta sembuh dengan roh mati itu syirik, maka minta ubat
kepada doktor pun syirik juga. Inilah hujah bathil mereka yang sebenarnya datang dari
syaitan. Syaitan telah memberi hujah itu kepada mereka. Ketahuilah yang syaitan boleh
tipu mereka yang jahil sahaja. Payah syaitan nak tipu orang yang mahir dengan agama.
Jawapan: Permintaan kepada mereka yang hidup seperti minta ubat dari doktor itu adalah
perkara di bawa asbab. Kerana mereka masih hidup lagi dan boleh menolong kita kerana
dalam kemampuan mereka. Mereka pun boleh dengar permintaan kita.
Tapi kalau permintaan itu permintaan di luar dari asbab, seperti minta kepada orang mati
yang tidak mendengar permintaan kita, itu adalah syirik. Kalau seru sesama yang hidup,
ianya masih dalam asbab. Maka boleh minta kepada mereka yang dalam lingkungan asbab.
Itu harus dan dibenarkan. Sebagai contoh, minta ubat dari doktor, makan ubat akar kayu
dan sebagainya. Dalam Qur’an, banyak Allah berikan contoh minta bantuan dalam asbab.
Macam dalam surah al-Kahf, Dzulqarnain ada minta tolong kepada orang di sekeliling
kawasan itu untuk buat benteng untuk berlinding dari Yakjuj Makjuj. Allah juga ada suruh
kita jadi pembantu kepada Nabi. Nabi Isa pun ada minta tolong kepada hawariyyun.
Kesimpulannya, bantu membantu dan permintaan pertolongan kepada yang hidup
dibenarkan.
Ketahuilah, seruan syirik adalah seruan luar lingkungan asbab. Iaitu permintaan kepada roh
wali, Nabi dab malaikat atau sesiapa sahaja yang tidak dapat mendengar permintaan kita
itu.
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 58
iv. Ada yang salah anggap dengan perkara mukjizat dan karamah. Mereka sangka yang
mukjizat Nabi dan keramah wali itu adalah kerana usaha mereka. Mereka sangka, para
Nabi dan wali itu boleh buat mukjizat dan karamah itu bila-bila masa sahaja. Macam Nabi
Musa, mereka sangka yang baginda boleh guna tongkat baginda bila-bila masa dan baginda
boleh tukarkan tongkat itu jadi ular, keluarkan air dan batu dan belah lautan. Maka
mereka sangka, kalau mereka boleh buat begitu, bolehlah minta kepada mereka, kerana
mereka ada kelebihan-kelebihan luar biasa yang boleh membantu mereka yang meminta.
Jawapan: Segala mukjizat dan karomah sebenarnya dari kudrat Allah. Bukan ikhtiar dari
Nabi dan wali. Allah sahaja yang tentukan. Mukjizat dan karamah tidak berlaku melainkan
dengan perlakuan Allah. Bukan dari kehendak Nabi dan wali. Hanya apabila Allah suruh
Musa lemparkan tongkat baginda, barulah tongkat itu menjadi ular. Kalau baginda saja-
saja lempar dengan niat menjadikan tongkat itu sebagai ular, tidak akan terjadi.
Audio kuliah boleh dengar di sini: Masalatul ilah 3
4. Perbahasan syirik tentang ilmu yang biasa berlaku dalam masyarakat kita.
Ketahuilah, apabila satu-satu sifat itu milik khas Allah, maka selain Allah tidak boleh
memilikinya. Kalau kita kata ada juga yang memilikinya, itu adalah syirik.
i. Allahlah sahaja yang memiliki ilmu dzaati. Kita pun ada juga ilmu, bukan? Dan Allah pun
ada ilmu juga. Tapi ilmu yang pada Allah ada adalah ilmu dzaati dan ilmu yang kita ada
adalah ilmu ato’ie iaitu ilmu yang Allah beri kepada kita dan Allah boleh tarik bila-bila
masa. Hari ini kita tahu dan esok boleh lupa kalau Allah tarik ilmu itu dari kita.
ii. Selain dari itu, ilmu yang ada pada Allah adalah sempurna dan ilmu yang ada pada kita
terhad sahaja. Allah Maha mengetahui segala-galanya. Maka tidak sama ilmu kita dan ilmu
Allah. Sebab itu pada Allah kita letak lafaz ‘Maha’ untuk membezakan antara kita dan hak
Allah.
iii. Allah juga memiliki ilmu kulli – mengetahui segalanya, dulu dan akan datang dan
menyeluruh. Tidak ada yang tersembunyi dari Allah. Kita hanya ada ilmu juz’ie – bahagian-
bahagian tertentu sahaja.
iv. Allah memiliki ilmu dzaati sudoor – mengetahui rahsia hati hamba. Hanya Allah sahaja
yang tahu apa yang ada dalam hati kita. Selain Allah, tidak ada sesiapa yang tahu. Sebab
itu hal ikhlas dalam hati manusia, malaikat pun tak tahu. Mereka hanya boleh tulis yang
zahir sahaja. Sebab itu ada amalan manusia yang Allah buang di akhirat kelak. Dan apabila
lihat malaikat lihat begitu, malaikat akan kata yang dia sendiri nampak manusia buat
amalan itu. Allah akan tanya adakah malaikat tak tahu apakah manusia ikhlas dalam
melakukannya? Jadi kalau kita kata ada tok wali yang tahu apa dalam hati kita, itu sudah
syirik. Ini banyak terjadi dalam masyarakat kita, kerana ada yang takut dengan guru
mereka kerana mereka rasa guru-guru mereka tahu apakah yang ada dalam hati mereka.
v. Allah tahu ilmu ghaib langit dan bumi.
vi. Allah tahu bila berlakunya kiamat. Tidak ada sesiapa yang tahu bilakah akan terjadinya
kiamat itu. Ianya boleh terjadi bila-bila masa sahaja.
vii. Hanya Allah sahaja yang tahu tentang lima perkara yang Allah sebut dalam ayat
Luqman:34
َن ْف ٌس تَ ْد ِري َو َما َغدًا تَ ْك ِس ُب َّماذَا َن ْف ٌس تَ ْد ِري َو َما ا ْْلَ ْر َحا ِم ِفي َما َويَ ْيلَ ُم َويُنَ ِِّز ُل ا ْلغَ ْي َث َِإِبأََّن ِّيِاَّأََّللَْر ِع ٍنضدَهُتَ ُم ِع ْلو ُم ُتال ِإ َّسَّنا اَعََِّّلةل
َع ِلي ٌم َخبِي ٌر
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 59
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua
yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang
ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui
apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang
dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
– tentang bila berlaku kiamat
– bila hujan akan turun
– kandungan dalam rahim ibu
– apa yang akan dilakukan manusia esok hari
– di manakah kita akan mati.
Lima perkara ini khas untuk Allah sahaja yang tahu. Kalau kita kata ada makhluk yang
tahu, itu adalah syirik.
5. Syirik pada tasarruf – mengurus dan mentadbir dengan segala ikhtiar dan bebas dari
segala asbab. Kita bezakan kerana makhluk pun ada mengurus juga tapi tidak bebas dari
asbab. Yang bebas dari asbab adalah hanya pada Allah sahaja. Pentadbiran kita walaupun
ada, tapi terhad sahaja.
Allah sebut satu persatu perkara-perkara yang Allah sahaja yang boleh urus dan tadbir.
Kalau kita kata ada makhluk yang bebas mentadbir dalam perkara-perkara di bawah, itu
adalah syirik fi tasarruf kerana 11 perkara ini khusus bagi Allah sahaja.
i. Tasarruf kulli – mentadbir semua sekali
ii. Tasaruf samawi – mentadbir di udara dan angkasa hingga ke atas
iii. Tasarruf jawi – mentadbir segala apa yang berada di udara
iv. Tasarruf Ardh – mentadbir bumi dan dasar bumi
v. Tasarruf Ma tahta sara – mentadbir yang di bawah bumi, bukan permukaan
vi. Mentadbir soal dukacita dan gembira. Allah sahaja yang boleh menggembirakan dan
menyebabkan seseorang itu sedih.
vii. Tasarruf al mawti wal hayat – mengurus hal kematian dan menghidupkan. Walaupun
malaikat yang mematikan, tapi atas arahan Allah.
viii. Tasarruf Ba’da rizqi wa qadarihi – mentadbir melapangkan dan menyempitkan rezeki
ix. Tasarruf Soal zuriat. Allah sahaja yang boleh menentukan samada boleh melahirkan
anak atau tidak
x. Tasarruf Soal hujan turun dan menyebarkan hujan itu kepada bumi.
xi. Tasarruf Soal kemuliaan dan kehinaan. Allah lah sahaja yang memuliakan sesiapa dan
menghina sesiapa pun.
Tasarruf semua ini disebut dalam Qur’an yang akan jumpa apabila kita belajar tafsir nanti.
Tasarruf terbahagi kepada dua: tasarruf takwini dan tasarruf tasyri’ie.
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 60
Soal kejadian alam yang jenis ma fauqal asbab itu hanya pada Allah sahaja. Kalau ma tahta
asbab, makhluk pun ada yang uruskan juga.
Tasarruf tasyri’ie – Mengurus dalam memberi hukum dan menarik balik hukum itu. Hanya
Allah sahaja yang layak buat hukum. Jadi halal haram atau sunat hanya Allah sahaja yang
tentukan. Ini bahaya kerana kadang-kadang kita memandai-mandai mengharamkan perkara
yang Allah tak haramkan. Dalam masyarakat kita, ada yang haramkan perkara yang halal
tanpa sedar. Sebagai contoh, mereka mengharamkan memakan makanan yang halal. Ada
puak yang kata keturunan mereka tak boleh makan sesuatu. Ini adalah perkara yang salah
yang mengambil kerja Tuhan dalam mengharamkan makanan. Kalau doktor yang kata tak
boleh, itu adalah sebab tahta asbab – ada alasan yang doktor berikan, mungkin dia alah
dengan sesuatu makanan itu dan sebagainya. Tapi ramai yang syirik sebab mengharamkan
tanpa sebab.
Mempercayai ada kuasa lain boleh buat hukum adalah syirik. Yahudi dan Nasara banyak
buat sebab mereka banyak mengharamkan yang halal.
Kalau ulama yang mengharamkan sesuatu, mereka beritahu perkara itu dari dalil yang
sahih. Ulama yang benar hanya menyampaikan dan memberitahukan mana yang haram dari
Allah sahaja. Nak kata sesuatu itu haram, kena ada dalil yang sah.
Ada yang meletakkan kuasa tasarruf kepada mereka yang telah mati. Ini adalah perkara
luar asbab. Sebagai contoh, ada umat Islam yang mendakwa para wali ada kuasa mengurus
semasa hidup dan selepas mati. Maka mereka memohon pertolongan kepada wali. Mereka
berdoa kepada kubur wali untuk menyelesaikan masalah mereka dan menyempurnakan
hajat mereka. Mereka kata wali itu ada keramat semasa hidup dan boleh mentadbir
semasa mati pun. Ini kufur kepada Allah.
Semua ini terjadi dalam masyarakat kita kerana tidak ada ilmu Qur’an dan sunnah.
Fahaman ini akan memasukkan mereka ke dalam neraka dan mereka akan kekal dalam
neraka. Itulah kebinasaan yang abadi.
6. Tauhid di dalam ibadat dan ubudiyyah.
Ibadat adalah perkara dan amalan khusus yang Allah syariatkan kepada hamba untuk
dilakukan hanya kepadaNya.
Amalan di luar amalan ibadat dinamakan ubudiyyah. Maknanya, bukan amalan ibadat
sahaja kita jadi hamba Allah. Luar solat pun kita masih jadi hamba Allah. Kita semua hidup
dalam peraturan halal dan haram. Sebagai contoh, kalau luar waktu ibadat pun kita kena
tutup aurat dan sebagainya.
Kita semua adalah hamba Allah dan kena ikut apa yang Allah tetapkan dalam segala segi
kehidupan. Semua ada undang-undang yang kita kena ikuti. Kita kena hinakan diri kita
kepada Allah. Dan kemuncak penghinaan diri adalah dalam ibadat kita. Itulah kemuncak
penghinaan diri kepada Allah. Seperti yang kita lakukan dalam solat, terlebih sekali dalam
sujud. Sewaktu suud, kita memuliakan Allah semulia-mulianya kerana sudahlah kita
letakkan kepala kita yang mulia di tanah, tapi kita naikkan punggung kita lebih tinggi dari
kepala kita. Kita lakukan semua itu kerana kita hinakan diri kita dan muliakan Allah.
Kita ibadat kepada Allah kerana kita percaya Allah yang disembah itu ada kuasa ghaib.
Kerana kita tahu yang Allah mampu memberi faedah dan mudharat kepada kita. Jadi,
kalau kita buat ibadat kepada selain dari Allah, bagaimana? Tentulah itu kufur dan syirik
kepada Allah.
Audio kuliah boleh dengar di sini: Masalatul ilah 4. Sekian Usul Daurah Tafsir. Allahu a’lam.
Daurah Tafsir: Muqaddimah Page 61