The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TADABBUR AL QURAN 30 JUZUK, 2020-05-17 03:54:06

TADABBUR RINGKAS JUZUK 21

TADABBUR RINGKAS JUZUK 21

*TADABBUR RINGKAS JUZUK 21

(SURAH AL-„ANKABUT 46-69, SURAH AR-RUM 1-60, SURAH LUQMAN 1-34,
SURAH AS-SAJDAH 1-30 & SURAH AL-AHZAB 1-30)

_13 Points_

*Sumber: Ust Abdullah Bukhari *
Diolah: Asyraf Salleh

1. Juzuk ini mengandungi lima surah iaitu bahagian kedua Surah Al-„Ankabut, Surah Al-Rum, Surah Luqman, Surah As-Sajdah dan
bahagian awal Surah Al-Ahzab.

2. Ayat 46 Surah Al-„Ankabut menceritakan adab-adab berinteraksi dengan ahli kitab manakala ayat 48 ALLAH SWT membuktikan
bahawa NABI SAW tidak mencipta Al-Quran, tidak pernah membaca mana-mana kitab dan tidak menulis dengan tangan kanannya.
Daripada ayat 48 ini, boleh juga difahami bahawa NABI SAW sentiasa mengutamakan yang kanan berbanding kiri. Begitu juga yang

diamalkan oleh Nabi-Nabi yang lain seperti Nabi Musa A.S., Nabi Ibrahim A.S. dan sebagainya.

3. ALLAH menceritakan di dalam Surah Ar-Rum berkenaan Pasukan Rom yang pada awalnya tewas kepada Parsi tetapi selepas beberapa
tahun Rom akan kembali menang menewaskan Parsi. Kisah di sebalik surah ini, sewaktu NABI SAW berada di Mekah, Parsi telah
mengalahkan Rom dan kekalahan Rom itu menyebabkan umat Islam bersedih manakala musyrikin Quraisy bergembira kerana Parsi
merupakan sekutu mereka manakala Rom pula memiliki Aqidah seakan-akan sama seperti umat Islam iaitu aqidah Tauhid yang
bersandarkan kitab dari langit.

4. Perkataan “beberapa tahun” di dalam ayat 4 bermaksud antara 3-9 tahun. Diceritakan bahawa ketika Abu Bakar As-Siddiq mendengar
ayat ini, beliau bertaruh dengan seorang lelaki Quraisy, iaitu Ubai Bin Khalaf bahawa Rom akan kembali menang selepas beberapa tahun.

Ternyata selepas 7 tahun, Rom benar-benar berjaya mengalahkan Parsi dan ini membuktikan kebenaran Al-Quran.

5. Ayat 20-23 menceritakan tentang kuasa ALLAH SWT pada alam, manusia, dan semua makhluq di alam dunia ini. ALLAH SWT
memberitahu bahawa perbezaan bahasa, bangsa dan warna kulit juga adalah di antara tanda-tanda kekuasaan ALLAH SWT (Ayat 22).

Ayat 41 pula menceritakan bahawa alam ini musnah disebabkan oleh tangan-tangan manusia.

6. Tahap kejadian manusia diceritakan di dalam ayat 54, yang mana manusia diciptakan pada awalnya bersifat lemah, kemudian menjadi
kuat, dan kembali menjadi lemah kembali dan beruban. Itulah fitrah kejadian manusia.

7. Di dalam Surah Luqman terdapat dua perkara utama. Pertamanya, pada ayat 12-15 adalah nasihat Luqman kepada anaknya yang
mengandungi aspek Aqidah, Akhlaq dan sosial. Keduanya, pada ayat terakhir surah ini, terdapat lima perkara ghaib yang tiada siapa pun
boleh mengetahuinya (Ayat 34) iaitu i) Pengetahuan yang tepat tentang Hari Kiamat, ii) Bila diturunkan hujan, iii) Apa yang terjadi di
dalam Rahim ibu yang mengandung, iv) Apakah hari esok kita akan melakukan perkara baik atau buruk, v) Di manakah kita akan mati.

8. Seterusnya, Surah As-Sajdah dinamakan begitu kerana terdapat satu ayat di dalam surah ini yang menceritakan tentang orang beriman
bilamana mendengar ayat-ayat Tuhan, mereka akan sujud kepada ALLAH SWT (Ayat 15) manakala di dalam ayat 17 pula ALLAH SWT

menceritakan sifat Syurga sebagai balasan bagi mereka yang mengerjakan amal soleh.

9. Ayat 23 memberitahu NABI SAW agar tidak timbul keraguan di dalam hati Baginda kerana Baginda akan diberikan Al-Kitab (Al-
Quran) sama seperti yang diberikan kepada Nabi Musa A.S. (Taurat) sebagai petunjuk dan panduan.

10. Surah Al-Ahzab bermaksud Pasukan Bersekutu. Surah ini menceritakan tentang Perang Ahzab yang mana Baginda SAW berhadapan
dengan saat genting. Tentera Islam dikepung oleh musyrikin Quraisy dan pengkhianat dari Yahudi Bani Quraizah.

11. Ayat 4-5 surah ini menceritakan perihal anak angkat yang mana diharamkan bagi anak angkat untuk ber‟bin‟kan dengan nama ayah
angkat kerana itu adalah hak nasab yang ALLAH SWT peruntukkan untuk ibu bapa mereka. Di dalam ayat 4, ALLAH memberitahu
bahawa DIA tidak menjadikan lelaki mempunyai dua jantung. Ini sebagai sindiran kepada seorang lelaki yang sangat bijak di Mekah yang
mengaku kebijakannya adalah kerana mempunyai dua jantung. Persoalan lain yang timbul, kenapa hanya disebut lelaki di dalam ayat ini?
Hal ini kerana kaum lelaki tidak akan pernah mengandung. Kaum perempuan akan mempunyai lebih dari satu jantung apabila mereka

mengandung. Subhanallah, inilah mukjizat kehebatan Al-Quran.

12. Kisah Perang Ahzab diceritakan di dalam ayat 9-25. Menariknya, di dalam lingkungan ayat ini, terdapat satu ayat yang memberitahu
bahawa diri RASULULLAH SAW itu contoh teladan yang baik (Ayat 21). Ayat ini turun semasa di dalam peperangan yang mana
Baginda SAW pada ketika itu bersikap tenang dan mampu menghadapi situasi tekanan yang kuat dari pihak musuh.

13. Ayat 26-27 menceritakan tentang Perang Yahudi Bani Quraizah. Selepas tentera bersekutu Ahzab lari pulang ke Mekah kerana dipukul
ribut, ALLAH SWT mengarahkan NABI SAW memerangi Yahudi Bani Quraizah kerana mengkhianati perjanjian dengan Baginda SAW

dan bergabung dengan tentera musyrikin Quraisy.


Click to View FlipBook Version