The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TADABBUR AL QURAN 30 JUZUK, 2020-04-30 23:17:07

TADABBUR RINGKAS JUZUK 2

TADABBUR RINGKAS JUZUK 2

*TADABBUR RINGKAS JUZUK 2
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 142-252)*

_10 Points_

*Sumber: Ust Abdullah Bukhari & Tadabbur Centre*

1. Antara isu yang disentuh di dalam Juzuk 2 adalah berkaitan peralihan
Kiblat dari Baitul Maqdis ke arah Kaabah di Mekah (Ayat 142-150).

2. Ini bagi membuka mata orang kafir Quraisy bahawa
ISLAM tidak menafikan kehebatan & kemuliaan Mekah.

3. Ia juga membina cara fikir baru kerana masyarakat Mekah memandang tinggi terhadap
orang Yahudi sehingga menjadikan mereka tempat rujukan.

Dan pertukaran kiblat ini memalingkan fokus mereka dari Bani Yahudi kepada Bani Ismail.

4. Antara perkara lain yang popular dalam Juzuk ini adalah
ayat berkenaan kepentingan Solat, Sabar dan Lafaz Istirja’ (Ayat 153-157).

5. Juzuk 2 banyak menceritakan tentang hukum-hakam.
Antaranya berkenaan dengan hukum Qisas dan kepentingan wasiat (Ayat 178-182),
kepentingan berpuasa dan hukum berkaitannya (Ayat 183-187), hukum hakam berkaitan
Haji (Ayat 196-203),dan antara isu besar yang dibincangkan adalah berkaitan nikah,
cerai, Iddah wanita yang bercerai dan kematian suami, adab-adab meminang wanita yang kematian suami,
tidak boleh secara terang, tetapi mesti bersyarat atau menggunakan bahasa kiasan (Ayat 221-242).

6. Di dalam ayat 201, ALLAH memberitahu tentang doa yang terbaik untuk diamalkan
dan dibaca, iaitu doa yang bukan sahaja meminta kebaikan di dunia, bahkan kebaikan di akhirat.

7. Bahagian akhir Juzuk 2 adalah berkaitan kisah selepas zaman Nabi Musa A.S. yang mana Bani Israil ditindas
oleh seorang raja (Jalut). Lalu Bani Israil meminta pertolongan seorang Nabi untuk membantu mereka.

8. Disebut oleh para Ulama’ tafsir bahawa Nabi itu adalah Nabi Samuel yang mendapat petunjuk
dari ALLAH SWT untuk memilih orang yang selayaknya (berilmu pengetahuan dan gagah perkasa)

menjadi pemimpin dan raja iaitu Talut, walaupun pada awalnya beliau ditolak
oleh kaumnya kerana tidak memiliki harta dan kuasa.

9. Maka Talut memimpin Bani Israil untuk mengalahkan Raja Jalut.
Dan pada waktu inilah munculnya watak Nabi Daud A.S. yang berjaya
membunuh Raja Jalut, dan kemenangan berpihak kepada Bani Israil.

10. Mesej utama di dalam kisah terakhir pada Juzuk 2 ini menekankan bahawa
ISLAM lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.


Click to View FlipBook Version